You are on page 1of 1

Sebuah Sekolah Bestari adalah sebuah institusi pembelajaran yang telah direka semula sistem amalan pengajaran-pembelajaran dan

pengurusan untuk menyediakan murid menghadapi Zaman Maklumat (The Malaysian Smart School- A Conceptual Blueprint, July 1997). Sekolah Bestari merupakan institusi pembelajaran yang dimantapkan secara menyeluruh bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif berasaskan ICT, dan pengurusan sekolah berbantukan ICT. Sekolah Bestari mempunyai ciri-ciri khusus seperti P&P menarik; berkesan dan berpusatkan murid; wujud amalan pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri, dan kadar kendiri; wujud budaya penggunaan ICT dalam urus tadbir sekolah dan P&P serta wujud perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.

Pengajaran dan pembelajaran ialah bercorak terarah kendiri mengikut kadar individu, akses kendiri, terarah kendiri dan reflektif. Ini akan berlaku dengan adanya pembekalan teknologi pelbagai media dan jaringan talian internet. Pembelajaran juga berubah daripada berpusatkan guru kepada murid. Murid dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan disemai dengan nilai-nilai murni. Murid membuat pengembaraan mengelilingi dunia secara maya untuk mencari maklumat dan mengumpul data. Manakala bagi pihak pentadbir pula, dengan pengkomputeran dalam talian pengurusan sekolah, pentadbir dapat merancang, mengurus dan menggunakan sumber manusia dan fizikal dengan berkesan. Penjaringan akan memudahkan penglibatan ibu bapa dan masyarakat dalam aktiviti sekolah dan menjadikan mereka rakan kongsi yang berkesan dalam pendidikan anak mereka sendiri dan menggalakkan perkongsian pintar dengan komuniti. Dengan adanya pengkalan data, maklumat tentang murid dan guru lebih mudah didapati.

You might also like