You are on page 1of 36

TUTORIAL 10 HUBUNGAN ETNIK

GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA

i. Jelaskan sikap akomodatif yang wujud semasa penggubalan Perlembagaan Malaysia

Definisi Akomodasi

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain.

Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung.

MALAYAN UNION (MU) diperkenalkan

o Diperkenal oleh Parlimen British 10 Okt 1945. o Sebab-sebab diperkenal: Menyatukan NNMB, NNMTB dan NS British simpan perasaan anti-Melayu sbb. Org Melayu bekerjasama dengan Jepun sblm ini. Langkah pertama proses persediaan ke arah T.Melayu pemerintahan sendiri.

Kuasa raja dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri, hanya berkuasa dalam soal agama, adat istiadat Melayu. Hak kerakyatan sama diberi kepada kaum-kaum lain melalui prinsip jus soli Hak samarata kepada semua kaum tak kira bangsa, peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. Harold Mc Micheal dapat tandatangan cara paksaan dan ugutan. Cth sultan Kedah.

Kaum Melayu menentang pembentukan MU. Kerana mengenepikan hak Orang Melayu.

Kaum Bukan Melayu menyokong Malayan Union kerana mampu memberikan keadilan kepada semua pihak di Tanah Melayu. Kita dapat melihat perbezaan pendapat di antara kaum Melayu dan Bukan Melayu.
Ekoran penentangan hebat oleh kaum Melayu, maka British akur serta membubarkan MU.

Pada 1 Februari 1948, British mengisytiharkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Ini adalah hasil rundingan Jawatankuasa Kerja pada 1946 yang mengambil kira pendapat orang Melayu dan Bukan Melayu. Dengan wujudnya persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara orang Melayu dan Bukan Melayu semakin kuat. Maka tertubuhnya CLC.

COMMUNITIES LIASON COMMITTEE 1949


Communities Liason Committee(CLC) ditubuhkan untuk membincangkan pelbagai isu seperti kewarganegaraan dan keistimewaan orang Melayu serta dasar pendidikan. Pemimpin dari pelbagai golongan etnik telah berbincang secara terbuka dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang wujud.

Pemimpin yang terlibat ialah Dato Onn Jaafar, Dato Abdul Wahab, Tan Cheng Lock, C.C. Tan, Dr. J.S Goonting dan E.E.C Thuraisingham.

PILIHAN RAYA 1953


Kerjasama yang erat terjalin apabila pilihan raya diadakan. Penubuhan Parti Perikatan adalah gabungan UMNO dan MCA telah membuahkan hasil apabila memenangi 9 kerusi dalam pilihan raya 1953.

Rundingan Meja Bulat diadakan antara UMNO dan MCA untuk mencari persefahaman dan kerjasama dalam menuntut kemerdekaan.

MCA bersetuju dengan syarat UMNO iaitu mengiktiraf segala hak orang Melayu.

PILIHAN RAYA 1955


Pilihan Raya Persekutuan 1955 menunjukkan bibit-bibit perpaduan di mana UMNO, MCA dan MIC bergabung dalam Parti Perikatan. Kemenangan berpihak kepada mereka. Sikap akomodasi wujud apabila UMNO bersedia berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC di mana pembahagian kerusi mengikut jumlah pengundi untuk mengekalkan perpaduan.

Kerjasama yang terjalin antara Melayu dan Bukan

Melayu ini terus erat apabila British mensyaratkan bahawa kemerdekaan hanya akan diberikan jika rakyat Tanah Melayu bersatu padu. MCA dan MIC yang merupakan parti memperjuangkan nasib kaum masing-masing telah menunjukkan sikap terbuka untuk menyertai Parti Perikatan dan bergabung dengan orang Melayu demi kemerdekaan.

2) TOLAK ANSUR ANTARA KAUM TELAH MEMPERCEPATKAN PROSES KEMERDEKAAN DI TANAH MELAYU

Penjajahan Jepun (1942-1945)

Parti Komunis Malaya (1945-1946)

Malayan Union (1946-1948)

Persekutuan Tanah Melayu (1949)

USAHA KE ARAH PERPADUAN

PARTI POLITIK
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (UMNO) telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union turut disalurkan melalui parti ini. Tujuan penubuhan UMNO adalah untuk memelihara kepentingan orang Melayu serta mengukuhkan kuasa politik mereka.

Kongres India Malaya (Malayan Indian Congress atau MIC) yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1946. Presiden yang dilantik ialah John Thivy. Matlamat utama: Menjaga kepentingan dan kebajikan orang India di Tanah Melayu.

Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan pada Februari 1949 dengan Tan Cheng Lock sebagai presiden. Tujuan: Melindungi kepentingan dan kebajikan orang Cina di Tanah Melayu.

Kerjasama etnik yang erat antara UMNO, MCA dan MIC membawa kejayaan besar. Hasil kemenangan, Parti Perikatan telah membentuk kerajaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri. Misalnya,pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. UMNO dan MCA telah memenangi sembilan daripada 12 kerusi.

Menjadi asas yang kuat bagi Tunku Abdul Rahman untuk menunjukkan kepada British bahawa wujud kerjasama erat antara etnik di Tanah Melayu.

Dalam pilihan raya Persekutuan 1955, Parti Perikatan (UMNO-MCAMIC) berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan

Kabinet terdiri daripada 10 orang menteri yang terdiri daripada wakil UMNO, 3 wakil MCA, 1 wakil MIC dan 5 wakil Eropah.

Hasil perbincangan serta pakatan murni antara UMNO-MCA-MIC, maka terdapat lima perkara utama yang dijadikan asas pemerintahan di Tanah Melayu iaitu:

Kedaulatan rajaraja Melayu

Kerakyatan Tanah Melayu

Agama Islam sebagai agama Persekutuan

Hak istimewa orang Melayu

Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan

Suruhanjaya Reid (1956) Rombongan kemerdekaan ke London (1956) Pilihanraya Persekutuan (1955) Pilihanraya di peringkat kerajaan tempatan (1951-1952) Pengenalan Sistem Ahli dalam Majlis Perundangan Persekutuan (1951)

iii.

Huraikan peranan yang dimainkan oleh setiap golongan etnik di Malaysia dalam menuntut kemerdekaan.

2) Kaum Cina
1) Kaum Melayu

3) Kaum India

Peranan setiap golongan etnik

Kaum Melayu
Kaum Melayu adalah kaum yang paling bersemangat menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Kaum Melayu telah menentang Malayan Union iaitu mengetepikan hak Orang Melayu serta kedudukan Raja-Raja serta Agama Islam.

Menunjukkan sikap tolak ansur iaitu sanggup berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC.

Mengorbankan harta serta masa

Mengadakan rundingan dengan British

Berusaha dengan mengekalkan perpaduan iaitu bertolak ansur dengan kaum-kaum lain

Kaum India
Tun V.T.Sambanthan merupakan pemimpin Tamil pertama serta presiden MIC. Merupakan sahabat karib Tunku Abdul Rahman. Bersama-sama Tunku berjuang untuk menuntut kemerdekaan.
Kaum India juga sama seperti Cina, gerakan menuntut kemerdekaan hanya bermula selepas pilihan raya serta kesedaran dari CLC.

KESIMPULAN
Perlu ambil iktibar daripada pengorbanan pemimpin terdahulu Jati diri yang diamalkan oleh setiap etnik dikongsi bersama

Menghormati perlembagaan untuk elak konflik


Usaha-usaha ke arah yang positif perlu diteruskan keharmonian akan wujud dengan sikap menghormati hak2 bersama

You might also like