You are on page 1of 78

TOPIK 7 : KAEDAH MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL

1. Kaedah main peranan / simulasi 2. Kaedah bermain dan bercerita 3. Kaedah nyanyian dan lakonan 4. Kaedah perbincangan 5. Kaedah lawatan dan projek 6. Kaedah tunjuk cara 7. Kaedah pameran 8. Kaedah penyelesaian masalah 9. Kaedah / strategi penyelesaian konflik

10.Kaedah penyelidikan

7.1 Kaedah Main peranan / simulasi bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Kaedah ini digunakan dengan memberi pelajar sesuatu peranan dan menyuruh mereka bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Tindakan atau lakonan tersebut perlu menggambarkan perasaan dan nilai yang terlibat atau berkaitan. Ia juga merupakan dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip ia dijalankan secara spontan.

Proses main peranan : Aktiviti dimulakan dengan penyampaian dilema. Soalan utama yang perlu dinyatakan ialah apakah yang perlu dilakukan oleh watak-watak dalam dilema yang disampaikan. Meminta pelajar memainkan peranan-peranan yang tertentu berdasarkan cerita itu. Merancang bagaimana aktiviti main peranan hendak dilakukan. Memberi tugas pemerhati umpamanya untuk menilai. Pelaksanaan perasaan. iaitu memberi kepada pelajar yang lain, aspek

penekanan

kepada

Perbincangan tentang akibat semasa teknik main peranan dijalankan. Membuat keputusan berasaskan generalisasi. Ulang aktiviti tersebut dengan melibatkan pelajar yang lain.

Simulasi pula ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing. Melalui kaedah ini pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi penting. simulasi dan main peranan adalah corak interaksi yang berbeza dan boleh dikendalikan dalam bilik darjah. Proses ini menggalakkan pelajar memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Ini memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Kaedah ini juga membolehkan pelbagai kemahiran dapat digabungkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Ia dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses p&p.

7.2 Kaedah Bermain dan bercerita

-Salah satu cara dalam mempelajarai Pendidikan Moral dengan berkesan.


-Penglibatan dalam permainan akan memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik.

-Menggunakan pelbagai kemahiran pelajar :- kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
-Mempunyai hala tuju yang tepat dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. -Hala tuju ini diinterpretasikan melalui objektif tersirat iaitu:Meransang interaksi verbal pelajar Menambah kefasihan dan keyakinan Menyediakan konteks pembelajaran

Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasabosan


Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan

Permainan yang dikendalikan di sekolah rendah atau menengah bertujuan untuk mengajar, mengamal dan menghargai nilai-nilai seperti kerjasama, semangat kumpulan atau pemikiran rasional. contoh permainan :- ular dan tangga, teka teki, teka silangkata, permainan simulasi dan kuiz. digunakan untuk mengukuhkan perkara-perkara yang telah dipelajari menerusi sesuatu pelajaran. Kaedah bercerita bertujuan untuk membina kecekapan kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk menyampaikan nilai-nilai moral kepada pelajar. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita adalah terdiri dari permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian diberi pada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

Langkah-langkah dalam persediaan bercerita: Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat muridmurid. Sesuaikan pula dengan isis pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek moral. Lakukan perbincangan yang jelas tentang dimensi moral dengan menonjolkan nilainilai yang positif. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan kaedah ini.

Kekalkan hubungan yang baik antara guru dengan pelajar.


Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Gunakan suara yang nyata dan terang sama ada oleh guru ataupun menerusi kaset audio. bercerita dan menyoal secara berselang seli

Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.


Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek moral yang hendak disampaikan.

Galakkan penyertaan pelajar di setiap peringkat.

7.3 Kaedah Nyanyian Dan Lakonan digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik 9jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik 9mimik muka, gerak tangan, kepala dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. ia boleh mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya Pelajar bebas meluahkan sesuatu, seperti penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar serta menyuburkan sahsiah pelajar

Lakonan tanpa skrip 1. pelajar yang akan berlakon perlu memahami cerita dan nilai-nilai yang berkualiti. - 2. Pelajar secara sukarela bersetuju untuk melakonkan peranan yang berkaitan. - 3. Guru boleh memberi tunjuk ajar atau nasihat jika perlu. - 4. Di akhir lakonan, satu perbincangan perlu diadakan mengenai nilai-nilai yang terdapat dalam cerita yang berkaitan dan nilai-nilai tersebut sepatutnya dikaitkan dengan gaya kehidupan harian mereka.

Lakonan menggunakan skrip : 1. Pelajar perlu memahami kandungan skrip.

2. Pelakon boleh dipilih.


3. Pelakon membaca dan melakonkan skrip yang berkaitan. 4. Perbincangan tentang cerita dan nilai-nilai moral yang berkaitan perlu diadakan. Satu ringkasan perlu dihasilkan.

Melalui teknik nyanyian :- lagu mempunyai seni kata yang menekankan kepada nilai-nilai positif adalah berkesan dalam pengajaran di peringkat sekolah rendah kerana nyanyian sangat digemari pada peringkat umur ini. - Irama yang dipilih hendaklah mudah difahami dan diikuti. Lagu boleh digunakan untuk set induksi untuk satu pelajaran, memudahkan kandungan pelajaran dan sebagai penutup pelajaran.

