You are on page 1of 17

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

SMP PPG MAC 2012

HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

SOALAN 1 PRINSISP REKA BENTUK VISUAL DALAM BAHAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

740617125393001 740617125393 0135574406 lee5393@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SABAH LEARNING CENTRE

HBEF3103 SENARAI KANDUNGAN HALAMAN

1.0

PENDAHULUAN

2.0

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

3.0

PRINSIP REKA BENTUK VISUAL DALAM PPBK

4.0

PRINSIP REKA BENTUK VISUAL DALAM PPBK TERPILIH

4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6

Prinsip Reka Bentuk Simplisiti Prinsip Reka Bentuk Dominan Prinsip Reka Bentuk Pola Prinsip Reka Bentuk Seimbang Prinsip Reka Bentuk Variasi Prinsip Reka Bentuk Harmoni

6 8 10 11 12 14

5.0

PENUTUP

16

4.0

RUJUKAN

17

HBEF3103 1.0 PENDAHULUAN

Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mempengaruhi pelbagai aspek dalam gaya hidup masyarakat khususnya perkembangan bidang pendidikan negara. Konsep dunia tanpa sempada melalui kewujudan aplikasi pelbagai dalam penggunaan komputer dan talian internet telah mencetuskan revolusi dalam aspek cara guru dan pelajar menjalakan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) khususnya dalam konteks bilik darjah. Penggunaan bahan P&P berbantukan komputer dari internet menjadi satu elemen penting yang memerlukan kemahiran guru untuk memilih aspek-aspek yang berguna untuk menjayakan objektif P&P mereka. Bahan-bahan yang berkaitan banyak dimuat naik ke pelbagai laman dan kadangkala ada di antara bahan yang betul-betul memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh sistem pendidikan negara. Antara aspek penting yang akan difokuskan dalam perbincangan ini ialah bagaimana visual diolah dan disesuaikan dengan bahan P&P berbantukan komputer dan boleh dikongsikan oleh warga pendidik di Malaysia.

2.0

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Proses pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) sering dirujuk sebagai perisian yang dibangunkan dengan bahasa pengaturcaraan, pengarangan dan pengaturcaraan multimedia untuk mengajar dan belajar. Oleh yang demikian, dalam era teknologi masa kini, proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan buku teks. Malahan kaedah pengajaran guru melalui penggunaan kapur tulis dan papan hijau sahaja tidak lagi menjadi elemen yang mampu mencetuskan minat dan motivasi pelajar. Penggunaan teknologi yang menyediakan pembelajaran secara interaktif bagi memupuk minat pelajar adalah amat penting khususnya penggunaan PPBK ini.

Fungsi utama BPPBK adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran dan dapat membantu proses P&P. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada BPPBK adalah penting selaras dengan konsep pendedahan pelajar kepada teknologi ICT. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah BPPBK dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar melalui konsep reka bentuk visual yang penting.
3

HBEF3103 3.0 PRINSIP REKA BENTUK VISUAL DALAM PPBK

Prinsip-prinsip reka bentuk visual perlu difahami oleh guru secara khusus bagi menghasilkan bahan PPBK yang boleh meransang motivasi dan minat pelajar. Ini kerana visual merupakan alat komunikasi yang mampu menyampaikan mesej yang lebih berkesan daripada penggunaan lisan atau pernyataan bertulis. Malahan keberkesanan penggunaan visual sering dikaitkan dengan kualiti yang ada pada PPBK yang digunakan oleh guru dan prinsip reka bentuk visual yang difahami dengan baik boleh diaplikasikan dalam proses penghasilan PPBK. Ini kerana dengan adanya komputer, proses pembelajaran dan pengajaran akan berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan dalam ruang lingkup bilik darjah dan selepas waktu persekolahan.

