You are on page 1of 10

1(a)

TEORI PENBELAJARAN KOGNITIF Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah

proses mental aktif untuk mendapat, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu.Mereka mengfokuskan kajian terhadap proses aktif minda untuk memahami persekitaran.Cara individu berfikir tentang kepercayaan, jangkaan dan pereasaan mempengaruhi fakta dan cara seseorang belajar.Ahli-ahli psikologi menekankan bahawa ilmu pengetahuan yang diperolehi adalah hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yang mendorong seseorang belajar.Jean Piaget, Jerome Brunner, David Ausubel dan Robert Gagne adalah ahli psikologi kognitif yang terkenal. David Ausubel merupakan ahli psikologi yang pertama yang memperkenalkan teori perkembangan kepada penguasaan maklumat melalui bahasa yang bermakna.Beliau percaya maklumat yang diperolehi melalui buku-buku,media-media dan lain-lain alat dapat dikuasai melalui 2 cara iaitu resepsi dan penemuan.Menurut beliau,kedua-dua jenis pembelajaran berlaku melalui hafazann atau makna. Ausubel menekankan bahawa maklumat yang dipelajari secara bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding dengan dipelajari secara penghafazan.Segala maklumat yang dipelajari melalui cara yang bermakna dapat diasimilasikan ke dalam struktur kognitif.Struktur kognitif merupakan pengetahuan yang sedia ada pada murid-murid seperti fakta, konsep dan genaralisasi yang pernah dipelajari dan diingat oleh murid-murid. Maklumat diasimilasikan melalui proses penggolongan.Penggolongan boleh berbentuk penggolongan terbitan dan penggolongan kolelatif.Penggolongan terbitan merujuk kepada maklumat baru yang diterbitkan daripada pengetahuan sedia ada muridmurid.Sebagai contoh, bagi murid-murid yang sudah mengetahui bahawa benda bulat boleh bergolek,maka kenyataan bola boleh bergolek dengan mudah merupakan maklumat yang berkaitan dengan bergolek,yang

termasuk dalam pengetahuan sedia ada murid-murid.Maklumet baru ini akan diasimilasikan ke dalam struktur yang sedia ada.Justeru itu, maklumat bari ini dikatakan terbit daripada pengetahuan sedia ada melalaui proses penggolongan terbitan.Penggolongan korelatif merujuk kepada pengembangan makna sesuatu struktur kognitif.Misalnya murid-murid telah diajar bahawa konsep segi empat sebagai suatu benda tertutup yang mudah dan mempunyai empat segi.Sebagai pengembangan,murid-murid mempelajari segi empat sama (maklumat baru),murid-murid menyedar bahawa ia adalah benda tutup yang mudah dan bersegi empat juga,cuma panjang sisinya adalah sama.Dengan itu,Maklumat baru (benda segi empat sama) dapat dikaitkan dengan maklumat sedia ada (benda segi empat tepat). Konsep murid terhadap konsep segi empat dapat diperluaskan DI DALAM BILIK DARJAH: Ahli psikologi Ausubel menekankan kaedah pembelajaran resepsi atau Penerima.Konsep yang dapat membantu pelajar membentuk struktur kognitif Yang sesuai. Saya telah mengajar murid-murid tentang kata nama (baju) dan kata adjektif (cantik) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 2.Mereka mengenal perkataan baju dan perkataan cantik.Mereka dapat menyebut dan menyatakan maksud perkataan tersebut dengan betul,tetapi mereka tidak dapat membezakan baju dan cantik tergolong dalam mana-mana kumpulan sama ada kumpulan kata nama atau kumpulan kata adjektif.Guru perlu berusaha ke rah membantu murid memahami sesuatu konsep iaitu kata adjektif boleh dikaitkan dengan sangat misalnya sangat cantik. Murid-murid didedahkan dengan contoh bahawa mereka tidak boleh mengaTakan sangat baju.Dengan in,murid-murid dapat membezakan kata adjektif Dan kata nama setelah memahami konsepnya. Sebagai contoh,murid-murid

Mengetahui pendek ialah kata adjektif kerana ia adalah betul apabila kita sebut sangat pendek.Murid-murid juga sedar kerusi bukan kata adjektif
Tetapi ia adalah kata nama sebab sangat kerusi adalah salah.