Penggunaan teknik nyanyian untuk perkembangan moral di kelas:


1. Memainkan atau nyanyikan lagu yang berkaitan dengan konsep dan matlamat nilai-nilai moral. 2. Mengajar pelajar mengenal senikata lagu itu. 3. Pelajar menyanyikan lagu itu barisan demi barisan. 4. Pelajar menyanyi keseluruhan lagu dengan sendiri. 5. Terangkannilai-ilai atau cuba mendapatkan tindakbalas pelajar tentang nilainilai yang digambarkan menerusi lagu itu.

Bantuan alat-alat seni yang lain seperti poster boleh juga digunakan untuk merangsang perbincangan tentang nilai-nilai moral.nilai

7.4 Kaedah Perbincangan

satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. bertujuan untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas. satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik. peranan guru berubah mengikut situasi aktiviti kerana pelajar mengambil peranan penting dalam aktiviti tersebut.

Langkah-langkah yang perlu diikuti : menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang dijalankan. membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua untuk bertanggungjawab memastikan semua aspek perbincangan dijalankan dan dicapai.

menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan berbincang dalam kumpulan.


selepas menyampaikan kajian kes, pelajar mula berbincang. Ketua pastikan semua terlibat. Pelapor pula akan mencatat dan membuat rumusan.

ketika perbincangan, guru bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan terarah.
Selepas tamat, minta laporan dari setiap kumpulan. Dicatat di papan tulis mengikut isi penting . Setelah itu, bolehlah jalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

7.5 Kaedah Lawatan Dan Projek Lawatan sambil belajar dilakukan ke tempat-tempat yang menarik

pelajar dapat memerhati, mempelajari dan myngkin mempraktikkan ideaidea yang berkaitan dengan nilai.
Pelajar dibawa ke rumah orang tua, anak yatim, perpustakaan dan taman rekreasi.

Kejayaan bergantung kepada persediaan sebelum lawatan.


soal selidik disediakan tentang pelbagai aspek semasa lawatan boleh ditadbir atau diserahkan kepada pelajar. Pelajar boleh menumpukan perhatian terhadap aspek-aspek yang penting mengenai lawatan serta nilai yang berkaitan.

Cara menjalankan aktiviti lawatan yang berkesan :


Sebelum Pilih tempat - Sediakan satu panduan - Terangkan perkara yang hendak diberi penekanan

- sampel untuk laporan projek


Semasa Memberi bimbingan dan kawalan pergerakan. - Memberitahu pelajar tentang perkara yang relevan dan mengutamakan disiplin dan tingkah laku yang baik. Selepas Kumpulkan gambar dan bahan dan pamerkan - Tulis satu laporan atau ringkasan tentang nilai-nilai yang telah dipelajari.

Teknik projek pula ialah :- memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai dan menghasilkan sesuatu mengikut minat dan kebolehan. :- merupakan satu aktiviti berkemampuan atau penghasilan usaha secara individu. :- Dilakukan sama ada di dalan atau di luar kelas.

:- melibatkan aktiviti mencari bahan, mengumpul, emnyusun dan mempamerkannya.


Cara pengendalian teknik projek : Nilai-nilai ditonjolkan diberi penekanan.

tentukan projek, meneliti dan memberi penerangan serta bimbingan apabila perlu.
hasil dipamerkan dan ringkasan perlu dibuat tentang nilai-nilai yang didapapti,

7.6 Kaedah Tunjuk Cara

DIkendalikan dalam bentuk mesyuarat antara pensyarah dan pelajar.


Pelajar ditunjukkan cara menyelesaikan sesuatu masalah dengan pertolongan dari cikgu. Contoh aktiviti :- menyiapkan sesuautu projek ringkas.

Apabila bantuan diterima sepenuhnya, maka pelajar boleh merancang, melaksana, dan mengumpul data bagi menghasilkan satu laporan atau projek.

7.7 Kaedah Pameran Digunakan pelajar untuk mempamerkan beberapa penemuan atau pengetahuan kepada pelajar-pelajar lain.

Bagi menambahkan keberkesanan, ia boleh dijalankan dengan menggunakan proses mendengar dan melihat untuk memberi penjelasan mengenai beberapa prinsip yang terdapat pada bahan yang dipamerkan.
Sangat berguna dan boleh digunakan merentasi kurikulum, contoh :- mata pelajaran Pendidikan Seni dan juga Sains. :- Pameran kesihatan gigi.

7.8 Kaedah Penyelesaian Masalah

Kaedah yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang penulisan.
Ia mudah dilaksanakan, dan ia adalah bentuk yang mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.

DIlaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran.
Pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Ia memerlukan pelajar berfikir disamping menguji dan menilai apa yang diajar.

Tujuan utama teknik ini adalah :- mengesan pengetahuan murid


- menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif,inovatif, logik dan kritis. - mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar. - soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Teknik ini sering digunakan oleh guru dengan melibatkan pelajar dalam pengajaran bagi memperkembangkan kemahiran analitik pelajar. Guru seharusnya tidak perlu meminta jawapan dengan serta merta tetapi perlu menggalakkanpelajar untuk berfikir sebelum memberi jawapan. Perkara-perkara yang harus diberi penekanan :-

Soalan yang jelas dan ringkas


Semua pelajar diberi peluang menjawab soalan. Soalan-soalan berkaitan dengan apa yang telah dipelajari oleh pelajar dan perlu sesuai dengan kebolehan pelajar.

Soalan perlu mengikut aras , mengikut haluan yang senang kepada yangbercorak huraian yang perlu dipertimbangkan secara teliti sebelum dijawab.