Penggunaan alatan dan bahan seperti komputer dan alat pembesar suara di bilik komputer dapat membantu seseorang guru menerangkan sesuatu hukum, konsep dan hujah dengan lebih berkesan. Ini dapat memperkaya pengalaman murid-murid dan juga guru di samping penggunaan prinsip reka bentuk visual yang menarik. Malahan PPBK melalui reka bentuk visual mampu menterjemahkan isi pembelajaran kepada pelajar. Hal ini menggambarkan para pelajar mengalami persekitaran seperti di dunia sebenar setelah mendapat gambaran yang jelas, penerangan yang baik dan spontan. Antara prinsip reka bentuk visual yang akan dikaitkan dengan PPBK yang telah dipilih adalah seperti jadual berikut:

PRINSIP Simplisiti Dominan Pola Seimbang Variasi Harmoni

PENERANGAN RINGKAS Kejelasan atau kesederhanaan dalam reka bentuk visual Objek utama yang ingin ditonjolkan Menentukan fokus pandangan terhadap PPBK Pembahagian yang sama antara item atau objek dalam PPBK Penggunaan elemen grafik dalam PPBK Ulangan elemen grafik atau objek yang tersusun Jadual 3.1: Prinsip-prinsip Reka Bentuk Visual

HBEF3103 4.0 PRINSIP REKA BENTUK VISUAL DALAM PPBK TERPILIH

Perkembangan web 2.0 telah mencetuskan pelbagai idea melalui konsep perkongsian dan antara laman web yang boleh digunakan oleh guru dan ialah Slideshare dengan capaian asas di http://www.slideshare.net/. Laman web media untuk berkongsi persembahan, dokumen, dan pelbagai fail berbentuk pengarangan ini adalah mudah untuk digunakan apabila pengguna mewujudkan akaun berdaftar dengan hanya menggunakan email. Laman ini banyak digunakan oleh komuniti profesional untuk berkongsi bahan dan tersebar melalui laman perkongsian seperti facebook dan blog. Guru boleh membuka akaun di laman terbabit dan boleh berkongsi dengan kenalan guru dari seluruh dunia untuk berkongsi PPBK yang menarik dan boleh menjimatkan masa dan kos bagi menghasikan proses P&P di kelas. Ini kerana fail-fail PPBK yang menarik boleh dikongsi dan dimuat turun serta dikemaskini untuk kegunaan semasa.

Bahan PPBK yang telah dimuat turun sebagai tugasan analisis ialah sebuah fail perkongsian yang boleh digunakan oleh guru-guru sejarah tingkatan 2 sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Tajuk PPBK ialah Bab 4 Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke dan mengandungi hampir keseluruhan skop bab terbabit. Bahan dalam bentuk Microsoft Office PowerPoint 97-2003 Slide Show (.pps) ini mengandungi 18 slide yang boleh diakses atau dimuat turun di http://www.slideshare.net/smkmnpk/bab-4-9769757. Sejauh manakah PPBK yang dipilih direka bentuk berdasarkan prinsip-prinsip reka bentuk visual adalah seperti berikut:

HBEF3103 4.1 Prinsip Reka Bentuk Simplisiti

Simplisiti atau kesederhanaan merupakan prinsip seni reka visual yang bersifat sederhana dan tidak terlalu berat komposisinya. Prinsip kesederhanaan ini dapat memberikan para pelajar ilusi yang menarik dan mendorong mereka untuk terus menghayati proses pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan oleh guru. Prinsip kesederhanaan ini akan mampu memberi motivasi kepada pelajar dan mereka mampu untuk menggunakan PPBK yang dihasilkan sekiranya mempunyai komputer di rumah. Malahan ibu bapa yang berkemahiran turut mampu memahami kandungan bahan PPBK yang anak-anak mereka gunakan di rumah. Kekangan dalam aspek kemahiran teknikal guru menjadikan konsep simplisiti ini mudah untuk diterjemahkan oleh para guru dalam aspek asas menggunakan perisiaan pengarangan multimedia seperti PPBK yang telah dipilih seperti berikut:

Warna yang tidak begitu terang

Tajuk (Isi Pembelajaran)

Peringkat yang terdapat dalam PPBK (Langkah dalam penggunaan) Gambar 4.1 : Muka hadapan PPBK yang sederhana

Butang yang diwujudkan untuk kawalan ke atas semua slide (tidak berfungsi selepas muat turun

