You are on page 1of 7

PROTOKOL PERHIMPUNAN RASMI SMK JENGKA 12

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN ARAHAN KETUA PELAJAR. 1. Arahkan pelajar beratur mengikut kelas. 2. Arahkan beg diletakkan ditempat dikhaskan. (Kantin/Bilik Rawatan/Dewan Terbuka) 3. Arahkan pelajar untuk diam, luruskan barisan dan bersedia. (Pastikan pelajar telah benar-benar bersedia barulah majlis diditeruskan) Dijemput pengawas yang bertugas pada minggu ini bagi mempengerusikan majlis.

ARAHAN PENGAWAS BERTUGAS Yang Berusaha TN HJ BAKRI B. MOHD SALIM, Pengetua SMK JENGKA 12 Yang Dihormati - Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ; 1) EN ZULKEFLI BIN BADION - GPK Pentadbiran. (Berhenti seketika) 2) EN KHALIB BIN SAMAH - GPK Hal Ehwal Murid (Berhenti seketika) 3) EN HISYAM BIN HJ SAPIAN - GPK Kokurikulum. 4) Guru-guru dan rakan-rakan pelajar. ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi ini. 1. DOA Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, saya mempersilakan saudara ______________ untuk memimpin bacaan doa. Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara ______________ atas bacaan doa sebentar tadi.

2. NYANYIAN DAN IKRAR. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negara Ku, lagu Negeri Pahang dan Ikrar Rukun Negara. Semua Guru dan pelajar diminta bersedia. Lagu Negara Ku 1, 2, 3. Lagu Negeri Pahang .1, 2, 3 Ikrar Rukun Negara ..up Maka kami - rakyat Malaysia - berikrar - akan menumpukan - seluruh tenaga dan usaha kami - untuk mencapai cita-cita tersebut - berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

Terima kasih diucapakan kepada semua guru dan pelajar.

3. GURU BERTUGAS. Untuk makluman semua, guru yang betugas pada minggu ini adalah EN . Dan PN/CIK .. sebarang masalah bolehlah berhubung dengan guru yang berkenaan. Bagi meneruskan majlis saya menjemput wakil guru yang bertugas pada minggu ini bagi menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

SEMUA PENGUMUMAN DIBUAT PADA MASA INI (PENYAMPAINAN HADIAH, SIJIL, PROGRAM MBMMBI, ANUGERAH KELAS DLL)

Majlis mengucapkan terima kasih diatas ucapan itu tadi.

4.

LAPORAN DISIPLIN DAN KAUNSELING

Bagi Sesi disiplin/kaunseling pada minggu ini dijemput EN. FIRDAUS BIN HADZIMI menyampaikan laporan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. Terima kasih kepada EN. FIRDAUS BIN HADZIMI atas laporan/teguran/peringatan itu tadi. Semua pelajar diminta mengambil maklum dan tindakan yang sewajarnya. 5. UCAPAN PENGETUA / PENTADBIR. Seterusnya, saya mempersilakan TN HJ BAKRI BIN MOHD SALIM Pengetua SMKJ12 (NYATAKAN NAMA DAN JAWATAN) untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Dengan ucapan itu tadi maka berakhirlah perhimpunan kita pada pagi ini. Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua / Penolong Kanan itu tadi. Semoga nasihat/ teguran/amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk merealisasikan kecemerlangan sekolah SMK Jengka 12. Kita akhiri perhimpunan ini dengan membaca Tasbih Kafarah dan Surah AlAsr.

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Dalam proses perhubungan Ketua Jabatan dan kakitangan, terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian. Misalnya, bagaimanakah seorang Ketua Jabatan mempengaruhi tingkah laku kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna. Sebagai contoh dalam situasi sekolah misalnya, pengetua/guru besar dan guru-guru berusaha melahirkan pelajar yang sempurna dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Seorang pengetua/guru besar mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan, agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua kakitangan di sekolah. Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggotaanggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya Asas Pentadbiran Pendidikan, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu. Pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. Ini termasuklah: 1. Mentaliti

Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman. Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri. Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain datang kepadanya minta bertindak. Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.