7.9 Kaedah / Strategi Penyelesaian Konflik Dikenali juga sebagai percambahan fikiran (Brainstorming) Merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.

Ia menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis.

Cara-cara mengimplimentasikan kaedah ini : Topik perbincangan perlu sesuai dengan kebolehan dan minat murid Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas. Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang layak. setiap ahli diberi peluang mengemukakan cadangan

pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea.


suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan. pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.

digalakkan menggunakan prinsip 4W dan 1 H


Cadangan dan idea tidak boleh dikritik Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli yang pelbagai kebolehan.

7.10 Kaedah Penyelidikan Dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Merangkumi aspek-aspek soal selidik bagi mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Kebaikan kaedah ini ialah ia dapat menimbulkan daya refleksi di kalangan pelajar. Satu kaedah pengajaran moral yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti. melatih elajar mengemukakan pelbagai soalan yang berkaitan dengan perkembangan moral. Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Pengendalian kaedah pernyelidikan ialah :1. Proses mengenali masalah. 2. Mengkaji ramalan 3. Mengumpul maklumat 4. Menganalisis 5. Membuat rumusan

8.KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL


8.1 Pembelajaran Aktif
8.2 Kemahiran Berfikir 8.3 Pembelajaran Kontekstualisme Dan Konstruktivisme

8.4 Kecekapan Kecerdasan Emosi (KKE)

ACTIVE LEARNING/PEMBELAJARAN AKTIF


. that students must do more than just listen: They must read, write, discuss, or be engaged in solving problems. Most important, to be actively involved, students must be engage in such higher order thinking tasks as analysis, synthesis, and evaluation. Within this context, it is proposed that strategies promoting active learning be defined as instructional activities involving students in doing things and thinking about what they are doing.
- Bonwell C.C. & Eison J.A. (1991)

NOT ACTIVE LEARNING.


that goes from the ear to

the writing hand and leave the mind untouched.

Why Active Learning ?


IF I HEAR .. I WILL FORGET IF I SEE .. I WILL REMEMBER IF I DO .. I WILL UNDERSTAND BUT IF I DISCOVER . I WILL USE

Syarahan Bacaan Audio Visual Tunjuk Cara Perbincangan Kumpulan Pengalaman melalui penglibatan Mengajar orang lain

. 5% . 10% .. 20% 30% 50% 75% 90%

8.1.1 Pembelajaran Kolaboratif


Menekankan proses penyiasatan dan inkuiri. Pelajar melibatkan diri dalamaktiviti menjawab soalan terbuka supaya kemahiran inkuiri boleh dibina.

membolehkan pelajr berpeluang untuk menambahkan pengetahuan dan kefahaman dan pada masa yang sama membina kemahiran menyiasat.
Semasa aktiviti, interaksi berlaku antara pelajar dengan bahan mengajar, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan tenaga pengajar. Schrage (1990) menyatakan pembelajaran ini melebihi aktiviti bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapati daripada pembelajaran baru. Jonassen (1996), pembelajaran secara ini membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Kaedah ini secara tidak langsung pelajar mempelajari pelbagai kemahiran , contoh kemahiran berkomunikasi.

8.1.2 Pembelajaran Kooperatif

Satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar.


Menggunakan strategi rangkaian untuk menyiapkan tugasan yang bebas daripada kekangan masa, jarak dan tempat.

Konsep kerjasama dan dalam kumpulan telah diperkenalkan oleh Johnson dan Johnson (1991) dan Slavin (1983).
Mereka percaya bahawa pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka. Steven berpendapat, pembelajaran kooperatif telah dapat meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan. Peningkatan motivasi menyebabkan pelajar lebih berminat kepada pembelajaran yang sedang dipelajari.

pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama.
Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

Melalui pembelajaran kooperatif, pelajar dapat saling bergantung antara satu sama lain secara positif; saling berinteraksi secara bersemuka; akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri; Kemahiran kooperatif; dan pemprosesan kumpulan.

dapat menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. ia menyumbangkan kadar yang lebih berbanding pembelajaran secara pasif. Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam aktiviti yang dijalankan. membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan Falsafah Konstruktivisme. Kaedah pembelajaran ini meliputi :

- pembahagian bahan kepada kumpulan untuk dibincangkan.


- setiap ketua perlu memahami dan menguasai segala permasalahan dan penyelesaiannya dengan bersungguh-sungguh. - Setelah selesai perbincangan atau penyelesaian masalah dalam pasukan tadi, akan melaksanakannya. - Hasil pembentangan ini akan mengukuhkan lagi apa yang dibincangkan dalam pasukan sebelum ini. - Selesai sesuatu pembentangan, digalakkan interaksi, soal jawab atau perbincangan antara pasukan berlaku.

Kaedah ini dikatakan lebih baik daripada kaedah tradisional kerana ianya lebih menyeronokkan dan dapat juga meningkatkan motivasi, akauntabiliti, tanggungjawab dan kesungguhan pelajar dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi.
Pelajar berasa lebih bertanggungjawab, dapat menjimatkan masa, proses pembelajaran pelajar dan juga masa guru kerana guru tidak perlu meneragkan semua isi pelajaran sebagai mana yang dilakukan dengan kaedah pengajaran tradisional. amat sesuai diamalkan kerana ianya memenuhi kehendak dan amalan P&P KBSR dan KBSM. Peranan guru sebagai penyedia bahan dan fasilitator. Pembelajaran berpusatkan pelajar.