Berdasarkan gambar 4.1 di atas, konsep kesederhanaan diaplikasi dengan baik apabila ruangan slide hanya melibatkan 2 aspek penting sahaja iaitu tajuk utama isi pembelajaran dan perkembangan proses P&P melalui peringkat-peringkat yang perlu dicapai atau dilalui semasa menggunakan PPBK ini. Dalam slaid asas ini, konsep kesederhanaan mewujudkan tarikan kepada pelajar untuk mengetahui isi pembelajaran dan peringkat seterusnya. Walau bagaimanapun, penggunaan grafik yang bercorak abstrak dalam bahagian ini mungkin boleh digantikan dengan gambar yang lebih bermakna untuk mengaitkan dengan tajuk isi pembelajaran seperti peta negeri Sarawak atau ilustrasi tokoh iaitu Keluarga Brooke
6

HBEF3103 Selain itu, konsep simplisiti turut menekankan lukisan atau grafik yang jelas dan mudah dibaca. Tulisan yang digunakan dalam PPBK ini mudah dilihat dan senang untuk dibaca oleh para pelajar dalam jarak normal sebuah bilik darjah. Malahan sesuatu bahan visual PPBK perlu nampak mudah (simple) bagi mengelakkan penerima daripada merasa tertekan untuk mengetahui apakan maklumat sebenarnya yang hendak disampaikan. Seterusnya prinsip reka bentuk visual dari aspek simplisiti ini dapat diterjemahkan melalui PPBK ini dengan beberapa gambarajah berikut:

Tajuk Pembelajaran

Grafik Animasi yang boleh menarik minat pelajar

Grafik menjadi asas untuk menunjukkan kronologi

Butang Navigasi untuk kembali ke halaman utama berfungsi dengan baik Gambar 4.2 : Pecahan tajuk 4.2

Objektif Pembelajaran

Penggunaan Gambar yang ringkas

Objektif yang perlu dicapai : Saiz tulisan boleh dibesarkan lagi

Butang Navigasi untuk kembali ke halaman utama berfungsi dengan baik Gambar 4.3 : Objektif Pembelajaran dalam PPBK

HBEF3103 4.2 Prinsip Reka Bentuk Dominan

Dominan merupakan salah satu prinsip yang selalu digunakan dalam penghasilan reka bentuk visual. Antara aspek mudah ialah penggunaan warna yang dominan dalam reka bentuk kad jemputan dan juga papan iklan. Dominan berasal dari perkataan Dominance yang bermaksud keunggulan. Sifat unggul dan istimewa ini menjadikan sesuatu unsur seni tersebut sebagai penarik dan menjadi pusat perhatian dalam satu-satu PPBK. Prinsip dominan ini boleh dirujuk kepada warna dan grafik asas dalam PPBK dipilih seperti berikut:

Warna biru laut dominan dalam setiap slaid Grafik yang terdapat pada sebahagian besar slaid Tulisan dan butang grafik sebagai unsur dominan

Gambar 4.4 : Muka hadapan PPBK Penggunaan warna, grafik, dan teks

Tajuk Pembelajaran Warna yang dominan Menjejaskan bentuk tulisan yang perlu ditonjolkan sebagai isi pembelajaran

Bentuk carta yang dominan

Prinsip dominan grafik yang terdapat pada sebahagian besar slaid diambil alih oleh carta Gambar 4.5 : Prinsip Dominan (Warna, Grafik, dan Carta)

HBEF3103 Prinsip dominan dalam reka bentuk visual mempunyai beberapa tujuan iaitu menarik perhatian, menghilangkan kebosanan dan memberi titik fokus pada sesuatu PPBK yang dihasilkan. Oleh yang demikian objek atau item utama yang ingin disampaikan perlu ditonjolkan dalam slaid tersebut. Selain itu prinsip dominan ini boleh dibangunkan menggunakan panduan berikut dan gambarajah PPBK berikut:

i. ii. iii. iv. v. vi.

