You are on page 1of 264

HBLS1103

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN
TOPIK 1: KAJIAN KURIKULUM KHSR 1.1 Matlamat, Objektif, Organisasi dan Kandungan Sukatan 1.1.1 Matlamat: Matlamat Tahun 4, 5 dan 6 Adalah Sama 1.1.2 Objektif 1.1.3 Organisasi 1.1.4 Kandungan Sukatan Pelajaran 1.2 Huraian Sukatan Pelajaran KHSR 1 3 3 4 6 8 9 11 36

Bidang Pembelajaran Rumusan

TOPIK 2:

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR 2.1 Pengurusan & Pentadbiran Sumber Manusia 2.1.2 Tugas Pelajar 2.2 2.3 2.4 2.4.1 2.5 2.6 2.7 2.7.1 2.7.2 2.7.3 Pengurusan & Pentadbiran Bengkel / Makmal / Bilik Darjah Peraturan Keselamatan Makmal Penyimpanan / Penstoran Organisasi Stor Sistem Penyimpanan Stok Kawalan Stok Penyenggaraan Cara-cara Senggaraan Dilakukan Jenis-jenis Senggaraan Langkah-langkah Kawalan Senggaraan

37 39 40 41 43 44 44 44 46 48 48 50 51 52 52 52 52

Rumusan Glosari Ujian 1 Ujian 2

TOPIK 3:

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL / MAKMAL 3.1 Peraturan dan Etika 3.1.1 Peraturan Umum Bengkel / Makmal 3.2 3.2.1 Punca Kemalangan dalam Kerja-Kerja Mekanikal Kemalangan yang Berlaku daripada Proses Kerja Mekanikal

54 56 56 57 58

OUM

ISI KANDUNGAN

HBLS1103

3.2.2

Langkah Keselamatan yang Boleh Diambil bagi Mencegah Kemalangan dalam Kerja-kerja Mekanikal Punca Kebakaran Faktor-faktor yang Menjadi Punca Kebakaran Kelas Kebakaran Kebakaran yang Merebak Cara Memadam Kebakaran Pencegahan Kemalangan Langkah-langkah Pencegahan Tindakan Pencegahan Sistem Keselamatan Kebakaran Latihan Keselamatan Penyediaan Laporan Bertulis Rekod Keselamatan dan Kemalangan Persediaan Peralatan Sokongan Peranti Keselamatan (Safety Devices) Peralatan Pencegahan Kebakaran Alat Pemadam Api Pertolongan Cemas Peti Pertolongan Cemas Tanggungjawab Anda Ketika Kecemasan

58 59 59 59 60 60 61 61 62 62 63 64 64 65 65 66 67 68 69 69

3.3 3.3.1 3.3.2 3.3.4 3.3.5 3.4 3.4.1 3.4.2 3.4.2.1 3.4.2.2 3.4.2.3 3.4.2.4 3.5 3.5.1 3.5.2 3.5.3 3.6 3.6.1 3.6.2

TOPIK 4:

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN 4.1 Prosedur Perolehan 4.1.1 Penerimaan Barang-barang 4.1.1.1 Langkah-langkah Penerimaan 4.1.2 Pembelian 4.2 4.2.1 4.2.1.1 4.2.1.2 4.2.1.3 4.2.1.4 4.2.2 4.2.3 4.2.3.1 4.2.3.2 4.2.3.3 4.2.3.4 4.2.3.5 4.2.4 4.2.4.1 4.2.4.2 Penyimpanan, Kawalan Stok dan Inventori Merekod Penerimaan Barang-barang Daftar Harta Modal (KEW 312,312A) Daftar Inventori (KEW 313) Daftar Stok Bekalan Pejabat Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW 315) Nombor Siri Pendaftaran Verifikasi Stok Perlantikan Pemverifikasi Stok Pertimbangan Pegawai Pengawal ke Atas Laporan Verifikasi Stok Pengkelasan Barang-barang Perakuan Pegawai Pengawal ke Atas Verifikasi Stok Syor Mengenai Barang-barang yang Tidak Boleh Digunakan, Lebihan dan Lain-lain Pengiraan Stok Tanggungjawab Pegawai Penjaga Stor Rancangan Pusingan Pengiraan Stok

78 80 80 80 80 81 81 81 82 83 83 84 86 86 86 87 87 87 87 87 88

OUM

HBLS1103

ISI KANDUNGAN

4.2.4.3 4.2.5 4.2.5.1 4.2.5.2 4.2.5.3 4.2.5.4

Lebihan dan Kekurangan Pelupusan Barang-barang Syarat Pelupusan Prosedur Pelupusan Cara Pelupusan Barang-barang Penyenggaraan

88 88 88 89 95 95 95 96 97 97

Rumusan Glosari Ujian 1 Ujian 2

TOPIK 5:

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR 5.1 Pendekatan Konstruktivisme 5.1.1 Definisi 5.1.2 Konsep Pendekatan Konstruktivisme 5.1.3 Premis Pendekatan Konstruktivisme 5.1.4 Konstruktivisme dalam KHSR 5.1.4.1 Ciri-ciri Bilik Darjah 5.1.4.2 Aplikasi Konstruktivisme dalam KHSR 5.1.4.3 Adakah Anda Telah Mempraktikkan Pendekatan Konstruktivisme? 5.2 5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.2.4 5.2.5 5.2.6 5.3 5.3.1 5.3.2 5.3.2.1 5.3.3 5.3.4 5.3.5 5.3.5.1 5.3.5.2 5.3.5.3 5.3.5.4 5.3.5.5 5.3.5.6 Pendekatan Kontekstual Definisi Konsep Pembelajaran Kontekstual Kepentingan Pembelajaran Kontesktual Bentuk Pembelajaran Konstruktivisme Premis Pembelajaran Kontekstual Aplikasi Pendekatan Kontekstual Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) Definisi Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek Prinsip-prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek Premis Pembelajaran Berasaskan Projek Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Projek Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek Soalan Perancangan Jadual Perlaksanaan Mengawas Mentaksir Penilaian

98 100 100 100 101 102 103 104 106 107 107 107 109 110 110 111 112 112 112 113 113 114 115 115 116 116 116 116 116 17 118

Rumusan Glosari

OUM

ISI KANDUNGAN

HBLS1103

Ujian 1 Ujian 2

118 118

TOPIK 6

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK 6.1 Definisi 6.1.2 Pendekatan 6.1.3 Strategi 6.1.4 kaedah 6.1.5 Teknik 6.2 6.2.1 6.2.2.2 6.3 6.3.1 6.3.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Strategi Pembelajaran Bestari Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah dan Teknik bagi Strategi Pemusatan Murid Kaedah dan Teknik dalam strategi Pemusatan guru

119 121 121 121 121 121 122 123 125 127 127 132 136 136 136 137

Rumusan Glosari Ujian 1 Ujian 2

TOPIK 7:

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN 7.1 Penyediaan Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran 7.2 7.2.1 7.3 7.3.1 7.3.1.2 7.3.1.3 7.3.1.4 7.3.1.5 7.3.1.6 7.3.2 7.2.3 7.2.3.1 7.2.3.2 7.2.3.3 7.2.4 7.2.5 7.2.5.1 7.2.5.2 Rancangan Tahunan / Semester Format Rancangan Pengajaran Tahunan / Semester Rancangan Pengajaran harian Komponen-komponen Persediaan Mengajar Pengetahuan Sedia ada Objektif Pelajaran Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Penerapan Nilai Kemahiran Berfikir Strategi Berfikir (KBSB) Set Induksi Perkembangan Langkah-langkah Perkembangan Isi Pelajaran Strategi Penilaian Objektif Penutup Rumusan Aktiviti Susulan

138 140 140 140 143 143 144 145 146 147 148 149 150 151 151 151 152 152 152 152

OUM

HBLS1103

ISI KANDUNGAN

7.2.7

Contoh Rancangan Pengajaran Harian (Rph)

152 156 157 157 157

Rumusan Glosari Ujian 1 Ujian 2

TOPIK 8:

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM 8.1 Jenis dan Contoh BBM 8.1.1 Maksud Bahan Maujud / Konkrit 8.1.2 Bahan Separa Maujud 8.1.3 Abstrak 8.1.4 Bahan Pengajaran Pembelajaran yang Dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia 8.2 8.2.1 8.2.2 8.2.3 8.2.4 8.2.5 8.2.6 8.3 8.3.1 8.3.2 8.3.3 8.3.4 8.3.5 8.3.6 8.3.7 8.3.8 Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Pilihan Bahan-bahan Sedia Ada Olahan Semula Bahan Sedia Ada Merekacipta Bahan Baru Kriteria Pemilihan Bahan Bantu Mengajar Kepentingan Bahan P & P Kepentingan Bahan Rujukan Guru Penggunaan dan Penyimpanan BBM Organisasi Penyimpanan BBM Kaedah-kaedah Penyimpanan BBM Cara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Komponen Hardware dan Software dalam Pendidikan ICT Integrasi Hardware dan Software dalam P & P Komputer dalam Pendidikan Peranan Komputer dalam Pendidikan Penggunaan Internet dalam Pendidikan

158 160 161 161 162 163 164 164 165 165 166 167 167 169 169 170 174 175 180 182 183 183 184 185 191

Rumusan Glosari Lampiran

TOPIK 9:

PENGAJARAN MIKRO 9.1 Pengajaran Mikro 9.1.1 Definisi 9.1.2 Objektif Pengajaran Mikro 9.1.3 Prinsip Pengajaran Mikro

196 197 197 198 198

OUM

ISI KANDUNGAN

HBLS1103

9.2 9.2.1 9.2.1.1 9.2.1.2 9.2.1.3 9.2.2 9.2.2.1 9.2.2.2 9.2.3 9.2.3.1 9.2.3.2 9.2.3.3 9.3

Kemahiran Pengajaran Mikro Merangsang Kemahiran Set Induksi Kemahiran Menyoal Kemahiran Variase Rangsangan Kemahiran Komunikasi atau Interpersonal Kemahiran Menerang Kemahiran Peneguhan Kemahiran Penyampaian Pengajaran Kemahiran Menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) Kemahiran Penggunaan Papan Tulis Kemahiran Penutupan Langkah-langkah Melaksanakan Pengajaran Mikro

198 199 199 203 207 209 209 211 213 213 214 215 218 219 219 220 220

Rumusan Glosari Ujian 1 Ujian 2

TOPIK 10: PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH 10.1 Definisi 10.2 Jenis-jenis Penilaian 10.3 Cara Menilai dan Mentaksir Kemahiran dan Pengetahuan Dalam KHSR 10.3.1 Ujian Bertulis 10.3.1.1 Jadual Spesifikasi Ujian 10.3.1.2 Menulis Item 10.3.1.3 Pilihan Jawapan 10.3.1.4 Ciri-ciri Ujian yang Baik 10.3.2 Penilaian Melalui Pemerhatian 10.3.2.1 Kualiti Pemerhatian 10.3.2.2 Bentuk Perancangan 10.3.2.3 Strategi Pelaksanaan Rumusan Glosari Ujian 1 Ujian 2 Jawapan Rujukan

221 222 222 224 224 226 230 238 239 239 242 242 243 244 244 245 245 246 256

OUM

TOPIK 1

KAJIAN KURIKULUM KHSR

TOPIK 1
PENGENALAN

KAJIAN KURIKULUM KHSR


Zulkafli bin Arifin

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) merupakan satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang diajar kepada murid Tahap II. Mata pelajaran ini membantu kita untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui pengetahuan dan penguasaan kemahiran praktis serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Pembentukan masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk membolehkan kita peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran. Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini. Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu kita juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini juga dapat memberi kesedaran kepada murid tentang perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang yang berasaskan kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan. Dari segi perkembangan individu, kita dapat membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta, mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang sesuai dengan perkembangan intelek mereka. Murid juga berpeluang menjalankan simulasi aktiviti jual beli. Topik ini menerangkan tentang kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Ia akan dapat membantu anda memahami dan menguasai kemahiran pedagogi di samping kemahiran mengurus bahan dan alat untuk proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran KHSR. Topik ini juga memberi peluang kepada anda mengkaji dan menghayati kepentingan mata pelajaran ini yang dihuraikan melalui sub-topik matlamat, objektif, organisasi kandungan dan huraian sukatan. Selain itu anda akan didedahkan beberapa strategi dan aktiviti P & P yang sesuai dengan pelajar tahun 4, 5 dan 6. Semua ini akan menyumbang kepada hasrat negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OUM

KAJIAN KURIKULUM KHSR

TOPIK 1

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. menghuraikan matlamat, objektif, organisasi dan kandungan sukatan; menghuraikan perincian sukatan pelajaran di bawah tiga lajur iaitu: x x x 3. bidang/unit/topik hasil pembelajaran cadangan aktiviti;

menyediakan senarai berserta spesifikasi bahan dan alatan untuk keperluan tahun 4, 5 dan 6; mengguna pakai pengetahuan dan kefahaman pedagogi dalam mata pelajaran KHSR; mengenal pasti kemahiran menyedia dan menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran (P & P); dan menerangkan pengetahuan dan kefahaman mengenai kandungan sukatan pelajaran serta kaedah pelaksanaan mata pelajaran KHSR.

4.

5.

6.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

MATA PELAJARAN: KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Sukatan Pelajaran * Matlamat * Objektif * Organisasi kandungan Huraian Sukatan Pelajaran KHSR x x x Kandungan & jam interaksi Hasil Pembelajaran & aras Strategi & Aktiviti P & P

Bahan Sumber - Buku Teks - Buku rujukan - Bahan Bantu Mengajar/Belajar

OUM

TOPIK 1

KAJIAN KURIKULUM KHSR

1.1

MATLAMAT, OBJEKTIF, ORGANISASI DAN KANDUNGAN SUKATAN

Sukatan Pelajaran KHSR menerangkan tentang matlamat, objektif dan organisasi kandungan. Kaji setiap topik di dalam huraian sukatan pelajaran dan kenal pasti topik-topik yang sesuai diajar secara amali atau secara teori.

1.1.1
(a)

Matlamat: Matlamat Tahun 4, 5 dan 6 Adalah Sama


Kemahiran Teknologi, Kecenderungan Mereka Cipta, Semangat Keusahawanan Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap budaya kerja yang baik. Sukatan pelajaran ini menuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan semangat keusahawanan. Kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif, dan inventif. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan.

(b)

Perubahan Kandungan Dari segi kandungan, beberapa topik dalam sukatan pelajaran KHSR telah disusun semula untuk mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta mengemaskini kandungannya. Elemen reka bentuk diberi lebih fokus, dengan menambah elemen Kreativiti dan Reka Cipta. Terdapat dua bidang dalam sukatan pelajaran KHSR iaitu bidang Reka Bentuk dan Teknologi dan Perniagaan dan Keusahawanan.

OUM

KAJIAN KURIKULUM KHSR

TOPIK 1

1.1.2 Objektif
(a) Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 4 Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4 adalah untuk membolehkan murid: 1. Menggunakan bentuk asas untuk menjana idea kreatif dalam penghasilan projek. Menerangkan hubung kait bentuk dengan fungsi produk. Membuka dan memasang produk untuk mengenalpasti fungsi komponen. Menghasilkan sesuatu projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam. Memilih alatan, perkakas dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul. Mengenal pasti dan membezakan di antara litar siri dan selari. Menghasilkan projek elektrik. Menyenggara alatan tangan dan perkakas selepas menggunakannya. Menghasilkan tanaman hiasan. Mengenal pasti ciri dan jenis barang yang boleh dijual. Merancang jualan dan menyediakan barang untuk jualan. Menyenaraikan ciri bungkusan yang menarik. Mengira harga jualan dan untung. Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

2. 3. 4.

5.

6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. (b)

Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 5 Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5 adalah untuk membolehkan murid: 1. Mengkaji reka bentuk kit model serta menerangkan kefungsian sistem pergerakan kit model melalui proses membuka dan memasang. Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah melalui pencetusan dan penjanaan idea projek eksperimental. Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula serta penghasilan projek elektrik. Menyenggara bahagian bangunan.

2.

3.

4.

OUM

TOPIK 1

KAJIAN KURIKULUM KHSR

5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Mengenal pasti dan memilih ikan hiasan untuk dipelihara. Menghasilkan projek ikan hiasan. Mengenal pasti bahan serta peralatan jahitan dan membaiki pakaian. Merancang cara menjual dan menghasilkan barang jualan. Mereka bentuk dan menghasilkan poster untuk mempromosi barang. Menentukan cara mendapatkan pesanan untuk jualan. Merekod pendapatan dan perbelanjaan diri serta merancang cara perbelanjaan yang bijak. Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

12. (c)

Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 6 Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6 adalah untuk membolehkan murid 1. Menjana dan mengembangkan idea melalui lakaran untuk menghasilkan projek. Mengumpul dan merekodkan maklumat mengenai proses penghasilan projek. Mereka bentuk dan menghasilkan projek elektronik. Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada mesin mudah dan perabot. Mereka bentuk dan menghasilkan artikel mudah menggunakan bahan terpakai. Mengenal pasti langkah penyediaan tapak untuk penghasilan tanaman sayuran. Memilih jenis sayur-sayuran yang hendak ditanam. Menanam sayur-sayuran menggunakan kaedah hidroponik. Mengenal pasti tempoh matang sayuran untuk dipungut hasil. Mengenal pasti cara mendapatkan bekalan dan mengendalikan jualan melalui komisen. Mereka bentuk dan menghasilkan catalog untuk mempromosi barang. Menyusun atur barang untuk persediaan jualan. Mengenal pasti punca dan cara mengatasi risiko dalam perniagaan.

2. 3. 4. 5. 6.

7. 8. 9. 10.

11. 12. 13.

OUM

KAJIAN KURIKULUM KHSR

TOPIK 1

14.

Mengenal pasti hak pengguna dan etika perniagaan serta mendapatkan maklumat barangan yang masih berkeadaan baik.

1.1.3
(a)

Organisasi
Organisasi Kandungan Tahun Empat (i) Dua Bidang Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bidang iaitu: 1. 2. (ii) Reka Bentuk dan Teknologi Perniagaan dan Keusahawanan

Reka Bentuk dan Teknologi Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membekalkan murid Tahun Empat dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk mmenghasilkan projek yang berlainan dengan menggunakan proses reka bentuk. Untruk tujuan ini murid didedahkan kepada pengenalan kreativiti serta turut juga melakukan kajian reka bentuk dan kefungsian produk. Murid juga menggunakan teknik dan proses pembuatan yang melibatkan bahan gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam serta penghasilan projek elektrik. Di samping itu juga murid menghasilkan tanaman hiasan dan melakukan kerja penyenggaraan alatan yang telah digunakan. Amalan untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain semasa melakukan aktiviti turut diberi penekanan. Perniagaan dan Keusahawaanan Bidang Perniagaan dan Keusahawanan membekalkan murid dengan pengetahuan mengenai amalan perniagaan dan keusahawanan. Mereka mengenal pasti kumpulan sasaran bagi sesuatu jenis barang dan mengumpul maklumat untuk mendapatkan sumber bekalan. Murid juga merancang penyediaan jualan dengan menerapkan etika jualan semasa aktiviti jual beli. Murid turut didedahkan cara membuat promosi jualan, melayan pelanggan dan merekod jual beli dengan lebih sistematik. Amalan untuk memupuk nilai dan sikap seperti berdikari, yakin diri, inisiatif dan berdaya saing turut ditekankan. Murid didedahkan secara tidak langsung tentang kaedah mencari dan menggunakan peluang perniagaan dengan bijaksana.

(iii)

(b)

Organisasi Kandungan Tahun Lima (i) Dua Bidang Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bidang iaitu: 1. Reka Bentuk dan Teknologi 2. Perniagaan dan Keusahawanan (ii) Reka Bentuk dan Teknologi Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membekalkan murid Tahun Lima dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk menghasilkan projek yang berlainan dengan menggunakan proses reka bentuk. Untuk tujuan ini murid didedahkan kepada pengenalan kreativiti serta turut juga melakukan kajian reka bentuk dan kefungsian produk. Murid juga menggunakan teknik dan proses pembuatan yang melibatkan bahan gabungan kayu dengan bahan kitar

OUM

TOPIK 1

KAJIAN KURIKULUM KHSR

semula bukan logam serta penghasilan projek elektrik. Di samping itu juga murid menghasilkan tanaman hiasan dan melakukan kerja penyenggaraan alatan yang telah digunakan. Amalan untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain semasa melakukan aktiviti turut diberi penekanan. (iii) Penggunaan Bahan Terbuang Dalam menjalankan aktiviti atau membuat projek, guru tidak seharusnya bergantung hanya pada bahan yang dibeli sahaja. Bahan terbuang dan mudah didapati di persekitaran hendaklah dikenal pasti dan digunakan seberapa banyak yang boleh. Antara bahan tersebut termasuklah rotan, buluh, kotak, botol, plastik, cengkerang, reja kayu reja paip plastik, bahagian atau komponen mesin yang sudah tidak digunakan lagi seperti skru, bol dan nat, alas bebola dan roda.

(c)

Organisasi Kandungan Tahun Enam (i) Dua Bidang Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bidang iaitu: 1. 2. (ii) Reka Bentuk dan Teknologi Perniagaan dan Keusahawanan

Reka Bentuk dan Teknologi Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membekalkan murid Tahun Enam dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk mmenghasilkan projek yang berlainan dengan menggunakan proses reka bentuk. Untuk tujuan ini murid didedahkan kepada pengenalan kreativiti serta turut juga melakukan kajian reka bentuk dan kefungsian produk. Murid juga menggunakan teknik dan proses pembuatan yang melibatkan bahan gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam serta penghasilan projek elektrik. Di samping itu juga murid menghasilkan tanaman hiasan dan melakukan kerja penyenggaraan alatan yang telah digunakan. Amalan untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain semasa melakukan aktiviti turut diberi penekanan. Perniagaan dan Keusahawanan Bidang perniagaan dan Keusahawanan membekalkan murid dengan pengetahuan mengenai amalan perniagaan dan keusahawanan. Mereka mengenal pasti kumpulan sasaran bagi sesuatu jenis barang dan mengumpul maklumat untuk mendapatkan sumber bekalan. Murid juga merancang penyediaan jualan dengan menerapkan etika jualan semasa aktiviti jual beli. Murid turut didedahkan cara membuat promosi jualan, melayan pelanggan dan merekod jual beli dengan lebih sistematik. Amalan untuk memupuk nilai dan sikap berdikari, yakin diri, inisiatif dan berdaya saing turut ditekankan. Murid didedahkan secara tidak langsung tentang kaedah mencari dan menggunakan peluang perniagaan dengan bijaksana.

(iii)

OUM

KAJIAN KURIKULUM KHSR

TOPIK 1

Gambarfoto Buku Panduan Sukatan Pelajaran KHSR (Menggunakan Kamera Digital)

1.1.4

Kandungan Sukatan Pelajaran

Jadual 1.1 menunjukkan kandungan sukatan pelajaran KHSR dan jam interaksi bagi tahun 4, 5 dan 6.
Jadual 1.1: Kandungan Sukatan KHSR

Bidang/Unit/Topik Pembelajaran 1, Reka Bentuk dan Teknologi 1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel a. Peraturan keselamatan b. Organisasi bengkel 1.2 Kreativiti dan Reka Cipta a. Pengenalan Kreativiti b. Kajian reka bentuk dan kefungsian produk c. Penyelesaian masalah d. Penghasilan projek reka cipta e. Pendokumentasian 1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek a. Mereka bentuk dan menghasilkan projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam

Tahun 4 27 1

Tahun 5 27

Tahun 6 27

OUM

TOPIK 1

KAJIAN KURIKULUM KHSR

b. Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula 1.4 Elektrik dan Elektronik a. Penghasilan projek elektrik b. Penghasilan projek elektronik 1.5 Baik pulih dan Penyenggaraan a. Penyenggaraan alatan tangan b. Penyenggaraan bahagian bangunan c. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudah d. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada perabot 1.6 Jahitan a. Membaiki pakaian b. Penghasilan artikel 1.7 Tanaman Hiasan a. Pengenalan b. Pemilihan biji benih c. Penanaman d. Penjagaan 1.8 Ikan Hiasan a. Pengenalan b. Penyediaan bekas c. Pengurusan 1.9 Tanaman Sayuran a. Penyediaan tapak b. Penanaman dan penjagaan c. Pemungutan hasil 8 1 4

4 5

2 2

8 8

OUM

KAJIAN KURIKULUM KHSR

TOPIK 1

Bidang/Unit/Topik Pembelajaran 2. Perniagaan dan Keusahawanan 2.1 Barang Jualan a. Kumpulan sasaran b. Jenis barang yang sesuai dijual c. Sumber bekalan 2.2 Merancang dan menyediakan jualan a. Membuat rancangan jualan b. Menyediakan barang jualan 2.3 Mempromosi Jualan a. Promosi melalui bungkusan b. Promosi memlalui poster 2.4 Mengurus Jualan a. Melayan pelanggan b. Mendapatkan pesanan c. Menyusun atur barang 2.5 Merekod Jualan a. Merekod barang b. Merekod pendapatan dan perbelanjaan c. Mengira untung dan rugi 2.6 Mengurus Perbelanjaan Diri a. Merekod pendapatan dan perbelanjaan b. Merancang perbelanjaan 2.7 Risiko dalam Perniagaan a. Risiko dan cara mengurangkannya 2.8 Sikap Pengguna Yang Bijak a. Mendapatkan maklumat barang b. Etika perniagaan dan hak pengguna

Tahun 4 8 2 2 1

Tahun 5 8

Tahun 6 8

2 2 1 2

JUMLAH

35

35

35

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

10

OUM

TOPIK 1

KAJIAN KURIKULUM KHSR

1.2
(a)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KHSR


Format Huraian Huraian Sukatan Pelajaran ini diperincikan dalam tiga lajur iaitu: x x x Bidang/Unit/Topik Pembelajaran; Hasil Pembelajaran; Cadangan Aktiviti Pembelajaran.

Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajur iaitu Bidang/Unit/Topik Pembelajaran; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran. Dalam lajur pertama, bidang pembelajaran, unit pembelajaran dan topik berkenaan dinyatakan. Dalam lajur dua dinyatakan mengenai hasil pembelajaran, keluasan dan kedalaman skop setiap unit pembelajaran dihuraikan dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur. Hasil pembelajaran dibahagikan kepada tiga aras. Pemeringkatan kemahiran dan pengetahuan kepada aras tertentu bertujuan untuk membantu anda menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dengan mengambil kira kadar pembelajaran dan keupayaan murid. Aras 1 merupakan aras asas yang mesti dikuasai oleh semua murid sebelum mereka meneruskan pembelajaran ke Aras 2. Aras 2 merangkumi kandungan yang perlu dipelajari oleh semua murid selepas mereka menguasai kandungan Aras 1. Aras 3 merupakan aras pengayaan untuk murid yang berupaya melepasi pembelajaran Aras 1 dan 2. Dengan ini kekompleksian pembelajaran meningkat dari Aras 1 ke Aras 3. (b) Cadangan Aktiviti Pembelajaran Lajur ketiga, iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran bertujuan membantu anda merancang dan membekalkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada murid. Anda boleh mengubahsuai cadangan ini dan mereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling mereka. Huraian yang diperincikan seperti berikut.

OUM

11

KAJIAN KURIKULUM KHSR

TOPIK 1

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH TAHUN EMPAT Jadual 1.2 menunjukkan huraian sukatan pelajaran KHSR yang memperincikan bidang pembelajaran, hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti pembelajaran bagi tahun empat.
Bidang/Unit/Topik Pembelajaran Bidang Pembelajaran
1. Reka Bentuk dan Teknologi 1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel (Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu)

Hasil Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

a. Peraturan keselamatan

Aras 1
x Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti

Guru menerangkan dan membincangkan x x x x Langkah keselamatan Cara menyimpan alatan dan bahan secara terusan, teratur dan selamat Pengenalan kepada Kit Pertolongan Cemas Murid perlu melaporkan kepada guru jika berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan Mencatat rekod kemalangan kecil dan kecederaan dalam buku rekod kecederaan Memberi penerangan mengenai cara memadamkan kebakaran

Mempraktikkan cara menyimpan alatan dan bahan dengan selamat

PERINGATAN Carta peraturan keselamatan hendaklah dipamerkan di dalam bengkel. Rawatan lanjut bagi kecederaan perlulah dirujuk kepada doktor di hospital atau klinik yang berdekatan.

b. Organisasi Bengkel

Aras 1 x Menyediakan struktur organisasi tempat kerja

Menetukan peranan murid dalam bengkel seperti melantik ketua formen (ketua kelas), formen ( penolong ketua kumpulan kerja ) dan penolong formen (penolong ketua kumpulan kerja). Menyediakan jadual tugas harian di bengkel. Sesi perbincangan dan bercerita tentang cara perlupusan sisa yang betul. Semua bahan yang dibuang disebut sisa Cara pelupusan sisa Kambus tanah Insinerator (pembakaran) Pengkomposan

12

OUM

TOPIK 1

KAJIAN KURIKULUM KHSR

1.2 Kreativiti dan Reka Cipta (Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu) a. Pengenalan kreativiti (Cadangan peruntukan masa ialah 3 minggu) i. Pendedahan kepada bentuk asas reka bentuk Aras 1 x Mengenal pasti bentuk asas reka bentuk x x Melakar bentuk asas Menyenaraikan objek di persekitaran yang mempunyai persamaan dengan bentuk asas

Menunjuk contoh asas reka bentuk segi empat, bulatan, segi tiga dalam 2D dan 3D berasaskan unsur dan prinsip lukisan. Membuat lakaran bentuk asas. Memerhati bentuk asas di dalam kelas dan persekitaran bagi menjana idea. Membuat lawatan di persekitaran sekolah, taman permainan bagi menjana idea. Melakar objek-objek yang berkaitan dengan bentuk asas.

x Membina bentuk asas secara 3D

Membuat bentuk asas 3D menggunakan pensel, pen, krayon, arang dan pensel warna. Contoh objek ialah: bola (sfera), kotak (kiub atau kuboid), botol (silinder) dan skitel (pyramid). Mencantum bentuk asas bagi menghasilkan objek seperti bulatan, membentuk cermin mata atau segi empat, membentuk almari. Sumber bahan seperti kertas, plastisin, span dan tanah liat.

ii. Mengenal idea berdasarkan gambar atau objek

Aras 1 x Mengenal pasti idea berdasarkan objek x Melakar objek berdasarkan bentuk asal x Membina objek berdasarkan lakaran di atas dengan menggunakan bahan yang bersesuaian

iii. Komunikasi tampak

Aras 1 x Membuat persembahan hasil dan binaan secara lisan.

Murid mencatat idea baru daripada persembahan.

a. Kajian Reka Bentuk dan Kefungsian produk (Cadangan peruntukan masa ialah 4 minggu) i. Kajian bentuk luaran produk Aras 1 x Mengenal pasti kegunaan produk x Menghubungkaitkan bentuk dengan fungsi produk x Melakar reka bentuk luaran pelbagai produk

Produk hasil pengeluaran seperti cawan, gelas, bekas pensel, beg, kasut, basikal dan barang kelengkapan domestik. Mengaitkan rupa bentuk dengan fungsi produk. Contoh: Bentuk cawan yang bertangkai supaya mudah dipegang. Tunjuk cara melakar dengan menggunakan media seperti pen, pensel, krayon, arang dan pensel warna.

OUM

13

KAJIAN KURIKULUM KHSR

TOPIK 1

ii. Memasang model berpandukan manual

Aras 1 x Membaca manual x Memilih dan memasang komponen x Membandingkan model yang telah dipasang dengan manual x Menguji dan melaras model Aras 2 x Memasang model yang lebih kompleks berpandukan manual Aras 3 x Mereka model baru dari set binaan x Menerangkan fungsi model baru

Murid membaca arahan dan lukisan dalam manual. Pelbagai set binaan boleh digunakan serentak secara berkumpulan, berpasangan atau individu. Sumber bahan lain set binaan yang statik.

Sumber bahan ialah set binaan yang mengandungi gear dan roda serta boleh berfungsi. Murid memberikan penerangan dan membuat demonstrasi menggunakan model yang telah dipasang.

iii. Membuka dan memasang produk untuk mengkaji komponen

Aras 1 x Mengenal pasti jenis dan fungsi alatan tangan

Alatan tangan yang digunakan seperti pemutar skru rata, pemutar skru Philips, spanar boleh laras dan playar muncung tirus. Pengikat dan penyantum yang digunakan sepeti bol dan nat, skru dan sesendal. Contoh aktiviti ialah membuka dan memasang lampu suluh, loceng basikal, pengasah pensel, pensel mekanikal dan pam basikal

x Mengenal pasti jenis dan fungsi pengikat dan penyantum x Membuka dan mengenal pasti fungsi komponen x Memasang semula komponen supaya berfungsi e. Pendokumentasian (Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu ) 1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan projek (Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu) a. Mereka bentuk dan menghasilkan projek gabungan kayu dengan bahan kltar semula bukan logam Aras 1 x Mengumpul dan merekod maklumat Aras 1 x Menentukan projek berpandukan kad kerja x Membaca lukisan projek

Meyimpan maklumat dalam fail

Lukisan projek dan langkah kerja disediakan dengan jelas dalam kad kerja Penerangan nama dan fungsi alatan tangan yang berkaitan

x Mengenal pasti alatan tangan x Menentukan jenis bahan dan kuantiti x Mengukur, menanda dan memotong bahan projek x Memasang komponen projek

Contoh bahan kitar semula seperti botol minuman plastik, kadbod, polisterin, straw minuman, batang ais krim, dan lidi sate Membuat projek berpandukan kad kerja yang disediakan

14

OUM

TOPIK 1

KAJIAN KURIKULUM KHSR

x Membuat kemasan

Cadangan bahan untuk kemasan ialah cat sembur, foil aluminium atau kertas hiasan. Murid perlu mengamalkan langkah keselamatan semasa menggunakan cat sembur. Gunakan topeng hidung. Contoh projek ialah bekas pensel, tabung wang dan bekas bunga

Aras 2 x Mereka bentuk dan membuat projek berdasarkan minat murid 1.4 Elektrik dan Elektronik (Cadangan peruntukan masa ialah 4 minggu) a. Penghasilan projek elektrik Aras 1 x Mengenal pasti nama, fungsi dan komponen yang digunakan ialah mentol, sel x Mengenal pasti alatan tangan x Membuat penyambungan litar x Mengenal pasti litar siri dan litar selari x Membezakan di antara litar siri dan litar

Persembahan hasil projek

Komponen yang digunakan ialah mentol, sel simbol komponen kering 1.5 V, suis dan buzer. Penerangan fungsi alatan seperti skru rata, Philips, penjalur wayar dan playar muncung tirus. Catatan: Mentol L1 dan L2 boleh digantikan dengan buzer (simbol buzer = G) Memerhati perbezaan kecerahan pada mantol atau mendengar kekuatan bunyi buzer.

Aras 2 x Membaca dan menterjemah lukisan litar x Memilih alatan, bahan dan komponen x Mengukur, memotong, membentuk, memintal dan mengikat wayar pada tamatan komponen x Menguji litar x Membuat kemasan

Penerangan fungsi alatan seperti pemutar skru rata, philips, penjalur wayar dan playar muncung tirus. Tunjuk cara mengukur, memotong dan menjalur wayar dengan menggunakan alatan tangan.

Contoh projek ialah lampu suluh, lampu meja dan lampu hiasan.

OUM

15

KAJIAN KURIKULUM KHSR

TOPIK 1

33

1.5 Baik pulih dan Penyenggaraan (Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu) a. Penyenggaraan Alatan tangan

Aras 1 x Mengenal pasti bahan dan agen pembersih x Membersih alatan tangan x Meminyak untuk tujuan perlindungan dan perlinciran x Menyimpan alatan tangan

Bahan dan agen pembersih seperti minyak tanah, thinner, minyak pelincir dan sabun. Alatan tangan yang berkaitan seperti playar gabung, playar muncung tirus, gergaji, pemutar skru, gunting, dan penjalur wayar. Kerja pembersihan dan penjagaan berus cat yang telah digunakan perlu juga diberi penekanan oleh guru selepas kerja praktikal. Menjalankan aktiviti menyenggara alatan tangan.

1.6 Tanaman Hlasan (Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu) a. Pengenalan

Aras 1 x Mengenal beberapa jenis tanaman hiasan

Tanaman Hiasan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kegunaan bentuk dan ciri pertumbuhan: pokok naungan, pokok hiasan,pokok renek, pokok menjalar dan memanjat, pokok palma, pokok kaktus, rumput dan bunga semusim. Tumpuan diberi bunga semusim. kepada penanaman

b. Pemilihan biji benih

Aras 1 x Memilih biji benih pokok bunga semusim x Menyedia medium semaian x Menyemai biji benih pokok bunga semusim

Mempamerkan beberapa contoh pokok bunga semusim. Mempamerkan beberapa contoh biji benih pokok bunga semusim seperti balung ayam, marigold, keembong, bunga butang dan zinnia. Medium semaian daripada campuran tanah, bahan organik den pasir dengan nisbah 2:1 :1 Tunjuk cara menyemai biji benih bunga semusim.

Aras 2 x Membincangkan sifat biji benih yang berkualiti

Membincangkan sifat-sifat biji benih yang berkualiti seperti cukup matang, bernas, bebas daripada serangga perosak dan penyakit.

c. Penanaman

Aras 1 x Mengenal dan memilih bekas tanaman x x x Menyediakan bekas penanaman Menyediakan medium penanaman Mengubah anak pokok ke dalam bekas

Menunjukkan contoh bekas tanaman seperti pasu, beg politena dan bekas lain (bahan guna semula). Tunjuk cara membersih, menutup lubang saliran dan memasukkan medium penanaman. Tunjuk cara menyediakan medium penanaman 'John Innes Potting Mixture' dengan nisbah 3: 2 : 1

16

OUM

TOPIK 1

KAJIAN KURIKULUM KHSR

Aras 2 x Menyediakan batas penanaman tanaman hiasan

Tunjuk cara menanam anak pokok bunga semusim dalam bekas. Murid menanam anak pokok tanaman hiasan di dalam bekas secara kumpulan. Tunjuk cara penyediaan batas.

Menanam anak pokok tanaman hiasan

Murid melakukan kerja penyediaan batas di dalam kumpulan seperti membersih kawasan dan menggembur tanah membina batas dan pembajaan asas Tunjuk cara menanam anak pokok Murid menanam anak pokok di batas secara kumpulan.

d. Penjagaan

Aras 1 x Menjaga tanaman hiasan dalam bekas Aras 2 x Menjaga tanaman hiasan di batas

Tunjuk cara penjagaan pokok bunga hiasan. Murid menjaga tanaman hiasan secara kumpulan sepertl menyiram, merumput, menggembur tanah, membaja dan memangkas. Tunjuk cara penggunaan alat perkebunan seperti cangkul, tajak, dan pencakar. Murid menjaga tanaman hiasan di batas secara berkumpulan.

Bidang Pembelajaran: 2. Perniagaan dan Keusahawanan 2.1 Barang Jualan (Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu) a. Kumpulan sasaran

Aras 1 x Mengumpul maklumat barang keperluan, kesukaan dan yang mampu dibeli oleh murid dan guru x Mengkelas barang mengikut keperluan, kesukaan dan yang mampu dibeli murid dan guru

Kumpulan sasaran terbahagi kepada murid dan guru. Kajian melalui pemerhatian, temu bual murid dan guru. Maklumat seperti pendapatan, jantina dan umur digunakan dalam kajian. Borang soal selidik disediakan oleh guru.

b. Jenis barang yang sesuai dijual

Aras 1 x Menyenarai jenis barang yang boleh dijual kepada murid dan guru Aras 2 x Membuat keputusan barang yang boleh dijual kepada murid dan guru

Membuat senarai jenis barang yang boleh dijual kepada murid dan guru berdasarkan analisis kajian.

c. Sumber bekalan

Aras 1 x Mengumpul maklumat cara mendapatkan bekalan x Memilih pembekal

Senarai barang dibuat dengan menggunakan Lembaran pengurusan grafik.

Mengumpul maklumat dan memilih pembekal berdasarkan: - Harga - Kualiti barang

OUM

17

KAJIAN KURIKULUM KHSR

TOPIK 1

- Syarat jualan. - Pengangkutan dan jarak - Boleh dipercayai (reputasi) 2.2 Merancang dan menyediakan jualan (Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu) a. Membuat rancangan jualan x x b. Menyediakan barang jualan Aras 1 x Mengenal pasti cara mendapatkan modal x Menyediakan maklumat barang jualan Membuat rancangan jualan Menyediakan jadual kerja Maklumat dalam rancangan jualan: - Modal - Barang - Kuantiti - Pembekal - Cara jualan - Lokasi Memberi latihan menetapkan harga jualan
Harga jualan = harga belian + untung

Aras 1 x Menyediakan barang jualan Aras 2 x Menentukan tujuan membungkus dan melabel

Pecah pukal barang untuk jualan iaitu menyukat dan menimbang barang dalam unit kecil. Tujuan membungkus: - daya tarikan - keselamtan - membeza dengan barangan lain - melabel maklumat barang

2.3 Mempromosi Jualan (Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu) a. Promosl melalui pembungkusan Aras 1 x Menyatakan maksud dan tujuan promosi x Menerangkan ciri bungkusan yang sesuai untuk promosi

Promosi bermaksud usaha penjual memperkenalkan sesuatu barangan Tujuan promosi: - menyebarkan maklumat barangan - menimbulkan minat terhadap barangan Ciri bungkusan yang menarik dari segi: - bentuk - rupa - warna - sesuai dengan jenis barang - tahan lama - mudah dibawa. - mengingatkan pelanggan - meluaskan pasaran barangan

Membungkus barang untuk tujuan promosi

Aras 2 x Membanding beza bungkusan yang menarik dan kurang menarik Aras 3 x Menilai pembungkusan yang dihasilkan untuk tujuan promosi

Menunjukkan pelbagai contoh pembungkusan. Hubungkaitkan aktiviti pecah pukal dengan pembungkusan Murid membawa pelbagai jenis pembungkusan

Mengadakan pertandingan membuat pembungkusan dan murid menilai hasilnya.

18

OUM

TOPIK 1

KAJIAN KURIKULUM KHSR

2.4 Mengurus Jualan (Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu) a. Melayan pelanggan Aras 1 x Menunjukkan cara layanan yang baik dan cekap x Mengira dengan cepat dan tepat Aktiviti simulasi melayan pelanggan Mengira jumlah harga barang dan wang baki Layanan baik terhadap pelanggan : - mengambil hati pembeli - jujur - peramah - menghormati - menghargai pelanggan Etika penjual - jujur - adil - menepati masa dan janji - projek jualan sebenar 2.5 Merekod Jualan (Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu) a. Merekod barang b. Merekod pendapatan dan perbelanjaan Aras 1 x Merekod barang jualan x Mengira baki barang jualan Merekod barang jualan dalam kad inventori Latihan mengisi kad inventori Merekod pendapatan dan perbelanjaan jualan dalam borang yang disediakan

Aras 2 x Membuat inferens etika jualan

Aras 1 x Menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan jualan Aras 1 x Mengira untung atau rugi

c. Mengira untung atau rugi

Latihan mengira untung atau rugi


Untung atau rugi = jualan - belian

OUM

19

KAJIAN KURIKULUM KHSR

TOPIK 1

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH TAHUN 5


Bidang/Unit/Topik Pembelajaran
Bidang Pembelajaran: 1. Reka Bentuk dan Teknologi 1.2 Kreativltl dan Reka Cipta ( Cadangan peruntukan masa ialah 7 minggu ) b. Kajlan reka bentuk dan kefungsian produk ( Cadangan peruntukan masa ialah 3 minggu ) Aras 2 Menerangkan kefungsian sistem pergerakan kit model Aras 3 Membuka dan memasang kit model untuk menerangkan kefungsian produk yang lebih mencabar Mengkaji reka bentuk kit model Contoh kit model ialah robot berkaki 6, kereta kawalan jauh Kajian reka bentuk dari aspek bahan, warna, binaan dan keupayaan.