8.1.3 Pembelajaran Theory of Constraint (TOC) dan Kajian Masa Depan Theory of Constraint Constraint faktor yang menyebabkan sesuatu sistem daripada mendapat keuntungan yang lebih daripada apa yang hendak dicapai. Bagi mengelakkan keadaan ini, faktor ini hendaklah diuruskan terlebih dahulu. Sejenis alat untuk menyelesaikan masalah, yang dinamakan sebagai proses berfikir TOC (TOC Thinking Process) digunakan untuk menjawab tiga soalan yang penting di dalam sesuatu proses perkembangan berterusan secara logik dan sistematik. Tiga soalan :- Apa yang perlu diubah? Kepada apa hendak diubah? Bagaimana untuk menjalankan perubahan tersebut?

Dianggap sesuatu sistem itu sebagai satu rantaian.


Untuk meningkatkan kekuatan rantaian, sambungan yang paling lemah perlulah dikenalpasti dan usaha-usaha untuk menguatkannya haruslah dijalankan.

Lima langkah untuk menguatkan rantaian :


1. Analisa proses supaya tugas yang menghalang produktiviti sesuatu sistem boleh dikenalpasti. Cth. Halangan sistem adalah masa pemprosesan yang lama atau pembahagian kerja kepada terlalu ramai orang. 2. Keputusan mesti dibuat dalam bagaimana untuk memodifikasi tugas supaya kerja boleh dilakukan dengan lebih efisien dan efektif. 3. Pengurusan mengarahkan semua usaha untuk meningkatkan prestasi tugas yang terhalang.

4. Kapasiti tambahan digunakan untuk meningkatkan output keseluruhan tugas, cth. membeli mesin kedua atau mengimplemantasi penggunaan teknologi maklumat yang terkini.
5. Menetapkan proses peningkatan secara berterusan. Kesan prosesini mungkin akan mengakibatkan tugas lain menjadi faktor constraint.

Kajian Masa Depan


Generasi hari ini perlu berganjak paradigma dan memindah minda untuk merenung hari esok agar genarasi baru mendapat bekalan yang cukup untuk menghadapi cabaran dan perubahan. Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan diperkenalkan untuk membolehkan generasi baru merancang dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik serta boleh menerima dan menangani segala perubahan. Merupakan satu cara untuk memperolehi gambaran tentang masa depan dengan mengkaji sejarah atau apa yang telah berlaku dan sedang berlaku. Membuat pertimbangan tentang apa yang akan berlaku. Rasionalnya adalah membolehkan murid menangani sebarang cabaran pada masa depan dan bersedia menghadapi segala perubahan yang tidak dijangka.

Ia membolehkan murid :

berfikir secara kritis dan kreatif


Membuat keputusan tentang masa depan membina sikap dan nilai positif tentang masa depan berkomunikasi secara berkesan tentang masa depan mempunyai pengetahuan tentang masa depan; dan membuat kajian dan menguruskan maklumat tentang masa depan.

Kajian Masa Depan memberi kesedaran dan merangsang minda berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi.
Konsep-konsep KMD ialah : Ramalan dibuat tentang trend dan perubahan yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada. Menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena atau trend Menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal, menangani serta mengendalikan perubahan.

Kemahiran KMD ; Pemahaman konsep KMD segala tindakan dan peristiwa semasa ada kaintan dengan masa depan. Pengumpulan maklumat Strategi sedia ada membolehkan kita memahami data masa lalu dan masa kini untuk menentukan trend masa depan. Ramalan dan Analisis Satu proses mengenalpasti kesan atau akibat yang membolehkan kita membuat andaian tentang sesuatu pembaharuan atau perubahan. Imaginasi dan Kreativiti Kemahiran ini membawa kita kepada imaginasi yang tiada had yang mampu menghasilkan idea inovatif. Strategi Mengatasi Cabaran Membantu murid membina rasa optimis dan keyakinan diri serta menangani masalah yang dihadapi oleh mereka. Proses Inovasi Sosial Strategi ini bertujuan untuk mengajar kemahiran penyelesaian masalah Membina Senario Teknik yang penting untuk membangtu murid membina gambaran jelas tentang situasi masa depan. Penjelasan nilai dan Masa Depan Satu proses mengajar murid berfikir dan mengamalkan nilai-nilai murni yang membawa implikasi positif pada generasi akan datang. Dimensi Kemapanan Ia merupakan keupayaan kita mencorakkan dan membentuk masa depan dan kesejahteraan hidup.

Cara-cara menjalankan KMD. 1. Guru merancang aktiviti yang melibatkan teknik KMD

2. Memilih tajuk dan tema yang sesuai denga teknik KMD


3. Berbincang dengan murid untuk memperkembangkan idea secara kritis dan kreatif 4. Membimbing murid mencapai kajian masa depan dalam hasil kerja seni.

8.2 Kemahiran Berfikir


APAKAH BERFIKIR ?

Berfikir ...
... melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. (Mayer, 1977) merupakan pembentukan idea, pembentukan semula penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. (Fraenkel, 1980) pengalaman dan

ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. (Beyer, 1984)

Pengertian berfikir
Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

Produk

Proses

MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR


KEMAHIRAN BERFIKIR KEMAHIRAN KRITIS
- mencirikan - membanding dan membezakan - mengumpul dan mengelas - membuat urutan - menyusun mengikut keutamaan - menganalisis - mengesan kecondongan - menilai - membuat kesimpulan

KEMAHIRAN KREATIF
- menjana idea - menghubung kait - membuat inferens - meramal - membuat hipotesis - mensintesis - mengitlak - membuat gambaran mental - menganalogi - mereka cipta

MENAAKUL

STRATEGI BERFIKIR

- mengkonsepsi - menyelesaikan masalah - membuat keputusan

Pelbagai Kemahiran Berfikir


Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif.
Kemahiran berfikir menaakul membantu kita dalam membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.