TEORI PEMBELAJARAN GESTALT Fahaman psikologi gestalt telah menjadi asas kepada perkembangan psikologi kognitif.Fahaman gestalt ini adalah diasaskan di Jerman.Perkataan gestalt bermaksud pola dalam bahasa Jerman .Ahli-ahli gestalt berpendapat pola perlu dilihat sebagai satu keseluruhan apabila mengkaji subjek dari aspek psikologi daripada proses pemerhatian yang mudah kepada personalitinya. Antara ahli-ahli mazhab kognitif /gestalt ialah Wolfgang Kohler,Kurt Koffka dan Max Wertheimer.Menurut mereka, pelajar-pelajar membentuk struktur Kognitif dalam ingatannya semasa proses pembelajaran. Setiap kali seseorang individu itu belajar,dia akan menyusun segala pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya dalam ingatan.Mereka telah mengemukakan prinsip yang berkaitan dengan organisasi persepsi dan penanggapan manusia. Mazhab gestalt berpendapat bahawa setiap individu ada keupayaan mental untuk mengelola,menyusun,menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan ia menghubungkait kan pertalian antara pengalaman tersimpan itu dengan masalah yang dihadapi . Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal. Wolfgang Kohler merupakan salah seorang pengasas psikologi gestalt. Beliau telah membuat kajian ke atas cimpanzi yang bernama Sultan dan mengemukakan konsep "celik akal".Di saat cetusnya idea itulah yang dikenali sebagai celik akal.Celik akal bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan lengkap.

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE Robert M.Gagne adalah seorang profesor dan ahli psikologi eksperimental yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan tentang fasa rangkai -an pembelajaran .Kebanyakan hasil penyelidikannya menjadi rujukan utama dalam projek Matematik di Universiti Maryland,Amerika Syarikat. Beliau menekankan bahawa pembelajaran sebagai suatu proses inputproses output.Menurut teori ini ,individu yang berdepan dengan persekitaran akan mendapat pelbagai rangsangan.Rangsangan tersebur baik secara sedar mahupun secara tidak sedar diproses melalui sistem saraf dan disimpan di dalam ingatan jangka pendek dan jangka panjang.Setelah ia dikod atau diberi makna arahan akan dihantar ke bahagian-bahagian tertentu untuk membuat tindak balas yang betul.Ia bergantung kepada simpanan kod,justeru itu bukan semua tindak balas itu betul. Menurut Gagne, proses pembelajaran yang berkesan adalah melalui 3 proses iaitu keadaan sebelum(input), peristiwa penting (proses semasa) dan peristiwa menyusul (aspek tindak balas).Proses ini berlaku dengan cepat dan kadang-kala tanpa disedari.Pembelajaran menjadi mudah dan berkesan sekiranya seseorang itu menggunakan proses ini dengan betul. Walau bagaimanapun mengikut Gagne, pembelajaran berlaku secara berPeringkat hierarki,iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada Peringkat paling kompleks.Prose pembelajaran yang berlaku secara Menye-

luruh ialah melalui 8 peringkat pembelajaran.Gagne berpendapat setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.

2.

Teori Konstruktivisme juga merupakan teori pembelajaran. (a) Jelaskan teori ini. Ahli teori konstruktivis menekankan pembelajaran dalam kontek.Konstruktivisme merupakan 1 teori tentang pengetahuan dan pembelajaran. Ini bermakna sesuatu pengetahuan itu berkembang dan berubah mengikut aktiviti pelajar. Ia dianggap sebagai satu pendekatan yang menjurus ke arah pembinaan kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu konsep.Oleh itu,konstruktivisme juga dikenali sebagai fahaman binaan. Dalam pendekatan ini,guru bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar ke arah membina kefahaman sendiri yang betul.Pelajar perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari.Teori Konstruktivisme menekankan kefleksibelan ,kognitif,kritikan refleksi dan pemikiran kritis. Pemahaman konsep yang dibina melalui pendekatan konstruktivisme ini kekal lebih lama oleh sebab ia diperoleh sendiri secara bersusah payah ,bukan sekadar diberitahu guru.Pelajar akan terdidik menjadi seorang yang berfikiran kritis dan kreatif.Konstruktivisme juga dilihat sebagai proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Dalam konstruktivisme,pembelajaran merupakan percubaan untuk