Hasil Pembelajaran
Aras 1 Mengenal pasti alatan tangan Membuka dan mengenal pasti komponen Menyatakan fungsi komponen Memasang semula kit model

Cadangan Aktiviti Pembelajaran


Alatan tangan yang digunakan seperti gandin plastik, tukul kecil dan set pemutar skru kecil. Membaca dan memahami manual. Menyimpan kit model seeara tersusun dan selamat. Contoh kit model ialah kit model robot, jentolak, kereta, motosikal, dan kereta kabel

iv. Membuka dan memasang kit model

C Penyelesalan masalah ( Cadangan peruntukan masa ialah 3 minggu ) i. Pencetusan dan penjanaan Idea kreatif melalui projek eksperimental ii. Menterjemah idea kepada bentuk 3D Aras 1 Mengenal pasti masalah Menjana idea kreatif bagi menyelesaikan masalah Membuat catatan dan lakaran Aras 1 Memilih lakaran akhir projek eksperimental Merancang pembinaan projek Aras 1 Membina projek eksperimental Aras 1 Membuat persembahan hasil binaan secara lisan

Contoh projek eksperimenal ialah: - Menarik batu dengan tisu - Membuat jambatan menggunakan straw minuman yang boleh menampung beban - Menjatuhkan telur tanpa pecah pada ketinggian tertentu Projek eksperimental boleh juga merujuk kepada pengalaman murid belajar seperti menaikkan layang-Iayang. Projek ekperimental menggunakan bahan yang mudah diperolehi Murid mencatat idea-idea baru daripada persembahan. Menyimpan maklumat dalam buku idea

iii. Membina dan mempersembahkan projek eksperimental iv. Membina dan mempersembahkan projek d. Pendokumentasian (Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu)

Aras 1 Menyatakan keperluan pendokumentasian dalam buku idea Mengumpul dan merekod maklumat Membuat buku idea

20

OUM

TOPIK 1

KAJIAN KURIKULUM KHSR

1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek (Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu) a. Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula

Aras 1 Menentukan projek berpandukan kad kerja Membaca lukisan projek Mengenal pasti alatan tangan Menentukan jenis bahan dan kuantiti Mengukur, menanda dan memotong bahan projek Membuat kemasan

Lukisan projek dan langkah kerja disediakan dengan jelas dalam kad kerja Penerangan nama dan fungsi alatan tangan yang berkaitan Contoh bahan kitar semula logam tin aluminium, zink dan wayar Membuat projek berpandukan kad kerja yang disediakan Tunjuk cara memaku dan memasang skru Cadangan bahan kemasan seperti cat sembur dan pelekat bergambar Contoh projek: Bekas serbaguna Penyangkut serbaguna Perbincangan atau sumbangsaran tentang cara perlupusan sisa yang betul

Aras 2 Mereka bentuk dan membuat projek berdasarkan minat

Penerangan penggunaan bahan kitar semula adalah bertujuan untuk mengelakkan pembaziran, mengurangkan kos, mesra alam dan mengekalkan sumber alam. Perbincangan tentang faktor kesihatan dan keselamatan semasa memilih bahan dan membina projek

1.4 Elektrik dan Elektronik (Cadangan peruntukan masa ialah 4 minggu) a. Penghasilan projek elektronik

Aras 1 Mengenal pasti nama, fungsi dan simbol komponen elektrik Membaca dan memahami litar skematik Membuat penyambungan litar Aras 2 Membaca dan menterjemah litar projek Memilih alatan, bahan dan komponen Bahan tambahan yang digunakan ialah bongkah penyambung Catatan: LED 1 dan LED 2 boleh digantikan dengan motor arus terus Komponen yang digunakan adalah seperti LED, perintang tetap, perintang boleh laras dan motor arus terus.

OUM

21

KAJIAN KURIKULUM KHSR

TOPIK 1

Mengukur, memotong dan menjalur wayar Memasang komponen mengikut litar projek Menguji litar projek dan membuat pembaikan

Memerhati kecerahan LED atau kelajuan pusingan motor yang dihubungkaitkan dengan perintang boleh laras. Penggunaan alatan tangan yang betul dan selamat perlu diberi penekanan

1.5 Baik pulih dan Penyelenggaraan (Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu) Aras 1 a. Penyenggaraan bahagian bangunan Mengenal pasti bahagian bangunan yang perlu disenggara Memilih bahan pembersih Membersih dan meminyak bahagian bergerak pada pintu dan tingkap Contoh bahagian yang perlu disenggara ialah seperti engsel pintu dan kerangka tingkap Bahan pembersih yang terlibat seperti kertas las, bulu keluli, berus dawai dan minyak. Cara menyimpan baki bahan pembersih perlu diberi penekanan.

1.6 Jahitan (Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu) a. Membaiki pakaian Aras 1 Mengenal pasti alatan dan bahan jahitan Menyata kegunaan alatan jahitan Menyatakan kegunaan jahitan asas Mengenal pasti mata jahitan asas Menyatakan kegunaan kancing Mengenal pasti jenis kancing Mengenal pasti mata jahitan untuk menjahit kancing Menjahit butang, cangkuk dan palang yang tertanggal pada pakaian Guru mengenalkan alat dan bahan jahitan seperti jarum tangan (no. 7 9), gunting fabrik (saiz 20 cm), benang (no 40/50), penetas jahitan, jarum peniti dan pita ukur. Bahan dan alatan jahitan disediakan oleh guru. Guru menerangkan kegunaan alatan jahitan. Mata jahitan asas ini boleh digunakan untuk membaiki pakaian Mata jahitan asas seperti jelujur halus, jahit kia, jahit sembat dan jahit lilit. Tunjuk cara menjahit mata jahitan asas. Murid menjahit contoh mata jahitan asas pada perca fabrik. Guru boleh menggunakan carta jahitan asas sebagai panduan.

22

OUM

TOPIK 1

KAJIAN KURIKULUM KHSR

Aras 2 Menyatakan maksud kelim Mengenal pasti bahagian pakaian yang meretas pada kelim Memilih mata jahitan untuk membaiki kelim yang meretas Kancing digunakan untuk merapatkan belah pada pakaian dan dijahit pada dua lapisan fabrik Guru mengenalkan jenis kancing seperti butang, cangkuk dan palang Mata jahitan untuk menjahit kancing seperti jahit lilit kemas dan jahit lubang butang. Mempamerkan contoh mata jahitan untuk menjahit kancing Tunjuk cara menjahit butang, cangkuk dan palang yang tertanggal Murid menjahit butang, cangkuk dan palang pada fabrik Kelim adalah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik yang dijahit dengan jahitan tangan atau mesin Kelim biasanya terdapat di bahagian rusuk, bahu dan tepi seluar atau kain sarung Murid mengenal pasti bahagian pakaian yang merentas Murid memilih mata jahitan asas yang sesuai untuk membaiki kelim yang meretas

1.7 Ikan Hiasan (Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu) a. Pengenalan

b.

Penyediaan bekas

c.

Pengurusan

OUM

23

KAJIAN KURIKULUM KHSR

TOPIK 1

2.0 Perniagaan dan Keusahawanan 2.1 Merancang dan Menyediakan Jualan (Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu) a. Membuat Rancangan Jualan

b.

Menyediakan Barang Jualan

2.2 Mempromosi Jualan (Cadangan peruntukan masa 2 minggu) a. Promosi melalui poster

2.3 Mengurus Jualan (Cadangan peruntukan masa 2 minggu) a. Mendapatkan Pesanan

2.4 Mengurus Perbelanjaan Diri (Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu) a. Merekod pendapatan dan perbelanjaan Merancang perbelanjaan

b.

24

OUM

TOPIK 1

KAJIAN KURIKULUM KHSR

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH TAHUN 6


Bidang/Unit/Topik Pembelajaran
Bidang Pembelajaran: 1. Reka Bentuk dan Teknologi 1.2 Kreativiti dan Reka Cipta (Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu) d. Penghasilan Projek Reka Cipta

Hasil Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 1 Mengenal pasti masalah Mengumpul maklumat Menyelesaikan masalah melalui lakaran Memilih lakaran yang paling sesuai Merancang dan menyediakan lukisan projek Menyediakan alatan dan bahan Membina projek Membuat kemasan Menguji kefungsian projek dan membuat pembaikan Sesi persembahan dan kritik diadakan Penggunaan bahan kitar semula digalakkan Pemilihan alatan dan bahan yang bersesuaian. Perbincangan mengenai tujuan membina projek Menjalankan pemerhatian, temu bual dan kaedah lain bagi mendapatkan maklumat Lakaran ialah lukisan kasar tentang objek yang dilukis Lukisan projek ialah lukisan yang mempunyai dimensi tinggi, lebar dan panjang

e. Pendokumentasian (Cadangan peruntukan ialah 1 minggu)

Aras 1 Mengumpul dan merekod maklumat Mengumpul dan menyimpan maklumat dari aspek pernyataan masalah, lakaran idea, pemilihan lakaran, penjelasan ciptaan dan anggaran kos Perbincangan kekuatan dan kelemahan projek

Membuat Buku Idea

1.4 Elektrik dan Elektronik (Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu) b. Penghasilan projek elektronik

Aras 1 Membaca dan menterjemah litar projek Memilih alatan, bahan dan komponen

Contoh projek ialah penguji keterusan litar

OUM

25

KAJIAN KURIKULUM KHSR

TOPIK 1

Mengukur, memotong dan menjalur wayar Memasang komponen mengikut litar projek Menguji litar projek dan membuat pembaikan Komponen yang digunakan ialah LED, perintang tetap dan bateri Bahan digunakan ialah bongkah penyambung, pemegang bateri dan klip buaya. PERINGATAN: Jangan membuat pengujian pada sumber bekalan arus ulang alik 240V Aras 2 Menguji beberapa bahan pengalir dan penebat

Menyediakan beberapa contoh pengalir dan penebat . Contoh bahan pengalir ialah aluminium, kuprum dan air. Contoh bahan penebat ialah kayu, plastik, kaca dan asbestos. Membuat projek menggunakan set pengelip

Aras 3 Membuat projek elektrik dan elektronik 1.5 Baik pulih dan penyenggaraan (Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu) b. Penyenggaran dan membaiki kerosakan pada mesin mudah

Aras 1 Mengenal pasti bahagian yang perlu dibaik pulih Memilih bahan dan alatan tangan yang sesuai untuk kerja membaik pulih Menjalankan kerja baik pulih dan menggantikan komponen yang rosak Memeriksa, menguji dan melaras Menyenggara dan baik pulih pam basikal dan bahagian basikal seperti loceng dan brek basikal Alatan tangan tangan yang diperlukan seperti playar gabung boleh laras, pemutar skru rata, pemutar skru philips, tukul bonggol bulat dan penggumpil tayar Bahan yang diperlukan seperti gris, minyak pelincir, kertas las, glu sentuh dan kain reja Penekanan tentang penyimpanan alatan tangan dan bahan selepas kerja amali perlu diutamakan Memilih alatan tangan dan bahan yang sesuai Meneggangkan rantai basikal secara individu atau berkumpulan Aras 3 Menampal tiub basikal Mengganti tiub basikal Penampal tiub siap guna boleh digunakan

Aras 2 Memeriksa, menguji dan melaras rantai basikal

26

OUM

TOPIK 1

KAJIAN KURIKULUM KHSR

d. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan kecil pada perabot

Aras 1 Mengenal pasti bahagian yang rosak Memilih alatan tangan dan bahan Membaiki atau mengganti bahagian yang rosak

Contoh perabot ialah kerusi dan meja murid. Alatan tangan yang diperlukan seperti tukul kuku kambing, gergaji, sesiku L, pita pengukur dan kekunci Allen Bahan yang diperlukan ialah paku, skru, glu, kertas las, kayu dan papan lapis

1.6 Jahitan (Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu) Aras 1 Mengenal pasti bahan terpakai untuk dikitar semula Menjahit artikel mudah daripada bahan terpakai Aras 2 Mengenal pasti jenis mata jahitan hiasan dan bahan hiasan Menghias artikel

Bahan terpakai yang boleh dijadikan artikel jahitan ialah seperti pakaian, langsir tingkap dan kusyen lama Tunjuk cara menjahit artikel mudah seperti bekas pensel, bekas duit syiling, beg serba guna, pengikat rambut, cekak rambut, alas pinggan, alas dulang dan alas gelas. Murid menjahit artikel mudah Mata jahitan asas yang dpelajari di Tahun 5 boleh digunakan sebagai jahitan hiasan pada artikel Contoh jahitan yang lain seperti jahitan silang pangkah, insang pari dan jahitan rantai Bahan hiasan adalah labuci, renda dan benang sulam Murid menghias artikel yang telah disiapkan di aras satu Hasil kerja dipemer dan dinilai

b. Penghasilan artikel

1.9 Tanaman sayuran (Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu) a. Penyedian tapak

Aras 1
Menyatakan peralatan perkebunan dan kegunaannya Mengenal pasti tapak/kawasan yang sesuai untuk ditanam dengan sayur-sayuran. Membersihkan tapak Menggembur tanah Membina batas Membubuh baja asas Meletakkan sungkupan

Mempamerkan peralatan pekebunan yang biasa digunakan seperti; cangkul, sudip tangan dan pencakar tangan. Di antara bahan yang boleh dijadikan sungkupan adalah seperti rumput kering, jerami padi, pelepah kelapa atau penutup plastik hitam bersalut aluminium. Jika sekolah tidak mempunyai kawasan/tanah yang sesuai, aktiviti menanam sayur-sayuran boleh dilakukan di dalam bekas.

OUM

27

KAJIAN KURIKULUM KHSR

TOPIK 1

Aras 2 Menanam sayur-sayuran secara hidroponik Memilih jenis sayuran yang sesuai ditanam secara hidroponik Menyenarai dan memasang peralatan sistem hidroponik Menyemai biji benih Menyediakan larutan nutrien
b. Penanaman dan penjagaan Aras 1 Mengenal pasti jenis sayursayuran yang hendak ditanam Menyemai biji benih Menanam sayur-sayuran di batas atau dalam bekas Menyiram dengan kaedah dan kuantiti yang sesuai Membuat penjarangan dan menyulam Merumput dan membaja Mengawal perosak dan penyakit Aras 2 Memilih jenis sayuran yang sesuai ditanam dalam pasu atau bekas Menyediakan campuran tanah untuk penanaman sayuran dalam pasu atau bekas Menjaga sayuran dalam pasu/bekas

Sistem yang dipilih ialah Hidroponik Kultur Air Takung (KAT). medium - span, benang/kapas, batu bekas - palung/bekas plastik larutan baja dan air penutup - polistrin

Menyediakan larutan nutrien mengikut kadar yang disyorkan


Murid menanam sayur-sayuran di kawasan sekolah secara kumpulan. Jenis sayur-sayuran : Daun, buah, ubi atau akar dan kekacang Biji benih halus disemai dikotak atau tapak semaian sementara biji benih besar disemai terus ke batas

Menunjuk cara kerja penjagaan seperti penyiraman, membuat penjarangan, merumput dan membaja, kerja pengawalan perosak dan penyakit Kerja-kerja pengawalan perosak dan penyakit yang menggunakan racun kimia hendaklah dilakukan oleh guru Nota: Sekolah yang mempunyai kawasan terhad aktiviti menanam sayur-sayuran hendaklah dilakukan dalam bekas seperti pasu atau penanaman secara hidroponik

c. Pemungutan hasil

Aras 1 Mengenal pasti tempoh matang sayuran yang sesuai untuk dipungut hasil

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam penjagaan sayuran dalam pasu atau bekas ialah ruang, cahaya, penyiraman dan pembajaan. Murid memungut hasil tanaman sayursayuran dan membuat kendalian lepas tuai seperti menggred, membersih dan membungkus/mengikat.

28

OUM

TOPIK 1

KAJIAN KURIKULUM KHSR

Mengendalikan hasil lepas tuai

Nota: Guru boleh dapatkan nasihat teknikal teknologi menanam sayur-sayuran daripada agensi pertanian yang berhampiran seperti MARDI atau Jabatan Pertanian Panduan menanam sayur-sayuran boleh juga didapati di dalam majalah atau Risalah Bingkisan Pertanian keluaran Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.

2. Perniagaan dan Keusahawanan 2.2 Merancang dan Menyediakan Barang Jualan (Cadangan Peruntukan masa ialah 2 minggu) a. Membuat rancangan jualan Aras 1 Menerangkan cara mendapat bekalan melalui komisen Menyenaraikan barang yang sesuai dijual secara komisen Membuat rancangan jualan Membuat jadual kerja Aras 2 Menghuraikan faedah menjual barang secara komisen Faedah menjual secara komisen: - Modal tidak diperlukan untuk mendapatkan bekalan - Risiko rendah - Kos promosi ditanggung oleh pembekal Maksud komisen: Bayaran yang diterima kerana menjual atau menguruskan penjualan barang orang lain Sumbangsaran menyenaraikan barang yang sesuai dijual secara komisen

b. Menyediakan barang jualan

Aras 1 Mengenal pasti pengendalian jualan secara komisen

Latihan mengira peratus komisen boleh dijalankan Sumbangsaran pengendalian jualan secara komisen

2.3 Mempromosi Jualan (Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu) c. Promosi melalui katalog

Aras 1 Menyenarai kandungan yang perlu dalam katalog Mereka bentuk dan menghasilkan katalog mudah untuk barang yang hendak dijual Mempromosi dan menjual barang menggunakan katalog Gunakan katalog yang sedia ada sebagai panduan murid Simulasi mempromosi barang menggunakan katalog

OUM

29

KAJIAN KURIKULUM KHSR

TOPIK 1

Aras 2 Menilai cara mempromosi barang menggunakan katalog

Main Peranan: Beri tumpuan kepada kecekapan bertutur dan penyampaian maklumat oleh murid semasa jualan bersemuka Murid menilai rakan sekelas menjalankan promosi barang menggunakan katalog

2.4 Mengurus Jualan (Cadangan peruntukan masa ialah I minggu) c. Menyusun atur barang

Aras 1 Menerangkan cara yang sesuai untuk susun atur barang yang hendak dijual Menyusun atur barang untuk persediaan jualan Aras 2 Menilai susun atur barang yang menarik dan kurang menarik

Latihan menyusun atur barang. Beri tumpuan kepada kebersihan tempat, rak atau meja, keselamatan dan kekemasan

Projek jualan sebenar

2.5 Risiko Dalam Perniagaan (Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu) a. Risiko dan cara mengurangkannya

Maksud risiko ialah kemungkinan atau bahaya kerugian dalam perniagaan Risiko dalam perniagaan: Kecurian, kebakaran, pecah amanah, bencana alam, kemalangan, penipuan dan kegawatan ekonomi Punca risiko : Kecuaian, pengurusan tidak cekap, kurang pengawasan, sistem penyimpanan rekod yang lemah Cara mengurangkan risiko : Membuat perancangan dengan teliti Mengenal pasti beberapa pilihan penyelesaian Mengambil insurans Sumbangsaran cara mengurangkan risiko

Aras 1 Menyatakan maksud risiko Menyenaraikan risiko dalam perniagaan yang biasa dihadapi semasa menjual Mengenal pasti punca risiko Mencadangkan cara mengurangkan risiko

2.6 Sikap pengguna yang bijak (cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu) a. Mendapatkan maklumat barang Aras 1 Mengenal pasti ciri barang yang masih baik

Keadaan fizikal barang : Rupa, warna, bau, rasa dan tekstur Membuat buku skrap label barang dan menandakan maklumat penting. Membuat inferens melalui pemerhatian barang yang masih baik dan barang yang rosak Contoh : Beras, susu, keropok, roti

Aras 2 Membanding beza barang yang masih baik dan barang yang rosak

30

OUM

TOPIK 1

KAJIAN KURIKULUM KHSR

b. Etika perniagaan dan hak pengguna Aras 1 Menerangkan etika perniagaan Mengenal pasti hak pengguna Aras 2 Menghuraikan tanggungjawab pengguna

Kaitkan etika perniagaan dengan aktiviti mempromosi dan mengurus jualan dalam Tahun 4 dan Tahun 5 Perbincangan hak pengguna: Hak mendapat maklumat Hak mendapat gantirugi Hak untuk memilih Perbincangan mengenai murid sebagai pengguna yang bertanggungjawab menjaga kemudahan sekolah dan kemudahan awam Keratan akhbar digunakan Sudut pengguna diwujudkan

KAEDAH PROSES PENGAJARAN PEMBELAJARAN A. SUMBANGSARAN x x x x Tujuan kaedah ini ialah untuk merangsang murid mengambil bahagian dalam perbincangan. Kaedah ini biasa dijalankan pada permulaan kelas amali dan dalam kelas teori Pelajar memberi maklumat kepada guru Tiada jawapan yang betul atau salah

Contoh Sumbangsaran: (Pelajaran tahun 6 ) Bidang Unit Topik Hasil Pembelajaran : : : : Reka Bentuk dan Teknologi Kreativiti dan Reka Cipta Penghasilan Projek Reka Cipta 1. Menegenal pasti masalah 2. Mengumpul maklumat

Langkah 1

: Guru menunjukkan satu contoh projek / alat Guru mendapatkan maklumat dari pelajar mengenai: - Nama alat - Tujuan alat dicipta - Cara menggunakan alat : Guru menerangkan satu masalah Pelajar memberi sumbangsaran mengenai cara mengatasi masalah melalui langkah berikut: - mengumpul maklumat - berdasarkan maklumat, menghasilkan satu alat reka cipta : Murid menjalankan aktiviti mencari maklumat.

Langkah 2

Langkah 3

OUM

31

KAJIAN KURIKULUM KHSR

TOPIK 1

B.

AMALI x x x x x Kaedah ini bertujuan supaya murid menjalankan aktiviti sebenar Murid dapat pengalaman sebenar menjalankan aktiviti. Memerlukan peruntukan masa yang panjang Memerlukan persediaan yang rapi supaya amali dapat dijalankan dengan berkesan. Memerlukan peralatan dan bahan yang mencukupi.

Contoh Amali: Pelajaran tahun 6 Bidang Unit Topik Hasil Pembelajaran : : Elektrik dan Elektronik : Penghasilan Projek : 1. Mengenal pasti nama, fungsi dan simbol komponen

Langkah 1

: 1.

Guru menerangkan konsep komponen elektronik dengan bantuan grafik. 2. Guru menunjukkan komponen yang sebenar 3. Guru menerangkan setiap komponen mengikut - nama komponen - fungsi - simbol - pasif/aktif

Langkah 2

1. Murid membanding beza komponen aktif dan pasif dan sebab pasif/aktif itu. 2. Murid melukis semula simbol dan menamakan simbol tersebut.

C.

TUNJUK CARA x Tunjuk cara biasanya dilakukan oleh guru sendiri, tetapi guru juga boleh mendapatkan bantuan dari orang yang pakar atau pelajar sendiri yang berkebolehan dalam aktiviti yang dijalankan. Persediaan rapi perlu diberi perhatian sebelum menjalankan tunjuk cara. Tunjuk cara dijalankan dalam kumpulan yang kecil. Murid dipanggil rapat dengaan guru untuk memerhatikan tunjuk cara yang dijalankan. Pelajar perlu menjalankan aktiviti yang sama selepas tunjuk cara untuk melihat keberkesanan tunjuk cara.

x x x x

32

OUM

TOPIK 1

KAJIAN KURIKULUM KHSR

Contoh Tunjukcara: Pelajaran Tahun 5 Bidaang Unit Topik : Reka Bentuk dan Teknologi : Jahitan : Membaiki pakaian

Hasil Pembelajaran : - Pelajar dapat membaiki pakaian dengan menggunakan mata jahitan asas. - Menyatakan kegunaan alatan jahitan - Menyatakan kegunaan jahitan asas Langkah 1 : Langkah 2 : Langkah 3 : Guru menunjukkan cara menjahit jahitan asas dilakukan (Guru boleh pecahkan kelas kepada kumpulan kecil untuk mendapatkan keberkesanan tunjuk cara) Murid menjalankan aktiviti di tempat sendiri dan guru memantau. Guru membantu pelajar yang tidak menjalankan aktiviti dengan betul. Guru menunjukkan cara menggunakan alat dan bahan secara simulasi Guru memperkenalkan alat-alat jahitan dengan cara menunjukkan gambar dan alatan sebenar

Langkah 4 :

D.

KAJIAN x x x Kaedah ini dijalankan di luar bilik darjah Guru perlu menyediakan panduan atau senarai semak sebelum murid menjalankan kajian. Murid menggunakan senarai semak untuk mendapatkan jawapan atau maklumat.

OUM

33

KAJIAN KURIKULUM KHSR

TOPIK 1

Contoh Kajian: Pelajaran tahun 5 Bidang Unit Topik : Perniagaan dan Keusahawanan : Mempromosi Jualan : Promosi Melalui Jualan

Hasil Pembelajaran : 1. Menyatakan maksud dan tujuan promosi 2. Menerangkan ciri bungkusan yang sesuai untuk promosi Langkah 1 : Persiapan Awal 1. Guru mengenal pasti lokasi dan item yang hendak di buat kajian. Contoh lokasi ialah kedai runcit, pasar mini, kedai koperasi, pasaraya. Contoh item ialah coklat, minuman tin, biskut, makanan ringan. 2. Guru menyediakan borang - Senarai Semak Kajian yang mengandungi perkara yang membantu kajian. - kebenaran melawat lokasi iaitu surat kepada personel di lokasi untuk mendapat kebenaran kajian. : Dalam Kelas 1. Guru menunjukkan kepada pelajar beberapa contoh bungkusan. Teorinya: maksud promosi tujuan promosi : Guru membahagikan kelas kepada kumpulan 2-3 orang untuk mendapatkan maklumat dalam borang Senarai Semak Kajian.

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4 : Selepas lawatan Guru membuat rumusan bersama pelajar di dalam kelas

34

OUM

TOPIK 1

KAJIAN KURIKULUM KHSR

SENARAI SEMAK 1. Nama lokasi kajian dibuat 2. Nama barang yang dibuat kajian 3. Cara pembungkusan 4. Label yang ada pada pembungkusan 5. Perkara yang menarik pada bungkusan Tambah lagi senarai semak yang difikirkan perlu

E.

UJI KAJI x x x Kaedah ini dijalankan di dalam makmal atau bengkel. Guru perlu menyediakan arahan yang jelas dan terperinci untuk mendapatkan jawapan / maklumat. Guru perlu memantau pelajar semasa aktiviti dijalankan untuk mendapat ketepatan maklumat

F.

PENEMUAN

Latihan 1.1
1. Anda sudahpun memahami sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Sekarang cuba dapatkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Menengah. Kaji kandungannya. Berpandukan kedua-dua sukatan itu, senaraikan topik yang ada kesinambungan dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Kaji setiap topik di dalam huraian sukatan pelajaran dan kenal pasti topik-topik yang sesuai diajar secara amali atau secara teori. Sediakan satu Rancangan Mengajar untuk satu tahun. Anda boleh pilih untuk menyediakan rancangan tahun 4 atau 5 atau 6. Langkah menyediakan rancangan mengajar itu ialah seperti berikut: (a) (b) Kira bilangan minggu belajar dalam tahun ini. Dengan mengambil kira minggu peperiksaan dan hari aktiviti kokurikulum, rancangkan agihan topik untuk diajar sepanjang tahun. Anda perlu memastikan bilangan jam interaksi yang dicadangkan di dalam kandungan sukatan pelajaran dapat dipatuhi.

2. 3.

(c)

OUM

35

KAJIAN KURIKULUM KHSR

TOPIK 1

RUMUSAN
Anda telahpun mempelajari perkara-perkara berikut: 1. Sukatan pelajaran: x x x x x 2. Matlamat mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Objektif mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Organisasi dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Topik yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Huraian sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Strategi pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

36

OUM

TOPIK 2

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR

TOPIK 2

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR


Jasmani bin Sarif dan Hamizan Palil

PENGENALAN
Makmal Kemahiran Hidup adalah sebagai pusat kelas amali dan teori pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Di dalam setiap makmal terdapat peraturan-peraturan tertentu yang perlu diikuti oleh setiap pelajar dan guru agar proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan menepati sasaran pendidikan. Justeru pengurusan yang baik dan sistematik memastikan proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran kemahiran hidup terlaksana dengan sempurna dan melahirkan pelajar yang celik teknologi dan berkemahiran. Dengan pengurusan yang baik ini kita boleh mempertingkatkan lagi mutu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat mewujudkan keadaan harmoni, selesa serta membangkitkan semangat kerjasama di kalangan guru-guru dan pelajar sekolah. Di samping itu juga guru-guru KH boleh meningkatkan kecenderungan pelajar terhadap mata pelajaran KH, dengan adanya pengawasan yang teratur. Pentadbiran yang baik ini bukan sahaja dapat menghasilkan satu organisasi kerja yang mudah dijalankan serta terkawal, ia juga dapat mengemas kini maklumat dan data termasuk stok dan inventori serta pemantauan keadaan fizikal makmal bagi tujuan penyenggaraan dan penyelenggaraan. Panel Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah diagihkan kepada 3 organisasi yang berperanan untuk menyelaras dan melaksanakan urusan-urusan mengikut bidang kuasa tertentu bagi menjamin kelancaran proses P&P yang merangkumi teori dan amali ini berjalan dengan bersistematik, selamat dan memberangsangkan.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat: 1. menerangkan tentang struktur organisasi kerja di dalam makmal Kemahiran Hidup; menjelaskan kaedah dan sistem pengurusan makmal; menerangkan tugas dan tanggungjawab di makmal; menyenaraikan langkah-langkah dan peraturan keselamatan di makmal; membandingkan suasana kebersihan dan keceriaan makmal; membezakan ruang dan lokasi penyimpanan bahan dan peralatan; menamakan pelbagai perlengkapan yang terdapat di makmal KH;

2. 3. 4. 5. 6. 7.

OUM

37

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR

TOPIK 2

8. 9.

mengenalpasti kaedah pengurusan peralatan dan bahan; mengenalpasti peruntukan peraturan perkakas tangan dan peralatan berkuasa mudah alih; dan menerangkan secara ringkas kaedah penyimpanan/penstoran peralatan.

10.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

38

OUM

TOPIK 2

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR

2.1

PENGURUSAN & PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA

Kita boleh agihkan organisasi tersebut kepada tiga bahagian iaitu Struktur Organisasi, Panitia dan Pengurusan pelajar. (i) Struktur Organisasi GURU BESAR

PENOLONG KANAN

KETUA PANITIA

GURU KEMAHIRAN HIDUP

(ii)

Panitia

Panitia Kemahiran hidup adalah sekumpulan guru yang mengajar mata pelajaran KH. Ketua Panitia bertanggungjawab mengurus, merancang dan memastikan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Di antara tanggungjawab ketua panitia ialah; x x x x x x x Menyelaraskan sukatan dan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan semester. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan untuk diserahkan kepada Guru Penolong Kanan Membuat pesanan bahan dan alatan melalui borang pra pesanan Mengagihkan tugas mengajar serta tanggunggjawab pengurusan, penyelenggaraan dan keselamatan bengkel kepada guru-guru KH Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang kemaskini. Menjalankan mesyuarat panitia Menguruskan sesi perkembangan staf.

OUM

39

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR

TOPIK 2

(iii) x x x

Pengurusan Pelajar Menyediakan Peraturan keselamatan makmal yang perlu dipatuhi oleh pelajar Memastikan pelajar sentiasa bersistematik dan selamat. mematuhi arahan guru dan bekerja secara

Panitia bertanggungjawab bagi menguruskan sistem kepegawaian kepada pelajar seperti contoh rajah berikut;

Ketua Formen

Ketua Kebersihan

Ketua Alatan

Ketua Projek

Ketua Keselamatan

2.1.2
(a)

Tugas Pelajar
Tugas Ketua Formen x Bertindak sebagai Ketua Kelas dan bertanggung jawab terus kepada guru KH. x Memastikan semua penolong-penolong di bawahnya menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. x Melaporkan kepada guru berkenaan kejadian seperti kemalangan, alat-alat yang rosak atau hilang. Tugas Ketua Kebersihan x Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya 4 hingga 5 orang bagi membersihkan tempat kerja, menyapu lantai dan membuangkan sampah dari tong sampah. x Memastikan lantai bersih dari tumpahan minyak atau bendalir. x Melaporkan kepada Ketua Formen berkenaan kerja-kerja pemebrsihan yang dibuat. Tugas Ketua Alatan x Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya 4 hingga 5 orang mengagih alatan kepada pelajar-pelajar. x Memungut semula alatan dan meletakkannya pada rak panel alatan. x Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat alatan yang rosak, patah atau pun hilang.

(b)

(c)

40

OUM

TOPIK 2

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR

(d)

Tugas Ketua Projek x Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya 4 hingga 5 orang bagi mengedarkan bahan projek kepada pelajar-pelajar semasa kelas dimulakan. x Memungut semula projek terutama yang masih belum siap dan dimasukkan semula kedalam rak projek/almari/tempat penyimpanan projek belum siap. x Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat projek yang rosak, pecah atau pun yang hilang. Tugas Ketua Keselamatan x Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya 4 hingga 5 orang bagi memastikan makmal dalam keadaan selamat. x Memastikan semua tingkap ditutup, pintu dikunci, suis lampu dan kipas ditutup. Plag kuasa dimatikan dan ditanggalkan dari soket. x Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat gelas tingkap yang pecah, kunci pintu yang rosak atau terdapat suis, kabel elektrik yang putus atau tanggal dari peralatan atau mesin elektrik. x Memastikan pili air ditutup ketat.

(e)

2.2
(a)

PENGURUSAN & PENTADBIRAN BENGKEL/MAKMAL/ BILIK DARJAH


Ruang Saiz makmal/bengkel adalah bergantung kepada jenis kerja yang akan dilakukan di dalamnya. Keluasan Makmal KH yang sesuai ialah 20 meter x 25 meter dan hendaklah akur kepada ciri-ciri berikut; x x x x x x x x Boleh menampung bilangan pelajar seramai 20 orang atau lebih. Ia membolehkan seseorang bergerak dengan bebas. Lantai mestilah dari bahan tahan lasak, mudah dibersihkan dan tidak menampung habuk dan tidak licin. Tingkap yang besar untuk membenarkan cahaya masuk sebanyak mungkin serta pengedaran udara yang bebas. Pintu mempunyai daun pintu yang besar bagi memudahkan jalan keluar semasa kecemasan. Meja kerja yang tahan lasak yang berukuran di antara 1.2 meter x 1.5 meter dan tinggi 0.9 meter. Mempunyai bekalan asas seperti elektrik bagi pencahayaan dan soket kuasa, dan bekalan air siap dengan pili dan singki, bagi pencucian. Sebuah stor atau bilik bagi menyimpan bahan-bahan, alatan dan projek.

OUM

41

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR

TOPIK 2

Rajah 2.1: Contoh rak panel alatan

(b)

Susun Atur Kita hendaklah memastikan susun atur makmal/bengkel diperkemas dan diperlengkap dengan kriteria-kriteria tertentu supaya kerja-kerja dapat dijalankan dengan sempurna dan mengelakkan daripada berlakunya sebarang kemalangan diri dan kerosakan harta benda. Kriteria-kriteria tersebut ialah x x x x x Rak-rak panel alatan dan kelengkapan mudah digunakan. Rak-rak simpanan bahan binaan projek boleh menempatkan dengan baik. Rak-rak bahan bantuan mengajar yang kemas kini dan pelbagai. Jarak susun atur ruang dibuat hendaklah sekurang-kurangnya 1.5 meter di antara pelajar. Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.

Rajah 2.2: Contoh pelan makmal/bengkel KH

42

OUM

TOPIK 2

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR

(c)

Keselamatan UTAMAKAN KESELAMATAN menjadi teras amalan kita semua bagi setiap kerja yang berkaitan dengan kendalian ketukangan supaya segala-galanya dapat berjalan dengan lancar dan selamat serta tidak mengabaikan perkara-perkara berikut; x x Kawasan kerja atau petak kerja yang ditanda dengan garisan menggunakan cat merah, hijau atau kuning bagi menandakan kawasan kerja selamat. Menyedia dan menggunakan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi muka dan mata, pernafasan, badan dan lengan, tangan, rambut dan kaki. Menyediakan peti pertolongan cemas dan tempat rawatan. Mengadakan alat pemadam api yang berfungsi. Memaparkan carta atau nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba, Ambulan, Polis dan lain-lain.

x x x

2.3
1. 2. 3. 4. 5.

PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL


Jangan masuk ke dalam makmal sebelum diarah oleh guru. Pakai kasut bertapak getah apabila bekerja di makmal. Jangan bermain-main di dalam makmal. Gunakan pakaian seperti apron atau overall. Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja, lengan baju yang panjang perlu digulung atau dilipat hingga ke atas siku. Gunakan alat yang betul untuk sesuatu tugas. Jangan gunakan alatan yang tumpul, hulu pecah atau longgar. Pastikan pelajar mendapat kebenaran dari guru semasa menggunakan alatan berkuasa elektrik. Tanggalkan tali leher, rambut yang panjang perlu diikat atau disepit. Dilarang memakai barang-barang kemas. Pakai gogle atau cermin mata semasa menggerudi atau mencanai. Laporkan sebarang kerosakan atau keadaan bahaya serta merta kepada guru.

6. 7. 8.

9. 10. 11. 12.

OUM

43

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR

TOPIK 2

2.4
2.4.1

PENYIMPANAN/PENSTORAN
Organisasi Stor

Organisasi stor yang praktik terdiri dari lima bahagian besar; (a) (b) (c) (d) (e) (a) Bahagian Kawalan Stok Bahagian Legar Bahagian Penstoran Bahagian Pembungkusan dan Penghantaran Bahagian Akaun Bahagian Kawalan Stok Bahagian ini bertanggungjawab ke atas perancangan dan organisasi, menyemak dan menentukan bahawa segala Baucer Pemesanan-Pengeluaran Barang-barang (Kew. 300-A1 dan Kew. 300-A2) adalah teratur dan betul, menentukan kuantiti yang akan dikeluarkan, menentukan kod barang-barang, menyediakan dan mengemaskinikan katalog barang-barang, mengusaha dan menguruskan pembelian dan lain-lain. Bahagian Legar Bahagian ini pula bertanggungjawab untuk mempracatit kad-kad legar, mencatitkan harga ke atas Baucer Pemesanan-pengeluaran Barang-barang. Bahagian Penstoran Bertanggungjawab untuk menerima, menyimpan, mengeluar, mengangkut barangbarang dan lain-lain. Bahagian Pembungkusan dan Penghantaran Bahagian yang bertanggungjawab membungkus barang-barang dan menghantarnya ke destinasi berkenaan. Bahagian Akaun Bahagian Akaun bertanggungjawab ke atas segala hal ehwal akaun dan kewangan stor.

(b)

(c)

(d)

(e)

2.5
(a)

SISTEM PENYIMPANAN STOK


Lokasi Stok Lokasi stok bagi semua barang-barang hendaklah direkodkan di dalam lejar atau kad kawalan stok dan kad petak. Sekiranya perlu dibuat simpanan rambang, lokasinya hendaklah ditunjukkan di dalam satu carta lokasi stok yang kemas kini. Penggunaan Maksima Ruang Usaha hendaklah dibuat supaya setiap ruang stor digunakan sepenuhnya tertakluk kepada faktor-faktor keselamatan, kemudahan pengeluaran, verifikasi dan kekemasan stor.

(b)

44

OUM

TOPIK 2

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR

(c)

Sistem Lokasi Stok Sistem lokasi stok hendaklah dirangka semudah mungkin dan setiap stor hendaklah mempunyai satu sistem lokasi stok yang tetap. Penggunaan Rak yang Boleh Diubah Seberapa boleh rak-rak yang boleh diubah-ubah hendaklah digunakan untuk membolehkan penyimpanan berbagai jenis barang dengan lebih baik dan cekap, terutama bagi bangunan-bangunan stor yang baru atau menggantikan rak-rak lama. Jika keadaan membenarkan, rak-rak bolehlah dilapis atau ditingkat-tingkatkan untuk penggunaan ruang sepenuhnya. Keteguhan Rak-rak Jika rak-rak, almari dan laci-laci didapati herut, tidak lurus atau tidak tegap, ianya hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Ketua Jabatan untuk diperbaiki. Peraturan Am Penstoran Sistem penstoran pada umumnya bergantung kepada jenis barang-barang yang disimpan dan ruang stor yang ada, tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut: (i) Ruang stor hendaklah dibahagikan kepada beberapa seksyen atau kumpulan seperti seksyen dadah dan kimia, seksyen elektrik, mekanikal dan lain-lain. Seberapa boleh setiap seksyen atau kumpulan barang-barang hendaklah disimpan berasingan; Jika boleh, barang-barang dalam setiap seksyen atau kumpulan hendaklah disimpan dalam susunan abjad; dan Jika peraturan ini tidak dapat dipatuhi disebabkan oleh ukuran, jenis, berat atau ruang rak tidak mengizinkan, lokasi stok barang-barang hendaklah dicatatkan di atas kad legar atau kad kawalan stok barang-barang.

(d)

(e)

(f)

(ii) (iii)

(g)

Kandungan Sesuatu Bekas Seberapa boleh, satu-satu bekas itu hendaklah mengandungi hanya barang-barang yang bernombor kod dan berupa bentuk yang sama sahaja. Penstoran Barang Berat Semua barang-barang berat hendaklah diletakkan di tempat yang paling bawah sekali untuk keselamatan. Penstoran Barang-barang dalam Bekas Standard Jika barang-barang dibekalkan oleh pembekal dalam bekas yang standard seperti bungkusan, kotak, tin, karton dan sebagainya, seberapa boleh barang-barang tersebut hendaklah disimpan di dalam bekas asalnya. Sila ambil perhatian untuk memastikan yang lebelnya dapat dilihat. Penstoran Barang-barang Tercerai Seberapa boleh barang-barang yang tercerai hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang berukuran standard dan disimpan mengikut bilangan atau unit yang memudahkan pengeluaran. Barang-barang yang tidak boleh dibungkus seperti alat perkakas hendaklah disusun atau ditindih dengan baik dan dicegah dari berkarat, rosak dan sebagainya.

(h)

(i)

(j)

OUM

45

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR

TOPIK 2

(k)

Pembahagian Ruang Stor Ruang-ruang stor yang dibahagikan kepada seksyen atau kumpulan hendaklah diberi tanda pengenalan dengan menggunakan satu sistem rujukan sama ada menggunakan susunan abjad atau nombor atau kedua-duanya sekali. Setiap seksyen stor hendaklah diberi satu nombor pengenalan am dan kod, setiap rak diberi satu nombor pengenalan am secara berturut-turut bagi keseluruhan stor, setiap para (melintang) diberi satu huruf dan setiap jalur kotak (tegak) diberi satu nombor.Semua rujukan yang digunakan hendaklah dicatit di atas kad legar atau kad kawalan stok, kad petak di seksyen-seksyen, di kotak, almari dan lain-lain di mana barang-barang tersebut disimpan. Peraturan Menindan Barang-barang Seberapa boleh tindanan barang-barang janganlah terlalu tinggi dan faktor-faktor berikut hendaklah diberi pertimbangan: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Senang dikendali dan memudahkan pengeluaran stok mengikut sistem masukdahulu-keluar-dahulu. Kemungkinan peti-peti di lapisan bawah ditindih oleh peti yang lebih berat. Barang-barang tersebut mudah terbakar. Kesenangan penyemakan stok dan rancangan pengiraan pusingan stok. Susunan atau lapisan yang paling selamat adalah setinggi diantara dua hingga tiga meter melainkan jika truk fork lift digunakan.

(l)

(m) Penstoran Barang-barang Berharga dan Menarik Seberapa boleh barang-barang yang berharga dan menarik yang senang dicuri hendaklah disimpan di dalam almari atau tempat yang berkunci. Kunci bagi almari dan tempat-tempat seperti itu hendaklah disimpan oleh seorang pegawai yang bertanggungjawab dan semua pengeluaran hendaklah dibuat sendiri oleh beliau melainkan dalam hal-hal tertentu sahaja. (n) Penstoran di Tempat Lapang Barang-barang yang besar yang tidak akan cacat atau rosak jika terdedah kepada cuaca panas atau hujan dan tidak mudah dipindahkan bolehlah disimpan di tempat lapang yang berpagar.

2.6
(a)

KAWALAN STOK
Mengelakkan Stok Berlebihan Pembelian barang-barang yang berlebihan yang akan mengakibatkan pembaziran modal dan penggunaan ruang stor yang luas hendaklah dielakkan. Senarai Barang-barang Standard (Katalog) Semua barang-barang yang standard hendaklah disenaraikan oleh Stor Pusat dalam satu katalog yang mengandungi maklumat-maklumat mengenai nombor kod, perihal rupabentuk, unit dan harga.