2. Kemasyarakatan

Kesediaan memberi dan menerima pendapat. Sikap positif dan terbuka. Daya penggerak dan semangat juang yang kuat. Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.

3. Moraliti

Mempunyai disiplin diri yang unggul. Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri. Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.

Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak. Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya. Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai:

Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati. Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul. Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional.

Tiada siapa mempertikaikan kepentingan bendera. Ia adalah lambang dan maruah. Sebagai seorang Islam, kita tidak lupa kisah di dalam perang Mutah. Perang Mutah yang berlangsung pada Jamadil Awwal, 8 hijrah bersamaan bulan Ogos atau September tahun 629 Masihi itu adalah peperangan paling hebat berlaku yang dialami oleh tentera Islam ketika baginda SAW masih hidup. Ia berlaku di satu kampung bernama Mutah yang berdekatan dengan wilayah Balqa di Syam. Jaraknya dengan Baitul Maqdis hanya sekitar 2 marhalah sahaja. Tentera Islam yang seramai 3 ribu orang itu akan berhadapan dengan tentera musuh sejumlah 2 ratus ribu.

Rasulullah SAW melantik Zaid bin Harithah sebagai panglima perang dalam misi ini. Baginda juga berpesan, jika Zaid terbunuh, penggantinya adalah Jaafar bin Abi Tolib. Jika Jaafar terbunuh, penggantinya adalah Abdullah bin Rawahah. Lalu baginda menyerahkan bendera kepada Zaid bin Harithah sebagai tanda melepaskan pemergian ketumbukan perang Islam. Di dalam perang itu, Zaid yang memegang bendera bertarung dengan hebat sehingga ditusuk dengan lembing-lembing musuh. Zaid gugur lalu Jaafar datang mengambil bendera, berjuang dengan tangkas. Jaafar turun dari kudanya dan bertarung sehingga terputus tangan kanannya. Bendera beralih ke tangan kirinya. Jaafar terus berjuang sehingga tangan kirinya pula putus, bendera dipeluknya dengan kedua-dua lengannya. Saat Jaafar terbunuh, ia masih mengangkat bendera itu. Seorang tentera Rum mencantas tubuh Jaafar sehingga terbelah dua. Allah telah mengganti untuknya dengan dua sayap untuk terbang di dalam syurga. Oleh itu, Jaafar digelar dengan Jaafar at-Tayyar (yang terbang). Ibnu Umar menceritakan, mereka mengira terdapat lebih 90 tusukan lembing dan panah di tubuh Jaafar. Bendera beralih ke arah Khalid al-Walid yang digelar pedang Allah. Khalid bercerita, di dalam perang itu sembilan pedangnya telah patah ketika bertarung, dan pedang terakhirnya sebilah pedang lebar buatan Yaman. Pertolongan Allah telah memberikan kemenangan kepada tentera Islam sehingga musuh berundur. Tentera Islam yang terkorban adalah seramai 12 orang, manakala tiada angka pasti di pihak musuh. Tetapi berdasarkan perjalanan perang, angka korban mereka juga ramai. Itu kisah bendera dalam perang Mutah. Oleh itu bendera bukan sekadar dikibar dan digantung begitu sahaja. Menjadi rakyat yang bertanggungjawab itulah yang utama. Bukan pelik pada hari ini, ada orang yang mengibarkan bendera di rumah, di pejabat, di kereta kononnya dialah patriotik dan cinta negara. Tetapi rupanya dia seorang perasuah, perompak duit rakyat, pembunuh dan sebagainya. Mengibar bendera bukan sekadar itu. Ia mesti disertai dengan tanggungjawab dan ruh perjuangan. Selamat menyambut hari kebangsaan.

You might also like