You are on page 1of 16

SOALAN NO. 1 1.

0 Pendahuluan Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957 dan semenjak detik pengisytiharan tersebut, Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi seperti yang telah diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan memperkukuhkan kedudukan sebagai bahasa pengantar dalam institusi pendidikan menerusi Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Kamus Dewan telah mendefinisikan bahasa rasmi sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Ainon Mohammad pula merumuskan bahawa bahasa rasmi membawa pengertian sebagai peranan Bahasa Melayu sebagai saranan pembinaan negara di dalam semua urusan, terutamanya dalam urusan pentadbiran negara. Oleh itu, dapatlah diringkaskan bahawa bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan di dalam pendidikan negara, urusan perniagaan dan pentadbiran. Bahasa rasmi pula mungkin membawa lebih daripada satu fungsi bagi sesebuah negara. Fungsi Bahasa Melayu sabagai bahasa perpaduan merupakan senjata paling ampuh dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia. Perpaduan atau solidarity dapat ditafsirkan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat serta negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Oleh itu, dapatlah diertikan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan ialah bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu manusia yang berfunsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah negara.

1.1

Peranan Bahasa Melayu. Peranan Bahasa Melayu ialah asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat. Perkara

152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan ia menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh semua kaum. Lagipun peruntukan ini ialah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada 50% penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara. Selain itu, peranan Bahasa Melayu dapat mewujudkan lambang jati diri. Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada perkara152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya, negara Jepun dengan bahasa Jepunnya dan negara Jerman dengan bahasa Jermannya. Oleh hal sedemikian, Bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020. Bahasa Melayu telah memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawantankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberikan tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat. Bahasa Melayu menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa

Malaysia. Bahkan semua bangsa di dunia ini mempunyai hak tersebut. Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengan cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang 'dipinjam' semata-mata untuk menunjukkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendiri. Oleh hal demikian, penduduk di negara Malaysia ini perlulah bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan apabila menggunakan Bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa.

1.2

Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Era Global Abad ke-21 merupakan abad yang mencabarkan kesinambungan, kewujudan dan

kegemilangan sesebuah peradaban bangsa-bangsa di dunia. Asakan gelombang globalisasi, liberasi dan pengaruh pascamodenisme sering kali dikaitkan dengan kukuh atau lupusnya sesuatu bangsa, tradisi persuratan dan budayanya. Dalam konteks bahasa dan persuratan Melayu, pelbagai cabaran dijangka akan dihadapi dalam konteks nasional mahupun supranasional. Pada abad ini, dari dekad ke dekad, diramalkan 10% bahasa akan pupus. Dunia yang memiliki kira-kira 6000 bahasa sejak awalnya, kini tinggal 600 bahasa sahaja. Sejajar dengan tumpuan kepada pembaharuan bidang ekonomi, sains dan teknologi, perkara yang berlaku kini ialah wujudnya persepsi seorang individu terhadap keperluan bangsa atau cara sesebuah memilih untuk berbahasa. Bahasa Inggeris dianggap sangat penting dan pegangan ini akan memusnahkan kemajuan sesebuah bahasa kebangsaan dimana-mana negara sekalipun. Kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dalam jentera kerajaan dan dasar pendidikan akan tergugat sekiranya tiada langkah yang diambil untuk menyelamatkannya. Bahasa Melayu kini tercabar dari sudut fungsi wahana penyampaian ilmu dan maklumat. Perkembangan segala jenis ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang teknologi maklumat memang menjadikan bahasa sebahagian dalam keperluan itu. Usaha penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu, khususnya dalam bidang Sains dan teknologi maklumat tidak bergerak sejajar dengan perkembangan imu dan pembangunan negara.