(b)

46

OUM

TOPIK 2

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR

(c)

Barang yang Kerap Digunakan Panduan 97 dan 98 adalah juga meliputi barang-barang yang kerap digunakan dalam jangkamasa yang agak lama berpandukan kepada rekod-rekod stor. Pengeluaran daripada Senarai Barang-barang Standard Apabila barang-barang baru hendak dimasukkan ke dalam Senarai Barang-barang Standard, tindakan hendaklah diambil untuk menentukan sama ada barang-barang yang seakan-akan atau yang hampir serupa harus diberhentikan stoknya ataupun dikeluarkan dari senarai tersebut. Butir-butir yang Harus Ditunjukkan dalam Lejar Setiap folio lejar stor atau kad kawalan stok hendaklah mengandungi maklumatmaklumat berikut: (i) (ii) (iii) Kuantiti stok maksima Angka menokok stok Kuantiti stok minima

(d)

(e)

Sebaik sahaja angka menokok stok dicapai, satu fleg hijau hendaklah dikepilkan pada satu tempat yang tertentu di folio lejar atau kad kawalan stok. Pesanan untuk menokok stok hendaklah dilakukan bersama dengan barangan lain, yang telah juga difleghijaukan, sebagai satu kumpulan, bergantung kepada kuantiti yang dipesan oleh sesuatu stor dan kepada larisnya barangan tersebut. Perhatian hendaklah diambil supaya arus pembekalan tidak terjejas. Fleg merah haruslah dikepilkan pada tempat yang ditentukan di folio lejar atau kad kawalan stok apabila stok sampai ke paras minima. Jika pesanan menokok stok belum lagi diuruskan, tindakan hendaklah diambil dengan segera bersama dengan barangan lain yang telah difleghijaukan yang belum dipesan. Apabila stok telah menjadi kosong, maka satu fleg hitam hendaklah dikepilkan pada folio lejar atau kad kawalan stok. Bila ini berlaku tindakan serta merta hendaklah diambil. Satu fleg putih hendaklah dikepilkan pada folio lejar apabila barangan menjadi cacat, tidak boleh digunakan lagi, usang atau melebihi keperluan (surplus). (f) Pengiraan Kadar Penggunaan Bulanan Kadar penggunaan bulanan adalah dikira dengan mengambil purata pengeluaran bagi 12 bulan terakhir sebelum bulan yang mana pesanan atau permintaan baru akan dibuat. Angka Pesanan Barang-barang Baru Pemesanan atau permintaan pertama kali bagi barang-barang baru hendaklah dibuat sekadar keperluan minima sahaja, sehingga angka penggunaan sebenar diperolehi dan angka pemesanan atau permintaan yang lebih realistik ditentukan. Asas Pegangan Stok oleh Stor Pusat Barang-barang standard hendaklah distor oleh Stor Pusat sahaja yang mana pegangan stoknya itu adalah berdasarkan kepada pengeluaran sekurang-kurangnya bagi dua tahun terakhir dan/atau atas anggaran keperluan bagi masa hadapan. Perhatian rapi mengenai paras maksima, angka menokok dan paras minima hendaklah dipastikan supaya tidak kehabisan stok.

(g)

(h)

OUM

47

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR

TOPIK 2

2.7

PENYENGGARAAN

Peralatan, mesin dan bangunan dalam sesebuah institusi lama kelamaan akan menjadi usang dan rosak. Apabila ini berlaku, kita terpaksa membeli peralatan baru, mesin baru ataupun membina bangunan baru. Ini memerlukan belanja atau kos yang besar. Tempoh masa sebelum sesebuah mesin, peralatan atau bangunan itu rosak, ia sebenarnya bergantung kepada sejauh mana ianya diselenggarakan. Senggaraan yang baik mengikut rutin amatlah diperlukan bagi memastikan setiap peralatan, mesin atau bangunan sentiasa berada di dalam keadaan baik. Peralatan, mesin atau bangunan yang tidak disenggara dengan baik dan betul akan cepat rosak dan merugikan dari segi pelaburan modal membeli. Untuk itu perlulah sesebuah institusi merancang dan mengamalkan satu sistem senggaraan yang berkesan sekiranya ingin menjadi sebuah institusi yang menguntungkan.

2.7.1

Cara-cara Senggaraan Dilakukan

Terdapat empat perkara penting yang sentiasa memerlukan senggaraan iaitu: (a) Senggaraan Mesin dan Peralatan (i) Unsur-unsur di bawah ini perlu dicatatkan di dalam Buku Rekod Senggaraan untuk setiap mesin dan peralatan yang ada. x x x x x x x x x (ii) Nama mesin/peralatan Tarikh diperbuat dan nama pengeluar Tarikh dibeli dan nama pembekal Kos pembelian Nombor siri pada mesin/peralatan Jumlah masa mesin/peralatan telah digunakan sejak baru Kekerapan pemeriksaan yang dijalankan terhadap mesin/peralatan Jumlah kos dan jenis senggaraan yang pernah dilakukan terhadap mesin/peralatan. Anggaran masa sebelum mesin/peralatan jadi rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Semua mesin/peralatan mestilah dibersihkan setiap kali siap digunakan kerana kebersihan adalah penting dalam senggaraan. Pelinciran pada mesin/peralatan mestilah diperiksa setiap kali sebelum menggunakannya. Mesin/peralatan haruslah diuji dan dilaraskan pada masa-masa yang telah ditetapkan oleh pengeluar. Pemeriksaan ke atas mesin/peralatan mestilah keselamatan yang sedia ada pada mesin/peralatan. dibuat terhadap alat

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

Menyediakan senarai langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjalankan mesin/peralatan.

48

OUM

TOPIK 2

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR

(vii) Setiap mesin/peralatan yang perlu disenggara mestilah disenggara dengan seberapa segera yang boleh sebelum kerosakan itu bertambah teruk. (viii) Memastikan persekitaran kerja selamat. (b) Senggaraan Peralatan Tangan (i) Mengisar mata alat hujung matalat hendaklah sentiasa dikisar supaya tajam dan mudah melakukan kerja dengannya. (ii) Pemeriksaan dan pembaikan hendaklah dilakukan ke atas peralatan tangan sebelum digunakan. Operator yang bakal mengendalikan mana-mana peralatan haruslah diberikan serba sedikit tunjuk ajar tentang cara-cara membaik pulih kerosakan yang kecil pada peralatan tersebut. Ini untuk mengelakkan operator tadi dari bahaya akibat menggunakan peralatan yang rosak.

(iii)

(c)

Senggaraan Alat-alat Pembekal Kuasa Alat-alat pembekal kuasa seperti motor, tali sawat, takal, syaf dan penyambung elektrik seharusnya juga disenggara dengan baik. Langkah-langkah yang diambil adalah seperti: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Sentiasa membersihkan alat-alat tersebut Memberi pelinciran yang secukupnya kepada alat-alat yang menghasilkan gerakan seperti motor dan lain-lain. Memeriksa tali sawat Menguji motor dan alat-alat pemula (starting equipment) yang lain Memastikan kabel-kabel elektrik sentiasa ditebat dengan baik

(d)

Senggaraan Bangunan Senggaraan bangunan termasuklah memelihara persekitaran dalam dan luar bangunan dan tidak hanya tertumpu kepada penjagaan fizikal bangunan itu sahaja. Persekitaran banyak mempengaruhi mental pekerja untuk menghasilkan mutu kerja yang lebih sempurna. Bukan itu sahaja malah persekitaran yang baik juga memberi gambaran yang baik kepada masyarakat luar. Di antara perkara yang perlu diambil berat adalah seperti: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Tingkap Lampu Almari dan tempat-tempat menyimpan lain Lantai Meja kerja

OUM

49

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR

TOPIK 2

2.7.2
(a)

Jenis-jenis Senggaraan
Senggaraan Kawalan Senggaraan jenis ini adalah senggaraan yang paling berkesan kerana senggaraan dilakukan sebelum sesebuah peralatan, mesin dan bangunan menjadi rosak. Ia dilakukan berterusan dari masa ke semasa mengikut jadual senggaraan yang telah ditetapkan. Senggaraan jenis ini adalah lebih mahal untuk dilakukan kerana kerjakerja senggaraan berterusan tetapi secara jangka panjang ini menguntungkan kerana kerosakan yang besar-besar dapat dielakkan. Senggaraan kawalan mengandungi: (i) (ii) (iii) (iv) Rekabentuk dan pemasangan yang sesuai untuk peralatan yang digunakan Pemeriksaan logi dan alatan mengikut jadual untuk mengelakkan kerosakan daripada berlaku Membuat servis, baikpulih dan penjagaan alatan supaya sentiasa berada dalam keadaan yang sempurna Pelinciran yang sempurna dan mencukupi serta pembersihan dan perlindungan seperti mengecat peralatan dan bangunan.

(b)

Senggaraan Pembetulan Senggaraan jenis ini hanya dilakukan selepas sesuatu peralatan itu rosak. Bermakna, kerja-kerja senggaraan tidak akan dilakukan selagi tiada kerosakan yang berlaku. Contohnya menggantikan syaf yang patah, menukar tali sawat yang putus dan sebagainya. Bahagian senggaraan yang menjalankan senggaraan pembetulan hanya berfungsi sekiranya ada kerosakan berlaku sahaja. Biasanya senggaraan pembetulan dilakukan ke atas peralatan yang kecil-kecil dan yang tidak digunakan dengan terlalu kerap. Walaupun kos senggaraan jangka pendek adalah rendah namun untuk jangka masa panjang ia mungkin akan menjadi terlalu tinggi.

(c)

Senggaraan Ramalan Senggaraan Ramalan menjalankan kerja-kerja senggaraan mengikut jangkaan kerosakkan. Biasanya ramalan tentang kemungkinan berlakunya kerosakan pada peralatan dibuat dengan menggunakan alatan sensitif seperti alat penganalisis gegaran dan amplitud, tolok audio, alat optik, tolok tekanan dan suhu, tolok rintangan dan sebagainya. Senggaraan ramalan banyak dilakukan dalam industri yang melibatkan penggunaan alatan elektronik seperti komputer. Ini adalah kerana peralatan yang digunakan mempunyai bahagian yang kecil dan rumit untuk disenggara setiap hari. Tambahan pula kebanyakkan bahagian-bahagian pada alatan elektronik tidak membolehkan kerja-kerja servis. Sekiranya berlaku kerosakkan kemungkinan besar ia memerlukan bahagian-bahagian yang baru.

50

OUM

TOPIK 2

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR

2.7.3

Langkah-langkah Kawalan Senggaraan

Berkesan atau tidak sesebuah sistem senggaraan yang dijalankan bergantung kepada sebaik mana kerja-kerja merekod aktiviti-aktiviti senggaraan dilakukan. Sistem rekod yang baik akan menjamin kerja-kerja senggaraan yang lebih berkesan. Berikut dihuraikan secara ringkas tentang langkah-langkah yang biasanya diambil sebelum sesuatu kerja senggaraan itu dijalankan. (a) Arahan Kerja Biasanya kerja senggaraan bermula dengan panggilan daripada mandur memberitahu akan kerosakan atau gangguan yang terdapat dalam makmal/bengkel. Kemudian Ketua Bahagian Senggaraan akan mengeluarkan arahan kepada kakitangan bahagian itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Setelah selesai, kakitangan hendakalah merekaodkan maklumat seperti kerja yang dilakukan, masa yang diambil, kos alat ganti yang diguna, bilangan pekerja yang diperlukan dan sebagainya. Rekod ini disimpan dan digunakan sebagai rujukan pada masa hadapan. Jadual Kerja Sebagai langkah untuk menolong bahagian senggaraan membuat kerja dengan lebih cekap, selalunya penasihat kawalan bahagian senggaraan dengan pertolongan mandur akan membuat anggaran tentang jumlah pekerja dan masa yang diambil untuk sesuatu jenis kerja senggaraan yang diperlukan. Ini akan memudahkan bahagian senggaraan mengagih-agihkan kakitangannya apabila lebih daripada satu kerosakan berlaku serentak. Kos Senggaraan Kos senggaraan adalah jumlah kos pekerja yang menjalankan kerja dicampur dengan kos bahan-bahan ganti yang digunakan. Ini perlu juga direkodkan untuk mendapat jumlah kos senggaraan yang diperlukan dalam masa setahun. Belanjawan Belanjawan biasanya dibuat setahun sekali dan jumlah wang yang diperuntukkan ke bahagian senggaraan bergantung kepada kos senggaraan yang telah dibuat dalam masa setahun. Biasanya hitung panjang kos senggaraan setahun akan dijadikan asas dalam jumlah peruntukan tahunan. Rekod Alatan Seperti yang telah dinyatakan, rekod-rekod alatan adalah penting dalam sesuatu program senggaraan. Rekod-rekod sepatutnya mengandungi semua data alatan tersebut seperti nombor siri, pembekal, kos membeli dan sebagainya.

(b)

(c)

(d)

(e)

OUM

51

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR

TOPIK 2

RUMUSAN
Organisasi makmal adalah satu tanggungjawab bersama yang harus diberi penekanan dalam menjayakan program yang lebih memfokuskan kepada perkembangan psaikomotor dan minda pelajar. Di samping dapat mencapai objektif dan kejayaan dalam memenuhi kurikulum mata pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah, pemberatan juga adalah kepada pelaksanaan cara kerja yang bersistematik. Bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan kepada penghasilan projek, aspek mengamalkan peraturan keselamatan adalah menjadi perkara yang penting.

GLOSARI
Psaikomotor Kendalian Ketukangan Pengaplikasian gerakerja. Segala operasi yang berkaitan dengan penggunaan alatan tangan dan mesin yang menghasilkan projek. Menjalankan kerja-kerja merancang dan mengurus aktiviti penyengaraan. Kerja-kerja pemeriksaan secara rutin atau berkala termasuk merawat, mengganti dan membaik pulih sesuatu alat perkakas.

Penyelenggaraan

Penyenggaraan

UJIAN 1
Arahan: Jawab semua soalan dalam masa 15 minit 1. Namakan tiga aspek utama dalam pembahagian sistem pengurusan dan pentadbiran mata pelajaran Kemahiran Hidup. (i) (ii) (iiI) _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

2.

Senaraikan lima tugas utama seorang ketua panitia. (i) (ii) (iii) (iv) (v) _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

52

OUM

TOPIK 2

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR

3.

Pada pendapat anda bagaimanakah susun atur makmal KH yang baik? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

UJIAN 2
Arahan: Sila jawab semua soalan berikut dalam masa 30 minit 1. Sebagai seorang guru KH bagaimanakah anda hendak mengagihkan tugas dan tanggungjawab pelajar-pelajar di dalam Makmal Kemahiran Hidup? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

2.

Apakah jenis tugas yang hampir sama ditanggung oleh pelajar-pelajar dalam sistem kepegawaian? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

OUM

53

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

TOPIK 3

TOPIK 3

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL


Kamarun bin Hj Ishak, Hamizan Palil dan Norizah Taib

PENGENALAN
Kita sering didedahkan dengan berbagai berita mengenai kemalangan di tempat kerja melalui pelbagai media. Kerap juga dilaporkan tentang berita kemalangan yang sama atau berulang sama ada kejadian tersebut berlaku di tempat yang sama atau di tempat lain. Keadaan ini seolah-olah memberikan gambaran bahawa kita tidak mengambilnya sebagai satu iktibar. Akibatnya kita merasakan kemalangan itu bagaikan lumrah yang sudah tidak dapat dielakkan lagi. Faktor keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sebenarnya melibatkan banyak pihak seperti majikan, pekerja dan masyarakat. Selain itu agensi-agensi yang berkaitan dengannya seperti pihak bomba, hospital, polis dan lain-lain organisasi termasuk pihak berkuasa tempatan turut berfungsi secara bersepadu bagi mengawasi, mencegah dan mengambil tindakan-tindakan yang perlu dalam menangani masalah ini. Dalam konteks yang mudah, keselamatan boleh diertikan sebagai suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Jika dilihat dari konteks keselamatan kerja ia boleh didefinisikan sebagai ilmu dan penerapan teknologi untuk meningkatkan keselamatan yang berkaitan dengan alat kerja, proses kerja, tempat kerja dan kawasan lingkungannya. Sejajar dengan perkembangan ekonomi dan proses industrialisasi yang sedang berlaku, aspek keselamatan di tempat kerja yang standard adalah diperlukan. Oleh itu konsep keselamatan industri diperkenalkan dan didefinisikan sebagai pekerja yang bebas daripada bahaya atau risiko kecederaan, kawalan kerugian akibat kemalangan serta melindungi kerugian terhadap manusia, harta dan pendapatan. Malaysia sedang mengalami pembangunan ekonomi yang pesat dan mempunyai berbagai undang-undang yang mengawal keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Secara amnya Malaysia telah menerima pakai sebahagian daripada prinsip dan sistem perundangan serta peraturan-peraturan tertentu dari negara-negara maju yang didapati sesuai dan baik untuk diamalkan di sini. Namun begitu tidak semua legislasi berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang di amalkan di Malaysia menyerupai legislasi yang di amalkan di peringkat antarabangsa.

54

OUM

TOPIK 3

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

OBJEKTIF
Di akhir topik ini pelajar akan dapat: 1. menyatakan konsep keselamatan,keselamatan pekerjaan dan keselamatan industri, feadah keselamatan industri kepentingan mempelajarinya; menyatakan perkembangan, tujuan Akta keselamatan dan kesihatan Pekerjaan, peranan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara NIOSH) dan fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; menyatakan penalti yang dikenakan setelah Akta Keselamatan Pekerjaan dan Pekerjaan dikuatkuasakan; menyatakan langkah-langkah keselamatan dalam menjalankan kerja dan mematuhi Etika diri dan Etika kerja semasa melakukan kerja; menerangkan bagimana api terhasil,cara api merebak dan kaedah memadamkan kebakaran; membezakan kelas-kelas kebakaran dan jenis- jenis alat memadam api; dan menghuraikan risiko pengurusan pencegahan kebakaran. kebakaran dan penggunan peralatan

2.

3.

4.

5.

6. 7.

OUM

55

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

TOPIK 3

3.1
3.1.1

PERATURAN DAN ETIKA


Peraturan Umum Bengkel/Makmal

Penggunaan alatan dengan cara yang betul memandu kita kepada cara bekerja yang selamat. Sikap yang baik terhadap keselamatan menghindarkan kita, alatan, mesin dan orang lain dari kemalangan. Mengamalkan peraturan keselamatan akan membina tabiat keselamatan (safety-minded) yang baik dan menjadikan kita pengguna yang berjaya. Oleh itu ketika berada di bengkel, kita seharusnya mematuhi pertauran-peraturan berikut: (a) Pakaian perlulah kemas, tanggalkan tali leher/masukkan ke dalam baju dan lipat lengan baju jika memakai kemeja berlengan panjang. Memakai apron/baju kerja sangat digalakkan. Pelindung mata gunakan cermin keselamatan/pelindung muka apabila melakukan kerja yang boleh membahayakan mata. Pastikan pencahayaan adalah cukup untuk mengelakkan dari sakit mata. Tangan bersihkan tangan dari kotoran, geris atau minyak sebelum melakukan sesuatu kerja. Kerja yang dilakukan akan menjadi baik dan selamat, alatan dan kerja kita akan sentiasa berada dalam keadaan bersih. Menghormati orang lain sedia membantu orang lain bila diperlukan. Pastikan kerja yang kita lakukan tidak mengganggu dan membahayakan orang lain. Menegur orang lain yang melanggar peraturan keselamatan. Pemilihan alatan pilih saiz dan jenis alatan yang sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan. Pekerja yang mahir tidak akan menggunakan sesuatu alatan kecuali alatan itu tajam dan berkeadaan baik. Baiki/ganti bahagian yang rosak/patah/longgar sebelum menggunakan alatan itu. Pengendalian alatan halakan mata pemotong ke bawah jika membawa alatan tajam. Bawa beberapa alatan sahaja pada suatu masa kecuali jika alatan tersebut ditempatkan di dalam bekas khas. Jangan masukkan alatan yang tajam ke dalam poket. Alatan pengapit gunakan apit yang sesuai untuk memegang bendakerja terutamanya apabila menggunakan pahat dan mesin elektrik mudah alih. Elakkan dari menggunakan tangan anda untuk memegang objek yang anda kerjakan. Penggunaan alatan pegang alatan dengan cara yang disarankan dan halakan mata pemotong keluar dari kedudukan anda semasa menggunakan alatan tersebut. Berhati-hati apabila menggunakan tangan/jari untuk memandu pada permulaan potongan. Kelajuan kerja jangan gopoh semasa membuat kerja. Kerja yang terancang pada kelajuan yang sesuai bukan sahaja selamat tetapi akan menghasilkan kerja yang memuaskan dan bermutu.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

(h)

(i)

56

OUM

TOPIK 3

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

Aktiviti 3.1
Dapatkan gambar foto berkaitan dengan peraturan dalam bengkel dan terangkan dengan ringkas pentingnya peraturan itu dilaksanakan.

(j)

Pengurusan meja kerja letakkan bahan kerja secara tersusun di atas meja dengan alatan berada di bahagian tengah meja kerja. Jangan menindih alatan di antara satu sama lain. Jangan biarkan alatan tajam terkeluar dari tepi bahagian meja kerja. Rapatkan ragum meja jika tidak digunakan dengan pemusingnya menghala ke bawah. Pastikan laci dan pintu kabinet sentiasa tertutup. Keselamatan lantai kawasan tempat bekerja perlulah bersih dari reja bahan dan tumpahan minyak.

(k)

3.2

PUNCA KEMALANGAN DALAM KERJA-KERJA MEKANIKAL

Sepertimana yang anda ketahui kemalangan yang berlaku dalam bidang mekanikal adalah berkait rapat dengan penggunan jentera atau alat oleh pengendalinya. Puncapunca kemalangan dalam mekanikal boleh berlaku akibat daripada:(a) Kecuaian Pekerja (i) Tidak menggunakan peralatan perlindungan dengan cara yang betul. (ii) Tidak mematuhi arahan yang ditetapkan. (iii) Menggunakan peralatan/mesin dengan cara yang salah atau menyalahgunakannya untuk tujuan lain seperti bergurau senda. (iv) Tergesa-gesa melakukan kerja tanpa membaca arahan kerja dan notis amaran. (v) Keadaan rupa diri yang tidak kemas seperti berambut panjang, pakaian yang longgar, memakai barang perhiasan dan sebagainya. Keadaan Peralatan/Perkakasan (i) Tidak membuat pemeriksaan terhadap peralatan yang hendak digunakan. (ii) Tidak melaporkan sebarang kerosakan kepada penyelia jika ada. (iii) Sebelum menggunakan mesin pengendali mestilah seorang yang tahu dan faham cara mengguna dan memberhenti mesin dengan cara yang betul. Keadaan Benda Kerja dan Kawasan Kerja (i) Tidak memastikan kemudahan keselamatan yang terdapat di sekeliling. (ii) Tidak mematuhi tanda-tanda amaran seperti tanda larangan merokok di tempat yang mudah terbakar. (iii) Tidak menghindarkan diri daripada menggunakan perkakasan elektrik di tempat yang terdapat bahan-bahan mudah terbakar.

(b)

(c)

OUM

57

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

TOPIK 3

3.2.1
(a)

Kemalangan yang Berlaku daripada Proses Kerja Mekanikal


Mengangkat Bahan Penggunaan peralatan bagi pengendalian mekanikal seperti mengangkat beban dengan menggunakan kren, alat hela (hoist) dan trak forklift hendaklah benar-benar kukuh kerana jika beban tergelincir atau jatuh kecederaan boleh berlaku. Mengguna Peralatan Tangan Peralatan tangan yang hendak digunakan perlulah sentiasa dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Penggunaannya pula hendaklah dengan kaedah yang betul bagi menjaga keselamatan diri daripada ditimpa kemalangan dan keselamatan alat daripada mengalami kerosakan. Berikut adalah di antara contoh-contoh situasi kerja yang boleh mengundang bahaya kemalangan disebabkan oleh peralatan atau perlakuan penggunanya yang salah iaitu: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Alat seperti kepala tukul dan aci hilang Mata pahat tumpul dan kepalanya bercendawan Rahang sepana retak atau merekah Puting kikir tidak dilindungi dengan betul Kikir digunakan sebagai bahan pengalas

(b)

(c)

Penggunaan Mesin dan Jentera (i) Menyelenggara mesin dalam keadaan bergerak atau tiada penghadang keselamatan. Pengendali tidak mempunyai pengetahuan yang sempurna bagaimana cara untuk mengendali bahaya yang berkaitan dengan mesin tersebut. (ii) Pengendali tidak memberhentikan operasi mesin sehingga ia dibaiki oleh orang yang berkelayakan.

3.2.2

Langkah Keselamatan yang Boleh Diambil bagi Mencegah Kemalangan dalam Kerja-kerja Mekanikal

Di antara berikut merupakan langkah-langkah keselamatan yang boleh anda terapkan semasa bekerja untuk mengelakkan kemalangan berlaku:(i) Elakkkan daripada memegang atau menyentuh bahagian mesin/benda kerja yang tajam semasa ia sedang beroperasi. Pastikan mesin mempunyai suis keselamatan saling mengunci. Pastikan mesin mempunyai sistem pembumian yang sempurna. Matikan suis kuasa sepenuhnya apabila mesin tidak digunakan atau dibersihkan. Laporkan kepada penyelia jika terdapat sebarang kerosakan pada mesin. Keadaan fius mestilah betul untuk mengelakkan beban lampau (overload) yang boleh mengakibatkan kebakaran.

(ii) (iii) (iv) (v) (vi)

(vii) Pastikan bahagian-bahagian mesin yang merbahaya dipasang dengan peralatan perlindungan seperti pengadang.

58

OUM

TOPIK 3

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

3.3

PUNCA KEBAKARAN

Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang bergabung iaitu bahan api untuk membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan minyak, udara untuk membekalkan oksigen dan suhu atau haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau nyalaan. Kebakaran yang terjadi bukan sahaja mengakibatkan kerugian dan kemusnahan harta benda tetapi juga kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Percikan api kimpalan, bunga api dan sebagainya. Api ubat nyamuk, mancis, puntung rokok. Kebocoran atau mampatan gas. Haba mekanikal yang terjadi akibat geseran.

Sementara punca kebakaran yang disebabkan oleh elektrik adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel. Lebihan beban aliran kuasa Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat.

3.3.1

Faktor-faktor yang Menjadi Punca Kebakaran

Faktor-faktor penyumbang utama kepada kebakaran adalah seperti berikut: (a) Faktor Semulajadi Kejadian kebakaran kerana bencana alam seperti kemarau, letupan gunung berapi. Faktor Kemalangan Kejadian kebakaran kerana kelalaian, kecuaian atau kesilapan manusia itu sendiri. Faktor Sengaja Dibakar Kejadian kebakaran kerana perbuatan manusia sama ada sengaja dibakar atau perbuatan khianat.

(b)

(c)

3.3.2

Kelas Kebakaran

Kebakaran boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan kepada punca bahan yang menghasilkan kebakaran tersebut. Pengetahuan mengenai jenis kebakaran adalah penting kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam api yang sesuai dan boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran.

OUM

59

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

TOPIK 3

3.3.3

Kebakaran yang Merebak

Api dalam sesuatu kebakaran boleh merebak melaui olakan haba, pengaliran, bahangan dan terus menerus. (a) Olakan Haba Olakan haba bermaksud pemindahan haba yang berlaku dalam benda mudah alir seperti cecair atau gas. Keadaan ini berlaku apabila cecair atau gas yang panas naik ke atas dan gas yang sejuk akan turun ke bahagian bawah secara pusingan. Sebagai contoh kebakaran yang berlaku di dalam sesebuah bangunan, akan menghasilkan gas-gas yang panas dan ia akan bergerak naik bersama-sama asap melalui bahagian lubang tangga, lubang lif dan sebagainya. Sekiranya pergerakan gas-gas panas ini terhalang, suhunya akan semakin meningkat sehingga boleh menyebabkan nyalaan ke atas bahan yang menghalang pergerakannya. Pengaliran Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir haba seperti logam, batu, simen dinding bangunan dan lantai. Dalam kebakaran yang besar bahan pengalir haba ini akan cepat menjadi panas. Jika terdapat bahan api yang bersentuhan dengannya, maka suhu kepanasan akan meningkat hingga sampai ke suhu nyalaan. Ini akan mengakibatkan bahan api yang bersentuhan itu akan terbakar dengan sendirinya. Bahangan Kebakaran juga boleh merebak melalui bahangan di mana pemindahan haba berlaku melalui gelombang cahaya. Walaupun suhu kepanasan akan berkurangan apabila sesuatu bahan itu berada pada jarak yang jauh daripada punca kebakaran namun suhu panas boleh bergerak melalui gelombang cahaya yang menembusi kaca tingkap. Apabila bahan api mendapat haba secara bahangan melalui gelombang cahaya yang menembusi kaca tingkap, suhunya akan meningkat dan jika mencapai ke suhu nyalaan, ia akan terbakar. Terus Menerus Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak. Bahan-bahan bakar akan terbakar kerana api mudah merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain.

(b)

(c)

(d)

3.3.4

Cara Memadam Kebakaran

Nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk memadamnya anda perlu memisahkan gabungan tersebut. Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu: (a) Melaparkan Ini dilakukan dengan: (i) (ii) (iii) Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain. Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya mudah dipadamkan.

60

OUM

TOPIK 3

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

(b)

Melemaskan Ini dilakukan dengan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya udara yang terhalang itu tidak dapat membantu kebakaran. Menyejukkan Kelaziman air digunakan sebagai pemadam kebakaran yang paling berkesan. Ia mampu menyekat perpindahan haba panas kepada mana-mana bahan bakar dengan menurunkan suhunya supaya berada di bawah tahap nyalaan. Dengan ini kebakaran bukan sahaja tidak merebak malah ia akan terus terpadam. Memutuskan Rantai Tindakbalas Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan mengunakan alat pemadam api permulaan seperti CO2, BCF dan serbuk kering.

(c)

(d)

3.4

PENCEGAHAN KEMALANGAN

Keselamatan ditakrifkan sebagai suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan. Ia merupakan perkara untuk mencegah daripada berlakunya kemalangan. Jika dilihat dari konteks keselamatan kerja pula ia boleh didefinisikan sebagai ilmu dan penerapan teknologi untuk meningkatkan keselamatan yang berkaitan dengan alat kerja, bahan kerja, proses kerja, tempat kerja dan lingkungannya (Sumamur, 1981). Oleh yang demikian latihan keselamatan adalah menjurus kepada latihan dan orientasi pekerja ke arah tingkah laku bekerja secara selamat. Ia merupakan suatu amalan untuk mencegah kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan atau keadaan yang membahayakan kepada: (a) (b) (c) Pekerja/pelajar Kakitangan Kelengkapan dan peralatan

3.4.1

Langkah-langkah Pencegahan

Kemalangan adalah peristiwa atau keadaan yang tidak dirancang atau dijangkakan. Ia merupakan peristiwa yang berlaku secara tidak disengajakan akibat sebab-sebab yang tidak diketahui. Kemalangan berlaku kerana:(a) (b) pekerja telah melakukan pekerjaan yang tidak selamat bekerja dalam prekitaran yang tidak selamat

Terdapat 5 langkah untuk mencegah kemalangan seperti: (a) (b) (c) (d) (e) Menghapuskan gangguan Menggunakan alat-alat yang selamat Papan kenyataan yang mempunyai maklumat amaran keselamatan Melatih pekerja Memakai peralatan perlindungan - pakaian, kasut, topi keselamatan dan sebagainya.

OUM

61

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

TOPIK 3

3.4.2
3.4.2.1

Tindakan Pencegahan
Sistem Keselamatan Kebakaran

Sistem keselamatan kebakaran merupakan langkah persediaan kepada tindakan pencegahan dan perlindungan di sesebuah bangunan. Ia juga merupakan satu strategi bertindak semasa menghadapi risiko-risiko bahaya kebakaran. Sistem ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pencegahan dan perlindungan kebakaran. (a) Pencegahan Kebakaran Beberapa langkah telah diambil bertujuan untuk mencegah, menghadkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa semasa berlaku kebakaran. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut: (i) Pendidikan dan latihan x Mengadakan ceramah/pembelajaran awam tentang bahaya-bahaya kebakaran kepada kumpulan sasaran. x Mengadakan ceramah berkenaan dengan sifat-sifat api, kejadian api, punca, tindakan yang perlu serta cara menggunakan peralatan dengan betul berdasarkan sistem-sistem kebombaan. x Menubuhkan pasukan bomba industri atau sukarela x Menerapkan konsep pencegahan kebakaran dalam kurikulum pembelajaran sama ada di sekolah atau institusi pengajian tinggi. x Mengadakan latihan bersama Mork Drill di sesebuah bangunan atau tempat bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penghuni bertindak semasa kecemasan dan mengenal pasti masalah-masalah yang wujud dalam latihan tersebut. Penguatkuasaan Untuk ini seorang pegawai bomba diberi kuasa untuk membuat pemeriksaan seperti yang termaktub dalam Akta Bomba 341/1988 serta membuat pemantauan untuk memastikan sistem pencegahan kebakaran yang sedia ada dalam keadaan baik dan boleh digunakan bila-bila masa. Kejuruteraan Kejuruteraan adalah badan yang mengkaji dan meneliti pelan-pelan bangunan dan bahan-bahan keperluan di dalam bangunan seperti sistem kebombaan. Kawalan keselamatan Untuk memastikan peralatan pencegahan kebakaran berada dalam keadaan baik. Penyelenggaraan peralatan supaya dalam keadaan baik Good house keeping Penyusunan yang mengikut penyesuaian barang atau tempat yang dikhaskan serta tidak melindungi sistem atau jalan keluar keselamatan.

(ii)

(iii)

(iv)

(v) (vi)

62

OUM

TOPIK 3

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

(b)

Perlindungan Kebakaran Perlindungan ini terbahagi kepada dua iaitu perlindungan pasif dan perlindungan aktif. (i) Perlindungan pasif Perlindungan kebakaran pada bangunan dengan mengambil kira kelengkapan laluan kecemasan, ruang akses perkakasan dan ketahanan struktur bangunan seperti jalan keluar keselamatan, pemetakan, paras akses perkakas bomba, ruang akses menentang kebakaran, kekemasan dalam siling. Perlindungan aktif Sistem kebombaan yang dipasang pada sesebuah bangunan yang merangkumi empat cara bertindak iaitu mengesan, memberi amaran, mengawal dan memadam kebakaran sama ada secara automatik atau manual. Latihan Keselamatan

(ii)

3.4.2.2

Program atau latihan yang efektif melibatkan penyertaan semua pihak dan penggunaan sumber yang sedia ada secara cekap. Oleh yang demikian orientasi keperluan latihan keselamatan mestilah menjurus kepada: (a) Mengadakan Kod Bertingkah-laku Contoh: Polisi keselamatan ialah garis panduan tindakan keselamatan. Panduan pelaksanaan: x Kebiasaannya merujuk kepada kepentingan sesuatu program x Merupakan tanggungjawab pihak pengurusan terhadap keselamatan. x Prosedur perlaksaan adalah secara bercetak. x Falsafah polisi merangkumi arahan keselamatan dalam semua keadaan di semua aspek. x Merupakan pernyataan yang jelas tentang demonstrasi penggunaan peralatan, perbincangan keselamatan dan sebagainya. x Mengadakan langkah-langkah pencegahan kemalangan seperti laporan pemeriksaan berkala. (b) Mewujudkan Arahan Keselamatan x Penyediaan kepada arahan keselamatan untuk penyelenggaraan peralatan bengkel atau sebagainya. x Arahan kepada kaedah-kaedah yang selamat. x Penyediaan papan-papan buletin dan poster-poster keselamatan. x Menyediakan peti cadangan keselamatan. Kumpulan Sasaran untuk Latihan Keselamatan x Semua golongan pekerja adalah dalam sasaran teratas kerana mereka inilah yang terlibat secara langsung dengan pekerjaan dan sentiasa terdedah kepada risiko kemalangan. Seterusnya adalah pegawai-pegawai yang bertanggungjawab terhadap soal keselamatan, latihan, peningkatan dan kesihatan pekerja atau individu-individu lain yang difikirkan sesuai. x Dilaksanakan secara tegas dan penuh dengan tanggungjawab.

(c)

OUM

63

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

TOPIK 3

3.4.2.3

Penyediaan Laporan Bertulis

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 514, menetapkan majikan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja. Akta ini mewajibkan majikan merangka dan melaksanakan dasar am atau polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan, organisasi dan perkiraan untuk menjayakan dasar tersebut. Laporan keselamatan dan pemberitahuan kemalangan mewajibkan majikan memberitahu dan melaporkan kepada pejabat keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terdekat mengenai kemalangan, kejadian berbahaya dan penyakit pekerjaan yang mungkin terjadi di tempat kerja. Penyakit pekerjaan adalah sebarang penyakit atau perubahan fizikal, mental atau fungsi seseorang, akibat faktor di tempat kerja. Contohnya pekerja yang mengalami kegatalan atau kerengsaan kulit setelah terdedah kepada bahan kimia di tempat kerja, atau mengalami lelah secara tiba-tiba akibat pendedahan asap atau gas semasa bekerja. Laporan kebakaran penting bagi mendapatkan perangkaan kebakaran yang tepat dan sistematik. Jabatan bomba dan penyelamat telah mengeluarkan arahan dan borang mengenai penyediaan laporan kebakaran. Format laporan kebakaran mestilah mengandungi perkara-perkara berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) negeri dan balai yang membuat laporan jenis kebakaran, tarikh kejadian, masa kejadian, tempat dan jarak cara panggilan samada datang terus atau menerusi talian bilangan anggota yang bertugas keadaan kebakaran dan tindakan awal laporan tentang kecederaan nilaian harta yang terlibat insurans yang berkaitan Rekod Keselamatan dan Kemalangan

3.4.2.4

Tujuan menyimpan rekod: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) membantu untuk membuat laporan yang tepat dan lengkap panduan keberkesanan langkah pencegahan asas penilaian keberkesanan program keselamatan menunjukkan kemungkinan bentuk kemalangan yang serupa menjelaskan keadaan berbahaya dan amalan tidak selamat menjadi sumber fakta bagi analisis yang dijalankan

Jenis-jenis rekod keselamatan: (i) (ii) (iii) (iv) buku rekod kemalangan pemeriksaan keselamatan mesyuarat jawankuasa keselamatan program keselamatan

64

OUM

TOPIK 3

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

3.5
3.5.1

PERSEDIAAN PERALATAN SOKONGAN


Peranti Keselamatan (Safety Devices)

Peranti keselamatan merupakan peralatan yang digunakan untuk melindungi pekerja daripada mengalami kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan dan juga kematian. Terdapat beberapa peranti keselamatan di dalam sistem pendawaian elektrik, antaranya ialah: (a) Fius Sejenis alat yang diguna sebagai pelindung arus lebih. Ia melindungi litar pendawaian dan pengguna daripada mendapat renjatan elektrik apabila pemasangan alat-alat elektrik mengalami litar bocor ke bumi. Amnya fius adalah seutas dawai kuprum atau dawai aloi timah plumbum yang akan lebur apabila ia membawa arus yang melebihi had keupayaannya. Fius tidak segera lebur apabila arus yang berlebihan melaluinya tetapi ia mengambil masa tertentu. Ini menjadikan fius tidak begitu efisen dan sesuai untuk melindungi peralatan yang peka terhadap arus yang berlebihan. Pemutus Litar Pemutus litar adalah merupakan alat yang akan memutuskan litar dengan sendiri (automatik) apabila berlaku lebihan arus dan boleh dihidupkan semula dengan menolak tangkai suis. Pemutus litar biasanya dikadarkan dari 15 A hingga 200 A untuk pelindung arus lebih di rumah kediaman atau di kilang perusahaan. Ianya diperbuat daripada gelung elektromagnet yang disambung secara siri dengan litar. Terdapat beberapa jenis pemutus litar antaranya ialah jenis isian minyak, jenis hembusan gas, jenis hembusan udara, jenis vakum dan jenis miniatur. Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELCB) Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) digunakan apabila pembumian yang baik tidak diperolehi kerana impedan terlalu tinggi sehingga tidak mampu memutuskan dawai filemen fius atau pemutus yang lain. Ianya beroperasi pada voltan yang sama atau melebihi 50 V di antara bumi dengan sebarang logam. Terdapat beberapa jenis pemutus litar bocor ke bumi iaitu: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (c) ELCB Kendalian voltan satu elektrod ELCB kendalian voltan dua elektrod ELCB kendalian arus baki ELCB arus imbang ELCB menggunakan geganti ELCB bagi motor yang menggunakan pemula punat tekan.

(b)

(c)

Pemencil Merupakan alat yang boleh memutuskan bekalan pengagihan kepada pengguna dengan membukakan sambungan dawai hidup dan neutral secara serentak jika salah satu kutub bekalan tidak ke bumi. Ianya dipasang pada permulaan litar pendawaian bagi setiap pemasangan. Pemencil diadakan bertujuan untuk mengasingkan litar dan seterusnya melindungi pengguna daripada renjatan elektrik yang berterusan.

OUM

65

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

TOPIK 3

(d)

Pengubah Pengasing (Isolated Transformer) Merupakan peralatan yang digunakan untuk memberikan pengasingan elektrik antara litar utama dan litar sekunder. Bilangan lilitan belitan sekunder adalah sama dengan lilitan belitan utama dan voltan sekunder dengan voltan utama adalah sama.

3.5.2 Peralatan Pencegahan Kebakaran


Peralatan pencegahan kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik di bangunan-bangunan. Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau premis yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran kebakaran. Peralatan pencegahan kebakaran pada bangunan atau premis yang siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis: (i) Perlindungan Aktif Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mencegah, mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik. Perlindungan Pasif Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung atau menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan kebakaran. Jenis Perlindungan Aktif (i) Alat pecah kaca Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon di mana kaca tersebut dipecahkan. Alat pengesan haba Alat ini beroperasi secara automatik. Ia akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan haba atau suhu tertentu pada peringkat awal kebakaran Alat pengesan asap Alat ini juga beroperasi secara automatik. Ia juga berperanan untuk mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan sejumlah asap yang tertentu. Sistem pemasangan sprinkler Ianya bertujuan untuk mengawal kebakaran pada peringkat awal dengan cara semburan air yang bertekanan khusus kepada zon/kawasan yang terbabit. Sistem ini dihubungkan dengan penggera kebakaran. Ia bertindak secara automatik.

(ii)

(a)

(ii)

(iii)

(iv)

66

OUM

TOPIK 3

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

(v)

Sistem pemasangan pancur (riser). Terdapat dua jenis pancur iaitu Pancur basah dan Pancur kering.

(vi) Sistem pili bomba (hyderant) Terdapat 3 jenis hydran, iaitu hydran gedung, hydran halaman dan hydran kota. Hydran gedung ditempatkan dalam gedung, hydran halaman ditempatkan di halaman manakala hydran kota biasanya ditempatkan pada beberapa titik yang memungkinkan Unit Pemadam Kebakaran suatu kota mengambil cadangan air. (vii) Sistem salur Bantu mula (hosereel) (viii) Sistem gas CO2. (ix) (b) Sistem pemasangan tetap buih (foam)

Jenis Perlindungan Pasif (i) (ii) (iii) (iv) (v) Tangga terlindung. Koridor terlindung Pintu rintangan api Ruang akses menentang kebakaran Lif Bomba

3.5.3

Alat Pemadam Api

Ramai orang biasa melihat alat pemadam api tetapi tidak semua yang mengetahui cara ianya berfungsi. Alat ini merupakan satu alat pencegahan kebakaran mudah alih yang penting. Setiap alat pemadam api ditandakan simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. (a) Kategori Alat Pemadam Api Terdapat beberapa kategori alat pemadam api yang digunakan dan diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. Rajah 4.3 menunjukkan gambarajah berlabel bagi alat pemadam api. Di antara alat pemadam api yang selalu digunakan untuk membantu pemadaman di peringkat awal ialah:

OUM

67

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

TOPIK 3

Jenis Pemadam Api Jenis yang mengeluarkan air iaitu soda acid dan Water CO2 x x x x x x debu x x x Jenis yang mengeluarkan gas x x x x x

Ciri dan Kegunaan Tabungnya berwarna krim Memadam kebakaran minyak Kebakaran bahan alkohol (Pola) Tabungnya berwarna krim Memadam kebakaran minyak Kebakaran bahan alkohol (Pola) Debu kering mengandungi sodium bikarbonat. Terbukti selamat. Untuk Kelas A,B, C. bahan

Jenis yang mengeluarkan buih

Jenis yang mengeluarkan kering (Jenis ABC)

Tabungnya berwarna biru. Mengandungi gas karbon dioksida Agen pemadam yang bersih. Tidak merosakkan komponen elektrik Tabungnya berwarna hitam.