Menguasai KB
KB telah disusun mengikut heiraki daripada kemahiran asas kepada kemahiran yang lebih kompleks. Pelajar perlu mempelajari dan menguasai KB yang asas sebelum mempelajari KB yang lebih kompleks. Contoh: Membuat urutan pelajar seharusnya telah mempelajari dan menguasai kemahiran yang sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membanding dan membeza, dan mengumpul dan mengelas.

8.2.1 Kemahiran Berfikir Kreatif

Petunjuk Kemahiran Berfikir Pemikiran Kreatif Menjana idea Membuat Inferens Menghubung kait Meramal Membuat hipotesis Mensintesis Mengitlak Menganalogi Membuat gambaran mental Mereka cipta

Matlamat berfikir adalah untukmenerbitkan

pelbagai persepsi
pelbagai konsep pelbagai idea

pelbagai cara menyelesaikan konflik


pelbagai cara meleraikan konflik pelbagai reka cipta pelbagai strategi dan taktik pelbagai prosedur kerja pelbagai teori pelbagai hipotesis pelbagai peraturan pelbagai hasil perundingan

Perkara yang ditimbulkan apabila berfikir secara kreatif: 1. Kita perlukan idea baru. 2. Ada atau tidak cara-cara lain? 3. Cuba cari kaedah-kaedah yang lebih mudah.

4. Ada atau tidak cara lain untuk menerangkan perkara ini?


5. Tolong fikirkan kemungkinan-kemungkinan lain. 6. Kita tak mahu lagi penyelesaian cara sekarang.

7. Cara ini belum dicuba.


8. Ini idea lama. Tentu ada cara lain.

Pemikiran kreatif menunjukkan ciri-ciri berikut ;


1. Sengaja menghasilkan idea baru, konsep baru dan tanggapan baru. 2. Menggunakan cara lain untuk melihat sesuatu yang sedang difikirkan.

3. Memberi fokus kepada usaha mahu mengubah idea yang ada pada masa ini.
4. Mencari cara baru untuk menggantikan penyelesaian yang sedang digunakan sekarang.

5. Pemikiran ini tidak pernah berpuas hati dengan jawapan yang digunakan sekarang.
6. Pemikiran ini sengaja menghasilkan idea-idea yang boleh memeranjatkan fikiran-fikiran biasa. 7. Pemikiran ini menganggap idea yang baik tidak perlu kelihatan logik pada awalnya. 8. Menumpukan perhatian kepada kemungkinan-kemungkinan yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang.

8.2.2 Kemahiran Berfikir Secara Kritis/Kritikal Pemikiran Kritis Mencirikan Membanding dan membeza Mengumpul dan mengelaskan Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan Menganalisis Mengesan kecondongan Menilai Membuat kesimpulan

kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
Kritik bermaksud Kritos dalam bahasaYunani, bererti mampu menilai. Pemikiran kritikal berfungsi sebagai memperbaiki idea yang sudah sedia ada. Cth. Membaiki lilin akan mendapat lilin yang lebih berkualiti, bukannya mendapat mentol, kerana mentol bukanlah lilin yang sudah diperbaiki. Penggunaan pemikiran ini mempunyai banyak kesan negatif. i. ia membunuh pertumbuhan idea-idea baru dengan mematahkan semangat orang yang cuba menerbitkan idea-idea tersebut. ii. Idea-idea baru terkeluar daripada paradigma yang sedia ada dan ia mencipta paradigma baru, tetapi pemikiran kritikal menilai idea-idea baru itu dalam konteks paradigma la. Maka idea-idea baru itu akan menerima penilaian negatif oleh pemikiran kritikal. iii. Ia ditandai oleh keupayaan melihat kesilapan, kesalahan, kelemahan dan kecacatan pada cara-cara berfikir seseorang atau pada idea dan cadangan yang dikemukakan.

Berfikir secara kritikal bermatlamat untuk mencari : di mana silapnya? di mana salahnya? di mana cacatnya ? di mana kelemahannya ? di mana yang tidak selaras ? di mana yang bertentangan ? adakah faktanya betul ? adakah analisisnya betul ?

adakah alasannya betul ?


adakah penilaiannya betul ? adakah kesimpulannya betul ?

Penggunaan stail berfikir kritikal adalah untuk mempertikaikan hujah berkaitan perkara-perkara berikut :
Data, fakta dan statistik yang dikemukakannya Bukti yang digunakannya

Teori, formula atau pendekatan yang digunakannya


Hujah, nas atau dalil yang disebut Andaian dan premis yang digunakannya

kesimpulan yang dibuatnya.


Ia berfokus pada hasrat untuk membuktikan idea orang lain salah.

Cara berfikiran ini berguna untuk membantu mengelakkan dari melakukan kesalahan. Ia bererti , kemahiran berfikir begini tidak berguna kalau kita tidak melakukan apa-apa.