Menggunakan peraturan Satu Per Tiga (Rule of Third) Warna dan bentuk yang kontras Saiz yang lebih besar Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar

Tajuk Pembelajaran

Grafik memenuhi peraturan 1/3

Prinsip dominan tidak diterapkan kepada tulisan sebagai isi utama pembelajaran Gambar 4.6 : Panduan Prinsip Dominan PPBK

Grafik Visual yang bergerak

Warna yang kontras

HBEF3103 4.3 Prinsip Reka Bentuk Pola

Prinsip visual ini amat penting dalam proses menghasilkan PPBK kerana susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual akan mampu menarik minat pelajar. Ini kerana prinsip ini mampu menarik menarik penglihatan ke arah isi yang utama, mengerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul dan mengekalkan penglihatan mata dan mengikut aliran persembahan. Unsur-unsur seperti ruang, garisan dan ilustrasi boleh digabungkan dalam satu slaid PPBK bagi menghasilkan pola yang menarik. Prinsip ini juga boleh dibahagikan mengikut bentuk rekaan iaitu pola mengikut geometri dan pola mengikut huruf. Gambar berikut menjelaskan bagaimana prinsip rekaan visual ini dalam PPBK yang terpilih.

Tajuk Pembelajaran

Isi dipecahkan mengikut kategori

Anak panah sebagai panduan pembaca

Bahan geometri berwarna digunakan

Gambar 4.7 : Pola Mengikut Geometri

Tajuk Pembelajaran

Tulisan menjadi asas dalam menjelaskan isi pembelajaran

Kotak dan anak panah sebagai panduan

Aspek tidak sesuai kerana grafik dibahagian belakang menjejaskan penglihatan Gambar 4.8 : Pola Mengikut Huruf
10

HBEF3103 4.4 Prinsip Reka Bentuk Seimbang

Imbangan ditakrifkan sebagai suatu keadaan kesamaan dan berpadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan unsur-unsur seni visual. Imbangan merujuk kepada pembahagian yang bersebelahan atau berpadanan sama ada di sebelah kiri dan kanan atau atas dan bawah. Ia terbahagi kepada dua iaitu imbangan simetri dan juga imbangan tak simetri. Melaui imbangan, susunan tidak akan kelihatan berat sebelah dan akan mewujudkan kesan kesatuan dalam PPBK yang dihasilkan. Prinsip ini boleh dijelaskan melalui gambar berikut:

Tajuk Pembelajaran Isi pembelajaran disusun dengan prinsip imbangan

Isi dipecahkan mengikut kategori Imbangan dibahagian kiri dan kanan slaid diterapkan

Kelemahan dari aspek jarak boleh diperbaiki Gambar 4.9 : Prinsip Imbangan Simetri

Tajuk Pembelajaran

Imbangan dengan Grafik yang berlainan bentuk dan warna

Isi Pembelajaran

Gambar 4.10 : Prinsip Imbangan Tak Simetri

11

HBEF3103 Prinsip imbangan simetri kadangkala dinyatakan sebagai Seimbang formal iaitu pembahagian yang sama bahagi antara dua bahagian visual, sama ada bahagian kiri dengan kanan atau bahagian atas dengan bawah. Manakala imbangan tak simetri pula disebut sebagai Seimbang tidak formal apabila pembahagian tidak sama rata antara item kiri dan kanan atau atas dengan bawah sesuatu rekaan. Panduan yang boleh digunakan untuk menerapkan prinsip reka bentuk visual ini adalah seperti berikut:

i. ii.

Penggunaan mata adalah cara terbaik menentukan keseimbangan Elakkan meletakkan objek yang gelap di atas objek yang cerah @ Objek yang besar di atas objek yang kecil

iii.

Objek yang gelap lebih berat daripada objek yang cerah & Objek yang lebih besar lebih berat daripada objek yang kecil

iv.

Hukum graviti perlu diaplikasi

Keseimbangan merupakan prinsip yang membolehkan sesuatu

paparan kelihatan seimbang

samada secara vertikal atau horizontal dan mampu menarik minat pelajar. PPBK yang dipilih menunjukkan konsep keseimbangan dalam penghasilannya. Malahan elemen-elemen seperti butang, garisan, teks, grafik, dan warna disusun secara seimbang hingga keseluruhan paparan dapat dilihat dengan jelas dan selesa.