(b)

Cara Mengguna Alat Pemadam Api Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan adalah berdasarkan singkatan perkataan PASS dan cara menghalakan alat pemadaman adalah berdasarkan P A S S Pull Aim Squeeze Sweep : : : : Tarik pin di atas alat pemadam api Halakan muncung alat pemadam ke punca api (bahan) Pusing atau tekan pemegang Halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter sehingga api padam.

Pancutan hendaklah dilakukan mengikut arah angin.

3.6

PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas adalah bantuan segera yang diberikan kepada orang yang cedera sebelum golongan profesional seperti doktor atau jururawat mengambil alih. Memberi pertolongan cemas yang sempurna memerlukan beberapa kemahiran asas, pengetahuan, latihan dan kepakaran. Anda sebagai pengguna bengkel Kemahiran Hidup di sekolah sekurang-kurangnya tahu asas-asas yang perlu dilakukan apabila berlaku kemalangan di bengkel sekolah.

68

OUM

TOPIK 3

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

3.6.1

Peti Pertolongan Cemas

Di mana-mana tempat kerja, perkara paling asas apabila memperkatakan tentang isu keselamatan ialah sebuah peti pertolongan cemas yang lengkap. Setiap bengkel atau makmal patut memilikinya. Peti ini seharusnya lengkap dan diletakkan di tempat yang strategik supaya senang diambil oleh sesiapa yang memerlukannya. Seseorang perlu ditugaskan untuk menjaganya dan menambah barang yang telah habis digunakan. Barang-barang yang sepatutnya terdapat di dalam peti pertolongan cemas ialah:

Rajah 3.1: Peti pertolongan cemas x x x x x x x x x x x x

Iodine Antibiotic Adhesive plastic bandages Knuckle Triangular sling/bandage Conforming gauze roll bandages Aspirin tablets First aid tape roll Burn relief packs Alcohol cleansing Antiseptic Scissors Tanggungjawab Anda Ketika Kecemasan

3.6.2

Proses pertolongan cemas sering bermula sebelum sebarang perhubungan terus berlaku antara orang perseorangan dengan mangsa kecederaan. Cara anda mendekati sesuatu peristiwa dan langkah-langkah segera yang anda ambil untuk keselamatan dan meminta bantuan boleh menyumbangkan kepada keselamatan mangsa kecederaan. (a) Menilai Situasi Kecemasan x Nilaikan dengan pantas dan tenang peristiwa yang berlaku x Lihat dan awasi bahaya lain terhadap diri anda dan mangsa kecederaan. x Tanya diri anda soalan-soalan berikut: x Adakah terdapat sebarang bahaya yang berterusan? x Adakah nyawa seseorang di dalam bahaya?

OUM

69

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

TOPIK 3

x x (b)

Adakah orang ramai boleh memberi bantuan? Adakah saya memerlukan bantuan pakar?

Pastikan Kawasan Kecemasan Selamat Keadaan yang menyebabkan kemalangan mungkin masih terdedah kepada bahaya yang berterusan. Anda mestilah meletakkan keselamatan diri anda di tempat yang pertama. Anda tidak boleh membantu orang lain jika anda sendiri menjadi mangsa kecederaan. Lazimnya langkah yang mudah dalam sebarang kecemasan, misalnya menutup suis elektrik, sudah cukup memastikan kawasan itu selamat. Kadangkala prosedur yang rumit diperlukan. Anda hendaklah berwaspada dan jangan biarkan diri anda dan mangsa kecederaan berada dalam risiko dengan bertindak di luar kemampuan anda. Jika anda tidak dapat menyingkirkan bahaya yang mengancam nyawa, anda hendaklah cuba menjauhkan bahaya itu. Cuba hindarkan bahaya daripada mangsa kecederaan. Sebagai satu tindakan terakhir, pindahkan mangsa kecederaan daripada bahaya. Dalam situasi tertentu, anda perlu mendapatkan peralatan dan bantuan pakar.

(c)

Memberi Bantuan Kecemasan Sebaik sahaja bantuan kecemasan boleh diberikan, nilai setiap kecederaan melalui kaedah pemulihan pernafasan ABC. Keputusan anda akan menghasilkan tindakan dan dalam keadaan kecemasan tindakan anda perlu cepat dan tepat. Oleh itu sekiranya anda bersendirian, tentukan bila bantuan diperlukan dan ke tahap mana bantuan tersebut diperlukan. Fikirkan juga siapa yang boleh memberi bantuan, di mana bantuan boleh didapati dan bagaimana mendapatkan bantuan tersebut. Sementara itu pastikan dengan pantas samada mangsa: x x x x Sedar sepenuhnya Tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas Tidak bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi Tidak mempunyai denyutan nadi

(i)

Kesukaran Bernafas Gangguan kepada proses pernafasan normal mungkin mendatangkan bahaya dan boleh mengakibatkan lemas. Lemas terjadi apabila udara tidak dapat memasuki paru-paru akibat terdapatnya benda asing di tekak atau hidung atau disebabkan udara dipenuhi oleh gas atau asap. Di dalam makmal, punca kesukaran bernafas paling utama ialah akibat sedutan asap sama ada daripada asap gas atau wap toksik. Asap atau gas-gas dalam ruang yang tertutup boleh melemaskan penyelamat. Oleh itu adalah sangat mustahak untuk meneliti situasi tersebut sebelum cuba memasukinya. Sentiasa gunakan peralatan perlindungan sebelum cuba menyelamatkan mangsa yang lemas akibat asap atau wap.

(ii)

Luka dan Lebam Luka atau luka terbuka ialah satu keadaan apabila kulit terbuka atau terkoyak dan berlaku kehilangan darah dan bendalir lain melaluinya. Luka juga terdedah kepada kemasukan kuman ke dalam badan. Luka tertutup ialah satu keadaan apabila darah

70

OUM

TOPIK 3

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

terbebas daripada sistem peredarannya tetapi bukan daripada badan keadaan ini juga dikenali sebagai pendarahan dalaman. Dalam kes bagi mana-mana kecederaan, kebersihan mesti dijaga terutamanya bagi kecederaan yang melibatkan luka terbuka kerana ia lebih cenderung untuk dimasuki kuman ke dalam badan yang boleh mengakibatkan jangkitan yang serius kelak. Oleh itu anda perlu berhati-hati terhadap sebarang jangkitan yang mungkin dihidapi oleh mangsa kerana darah daripada luka yang terbuka mungkin mengandungi kuman. Lebam terjadi apabila badan terkena hentakan daripada objek yang tumpul. Kapilarikapilari darah pecah dan memasuki tisu-tisu, memberikan kesan biru kehitaman pada permukaan kulit. Di dalam makmal, luka biasanya disebabkan oleh objek-objek tajam seperti pecahan kaca daripada peralatan kaca makmal terutamanya semasa mencuci.

Rajah 3.2: Luka

Rawatan bagi Luka-luka yang Kecil 1. 2. 3. 4. Cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air panas. Jika luka tersebut kotor, bersih dengan menggunakan air yang mengalir. Keringkan perlahan-lahan dengan menggunakan tisu atau tuala yang steril. Tutup sementara luka dengan menggunakan pembalut kasa yang steril. Bersihkan kulit disekeliling luka dengan sabun dan air (atau pencuci yang dapat menanggalkan gris). Buang pad kapas daripada luka dan gunakan pad kapas yang baru setiap kali mengesat luka. Lap luka sehingga kering dan kemudian balut dengan pembalut berperekat atau plaster.

5.

OUM

71

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

TOPIK 3

Rawatan bagi Luka yang Besar (Pendarahan yang Teruk) 1. Tanggalkan atau gunting pakaian untuk mendedahkan luka. Perhatikan jika terdapat objek-objek tajam seperti kaca yang mungkin akan mencederakan anda. Beri tuaman atau tekanan terus ke atas luka dengan tapak tangan. Jika boleh lakukan dengan pembalut yang bersih. Angkat dan ampu anggota yang tercedera pada aras atas jantung mangsa itu. Pegang anggota itu perlahan-lahan jika anggota itu mengalami keretakan. Baringkan mangsa itu. Keadaan ini akan mengurangkan pengaliran darah ke bahagian yang tercedera dan mengurangkan renjatan. Biarkan sebarang pad asal pada tempatnya, kemudian gunakan satu balutan steril. Balut luka dengan sempurna tetapi janganlah terlalu ketat. Jika pendarahan tembus menerusi balutan, buatlah selapis lagi. Jika terdapat objek lain yang tertonjol keluar, letakkan pad pada mana-mana bahagian objek itu sehingga kedudukannya cukup tinggi untuk dibalut tanpa menekan objek itu. Sokong atau ampu dengan teguh bahagian anggota yang tercedera seperti yang dilakukan pada tulang yang patah. Terbakar dan Melecur Luka dari terbakar (selaran) adalah akibat daripada haba yang kering daripada kebakaran atau bahan mengakis. Melecur adalah disebabkan oleh haba yang basah seperti wap atau cecair panas. Selaran juga boleh disebabkan oleh sejuk yang keterlaluan seperti menyentuh wap-wap beku seperti nitrogen cecair dan karbon dioksida pepejal (ais kering). Objektif utama apabila merawat kesan selaran atau melecur ialah untuk menghalang renjatan, mengelakkan jangkitan dan melegakan kesakitan. Renjatan ialah kekurangan isipadu edaran darah yang kritikal di mana jumlah yang tinggal tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan tisu badan. Pesakit akan kelihatan pucat dan kulitnya sejuk dan melekit. Pesakit mungkin berasa cepat loya dan muntah dengan denyutan nadi menjadi cepat tetapi lemah.

2.

3.

4.

5.

6.

(iii)

72

OUM

TOPIK 3

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

Rajah 3.3: Melecur

Apa yang Perlu Dilakukan 1. Hentikan/kurangkan kesan terbakar dengan penyejukan pantas untuk menghalang kerosakan yang lebih teruk kepada tisu-tisu. Kurangkan bengkak dan ringankan kesakitan dengan menyiram air sejuk. Dalam kes yang melibatkan terbakar akibat bahan kimia, kepantasan adalah sangat penting. Curahkan air sejuk dengan banyak kepada bahagian yang terlibat. Untuk kesan selaran di tangan, cuci di bawah aliran airpaip, untuk terbakar di bahagian badan yang lain gunakan pancuran air kecemasan dan untuk mata, gunakan tempat mencuci mata yang terdapat di bengkel. Lindungi bahagian yang terbakar. Kulit terbakar yang terdedah sangat mudah dijangkiti kuman. Lindungi bahagian yang terlibat sebaik-baiknya dengan sterile burn sheet. Jika tiada, kain yang bersih dan tidak berbulu juga boleh digunakan. Dapatkan bantuan perubatan yang sepatutnya secepat mungkin kecuali terbakar di permukaan yang sangat kecil.

2.

3.

4.

Apa yang Perlu Dielakkan 1. 2. 3. Jangan sentuh bahagian yang cedera. Jangan pecahkan apa-apa kesan melecur yang menggelembung. Jangan sapu losen, salap atau bahan lemak ke tempat yang cedera.

OUM

73

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

TOPIK 3

Selaran akibat bahan kimia merebak lebih perlahan tetapi prinsip pertolongan cemas adalah sama seperti terbakar akibat haba. Selaran akibat bahan kimia selalunya disebabkan oleh tumpahan asid dan alkali yang tidak terkawal terutama sekali ketika pemindahan dan penuangan bahan-bahan kimia ini. Tahap selaran bergantung kepada lebar dan dalamnya bahagian yang terbakar serta bahagian tubuh badan yang terlibat dan umur mangsa yang terlibat. Lebar bahagian yang terbakar adalah lebih penting daripada dalamnya kesan terbakar. Terbakar sebanyak 5% daripada bahagian badan adalah serius; 15% boleh dianggap sangat merbahaya dan boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan yang serius. Dalamnya kesan selaran dikategorikan kepada selaran di permukaan dan selaran dalaman. Selaran di permukaan melibatkan lapisan luar kulit; ia selalunya akan pulih lebih cepat walaupun agak sakit. Selaran dalaman melibatkan lapisan bawah kulit dan boleh merosakkan lemak dan otot di bawah kulit. Dalam kes yang serius, tulang juga boleh rosak. Selaran dalaman pulih sangat perlahan dan boleh mengakibatkan parut yang serius. Luka terbakar di muka dan tangan lebih serius daripada bahagian lain badan kerana ia melibatkan penampilan dan fungsi. Kanak-kanak dan orang tua akan mendapat kesan yang teruk akibat kesan kebakaran yang serius kerana faktor umur mereka yang menyebabkan kurang ketahanan diri (dari jangkitan) dan mudah terdedah kepada risiko kekurangan air.

Rajah 3.4: Peti pertolongan cemas khas untuk rawatan terbakar

(iv)

Kecederaan Elektrik Pengaliran arus elektrik ke dalam anggota badan mungkin menyebabkan mangsa pengsan, serta jantung dan nafas terhenti. Arus elektrik menyebabkan luka terbakar atau selaran pada anggota badan dikedua-dua tempat di mana ia memasuki badan dan meninggalkan badan untuk dibumikan. Arus ulang alik juga menyebabkan kekejangan otot yang pada lazimnya menghalang mangsa daripada melepaskan kabel elektrik. Jangan dekati mangsa sehingga anda diberitahu bahawa bekalan kuasa telah diputuskan. Jauhkan diri anda sekurang-kurangnya 18 meter dan pastikan orang ramai berada jauh dari mangsa.

74

OUM

TOPIK 3

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

Tindakan yang Perlu Diambil 1. 2. Telefon pusat perkhidmatan kecemasan dengan segera. Mungkin mangsa tidak sedarkan diri, periksa pernafasan dan nadi mangsa. Lakukan pemulihan pernafasan, jika perlu. Rawat sebarang luka terbakar dan lain-lain kecederaan yang berkaitan. Ambil langkah-langkah untuk mengurangkan kejutan.

3.

Uji Diri 1
Jawab soalan-soalan yang berikut: 1. 2. Senaraikan 3 punca kemalangan dalam kerja-kerja mekanikal. Nyatakan 3 punca kemalangan dalam kerja-kerja mekanikal yang disebabkan oleh kecuaian pekerja. Berikan 3 faktor kemalangan yang berlaku akibat poses kerja mekanikal. Nyatakan 3 langkah keselamatan yang boleh diambil bagi mencegah kemalangan mekanikal daripada berlaku. Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mencegah, mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik ialah perlindungan ________________________. Satu tindakan awal yang diambil bagi mengelakkan kebakaran atau mengawal kebakaran yang baru bermula daripada merebak kepada peringkat yang tidak boleh dikawal lagi dikenali sebagai pencegahan __________________. Beroperasi secara automatik dan akan aktifkan sistem amaran kebakaran apabila kesan sejumlah ___________________ yang berkepul naik memenuhi ruang bilik atau persekitaran. Tangga terlindung, koridor terlindung, pintu rintangan api, ruang akses menentang kebakaran dan lif bomba adalah untuk perlindungan ______________________.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

OUM

75

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

TOPIK 3

Uji Diri 2
Jawab soalan-soalan yang berikut: 1. Latihan keselamatan adalah _________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ___________________ peristiwa atau keadaan yang tidak dirancang atau dijangkakan. Senaraikan 5 langkah mencegah kemalangan. Nyatakan 5 faedah daripada latihan keselamatan. Senaraikan 3 keperluan latihan keselamatan.

2.

3. 4. 5.

Uji Diri 3
Jawab soalan-soalan yang berikut: 1. Nyatakan kaedah atau cara untuk mengelak daripada berlakunya kemalangan yang berkaitan dengan elektrik. Padankan dengan jawapan yang betul. Pemutus litar bocor ke bumi Beroperasi pada voltan melebihi 40 V di antara bumi dengan sebarang logam. Alat yang memutuskan litar dengan sendiri apabila berlaku lebihan arus dan boleh dihidupkan semula dengan menolak tangkai suis. Ia melindungi litar pendawaian dan pengguna daripada mendapat renjatan elektrik apabila pemasangan alat-alat elektrik mengalami litar bocor ke bumi.

2.

Pemutus litar

Fius

3. (a)

Tentukan samada setiap penyataan berikut benar atau salah. Pemeriksaan atau penyelenggaraan peralatan elektrik perlulah dilakukan secara berkala dan dilakukan oleh mereka yang mahir. ( )

76

OUM

TOPIK 3

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

(b)

Peralatan elektrik yang tidak dibumikan dengan sempurna masih selamat digunakan jika selalu dibuat pemantauan dan penyelenggaraan. ( ) Keselamatan alat dan perkakasan serta keselamatan bengel merangkumi persekitarannya menyumbang kepada pencegahan kemalangan yang berkaitan dengan elektrik. ( ) Kawasan persekitaran kerja yang lembap dan berair serta penggunaan peralatan elektrik di dalamnya boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan seperti renjatan elektrik. ( )

(c)

(d)

OUM

77

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

TOPIK 4

TOPIK 4

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN


Norizah Taib

PENGENALAN

Jika anda dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab menguruskan penerimaan barang, pastikan barang yang diterima mempunyai kuantiti yang betul dan mengikut spesifikasi, bermutu dan berkeadaan baik. Jika barang-barang itu memerlukan masa untuk diperiksa, pastikan anda menerima dengan membuat pernyataan berikut:

_________________________________________________
Diterima dengan syarat ianya disahkan kemudian secara dihitung, ditimbang atau di periksa

Satu sistem pengurusan stor yang cekap dan berkesan adalah perlu untuk menjamin perolehan, penyenggaraan dan pengawalan barang-barang kerajaan yang baik dan sempurna. Pengurusan stor adalah satu aspek pengurusan kewangan yang sangat penting seperti pengurusan-pengurusan lain. Stor merupakan wang kerajaan yang tersimpan di dalam bentuk barang-barang. Manakala stok pula boleh disifatkan sebagai wang atau modal kerajaan terikat. Setiap kementerian/jabatan kerajaan mempunyai stor yang berbeza dari segi saiz dan jenis barang yang disimpan. Bilangan stor kerajaan dibawah Kementerian Pelajaran pula adalah yang paling banyak dan dengan nilai yang paling besar. Memandangkan bilangan stor dan nilai stok yang besar ini, kepentingan pengurusan stor di KPM ini adalah merupakan sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.

78

OUM

TOPIK 4

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

OBJEKTIF
1. 2. 3. memahami prosedur penerimaan barang-barang dari pembekal; mengenalpastikan prosedur penyimpanan, kawalan stok dan inventori; membanding bezakan penggunaan borang-borang dalam pengususan harta modal, inventori dan stok bekalan peralatan pejabat; dan menganalisis carta aliran pelupusan harta kerajaan.

4.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

PEROLEHAN

PENYIMPANAN, KAWALAN STOK DAN INVENTORI

Prosedur Perolehan Pembelian

Merekod Penerimaan Barang

Verifikasi Stok

Pengiraan Stok

Pelupusan

Penyenggaraan

OUM

79

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

TOPIK 4

4.1

PROSEDUR PEROLEHAN

Melalui prosedur perolehan membolehkan sesebuah organisasi dapat berfungsi dengan sempurna melalui perancangan yang teliti dari aspek berikut: (i) (ii) pesanan kuantiti yang mencukupi anggaran seberapa tepat yang boleh dilakukan sebelum membuat pesanan

4.1.1

Penerimaan Barang-barang

Pegawai Stor atau Pegawai yang menerima barang-barang dari pembekal perlu memastikan barang-barang yang diterima mempunyai kuantiti yang betul dan mengikut spesifikasi, bermutu dan berkeadaan baik 4.1.1.1 (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Langkah-langkah Penerimaan

Semak nota atau bil serahan, nota bungkusan dan invois. Semak dan hitung kuantiti yang diterima. Memberi akuan terima hanya setelah dipastikan semua barang yang diterima adalah mengikut spesifikasi, dalam keadaan baik dan cukup kuantitinya. Lapor kepada pegawai atasan dengan serta-merta sekiranya ada barang-barang yang rosak dan kurang bermutu. Catat dalam baucer penerimaan bagi barang-barang yang dikembalikan kepada pembekal. Rekod dalam kad kawalan stok/kad petak/lejar/daftar stok bekalan pejabat dengan secepat mungkin.

4.1.2

Pembelian

Patuhi had nilai perolehan, kuasa dan tanggungjawab Lembaga Perolehan dan Jawatankuasa Sebut Harga (Surat Pek. Perb. Bil.2/99). (a) Pembelian Terus (i) Bekalan / Perkhidmatan x < RM10,000 mana-mana pembekal x RM10,000 RM50,000 pembekal bumiputra yang berdaftar Kerja x < RM20,000 pembekal yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan kelas F x > RM20,000 - <RM100,000 perolehan secara pusingan/undian/ sebutharga

(ii)

80

OUM

TOPIK 4

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

(b)

Sebutharga (i) Bekalan / Perkhidmatan x RM50,000 < RM100,000 Kerja x RM20,000 - < RM200,000 kontraktor berdaftar PKK x >RM20,000 - <RM200,000 kerja kecil, undian/pusingan kontraktor kelas F berdaftar dengan PKK

(ii)

(c)

Tender x perolehan >RM200,000 x Pengecualian peraturan perlu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu.

Aktiviti 4.1
Senaraikan tugas Pegawai Stor semasa penerimaan barang daripada pembekal?

4.2
4.2.1

PENYIMPANAN, KAWALAN STOK DAN INVENTORI


Merekod Penerimaan Barang-barang

Untuk tujuan pengurusan harta modal, inventori dan bekalan pejabat, empat borang baru telah diperkenalkan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.02/1991 yang berkuatkuasa mulai 01hb. Mei 1991. Borang-borang tersebut ialah: 1. 2. 3. 4. KEW 312, 312A KEW 313 KEW 314 KEW 315 Daftar Harta Modal Daftar Inventori Daftar Stok Bekalan Pejabat Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori

4.2.1.1 x x x

Daftar Harta Modal (KEW 312, 312A)

Harta Modal ialah barang-barang takluak yang bernilai RM 500.00 atau lebih setiap satu pada masa perolehan Daftar Harta Modal didalam bentuk kad diperkenalkan untuk merekod semua jenis harta modal yang diperolehi. Ia mengandungi dua bahagian Sistem kad ini diperkenalkan untuk memudahkan pengrekodan segala pembelian dan penyenggaraan didalam ruang yang disediakan dan memudahkan penyusunan rekod mengikut abjad. Dengan sistem ini memudahkan kerja-kerja pengawalan dan penyenggaraan.

OUM

81

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

TOPIK 4

x x x

Satu daftar hendaklah disimpan untuk merekod penggunaan borang ini. Borang KEW 312A merupakan sambungan daripada Borang KEW 312. Ia hanya digunakan selepas ruangan di KEW 312 (Bahagian B) telah habis digunakan. Butir-butir dalam rekod ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu: o KEW 312 (Bahagian A) (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) (l) (m) (n) (o) o Kategori Jenis Jenama dan Model Jenis dan No Enjin No. Casis/Siri Pembuat No. Siri Pendaftaran Kos dan Tarikh Beli/Terima No. Pesanan Kerajaan Pembekal No. Rujukan Fail Aksesori Tandatangan Penempatan/Pindahan Pemeriksaan Harta Modal Pelupusan

KEW 312 (Bahagian B) (a) (b) (c) (d) (e) (f) Tarikh Servis/Pembaikan Butir-butir Servis/Pembaikan No. Pesanan Kerajaan/No. Inden Tempat Pembelian/Servis/Pembaikan Kos Tandatangan

4.2.1.2 x

Daftar Inventori (KEW 313)

Inventori ialah barang-barang takluak yang bernilai kurang dari RM 500.00 setiap satu pada masa perolehan. Walau bagaimanapun, barang-barang seperti perabot, permaidani dan langsir serta pinggan mangkuk adalah termasuk di dalam kategori inventori tanpa kira kos. Daftar inventori diperkenalkan untuk merekodkan perolehan dan penempatan inventori. Daftar ini juga adalah dalam bentuk kad untuk memudahkan penyusunan dan juga semasa membuat rujukan. Kad-kad ini disusun mengikut jenis inventori dan abjad. Satu daftar hendaklah disimpan untuk merekodkan penggunaan borang ini.

82

OUM

TOPIK 4

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

Butir-butir yang perlu direkodkan di dalam bahagian ini adalah seperti: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) (l) (m) Kategori Jenis Bilangan Butiran Kuantiti No. Pesanan Kerajaan (L/O) Tarikh Beli Kos Seunit No. Siri Pendaftaran Lokasi Pelupusan Catatan Tandatangan Daftar Stok Bekalan Pejabat

4.2.1.3 x

Bekalan pejabat ialah semua barang luak, termasuk alatulis serta kelengkapan pejabat takluak yang rendah nilainya dan tidak ekonomik untuk dikesan penempatannya secara satu persatu. Daftar Stok Bekalan Pejabat diperkenalkan untuk merekodkan segala perolehan bekalan pejabat-pejabat. Daftar ini adalah dalam bentuk buku. Butir-butir direkodkan di dalam daftar ini adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Jenis Unit Pengukuran Bilangan No. Pesanan Diterima Daripada/Dikeluarkan Kepada Tarikh Kuantiti Terimaan Baki Penerima

x x

4.2.1.4 x

Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW 315)

Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori bertujuan untuk merekod pergerakan sebarang harta modal atau inventori. Pergerakan yang dimaksudkan adalah pindahan melalui pinjaman atau penempatan sementara. Daftar Pergerakan Harta Modal adalah dalam bentuk buku Butir-butir yang perlu direkodkan di dalam bahagian ini adalah seperti: (a) (b) (c) (d) Jenis Jenama No Siri Pembuat No Siri Pendaftaran

x x

OUM

83

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

TOPIK 4

(e) (f) (g) (h) (i) (j) (k)

Bilangan Nama Peminjam Tarikh dikeluarkan Tarikh Jangka Dipulangkan Tandatangan Peminjam Pegawai Pemngeluar Catatan

4.2.2

Nombor Siri Pendaftaran

Semua alat kekal/mesin yang dibekalkan perlu diberi Nombor Kad dan direkodkan dalam kad yang berkenaan. Setiap kod yang diberi mestilah ringkas dan mampu memberikan maklumat penting supaya ianya dapat dikesan dengan mudah, cepat dan tepat. Sebelum kita mencatatkan Nombor Kod pada alat/mesin, terlebih dahulu kita mestilah membuat susunatur blok bangunan yang sedia ada begitu juga dengan bahagian bilik yang dikenalpasti untuk diletakkan peralatan tersebut. Selepas itu kita harus menentukan kod bagi setiap bangunan mahupun setiap bilik yang ada. Harus diingat kod yang dicatat hendaklah ringkas dan berlainan bagi setiap blok dan bilik.

Contoh 1 Kod Pada Bangunan

T1

T2

B 01 02 03 A Petunjuk: A, B, C dan D 01, 02, 03, 04, 05 T1 & T2 Blok Bangunan Bilik Bangunan Bertingkat 04 05

84

OUM

TOPIK 4

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

Contoh 2 Kod Asas Dalam Nombor Siri Pendaftaran Untuk Kegunaan Daftar Harta Modal/Inventori

IPTHO/A01/312-13/1
atau

IPTHO/A01/312-13/1
Keterangan Kod: IPTHO Nama ringkas bagi setiap institusi atau sekolah. Contoh di atas adalah bagi Institut Perguruan Tun Hussein Onn Nombor bilik, bengkel, pejabat, stor atau sebagainya tempat alat/mesin ditempatkan Alat/mesin didaftarkan dalam Kad Harta Modal KEW 312/ Kad Inventori KEW 313 Muka surat dimana alat/mesin dicatat dalam Kad Harta Modal/Kad Inventori Bilangan alat/mesin tersebut. Jika hanya terdapat satu sahaja alat/mesin maka bilangan yang perlu dicatatkan ialah 1. Jika lebih, catatkan 1 pada alat/mesin pertama, 2 pada alat atau mesin kedua dan seterusnya.

A01

312

13 1

Contoh 3 Kod Asas Dalam Nombor Siri Pendaftaran Untuk Kegunaan Daftar Harta Modal/Inventori bagi institusi yang besar dan banyak menerima peralatan yang sama jenis.

IPTHO/A01(A) /312-13/1
Keterangan Kod: IPTHO Nama ringkas bagi setiap institusi atau sekolah. Contoh di atas adalah bagi Institut Perguruan Tun Hussein Onn. Nombor bilik, bengkel, pejabat, stor atau sebagainya tempat alat/mesin ditempatkan. Kedudukan alat/mesin di dalam almari atau kabinet bilik tertentu. Alat/mesin didaftarkan dalam Kad Harta Modal KEW 312/ Kad Inventori KEW 313.

A01

A 312

OUM

85

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

TOPIK 4

13 1

Muka surat dimana alat/mesin dicatat dalam Kad Harta Modal/Kad Inventori. Bilangan alat/mesin tersebut. Jika hanya terdapat satu sahaja alat/mesin maka bilangan yang perlu dicatatkan ialah 1. Jika lebih, catatkan 1 pada alat/mesin pertama, 2 pada alat atau mesin kedua dan seterusnya.

4.2.3
4.2.3.1

Verifikasi Stok
Perlantikan Pemverifikasi Stok

Pegawai Pengawal hendaklah mempastikan bahawa rancangan verifikasi stok fisikal adalah mencukupi. Beliau hendaklah memilih pegawai-pegawai yang sesuai bukan bekerja dalam organisasi stor atau terlibat dengan urusan penerimaan. Tugas-tugas Pemverifikasi Stok 1. Membuat lawatan secara mengejut berasaskan kepada rancangan verifikasi stok fisikal yang disediakan. Kenyataan bertulis berikut hendaklah diletak diatas kotak, tindanan atau rak-rak yang sedang diperiksa. Tiada penerimaan atau keluaran boleh dilakukan tanpa izin pemverifikasi stok 2. Mengira stok dan mencatat baki fisikal barang-barang dihadapan Penyelenggara Stor dan kemudiannya membanding angka-angka mereka dengan kad lejar atau kad kawalan stok. Jika perbandingan angka-angka itu didapati sama, kad lejar atau kad kawalan stok hendaklah ditandatangani dan ditarikhkan. Menyediakan Laporan Pemeriksaan (Laporan Verifikasi Stok KEW 300-S) dan diserahkan kepada Pegawai Pengawal. Pertimbangan Pegawai Pengawal ke atas Laporan Verifikasi Stok

3.

4.

4.2.3.2

Pegawai Pengawal hendaklah memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada syor-syor dalam Laporan Verifikasi Stok dan mengambil tindakan yang sesuai termasuk pelupusan dan hapuskira, tertakluk kepada panduan 228, berkenaan dengan barang-barang rosak/susut oleh sebab-sebab berikut: (i) (ii) (iii) (iv) Kesesusutan sebab dipotong, ditimbang, dibancuh, kecut, bocor, sejat dan kemerusutan yang tidak dapat dielakkan; Kerugian kerana kerosakan barang yang tidak disengajakan atau tidak dapat dielakkan; Pecah atau rosak dalam perjalanan; Kekurangan yang didapati diimbangkan dengan lebihan dalam kategori-kategori kecil lain yang sejenis dengannya; misalnya kekurangan 3 pasang kasut saiz 3 diimbang dengan lebihan 3 pasang kasut saiz 5.

86

OUM

TOPIK 4

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

Lain-lain hapuskira, misalnya disebabkan oleh penipuan, kecurian, kecuaian dan sebagainya, hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi barangbarang persekutuan, atau Pegawai Kewangan Negeri bagi barang-barang Negeri.

4.2.3.3

Pengkelasan Barang-barang

Pegawai pengawal adalah dikehendaki mengkelaskan semua barang-barang kepada tiga peringkat: (a) (b) (c) Tidak menarik diverifikasikan tiap-tiap dua tahun sekali; Menarik diverifikasikan dua tahun sekali Sangat menarik diverifikasikan tidak kurang dari dua kali setahun Perakuan Pegawai Pengawal ke Atas Verifikasi Stok

4.2.3.4

Pegawai pengawal hendaklah membuat perakuan (KEW 300-T) tiap-tiap 3 bulan sekali, dengan mengesahkan bahawa barang-barang dibawahnya telah diverifikasikan menurut lat-masa yang dikehendaki oleh Panduan 198. Jika verifikasi itu menunjukkan perbezaan, laporan KEW 300-U1 hendaklah disertakan bersama perakuan diatas. Setelah mendapat keputusan daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri, Pegawai pengawal dikehendaki mengambil tindakan seterusnya seperti keputusan yang diterima. 4.2.3.5 Syor Mengenai Barang-barang yang Tidak Boleh Digunakan, Lebihan dan Lain-lain

Pemverifikasi stok boleh mengesyorkan supaya barang-barang atau lain-lain harta benda Kerajaan yang tidak boleh digunakan, lebihan, usang atau lain-lain sebab, dikemukakan kepada Lembaga Pemeriksa untuk tindakan selanjutnya.

4.2.4

Pengiraan Stok

4.2.4.1

Tanggungjawan Pegawai Penjaga Stor

Tanggungjawab pengurusan stor bukan sahaja terletak di atas bahu penyelenggara stor tetapi juga oleh Ketua Jabatan/Bahagian dan Pengetua/Guru Besar. Manakala, pegawaipegawai yang diberi kuasa adalah diperlukan bagi menjamin barang-barang stor dan stor sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.

OUM

87

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

TOPIK 4

4.2.4.2

Rancangan Pusingan Pengiraan Stok

Semua stor hendaklah melaksanakan satu rancangan pusingan pengiraan stok yang formal yang dijalankan terus menerus sepanjang tahun dan rancangan tersebut hendaklah menentukan bahawa barang-barang itu diperiksa secara fisikal sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Pegawai Stor hendaklah memeriksa sebilangan barang-barang dalam seminggu. Pusingan pengiraan hendaklah direkodkan dan tindakan seperti di Panduan 206 hendaklah diambil bagi barang-barang yang tidak seimbang dengan rekod. Ketua Jabatan hendaklah memastikan yang rancanga pusingan pengiraan stok dilaksanakan dengan licin. Pegawai Stor yang menjalankan pusingan pengiraan stok hendaklah menyenaraikan barang-barang yang telah dikira. Tarikh barang-barang itu dikira dan hasil pengiraan tersebut hendaklah dicatatkan dalam senarai itu. 4.2.4.3 Lebihan dan Kekurangan

Apabila barang-barang didapati berlebihan atau berkurangan semasa memverifikasi stok atau semasa mengira stok, kad lejar atau kad kawalan stok mestilah diselaraskan serta merta supaya bersesuaian dengan stok fizikal dan satu Penyata Perselisihan Stok (KEW 300-K) hendaklah disediakan.

4.2.5

Pelupusan Barang-barang

Tindakan pelupusan haruslah diambil bagi barang-barang kerajaan yang didapati kondem dan surplus. Barang-barang yang diambil kira dalam tindakan pelupusan: x x x rosak reput pecah

Permohonan pelupusan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya sekali setahun dan tidak lewat daripada 31hb. Januari, tahun berkenaan. Sekiranya terdapat banyak barang yang perlu dilupuskan, maka permohonan pelupusan boleh dibuat dari masa ke semasa.

4.2.5.1

Syarat Pelupusan

Tindakan yang perlu diambil adalah berdasarkan nilai asal barang-barang yang hendak dilupus itu, iaitu: x Bagi barang-barang yang bernilai tidak melebihi RM100.00 bagi setiap satu barang dan tidak melebihi RM5000.00 keseluruhannya, Kuasa meluluskan pelupusan adalah dibawah Pegawai Pengawal Jabatan Pendidikan Teknikal atau Jabatan Pendidikan Negeri.

88

OUM

TOPIK 4

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

Rujukan: Warta Kerajaan P.U (B) 116 (2) bertarikh 23 Kementerian Pendidikan KP.1589/1/Am(250) bertarikh 24 Ogos 1995 x

Mac

1995

Bagi barang-barang bernilai tidak melebihi RM10,000.00 bagi setiap satu barang atau RM300,000.00 keseluruhan, Kuasa meluluskan Pelupusan adalah dibawah Pegawai Pengawal Kementerian Pendidikan atau Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi barang-barang bernilai melebihi RM10,000.00 bagi setiap barang atau RM300,000.00 keseluruhan, Kuasa meluluskan Pelupusan adalah terletak dibawah bidang Kuasa Perbendaharaan Malaysia.

4.2.5.2 (a)

Prosedur Pelupusan

Bagi barang-barang yang bernilai tidak melebihi RM100.00 bagi setiap satu barang dan tidak melebihi RM5000.00 keseluruhannya (i) (ii) (iii) Pengetua hendaklah melantik 2 orang Pegawai Pemeriksa yang tiada kaitan dengan pembelian dan pengurusan barang-barang tersebut. Pegawai Pemeriksa membuat pemeriksaan dan membuat laporan dalam borang Kew 300V. Pengetua menyemak laporan Pegawai Pemeriksa dan mengesahkan syor Pegawai Pemeriksa. Laporan dalam borang Kew 300V hendaklah disertakan 5 salinan bersama-sama dengan permohonan perlupusan kepada Jabatan Pendidikan Negeri atau Jabatan Pendidikan Teknikal Setelah menerima kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri atau Jabatan Pendidikan Teknikal, pengetua hendaklah membuat Pelupusan mengikut cara yang diluluskan dalam tempoh 3 bulan dengan disaksikan oleh Pegawai Pemeriksa. Setelah pelupusan dijalankan, satu laporan lengkap dalam format Kew 300 X hendaklah dihantar kepada: x x x x (ix) Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia Perbendaharaan Malaysia (Bahagian Pengurusan Kontrak dan Bekalan) Ketua Audit Negara atau wakil tempatannya; dan Pejabat Audit Sekolah tempatan

(iv)

(v)

Sekiranya barang-barang tersebut dihadiahkan, satu surat pengesahan penerimaan dari penerima barang-barang tersebut hendaklah dilampirkan bersama-sama laporan diatas. Jika barang-barang tadi dilupuskan dengan cara dijual, semua hasil hendaklah dikreditkan terus dalam kumpulan wang Persekutuan disatukan dan satu salinan penyata pemungut hendaklah dilampirkan dalam laporan bahagian (v) di atas.

(x)

OUM

89

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

TOPIK 4

Carta Aliran Proses Pelupusan bagi Barang-barang yang Bernilai Tidak Melebihi RM100.00 bagi Setiap Satu Barang dan Tidak Melebihi RM5000.00 Keseluruhannya Semasa Perolehan.

90

OUM

TOPIK 4

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

(b)

Bagi barang-barang bernilai tidak melebihi RM10,000.00 bagi setiap satu barang atau RM300,000.00 keseluruhan (i) (ii) (iii) Pengetua hendaklah melantik 2 orang Pegawai Pemeriksa yang tiada kaitan dengan pembelian dan pengurusan barang-barang tersebut. Pegawai Pemeriksa membuat pemeriksaan dan membuat laporan dalam borang Kew 300V. Pengetua menyemak laporan Pegawai Pemeriksa dan mengesahkan syor Pegawai Pemeriksa. Laporan dalam borang Kew 300V hendaklah disertakan 5 salinan bersama-sama dengan permohonan perlupusan kepada Jabatan Pendidikan Negeri atau Jabatan Pendidikan Teknikal. Jabatan Pendidikan Negeri atau Jabatan Pendidikan Teknikal menyemak permohonan dan mengemukakan kepada Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia setelah menimbangkan dan berpuashati, akan mengemukakan kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk kelulusan. Berikutnya, kelulusan itu akan dihantar 3 salinan ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Jabatan Pendidikan Teknikal, dimana 2 salinan hendaklah dihantar ke Pengetua oleh Jabatan Pendidikan Negeri atau Jabatan Pendidikan Teknikal.

(iv)

(v)

(vi)

(vii) Pengetua hendaklah membuat Pelupusan mengikut cara yang diluluskan oleh Ketua Setiausaha dalam tempoh 3 bulan dengan disaksikan oleh Pegawai Pemeriksa. (viii) Setelah pelupusan dijalankan, satu laporan lengkap dalam format Kew 300 X hendaklah dihantar kepada: x x x x (xi) Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia Perbendaharaan Malaysia (Bahagian Pengurusan Kontrak dan Bekalan) Ketua Audit Negara atau wakil tempatannya; dan Pejabat Audit Sekolah tempatan

Sekiranya barang-barang tersebut dihadiahkan, satu surat pengesahan penerimaan dari penerima barang-barang tersebut hendaklah dilampirkan bersama-sama laporan diatas.

(xii) Jika barang-barang tadi dilupuskan dengan cara dijual, semua hasil hendaklah dikreditkan terus dalam kumpulan wang Persekutuan disatukan dan satu salinan penyata pemungut hendaklah dilampirkan dalam laporan bahagian (v) di atas.

OUM

91

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

TOPIK 4

Carta Aliran Proses Pelupusan Barang-barang Bernilai Tidak Melebihi RM10,000.00 bagi Setiap Satu Barang atau RM300,000.00 Keseluruhan Semasa Perolehan.

92

OUM

TOPIK 4

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

(c)

Bagi barang-barang bernilai melebihi RM10,000.00 bagi setiap barang atau tidak melebihi RM300,000.00 keseluruhan. (i) Pengetua hendaklah mencadangkan 2 orang Lembaga Pemeriksa yang tiada kaitan dengan pembelian dan pengurusan barang-barang tersebut kepada Pegawai Pengawal atau Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. Seorang dari ahli lembaga itu mestilah terdiri pegawai yang berkelayakan yang sesuai untuk memeriksa dan membuat laporan ke atas mesin atau kenderaan yang hendak dilupus. Setelah dilantik oleh Pegawai Pengawal atau Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Lembaga Pemeriksa membuat pemeriksaan dan membuat laporan dalam borang Kew 300V. Lembaga Pemeriksa hendaklah menyediakan 5 salinan Laporan dalam borang Kew 300V untuk dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Jabatan Pendidikan Teknikal bersama borang TED (Tidak Ekonomik Dibaiki). Jabatan Pendidikan Negeri atau Jabatan Pendidikan Teknikal menyemak permohonan dan mengemukakan kepada Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia setelah menyemak akan mengemukakan kepada Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia untuk kelulusan. Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia setelah menyemak dan berpuashati, akan mengemukakan kepada Ketua Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia untuk kelulusan.

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

(vii) Berikutnya, kelulusan itu akan dihantar 4 salinan ke Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 3 salinan hendaklah dihantar kepada oleh Jabatan Pendidikan Negeri atau Jabatan Pendidikan Teknikal untuk tindakan pelupusan. (viii) Pengetua hendaklah membuat Pelupusan mengikut cara yang diluluskan oleh Ketua Setiausaha dalam tempoh 3 bulan dengan disaksikan oleh Pegawai Pemeriksa. (ix) Setelah pelupusan dijalankan, satu laporan lengkap dalam format Kew 300 X hendaklah dihantar kepada: x x x x (x) Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia Perbendaharaan Malaysia (Bahagian Pengurusan Kontrak dan Bekalan) Ketua Audit Negara atau wakil tempatannya; dan Pejabat Audit Sekolah tempatan

Sekiranya barang-barang tersebut dihadiahkan, satu surat pengesahan penerimaan dari penerima barang-barang tersebut hendaklah dilampirkan bersama-sama laporan diatas. Jika barang-barang tadi dilupuskan dengan cara dijual, semua hasil hendaklah dikreditkan terus dalam kumpulan wang Persekutuan disatukan dan satu salinan penyata pemungut hendaklah dilampirkan dalam laporan bahagian (v) di atas.

(xi)

OUM

93

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

TOPIK 4

Carta Aliran Proses Pelupusan Barang-barang Bernilai Melebihi RM10,000.00 bagi Setiap Barang atau RM300,000.00 Keseluruhan Semasa Perolehan

94

OUM

TOPIK 4

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

4.2.5.3

Cara Pelupusan Barang-barang

Lembaga Pemeriksa atau Pemverifikasi Stok boleh mngesyorkan supaya barang-barang atau harta benda Kerajaan yang tidak boleh digunakan atau lebihan dengan cara berikut: (i) (ii) (iii) (iv) jualan lelong jualan melalui tender secara tukar beli pindahan Penyenggaraan

4.2.5.4.1

Semua mesin hendaklah diselenggara dan dibaiki oleh pembekal atau melalui satu perjanjian penyenggaraan tahunan atau kontrak pusat, jika ada.

Aktiviti 4.2
Fikirkan satu jenis barang yang hendak dilupuskan. Sediakan satu prosedur pelupusan barang itu.