8.2.3 Kemahiran Berfikir Secara Analitis Ditandai oleh daya usaha untuk melihat sesuatu itu secara lebih terperinci. Adalah proses memecah belahkan masalah besar kepada bahagianbahagiannya yang labih kecil supaya dapat kita tangani. Merupakan proses mencari punca-puncanya. Usaha untuk memahami situasi yang kompleks dengan cuba melihat situasi itu melalui unsur-unsurnya.

Terdapat analisis yang dapat menyelesaikan masalah dan ada juga gagal.
jenis-jenis masalah yang berpunca daripada sifat-sifat semulajadi tabiat manusia ialah contoh yang tidak dapat diselesaikan dengan cara analisis. Banyak jenis masalah yang diselesaikan dengan menggunakan teknik pemikiran rekacipta selain daripada analisis.

Matlamat dalam pemikiran jenis ini adalah : Membuat huraian terperinci berkenaan sesuatu idea atau perkara Mencari persamaan-persamaan Mencari perbezaan-perbezaan

Mencari punca-punca sesuatu masalah atau kejadian


Menyusun maklumat-maklumat ke dalam kumpulan-kumpulan Membuat pelbagai tafsiran

Mencari perhubungan antara perkara-perkara


Mencari perkaitan sebab-akibat antara perkara-perkara dan peristiwaperistiwa Berfikir secara analitikal ialah salah satu aktiviti pemikiran logikal. Ia adalah didasarkan kepada maklumat dan fakta-fakta. Reka cipta yang bermutu tinggi adalah berdasarkan idea yang kreatif dan maklumat yang betul. Idea yang baik ialah apabila faktanya betul.

Aktiviti analisis dapat digolongkan dalam tiga jenis :


1. Analisis cuba memahami sesuatu keadaan kompleks dengan cara memecah-mecahkan keadaan itu ke dalam unsur-unsurnya yang paling kecil. 2. Analisis cuba memahami hubungan sebab-akibat antara suatu peristiwa dengan peristiwa lain. 3. Analisis cuba memahami persamaan-persamaan dan perbezaanperbezaan antara dua benda, perkara atau peristiwa.

Aktiviti analisis memberi kefahaman keadaan yang sukar difahami, memahami perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa yang baru berlaku; membuat ramalan-ramalan akan apa yang mungkin berlaku pada masa hadapan; dan dapat membuat perancangan bagi mengawal kejadian.
Aktiviti analisis adalah sangat bermanfaat.

8.3 Pembelajaran Kontekstualisme Dan Konstruktivisme 8.3.1 Definisi dan Ciri-ciri Pembelajaran Kontekstualisme
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan minds on. Pengalaman Harian Individu

Kehidupan Masyarakat

Persekolahan

Alam Pekerjaan

Teori pembelajaran secara kontekstual

Pengetahuan sedia ada

Pengetahuan baru

Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

Pendekatan Kontekstual merentas pelbagai disiplin ilmu

Matematik

Sains

Bahasa

Teknologi Maklumat

Komunikasi

Teknikal dan Vokasional

Kemanusiaan

a) Faedah kepada guru :


Menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya; Dapat mengaitkan prinsip pembelajaran dengan dunia pekerjaan; dan

Menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.

b) Faedah kepada Industri : Menerima tenaga kerja yang berpotensi; dan Menggerakkan industri ke dalam pendidikan

Berasaskan kepada premis bahawa kita semua membina perspektif tentang dunia melalui pengalaman individu dan skema. Fokus kepada menyediakan murid menyelesai masalah dalam pelbagai situasi. Pengetahuan dibina secara aktif oleh murid Murid bukan ibarat tin kosong, tetapi mempunyai sesuatu dalam diri (skema) Melalui proses pengulangan dan pemantapan, skema membentuk konsep

MENGAPA KONSTRUKTIVISME? KAJIAN KONSEP PENGERTIAN ENGAGE EXPLORE EXPLAIN ELABORATE EVALUATE PENDEKATAN 5E
5

PETA MINDA
MURID

BERTANGGUNGJAWAB KEPADA PEMBELAJARAN SENDIRI GUNA TEKNOLOGI

KURIOUS INISIATIF TABAH PERISIAN INTERNET

KONSTRUKTIVISME

PERANAN GURU DAN MURID

GURU PRINSIP/ CIRI-CIRI


5 5

FASILITATOR PEMANDU

RANCANG P&P

KAUNSELING
TUNJUK ARAH

CONTOH

FIKIRAN TERBUKA
SOKONGAN KOGNITIF

BELAJAR BERSAMA BUAT CADANGAN CABAR KREATIVITI GALAK PEMIKIRAN KEKUATAN

TERIMA AUTONOMI & INISIATIF MURID FOKUS PEMBELAJARAN BUKAN KEPADA PENGAJARAN MURID ADA KEMAHUAN & TUJUAN GALAKKAN INKUIRI GALAKKAN INISIATIF GALAKKAN KURIOSITI MOTIVASI PENTING DALAM PEMBELAJARA N PEMBELAJARA N SATU PROSES AKTIF

FOKUS KEPADA MURID (STUDENT CENTRED)


PEMBELAJARAN ADALAH AKTIVITI SOSIAL GALAKKAN PEMBELAJARAN KOPERATIF LIBAT MURID DALAM SITUASI SEBENAR GALAKKAN DIALOG PEMBELAJARA N DALAM KONTEKS

MENILAI MURID

KEPERLUAN PERASAAN

PENGALAMAN PENTING DALAM PEMBELAJARAN

HUBUNGKAIT DENGAN KEHIDUPAN DI LUAR

CABARAN

MURID MEMPUNYAI PENGETAHUAN SEDIA ADA

ANTARA MURID DENGAN MURID ANTARA MURID DENGAN GURU

i
7

Konstruktivisme ialah:
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep berdasarkan kepada pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dan tidak menerima pengetahuan secara pasif dari environmen.