4.5

Prinsip Reka Bentuk Variasi

Dalam satu-satu PPBK reka bentuk variasi ini merupakan satu elemen yang sukar untuk dibuat tanpa melibatkan perisian yang berbentuk komersil. Penggunaan perisian Microsoft Power Point hanya mampu menghasilkan variasi yang ringkas dan guru perlu memahami konsep penggunaan elemen ini supaya bahan yang dihasilkan tidak memasukan variasi yang kurang berkaitan dengan isi pembelajaran. Elemen ini menjadikan PPBK sebagai bahan rangsangan yang boleh menimbulkan perasaan hidup atau seolah-olah visual yang dipaparkan itu hidup dan bergerak. Elemen variasi ini boleh diwujudkan dengan menggunakan pelbagai elemen grafik dalam penghasilan visual agar kelihatan hidup, meningkatkan tarikan dan minat terhadap persembahan. Prinsip ini dapat dijelaskan dalam PPBK terpilih melalui gambar disebelah:

12

HBEF3103

Tajuk Pembelajaran Kumpulan Elemen grafik yang bergerak sekali Elemen grafik yang bergerak (kurang berkaitan dengan isi pembelajaran) Gambar 4.11 : Prinsip Reka Bentuk Variasi 1

Kumpulan elemen grafik yang bergerak

Tajuk Pembelajaran

Kumpulan elemen grafik yang bergerak

Gambar 4.12 : Prinsip Reka Bentuk Variasi 2

Prinsip reka bentuk variasi ini boleh digerakkan dengan ringkas apabila pergerakan antara slaid PPBK berlaku. Ia adalah secara manual dan perisian pengarangan Microsoft Power Point boleh melakukan variasi mudah jika melibatkan pergerakan eleman multimedia seperti teks, grafik, gambar, dan animasi. Walau bagaimanapun, reka bentuk variasi ini perlu disesuaikan dengan isi pembelajaran dan pergerakan asas berlaku dalam setiap slaid PPBK yang dipilih walaupun penggunaan gambar tidak diaplikasi. PPBK ini masih lagi menarik dengan pergerakan atau variasi asas yang mudah.

13

HBEF3103 4.6 Prinsip Reka Bentuk Harmoni

Harmoni wujud pada benda-benda alam dan benda buatan manusia. Harmoni adalah sesuatu prinsip reka bentuk visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik. Dalam konteks seni, ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pandangan mata dalam PPBK. Ini supaya pelajar dapat dirangsang dengan isi pelmbelajaran yang ingin disampaikan. Antara prinsip reka bentuk harmoni dalam PPBK ini ialah seperti berikut:

Tajuk Pembelajaran Susunan elemen grafik yang bergerak sekali dan bentuk yang harmoni

Elemen grafik yang pelbagai warna mewujudkan kesan harmoni

Gambar 4.13 : Prinsip Reka Harmoni 1

Tajuk Pembelajaran

Elemen grafik disusun dalam satu pola yang sama dan menghasilkan prinsip harmoni

Gambar 4.14 : Prinsip Reka Harmoni 2


14

HBEF3103 Dalam prinsip reka bentuk harmoni ini juga, penggunaan elemen grafik yang berkesinambungan antara satu dengan lain membolehkan mata dan fikiran penonton mengikuti perkembangan keseluruhan visual. Secara langsung hubungan antara elemen-elemen, arah aliran persembahan, perspektif dan kesatuan mesej dapat dihasilkan. Malahan susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang seimbang dan mempunyai perhubungan dalam PPBK ini menonjolkan prinsip reka bentuk harmoni seperti yang boleh dijelaskan dalam gambar berikut:

Tajuk Pembelajaran Susunan elemen grafik yang yang harmoni

Elemen grafik yang pelbagai warna mewujudkan kesan harmoni

Gambar 4.15 : Prinsip Reka Harmoni 3

Tajuk Pembelajaran Penyusunan soalan selaras dari aspek kedudukan memenuhi prinsip harmoni Grafik asas untuk setiap slaid memenuhi prinsip harmoni Gambar 4.16 : Prinsip Reka Harmoni 4