RUMUSAN
Semu harta Kerajaan hendaklah dikendalikan mengikut sistem yang telah ditetapkan. Semasa penerimaan barang-barang tersebut terdapat prosedur yang perlu dipatuhi. Begitu juga setelah menerima, perlulah direkodkan mengikut borang-borang yang telah ditetapkan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.02/1991 yang berkuatkuasa mulai 01hb. Mei 1991. Borang-borang tersebut ialah KEW 312, 312A (Daftar Harta Modal), KEW 313 (Daftar Inventori), KEW 314 (Daftar Stok Bekalan Pejabat) dan KEW 315 (Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori). Pengiraan stok perlu dilakukan mengikut jadual dan diverifikasi. Jika terdapat barang-barang yang perlu dilupuskan, perlulah mengikut prosedur-prosedur tertentu.

OUM

95

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

TOPIK 4

GLOSARI
Barang-barang Takluak Barang-barang yang mana bila digunakan masih dalam bentuk asalnya. Barang-barang takluak yang bernilai RM 500.00 atau lebih setiap satu pada masa perolehan. Semua barang-barang tak luak yang diperolehi atau diterima dari sesuatu punca untuk kegunaan. Barang-barang seperti alat kelengkapan loji, perabut pejabat, studio, makmal dan woksyop adalah termasuk dalam ketegori ini. Istilah ini juga digunakan bagi barang-barang yang disimpan di dalam stor atau telah masukkira untuk kegunaan. Tatacara pengeluaran stok yang mengkehendaki penerimaan yang terdahulu dikeluarkan/digunakan terlebih dahulu dari stok yang diterima kemudian, penentuan kos barang-barang juga diasaskan kepada sistem ini. Pengiraan kesemua stok dengan beransur-ansur di sepanjang tahun, kekerapan pengiraan satu-satu butiran bergantung kepada pengklasan butiran. Semakan rambang yang dijalankan di dalam sesuatu stor ke atas stok yang tersimpan untuk mempastikan samada kuantiti yang ada adalah sama seperti yang ditunjukkan dalam rekod.

Harta Modal

Inventori

Masuk-Dahulu-KeluarDahulu (MDKD)

Pusingan Pengiraan Stok

Semakan Rawak

96

OUM

TOPIK 4

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN DAN BAHAN

UJIAN 1
1. Terangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa penerimaan barangbarang dari pembekal atau Stor Pusat. Nyatakan borang-borang yang digunakan untuk pengurusan harta modal, inventori dan alat pejabat.

2.

UJIAN 2
1. Apakah yang perlu dibuat sekiranya sewaktu verifikasi stok didapati terdapat lebihan barang-barang berbanding dengan rekod dan siapa yang perlu bertindak? Terangkan apakah prosedur pelupusan bagi barang yang bernilai tidak melebihi RM100.00 bagi setiap satu barang dan tidak melebihi RM5000.00 keseluruhannya.

2.

OUM

97

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

TOPIK 5

TOPIK 5

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR


Norizah Taib dan Zanariah Mahyun

PENGENALAN

Sumber: Intell Teach to the Future Program

Gambar-gambar di atas menunjukkan murid-murid begitu gembira, berminat, bermotivasi dan tekun dalam pembelajaran. Apakah pendekatan yang harus anda pilih untuk memastikan murid-murid anda juga begitu?

98

OUM

TOPIK 5

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. memahami konsep pendekatan kontruktivisme, konstekstual dan pembelajaran berasaskan projek; membanding bezakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek; dan Kontruktivisme, Konstekstual dan

2.

3.

mengaplikasi pendekatan Kontruktivisme, Konstekstual dan Pembelajaran Berasaskan Projek dalam pengajaran dan pembelajaran.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

OUM

99

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

TOPIK 5

5.1
5.1.1

PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME
Definisi

Konstruktivisme boleh diertikan sebagai kedudukan psikologi yang berpegang kepada sebarang kebenaran yang kebanyakannya terjadi serta merta dan konkrit. Ini bermakna bahawa ilmu pengetahuan dibina oleh individu-individu melalui pengamatan kepada fenomena alam. Watzlawick (1984), mentakrifkan konstruktivisme sebagai kedudukan psikologikal yang percaya apa saja kebenaran adalah paling serta merta dan makna yang konkrit; pembinaan mental yang percaya mereka sudah menemui dan menyiasat. Dengan lain perkataan, dapatan adalah rekaan di mana pereka tidak sedar tentang rekaannya dan beranggapan sesuatu wujud bersendirian daripadanya, rekaan itu kemudian menjadi asas pandangan sejagat dan tindakan.

5.1.2

Konsep Pendekatan Konstruktivisme

Konstrukitvisme memberi penekanan kepada proses pelajar membina pengetahuan melalui proses psikologi yang aktif. Ilmu pengetahuan dibina ke dalam struktur kognitif kanak-kanak tersebut hasil pengalaman mereka dengan alam. Struktur pengetahuan ini kadang-kadang menjadi penghalang yang kuat kepada pembelajaran dan perubahan konseptual murid-murid. Dari perspektif konstruktivis, pembelajaran bermakna pengetahuan dibina di dalam diri pelajar hasil daripada pengalaman pancainderanya dengan alam. Murid-murid akan bertindak kepada pengalaman-pengalaman pancaindera dengan cara membina di dalam minda mereka skema atau struktur kognitif yang mana akan membentuk makna dan kefahaman mereka. Individu-individu akan memberi makna kepada situasi atau fenomena dan mengakibatkan pembentukan proses yang mengambil tempat dalam minda individu tersebut. Ahli pendidikan masa kini mempercayai dan berkeyakinan bahawa murid-murid yang datang ke dalam suasana pembelajaran membawa bersama mereka segala pengalaman terdahulu yang disusun ke dalam skemata atau teori-teori kecil (Claxton, 1990). Pengalaman terdahulu ini dimiliki oleh murid-murid hasil dari interaksi mereka dengan alam sekeliling. Pengalaman-pengalaman ini terdiri daripada campuran pemikiran, perasaan dan kemahiran yang mungkin menjadi penghalang kepada pengalaman pembelajaran yang bakal mereka lalui. Pengalaman pembelajaran bermula dengan pertembungan perkara baru di mana muridmurid menterjemah dan memberi erti kepada apa yang telah wujud dalam struktur kognitif mereka. Pengalaman pembelajaran mereka di bilik darjah akan mempengaruhi skemata struktur kognitif pelajar yang digunakan untuk menterjemahkan pengalaman bagi membina makna kepada pengalaman tersebut (Osborne & Wittrock, 1983). Dengan lain perkataan, murid-murid perlu menstruktur semula idea mereka supaya sesuai dan selari dengan fakta dan dapatan yang sebenarnya .

100

OUM

TOPIK 5

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

Penstrukturan semula idea adalah satu peringkat yang mesti dilakukan oleh setiap pelajar untuk mengasingkan atau mengukuhkan pengalaman lalu dengan pengalaman sekarang. Pengalaman lalu yang berbeza dengan fakta dan teori sebenar perlu ditinggalkan manakala pengalaman lalu yang betul seperti fakta dan teori sebenar wajar dikukuhkan dengan pengalaman baru murid. Ini kerana salah satu daripada matlamat utama pendidikan ialah untuk membantu pelajar membina skemata baru yang bertenaga berhubung dengan dunia nyata. Sesuatu ilmu yang hendak disampaikan tidak mungkin dapat disampaikan oleh seseorang kepada seseorang yang lain dalam bentuk yang sempurna. Setiap individu akan membina ilmu pengetahuannya sendiri melalui pengalaman yang dilalui dan dialaminya. Kita tidak boleh belajar untuk orang lain, begitulah juga guru tidak boleh belajar bagi pihak muridnya. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea, dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Seseorang guru perlulah mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada pelajar iaitu pengalaman yang sedia ada untuk membantu mereka membina konsep atau pengetahuan baru. Apabila maklumat dan idea baru dapat disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian dari pegangan mereka, maka satu kerangka baru tentang sesuatu ilmu itu akan dapat dibina. Proses inilah yang dikatakan sebagai proses konstruktivisme. Perspektif Konstruktivisme akan mengubah kaedah pengajaran guru yang biasa kepada kaedah yang menumpu kepada kejayaan murid membina dan menyusun skema pengkonsepan berdasarkan pengalaman yang aktif dari kacamata murid itu sendiri.

5.1.3

Premis Pendekatan Konstruktivisme

Dua corak pemikiran utama dalam konstuktivisme ialah konstruktivisme peribadi dan konstruktivisme sosial. Konstruktivisme peribadi melibatkan seorang individu yang membina konstruktivisme itu sendiri iaitu memproses struktur kognitif dan ingatan (teoris utama dalam kategori ini ialah Von Glaserfeld dan Piaget). Konstruktivisme sosial pula melibatkan kumpulan yang membina proses tersebut. (Teoris utama dalam kategori ini ialah Vygotsky dan Bandura).

OUM

101

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

TOPIK 5

Teori lain: Jean Piaget Max Wertheimer Lev Vygotsky Jerome Bruner Albert Bandura Ernst Von Glaserfeld J Lave J Bransford C Rogers John Dewey R Spiro C Reigeluth T Sticht Membangunkan skemata, akomodasi dan asimilasi, 4 tahap perkembangan intelektual dan pemuliharaan. Psikologi Gestalt, menekankan pandangan dalaman, hukum terdekat dan pengakhiran (proximity & closure). Pembangunan sosial. Teori Konstruktivisme. Teori pembelajaran sosial, peniruan, pemodelan, efikasi kendiri. Konstruktivisme radikal. Pembelajaran situasi. Pembelajaran berteraju (anchored learning). Pembelajaran ekperiensial (berasas pengalaman). Pembelajaran berasaskan keputusan ketidakseimbangan (a result of disequilibrium). Teori Kebolehlenturan kognitif. Teori huraian (Elaboration). Konteks Fungsian.

5.1.4 Konstruktivisme Dalam KHSR


Hasrat yang hendak dicapai dalam KBSR dinyatakan secara jelas dalam Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah yang berbunyi: Murid-murid di peringkat sekolah rendah harus mendapat kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman secara langsung. Pengalaman ini meliputi aspek intelek, rohani dan jasmani. Pengalaman yang patut dilalui oleh murid hendaklah sesuai dan relevan dengan matlamat yang hendak dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang menarik. Perkara penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah penglibatan setiap murid yang aktif (KPM, 1981).

102

OUM

TOPIK 5

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

Daripada penyataan di atas, pengajaran dan pembelajaran hendaklah berlaku melalui penglibatan murid-murid secara aktif dengan melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik. Ini menunjukan bahawa proses pendidikan peringkat rendah menekankan kepada membina kemahiran dan menggunakannya. Dalam mata pelajaran KHSR, murid-murid mesti menguasai dua kemahiran iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Kemahiran-kemahiran ini akan dapat dikuasai oleh murid-murid melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran secara hands-on dan minds-on. Pengalaman sedia ada murid digunakan untuk murid-murid mempelajari dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru. Murid-murid tidak lagi dianggap sebagai bekas kosong yang perlu diisi tetapi adalah individu-individu yang mempunyai kefahaman dan konsepnya sendiri mengenai alam dan fenomena-fenomenanya. Oleh itu, suasana pembelajaran bilik darjah semestinya menyediakan ruang untuk murid-murid menguji, menganalisis, menghipotesis dan menstruktur semula idea mereka dengan fakta sebenar. Pembelajaran dalam KHSR dicapai melalui pengalaman praktikal dan mencari penerangan mengenainya. Murid-murid belajar secara pembinaan sendiri ilmu pengetahuan melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disediakan oleh guru mereka. Mereka akan menggunakan pengalaman sedia ada mereka untuk membina pengalaman dan pengetahuan baru. Perspektif konstruktivisme menjadi suatu paradigma yang dominan dalam bidang psikologi kognitif. Menurut Wittrock (1985), dalam dekad ini terjadi anjakan kepada pengkaji pembelajaran manusia daripada mengkaji aspek-aspek luaran kepada aspek-aspek dalaman. Mereka lebih berminat untuk mengkaji aspek-aspek dalaman diri murid-murid seperti pengetahuan sedia ada, muatan ingatan, motivasi dan kognitif mereka.

5.1.4.1

Ciri-ciri Bilik Darjah

Keberkesanan pembelajaran dalam bilik darjah banyak bergantung kepada amalan pengajaran guru. Oleh itu, supaya pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya, amalan pembelajaran guru-guru dalam bilik darjah perlu berorientasikan kepada pembelajaran melalui pengalaman sedia ada murid berasaskan kepada aktiviti yang menyeronokan. Guru-guru yang mengamalkan pembelajaran konstruktivisme dalam pengajaran mereka mempunyai ciri-ciri tertentu. Menurut Ken Appleton dan Hilary Asoko (1996), guru-guru yang mengamalkan pembelajaran secara konstruktivisme mempunyai bilik darjah yang mengandungi kriteriakriteria seperti berikut: 1. Guru tersebut mempunyai kesedaran bahawa murid-murid yang datang ke situasi pembelajaran membawa bersama idea terdahulu yang mereka miliki dan mereka mencuba untuk mengeluarkan idea tersebut. Semasa mengajar guru-guru mempunyai matlamat konseptual yang jelas untuk murid-murid dan mempunyai kefahaman bagaimana mereka mesti bergerak ke arah mencapainya.

2.

OUM

103

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

TOPIK 5

3.

Guru juga menggunakan strategi-strategi pengajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada murid-murid atau memperkembangkan idea awal mereka dan menyediakan cara supaya idea baru senang diterima oleh mereka. Menyediakan peluang kepada murid-murid untuk menggunakan dengan sebaikbaiknya idea baru yang mereka perolehi. Guru juga menyediakan suasana bilik darjah yang menggalakkan murid-murid mengeluarkan pendapat dan membincangkan idea mereka. Aplikasi Konstuktivisme dalam KHSR

4.

5.

5.1.4.2

Teori Konstruktivisme amat sesuai diaplikasikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Model pengajaran konstruktivisme 5 fasa yang telah dicadangkan dalam Childrens Learning in Science Project (Needham, 1987) juga sesuai digunakan. Model Konsruktivisme 5 fasa Needham: Bil 1 Orientasi Fasa Tujuan/Kegunaan Menimbulkan minat dan menyediakan suasana. Kaedah Amali dan penyelesaian masalah sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan video dan keratan akhbar. Amali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan.

Pencetusan Idea

Supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu.

Penstrukturan Semula i) Penjelasan dan Pertukaran ii) Pendedahan kepada situasi konflik Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik. Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik.

Perbincangan dalam kumpulan kecil dan buat laporan Perbincangan, pembacaan, input guru. Amali, kerja projek, eksperimen, tunjuk cara guru

104

OUM

TOPIK 5

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

iii) Pembinaan idea baru

Mengenal pasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiri. Menguji kesahan idea-idea sedia ada. Pengubahsuaian, pengembangan atau penukaran idea Menguji kesahan untuk ideaidea baru yang dibina.

iv) Penilaian

Penggunaan idea

Pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa. Menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah.

Penulisan sendiri kerja projek.

Renungan kembali

Penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan lainlain.

Cuba anda bayangkan, sebagai seorang guru KHSR, anda sedang mengajar topik Penyambungan Bahan. Bagaimana anda memperkenalkan topik ini dan menyampaikan kandungannya? Mengikut pendekatan konstruktivisme, sesuatu pembelajaran perlu dikaitkan dengan pengalaman sedia ada murid. Anda mungkin boleh memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan memberi murid-murid contoh bahan (kayu, fabrik, kertas). Berdasarkan bahan yang diberi anda boleh meminta mereka berbincang dalam kumpulan bagaimanakah bahan-bahan tadi boleh disambungkan. Kemungkinan-kemungkinan jawapan murid-murid ialah: Jenis bahan: Fabrik Cara penyambungan: 1. Jahitan 2. Gam 3. Staple 4. Pin 5. Zip 6. Valcro Berdasarkan jawapan murid, anda perlu membetulkan bagi fakta-fakta yang salah dan meneguhkan bagi fakta-fakta yang benar. Anda perlu menerangkan tujuan fabrik disambung ialah untuk menghasilkan sehelai pakaian.

OUM

105

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

TOPIK 5

Fakta-fakta yang Betul Jenis bahan: Fabrik Cara penyambungan: 1. Jahitan 2. Zip 3. Valcro Fakta-fakta yang Salah Jenis bahan: Fabrik Cara penyambungan: 1. Gam 2. Pin 3. Staple Situasi di atas membolehkan pelajar mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada dan membina sendiri ilmu pengetahuan baru melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh guru. 5.1.4.3 Adakah Anda Telah Mempraktikkan Pendekatan Konstruktivisme?

Anda telah mempraktikkan pendekatan kontruktivisme sekiranya: x x x x x x x x x x x x x x x Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep. Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain. Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka. Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah. Pelajaran berpusatkan murid. Aktiviti berasaskan hands-on dan minds-on. Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut. Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. Murid menghubungkaitkan idea asal dan idea yang baru dibina. Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai. Murid digalakkan mengemukakan hipotesis. Guru mengemukakan soalan yang boleh merangsang murid memberi jawapan. Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid. Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru.

106

OUM

TOPIK 5

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

x x

Guru prihatin terhadap kebolahan, keperluan dan minat murid-murid. Murid-murid bekerja dalam kumpulan.

Aktiviti 5.1
Apakah topik yang sesuai diajar dengan pendekatan kontruktivisme? Jelaskan bagaimana anda boleh menyediakan situasi pembelajaran dengan menggunakan pendekatan tersebut?

5.2
5.2.1

PENDEKATAN KONTEKSTUAL
Definisi

Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual membawa pengertian: 1. 2. Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).

Oleh itu, pendekatan kontekstual iaitu pendekatan yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

5.2.2

Konsep Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan seharian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

OUM

107

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

TOPIK 5

Mengapakah pendekatan kontekstual perlu dalam pengajaran dan pembelajaran? Pendekatan kontekstual penting kerana: x x x Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri. Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid. Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif. Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.

Pendekatan ini bersesuaian dengan ciri-ciri kejayaan dalam pembelajaran yang disarankan oleh William Glaser, iaitu 80% pelajaran yang mereka pelajari akan kekal dalam ingatan daripada apa yang kita alami sendiri. Kebanyakan murid di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk murid tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah. Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau atau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi, rangsangan serta tindak balas. Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri). Pendekatan ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. Ia terbentuk daripada pemahaman, persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer, tempat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal dan psikologikal ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Pengajaranpembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan

108

OUM

TOPIK 5

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Pembelajaran kontekstual berlaku apabila terdapat hubungan yang rapat antara ilmu yang dipelajari dengan pengalaman sebenar. Sesuatu yang membolehkan seseorang mengaplikasikan teori-teori akademiknya dalam situasi yang sebenarnya. Melalui pembelajaran kontekstual jugalah seseorang itu terutamanya pelajar digalakkan untuk menghubungkaitkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam kehidupan seharian sebagai seorang ahli keluarga, warganegara dan pekerja. Konsep pembelajaran konstekstual adalah seperti berikut: x x x x x x Berpusatkan pelajar, guru sebgai fasilitator Penerapan konsep Competency Based Learning. Tayangan video yang berkaitan dengan topik dan situasi tempat kerja. Perbincangan sebelum dan selepas setiap unit melalui interaksi pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru. Melalui pendekatan cooperative learning. Melaksanakan aktiviti kerja amali di makmal secara hands-on dan berkaitan alam pekerjaan/situasi tempat kerja.

Antara strategi dalam pengajaran dan pembelajaran kontekstual ialah: x x x x x x Menitikberatkan penyelesaian masalah Mengenal pasti keperluan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam pelbagai keadaan seperti di tempat kediaman, komuniti dan tempat bekerja Mengajar pelajar memantau pembelajarannya sendiri supaya mereka menjadi individu yang boleh mengawal pembelajaran kendiri Meneraju pengajaran bagi pelajar yang mempunyai konteks kehidupan yang berlainan Menggalakkan pelajar belajar di antara satu sama lain atau antara kumpulan Menjalankan penilaian yang authentic

5.2.3

Kepentingan Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual mempunyai kepentingan kepada murid, guru dan industri seperti berikut: (a) Murid x Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan x Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian x Boleh memindahkan kemahiran x Boleh meneroka dan mendapatkan bukti x Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit x Dapat belajar secara kerjasama

OUM

109

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

TOPIK 5

(b)

Guru x Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya. x Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan. x Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri. Industri x Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan pengikut keperluan x Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi

(c)

5.2.4

Bentuk Pembelajaran Kontekstual

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut: (a) E (Experiencing) (Mengalami) Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta R (Relating) (Menghubung kait) Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup A (Applying) (Mengaplikasi) Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. C (Cooperating) (Bekerjasama) Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi

(b)

(c)

(d)

(e)

T (Transfering) (Memindahkan) Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui

5.2.5

Premis Pembelajaran Kontekstual

Bukan semua orang boleh belajar secara abstrak. Kebanyakannya orang belajar dengan lebih baik secara informal iaitu melalui pengalaman kontekstual (Caine, dan Caine, 1991, Gardner, 1983, Kolb,1984). Oleh itu, untuk memenuhi cara belajar yang pelbagai maka perlulah digunakan pelbagai strategi pembelajaran, pelbagai cara menyusun kandungan kurikulum dan pelbagai konteks bagi peluang-peluang pembelajaran.

110

OUM

TOPIK 5

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

Pembelajaran kontekstual memerlukan koordinasi akademik dan kemahiran teknik yang piawai. Pada masa kini para pendidik, pembuat dasar dan majikan telah menggunakan dan menitikberatkan perhubungan antara akademik dengan pendidikan vokasional. Contohnya, kebanyakan institusi pengajian menghantar pelajar-pelajarnya untuk menjalani latihan industri atau praktikum di industri tertentu. Tenaga pengajar juga dihantar menjalani internship/externship di tempat-tempat yang dipilih. Latihan industri atau praktikum ini memberi pengalaman kepada keadaan yang sebenar dan menyediakan pelajar ke alam pekerjaan kelak. Sebelum melaksanakan kaedah pembelajaran kontekstual, pelbagai perkara harus diambil kira seperti meneliti apakah keadaan (nature) sesebuah tempat latihan itu dalam memenuhi keperluan pelajar yang menjalani latihan, tanggungjawab yang akan dipikul dan pengalaman yang bakal diperolehi, cara membuat penilaian, masa yang diperlukan dan sebagainya. Pembelajaran kontekstual memerlukan komunikasi yang berterusan di kalangan pihakpihak yang terlibat iaitu guru, majikan, pembimbing, pelajar dan juga ibu bapa. Ibu bapa boleh dijemput ke dalam kelas untuk mempelajari bagaimanakah bentuk dan cara pembelajaran kontekstual ini dilakukan, apakah matlamatnya dan hasil kemajuan pelajar. Mereka perlu digalakkan menyumbang kepada perancangan dan pembangunan sistem ini. Maklum balas daripada pelajar adalah amat penting sebagai komponen utama dalam penilaian dan pemurnian sistem.

5.2.6

Aplikasi Pendekatan Kontekstual

Beberapa contoh boleh diambil dalam mengaplikasikan pembelajaran secara kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup seperti Hari Keushawanan di mana pelajar-pelajar boleh dilibatkan dalam semua aktiviti seperti merancang aktiviti yang akan dijalankan, penghasilan produk, promosi, membuat belanjawan dan simpankira dan sebagainya. Sebagai tambahan seseorang pelajar bukan sahaja terlibat dengan satu mata pelajaran sahaja malah mengaplikasikan mata pelajaran matematik, seni, sains, bahasa dan lain-lain. Melalui cara sebegini pelajar-pelajar akan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari di sekolah ke dunia pekerjaan kelak. Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Rendah merupakan suatu dokumen yang menggabungjalinkan pengajaran dan pembelajaran pelbagai komponen mata pelajaran. Ini juga merupakan suatu contoh di mana setiap komponen akan melibatkan aktiviti-aktiviti kontekstual yang berupa aktiviti pembelajaran amali seperti menjahit, membina litar elektrik, menanam pokok, merancang belanjawan dan sebagainya. Aktiviti seperti ini akan menjadi pemangkin dan dapat diaplikasikan di rumah. Terdapat pelbagai contoh yang menjelaskan bagaimana pembelajaran kontekstual ini dijalankan. Namun apa yang penting ialah para pelajar dapat disediakan untuk menghadapi situasi yang sebenar apabila mereka meninggalkan institusi pengajian mereka.

OUM

111

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

TOPIK 5

Mengapakah pendekatan Pembelajaran Kontekstual perlu diserapkan dalam sesuatu pelajaran?

5.3

PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP)


Definisi

5.3.1

PBP adalah satu kaedah pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan maklumat, analisis data dan persediaan laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali. Penilaian dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasilnya siap. Mengintergrasikan pengetahuan dengan aktiviti, interaksi murid dengan guru yang merupakan bimbingan dan perundingan merupakan ciri penting dalam mengendalikan projek.

5.3.2

Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek

Kaedah ini merupakan satu kaedah di mana aktiviti dijalankan oleh individu atau sekumpulan pelajar untuk mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Projek biasanya mengambil masa yang panjang dan ianya boleh dilaksanakan di dalam atau di luar waktu belajar yang biasa. Kaedah ini melibatkan pelajar memainkan peranan aktif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti sesuai dengan topik yang dikaji. Kaedah ini mula disarankan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965). Hasil pembelajaran murid adalah lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang dengan cara yang menarik. Kaedah ini juga menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti seperti kerja amali, permainan, kajian dan lawatan. Ianya dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan ketrampilan terhadap sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing. Apabila pelajar-pelajar telah menguasai beberapa kemahiran tertentu aktiviti berasaskan projek akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Misalnya, pelajar-pelajar telah didedahkan tentang bagaimana bahan buangan boleh dikitar semula, maka mereka boleh diberi suatu projek penghasilan produk dengan menggunakan bahan-bahan buangan. Selain itu sesuatu projek boleh diberikan kepada pelajar yang menggemari topik-topik tertentu dalam pelajaran mereka.

112

OUM

TOPIK 5

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

5.3.2.1

Prinsip-prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek Anda boleh

Berikut adalah prinsip-prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek. menggunakannya sebagai panduan merancang kaedah pembelajaran ini. 1.

Aktiviti pembelajaran sepatutnya berfokus kepada penggunaan kemahiran pemprosesan maklumat (information-processing skills) daripada pemerhatian sehinggalah mensintesis. Aktiviti yang dirancang juga perlu mengaplikasikan peraturan-peraturan asas dalam konteks konseptual. Pembelajaran Inkuiri meletakkan murid-murid dalam proses pembelajaran yang aktif. Elemen seperti guru, sumber pembelajaran, teknologi dan sebagainya boleh membantu murid-murid dalam proses pembelajaran. Model yang disediakan oleh guru menjadi contoh dalam proses pembelajaran. Guru juga adalah sebagai pemudah cara dalam proses murid-murid mencari maklumat dan melaksanakan tugas-tugas projek. Apa yang ditaksirkan itu adakah benar-benar bernilai? Oleh itu, penekanan perlu diberikan kepada kemahiran memproses maklumat, tingkah laku semula jadi pemikiran dan pemahaman tentang sesuatu konsep, berbanding dengan hanya melihat kandungan dalam sesuatu bidang.

2.

3.

4.

5.3.3

Premis Pembelajaran Berasaskan Projek

Terdapat tiga komponen penting dalam PBP seperti yang ditunjukkan di bawah

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

PROSES

HASIL

SAHSIAH

x Pelaksanaan Strategi implementasi x Unsur Inovasi x Unsur Kreatif x Mengikut tempoh masa ditetapkan

x Penggunaan produk x Kualiti Produk x Laporan x Persembahan Dapatan

x Sikap x Kerjasama x Penglibatan kolaboratif pelajar

OUM

113

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

TOPIK 5

Untuk memastikan supaya hasil pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, terdapat beberapa faktor yang perlu dititikberatkan seperti: x x x x x Menyediakan perancangan yang baik untuk memastikan kelancaran projek yang hendak dijalankan Tujuan dan aktiviti projek ditentukan berdasarkan kecenderungan pelajar Memastikan keperluan dan alatan disediakan Menentukan aktiviti manakah yang perlu bimbingan guru dan yang manakah perlu dijalankan sendiri oleh pelajar Menentukan cara bagaimanakah sesuatu hasil projek dipersembahkan, dipamerkan, disimpan dan sebagainya.

Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut: x x x x x x x x Menggalakkan murid bekerjasama dan mengambil tanggungjawab. Memberi kebebasan kepada murid menunjukkan kreativiti dan inovasi Memberi peluang kepada murid menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah. Memotivasikan murid Memberi peluang kepada murid memainkan peranan sebagai pemimpin Membenarkan murid menentukan peranan masing-masing. Membenarkan murid yang sama minat dan kebolehan bekerja pada kadar yang setaraf dengan kemampuannya. Memberi satu suasana pembelajaran untuk murid yang kurang yakin dan mahu menunjukkan kebolehan mereka sepenuhnya.

Garis panduan yang tepat dan terpenrinci harus diberi oleh guru untuk menggalakkan pemikiran pelajar pada aras yang lebih tinggi (higher order thingking skill). Ini termasuk semua kriteria yang akan dinilai dalam hasil kerja mereka.

5.3.4

Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Projek

Terdapat pelbagai projek yang sesuai diberikan kepada pelajar di peringkat sekolah rendah. Sesuatu projek itu digalakkan dijalankan secara berkumpulan. Antaranya ialah menjalankan kajian, menghasilkan kerja tangan dan lawatan. Suatu kajian yang dapat dijalankan oleh pelajar misalnya ialah berkaitan dengan pertumbuhan beberapa anak benih seperti jagung, kacang hijau dan sawi. Pelajar boleh mengukur berapakah ketinggian anak benih berbanding masa pertumbuhannya.

114

OUM

TOPIK 5

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

Selain dari itu, bagi penghasilan objek pula projek yang sesuai diberikan adalah seperrti meminta pelajar menghasilkan satu bingkai gambar dengan menggunakan bahan buangan. Bagi projek lawatan pula, pelajar mungkin dibawa melawat muzium atau kampung budaya selepas mereka mempelajari sejarah atau budaya kehidupan sesebuah masyarakat. Sebelum lawatan dibuat guru perlulah menentukan tempat lawatan yang berkaitan, aktiviti yang perlu dibuat semasa lawatan seperti membuat pemerhatian dan catatan dan juga perkara yang perlu dilakukan selepas lawatan seperti mengumpul objek-objek yang diperolehi selepas lawatan, membuat buku skrap dan sebagainya.

5.3.5

Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek

Rangka Kerja x x x x x x Soalan Perancangan Jadual Pelaksanaan Mengawas Mentaksir Menilai

Sumber: George Lucas Education Foundation

5.3.5.1 x x x

Soalan

Mulakan dengan soalan essential. Pilih topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan mulakan dengan penyiasatan. Pastikan relevan dengan murid-murid

OUM

115

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

TOPIK 5

5.3.5.2

Perancangan x x x Rancang kandungan spesifik yang perlu dikaitkan apabila murid-murid menjawab soalan. Libatkan murid-murid dalam proses merancang dan menjalankan projek. Guru dan murid-murid adakan sumbangsaran untuk aktiviti yang akan dijalankan dalam projek yang dirancang.

5.3.5.3

Jadual Pelaksanaan x x x Guru bersama pelajar mereka bentuk jadual pelaksanaan untuk setiap komponen projek. Setkan penanda aras. Pastikan jadual anda mudah difahami dan sesuai dengan umur murid-murid.

5.3.5.4

Mengawas x x x Guru sebagai pemudahcara Guru membimbing proses projek. Gunakan rubriks dalam proses membimbing

5.3.5.5

Mentaksir x x x Pastikan pentaksiran adalah asli dan disediakan oleh guru Gunakan pelbagai jenis pentaksiran. Ambil masa untuk mentaksir secara indivudu dan kumpulan

5.3.5.6

Penilaian x x x x Murid-murid berkongsi pengalaman Bincang bagaimanakah projek itu dijalankan sehingga berjaya. Bincang apakah perubahan yang perlu dilakukan Berkongsi idea untuk pelaksanaan projek baru kelak.

116

OUM

TOPIK 5

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

Aktiviti 5.2
Pilih satu topik yang anda fikir sesuai untuk mengaplikasikan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek. Jawab soalan-soalan berikut: 1. Apakah soalan essential (mustahak) yang anda akan ajukan kepada murid-murid untuk meransang mereka memilih projek? Apakah cadangan projek yang anda fikirkan boleh dilaksanakan oleh murid-murid? Tempoh masa pelaksanaan projek?

2.

3.

RUMUSAN
Teori pendekatan konstruktivisme, kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek merupakan teori pembelajaran yang banyak digunakan masa kini. Terdapat pelbagai teori pembelajaran lain yang digunakan. Namun, yang pastinya teori-teori ini dihasilkan dengan tujuan untuk memastikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai objektif yang ditentukan. Fahaman konsruktivisme melihat cara bagaimana seseorang individu belajar dan membina pengetahuan ke dalam kerangka mindanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan terdahulu mereka. Amalan pengajaran konvensional dan tradisional perlu bertukar kepada pengajaran yang melibatkan aktiviti-aktiviti hands-on dan mindson bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan bermakna. Guru-guru harus berupaya untuk mengubah kerangka konseptual murid-murid supaya berfikir selari dengan fakta saintifik, dan di samping itu guru-guru juga perlu berubah paradigma dan konseptual dalam menentukan strategi pembelajaran mereka. Pembelajaran berasaskan projek pula lebih menggalakkan pelajar memproses maklumat untuk mencari penyelesaian sesuatu persoalan.

OUM

117

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

TOPIK 5

GLOSARI
Akomodasi Asimilasi Authentic Discovery Learning Penyesuaian: pendekatan yang kerap dibincangkan. Pemaduan bermacam-macam unsur menjadi satu. Tulen. Pembelajaran melalui penemuan-penemuan baru yang diperolehi. Menjalani latihan di lokasi sebenar bagi suatu jangka masa tertentu.

Internship

UJIAN 1
Arahan: Sila jawab soalan berikut dalam masa 15 minit 1. 2. 3. 4. Berikan definisi Konstruktivisme Jelaskan dengan ringkas 2 corak pemikiran utama dalam konstruktivisme Berikan 3 strategi pembelajaran kontekstual Jelaskan 2 perkara yang perlu diambil kira sebelum melaksanakan program pembelajaran kontekstual Jelaskan 2 faktor yang perlu diberi perhatian supaya hasil pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek berkesan.

5.

UJIAN 2
Arahan: Sila jawab soalan berikut dalam masa 30 minit 1. 2. 3. Jelaskan dengan ringkas tentang pembelajaran berasaskan projek. Terangkan perbezaan antara teori konstruktivisme dan kontekstual Bincangkan bagaimanakah pembelajaran berasaskan projek dapat diaplikasikan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup dan berikan contoh yang bersesuaian.

118

OUM

TOPIK 6

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

TOPIK 6

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK


Norizah Taib

PENGENALAN

Kehidupan sepatutnya mengembirakan Pekerjaan sepatutnya mendapat imbuhan PEMBELAJARAN sepatutnya MENYERONOKKAN!!!
Bagaimana menjadikan pembelajaran menyeronokkan? Amalan pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah amat penting! Kaedah-kaedah alternatif yang selari dan bersesuaian dengan kehendak kurikulum perlu diketahui dan difahami oleh guru. Pemilihan strategi, kaedah dan teknik serta perancangan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) perlu diselaraskan untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru-guru perlu menukarkan paradigma daripada amalan pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Murid-murid disediakan dengan aktivti-aktiviti pembelajaran yang boleh memperkembangkan daya intelek mereka di samping menggalakkan berfikir secara kritis dan kreatif. Guru-guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai dengan pelajaran yang diajar supaya suasana pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan.

OUM

119

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

TOPIK 6

OBJEKTIF
1. memahami makna strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran; mengenalpasti klasifikasi strategi pengajaran dan pembelajaran; membanding beza ciri-ciri bagi setiap klasifikasi strategi pengajaran dan pembelajaran; mengklasifikasikan kaedah dan teknik mengikut strategi yang betul; dan gambaran keseluruhan topik.

2. 3.

4. 5.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BERPUSATKAN MURID

BERPUSATKAN GURU

BERPUSATKAN BAHAN

Kaedah dan Teknik


x x x x x x x x x Simulasi Lakonan Permainan Lawatan Projek Inkuiri penemuan Perbincangan Sumbangsaran Pembelajaran melalui pengalaman

Kaedah dan Teknik


x Syarahan x Kuliah x Penerangan x Demonstrasi/ tunjuk cara x Bercerita

Kaedah dan Teknik


x Pembelajaran Bermodul x Tayangan Video x Tayangan slaid

120

OUM

TOPIK 6

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

6.1
6.1.2

DEFINISI
Pendekatan

Pendekatan merujuk kepada cara sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan kepada objektif jangka panjang.

6.1.3

Strategi

Strategi merupakan kaedah dan teknik yang dirancangkan dan digunakan dalam satu-satu pengajaran. Dengan itu, strategi pengajaran-pembelajaran merangkumi semua kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru. Perkaitan di antara pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dapat digambarkan seperti pada Rajah 6.1.

6.1.4

Kaedah

Kaedah ialah satu siri tindakan guru yang bersistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif yang spesifik.

6.1.5

Teknik

Teknik pula merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung didalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran.

Pendekatan

Strategi

Kaedah

Teknik

Rajah 6.1: Perkaitan di antara pendekatan, strategi, teknik dan kaedah Sumber: Ee Ah Meng, 1989

OUM

121

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

TOPIK 6

Gabungan semua kaedah dan teknik akan membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh seseorang guru untuk mencapai objektif jangka panjang bagi sesuatu pendekatan.

6.2

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Sebagai seorang guru, anda perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dengan mempelbagaikan strategi. Mata pelajaran Kemahiran Hidup merangkumi aspek teori dan amali yang tidak boleh diabaikan. Penyepaduan aspek teori dan amali amat penting untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti hasrat FPK di samping penerapan nilai murni. Pada amnya tiga komponen utama dalam proses pendidikan terdiri daripada guru, murid dan pengetahuan. Ketiga-tiga komponen ini saling bergantung antara satu sama lain. Peranan utama guru ialah menyediakan satu persekitaran pembelajaran atau iklim pembelajaran yang dapat menyalurkan ilmu secara optimum. Ini memerlukan usaha dan pengurusan yang efektif sama ada dari segi fizikal bilik darjah mahupun strategi untuk menyampaikan pengetahuan itu sendiri. Beberapa kriteria perlu diambil kira semasa memilih strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kriteria-kriteria tersebut ialah:

(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

Faktor kesediaan dan gaya pembelajaran murid-murid. Strategi yang menggalakkan pemindahan pembelajaran Strategi yang mewujudkan motivasi Strategi yang mengekalkan ingatan Strategi yang meningkatkan pengamatan dan penanggapan Strategi yang berdaya fikir

(vii) Strategi yang memupuk nilai dan sikap

122

OUM

TOPIK 6

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

6.2.1

Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

STRATEGI P&P

Berpusatkan Guru

Berpusatkan Murid

Berpusatkan Guru

(i)

Strategi Pemusatan Guru Strategi pemusatan guru hanya menekankan pada penyampaian guru dan tidak melibatkan penyertaan murid. Di dalam bilik darjah, guru mengusai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran dan murid hanya duduk mendengar. Kaedah syarahan/kuliah merupakan contoh bagi melaksanakan strategi ini. Strategi Pemusatan Murid Di bawah strategi ini, murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Guru merupakan fasilitator yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukan kepada aktiviti pembelajaran murid. Strategi Pemusatan Bahan Strategi pemusatan bahan pula menekankan pada penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran seperti slaid, carta, modul, pita rakaman dan sebagainya. Strategi yang digunakan dalam kursus yang diikuti oleh anda ini ialah strategi pemusatan bahan. Anda menggunakan modul sebagai bahan pembelajaran yang terancang.

(ii)

(iii)

Gambarkan diri anda ketika di bangku sekolah. Cuba ingat kembali cara guru anda mengajar. Pernahkah guru anda bercerita atau menyanyi di dalam kelas? Adakah ia menyeronokkan? Bolehkah anda menggunakan teknik menyanyi atau bercerita dalam kelas Kemahiran Hidup? Mari kita lihat seterusnya! Mari kita lihat apakah perbezaan antara strategi pemusatan guru dan pemusatan murid terlebih dahulu.

OUM

123

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

TOPIK 6

(a)

Perbezaan Ciri-ciri Strategi Pemusatan Guru dan Pemusatan Murid Ciri-ciri Strategi Pemusatan Guru Ciri-ciri Strategi Pemusatan Murid 1. Guru dan murid bersama-sama memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelalajaran. Komunikasi berbentuk dua hala. Guru sebagai pemudahcara, murid melakukan aktiviti pembelajaran. Menekankan pembelajaran kendiri, pengarahan kendiri dan kaedah dapatan dan inkuiri penemuan. Lebih mengutamakan pembelajaran murid. objektif

1.

Guru memainkan peranan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi sehala. Guru bercakap murid mendengar.

2.

2.

3.

Guru mengarah pembelajaran.

dan

mengawal

3.

4.

Lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru. Perkembangan intelek berlaku. Aspek jasmani, rohani kurang berkembang. Menekankan ujian sumatif menggredkan murid. sahaja emosi,

4.

5.

5.

Menekankan perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, jasmani dan intelek. Menekankan ujian formatif. Menggunakan hasil ujian untuk mengatasi kelemahan-kelemahan murid. Murid lebih berminat terhadap pelajaran yang dipenuhi aktiviti. Murid lebih berupaya menggunakan segala yang telah dipelajari serta memindahkan kepada situasi-situasi yang baru. Naluri ingin tahu murid diperkembangkan lagi. dapat

6.

untuk

6.

7.

Murid mudah bosan.

7.

8.

Murid kurang berupaya membuat generalisasi kerana pembelajaran menekankan ingatan dan hafalan.

8.

9.

Murid cepat berasa puas hati dengan fakta-fakta yang diberikan oleh guru. sosial murid kurang

9.

10. Sifat-sifat dipupuk.

10. Sifat-sifat sosial murid yang positif dapat diperkembangkan seperti bekerjasama, bertimbang rasa, tolong menolong dan sebagainya. 11. Murid lebih kreatif dan inovatif.

11. Murid kurang berimaginatif

kreatif

dan

tidak

124

OUM

TOPIK 6

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Cuba anda teliti perbezaan strategi pemusatan guru dan strategi pemusatan murid. Bincang dengan rakan anda strategi yang manakah menepati hasrat FPK?

6.2.2.2

Strategi Pembelajaran Bestari

Berikut adalah jenis-jenis strategi pembelajaran yang boleh anda gunakan didalam bilik darjah, iaitu: 1. Strategi Direktif Strategi ini berperanan untuk membantu murid memperolehi maklumat, pengetahuan dan kemahiran. Murid diarah untuk mematuhi langkah-langkah tentang sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang disampaikan oleh guru. Murid menerima maklumat dan pengetahuan melalui penerangan terhadap sesuatu kemahiran/konsep daripada guru melalui tunjuk cara, bimbingan dan latihan diikuti dengan ujian menilai kefahaman. Contoh: demontrasi, kuliah dan latih tubi. Strategi ini berpusatkan guru dan pembelajaran adalah secara tradisional. Prinsip asas pada strategi ini ialah: (a) (b) (c) (d) (e) Penstrukturan informasi Penentuan matlamat dan kaedah yang dipakai Penyediaan rancangan Penyemakan terhadap pengetahuan dan ingatan Membuat peneguhan

2.

Strategi Koperatif Murid bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi di antara satu sama lain secara berstruktur Strategi Pemerhatian Murid membuat pemerhatian terhadap perlakuan orang lain atau penerangan tantang sesuatu kemahiran. Strategi Metakognitif Murid melalui proses berfikir semasa proses pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri.

3.

4.

pembelajaran,

rancangan

5.

Strategi Generatif Murid digalakkan menjana idea secara kritis dan kreatif. Murid berhadapan dengan proses pembelajaran yang menjurus ke arah pemikiran yang menggunakan metafora dan analogi. Pemikiran murid diasuh untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara kritis dan kreatif serta dapat melahirkan seorang individu yang bersifat intutif dan celik akal dalam melihat sesuatu situasi.

OUM

125

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

TOPIK 6

6.

Strategi Mediatif Pelajar berupaya mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenal pasti andaian, membuat inferens dan hipotesis. Strategi ini memberi peluang untuk menentukan secara sistematik konsep dengan mengaplikasikan dan membuat kategori. Pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea dan konsep berlandaskan pengetahuan lepas dan sekarang. Pelajar membuat kategori ciri utama dan membina konsep mengikut kefahaman mereka. Strategi Konteks Luar Murid belajar melalui aktiviti yang berfokus dan intensif dalam satu masa seperti menghadiri seminar, bengkel, mengendalikan projek serta melalui proses latih amal. Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya dan bertanggungjawab. Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari, BPG, 2002.