S6

FORMAT PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME


Stimulate learners curiosity - assign a task/topic/concept - create interest - generate curiosity - raise questions To satisfy curiosity - use inquiry to explore and investigate - do experiment - encourage students to work together - ask probing questions The concept and define the terms - define and explain the concept - question others explanation - ask for justification (evidence) and clarification Extend the concept into other content areas - Make connections and see relationships of the concept/ topic in other content areas - make connections of concept/topic to real world situation Examine the learners understanding - demonstrate understanding or knowledge of the concept or skill - assess students knowledge and skills - ask open-ended questions:(Why do you think .? What evidence do you have ? back What do you know about.? )

Prinsip-prinsip Pembelajaran Konstruktivisme PPK (1991), salah satu implikasi utama pendekatan ini ialah pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan pelajar. Pengetahuan yang dipunyai oleh pelajar adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Ia menekankan tindakan dan pemikiran pelajar dan bukan guru.

Ciri-ciri prinsip pembelajaran ini adalah seperti berikut : 1. Pembelajaran merupakan satu proses yang aktif. 2. Motivasi merupakan kunci kepada pembelajaran di mana ia menggalakkan penemuan inkuiri, perasaan ingin tahu dan inisiatif pelajar. 3. Dalam teori ini , pembelajaran adalah berbentuk kentekstual. Ia berkaitan dengan dunia kehidupan seseorang dan berhubung dengan prejudis dan kebimbangannya.

4. Pembelajaran juga ialah satu aktiviti sosial di mana ia menyokong pembelajaran koperatif dan melibatkan penggunaan bahasa dan melibatkan pelajar dengan situasi sebenar.
5. Satu lagi prinsip pembelajaran ini ialah ia mengambil masa.

Pendekatan Pembelajaran Secara Konstruktivisme


Dibahagikan kepada lima format iaitu :1. Penglibatan Simulasi perasaan ingin tahu pelajar melalui pemberian suatu tugasan, topik atau konsep, memupuk minat dan membangkitkan persoalan. 2. Penjelajahan Adalah bertujuan untuk memuaskan perasaan ingin tahu melalui penggunaan pendekatan inkuiri untuk menjelajah dan menyiasat melalui eksperimen, menggalakkan pelajar untuk bekerjasama dan menyoal. 3. Penerangan Pendekatan yang melibatkan definisi konsep dan penyataan. Penyataan tentang penerangan orang lain dan membuat pertimbangan dan penjelasan. 4. Penghuraian Memperdalamkan lagi konsep ke dalam sudut kandungan yang lain. Pelajar akan menghubungkaitkan dan melihat perhubungan sesuatu konsep atau logik dalam sudut kandungan yang lain dan membuat perkaitan dengan konsep topik ke dalam situasi dunianya. 5. Penilaian Menilai pemahaman pelajar melalui demonstrasi pemahaman dan kemahiran atau konsep pengetahuan. Mengakses pengetahuan pelajar, dan kemahiran dan konsep.

Peranan guru dan pelajar dalam pembelajaran Konstruktivisme 1. Peranan Guru Sebagai fasilitator yang merancang dan menekankan aktiviti yang berpusatkan pelajar. Sentiasa berfikiran terbuka yang menggalakkan pelajar menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.

Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid, menggalakkan mereka membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis.
Guru perlu tahu cara melaksanakan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan dan membimbing pelajar untuk mendapatkan jawapan yang tepat.

2. Peranan Pelajar Melibatkan sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah Perbincangan penting dalam membantu pelajar mengubah atau mengukuhkan ideaidea mereka, mengemukakan pendapat dan mendengar idea orang lain Pelajar mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan untuk membuat ramalan. Mempunyai kemahiran maklumat dan kemahiran penggunaan teknologi.

8.3.2 Akktiviti-aktiviti dan Kaedah Pemupukan Aktiviti-aktiviti untuk pemupukan pembelajaran kontekstualisme Dapat mencungkil potensi kecerdasan murid dengan lebih berkesan. Melalui aktiviti berkumpulan, murid-murid akan dapat mencapai tujuan berikut : mengaitkan pembelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan harian.

Mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian memindahkan kemahiran,


meneroka dan mendapatkan bukti Menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit; dan belajar secara bekerjasama (aktiviti berkumpulan.)

Aktiviti-aktiviti untuk pemupukan pembelajaran konstruktivisme dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti berikut: 1. Pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep 2. Pelajar berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.

3. Pelajar menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.


4. Semua pandangan pelajar dihormati dan tidak di pandang rendah 5. Pembelajaran berpusatkan pelajar 6. Aktiviti berasaskan hands-on dan minds-on

7. Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir


8. Pelajar mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut. 9. Pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina

10. Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai.


11. Pelajar digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori 12. Guru mengemukakan soalan yang boleh merangsangkan pelajar mencari jawapan 13. Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar

14. Pelajar banyak berinteraksi dengan pelajar lain dan guru


15. Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat pelajar 16. Pelajar bekerja dalam kumpulan.

8.3.3 Kepentingan Kemahiran Kontekstualisme Sangat sesuai dijalankan dengan melakukan aktiviti berkumpulan, ia memberi peluang kepada kumpulan lemah atau sederhana berinteraksi dan dibimbing oleh murid yang cemerlang.