Negara indusri seperti Jepun, Korea, Perancis, Jerman dan beberapa buah negara lain telah membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri dengan bahasa ilmu yang ulung dan mantap. Mereka memantapkan kewibawaan bahasa mereka dan menjadikannya sebagai Sains dan teknologi, bahasa kepustakaan ilmu serta pengetahuan. Sebaliknya di Malaysia situasi mutakhirnya, wujud keraguan terhadap keyakinan mengenai keupayaan dan kemantapan Bahasa Melayu sebagai ilmu tinggi. Situasi masa hadapan akan menjadi labih parah lagi apabila Bahasa Melayu akan hilang fungsinya sebagai bahasa pembinaan tamadun bangsa. Di Malaysia, Bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara akibat keperkasaannya semenjak zaman berzaman, dari zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka hingga kemerdekaan Malaysia, tetapi Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia itu terjamin kedudukannya untuk terus bersaing dalam era ledakan maklumat ini akan dilihat dari peruntukan perlembagaan dan dasar pendidikan negara. Kedudukan Bahasa Melayu dalam perlembagaan boleh dilihat sebagai elemen peribumi. Elemen peribumi ialah elemen yang unik dan tidak boleh dimansuhkan melalui proses biasa yakni proses-proses pindaan melalui Parlimen. Hal ini demikian, Bahasa Melayu adalah sebahagian perkara yang sering disebut dalam kontrak sosial yang merangkumi hal-hal yang dipersetujui sewaktu rundingan kemerdekaan dahulu. Elemen peribumi Perlembagaan yang lain ialah sistem beraja, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kedudukan Islam. Perlembagaan sebagai sebuah dokumen yang berpaksikan demokrasi, ditunjangi oleh prinsip sama rata. Elemen peribumi tersebut ialah pengecualian kepada konsep sama rata ini. Oleh yang demikian, elemen tersebut tidak boleh disentuh, mahupun dimansuhkan. Perlembagaan telah menetapkan bahawa peruntukan mengenai Bahasa Melayu hanya boleh dipinda engan persetujuan Majlis Raja-Raja. Peruntukan mengenai bahasa juga sebagaimana peruntukan mengenai kewarganegaraan, adat istiadat Melayu dan Islam tidak boleh digantung, ketika darurat. Selain peruntukan mengenai pindaan, Bahasa Melayu seperti mempunyai pertalian dengan institusi beraja kerana Raja-Raja mempunyai kuasa budi bicara dalam hal-hal yang berhubung dengan adat Melayu dan pentadbiran istana.

1.3

Masalah-Masalah Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Perubahan dasar pendidikan negara iaitu tentang bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains

dan Matematik meninggalkan kesan yang amat buruk ke atas Bahasa Melayu. Dalam sekelip mata, dasar tersebut membawa mesej tentang ketidakupayaaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekaligus meminggirkannya. Pencarian istilah yang baru akan terbantut ini akan menyebabkan Bahasa Melayu ketandusan istilah ilmu. Pendidikan di peringkat sekolah mendapat tempias yang besar kerana kokurikulum yang berubah-ubah di antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris, tiada tindakan diambil terhadap mereka yang mengutamakan Bahasa Inggeris. Justeru itu, akta bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu didapati kurang berketrampilan dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah. Kemahiran komunikasi dan penulisan tidak diberi penekanan secara bersungguh-sungguh, buktinya masih kurang penerbitan buku-buku berunsurkan ilmiah yang diterbitkan di kalangan guru. Hakikatnya bahawa dalam penggunaan bahasa harian rakyat Malaysia, sama ada di sektor swasta mahupun di beberapa jabatan kerajaan, terdapat sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan. Surat menyurat mula ditulis dalam bahasa lain. Contohnya perjanjian jual beli kebanyakannya tidak dibuat dalam bahasa kebangsaan dan seringkali terdapat kekeliruan dan maklumat yang berbeza dan ia mencetuskan banyak masalah kebelakangan ini. Ketiadaan badan khusus yang benar-benar berkuasa, dengan kuasa undang-undang, untuk memantau dan membimbing penggunaan Bahasa Melayu supaya baik, betul dan indah. Dewan Bahasa dan Pustaka hanya boleh memberi nasihat sahaja tetapi tidak memberikan kuasa undangundang. Oleh itu, usaha ke arah ini kurang berkesan. Tenaga pengajar institusi pengajian tinggi awam ketik ini seolah-olah berlumba-lumba untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran kursus dalam bidang yang mampu disampaikan dangan baik dalam bahasa kebangsaan, seperti kursus ekonomi, pengurusan