7.

8.

Strategi-strategi pembelajaran yang dinyatakan di atas merupakan strategi yang diaplikasikan dalam pedagogi bestari. Pedagogi bestari harus menggabungkan pelbagai strategi pembelajaran. Penggabungan ini untuk membolehkan pelajar mencapai tahap kompetensi mastery dan perkembangan diri yang menyeluruh. Strategi pembelajaran bestari mengambil kira perbezaan individu, gaya pembelajaran, minat dan kebolehan pelajar untuk menggalakkan kreaviti dan keseronokan belajar. Strategi ini membantu individu belajar tanpa kawalan secara beransur dan dapat menggalakkan pembelajaran seumur hidup.

Refleks perkara-perkara berikut dan bincang dengan rakan anda!

126

OUM

TOPIK 6

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Adakah manusia sama 10 tahun yang lalu, 50 tahun yang lalu ataupun 100 tahun yang lalu? Adakah murid sekarang penat dengan aktiviti? Adakah murid sekarang lebih bijak berbanding kita pada umur mereka dahulu? Apakah strategi pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid sekarang?

6.3

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Anda telah mempelajari strategi pengajaran pada unit 6.2. Apakah pula kaedah yang boleh digunakan dalam setiap strategi itu dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup?

6.3.1

Kaedah dan Teknik bagi Strategi Pemusatan Murid

Berikut ialah kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam P&P. Walaubagai manapun, bahagian ini akan menerangkan beberapa kaedah dan teknik yang sesuai digunakan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. (a) Simulasi: Main Peranan dan Lakonan Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar. Dengan kaedah ini, murid-murid melakukan sesuatu perkara secara olokolok dalam satu keadaan yang teratur. Simulasi merupakan satu kaedah pengajaran yang sangat menarik, menggalakkan serta menyeronokkan. Simulasi boleh digunakan untuk menguasai kemahiran membina pemikiran kritis dan dapat mengaitkan simulasi tersebut dengan isi pelajaran supaya lebih mudah difahami serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan.

OUM

127

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

TOPIK 6

Prinsip-prinsip Simulasi x x Satu situasi bermasalah secara bertulis atau lisan diberikan. Penerangan diberi tentang: - masalah yang hendak di selesaikan - peranan diagihkan kepada watak-watak berlainan - arahan yang perlu diberikan - tempoh masa sesi simulasi ditetapkan Ketika simulasi sedang berjalan guru hanya memerhati. Selepas simulasi, murid diminta memberi penyelesaian masalah melalui simulasi. pandangan tentang cara-cara

x x x

Perbincangan di antara guru dan murid diadakan di peringkat akhir untuk mencapai satu rumusan.

Langkah-langkah Menjalankan Simulasi Simulasi boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah mengajar dalam sesuatu waktu pelajaran seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Guru mewujudkan situasi yang bermasalah. Guru menerangkan secara ringkas tentang situasi bermasalah, peranan watak-watak dan tempoh lakonan. Guru memilih murid untuk memainkan peranan. Murid-murid memainkan peranan sambil menyelesaikan masalah dalam situasi itu. Guru berbincang dengan murid-murid cara penyelesaian masalah yang telah dibuat. Satu kesimpulan atau rumusan dibuat tentang simulasi yang dijalankan.

128

OUM

TOPIK 6

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Tujuan-Tujuan Simulasi Strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik simulasi mempunyai tujuan seperti berikut:

Murid dapat membina pemikiran secara analitis dan kritis

Murid dapat menguasai kemahiran

Membawa situasi sebenar ke dalam bilik darjah

Tujuan Simulasi Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek efektif Mempelbagaikan aktiviti pengajaran Membina sikap positif

Kelebihan Simulasi 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Membenarkan murid mempraktikkan kemahiran dalam keadaan yang selamat. Pembelajaran adalah berkesan kerana murid boleh bersedia dengan rapi. Peluang untuk mencuba sesuatu dalam keadaan yang selesa. Maklum balas tentang prestasi murid dalam satu-satu situasi dapat dikesan dengan cepat. Murid-murid dapat mengambil bahagian yang aktif dalam pengajaran guru. Suasana pembelajaran lebih menyeronokkan. Sikap dan perasaan murid dapat dilihat semasa simulasi. Ia dapat memupuk daya cipta murid. Murid-murid didedahkan dengan pengalaman yang menyerupai situasi sebenar. Menggalakkan interaksi antara murid-murid.

OUM

129

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

TOPIK 6

Kaedah pengajaran yang berfokuskan aktiviti pembelajaran mestilah berpusatkan murid, merentas pelbagai cabang disiplin dan menyepadukan isu-isu dunia kehidupan sebenar.

(b)

Lawatan

Lawatan merupakan satu kaedah pembelajaran yang menepati pendekatan pembelajaran kontekstual. Pelajar biasanya dibawa ke tempat-tempat seperti kilang-kilang, muzium atau organisasi yang ada kaitan dengan topik pelajaran. Kejayaan sesuatu lawatan bergantung kepada persediaan sebelum lawatan dan kerjakerja susulan selepas lawatan itu. Objektif-objektif lawatan perlu diterangkan kepada murid-murid. Di samping itu, anda boleh menyediakan soalan-soalan berkaitan tentang aspek-aspek penting tempat yang dilawati. Cara ini dapat membantu murid-murid memberi perhatian kepada perkara-perkara penting yang harus diperhatikan semasa lawatan itu. Prinsip-prinsip Lawatan 1. 2. 3. 4. Tempat lawatan hendaklah sesuai dengan topik pelajaran dan murid-murid Guru perlu merancang dengan teliti pengisian semasa lawatan Sediakan soalan yang berkaitan untuk dijawab oleh murid semasa lawatan Perbincangan dan refleksi hendaklah dibuat selepas lawatan.

Kebaikan-kebaikan Lawatan 1. 2. 3. 4. 5. Lawatan memberikan murid-murid dengan pengalaman secara langsung dan menarik. Kesedaran murid-murid tentang alam sekitar akan bertambah. Lawatan membawa kesan yang besar disebabkan penggunaan pelbagai deria. Kaedah lawatan sesuai untuk semua mata pelajaran Lawatan mendatangkan satu variasi kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah.

Kelemahan-kelemahan Lawatan 1. 2. 3. Tanggungjawab membawa murid-murid adalah berat. Masalah disiplin murid-murid mungkin wujud Banyak prosedur yang perlu dipatuhi

130

OUM

TOPIK 6

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Langkah-langkah melaksanakan lawatan: (i) Sebelum lawatan x Memilih tempat yang sesuai x Dapatkan kebenaran pihak berkaitan seperti Pengetua, ibubapa, pihak polis dan tempat yang hendak dilawati. x Menyediakan kenderaan yang akan membawa murid-murid ke tampat lawatan x Sediakan jadual lawatan x Sediakan panduan yang harus dipatuhi oleh murid-murid x Sediakan soalan berkaitan untuk dijawab oleh murid-murid Semasa lawatan x Berikan keterangan mengenai tempat, tempoh dan perkara yang perlu diberi perhatian kepada murid-murid. x Memastikan murid-murid melibatkan diri secara aktif x Kawalan ke atas murid-murid perlu untuk mengelakkan kemalangan atau kesalahan disiplin Selepas lawatan x Perbincangan dan refleksi diadakan bersama murid-murid x Aktiviti susulan boleh diberikan kepada murid-murid Projek

(ii)

(iii)

(c)

Kaedah projek adalah suatu kaedah yang mana murid-murid melakukan kegiatan dalam situasi sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil. Melalui kaedah ini, murid-murid boleh belajar melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Kaedah ini biasa dijalankan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Murid-murid menanam sayur-sayuran, membina landskap dan membina rak serba guna sebagai projek dalam mata pelajaran ini. Langkah-langkah Pelaksanaan Kaedah Projek 1. Pastikan bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan disediakan atau mudah diperolehi oleh murid-murid. Murid-murid dibimbing dalam memilih dan melaksanakan projek mereka. Objektif-objektif sesuatu projek dijelaskan. Penyeliaan perlu untuk memastikan projek berjaya dilaksanakan. Penilaian projek dibuat oleh guru dan murid-murid turut diberi peluang untuk menilai.

2. 3. 4. 5.

Kebaikan-kebaikan Kaedah Projek 1. 2. Kaedah ini melibatkan domain afektif, kognitif dan psikomotor. Penyertaan murid-murid dalam perancangan digalakkan, ini menambahkan lagi minat dan motivasi mereka.

OUM

131

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

TOPIK 6

3.

Projek dapat mengembangkan sikap tanggungjawab, nilai kepimpinan dan inisiatif murid-murid. Murid-murid belajar melalui pengalaman mereka semasa menjalankan projek. Menyediakan peluang murid-murid bekerja di dalam kumpulan. Kolaborasi antara murid-murid akan memupuk semangat berpasukan dan seterusnya membiasakan mereka hidup bermasyarakat.

4. 5.

Kelemahan-kelemahan Kaedah Projek 1. 2. 3. 4. Projek biasanya mengambil masa yang panjang. Bahan dan sumber terhad. Murid mungkin melakukan kesilapan kerana kekurangan pengetahuan. Masalah disiplin mungkin timbul sekiranya guru kurang cekap kawalannya.

6.3.2
(a)

Kaedah dan Teknik dalam Strategi Pemusatan Guru


Kaedah Syarahan/Kuliah

Syarahan adalah kaedah pengajaran yang tradisional atau konvensional. Guru menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang autokratik kepada murid-murid. Guru memainkan peranan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi adalah sehala di mana guru bercakap dan murid mendengar. Guru lebih mementingkan pencapaian objektif pembelajaran (intelek) bukan kepada perkembangan aspek jasmani, emosi, rohani murid-murid. Kesan daripada itu murid: x x x x x Mudah bosan Kurang berupaya membuat generalisasi kerana pembelajaran menekankan ingatan dan hafalan Murid cepat berasa puas hati dengan fakta-fakta yang diberikan oleh guru. Sifat-sifat sosial murid kurang dipupuk. Murid kurang kreatif dan tidak berimaginatif

Kaedah ini adalah tidak sesuai digunakan di sekolah. Kaedah ini tidak menggalakkan perkembangan insan yang seimbang seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kaedah pengajaran seperti ini biasa dilakukan di universiti dan lainlain institut pengajian tinggi. Ini adalah kerana kaedah ini lebih sesuai untuk menyampaikan isi pelajaran dalam kelompok yang mengandungi bilangan pelajar yang ramai. Pelajar di peringkat pengajian tinggi pula lazimnya mampu mencatatkan sendiri nota-nota penting hasil daripada syarahan yang disampaikan.

132

OUM

TOPIK 6

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

(b)

Demonstrasi/Tunjuk Cara

Tunjuk cara atau demonstrasi merupakan suatu kaedah pengajaran di mana sesorang guru menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan, proses atau cara di hadapan muridmurid. Kaedah ini amat berkesan dalam pengajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Beberapa prinsip perlu diberi perhatian dalam kaedah ini, iaitu: x x x x x x Tujuan demontrasi dan hasil-hasil yang diharapkan dijelaskan kepada pelajar Perancangan dan persiapan awal hendaklah dibuat terlebih dahulu. Bahagikan kelas kepada kumpulan-kumpulan supaya setiap pelajar dapat mendengar dan melihat dengan jelas. Ulang semula demontrasi jika terdapat pelajar yang menunjukkan kekeliruan. Galakkan penyertaan murid dengan meminta mereka pula melakukan aktiviti seperti demontrasi tersebut. Pada akhir demontrasi, adakan perbincangan atau rumusan tentang langkahlangkah yang terlibat.

Dalam kaedah demontrasi, terdapat pelbagai jenis model yang boleh digunakan. Modelmodel tersebut ialah: x x x Model Hidup Model Simbolik Model Persepsi

Kebaikan-kebaikan demontrasi/tunjukcara ialah: 1. Melibatkan pelbagai deria iaitu murid-murid dapat melihat, mendengar dan merasa apa yang ditunjukkan oleh guru. Dapat mengekalkan tumpuan murid-murid. Lebih mudah untuk murid memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru. Tunjuk cara amat berkesan dalam mata pelajaran teknikal di mana guru dapat menunjukkan langkah-langkah yang sistematik terutamanya dalam menghasilkan sesuatu.

2. 3. 4.

OUM

133

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

TOPIK 6

(c)

Bercerita

Teknik bercerita mudah menarik perhatian murid-murid. Pembelajaran berlaku dalam situasi yang menyeronokkan. Anda perlu mengikuti beberapa prinsip untuk menggunakan teknik ini. Prinsip-prinsip tersebut ialah: x x x x x x Pilih cerita yang sesuai dengan minat, pengalaman, kebolehan dan umur murid. Semasa bercerita, guru mewujudkan suasana yang selaras dengan cerita. Suara dan gerak-geri guru hendaklah sesuai. Frasa-frasa yang menarik perlu dihafal untuk dinyatakan semasa bercerita. Alat bantu mengajar seperti kad gambar, patung dan sebagainya boleh digunakan untuk lebih menarik perhatian murid. Pandang ke arah murid secara bergilir-gilir semasa bercerita. Wujudkan peluang untuk penyertaan murid.

Antara objektif teknik bercerita ialah: x x x x Memotivasikan murid-murid untuk belajar Dapat menarik perhatian murid terhadap topik yang hendak disampaikan. Boleh memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi murid-murid. Murid-murid dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

Kesan Teknik Bercerita x x x x x x x Pembelajaran menjadi satu proses yang menarik dan bermakna. Keberkesanan pembelajaran akan meningkat kerana penglibatan murid-murid dapat dikekalkan dalam P&P. Perhatian dan tumpuan murid dapat dikekalkan dalam P&P. Pembelajaran adalah lebih berkesan apabila suasana sosio-emosi adalah sihat, selesa dan menyeronokkan. Pengukuhan pembelajaran berlaku kerana minat murid-murid terhadap satu-satu cerita. Tahap motivasi murid-murid terhadap pembelajaran adalah tinggi. Ini menggalakkan pemikiran imaginatif dan kreativiti murid-murid. Objektif P&P mudah tercapai kerana motivasi yang tinggi di kalangan murid-murid.

134

OUM

TOPIK 6

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Contoh Teknik Bercerita bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup Topik : Reka bentuk Tahun : 5 Amali : Membuat frame gambar ABM : Frame gambar mempunyai motif arnab dan kura-kura Topik cerita : Arnab dan Kura-kura Langkah : 1. Sebelum bercerita guru bertanya soalan berkaitan arnab dan kura-kura kepada murid-murid. 2. Dengan menggunakan frame gambar dan motif yang terdapat pada frame, guru bercerita dengan cerita yang bertopik arnab dan kura-kura. 3. Guru mengaitkan cerita dengan motif yang terdapat pada frame dan meminta murid-murid memikirkan ciri-ciri (motif) yang sesuai untuk frame yang akan mereka buat nanti. Murid-murid digalakkan menggunakan cerita-cerita yang pernah didengar untuk menghasilkan motif pada frame tersebut. 4. Guru menggunakan carta Langkah Membuat Frame untuk menerangkan cara-cara membuat frame kepada muridmurid.

Children need to be motivated to learn Children need practical answers to their questions Children need to relate the answers to the real world Children need support for their own decisions Children need to work and compliment one another Children need to be employer ready

Aktiviti 6.1
Melalui definisi yang diberi, pilih mana-mana topik dalam Huraian Sukatan Pelajaran, cuba anda fikirkan strategi, kaedah dan teknik yang boleh digunakan untuk melaksanakan P&P bagi topik yang telah anda pilih itu.

OUM

135

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

TOPIK 6

RUMUSAN
1.
Kaedah ialah satu siri tindakan guru yang bersistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif yang spesifik. Teknik pula merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung didalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Strategi diklasifikasikan kepada tiga iaitu strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid dan strategi berpusatkan bahan. Kaedah dan teknik berpusatkan guru terdiri daripada syarahan, kuliah, penerangan, demonstrasi/ tunjuk cara dan bercerita Kaedah dan teknik berpusatkan murid terdiri daripada s imulasi, lakonan, permainan, lawatan, projek, inkuiri penemuan, perbincangan, sumbangsaran, pembelajaran melalui pengalaman Kaedah dan teknik berpusatkan bahan terdiri daripada tayangan slaid, tayangan video dan pembelajaran bermodul.

2.
3.

4.

5.

GLOSARI
Bersifat intutif Celik akal

UJIAN 1
1. 2. Terangkan maksud strategi, kaedah dan teknik. Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran? Berikan empat perbezaan ciri strategi berpusatkan guru dan strategi berpusatkan murid. Penyerapan unsur pembelajaran bestari sangat diberi tumpuan pada ketika ini, berikan strategi-strategi yang digunakan dalam pembelajaran bestari.

3.

4.

136

OUM

TOPIK 6

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

UJIAN 2
1. 2. 3. 4. Senaraikan kaedah dan teknik yang digunakan dalam strategi berpusatkan guru. Senaraikan kaedah dan teknik yang digunakan dalam strategi berpusatkan murid. Apakah kelebihan demontrasi dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup? Kaedah lawatan merupakan satu kaedah yang sangat efektif. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat belajar melalui pengalaman sebenar. Berikan dua topik yang sesuai diaplikasikan melalui kaedah ini dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

OUM

137

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

TOPIK 7

TOPIK 7

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN


Norizah Taib

PENGENALAN
Anda perlu merancang pengajaran untuk memastikan kehendak kurikulum dipenuhi. Rancangan pengajaran perlu disediakan untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berkesan. Selaras dengan FPK, unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi melahirkan insan yang seimbang. Bagi mencapai hasrat FPK, sebagai seorang guru, anda perlu marancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dengan cara menggabungjalinkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah, mengaitkan pengalaman murid dengan apa yang diajar, menggunakan pelbagai media alam semula jadi, bahan maujud, media cetak dan media elektronik. Perancangan pengajaran yang perlu dibuat ialah Rancangan Pengajaran Semester/ Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Bab ini akan menerangkan lebih lanjut tentang Rancangan Pengajaran Semester/Tahunan dan RPH.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. menyatakan tujuan menyediakan Rancangan Pengajaran Semester/Tahunan; menyatakan tujuan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian; menganalisis maklumat yang terkandung dalam sukatan pelajaran; menyediakan rancangan pengajaran semester/tahunan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup; menyenaraikan komponen-komponen dalam rancangan pengajaran harian; dan menyediakan rancangan pengajaran harian bagi mana-mana topik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

5. 6.

138

OUM

TOPIK 7

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

1
Menyediakan Rancangan Pengajaran Semester/Tahunan x x x x Minggu Topik Hasil Pembelajaran Peruntukan Masa (Jam)

2
Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian

Butir-butir Am

Set Induksi

Penyampaian

Penutup

OUM

139

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

TOPIK 7

7.1

PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Anda perlu menyediakan rancangan P&P bagi setiap sesi persekolahan sebagai panduan bagi pelaksanaan P&P. Rancangan Pengajaran Semester/Tahunan perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum satu-satu sesi persekolahan bermula. Manakala Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pula perlu disediakan sebelum P&P berlangsung. Sekurang-kurangnya sehari sebelum P&P untuk memberi masa kepada guru membuat perancangan. Dalam usaha membuat perancangan untuk pengajaran, anda hendaklah mentafsir sukatan pelajaran. Setelah itu barulah anda membuat Rancangan Semester/Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

7.2

RANCANGAN TAHUNAN/SEMESTER

Rancangan pengajaran tahunan merupakan perancangan yang dibuat untuk tempoh satu tahun atau satu semester bagi satu-satu mata pelajaran. Rancangan ini penting untuk: x x x x x x Panduan guru Pencegahan pemesongan topik Memastikan susunan topik-topik teratur Memudahkan guru pengganti mengambil alih tugas. Penyelarasan untuk ujian bulanan dan semester Semakan topik lalu dan akan datang adalah mudah

Anda perlu meneliti huraian sukatan pelajaran bagi mata pelajaran berkenaan yang disediakan oleh Unit Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum menyediakan rancangan pengajaran tahunan/semester. Sukatan pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran telah dijelaskan secara terperinci dalam Topik 1. Apakah perkara penting dalam sukatan tersebut? Ya, anda telah menelitinya dengan baik sekali. Pasti anda dapat melihat dalam sukatan tersebut terdapat lajur bagi topik, hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti. Maklumat-maklumat yang terdapat dalam sukatan tadi, anda perlu gunakan untuk menyediakan rancangan pengajaran semester/ tahunan mengikut format tertentu.

7.2.1

Format Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester

Berikut ialah contoh format rancangan pengajaran tahunan/semester yang boleh digunakan untuk anda membuat perancangan.

140

OUM

TOPIK 7

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

RANCANGAN SEMESTER SATU KHSR TAHUN EMPAT 2006


Jadual 7.1: Contoh Rancangan Semester/Tahunan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4 Semester Minggu Topik Keselamatan dan Organisasi Bengkel Hasil Pembelajaran Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan tugas. Menyediakan struktur organisasi tempat kerja. Mengenal pasti bentuk asas reka bentuk Melakar bentuk asas Membina bentuk asas secara 3D Menghubungkaitkan bentuk dengan fungsi produk Memasang model yang lebih kompleks berpandukan manual Mengenal pasti jenis dan fungsi pengikat dan penyantum Mengumpul dan merekod maklumat Mempersembahkan pendokumentasian Menentukan projek berpandukan kad kerja Menentukan jenis bahan dan kuantiti Mengukur, menanda dan memotong bahan projek Memasang komponen projek Mereka bentuk dan membuat projek berdasarkan minat murid Mengenal pasti nama, fungsi dan simbol komponen Membezakan di antara litar siri dan litar selari Membaca dan menterjemah lukisan litar Memintal dan mengikat wayar pada tamatan komponen Masa

1 jam

2 3 4 5 6 7 8 9 SATU 10 11 12 13 14 15 16 17 18

Kreativiti Kreativiti Kreativiti Reka Cipta Reka Cipta Reka Cipta Pendokumentasian Pendokumentasian Reka bentuk dan Penghasilan Projek Reka bentuk dan Penghasilan Projek Reka bentuk dan Penghasilan Projek Reka bentuk dan Penghasilan Projek Reka bentuk dan Penghasilan Projek Pengenalan Elektrik Pengenalan Elektrik Pengenalan Elektronik Pengenalan Elektronik

1 1 1 1 1

1 1 1 1 1 1 1 1 1

1 1

OUM

141

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

TOPIK 7

RANCANGAN SEMESTER DUA KHSR TAHUN EMPAT 2006


Semester Minggu Topik Baik Pulih dan Penyenggaraan Pengenalan Tanaman Hiasan Pemilihan Biji Benih Penanaman Penjagaan Hasil Pembelajaran Mengenal pasti bahan dan agen pembersih Meminyak untuk tujuan perlindungan dan perlinciran Mengenal beberapa jenis tanaman hiasan Menyemai biji benih pokok bunga semusim Menyediakan bekas penanaman Menjaga tanaman hiasan dalam bekas Mengkelas barang mengikut keperluan, kesukaan dan yang mampu dibeli oleh murid dan guru Mengumpul maklumat cara mendapatkan bekalan Mengenal pasti cara mendapatkan modal Menentukan tujuan membungkus dan melabel barang jualan Membungkus barang untuk tujuan promosi barang jualan Menunjukkan cara layanan yang baik dan cekap Merekod barang jualan Menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan jualan Menjual barang-barang yang dikenal pasti Mengulangkaji kandungan pelajaran tahun empat Menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan Penyerahan markah peperiksaan. Masa

2 3 4 5

2 2 2 2

Barang Jualan

7 8

Sumber Jualan Membuat Rancangan Jualan Menyediakan barang jualan Mempromosi Jualan Mengurus Jualan Merekod Jualan Mengira untung dan rugi Minggu Jualan Minggu Ulang Kaji Minggu Peperiksaan Minggu Pemarkahan

1 1

DUA

10 11 12 13

1 1 1 1

14 15 16 17

2 hari 1M 1M 3 hari

AKHIR TAHUN DAN CUTI SEKOLAH

142

OUM

TOPIK 7

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

7.3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) boleh didefinisikan sebagai satu rancangan pelajaran yang disediakan untuk beberapa waktu pelajaran. Ianya mengandungi unsurunsur seperti pengetahuan sedia ada pada murid, objektif pelajaran, alat bantu mengajar, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup yang disampaikan . Anda mungkin tertanya-tanya tentang kepentingan membuat RPH. Antara kepentingankepentingan tersebut ialah: x x x x x x Menentukan objektif pengajaran tercapai. Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa-masa tertentu. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Merancang alat bantu mengajar yang akan digunakan. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian. Meyakinkan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Dengan membuat RPH, anda bukan sahaja akan berasa yakin menghadapi murid-murid, malah pencapaian pembelajaran yang maksimum akan terhasil.

7.3.1

Komponen-komponen Persediaan Mengajar

Setelah anda tahu kepentingan RPH, sekarang cuba anda lihat pula komponen-komponen dalam persediaan mengajar. Rajah berikut dapat memberikan suatu gambaran. Rancangan Pengajaran Harian

Butir-butir Am

Set Induksi

Penyampaian

Penutup

x Tarikh, masa, darjah, tahun, bilangan murid x Topik x Objektif P&P x Pengetahuan sedia ada x Sumber P&P x KBSB x KMD

x Langkahlangkah x Isi pelajaran x Strategi x Penerapan Nilai x KBSB x Penggunaan sumber (ABM/BM)

x Jenis-jenis penutup x Rumusan x Aktiviti susulan x Penilaian objektif

Sumber: Ee Ah Meng, 1990

OUM

143

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

TOPIK 7

7.3.1.1

Butir-butir Am

Butir-butir am merupakan maklumat yang perlu dimasukkan di bahagian pertama persediaan mengajar. Ianya terdiri daripada tarikh, masa, darjah, tahun, bilangan murid, perkara, topik, objektif, pengetahuan sedia ada, sumber pengajaran dan pembelajaran, kemahiran, penerapan nilai dan Kajian Masa Depan (sila lihat topik 6.2.2: Pedagogi Bestari).

Maklumat ini penting untuk anda merancang dan menyediakan: x x x x x bahan pengajaran sejajar dengan kebolehan murid. aktiviti-aktiviti pengajaran yang sesuai dan menarik strategi pengajaran yang sesuai dengan pengetahuan sedia ada murid. sumber pengajaran dan pembelajaran seperti OHP, slaid, LCD yang difikirkan perlu. cara penggabungjalinan dan penyerapan yang boleh dipertimbangkan diperingkat awal.

7.3.1.2

Pengetahuan Sedia ada

Pengetahuan sedia ada murid merupakan komponen yang penting untuk dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan persediaan mengajar. Komponen ini dikenali sebagai tingkah laku kemasukan dalam model pengajaran Robert Glaser (1962). Ia merujuk kepada aras kebolehan murid sebelum bermulanya pengajaran. Ahli pendidikan masa kini mempunyai keyakinan dan mempercayai bahawa murid-murid yang datang ke dalam suasana pembelajaran membawa bersama segala pengalaman mereka terdahulu yang disusun ke dalam skemata atau teori-teori kecil (Claxton, 1990). Pengalaman terdahulu ini dimiliki oleh murid-murid hasil dari interaksi mereka dengan alam sekeliling. Pengalaman-pengalaman ini terdiri daripada campuran pemikiran, perasaan dan kemahiran; selalunya mungkin menjadi penghalang kepada pengalaman pembelajaran yang bakal mereka lalui. Pengalaman pembelajaran bermula dengan pertembungan perkara baru di mana muridmurid menterjemah dan memberi erti kepada apa yang telah wujud dalam struktur kognitif mereka. Pengalaman pembelajaran mereka di bilik darjah akan mempengaruhi skemata struktur kognitif pelajar yang digunakan untuk menterjemahkan pengalaman bagi membina makna kepada pengalaman tersebut (Osborne & Wittrock, 1983). Dalam lain perkataan, murid-murid perlu menstruktur semula idea mereka supaya sesuai dan selari dengan fakta dan dapatan yang sebenarnya.

144

OUM

TOPIK 7

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

Pengetahuan sedia ada merangkumi: x x x x perkara yang telah dipelajari oleh murid. perkara yang pernah dialami oleh murid dalam kehidupan seharian kebolehan intelek murid latar belakang sosial dan budaya

Pengetahuan sedia ada penting untuk meningkatkan motivasi murid untuk mengikuti pelajaran dan meningkatkan kebolehan pembelajarannya. Dengan mengetahui pengetahuan sedia ada yang dimiliki oleh murid, dapat membantu seseorang guru itu: x x x x x Menyediakan bahan P&P berdasarkan minat dan kebolehan murid. Menetapkan objektif yang realistik dan boleh dicapai. Menyediakan aktiviti yang dapat penyertaan murid. Menyediakan ABM/BBM yang efektif Merancang strategi P&P yang sejajar dengan kemampuan murid-murid Objektif Pelajaran

7.3.1.3

Objektif pelajaran perlulah realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat muridmurid. Objektif pelajaran sepatutnya merangkumi ketiga-tiga aspek, iaitu situasi, tingkah laku murid dan tingkat pencapaian murid.

Ketika menentukan objektif pelajaran, pertimbangan-pertimbangan berikut: x x x x

anda

hendaklah

membuat

Objektif hendaklah jelas dan eksplisit (boleh diukur) Objektif hendaklah disusun secara berperingkat-peringkat berdasarkan kebolehan murid Objektif hendaklah mencakupi pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai. Objektif menyatakan apa yang murid harus buat dan peringkat pencapaian

Senarai perkara-perkara yang harus dipelajari dan peringkat pencapaian murid-murid telah dikumpulkan kepada tiga domain, iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Menurut Benjamin S. Bloom (1956) dalam Taksonomi Kognitif Bloom, domain kognitif terbahagi kepada enam aras.

OUM

145

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

TOPIK 7

Latihan 7.1
Cuba anda teliti kembali Huraian Sukatan Pelajaran. Apakah topik-topik yang mempunyai hasil pembelajaran lebih dari satu aras? Apakah perkaitan aras-aras tadi dengan Taksonomi Kognotif Bloom? Berikut adalah kepentingan-kepentingan objektif pelajaran kepada guru iaitu: x x x x x x Memberi arah kepada guru untuk mengetahui aras pencapaian murid-murid yang diharapkan. Dapat menilai pencapaian murid-murid dan sejauh mana ia memenuhi harapan guru. Dapat menilai kemajuan sepanjang pengajaran dan seterusnya mengatur strategi untuk mencapai matlamatnya. Guru dapat menentukan bahan P&P yang sesuai dan relevan. Guru dapat menentukan strategi P&P yang berkesan. Guru dapat menyusun aktiviti-aktiviti susulan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

7.3.1.4

Sumber pengajaran dan Pembelajaran (P&P) merujuk kepada segala alat bantu mengajar (ABM) yang digunakan ketika sesi P&P. Guru digalakkan menggunakan pelbagai bentuk ABM yang merangsang penggunaan pelbagai deria murid-murid. Kita boleh belajar: 10% daripada apa yang kita baca 20% daripada apa yang kita dengar 30% daripada apa yang kita lihat 50% daripada apa yang kita lihat dan dengar 70% daripada perbincangan 80% daripada pengalaman 95% apa yang kita ajar pada seseorang William Glasser

Berdasarkan kepada tip di atas, anda boleh pilih alat-alat yang sesuai untuk merangsang lebih banyak deria murid. Alat-alat yang biasa digunakan sebagai ABM/BBM ialah: x x x x x x x x x x Kad imbasan Model Bahan maujud Pita rakaman Slaid OHP Carta Radio TV Komputer dan LCD

146

OUM

TOPIK 7

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

Jika dilihat daripada senarai diatas, komputer boleh diekploitasi penggunaannya kerana dengan menggunakan teknologi ICT mampu melibatkan pelbagai deria murid. Contohnya, bagi topik Tumbuhan Hiasan, selain daripada membawa contoh tumbuhan hiasan, guru boleh menggunakan komputer bagi menunjukkan simulasi pokok hiasan yang baru ditanam, sedang membesar dan mengeluarkan bunga. Penggunaan deria lihat, rasa, dan dengar akan menambahkan peratus pembelajaran murid.

Sumber P&P sepatutnya mampu: x x x x x x x x Menjadi daya penarik murid-murid Memecah kebosanan murid-murid Mendatangkan suasana P&P yang berkesan dan menyeronokkan Membantu murud-murid membentuk konsep dengan lebih mudah, cepat dan jelas Menyediakan pengalaman sebenar bagi murid-murid Menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna Mempelbagaikan aktiviti P&P dan seterusnya melibatkan pelbagai deria Memupuk pemikiran berterusan.

7.3.1.5

Penerapan Nilai

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Petikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukan sahaja melahirkan insan yang berilmu tetapi juga seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani. Keseimbangan ini boleh dicapai dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran yang diajar. Penerapan nilai boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung. Contohnya, dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, anda boleh menerapkan nilai murni secara langsung melalui topik Pengurusan Bengkel. Nilai yang boleh diterapkan secara langsung ialah kebersihan dan kekemasan. Nilai yang boleh diterapkan secara tidak langsung dalam topik di atas ialah kerjasama.

OUM

147

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

TOPIK 7

NILAI-NILAI MURNI x x x x x x x x x x x x Kerajinan Kebersihan Kejujuran Hormat-menghormati Adil Kasih sayang Berterima kasih Bermasyarakat Bekerjasama Bertoleransi Bertanggungjawab Tolong-menolong

7.3.1.6

Kemahiran Berfikir Strategi Berfikir (KBSB)

Apakah makna berfikir? Menurut Beyer, 1991, berfikir merupakan kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. Apabila anda menyoal diri sendiri tentang sesuatu perkara dan mencari jawapannya, ini bermakna telah berlaku proses berfikir. Semasa anda mencari jawapan bagi sesuatu persoalan anda akan menggunakan aspek berikut: x x x Pengetahuan (apa yang anda tahu tentang perkara itu) Kemahiran (menyoal diri sendiri tentang perkara itu) Sikap dan nilai (keinginan untuk mengetahui tentang perkara itu)

Kemahiran berfikir terbahagi kepada 3, iaitu: (i) (ii) Kemahiran Berfikir Kritis kebolehan menilai sesuatu idea dan bersifat evaluatif Kemahiran Berfikir Kreatif kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli yang bersifat generatif Kemahiran Berfikir Menaakul kebolehan dalam membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir

(iii)

Apakah pula yang dikatakan strategi berfikir? Strategi berfikir terbahagi kepada 3, iaitu: (i) Mengkonsepsi membuat pengitlakan ke arah membina pengertian dan konsep berdasarkan ciri-ciri spesifik sepunya yang saling hubungkait. Menyelesai masalah strategi digunakan apabila tiada jawapan yang betul; atau diketahui ada perbezaan antara jangkaan dengan apa yang sepatutnya berlaku. Membuat keputusan strategi digunakan untuk membuat satu pilihan bagi situasi yang berkemungkinan mempunyai pelbagai penyelesaian; atau menentukan cara penyelesaian terbaik bagi kaedah yang dipilih.

(ii)

(iii)

148

OUM

TOPIK 7

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

Dalam melaksanakan KBSB, alat-alat berfikir digunakan, iaitu: x x x Penyusunan grafik Soalan dan penyoalan Peta minda

7.3.2

Set Induksi

Set induksi merupakan suatu proses yang diperkenalkan pada permulaan pelajaran dengan tujuan menarik perhatian serta mendorong pembelajaran. Brown (1975), menyatakan set induksi boleh digunakan dalam situasi-situasi berikut: x x x x x Ketika menukar ke topik yang baru Sebelum sesi soal jawab diadakan Sebelum suatu perbincangan panel Sebelum pertunjukan filem atau slaid Sebelum sesuatu tayangan television atau video

Beberapa tujuan set induksi diadakan, antaranya ialah: x x x x x x Menimbulkan minat murid terhadap sesuatu topik yang akan disampaikan. Meletakkan murid dalam set mental atau keadaan yang sedia menerima pelajaran. Menimbulkan perasaan ingin tahu murid-murid terhadap satu-satu konsep. Memusatkan perhatian murid terhadap satu-satu konsep. Menggalakkan murid menyertai pelajaran dengan giat. Menggalakkan murid mengingati pelajaran yang lepas.

OUM

149

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

TOPIK 7

Garis panduan menggunakan set induksi: x x x x x x Set induksi hendaklah berkaitan dengan objektif-objektif pelajaran. Set Induksi seharusnya bermakna serta sejajar dengan minat dan kebolehan murid-murid. Set induksi hendaklah relevan dengan isi pelajaran. Set induksi seharusnya digunakan apabila murid telah bersedia. Set Induksi hendaklah digunakan dengan cara yang menarik Set Induksi seharusnya berupaya merangsang murid-murid.

Berikut ialah contoh-contoh set induksi yang boleh anda guna dalam sesi P&P. 1. 2. 3. 4. 5. Pelajaran dimulakan dengan sesuatu yang luar biasa Pelajaran dimulakan dengan irama yang menarik Pelajaran dimulakan dengan satu benda maujud Pelajaran dimulakan dengan sesuatu yang mengagumkan Pelajaran dimulakan dengan situasi yang mencabar.

Anda pasti mempunyai idea yang menarik, kongsi idea anda di sini!. Apakah set induksi yang sesuai bagi mana-mana topik dalam mata pelajaran KHSR. Anda boleh mengemukakan idea anda semasa sesi P&P bersama pensyarah kelak.

7.2.3

Perkembangan

Pada peringkat perkembangan, isi pelajaran bagi topik baru akan diperkenalkan. Fungsi anda dalam menyampaikan isi pelajaran yang baru ini ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. mendedahkannya menerangkannya menarik perhatian murid tentang aspek-aspek yang penting berkaitan isi pelajaran. menyusun bahan tersebut dengan cara yang memudahkan kefahaman murid. membimbing murid menggunakan bahan yang dipelajari. membantu murid yang menghadapi masalah.

Anda boleh aplikasikan penggunaan alat-alat berfikir semasa peringkat ini!. Semasa anda bersama murid mengingat kembali, membuat rumusan anda boleh menggunakan peta konsep, penyusunan grafik, peta minda, soalan dan ilustrasi.

150

OUM

TOPIK 7

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

7.2.3.1

Langkah-langkah Perkembangan

Peringkat perkembangan biasanya dijalankan mengikut beberapa langkah penyampaian. Langkah-langkah ini disusun untuk memudahkan kefahaman konsep atau menguasai sesuatu kemahiran. Beberapa panduan boleh digunakan dalam membuat pemeringkatan langkah perkembangan, iaitu: x x x Langkah perlu disusun supaya adanya perkaitan diantara satu dengan yang lain. Langkah perlu bermula dengan yang ringkas kepada yang kompleks. Menganggarkan masa bagi setiap langkah

Perancangan serta pemeringkatan isi dan teknik pengajaran akan memudahkan pencapaian objektif pelajaran. Anda tidak akan tergopoh-gapah sekiranya setiap langkah telah disusun terlebih dahulu. 7.2.3.2 Isi Pelajaran

Isi pelajaran yang disediakan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid. Isi pelajaran yang terlalu mudah dan rendah arasnya mungkin tidak mencabar pemikiran murid. Begitu juga sebaliknya. Anda harus mengkaji pengetahuan sedia ada dan kebolehan murid-murid terlebih dahulu sebelum menyediakan isi pelajaran. Isi pelajaran yang sesuai juga perlu dirancang untuk pendidikan pemulihan dan pengayaan. Isi pelajaran harus dipertingkatkan dari aras yang senang ke aras yang susah dan dari yang konkrit ke yang abstrak.

Dalam pemilihan isi pelajaran, perkara-perkara berikut seharusnya dipertimbangkan. x x x x x x Penyusunan isi adalah relevan dengan objektif-objektif pelajaran. Penyusunan isi pelajaran hendaklah mengikut urutan yang teratur, mudah difahami serta membantu ingatan yang lebih kekal. Isi pelajaran hendaklah bermula dengan pengalaman sedia ada murid kepada pengalaman baru murid. Bahasa yang sesuai serta istilah yang tepat digunakan Isi pelajaran mencakupi masa yang diperuntukkan. Kemaskini dan mengikut perkembangan semasa

7.2.3.3

Strategi

Pemilihan strategi yang baik menjamin keberkesanan P&P. Strategi mencakupi kaedah dan teknik pengajaran (Rujuk semula Topik 6). Berikut ialah garis panduan yang boleh digunakan ketika memilih strategi pengajaran, iaitu: x x x dapat meningkatkan lagi keberkesanan P&P. dipelbagaikan agar dapat mengekalkan minat murid-murid. berpusatkan murid-murid dari segi minat, keperluan dan aktiviti.

OUM

151

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

TOPIK 7

x x x

berupaya menimbulkan suasana P&P yang bermakna, mendorong dan menyeronokkan. mengambil kira penggabungjalinan kemahiran-kemahiran seperti membaca, mengira, menulis dan melukis. Berupaya mencakupi unsur penyerapan isi daripada beberapa bidang pelajaran dan penerapan nilai-nilai murni.

7.2.4

Penilaian Objektif

Penilaian pembelajaran dilakukan untuk menentukan sejauh manakah objektif-objektif pelajaran tercapai. Penilaian yang dilakukan boleh berbentuk tulisan dan lisan. Contoh penilaian berbentuk lisan ialah: x x Kuiz Soalan lisan

Contoh penilaian berbentuk tulisan ialah: x x Soalan latihan bercetak Melengkapkan rajah

Kedua-dua cara di atas dapat menilai kefahaman murid terhadap sesuatu topik yang disampaikan serta menilai sejauh manakah mereka dapat mengaplikasikan perkaraperkara yang telah dipelajari.

7.2.5

Penutup

Beberapa cara boleh dilakukan pada bahagian ini. Anda akan mempelajari kemahiran penutupan pada Topik 9. Berikut ialah cara-cara yang boleh digunakan dalam bahagian penutup. 7.2.5.1 Rumusan

Unsur rumusan juga terkandung dalam bahagian penutup. Segala bahan yang telah dipelajari dirumus semula oleh guru atau murid dengan bantuan guru. Fakta-fakta atau konsep yang penting akan diulangi untuk pengukuhan. Rumusan juga dibuat agar murid mendapat gambaran yang menyeluruh tentang pelajaran yang telah disampaikan. 7.2.5.2 Aktiviti Susulan

Membuat latihan, model, projek dan buku skrap merupakan aktiviti susulan yang boleh di berikan kepada murid-murid. Tujuan aktiviti susulan adalah seperti berikut: x x x Mengukuh konsep-konsep yang telah disampaikan dalam satu-satu pelajaran. Menyediakan kegiatan pengayaan kepada murid-murid. Memberi peluang kepada murid-murid mengaplikasikan apa yang telah dipelajari.

152

OUM

TOPIK 7

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

Latihan 7.1
Cuba anda teliti contoh RPH dibahagian berikutnya. Apakah cara yang digunakan dalam bahagian penutupan?

7.2.7

Contoh Rancangan Pengajaran Harian (Rph)

Berikut ialah contoh RPH bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4. RPH ini disediakan bagi sesi P&P Semester 2, minggu ke 5.

Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup Kelas : 4 Budiman Umur : + 10 tahun Bil. Murid : 29 orang Masa : 10.20 hingga 11. 20 pagi Topik : Penjagaan Tumbuhan Hiasan Pengetahuan Sedia Ada (i) (ii)

Kehadiran : Tarikh :

Murid pernah melihat ahli keluarga menguruskan tumbuhan hiasan di perkarangan rumah. Murid pernah melihat tukang kebun sekolah menjaga tumbuhan hiasan di perkarangan sekolah.

Objektif Pengajaran Di akhir pengajaran & pembelajaran murid-murid dapat: (i) (ii) (iii) menerangkan dua dari tiga cara penjagaan pokok hiasan dalam pasu dengan jelas dan tepat; menggunakan peralatan merumput, mengembur dan menyiram dengan betul dan selamat; dan melakukan langkah-langkh penjagaan pokok hiasan pasu iaitu merumput, mengembur dan menyiram dengan betul dan sistematik.