Konstruktivisme Menurut PPK(1991), pembelajaran jenis ini menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ia menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran, misalnya dalam aktiviti penyelidikan dan penyiasatan dan pengujian hipotesis. Ia membolehkan kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep dan idea di mana pelajar terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru dan mengaplikasikannya dalam kehidupan atau situasi baru.

Hasil daripada proses pemahaman konsep, pelajar dapat membina ingatan jangka panjang tentang sesuatu konsep melalui penglibatan yang aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang baru. Keyakinan pelajar dapat dipupuk hasil daripada pembelajaran ini dan membolehkan pelajar berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran sosialnya iaitu dapat bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Hasil daripada pembelajaran secara konstruktivisme di mana pelajar membina pengetahuan, konsep dan idea baru secara aktif, pelajar akan meningkatkan kefahamannya, berasa lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kemungkinan.

8.4 Kecekapan Kecerdasan Emosi (KKE) Konsep EQ atau Emotional Intelligence atau kecerdasan emosi ini adalah satu konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan kesedaran terhadap emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan boleh berinteraksi dengan kecerdasan mental atau IQ.

Goleman menyatakan bahawa 80% kejayaan seseorang adalah bergantung kepada EQ atau kecerdasan emosinya berbanding dengan Cuma lebih kurang 20% sahaja disebabkan oleh IQ atau kecerdasan mentalnya. Ini sejajar dengan pandangan yang menyatakan kita sebenarnya memerlukan lebih daripada kecerdasan otak (IQ) sahaja untuk lebih berjaya dalam hidup.

8.4.1 Definisi Kecerdasan Moral Pendidikan Moral di sekolah adalah suatu usaha untuk membentuk insan yang menyeluruh dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Pendidikan Moral juga dapat memberi kefahaman tentang nilai-nilai murni seperti hormat menghormati, adat, agama dan sebagainya. Pengajaran dan pembelajaran Moral hendaklah menarik sesuai dengan zaman yang serba maju dan canggih ini. Perkembangan moral berlaku dalam diri manusia berpunca dari peringkat lahir sehingga dewasa. Setiap individu melalui peringkat peralihan usia yang mana ianya dipengaruhi oleh banyak faktor yang wujud di persekitaran.

8.4.2 Aktiviti-aktiviti dan Kaedah Pemupukan Kecerdasan Moral 1. Kenalpasti peraturan di dalam rumah anda dan pastikan semua ahli keluarga lain juga mengetahuinya untuk mendisiplinkan ahli keluarga. 2. Menambahkan jumlah perhubungan dalam diri anak untuk mewujudkan satu perasaan dan menjadikannya suatu yang lebih besar daripada dirinya sendiri. 3. Memastikan kanak-kanak cukup tidur supaya memperolehi minda yang cerdas keesokan harinya. 4. Memberikan pujian ke atas usaha kanak-kanak dalam pembelajaran mereka supaya menguatkan semangat dan keyakinan mereka untuk meneruskan pembelajaran. 5. Memisahkan rasa takut dan sangsi kanak-kanak pada pembelajaran untuk mengelakkan mereka membesar dengan perasaan takut, malu dan terhina. 6. Tidak menggunakan perkataan kesat seperti bodoh atau perkataan yang berlawanan dengannya untuk mengelakkan kanak-kanak menganggap bahawa terdapat perbezaan dalam diri manusia. 7. Penggunaan penstrukturan bertujuan untuk mewujudkan diri kanak-kanak tentang peraturan, jadual dan ketekalan.

8. Mengenali kemampuan minda kanak-kanak untuk mengelakkan ibu bapa mempunyai tanggapan yang salah di mana mereka beranggapan kanak-kanak mempunyai kemampuan minda yang pada tahap yang sama. 9. Menghapuskan sindiran yang bertujuan untuk mengelakkan berlakunya halangan kepada kanak-kanak bersikap terbuka.

8.4.3 Kepentingan Pemupukan Kecerdasan Moral

Umum harus melihat aspek berikut untuk menilai kecerdasan moral seseorang individu:
1. Perlu mengetahui emosi dirinya terlebih dahulu dan bagaimana mengendalikannya, termasuklah kebijaksanaan dalam mengawal gerak geri, kesabaran dan tindakan rangsangan terhadap selok belok suasana persekitaran. 2. Seseorang perlu bijaksana mengendalikan perhubungan (berkomunikasi) dengan orang lain.

3. Seseorang perlu berupaya memotivasikan diri secara tegas dan yakin dengan perasaan diri, pencapaian dan kebolehan pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi akan berada pada jalan kecemerlangan yang lebih jelas.

Kecerdasan Moral dapat memimpin pelajar berfikir dan memberi ketenangan dalam kehidupan harian.
Pelajar juga dapat membuat keputusan yang dapat memuaskan dirinya dan orang lain.

Mereka biasanya kurang bermasalah perilaku, malah sentiasa berbadan sihat.


Pendidikan untuk kecerdasan moral dapat membebaskan pelajar daripada sikap negatif, rendah diri dan prasangka sementara dirinya akan menjadi matang, sihat, sedia menghormati diri dan idea orang lain. Sudah tiba masanya sistem pendidikan diubah ke arah melahirkan individu yang bukan hanya berintelek tinggi tetapi juga mampu menyesuaikan diri dengan keperluan dunia hari ini.

You might also like