perniagaan, undang-undang, pendidikan dan veterinar. Bahasa Melayu seperti tidak layak untuk menjadi pengantar ilmu. (Arbak Othman, Dewan Bahasa 2006:27-29) Wujudnya golongan bangsa Melayu yang terlalu bangga dengan bahasa asing. Penggunaan bahasa Melayu kurang dipraktikkan dan lebih mudah mencampuradukkan dengan bahasa asing, ini terpapa dalam rancangan berbentuk perbincangan politik dan juga ekonomi. Kesannya seolah-olah Bahasa Melayu itu ketandusan idea dan gagal dalam penyampaian imu. Rakyat belum dapat menerima Bahasa Melayu dengan sepenuhnya dan hal ini ada kaitan juga dengan penerbitan bukubuku ilmiah dalam Bahasa Melayu yang masih tidak mencukupi serta kurang memberi fokus yang tepat tentang sesuatu perkara atau bidang di peringkat asas dan juga peringkat lanjutan. Pelajar di institusi pengajian tinggi masih menggunakan buku-buku dalam Bahasa Inggeris sebagai bahan rujukan utama. Budaya menulis dan menerbitkan buku ilmiah dalam kalangan ahli akademik (kecuali bidang kebahasaan), masih rendah kerana mereka lebih berminat menulis jurnal dengan tujuan kenaikan pangkat dan bukannya menyebarkan ilmu dalam Bahasa Melayu. Setelah dikenal pasti tentang masalah yang dialami oleh Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, tumpuan dialih pula kepada cara-cara untuk memperkasakan Bahasa Melayu sebagai wahana ilmu.

1.4

Langkah-Langkah Mengembalikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Keberanian beberapa perwakilan dalam Perhimpunan Agung Tahunan UMNO, amat

menarik perhatian tentang kegusaran mereka tentang masa depan Bahasa Melayu, dengan mendesak pihak kerajaan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu sesuai dengan statusnya sebagai bahasa negara dan bagi mengangkasakan tamadun bangsa, selaras dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Keputusannya, Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran bersetuju menangguhkan pelaksanaan sepenuhnya penggunaan Bahasa Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik dalam UPSR 2008. Adalah diharapkan agar kerajaan mengubah semula keputusan yang dibuat agar Bahasa Melayu terus hidup dan sebagai bahasa ilmu.

Pihak perancang kurikulum seharusnya membuat kajian yang mendalam sebelum melakukan perubahan, ini dapat dilihat dalam merangka kurikulum khususnya subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, sewaktu itu kita mengalami kekurangan guru Bahasa Inggeris yang agak serius. Apabila ia dilaksanakan guru yang sedia ada diberi kursus yang ringkas dan berdepan dengan pelbagai masalah walaupun diberi pelbagai modul pengajaran. Guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu hendaklah digalakkan memberi sumbangan ilmiah dan diberi pengiktirafan serta mendapat 'markah bonus' dalam penilaian kenaikan pangkat ini akan mendorong penghasilan bahan ilmiah dalam kalangan guru. Penerbitan buku juga dapat membantu menyelesaikan masalah ketandusan ilmu. Usaha sebegini akan mempercepat proses percambahan ilmu dalam sesuatu bidang dalam Bahasa Melayu. Akan tetapi penterjemahan karya asing dalam Bahasa Melayu sangat diharapkan. Pihak pendukung ilmu di institusi pengajian tinggi awam seharusnya berkeyakinan penuh terhadap kemampuan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini telah terbukti dengan kemampuan bangsa Malaysia menggarap ilmu hingga tahap yang tertinggi walaupun asasnya menggunakan Bahasa Melayu sebagai pengantara ilmu.