KBKK : Membuat keputusan, mengkatogeri dan membuat rumusan. PENERAPAN NILAI : Bersih, teliti, bersistem, rajin, bekerjasama. BBM : Penyiram, pongkes, sudip tangan, serampang tangan, sarung tangan, sepasu bunga dan bunga hiasan di sebuah taman. KDM : Kajian Reka Bentuk (sistem penyiraman automatik)

OUM

153

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

TOPIK 7

Langkah/ masa
Set Induksi (5 min)

Isi Pelajaran
Nyanyian Bunga Di Halaman Rumah Ku Merah, utih, kuning dan ungu, Warna bunga di halamanku Segar, mekar, sepanjang hari Bau sungguh harum, memikat hati Nyaman rasa di pagi hari Bunga indah menari-menari, Terbang datang si rama-rama, Bekejar-kejaran menyeri bunga.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


x Guru menyanyi bersama pelajar lagu Bunga Di Halaman Rumah Ku x Guru bersoaljawab dengan pelajar mengenai lagu dan meminta komen pelajar berkenaan senikata lagu. x Guru mengaitkan lagu dengan topik pelajaran.

Catatan
NILAI: Bersyukur Keindahan

Perkembangan Langkah 1 (5 min)

Maksud Tumbuhan Hiasan Pokok-pokok atau pokok bunga yang ditanam untuk mencantikkan, menyegarkan dan mengindahkan sesuatu tempat .

x Guru menyoal serta menerangkan maksud tumbuhan hiasan. x Murid-murid cuba memberikan contohcontoh tumbuhan hiasan di rumah di sekolah, kawasan rekreasi dan lainlain. Contoh Jawapan: x bunga kekwa x bunga matahari x bunga mawar x palma x bunga raya

KAEDAH: Soal jawab NILAI: peka teliti

Langkah 2 (+ 5 min)

Penjagaan Tumbuhan Hiasan Dalam Pasu Bunga - merumput - menggembur - menyiram

x Guru menyoal murid-murid di manakah tumbuhan hiasan ditanam? Jawapan murid cuba dikaitkan dengan isi pelajaran hari ini x Guru menyoal murid-murid bagaimana untuk menghasilkan tumbuhan hiasan yang cantik dan subur dalam pasu bunga x Guru mengulas semua jawapan murid dan mengaitkan jawapan murid dengan topik pelajaran.

KAEDAH: Soal jawab KBKK: membuat keputusan NILAI: berani mencuba

154

OUM

TOPIK 7

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

Langkah 3 (+ 10 min)

Alatan dan kegunaan alatan - sarong tangan - serampang - pongkis - sudip tangan - penyiram (nota kegunaan alatan dilampirkan bersama)

x Murid berhimpun dihadapan meja tunjuk cara dalam bentuk ladam kuda. x Guru membuat tunjuk cara kaedah merumput, mengembur dan mnyiram dengan menggunakan alatalat yang berkaitan dengan cara yang betul dan selamat dihadapan kelas. x Murid-murid meneliti penerangan guru x Beberapa orang murid dipilih unuk melakukan aktiviti di atas dengan bimbingan guru dan diperhatikan oleh murid lain.

KAEDAH: Tunjukcara

BBM: penyiram pongkes sudip tangan serampang tangan sarung tangan sepasu bunga NILAI: Berani

Penilaian (+ 3 min)

Soalan penilaian: i. Terangkan dengan jelas dua dari tiga langkahlangkah penjagaan pokok hiasan dalam pasu? Aktiviti Kumpulan: - merumput - mengembur - menyiram (nota berkaitan dilampirkan bersama) x Murid murid dibahagikan kepada tiga kumpulan dan dibawa ke luar bengkel untuk aktiviti amali. x Setiap kumpulan melakukan kerja-kerja penjagaan tumbuhan hiasan dalam pasu bunga iaitu merumput, menggembur dan menyiram di kawasan yang ditetapkan. x Guru mengawal masa untuk setiap kumpulan melakukan ketiga-tiga kemahiran di atas secara urutan. x Guru membimbing dan membuat penilaian terhadap pencapaian objektif yang ditetapkan. NILAI: bekerjasama bersistem yakin diri KBKK: - buat keputusan BBM: Alatan tangan KMD: Menggunakan sistem penyiraman automatik

Langkah 4 (+ 25 min)

OUM

155

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

TOPIK 7

Penutup (+ 5 min)

x Guru menggunakan peta konsep semasa membuat rumusan. x Lembaran kerja diedarkan sebagai tugasan di rumah yang merupakan tugasan pengukuhan dan juga pengayaan sambil menerangkan apa yang perlu dilakukan untuk persediaan sebelum mengikuti pelajaran berikutnya.

BBM: lembaran kerja.

RUMUSAN
Rancangan pengajaran terdiri daripada rancangan pengajaran semester/tahunan dan rancangan pengajaran harian (RPH). Guru perlu menyediakan rancangan semester/tahunan sebelum sesuatu sesi persekolahan bermula sementara pengajaran harian disediakan sebelum hari pengajaran berlangsung. 1. Kepentingan rancangan pengajaran semester/tahunan x x x x x x 2. Sebagai panduan guru Dapat mengelak daripada pemesongan topik Susunan topik-topik teratur Memudahkan guru pengganti mengambil alih tugas. Penyelarasan untuk ujian bulanan dan semester Semakan topik lalu dan akan datang adalah mudah

Rancangan Pengajaran Harian mengandungi butir-butir am, pengetahuan sedia ada murid, objektif pelajaran, sumber/bahan bantu mengajar, strategi/kaedah/teknik pengajaran, langkah-langkah perkembangan, penilaian dan penutup. Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian Ia membantu guru: x Menentukan objektif P&P x Menentukan isi yang mencukupi x Menentukan strategi pengajaran yang sesuai x Menyediakan alat bantu mengajar x Merancang aktiviti P&P x Memperolehi keyakinan x Mengingati bahan-bahan pelajaran x Merancang aktiviti-aktiviti susulan, pemulihan dan pengayaan x Menjimatkan masa x Merancang penerapan nilai murni, kajian masa depan dan kemahiran berfikir strategi berfikir yang sesuai.

3.

156

OUM

TOPIK 7

PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN

GLOSARI
Eksplisit Kajian Masa Depan Dinyatakan dengan tepat dan jelas, tanpa dikias-kias. Merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya dan bertanggungjawab.

UJIAN 1
1. 2. 3. Apakah tujuan menyediakan rancangan pengajaran semester? Apakah tujuan menyediakan rancangan pengajaran harian? Apakah maklumat yang terkandung dalam sukatan pelajaran yang perlu anda gunakan untuk menyediakan rancangan pengajaran semester/tahunan?

UJIAN 2
1. 2. Apakah komponen-komponen yang terdapat dalam Rancangan Pengajaran Harian? Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian bagi minggu pertama sesi persekolahan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup.

OUM

157

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

TOPIK 8

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM


Zulkafli bin Arifin

PENGENALAN
Kajian telah membuktikan bahawa keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran (P&P) bertambah jika bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan itu sesuai, jelas, menarik dan berkesan. Mengikut kajian, 75% daripada maklumat yang diperolehi oleh pelajar adalah melalui deria penglihatan, 13% melalui deria pendengaran, 4% melalui deria sentuh, 4% deria rasa dan 4 % lagi melalui deria bau. Deria penglihatan dan pendengaran merupakan dua saluran deria manusia yang penting sekali untuk memperolehi maklumat. Oleh yang demikian, bahan bantu mengajar, khasnya alat pandang dengar memainkan peranan penting dalam aktiviti P & P dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan berlakunya perubahan tingkah laku. Bahan pengajaran-pembelajaran merangkumi berbagai-bagai jenis alat dan bahan sumber yang telah sedia atau yang disediakan oleh kita untuk membantu dalam pengajaran dan untuk membantu pelajar dalam pembelajaran. Dalam proses P & P, BBM atau alat bantu mengajar (ABM) digunakan bagi menjelas dan mengukuhkan isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh kita untuk mencapai objektif pembelajaran. Topik ini membantu anda menguasai kemahiran penyediaan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang menghuraikan jenis dan contoh bahan maujud, separa maujud dan abstrak serta kepentingannya. Topik ini juga mengkategorikan aspek alatan dan bahan, teknik penyediaan dan penghasilan bahan. Di samping itu menjelaskan tentang pengunaan bahan jenis hardware, software, pengendalian, penjagaan dan penyimpanan bahan. Pengintergrasian komputer dan bahan mediatif dalam P & P juga dibincangkan di akhir topik ini.

158

OUM

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

OBJEKTIF
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat 1. mengenal pasti jenis dan contoh alat-alat maujud, separa maujud dan abstrak bagi bahan bantu mengajar; menjelaskan teknik penyediaan alat dan bahan bantu mengajar yang relevan dan berkesan untuk P & P; menghuraikan penggunaan alat-alat hardware dan software dalam proses P & P; menerangkan teknik dan cara penyimpanan alat-alat bantu mengajar dengan teratur dan sistematik; dan mengamalkan pengintegrasian multimedia atau jaringan internet sebagai salah satu kaedah dan strategi secara kontekstual dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.

3. 4.

5.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK


BAHAN BANTU MENGAJAR

Jenis dan Contoh x x x Maujud Separa maujud Abstrak

Penyediaan Alatan dan bahan Teknik penyediaan Penghasilan bahan x x x

Penggunaan

Jenis hardware /software Pengendalian Penjagaan & Penyimpanan

OUM

159

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

TOPIK 8

8.1

JENIS DAN CONTOH BBM

Bahan P & P biasanya digolonkan sebagai media pengajaran atau instructional media. Gerlach dan Ely (1980) melihat media pengajaran sebagai sumber-sumber seperti manusia, bahan atau suasana yang boleh menimbulkan iklim pembelajaran untuk merangsangkan pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pembentukan sikap positif. Reiser dan Gagne (1983) membuat kesimpulan bahawa media pengajaran merangkumi bahan bercetak, rakaman audio dan visual, filem, slaid serta alatan yang digunakan bagi menyampaikan isi pengajaran. Peranan bahan pengajaran-pembelajaran ditentukan oleh sukatan pelajaran, objektif pengajaran dan aktiviti-aktiviti P & P yang terbentuk daripada pendekatan atau kaedah pengajaran guru. Definisi Bahan Bantu Mengajar Atan Long (1982) mengatakan bahawa alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama `alat bantu mengajar. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Thomas, R. Murray dan Swartout, Sherwin G. (1963) menjelaskan bahawa hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan. Kategori Bahan Bantu Mengajar Menurut J.S.Farrant (1981); alat bantu mengajar terbahagi kepada dua kategori, iaitu; 1. Alat bantu mengajar yang asas seperti papan hitam, buku teks, buku kerja, gambar dan carta, papan flannel, peta, atlas dan glob, model dan contoh-contoh. Alat bantu mengajar elektrik seperti layar dan penggelapan, jalur filem, dan slaid, wayang gambar, televisyen, radio, perakam pita dan gramotor.

2.

160

OUM

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

Mengikut W.F.Connell (1981); sumber pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu; 1. 2. Alat bantu mengajar am seperti papan hitam dan buku bercetak. Alat pandangdengar seperti objek, model, patung, gambar, lukisan, diorama, gambarfoto, glob, peta, carta, gambarajah, graf, poster, kartun dan bahan salinan bagi alat pandang. Manakala alat dengar adalah seperti radio, alat pemain piring hitam, pita rakaman suara dan sistem pembesar suara. Filem suara dan televisyen pula bercorak pandang-dengar. Alat ciptaan baru bagi pengajaran berprogram, modul dan mesin mengajar yang berkaitan seperti alat-alat multimedia.

3.

Kesimpulannya, BBM atau ABM boleh kita rumuskan kepada tiga jenis iaitu: 1. Alat bantu mengajar yang asas seperti papan hitam atau papan tulis, buku teks dan buku kerja. Alat bantu mengajar bukan elektronik seperti objek, buku, papan flanel, model, patung, gambar, lukisan, carta, gambarajah, graf, poster, kartun, lawatan, pameran, sumber-sumber komunit dsb. Alat bantu mengajar elektronik seperti filem jalur dan slaid, radio, televisyen, perakam pita, video, projektor legap, projektor overhead, makmal bahasa, gramafon, alat pemain piring hitam dan pembesar suara.

2.

3.

8.1.1

Maksud Bahan Maujud/Konkrit

Menurut Kamus Dewan, bahan maujud bermaksud bahan-bahan yang nyata (real object) atau benda yang dapat dilihat dan dipegang. Bahan-bahan maujud adalah bahan sebenar atau asli yang anda bawa masuk ke bilik darjah sama ada buatan manusia atau semulajadi, seperti jenis sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan, kuih muih dsb

8.1.2

Bahan Separa Maujud

Kamus Dewan menjelaskan bahan separa maujud adalah bahan-bahan dan peralatan yang tidak memerlukan alat pengunjuran atau tayangan semasa digunakan. Kebanyakan bahan bantu mengajar tergolong di dalam kumpulan ini, seperti carta, model, gambar foto, kartun, gambar rajah dan lain-lain. Jenis-jenis bahan bantu mengajar separa maujud termasuk; (a) Bahan 2D bahan dua dimensi (2D) adalah bahan-bahan visual yang dihasilkan di atas kepingan kertas yang rata seperti gambarfoto dan carta. Bahan 3D bahan tiga dimensi (3D) adalah bahan-bahan yang menyerupai bentuk asli atau modelnya, yang dibuat sama saiz dengan benda asal atau pun dikecilkan, contohnya model kereta dan model rumah.

(b)

OUM

161

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

TOPIK 8

(c)

Papan Pengajaran sebarang jenis papan besar yang digunakan oleh guru untuk membuat catatan isi dan bahan-bahan pengajaran yang lain untuk salinan atau tatapan pelajar, seperti papan kapur, papan hitam atau papan putih dll. Papan pamer papan yang digunakan untuk mempamerkan visual-visual tertentu seperti papan flanel, papan kenyataan dll.

(d)

8.1.3

Abstrak

Bahan yang tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran (tentang sesuatu pengertian seperti kesetiaan, kecantikan dan lain-lain). Bahan-bahan ini selalu dibincangkan dengan pelajaran moral, agama, bahasa dan kesenian dan lain-lain.

Cuba Anda Banding Beza Apakah perbezaan BBM jenis maujud dengan bahan separa maujud?

Kuiz 1
Huraikan definisi bahan bantu mengajar? Nyatakan secara grafik BBM yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia?

162

OUM

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

8.1.4

Bahan Pengajaran Pembelajaran yang Dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Bahan Separa Maujud

OUM

163

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

TOPIK 8

8.2

PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagaimanakah anda hendak memilih BBM? Bahan bantu mengajar boleh didapati dalam beberapa jenis sama ada dalam media unjuran, media bukan unjuran atau media elektronik. Proses pemilihan bahan bantu mengajar mengunakan kaedah-kaedah berikut; x x x Pilih daripada bahan-bahan sedia ada Olahan semula bahan-bahan sedia ada Merekacipta bahan-bahan baru melibatkan anda

8.2.1

Pilihan Bahan-bahan Sedia Ada

Untuk membuat pilihan bahan berbentuk ini, kita boleh berpandukan faktor-faktor berikut; (a) Tahap Pencapaian Pelajar BBM yang dipilih mestilah sesuai dengan tahap kebolehan dan perkembangan pelajar dalam bidang akademik, tahap kefahaman serta pendengaran. Bahan tersebut mestilah dapat diterima dengan mudah oleh semua pelajar. Bentuk Objektif Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kandungan bahan mestilah sesuai dan sejajar dengan objektif pengajaranpembelajaran. Bahan itu mestilah mempunyai penerangan yang jelas serta mempunyai aktiviti-aktiviti kelas atau individu yang setara dalam proses P & P. Kaedah Pengajaran yang Digunakan Bahan bantu mengajar mempunyai cara atau kaedah penggunaan yang tersendiri. Contohnya: Adakah bahan itu boleh digunakan secara kumpulan atau individu? Perlukah peneguhan secara bertulis atau lisan atau gambaran atau kesemuanya? Kekuatan atau Kelemahan Bahan dalam Situasi P & P Sebelum bahan bantu mengajar dapat digunakan secara optimum, kita haruslah dapat menyelesaikan persoalan-persoalan berikut; (i) (ii) (iii) adakah masa yang diperuntukan itu cukup? adakah bahan-bahan tambahan itu mencukupi? perlukah perbelanjaan dikeluarkan untuk menggunakan bahan itu dan sanggupkah pihak sekolah membiayainya?

(b)

(c)

(d)

164

OUM

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

8.2.2

Olahan Semula Bahan Sedia Ada

Bahan-bahan yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat swasta lazimnya tidak mengikut kehendak kurikulum sekolah dengan sepenuhnya. Anda bolehlah menggunakan kebijaksanaannya sendiri untuk mengolah semula bahan-bahan tersebut supaya sesuai dan relevan dengan tujuan serta objektif P & P. Langkah-langkah menyediakan olahan semula bahan sedia ada ialah: (a) (b) (c) (d) memperbaiki caption atau label pada poster atau grafik mengubahsuai aras rakaman audio pada rakaman kaset atau video menyunting teks, grafik visual atau rakaman membuat atau melukis semula grafiknya.

8.2.3

Merekacipta Bahan Baru

Anda adalah sumber yang paling baik untuk menghasilkan bahan-bahan yang baik, sempurna dan sesuai di dalam sesuatu situasi P & P. Anda sememangnya arif dalam beberapa aspek seperti tahap pencapaian pelajar, faham tentang topik yang akan disampaikan serta unggul mengenai objektif P & P yang ingin dicapai. Dalam hal ini, merekacipta bahan-bahan baru, beberapa persoalan 4W & 1H (Why, What, When, Who and How) perlu diambil kira terlebih dahulu, di samping perkara-perkara berikut iaitu: (a) Objketif P & P - Apakah yang mahu dipelajari oleh pelajar? - Apakah penggunaan bahan tersebut dapat mencapai objektif yang ingin dicapai? (b) Penonton - Apakah tahap pencapaian pelajar? - Bolehkah mereka mengikuti arahan atau petunjuk bahan tersebut? - Adakah pelajar mempunyai kecekapan, kebolehan atau pengetahuan untuk menggunakan bahan itu? (c) Perbelanjaan - Adakah penyediaan atau penghasilan bahan itu melibatkan kos? - Bolehkah anda atau sekolah membiayainya?

(d) Kepakaran atau Kemahiran Teknikal - Adakah kemahiran atau kepakaran tertentu diperlukan untuk membuat bahan itu atau untuk menggunakannya? - Bolehkah bantuan didapati untuk menghasilkan bahan itu? - Bolehkah kita membuat bahan itu dengan mudah? - Bagaimanakah kesan bahan tersebut terhadap ilmu, kemahiran dan sikap pelajar?

OUM

165

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

TOPIK 8

8.2.4

Kriteria Pemilihan Bahan Bantu Mengajar

Sebelum anda membina sesuatu bahan, pemilihan bahan perlulah diberi perhatian iaitu: x x x x x x x x x x BBM haruslah bersesuaian dengan aktivti P & P. Isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan. BBM harus mengandungi idea-idea dan rekabentuk yang asli dan tersendiri. BBM yang hendak digunakan mestilah seimbang atau sesuai dengan objektif P & P. BBM boleh membantu kita dalam aktiviti P & P di mana kita boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat. Kita mestilah suaidiri terlebih dahulu dengan media ataupun bahan yang bakal digunakan untuk mengelakkan kesilapan atau kelemahan semasa persembahan. Rekabentuk BBM hendaklah menarik dan berkesan untuk menimbulkan minat pelajar. BBM mestilah sepadan dengan kaedah pengajaran yang digunakan dan mengandungi nilai-nilai murni yang tinggi. BBM yang dipilih itu mestilah sesuai dengan kebolehan dan tahap pencapaian pelajar. BBM haruslah disediakan dengan kos yang rendah dan dalam masa yang berpatutan. BBM harus disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan.

Cetusan Minda
Terangkan objektif yang berkaitan dengan aspek penyediaan bahan bantu mengajar setelah anda membaca modul ini?

166

OUM

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

8.2.5

Kepentingan Bahan P & P


Deria Bau 4 % Deria Sentuh 4% Deria Pendengaran 13% Deria Rasa 4 %

Deria Penglihatan 75%

8.2.6

Kepentingan Bahan Rujukan Guru

Bahan rujukan guru seperti sukatan pelajaran, buku panduan mengajar dan buku sumber adalah penting bagi kita mengkaji dengan teliti supaya dapat mengajar dengan tepat, membolehkan kita merancang persediaan mengajar dengan berkesan serta menyediakan alat bantu mengajar yang relevan dan sesuai.

8.2.6

Kepentingan Bahan Pengajaran Guru

Bahan pengajaran merujuk kepada alat bantu mengajar yang digunakan oleh kita semasa mengajar. Bahan-bahan ini terdiri daripada kapur dan papan tulis, carta, radas-radas, spesimen, benda-benda maujud, gambar, peta dan glob, rakaman kaset dan video, transparensi dan projektor, komputer dan LCD. Kepentingan bahan pengajaran ialah: 1. 2. 3. Membantu kita menyampaikan pelajarannya dengan tepat. Merangsangkan minat pelajar supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran. Memudahkan kita menyampaikan pelajarannya. Dengan BBM kita tidak perlu menghuraikan sesuatu dengan menggunakan banyak perkataan. Kita dapat menjimatkan masa pengajarannya kerana kita tidak perlu lagi menulis maklumat-maklumat itu di atas papan hitam.

4.

Kuiz 2
Nyatakan 3 cara memilih bahan bantu mengajar? Huraikan salah daripada cara tersebut?

OUM

167

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

TOPIK 8

Kepentingan bahan pembelajaran pula ialah; 1. Membolehkan pelajar menghubungkaitkan di antara benda konkrit dengan faktafakta yang abstrak. Membantu pelajar mengukuhkan ingatan. Pelajar biasanya boleh mengingat sesuatu yang berbentuk konkrit lebih lama daripada bahan-bahan abstrak. Membantu pelajar menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan. Membolehkan pelajar menjalankan kajian, melalui kaedah projek atau kaedah inkuiri-penemuan dan membuat kesimpulan dengan menggunakan BBM. Membantu pelajar menyelesaikan masalah secara sendiri dengan menggunakan BBM.

2.

3. 4.

5.

Aktiviti 8.1

Anda dalam kumpulan (2 atau 3 orang) dikehendaki membuat sebuah papan flanel mengikut ukuran dan saiz berikut; Cara Membuat Papan Flanel: Untuk membuat papan flanel, kita memerlukan kayu untuk pemidang (bingkai) dan kuda-kuda, sekeping papan tebal atau papan lapis untuk menutup pemidang dan sehelai kain flanel yang berkualiti untuk dibuat alas. Kekemasan dan kesempurnaan alat amatlah diutamakan. 1. Membuat pemidang 2 keping kayu/beruti 2 keping kayu/beruti Kuda-Kuda 2 keping kayu/beruti 2 keping kayu/beruti 2 ensel paku dan skru

- 84 sm x 2 sm - 55 sm x 2 sm

2.

- 52 sm x 2.5 sm x 7.5 sm - 76 sm x 2.5 sm x 2 sm - jenis 1.2 sm

168

OUM

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

3.

Papan Lapis/Papan Tebal

- 84 sm x 55 sm x 1.5 mm tebal)

4. 5.

Kain Flanel Paku Tekan/stapel

- 89 sm x 61 sm

8.3

PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN BBM

Pengumpulan dan penyimpanan bahan-bahan bantu mengajar tanpa sebarang sistem tertentu akan menyusahkan pelajar dan guru. Salah satu punca utama kurangnya penggunaan bahan-bahan bantu mengajar di sekolah-sekolah ialah kerana kesukaran kita untuk mendapat bahan-bahan tersebut. Oleh yang demikian, untuk memastikan bahanbahan 2D dan 3D yang telah dibuat dan dikumpul dapat digunakan dengan meluas, satu organisasi pengumpulan dan penyimpanan yang kemas dan lengkap perlulah kita adakan.

8.3.1

Organisasi Penyimpanan BBM

Di dalam bilik darjah, pelbagai jenis ruang pembelajaran seperti ruang bacaan, sudut akademik serta ruang pengendalian dan penyimpanan alatan atau bahan pembelajaran adalah disediakan sebagai tempat pelajar-pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Untuk memastikan keberkesanan penggunaan ruang-ruang pembelajaran tersebut, semua sumber pembelajaran hendaklah diorganisasikan mengikut cara-cara seperti berikut: 1. Kita hendaklah menyusun BBM secara berasingan mengikut mata pelajaran dan diletak dalam tempat yang sesuai serta mudah didapati. Satu rekod senarai sumber pembelajaran hendaklah kita simpan untuk rujukan. Cara mengedar, mengutip dan menyimpan BBM @ sumber pembelajaran hendaklah kita jelaskan kepada pelajar supaya mereka boleh menggunakannya dengan mudah dan berkesan. Bahan pembelajaran seperti gambar, spesimen, carta, lukisan dan hasil kerja pelajar boleh kita pamerkan pada papan kenyataan atau digantung pada dinding untuk dibaca pelajar dari semasa ke semasa.

2. 3.

4.

OUM

169

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

TOPIK 8

5.

Ruang bacaan hendaklah kita lengkapi dengan buku-buku cerita untuk digunakan menjalankan aktiviti membaca secara kumpulan. Ruang akademik seperti matematik hendaklah kita lengkapi dengan alat-alat mengira, benda-benda maujud dan bahan-bahan perdagangan. Kerja penyusunan alat-alat dan bahan-bahan pembelajaran boleh kita uruskan secara gotong royong. Ada baiknya kerja penyusunan ini kita berikan kepada ketuaketua kumpulan supaya mereka dilatih bertanggungjawab menjaga sumber pembelajaran mereka dalam keadaan baik, kemas dan bersih. Ruang penyimpanan hendaklah kita sediakan almari, rak-rak dan kotak-kotak supaya sumber pembelajaran dapat disimpan dalam keadaan kemas dan teratur bagi mengurungkan kesesakan serta menambahkan keindahan bilik darjah.

6.

7.

8.

Organisasi penyimpanan bahan P & P adalah amat penting untuk aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Sekiranya bahan pembelajaran di dalam bilik darjah diorganisasi dengan baik, teratur dan sisitematik, keberkesanan interaksi pelajar dengan bahan serta aktiviti pembelajaran akan dapat kita pertingkatkan.

8.3.2

Kaedah-kaedah Penyimpanan BBM

Di antara kaedah yang mudah dan senang kita gunakan termasuklah almari khas, fail-fail ringkas, album plastik, kotak dan gantungan. (a) Almari Khas Bahan 2D dan 3D boleh disimpan di dalam almari-almari berasingan. Para-para yang berasingan ataupun yang berlainan warna boleh digunakan untuk membezakan topik koleksi atau pun tahap bahan koleksi itu. Letakkan label-label yang jelas sebagai rujukan.

Almari Khas

Rajah 8.1: Almari khas

170

OUM

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

Apakah yang anda tahu? 1. Apakah yang dimaksudkan olahan semula bahan bantu mengajar? 2. Nyatakan kriteria pemilihan BBM dalam P & P?

(b)

Fail-fail Ringkas Carta, poster dan gambarajah yang mempunyai saiz yang sama besar ataupun mempunyai topik yang serupa boleh kita cantumkan menjadi satu fail berjilid dengan menggunakan tali atau gegelang. Fail tegak atau fail biasa juga digunakan. Jangan lupa, anda perlu letakkan label yang jelas pada kulit fail tersebut.

Fail-Fail Ringkas

Rajah 8.2: Fail-fail ringkas

Kuiz 3
1. Senaraikan sekurang-kurangnya 3 kaedah penyimpanan BBM dengan betul setelah membaca modul ini? Nyatakan tujuan penggunaan bahan bantu mengajar setelah memahami modul ini?

2.

OUM

171

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

TOPIK 8

(c)

Album Plastik Gambar foto harus kita simpan di dalam album plastik kerana ini memudahkan kerja-kerja memilih gambar foto tersebut. Warna gambar foto juga akan tahan lebih lama jika kita simpan di dalam album plastik.

Album Plastik

Rajah 8.3: Album plastik

(d)

Kotak Bahan-bahan 3D boleh kita simpan di dalam kotak-kotak bertutup. Kotak boleh diperbuat daripada kertas keras ataupun daripada papan lapis. Kita harus letakkan label yang jelas pada setiap kotak yang digunakan.

Kotak

Rajah 8.4: Kotak

172

OUM

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

(e)

Gantungan Bahan 2D boleh kita simpan secara menggantung pada rak-rak khas. Gunakan klip buaya besar atau penyangkut yang kuat. Kita boleh menggunakan kad warna bahan untuk membezakan topik atau tahap atau bahan yang disimpan itu.

Rak Gantungan

Rajah 8.5: Rak Gantungan

Kuiz 4
Mengapakah bahan bantu mengajar perlu di organisasikan dengan kemas dan sempurna? Bincangkan.

OUM

173

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

TOPIK 8

8.3.3

Cara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Tujuan kita menggunakan bahan bantu mengajar ialah: x x x x x x x menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep. menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar. menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal dan konkrit. memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar. membina pemikiran yang berterusan, terutama melalui pengunaan filem-filem bergerak. membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar. menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Garis Panduan menggunakan BBM/ABM untuk aktiviti pengajaran-pembelajaran adalah seperti berikut: 1. BBM/ABM seperti carta hendaklah kita gantung di suatu tempat yang sesuai supaya pelajar boleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakan carta, kita haruslah membimbing pelajar-pelajar meneliti fakta yang penting supaya tidak membazirkan masa serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, kita boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada pelajar-pelajar bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan kita. Cara ini boleh menarik minat pelajar serta membangkitkan daya pemikiran mereka. Sebelum bahan atau peralatan kita edarkan kepada pelajar untuk kerja praktis atau amali, kita harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisiplin dan mengikut masa yang ditetapkan. Kita harus tunjukkan BBM kepada pelajar hanya pada masa yang perlu sahaja. Jika sesuatu BBM ditunjukkan lebih awal, pelajar-pelajar akan asyik tumpukan perhatian mereka kepada alat itu dan kurang memberi perhatian kepada aktiviti pengajaran kita. Kita harus membimbing pelajar-pelajar membincang fakta-fakta penting yang terkandung dalam BBM. Selepas itu, kita harus adakan aktiviti penilaian terhadap tindak balas pelajar tentang hasil penggunaan BBM itu dengan tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif P & P. BBM yang telah selesai kita gunakan haruslah dikumpul semula dan disimpan dengan baik di tempat yang selamat. BBM haruslah digunakan untuk membantu kita dalam aktiviti P & P dan ia tidak boleh menggantikan tempat kita. Penggunaan BBM haruslah sesuai dengan aktiviti P & P supaya mencapai objektif pelajaran yang ditentukan. Pada amnya, cara menggunakan bahan bantu mengajar hendaklah kita uruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar-pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan mereka. Nilai sesuatu BBM yang baik akan terjejas sekiranya alat itu tidak kita sediakan mengikut kriteria-kriteria yang telah dihuraikan

2.

3.

4.

5.

6.

174

OUM

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

atau penggunaannya kurang cekap dan berkesan atau penyimpanan yang kurang sistematik

8.3.4
A)

Komponen Hardware dan Software dalam Pendidikan ICT


PERKAKASAN (HARDWARE)

Perkakasan (hardware) dalam sistem rangkaian kita merangkumi beberapa komponen yang berbentuk fizikal. Komponen ini termasuk komputer, peralatan rangkaian seperti modem, mesin cetak, fax, unit backup, peranti simpanan fail dan sebagainya. Komponen perkakasan yang lain termasuk kabel yang kita gunakan untuk menyambungkan beberapa komputer dan peralatan dalam dua rangkaian melalui penyambung (connector) adalah digunakan demi memudahkan pertukaran maklumat. Jenis penyambung yang sering kita gunakan dipanggil sebagai bridge. Perkakasan (hardware), adakah anda tahu maksud ini? Hmm... perkakasan membawa maksud, komponen-komponen utama yang terdapat dalam sesebuah sistem komputer. Contoh perkakasan ialah, PEMPROSES (processor), INGATAN (memory) dan PEMACU (drive). Pada ruangan ini, kita akan mengenali secara kasar, apakah perkakasan komputer yang membolehkan komputer dapat berfungsi dan berinteraksi dalam pendidikan. Istilah Bahasa Inggeris juga turut disertakan untuk mengelakkan kekeliruan dalam mengenali perkakasan komputer. Sebelum anda mengenali komputer dengan lebih dekat, sebaiknya anda perlu mengenali apa itu perkakasan luar komputer, seperti, papan kekunci, tetikus, monitor, pencetak, pengimbas, dan lain-lain. Pemproses, dikenali juga sebagai PROSESSOR. Ia merupakan pusat utama bagi sesebuah komputer dan berperanan sebagai 'jantung' untuk memproses data dan laluan data keluar dan masuk. Pemproses bertindak memproses segala data (input/output) untuk diterjemahkan supaya data-data input dapat kita lihat di monitor dan dikeluarkan melalui Kad Bunyi (sound card). Antara contoh pemproses yang kita boleh dapatkan dalam pasaran ialah i486, Intel Pentium II, Intel Pentium III, Pentium IV, Intel Celeron, AMD K6-2, Cyrix 6x86, dan Motorolla PowerPC. Unit ukuran yang digunakan untuk mengukur nilai kelajuan pemproses ialah HERTZ (Hz). Kelajuan pemproses pada zaman dahulu adalah dalam lingkungan 1 Mhz (1000 Hz) hingga 75Mhz (75000 Hz). Manakala, kebanyakan pemproses pada hari ini mempunyai kelajuan yang sangat tinggi, iaitu dalam lingkungan 100 Mhz (100000 Hz) hingga 1.5 Ghz (1500000 Hz). Antara contoh pemproses yang berkelajuan tinggi ialah, Intel Pentium II, Intel Pentium III, Intel Pentium IV, Intel Celeron, dan AMD K6-2.

OUM

175

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

TOPIK 8

Jadual dibawah menunjukkan kelajuan-kelajuan pemproses beberapa jenama. Pemproses Intel Pentium Intel Pentium II Intel Pentium III Intel Pentium 4 AMD K6-2 AMD Duron AMD Athlon Cyrix 6x86 M2 Cyrix 6x86 M3 Kelajuan 75 Mhz, 100 Mhz, 133 Mhz, 166 Mhz, 166 Mhz MMX, 200 Mhz MMX. 200 Mhz, 233 Mhz, 366 Mhz, 400 Mhz. 400 Mhz, 466 Mhz, 566 Mhz, 866 Mhz. 1 Ghz, 1.2 Ghz 300 Mhz, 400 Mhz, 450 Mhz, 500 Mhz, 550 Mhz. -NA700 Mhz 200 Mhz, 233 Mhz 333 Mhz

Ingatan (Memory) Ingatan komputer disebut 'memory', istilah yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris. Dalam sesebuah sistem komputer, terdapat berbagai-bagai jenis memori. Antaranya ialah, Cache Memory, BIOS Memory dan SIMM-RAM (Single Inline Memory Module - RAM)/ DIMM-RAM. Pada asasnya, terdapat dua jenis memori, iaitu, Memori Kekal dan Memori Sementara. Cache Memory dan SIMM-RAM tergolong dalam Memori Sementara atau juga dipanggil RAM (Random Access Memory), manakala BIOS memory adalah tergolong dalam Memori Kekal atau juga dipanggil ROM (Read Only Memory). Cache Memory biasanya terdapat pada papan induk dan pada prosessor. Cache memory pada sesebuah prosessor mempunyai dua peringkat, iaitu Cache Lever 1 dan Cache Lever 2. Keluasan kedua-dua memori ini mempengaruhi kelajuan sesebuah prosessor. Saiz cache memory pada prosessor biasanya sebesar 128 hingga 256 kb (Kilobytes). SIMM-RAM/DIMM-RAM adalah merupakan memori utama yang diperlukan oleh sistem komputer untuk menjalankan operasi. Memori jenis ini biasanya dipanggil dengan perkataan RAM sahaja. RAM mempunyai berbagai-bagai jenis, seperti FP Mode-RAM, EDO-RAM, SD-RAM dan RD-RAM. Komputer pada masa dahulu menggunakan FP Mode RAM dan EDO-RAM. RAM jenis ini adalah pendek dan mempunyai 72-pin dan berfungsi dalam kelajuan 33 hingga 66 Mhz dalam pemindahan data.

176

OUM

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

EDO-RAM Gambar rajah di bawah menunjukkan papan induk socket 7 dan kedudukan slot EDORAM. Selain itu, RAM yang berjenis, FP-Mode (Fast Page Mode), adalah RAM yang jarang didapati dan RAM ini mempunyai kelebihan tertentu dari segi pemindahan data. RAM FP-Mode ini mempunyai saiz yang sama dengan EDO-RAM. Manakala RD-RAM adalah RAM yang masih jarang didapati. Ini kerana, RDRAM hanya digunakan untuk sistem yang berkelajuan 1Ghz ke atas.

SD-RAM SD-RAM (Sycronize Dynamic-RAM) adalah pilihan RAM yang terbaru dan berfungsi dalam berbagai-bagai kelajuan. Antaranya ialah, 66 Mhz, 100 Mhz dan 133 Mhz. Kelajuan-kelajuan ini juga dikenali dengan panggilan 'PC-100' untuk SD-RAM berkelajuan 100 Mhz dan 'PC-133' untuk SD-RAM berkelajuan 133 Mhz. RAM yang mempunyai <null>-pin ini mampu untuk menampung FSB papan induk dan kelajuan CORE prosessor yang berkelajuan 66 Mhz hingga 133 Mhz. Pada sistem komputer yang menggunakan prosessor berkelajuan 200 Mhz keatas, SD-RAM menjadi pilihan kerana dapat menyokong kelajuan prosesor. Gambar rajah di bawah menunjukkan di mana kedudukan dan jenis slot SD-RAM.

Cache Memory Cache Memory pula terletak di atas papan utama dan kelihatan seperti sekumpulan litar terkamil (IC). Cache Memory pada prosessor pula terletak pada prosessor. ROM - BIOS Memori yang terdapat dalam BIOS adalah bersifat kekal dan tidak boleh diubah-ubah kandungannya. Memori ini sebenarnya adalah Firmware. Memori ini berfungsi untuk menjalankan arahan-arahan ringkas untuk permulaan menghidupkan sistem komputer sebelum, arahan-arahan yang dikeluarkan oleh prosessor. Arahan yang terkandung dalam

OUM

177

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

TOPIK 8

memori BIOS ini juga adalah digunakan untuk menyimpan data-data mengenai konfigurasi komputer seperti saiz pemacu cakera keras, kelajuan prosessor, dan penetapan APM (Advanced Power Management). Untuk menyimpan data-data ini, sedikit bekalan kuasa elektrik masih diperlukan, dan ini merupakan tugas bateri (yang terdapat pada papan induk) untuk membekalkan kuasa walaupun komputer telah dimatikan suisnya. Mainboard

Mainboard atau Papan Utama juga dikenali sebagai Motherboard (Papan Induk) adalah merupakan papan litar besar yang menempatkan komponenkomponen utama komputer seperti pemproses (prosessor), ingatan (memory) dan juga kad-kad tambahan seperti Kad Bunyi (Sound Card), Kad Paparan (Display Card) dan juga Modem Dalaman (Internal Modem).

Pada papan utama (mainboard), terdapat komponen-komponen elektronik seperti IC, perintang dan juga kapasitor. Komponen ini menjalankan fungsi-fungsi yang tertentu. Selain itu, terdapat Slot iaitu tempat kad-kad tambahan dimasukkan. Papan utama dikelaskan berdasarkan jenis soket atau jenis pemproses yang boleh disokong. Antaranya ialah, papan induk Socket 3, papan induk Socket 7, papan induk Socket 370, papan induk Slot 1, dan papan induk Slot A. Setiap soket yang terdapat pada papan induk ini, menyatakan jenis pemproses yang boleh dimasukkan. Jadual di bawah menunjukkan jenis soket dan pemproses yang boleh digunakan. Jenis Papan Induk Socket 3 Socket 7 Socket 370 Slot 1 Slot A Pemproses i386, i486 dan setaraf Intel Pentium, AMD K6-2, Cyrix 6x86 dan setaraf Intel Pentium II, Intel Pentium III, Intel Celeron PPGA, Cyrix 6x86 M3 Intel Pentium II, Intel Celeron AMD Duron, AMD Athlon

Kuiz 5
Huraikan perbezaan antara perkakasan dan perisian dalam pendidikan multimedia?

178

OUM

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

B)

PERISIAN (SOFTWARE)

Perisian (software) merupakan sesuatu program komputer. Ia mengandungi suatu set arahan dalam bahasa spesifik yang mengarah komputer supaya melaksanakan operasi ke atas data terkandung dalam program itu atau dibekalkan oleh pengguna. Perisian rangkaian merangkumi program yang dioperasikan oleh komputer-komputer dalam rangkaian. Sistem Operasi Rangkaian merupakan perisian yang utama dalam rangkaian kerana sistem ini mengorganisasi dan menyelenggarakan segala aktiviti dalam rangkaian itu. Jenis perisisan rangkaian yang lain adalah dihuraikan secara ringkas seperti berikut; 1. Pemacu Rangkaian (Network driver): Perisian ini membenarkan komputer supaya menggunakan kad antara muka rangkaian (network interface card) untuk berkomunikasi dengan rangkaian yang berkenaan. Perisian aplikasi (Application Software): merangkumi program digunakan dalam komputer yang bersambung kepada sesuatu rangkaian. Program ini termasuk word processors, spreadsheet dan lukisan. Pelayan (Server Software): Perisian ini merupakan perkhidmat komputer yang membolehkan maklumat dan sumber disalurkan kepada komputer-komputer lain dalam rangkaian. Perisian ini adalah digunakan untuk membolehkan server itu menjalankan sesuatu tugas spesifik, misalnya memproses e-mail. Perisian Pengurusan (Management software): Perisian digunakan mengendalikan lebih daripada 20 buah komputer dalam rangkaian. Ia membolehkan pentadbir rangkaian untuk mengorganisasi dan mengendalikan sesuatu rangkaian secara lebih berkesan. Pakej Perisian: Perisian ini merangkumi pelbagai aplikasi, misalnya Microsoft Office bukan sahaja boleh berfungsi sebagai pemprosesan perkataan tetapi juga boleh digunakan untuk mereka bentuk laman web, memanjangkan dan menerima e-mail, memperolehi dan menghantar data melalui downloading dan uploading, dsb. Perisian Sekuriti: Perisian ini mempunyai dinding kebakaran (firewall) yang kuat. Misalnya, Windows XP SP 2 boleh melindungi pengguna komputer daripada serangan virus dan hacker dengan menyediakan Windows Firewall dalam perisiannya.

2.

3.

4.

5.

6.

CARA PENGGUNAAN PERISIAN x x x x Pastikan anda menggunakan perisian software - Windows 98SE, Me, 2000, XP. Kelajuan CPU Pentium ll ke atas Memiliki Ram 64MB dan ke atas Pastikan anda telah memasukkan perisian Quick time, media player dan Winamps yang disediakan.

OUM

179

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

TOPIK 8

PENGGUNAAN PERISIAN DALAM PENDIDIKAN x x x x Membantu kita menjalankan tugas dengan lebih bersistematik. Pelajar dan guru boleh mendapatkan maklumat dengan mengakses data. Terdapat berbagai jenis perisian aplikasi yang guru dan pelajar boleh gunakan dalam membantu proses P & P. Dapat memotivasikan pelajar dengan lebih yakin dan berkesan.

8.3.5

Intregrasi Hardware dan Software dalam P & P

Pengintergrasian wujud apabila anda menghasilkan sebuah slaid bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer terdiri daripada jenis grafik, fotografi, video, animasi, MS Word, MS Power Point, MS Excel dan sumber dari laman web di internet. Pengintergarsian bahan-bahan ini amat penting untuk anda mendapatkan hasilan yang bermutu serta berteknologi tinggi serta dapat memperkayakan maklumat yang sedia ada. Berdasarkan rancangan pengajaran dan pembelajaran harian yang kita sediakan, pengintegrasian menggunakan teknik hyperlink dan kemudiannya kita aplikasikan dalam langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran. Antara bahan yang boleh kita gunakan ialah: (a) Bahan Grafik Gambar yang kita gunakan sebagai reprentasi untuk mengkomunikasikan pesan atau informasi kepada seseorang. Cara penyampaian yang paling berkesan adalah dengan menggunakan gambar sebenar atau lukisan lakar atau garis yang jelas tentang objek tempat dan konsep. Gambar pada umumnya lebih representatif daripada lukisan lakar. Fotografi Medium fotografi tergolong sebagai media pegun dan tayang (slaid) yang boleh kita gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perkataan fotografi ini jika dilihat pada etimologinya berasal dari dua perkataan Greek seperti Photos bererti cahaya dan Graphein membawa erti tulis / lukis. Dari dua perkataan ini apabila kita gabungkan dapat membawa maksud sesuatu proses penghasilan imej yang boleh dilihat dengan mata kasar dalam bentuk cetakan akibat daripada tindakan cahaya dengan gabungan seni dan sains. Perkembangan terbaru dalam teknologi berimej telah membawa perubahan dari teknologi analog ke pada teknologi digital. Kelebihan pada kemera ini adalah pada proses rakaman gambar. Ia gunakan teknologi video yang merakam gambar menggunakan pola binary (impulse electric) pada cekera berformatkan digital melalui CCD (charge couple device) yang menukar tenaga cahaya ke bentuk digital. (c) Video Video menyatukan pergerakan, warna, audio dan teks, menjadikannya penyampai idea dan maklumat yang baik dan lengkap berbanding dengan media yang lain. Melalui video, kita akan mendapat pengalaman yang mungkin tidak dapat di alami sekiranya maklumat disampaikan dengan media lain.