memahami pengalaman yang dilalui menerusi satu proses sosialisasi berdasarkan pengetahuan sedia ada.Pengetahuan dibina oleh pelajar dan pembinaan ilmu ini melibatkan struktur kognitif. Pembelajaran Teori konstruktivisme didasarkan prinsip-prinsip di mana proses pengetahuan dibina oleh pelajar.Pelajar diberi peluang mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep.Setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas,pelajar boleh berkongsi persepsi antara satu sama lain. Proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial.Ia mengalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif.Proses pembelajaran adalah berpusat kepada pelajar dan guru hanya dianaap sebagai fasilitator.

2b) Fikirkan tentang pedagogi pembelajaran teradun (blended learning pedagogy) yang diamalkan OUM (pembelajaran bersemuka, pembelajaran atas talian dan pembelajaran kendiri). Untuk setiap mod pedagogi tersebut,jelaskan bagaimana teori pembelajaran kontruktivisme telah diaplikasikan.Berikan contoh dan ceritakan tentang pengalaman anda sebagai seorang pelajar semasa mengalami proses pembelajaran tersebut Pembelajaran teradun OUM Pembelajaran bersemuka Contoh pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran bersemuka telah berlaku apabila peNuntut OUM menghadiri tutorial.Cara pembelajaran ini memberi peluang kepada penuntut untuk menyoal dan mengemukakan pandangan serta mengadakan komunikasi secara 2 hala di antar penuntut OUM Pembelajaran atas talian dengan tutor. Saya dapat berkomunikasi dengan rakan sekursus

dan tutor melalui forum,saya juga berpeluang menanya soalan dan menjawab soalan .Ia membina kefahaman saya yang lebih mendalam tentang Pembelajaran Kendiri sesuatu topik dalam Modul, Sebagai seorang penuntut,selain menghadiri Tutorial,saya juga perlu menjalankan pembeLajaran kendiri dengan membuat catatan ,nota Untuk menambahkan pengetahuan dan kefahaman saya.Selaras dengan teori Konstruktivisme,tutor adalah berperanan sebagai fasilitator.

3 (a) TRORI PROGRESSIVIST Ahli-ahli Progresivis menekankan bahawa manusia dapat belajar dengan cepat melalui aktiviti harian dengan orang lain, ia mesti berdasarkan kenyataan yang kita hadapi dan cara pembelajaran yang paling baik adalah berasaskan kepada teori saintifik yang sedia ada.Kebanyakkan kanak-kanak dipercayai belajar mengikuti langkah-langkah pembelajara yang tertentu. Model John Dewey merangkumi perkara-perkara seperti yang berikut:1. Sedar akan masalah 2 3 4 5 2. Mengenal masalah 3. Cadangan hipotesis untuk penyelesaian kepada masalah 4. Analisis akibat daripada hipotesis tersebut dengan pengalaman yang sedia ada. 5.Cuba menggunakan cara penyelesaian yang paling baik Dengan adanya sikap semulajadi manusia ini, seseorang guru yang bersikap progresivis bukan sahaja mengajar dengan cara membaca dan melatih malah mereka akan mendedahkan pengalaman harian dan aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan murid-murid. Slogan pakar-pakar progresivis ialah Belajar melalui berbuat. 6

4. Abraham Maslow telah mengemukan toeri yang mengandaikan bahawa Manusia tidak pernah puas dengan apa yang telah dicapai.

You might also like