SOALAN NO. 2 1.0 Pendahuluan Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

1.1

Tujuan MBMMBI Tujuan utama memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan

bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia. Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris pula adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

1.2

Strategi memartabatkan Bahasa Melayu

Strategi memartabatkan Bahasa Melayu meliputi perkara-perkara berikut: Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Melayu Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P. Asas Berbahasa (Back To Basics)

Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks. Didik Hibur Pendekatan P&P Bahasa Melayu akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk. Penggunaan Bahasa Melayu Standard Merentas Kurikulum Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Melayu. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Melayu itu sendiri. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P Penggunaan teknologi makluamt seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Melayu untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Melayu. Program Bacaan Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan. Guru Bahasa Melayu Berkualiti Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa Melayu untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan

profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara. Bahasa Melayu Bahasa Ilmu dan Komunikasi Usaha menterjemah karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa Melayu dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Melayu juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.

1.3

Strategi memperkukuhkan Bahasa Inggeris

Strategi memperkukuhkan Bahasa Inggeris meliputi perkara-perkara berikut: Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris Peruntukan waktu bagi Sekolah Kebangsaan Tahap 1 dan Tahap 2 ditambah sebanyak 90 minit, manakala peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap 1 ditambah sebanyak 60 minit dan Tahap 2 ditambah sebanyak 30 minit. Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1 hingga 6 ditambah sebanyak 80 minit dan untuk Malaysian University English Test(MUET) untuk Tingkatan 6 ditambah sebanyak 80 minit. Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah sebanyak 3 jam. Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris sekolah rendah menitikberatkan penguasaan literasi asas dan pengukuhan Bahasa Inggeris melalui pendekatan modular. Asas berbahasa (Back to Basics) Kurikulum Bahasa Inggeris menitikberatkan pengukuhan penguasaan asas Bahasa Inggeris dengan memberi penekanan kepada Phonics di samping menerapkan elemen

10

pembelajaran yagn menyeronokkan dalam modul Language Arts. Pengajaran tatabahasa dalam konteks diberi penekanan khusus dalam modul tatabahasa. Didik Hibur Modul Language Arts menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar. Bahan bacaan estetik seperti Sastera Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal Berstruktur dan Bacaan Ekstensif disediakan bagi mendedahkan murid kepada Bahasa Inggeris pelbagai genre. Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Kurikulum Bahasa Inggeris akan mengintegrasi elemen matematik dan sains melalui tema yang berkaitan dan akan menumpukan kepada istilah/kosa kata serta struktur ayat mata pelajaran berkenaan. Penetapan Model Bahasa Inggeris Model Standard British English digunakan sebagai panduan supaya setiap guru dapat merujuk kepada standard yang sama dari segi sebutan, penulisan dan tatabahasa. Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris akan menggunakan pendekatan modular. Setiap komponen kemahiran bahasa mempunyai modul P&P tersendiri dan P&P tatabahasa akan diberi fokus dalam modul Grammar. Sumber P&P Makmal Komputer akan ditambahbaik dengan perkakasan dan perisian supaya boleh turut berfungsi sebagai makmal bahasa. Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam P&P Bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian yang sesuai.

1.4

Pelaksanaan MBMMBI

11

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinat pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanise soft landing untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasarr berkenaan.Mekanisme soft landing adalah seperti berikut: i. P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi SJK(C) dan SJK(T). ii. Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4,Tingkatan 1dan Tingkatan 4. Walau bagaimanapun mekanisme soft landing akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut: (a) Kohort Tahun 1 (2009) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014. (b) Kohort Tahun 1 (2010) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015. (c) Kohort Tahun 1 (2011) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016. (d) Kohort Tahun 1 (2009) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013. (e) Kohort Tahun 1 (2010) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014. (f) Kohort Tahun 1 (2011) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015. iii. Pentaksiran (a) Peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Sains dan Matematik akan terus dilakasanakan dalam dwibahasa sehingga 2016. (b) Peperiksaan PMR bagi mata pelajaran Sains dan Matematik akan terus dilakasanakan dalam dwibahasa sehingga 2013. (c) Peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Sains dan Matematik akan terus dilakasanakan dalam dwibahasa sehingga 2015. Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebanggasan dan bahasa ibunda bagi