Elemen grafik disusun dalam satu pola yang sama dan menghasilkan prinsip harmoni Elemen ini muncul secara manual dan memenuhi prinsip variasi

15

HBEF3103 5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, bahan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer atau PPBK mempunyai perisian yang bercirikan pendidikan dan mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklumbalas darinya. Apabila cara pendidikan yang konvensional diganti dengan cara yang lebih moden, semestinya ia haruslah dapat memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggalakkan dan produktif. Secara langsung golongan pelajar yang memang terdedah dengan teknologi ICT dapat mengikuti proses P&P yang dekat dengan zaman mereka. Malahan PPBK yang menekankan prinsip utama dalam proses P&P adalah berbeza dari fungsi perisian bersifat komersial. Oleh itu, mana-mana perisian yang dibangunkan mestilah melibatkan proses pembelajaran dan PPBK yang telah dipilih memenuhi kriteria utama prinsip reka bentuk visual yang telah dijelaskan dan sedikit pengubahsuaian boleh dilakukan terhadap bahan PPBK tersebut.

[2178 patah perkataan]

16

HBEF3103 4.0 RUJUKAN

Bushro binti Ali. (2006). Memadankan Rekabentuk Pengajaran dengan Kecenderungan Kecerdasan Pelbagai Pelajar: Mi-Maths. Muat turun atas talian pada 5 April 2012 di http://www.ipislam.edu.my/uploaded/Memadankan%20Reka%20Bentuk%20Pengajaran %20....pdf Fatimah H., Zuriani Z., dan Khairiah Salwa H.M. (2007). Elemen Reka Bentuk dan Kandungan Bahan Sebagai Faktor Kritikal Kejayaan E-Pembelajaran. Dalam Siti Rahayah Ariffin dan Norazah Mohd. Nordin. Pedagogi dan Pembangunan E-Pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi. Pusat Pembangunan Akademik: Universiti Kebangsaan Malaysia. Muat turun atas talian di http://eprints.usm.my/20550/1/PEDAGOGI_DAN_PEMBANGUNAN_EPEMBELAJARAN_DI_INSTITUSI_PENGAJIAN_TINGGI.pdf Hasmawati Hassan, Fatimah Hassan, dan Zuraini Zakaria (2007). Pembangunan E-Kuliah Menggunakan Perisian Articulate. Dalam Siti Rahayah Ariffin dan Norazah Mohd. Nordin. Pedagogi dan Pembangunan E-Pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi. Pusat Pembangunan Akademik: Universiti Kebangsaan Malaysia. Muat turun atas talian di http://eprints.usm.my/20550/1/PEDAGOGI_DAN_PEMBANGUNAN_EPEMBELAJARAN_DI_INSTITUSI_PENGAJIAN_TINGGI.pdf Jamalludin Harun dan Nor Elina Bt Tukiman. (2011). Pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web Menggunakan Pendekatan Inkuiri Berpandukan Model Webquest Bagi Topik Asas Rekabentuk Laman Web. Muat turun atas talian pada 5 April 2012 di http://eprints.utm.my/11969/1/Pembangunan_Sistem_Pembelajaran_Menerusi_Web_Me nggunakan_Pendekatan_Inkuiri_Berpandukan_Model_Webquest_Bagi_Topik_Asas_Rek abentuk_Laman_Web.pdf Jamalludin Hj. Harun dan Nur Izzah binti Abdul Kadir. (2010). Pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web Berasaskan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Situasi Bagi Topik Reka Bentuk Visual. Muat turun atas talian pada 3 April 2012 di http://eprints.utm.my/11559/1/Pembangunan_Sistem_Pembelajaran_Menerusi_Web_Ber asaskan_Pendekatan_Pembelajaran_Berasaskan_Situasi_Bagi_Topik_Reka_Bentuk_Vis ual.pdf Sharifah Alwiah Alsagoff. (1994). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

17

You might also like