12

SJK(C) dan SJK(T) bagi pembelajaran Sains dan Matematik akan dilakasanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlakasana pada tahun 2016. Walau bagaimanapun pengajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris. Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris yang akan dilakasanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita. Kementerian Pelajaran sedang melakukan persiapan untuk melakasanakan dasar ini dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses transisi pada tahun 2012 nanti. Satu pendekatan soft-landing akan diambil untuk memastikan pencapaian pelajar-pelajar yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di bawah dasar PPSMI tidak akan terjejas.Pihak Kementerian juga telah membentuk enam Jawatankuasa Kecil sebagai persiapan untuk melakasanakan dasar baru ini.Jawantankuasa ini bertanggungjawab untuk memperincikan aspek latihan guru,kurikulum,penyediaan buku teks.lojistik,personel dan penerangan.Melalui kefahaman ,sokongan dan usaha berterusan seluruh warga pendidik dalam menjayakan dasar baru ini,kita akan apat mencapai matlamat menambah baik kualiti pendidikan di negara kita secara berterusan demi kepentingan masa depan negara. Rasional pendekatan ini adalah seperti berikut: i. Pengunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut. ii. Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an iii. Kebanyakan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu. Selain itu, beberapa strategi lain boleh diambil bagi Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris ini seperti menyediakan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA, menyediakan

13

guru BI di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas berenrolmen tinggi (melebihi 35 murid), menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris serta memperkenalkan language arts dalam P&P Bahasa Inggeris. Manakala Strategi Memartabatkan Bahasa Malaysia boleh dilakukan juga dengan melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT, menambah waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT, menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia, menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia serta memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris.

1.5

Dasar MBMMBI Murid Tahun Satu Kerajaan melaksanakan dasar baru iaitu memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuh

bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid tahap satu mulai tahun 2011. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa, murid tahun satu yang baru memasuki persekolahan tidak terlibat dengan dasar lama. Beliau juga menyatakan bahawa, perkara ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk mata pelajaran sains dan metematik sekiranya ia dapat disiapkan pada akhir tahun 2010. Pelaksanaan dasar MBMMBI bagi murid tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat pula bermula pada tahun 2012. Langkah itu adalah untuk membolehkan Kementerian Pelajaran membuat persiapan rapi dengan mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran disediakan secara teratur. Sementara itu, kerajaan komited tidak akan kembali kepada dasar pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana dasar baru iaitu MBMMBI adalah selaras dengan keperluan negara untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagai kesimpulan daripada kenyataan-kenyataan yang telah disebutkan tadi. Langkah seterusnya yang diambil oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran dan juga sebagai pemangku kepada Program MBMMBI ini, maka dengan kerjasama sebuah NGO iaitu

14

British Council yang berada di Malaysia telah membuat satu memorandum persefahaman dengan membawa pakar-pakar Bahasa Inggeris dari United Kingdom bagi membantu guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah. Program ini disebut English Language Teacher Development Programme (ELTDP) yang dimulakan pada tahun 2010. Antara matlamatnya ialah membantu guru-guru merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang baik, sesuai serta merangsang anak murid meminati subjek Bahasa Inggeris. Manakala pada tahun 2013, Kementerian Pelajaran pula bercadang membawa guru-guru pakar Bahasa Inggeris ke Malaysia bagi membantu guru-guru dan menempatkan mereka ke semua sekolah yang difikirkan perlu bantuan dari segi penguasaan Bahasa Inggeris. Adalah menjadi harapan yang tinggi agar semua program yang telah dirancang mendapat respon yang baik dari semua lapisan masyarakat di Malaysia. Seiring dengan negara maju menjelang tahun 2020.

15

RUJUKAN 1. 2. http://suzanalelawatty.blogspot.com pmr.penerangan.gov.com/index.php

16

You might also like