(b)

180

OUM

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

Pada hari ini teknologi video telah banyak memberi kesan yang besar terhadap kehidupan kita. Dengan adanya teknologi digital sekarang peranan dan fungsi video semakin meluas dalam kehidupan kita seharian. Selain itu video memberi pengalaman kepada pelajar terhadap peristiwa masa lampau, masa kini dan masa hadapan. Pelajar boleh dibawa mengembara ke kutub, ke gurun, ke dasar laut ke angkasa lepas tanpa ke sana tapi dengan menonton video di dalam kelas.

Rajah 8.6: Slaid projektor

Kelebihan Video 1. Pergerakan imej boleh menjelaskan konsep dengan lebih baik terutama apabila pencernaan terhadap pergerakan adalah penting. Proses menunjukkan langkah-langkah yang berturutan seperti dalam mejalankan tunjuk ajar amali sains atau menjalankan sesuatu prosedur. Pencerapan tanpa risiko, rakaman video membolehkan pelajar menonton fenomena yang merbahaya untuk dilihat secara terus seperti letusan gunung berapi, peperangan dan sebagainya. Perfileman, video boleh melakonkan semula peristiwa sejarah dan menghidupkan semula sejarah silam dan ini akan menarik minat pelajar. Pembelajaran kemahiran, memerlukan pencernaan dan latihan yang kerap. Video membolehkan pencernaan dilakukan berulang. Pembelajaran afektif, kerana potensinya tinggi untuk memberi impak emosi, video berbentuk dokumentari dan propaganda sering digunakan untuk membentuk sikap masyarakat. Penyelesaian masalah, untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan penonton membincangkan sesuatu isu untuk mencari jalan penyelesaiannya. Memahami budaya, tayangan video boleh memberi gambaran terhadap sesuatu budaya supaya dapat menghargai dan menghormati budaya masyarakat lain.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

OUM

181

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

TOPIK 8

Kelemahan Video 1. Kadar maju yang tetap, walaupun video boleh diulang-ulang namun tayangan masih berjalan pada kadar maju yang tetap maka pelajar tidak dapat mengikuti dan ada yang tidak sabar untuk menunggu sehingga selesai. Fenomena pegun, tidak sesuai dalam keadaan pegun seperti merakam peta, carta organisasi dan sebagainya. Salah tafsir dalam persembahan drama atau dokumentari kadangkala terdapat isu yang kompleks serta mudah berlaku salah tafsir terhadap apa yang hendak disampaikan seperti kaedah pencernaan flash back dan sebagainya.

2.

3.

Kuiz 6
Jelaskan pengintegrasian hardware dan software dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

(d)

Audio Pada umumnya deria dengar cuma 13% penggunaan daripada semua penggunaan deria yang lain. Audio dan bunyi adalah tenaga gelombang mekanikal atau gelombang bunyi yang berubah apabila berlakunya tekanan udara yang bergerak disekeliling kita. Perubahan tekanan udara ini adalah hasilan getaran molekul atau jirim udara yang gegendang telinga dapat mengesan dan diinterpetasikan oleh saraf otak terdapat sesuatu bunyi. Medium audio yang menjadi perantaraan penyampai dengan pendengar boleh menjadi pendorong pada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.terutama pada media yang melibatkan deria dengar. Kita menggunakan audio dalam pengajaran perlu merancangkan aktiviti yang boleh mengaktifkan pelajar sama ada di luar atau di dalam bilik darjah. Untuk menghasilkan suara dan muzik yang berkualiti kita perlu kenal pasti tentang peralatan seperti perakam dan mikrofon yang sesuai. Terutamanya pada keadaan dan situasi rakaman yang hendak dirakamkan.

8.3.6

Komputer dalam Pendidikan

Kalau anda nak tahu, komputer merupakan: 1. Mesin pelbagai guna untuk menerima dan memproses data untuk dijadikan maklumat, Mula digunakan pada tahun 1944 Mark I/IBM. Diperbaiki lagi teknologinya pada tahun 1946 di Amerika Syarikat menggunakan tiub vakum dan bersekala besar.

2.

182

OUM

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

3.

Genarasi ke 2 menggunakan transistor dan diodes dibangunkan pada awal 1950an, ianya lebih laju, fleksibel dan teknikal. Generasi ke 4 dibangunkan pada awal 1970an menggunakan cip mikroprosesor, cakera liut untuk storan data. Perkembangan Multimedia dan internet pada awal 1990an menyebabkan pembangunan komputer begitu pesat dengan peningkatan kelajuan CPUnya dipertingkatkan 2 kali ganda setiap 3 tahun. Projek ICT yang dilaksanakan kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan sekolah Bistari(1999), Projek Litrasi Komputer (1992) dan banyak lagi telah bermula di Malaysia pada tahun 1986. ICT dalam pengajaran dan pembelajaran membawa banyak perubahan kepada pendekatan objektif kepada konstruktif dan mementingkan kemahiran generik.

4.

5.

6.

7.

8.3.7

Peranan Komputer dalam Pendidikan

Apakah peranan komputer? Di antaranya ialah: (i) Tutor Berfungsi sebagai pengajar dalam sesuatu mata pelajaran. Komputer diprogramkan terlebih dahulu oleh guru pakar untuk disampaikan kepada pelajar melalui kaedah terancang. Tool Membantu pelajar dan guru untuk menghasilkan sesuatu seperti membuat perkiraan atau analisis produk, menaip fakta dan banyak lagi. Tutee Sebagai alat yang perlu diajar, membuat atau melaksanakan sesuatu kerja mengikut objektif atau sasaran dengan tepat dan tuntas.

(ii)

(iii)

8.3.8

Penggunaan Internet dalam Pendidikan

Bagaimana dengan Internet? Secara ringkasnya ialah: x x x x Internet tidak asing lagi dikalangan pelajar. Merupakan sumber untuk mendapatkan maklumat. Menggunakan rangkaian wired atau wireless telah diperluaskan di negara kita. Penggunaannya perlu dibimbing untuk memilih atau menentukan maklumat yang terdapat di web itu benar atau tidak. Menentukan sumber apakah yang sesuai dan tidak sesuai ketika pelajar melayari internet.

OUM

183

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

TOPIK 8

Pengesahan Sumber Internet Terdapat 5 ciri umum untuk menilai sesuatu sumber dari internet: 1. Ketepatan (Accuracy): Kandungan isi yang dinyatakan itu didapati tepat dan ada unsur tanggungjawab. Bukti dan Keterangan Pengarang (Authority): Lihat kelayakan dan reputasi pengarang yang menerbitkan bahan tersebut, lihat juga sumber rujukkannya. Berobjektif (Objectivity): Bahan yang tidak menyebelahi satu pihak sahaja. Terkini (Currency): Bahan yang menyampaikan maklumat yang terkini. Lihat tarikh hak ciptanya. Liputan (Coverage): Liputannya komprehensif, ekstensif dan intensif

2.

3. 4.

5.

RUMUSAN
Dalam era globalisasi, teknologi pendidikan adalah satu bidang yang berkaitan dengan usaha-usaha memudahkan pembelajaran kita termasuklah mengenal pasti semua bahanbahan pembelajaran, mengembangkan sistem-sistem pengajaran, menyampaikan sumber-sumber ini kepada pelajar-pelajar dan menguruskan proses-prosesnya termasuklah pengurusan bahan-bahan elektronik. E-Pembelajaran telah mengurangkan beban kita dalam penyediaan bahan bantu mengajar dan cara penyampaian. Pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT bukan lagi dalam sektor ekonomi tetapi ia berperanan besar dalam pendidikan. Perkongsian maklumat boleh berlaku dengan berkesan melalui teknologi ini dalam pendidikan. E-Pembelajaran walaupun bukan penyelesaian menyeluruh tetapi adalah pilihan yang baik untuk kita merealisasikan pengajaran dan pembelajaran menggantikan kaedah tradisi chalk and talk.Dengan itu, penggunaan komputer dalam pendidikan telah membawa kita banyak perkembangan kepada sistem pendidikan yang semakin canggih. Ia juga membawa reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaran-pembelajaran serta kemahiran dan latihan guru. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membudayakan penggunaan komputer melalui program CAE, CAI, CMI dan CAT (rujuk glosari). Perkembangan Sekolah Bestari dalam alaf baru telah menjadi arah-aliran dalam perkembangan pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari merupakan sekolah yang satusatunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan cukup mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran wawasan negara. Lantaran itu, pemasangan prasarana IT, bukan sahaja membolehkan kita menggunakannya untuk pengajaran-pembelajaran, tetapi juga berkomunikasi dengan ibu bapa dan komuniti persekitaran, serta memperoleh maklumat dari sumber luar seperti perpustakaan awam, sektor perindustrian dan institusi pendidikan melalui Jaringan (network). Sesungguhnya bahan bantu mengajar (BBM) dapat memudahkan tugas kita dalam proses P & P serta melahirkan seorang pendidik yang kreatif, kritis, inovatif dan berwawasan..

184

OUM

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

GLOSARI
Audio Medium audio yang menjadi perantaraan penyampai dengan pendengar dan boleh menjadi pendorong pada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya pada media yang melibatkan deria dengar. Gambar digunakan sebagai reprentasi untuk mengkomunikasikan pesan atau informasi kepada seseorang, Cara penyampaian yang paling berkesan adalah dengan menggunakan gambar sebenar atau lukisan lakar atau garis yang jelas tentang objek, tempat dan konsep. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama `alat bantu mengajar. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Bahan bercetak meliputi gambar, poster, carta, keratan akhbar/naskah akhbar, poskad, risalah dan buku-buku. Merupakan buku sekolah yang memuat bahan yang telah dipilih mengenai mata pelajaran tertentu, dalam bentuk tertulis yang memenuhi syarat keadaan khusus dalam mengajar dan belajar, disusun secara sistematis untuk diasimilasikan. Ialah sebarang susunan sistematik yang mengandungi gambar, huruf, angka, rangkai kata atau lukisan. Carta juga merupakan sesuatu yang mengandungi eleman-eleman visual dan verbal untuk menyampaikan konsep, idea atau maklumat yang sukar disampaikan secara lisan atau verbal. Merupakan satu set carta atau poster berjilid yang dipamerkan sekeping demi sekeping. Set itu mempunyai hubungan atau aliran isi atau topik dengan carta-carta yang berikutnya. Ialah sejenis alat berbentuk rak yang bersaku. Kegunaannya ialah untuk meletakkan kad-kad huruf, kad-kad suku kata, kad-kad ayat atau gambar-gambar kecil untuk membina ayat. Contoh lain ialah carta saku plastik gulung dan carta saku akordian.

Bahan Grafik

Bahan Bantu Mengajar

Buku Bercetak

Buku Teks

Carta

Carta Flip

Carta Saku

OUM

185

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

TOPIK 8

Diorama

Adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat mengambarkan keadaan atau rupa bentuk suatu situasi pemandangan asal. Merupakan modul penyediaan bahan bantu mengajar secara elektronik atau yang lebih tepat melalui teknologi maklumat dan komunikasi. Filem 16 mm merujuk kepada filem yang lebarnya 16 mm. Filem mempunyai dua jenis iaitu filem yang boleh dimasukkan imej untuk ditayangkan dan kedua ada trak suara untuk menghasilkan bunyi. Medium fotografi tergolong sebagai media pegun dan tayang (slaid) yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perkataan fotografi ini jika dilihat pada etimologinya berasal dari dua perkataan Greek seperti Photos bererti cahaya dan Graphein membawa erti tulis/lukis. File Transfer Protocol merupakan protokol (susunan arahan) untuk memindahkan fail dari sebuah komputer kepada komputer yang lain melalui talian Internet. Gambar terdiri daripada sekeping gambar atau dalam bentuk gambar bersiri. Gambar digunakan untuk melatih para pelajar membentuk struktur perkara secara sistematik. Merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem. Ia ada dalam bentuk hitam putih atau warna. Adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentuk hitam putih atau berwarna-warni. Grafik meliputi beberapa bahan seperti lukisan, carta, graf, poster dan kartun. Adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan bolehtampak mengenai hubungan dan perubahanperubahan yang berlaku pada set data itu. Jenisjenis graf seperti graf bar atau batang, graf gambar atau pictograf, graf bulat atau pie dan graf garisan.

E-Pembelajaran Interaktif

Filem Jalur 16 mm

Fotografi

FTP

Gambar

Gambar Foto

Grafik

Graf

186

OUM

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

Iklan

Iklan disifatkan sebagai `pemberitahu untuk umum. Contoh iklan seperti iklan jawatan, iklan sewa rumah, jual tanah, rumah atau kereta, perniagaan, iklan kemasukkan ke institusi pendidikan, iklan pelancongan, iklan pertandingan, iklan tukar suka sama suka, iklan tahniah/takziah. Iklan bertujuan menerang dan memujuk orang ramai tentang sesuatu keluaran atau perkhidmatan. Merupakan sesesuatu rangkaian komputer yang terbesar yang meliputi kawasan seluruh dunia. Ia juga dikenali sebagai Information Superhighway atau Cyberspace yang membawa maksud ruang siber. Adalah kumpulan gambar-gambar atau hurufhuruf yang ditunjukkan kepada pelajar untuk jangka masa yang singkat atau pun diedarkan kepada pelajar untuk melaksanakan tugasan. Adalah lukisan tentang peristiwa-peristiwa harian yang digambarkan secara menyeronokkan. Kartun juga merupakan sejenis lukisan yang mengisahkan hal sehari-hari secara berjenaka. Jenis-jenis kartun seperti kartun gag, kartun politik, perniagaan, karikatur, kartun komik bersiri dan kartun animasi. Teknologi dan sistem komputer untuk menjalankan tugas mengajar serta mencapai objektif pelajarannya. Penggunaan teknologi dan sistem komputer dalam proses pengajaran. Teknologi dan sistem komputer digunakan untuk mengikuti pelajaran terancang secara sendiri tanpa kehadiran guru. Tekonologi dan sistem komputer yang digunakan untuk menguji keberkesanan pembelajaran. Dikendalikan dalam dua cara iaitu; pelajar menjawab soalan dengan memberi jawapan dalam borang komputer dan komputer digunakan untuk memilih soalan-soalan dari item bank dan menayangkan soalan demi soalan dalam skrin monitor komputer. Teknologi dan sistem komputer digunakan untuk mengumpul maklumat dan data serta membuat analisis dan menilai keberkesanan pengajaran, penggunaan bahan-bahan pelajaran, situasi pengajaran-pembelajaran dan interaksi di antara pelajar dalam bilik darjah.

Internet

Kad Imbasan

Kartun

Komputer Membantu Pendidikan (Computer Aided Education CAE) Komputer Membantu Pengajaran (Computer Aided Inspection CAI)

Komputer Membantu Pengujian (Computer Aided Testing CAT)

Komputer Mengurus Pengajaran (Computer Management Education CMI)

OUM

187

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

TOPIK 8

Lawatan

Merupakan satu proses di mana pelajar berada di luar kelas untuk menyaksikan sesuatu yang benarbenar berlaku (situasi sebenar) yang ada hubungan dengan pelajaran. Lawatan luar membolehkan para pelajar memperolehi pengalaman di luar kelas atau aktiviti luar kelas yang melibatkan pihak pengajar, para pelajar serta alam persekitaran. Lukisan meliputi lakaran dan gambaran yang didapati dalam bentuk hitam putih atau berwarna. Lukisan adalah gabungan atau susunan garisangarisan dan titik-titik untuk menggambarkan rupa manusia, tempat, pemandangan, benda atau pun konsep-konsep tertentu. Mainboard atau papan utama juga dikenali sebagai Motherboard (Papan Induk) adalah merupakan papan litar besar yang menempatkan komponenkomponen utama komputer seperti pemproses (prosessor), ingatan (memory) dan juga kad-kad tambahan seperti Kad Bunyi (Sound Card), Kad Paparan (Display Card) dan juga Modem Dalaman (Internal Modem). Media pengajaran merangkumi bahan bercetak, rakaman audio dan visual, filem, slaid serta alatan yang digunakan bagi menyampaikan isi pengajaran. Merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guru-guru sekolah rendah. Papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain flanel iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar. Papan kapur/papan tulis/papan hitam adalah alas utama bagi guru untuk menulis atau mencatat isiisi utama kandungan pengajarannya, penerangannya atau penjelasannya kepada pelajar. Papan putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan. Merupakan pusat utama bagi sesebuah komputer dan berperanan sebagai 'jantung' untuk memproses data dan laluan data keluar dan masuk.

Lukisan

Mainboard atau Papan Utama

Media Pengajaran

Papan Flannel

Papan Kapur

Papan Putih

Pemproses (Processor)

188

OUM

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

Peta, Atlas, Glob

Peta adalah wakilan skala yang terkecil tentang gambaran dunia yang sebenarnya. Ia menggabungkan ciri gambar dan carta dengan menunjukkan sesuatu yang benar dalam bentuk ringkasan. Merupakan sebuah alat elektronik yang dapat merakamkan suara dan dapat memainkan kemabili suara yang telah dirakam. Ia perlukan pita kaset, perakam kaset radio dan mikrofon. To listen well, is a powerful a means of influence as to talk well and is as essential to all true conversation. Ialah satu rekabentuk yang simbolik dan menyatakan tujuannya dengan cara yang paling tepat serta ringkas. Contoh poster iklan pelancongan dan barang-barang perniagaan. Ialah sebuah projektor lutsinar yang mempunyai pentas permukaan kaca yang mudah digunakan. Ia sering disebut OHP (Overhead Projector). Ia direkabentuk untuk memancarkan imej daripada lutsinar dan bahan-bahan lutcahaya berukuran 8 sm x 8 sm. Merupakan media komunikasi yang begitu meluas digunakan. Radio mempunyai beberapa kualiti asas iaitu kepantasan; gambaran sebenar dan nyata; penguasaan masa dan ruang; kesan emosi dan murah. Bahan-bahan tercetak seperti risalah, pamplet berguna dijadikan alat bantu mengajar yang baik dan menarik minat para pelajar. Contoh risalah MARDI, MARA, Bank Negara, Kementerian Penerangan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Realia adalah bahan-bahan yang sebenar dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti realia asli, realia awet, spesimen, model, model olok-olok, model keratan rentas, diorama, akuarium dan terrarium, boneka, boneka lidi, wayang kulit, topeng. Memori yang terdapat dalam BIOS adalah bersifat kekal dan tidak boleh diubah-ubah kandungannya. Memori ini sebenarnya adalah Firmware. Memori ini berfungsi untuk menjalankan arahan-arahan ringkas untuk permulaan menghidupkan sistem komputer sebelum, arahan-arahan yang dikeluarkan oleh prosessor.

Pita Rakaman Suara

Poster

Projektor Overhead

Radio

Risalah

Realia

ROM - BIOS

OUM

189

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

TOPIK 8

SD-RAM

SD-RAM (Sycronize Dynamic-RAM) adalah pilihan RAM yang terbaru dan berfungsi dalam berbagaibagai kelajuan. Merupakan memori utama yang diperlukan oleh sistem komputer untuk menjalankan operasi. Memori jenis ini biasanya dipanggil dengan perkataan RAM sahaja. RAM mempunyai berbagai-bagai jenis, seperti FP Mode-RAM, EDORAM, SD-RAM dan RD-RAM. Slaid adalah bahan transparen yang bergambar. Slaid terdiri daripada kaca, plastik jernih atau seluloid. Gambarnya boleh wujud daripada lukisan tangan atau hasil pemotretan. Alat ini meliputi filem slaid, projektor dan skrin putih. Adalah satu sistem elektronik untuk memancarkan gambar bergerak atau tidak bergerak disertai bunyi melalui kawat pancaran atau melalui lapisan udara. Sistem ini mempunyai alat yang menukarkan cahaya dan bunyi kepada tenaga elektrik dan kemudian ditukarkan balik kepada cahaya yang boleh dilihat dan bunyi boleh didengar. Video menyatukan pergerakan, warna, audio dan teks, menjadikannya penyampai idea dan maklumat yang baik dan lengkap berbanding dengan media yang lain.

SIMM-RAM / DIMM-RAM

Slaid

Televisyen

Video

Kuiz 7
Bincangkan peranan Internet dalam pendidikan masa kini?

Kuiz 8
Huraikan cara-cara membuat Papan Putih Magnet? Lakarkan gambarajahnya?

190

OUM

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

LAMPIRAN 1 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BERPANDUKAN BAHAN Mata Pelajaran Hari Tarikh Masa Kelas Bilangan Topik / Sub Topik : : : : : : : Kemahiran Hidup Bersepadu (Pilihan 1: Kemahiran Teknikal) Jumaat. 7 Julai 2006. 9.00 pagi 11.00 pagi. 1 Bestari. 40 orang pelajar. 1.4 Asas Elektromekanikal . 1.4.1 Pengenalan Pergerakan Mekanikal. b. Jenis-jenis gear.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah bermain kereta kawalan jauh dan melihat komponen gear Objektif Eksplisit : Pada akhir pengajaran-pembelajaran pelajar dapat: (i) menyatakan konsep pergerakan mekanikal dengan betul setelah mendengar penerangan guru; (ii) menyatakan sekurang-kurangnya 3 jenis gear; (iii) menyatakan kegunaan gear dengan tepat setelah melihat contoh-contoh yang dipaparkan; dan (iv) memasang komponen gear dengan betul setelah meneliti tunjuk cara daripada guru.

Kemahiran Berfikir BBM : Membanding beza, Mengkategori, Menyelesai Masalah Kereta mainan kawalan jauh, komponen gear, gambar, CD power point/ICT Nilai Murni : Teliti, kerjasama, tekun dan rajin. Startegi P & P : Mediatif, Deduktif, Induktif, Kontekstual, Konstrukstif dan Komunikatif. Pelaksanaan P & P Langkah/Masa : Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran x Guru mendemonstrasikan permainan kereta kawalan jauh. x Murid melihat bagaimana cara permainan kereta kawalan jauh. x Guru dan murid bersoal jawab bagaimana komponen dalam kereta tersebut berfungsi. x Guru menghubungkaitkan permainan dengan topik pembelajaran. Catatan/ Nilai

Isi Pelajaran

Set Induksi (5 Minit)

Demonstrasi kereta kawalan jauh

BBM: Gambar kereta kawalan jauh Video kereta mainan kawalan jauh

OUM

191

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

TOPIK 8

Langkah 1 (25 Minit)

Penerangan konsep x Guru menerangkan dan fungsi konsep dan fungsi pergerakan pergerakan makanikal makanikal. x Murid bersoal jawab (rujuk P/Point) dengan guru tentang konsep pergerakan makanikal x Guru meminta pelajar menamakan alatan yang menggunakan kaedah pergerakan mekanikal. Penilaian Murid dapat menyatakan konsep pergerakan mekanikal dengan betul setelah mendengar penerangan guru

BBM: Mesin gerudi, jam berkunci, motosikal,basikal. KBKK: Menyelesai masalah Nilai Murni: Tekun Strategi: Deduktif

Langkah 2 (25 minit)

Pengenalan pergerakan mekanikal dan jenis: - Gear Serong, - Gear Taji, - Gear Belitan, - Gear Rak dan Pinan - Gear Heliks

x Guru meminta murid memberi tumpuan terhadap tayangan MS Power Point x Murid menyaksikan persembahan MS Power Point untuk memahami konsep dan jenis pergerakan mekanikal x Murid mengenal pasti jenis-jenis gear x Guru secara tidak langsung menerangkan pergerakan mekanikal dan kegunaannya. Penilaian: Murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya 3 jenis dan kegunaan gear dengan tepat setelah melihat contoh-contoh yang paparkan.

BBM: Koumputer, LCD KBKK: Banding beza Nilai Murni: Teliti Strategi: Kontektual. Induktif

Langkah 3 (40 minit)

Memasang komponen gear pada model kereta mainan (rujuk P/Point)

x Guru meminta murid berada dalam kumpulan masing-masing x Murid berada dalam kumpulan, seramai 4 orang satu kumpulan x Guru memberikan arahan cara memasang gear.

BBM: Set komponen bergear bergear KBKK: Mengkategori Nilai Murni: Kerjasama

192

OUM

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

x Murid ditugaskan memasang komponen gear yang disediakan. x Murid bekerjasama dalam kumpulan memasang komponen gear mengikut manual yang diberi Penilaian: Murid dapat memasang komponen gear dengan betul setelah melihat tunjuk cara daripada guru. Langkah 4 (20 minit) Penilaian (rujuk edaran) x Guru memberi setiap orang murid lembaran kerja berkaitan dengan pergerakan makanikal. x Murid dikehendaki menjawab soalan berkaitan dengan pelajaran hari ini x Guru menyoal murid secara rambang mengenai fungsi gear dan jenis-jenis gear. x Guru meminta pelajar merumuskan pelajaran pada hari ini. Aktiviti Susulan: Murid-murid diminta mengumpulkan gambarfoto atau gambarjah yang berkaitan dengan topik pelajaran pada hari ini.

Strategi: Kontruktif

Lembaran Kerja Strategi: Soal jawab Pengukuhan

Penutup (5 minit)

Rumusan Pelajaran: - konsep gear - jenis gear - komponen & fungsi

Permainan kereta kawalan jauh

OUM

193

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

TOPIK 8

LAMPIRAN 2 Paparan PowerPoint tentang MODUL pengintegrasian multimedia dalam P & P. (Rujuk Folder PPOINT BBM)

LAMPIRAN 3 Contoh BBM yang merangkumi media elektronik dan bukan elektronik. (Rujuk Folder FOTO BBM)

LAMPIRAN 4 Jawapan kuiz & latihan.

LAMPIRAN 5 Sumber daripada internet

LAMPIRAN 6 Sumber robotik

194

OUM

TOPIK 8

PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

LAMPIRAN 7 ALIRAN PENGGUNAAN BBM DALAM P & P

ISI PELAJARAN DAN TAHAP PENCAPAIAN YANG DI KENAL PASTI

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

PEMULIHAN & PENGUKUHAN

TAHAP SASARAN

DISIPLIN PELAJARAN

PENGGUNAAN BBM / ABM

KEKANGAN PELAKSANAAN

ILMU, KEMAHIRAN & SIKAP GURU

PELANGGAN (PELAJAR)

PRASARANA FIZIKAL & MULTIMEDIA

OUM

195

PENGAJARAN MIKRO

TOPIK 9

TOPIK 9

PENGAJARAN MIKRO
Norizah Taib

PENGENALAN
Pengajaran mikro merupakan satu bentuk latihan simulasi yang sangat berkesan dalam latihan perguruan untuk membentuk kemahiran mengajar secara praktikal dalam aspekaspek tertentu yang ingin difokuskan. Ianya menitikberatkan cara-cara guru pelatih diberikan pengalaman dan kemahiran yang hampir sama dengan yang diperlukan dalam situasi sebenar. Pengajaran mikro terdiri daripada tiga komponen penting iaitu merangsang, komunikasi atau interpersonal dan penyampaian pengajaran dan pembelajaran (P&P). Terdapat kemahiran-kemahiran tertentu yang perlu di kuasai oleh guru pelatih. Bagi komponen merangsang, guru pelatih perlu menguasai kemahiran set induksi, kemahiran variasi rangsangan, kemahiran peneguhan, kemahiran menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dan kemahiran penyoalan. Bagi komponen komunikasi atau interpersonal, guru pelatih perlu menguasai kemahiran menerang, kemahiran menggunakan ABM dan kemahiran peneguhan. Sementara bagi komponen penyampaian pengajaran pula, guru pelatih perlu menguasai kemahiran menerang, kemahiran menggunakan ABM dan kemahiran penutupan. Terdapat beberapa kemahiran yang bertujuan memenuhi objektif beberapa komponen. Umpamanya, dengan menguasai kemahiran menerang, seseorang guru akan mampu berkomunikasi dan menyampaikan P&P dengan baik kepada murid-murid. Begitu juga dengan kemahiran peneguhan yang bertujuan untuk merangsang dan mewujudkan hubungan interpersonal antara murid dan guru.

OBJEKTIF
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. menjelaskan prinsip dan tujuan pengajaran mikro; menyenaraikan kemahiran-kemahiran pengajaran mikro mengikut komponen pengajaran mikro; megenalpasti objektif bagi setiap kemahiran pengajaran mikro; membuat penilaian setiap kemahiran dalam pengajaran melalui borang bimbingan pengajaran mikro; dan merancang dan melaksanakan satu sesi pengajaran mikro.

3. 4.

5.

196

OUM

TOPIK 9

PENGAJARAN MIKRO

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

Rajah 9.1: Menunjukkan gambaran keseluruhan dalam pengajaran mikro

9.1
9.1.1

PENGAJARAN MIKRO
Definisi

Pengajaran mikro ialah contoh pengajaran sebenar yang berfokus kepada komponen kemahiran mengajar dan satu cara latihan yang dapat digunakan untuk membina kemahiran mengajar di kalangan guru pelatih.

Pengajaran mikro kebiasaannya memakan masa di antara lima hingga tiga puluh minit dan melibatkan empat hingga sepuluh orang pelajar. Satu situasi untuk mengajar diadakan tetapi perkara-perkara kompleks yang berlaku dalam bilik darjah dikurangkan. Perkara yang dikurangkan adalah seperti: x x x skop isi pelajaran (berfokus kepada kemahiran mengajar) jumlah murid yang diajar (4 hingga 10 orang) masa pengajaran (5 30 minit)

Latihan pengajaran tersebut akan diteliti dengan mendapatkan maklum balas. Maklum balas diperolehi daripada pemerhatian rakan, penyelia, pensyarah dan juga melalui rakaman video.

OUM

197

PENGAJARAN MIKRO

TOPIK 9

9.1.2

Objektif Pengajaran Mikro

Antara objektif pengajaran mikro ialah untuk memberi peluang kepada guru pelatih x x x x x menjalani latihan amali dalam situasi yang kurang menakutkan atau kurang menekankan; menjalani latihan dalam situasi yang senang dikawal; memerhati prestasi mereka sebagai guru dari rakaman yang dibuat; memerhati kelemahan-kelemahan diri sebagai guru dan seterusnya berusaha untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut; dan meningkatkan aras keyakinan diri supaya lebih bersedia menghadapi situasi sebenar.

9.1.3
x x x x x x x

Prinsip Pengajaran Mikro


Dijalankan dalam masa 10 hingga 15 minit. Satu kemahiran yang ditentukan oleh pensayarah untuk dicuba oleh pelatih. Rakaman dibuat untuk dilihat dan dinilai. Borang bimbingan digunakan untuk menilai. Seorang guru pelatih mengajar, rakan-rakan pelatih membuat pemerhatian dan menyemak borang bimbingan. Perbincangan dibuat antara guru pelatih yang mengajar dengan pensyarah. Kemudian, perbincangan terbuka kepada guru-guru pelatih lain. Persediaan untuk mengajar semula dibuat berdasarkan komen-komen.

9.2

KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO

Kemahiran pengajaran mikro terdiri daripada kemahiran merangsang, berkomunikasi atau interpersonal dan penyampaian pengajaran. Guru pelatih akan dilatih dan dibimbing bagi satu-satu kemahiran dalam sesi pengajaran mikro. Gabungan daripada kemahiran merangsang, komunikasi/interpersonal dan penguasaan penyampaian pengajaran akan menghasilkan pengajaran yang berkesan seterusnya dapat menyediakan guru kepada situasi sebenar di sekolah.

198

OUM

TOPIK 9

PENGAJARAN MIKRO

Rajah 9.2: Menunjukkan ketiga-tiga komponen kemahiran dalam pengajaran mikro perlu digabungkan dalam pengajaran sebenar di sekolah

9.2.1

Merangsang

Beberapa kemahiran perlu anda kuasai untuk merangsang minat murid semasa P&P berlangsung. Kemahiran-kemahiran seperti set induksi, teknik penyoalan, peneguhan, penggunaan alat bantu mengajar serta interaksi guru dan murid mampu merangsang minat murid. Cuba anda imbas kembali pengalaman anda sebagai seorang guru. Bukan sahaja murid anda berasa seronok belajar malah anda juga akan berasa puas jika sesi P&P anda mampu merangsang murid-murid. Bahagian ini akan menerangkan tentang kemahiran set induksi, kemahiran penyoalan dan variasi rangsangan. Beberapa kemahiran lain yang juga boleh merangsang pelajar seperti penggunaan ABM dan interaksi guru dan pelajar akan diterangkan dalam komponen lain kerana kemahirankemahiran tersebut lebih menjurus kepada komponen tersebut. Berikut ialah kemahirankemahiran yang diperlukan untuk merangsang murid. 9.2.1.1 Kemahiran Set Induksi

Kemahiran ini merujuk kepada cara guru memulakan pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menimbulkan minat untuk menggerakkan murid-murid supaya sedia belajar dan berfikir tentang apa yang hendak disampaikan oleh guru. Set induksi perlu menepati prinsip berikut: x x x mampu menarik minat, berkaitan pengalaman, kebolehan dan umur murid berhubungkait dengan isi dan objektif pelajaran berkaitan dengan pengetahuan sedia ada.

Set induksi mempunyai objektif-objektif tersendiri, iaitu: x x x Mendapat perhatian murid-murid. Memotivasikan murid-murid. Merangsang minat murid-murid untuk mempelajari topik berkenaan.

OUM

199

PENGAJARAN MIKRO

TOPIK 9

Set induksi yang baik mampu memberi kesan ke atas pengajaran dan pembelajaran dalam x x x x x memotivasikan murid untuk meneruskan pembelajaran; menggalakkan murid-murid memberi tumpuan terhadap pelajaran; menggalakkan murid-murid berusaha ke arah jangkaan prestasi yang ditetapkan oleh guru; menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna; dan merangsang naluri ingin tahu pelajar.

Komponen-komponen utama dalam set induksi ialah menarik perhatian, mewujudkan motivasi, menstruktur dan membuat perkaitan. (a) Menarik Perhatian

Aktiviti 9.1
Cuba nilai semula P&P anda, adakah anda melakukan perkara berikut untuk menarik perhatian murid? Menarik Perhatian Ada Tiada Tidak Kelihatan

Dengan menggunakan suara, gerak geri dan kontak mata. Dengan menggunakan alat bantu mengajar Dengan mengubah corak interaksi murid-guru

200

OUM

TOPIK 9

PENGAJARAN MIKRO

(b)

Mewujudkan Motivasi Guru boleh memotivasikan murid dengan mewujudkan unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankan, mengadakan aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.

Aktiviti 9.2
Imbas kembali pengalaman anda dalam kelas, tandakan ( / ) pada ruang berkenaan. Mewujudkan Motivasi Ada Tiada Tidak Kelihatan

Melalui rangsangan naluri ingin tahu Dengan menggunakan unsur-unsur yang menghairankan Dengan menunjukkan kemesraan dan penuh semangat Menggunakan kaedah yang menarik seperti bercerita dan nyanyian

OUM

201

PENGAJARAN MIKRO

TOPIK 9

(c)

Menstruktur Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau caracara menjalankan tugas itu.

Aktiviti 9.3
Nilai P&P anda! Menstruktur Ada Tiada Tidak Kelihatan

Dengan menyatakan tujuan tugasan Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas Dengan menghadkan tugasan Menggunakan soalansoalan yang berkaitan

(d)

Membuat Perkaitan Guru cuba membuat perkaitan di antara pelajaran yang akan disampaikan dengan pengetahuan sedia ada murid. Guru boleh menekankan pada perbandingan, perbezaan atau persamaan.

Aktiviti 9.4
Cuba anda nilai semula P&P anda, adakah anda melakukan perkara berikut untuk menarik perhatian murid-murid? Membuat Perkaitan Ada Tiada Tidak Kelihatan

Membanding atau membezakan dengan perkara-perkara biasa. Mengaitkan topik dengan pengetahuan sedia ada murid. Mengaitkan peristiwaperistiwa semasa yang diminati oleh murid.

202

OUM

TOPIK 9

PENGAJARAN MIKRO

Contoh: Guru mata pelajaran Kemahiran Hidup mengajar topik Bahan boleh menggunakan barang-barang yang biasa dilihat oleh murid seperti kerusi plastik, meja kayu, zip dan sebagainya untuk mengaitkan barang-barang tersebut dengan bahan yang digunakan untuk menghasilkan barang-barang tadi. Guru menunjukkan kad gambar dan bertanya kepada murid-murid apakah bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kerusi plastik, meja kayu dan zip. Barang Kerusi plastik Meja Kayu Zip 9.2.1.2 Kemahiran Menyoal Bahan Plastik Kayu Aluminium

Kemahiran menyoal merupakan satu kemahiran yang amat kompleks. Sebagai seorang guru yang berkesan anda boleh membangkitkan minat murid melalui soalan-soalan yang mampu merangsang dan mencabar pemikiran murid. Berikut ialah prinsip-prinsip dan panduan penyoalan. 1. 2. 3. 4. 5. Soalan hendaklah sesuai dengan umur dan kebolehan murid. Rancang jenis-jenis soalan yang akan dikemukakan. Soalan dikemukakan terlebih dahulu sebelum menyebut nama murid. Ini akan mendorong setiap murid memikirkan jawapan untuk soalan yang diberikan. Taburkan soalan keseluruh kelas, bukan sahaja kepada pelajar yang mengangkat tangan. Elakkan soalan yang membayangkan jawapan. Soalan seperti, Selepas menggunakan peralatan di makmal Kemahiran Hidup kita hendaklah menyusunnya semula, betulkah Izwan? Murid tidak dipaksa untuk menjawab. Pastikan perkataan yang digunakan dalam soalan mudah difahami. Bentuk soalan hendaklah diubah dari semasa ke semasa. Susun soalan-soalan supaya pemikiran logis dapat diwujudkan. Semasa mengemukakan soalan, pastikan suara adalah terang dengan intonasi yang sedap didengar. Elakkan daripada menyoal mengikut susunan kedudukan murid untuk menarik perhatian murid sepanjang masa. Elakkan menyoal ketika murid sedang membuat latihan atau membuat projek.

6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

OUM

203

PENGAJARAN MIKRO

TOPIK 9

Berikut ialah bagaimana anda patut memberi maklum balas terhadap jawapan yang diberikan oleh murid. 1. 2. Jika anda menerima jawapan yang betul daripada pelajar, pujian, senyuman dan anggukan hendaklah diberikan. Elakkan daripada mengulangi jawapan murid. Jika anda rasa penegasan perlu diberikan kepada jawapan tersebut, minta murid lain mengulangi jawapan itu. Ini dapat merangsang murid lain memikirkan jawapan yang lebih baik. Anda perlu menambah maklumat-maklumat kepada jawapan yang kurang lengkap. Jika murid tidak dapat menjawab, anda perlu membantu mereka dengan mengubah bentuk soalan dan memberikan bayangan atau clue. Jika murid tersebut masih tidak dapat menjawab, murid lain diminta membantunya. Jawapan yang betul perlu diulangi oleh murid yang pertama. Jika jawapan murid adalah separuh betul, anda perlu membetulkannya supaya menjadi jawapan yang lengkap. Jawapan yang diberikan secara beramai-ramai adalah tidak digalakkan. Jika anda dapati murid lain tidak memberi perhatian kepada murid yang sedang menjawab, anda patut meminta murid tersebut mengulangi jawapan yang telah diberikan. Amalan ini akan mendorong murid-murid supaya sentiasa memberi perhatian. Elakkan daripada mentertawa murid yang memberi jawapan yang salah. Murid-murid yang mentertawakan jawapan yang salah tadi perlu diminta berhenti daripada tertawa.

3. 4.

5. 6. 7.

8.

204

OUM

TOPIK 9

PENGAJARAN MIKRO

Komponen-komponen Kemahiran Penyoalan Komponen Pembentukan soalan Penerangan Guru berusaha membentuk soalan yang ringkas, tepat, jelas dan mudah difahami oleh muridmurid. Fokus soalan boleh menumpu kepada satu idea. Contoh: Apakah bahan-bahan yang terdapat dalam peti pertolongan cemas? Fokus soalan boleh menumpu kepada dua idea. Contoh: Apakah bahan-bahan yang terdapat dalam peti pertolongan cemas dan apakah kegunanaannya? Alih hala soalan Setelah guru mendapat jawapan daripada seorang murid, guru perlu mengalih hala soalan yang sama kepada seluruh kelas. Guru menyebarkan soalan kepada seluruh kelas. Setelah mengemukakan soalan, guru akan berhenti seketika untuk memberi peluang kepada murid-murid memikirkan jawapannya. Setelah beberapa ketika barulah guru meminta murid menjawab dengan menyebut nama atau meminta murid mengangkat tangan untuk menjawab. Setiap jawapan hendaklah dilayani dengan baik. Jika jawapan pelajar betul, guru hendaklah memberi peneguhan. Jika jawapan pelajar kurang tepat, guru perlu cuba perbaiki. Jika jawapan pelajar salah, guru perlu memotivasikan pelajar kerana berani mencuba sambil guru memberi penjelasan jawapan yang betul. memberi Jika didapati murid-murid langsung tidak dapat memberi jawapan, guru boleh membantu pelajar dengan memberi clues. Guru terus menyoal murid-murid jawapan yang lebih baik diperolehi. sehingga

Fokus

Sebaran Hentian

Melayani jawapan murid

Membantu petunjuk Mencungkil

dengan

OUM

205

PENGAJARAN MIKRO

TOPIK 9

Aktiviti 9.5
Semak kembali soalan-soalan anda di dalam kelas, tandakan ( / ) pada ruang berkenaan.

Komponen Penyoalan 1 Jelas, tepat dan ringkas Fokus kepada satu idea Fokus lebih daripada satu idea Hentian Alih hala soalan Melayani jawapan murid dengan baik Membantu dengan memberi petunjuk Mencungkil 2 3

Nombor Soalan 4 5 6 7 8 9

Aras Penyoalan Guru perlu mengubah aras penyoalan mengikut keperluan sukatan pelajaran dan aras kognitif murid-murid. Guru perlu menyediakan soalan daripada aras rendah ke aras tinggi untuk membantu murid-murid memperolehi, mengatur, menggunakan, menilai dan membentuk idea-idea baru. Aras penyoalan adalah berdasarkan Taksonomi Bloom (Rujuk Topik 7).

206

OUM

TOPIK 9

PENGAJARAN MIKRO

Berikut ialah contoh-contoh soalan bagi setiap aras bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Aras Ingat Kembali (pengetahuan) Kefahaman Aplikasi Contoh Soalan Senaraikan bahan-bahan pertolongan cemas. yang terdapat dalam peti

Terangkan cara merawat luka ringan. Jika berlaku satu kemalangan dalam sebuah makmal Kemahiran Hidup, apakah tindakan yang perlu anda lakukan? Kenalpasti lukisan litar skematik elektronik. yang betul bagi pemasa

Analisis

Sintesis

Anda dikehendaki merekabentuk sebuah lampu tidur. Rekabentuk lampu tersebut bolehlah menggunakan pengetahuan anda dalam bidang kerja kayu, bahan dan fabrik. Rekabentuk yang manakah yang mampu menarik perhatian pengguna? Berikan alasan anda.

Penilaian

9.2.1.3

Kemahiran Variasi Rangsangan

Guru yang berkesan akan berusaha mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan mewujud dan mengekalkan minat murid. Kemahiran variasi rangsangan merangkumi semua aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam usahanya mempelbagaikan teknik pengajaran. Berikut beberapa prinsip sebagai panduan untuk anda menggunakan variasi rangsangan. Anda hendaklah: x x (a) Memahami dengan jelas tujuan perubahan dalam aktiviti yang akan digunakan. Perubahan tersebut hendaklah memenuhi kehendak objektif pelajaran. Mengubah rangsangan yang digunakan mengikut maklum balas yang diperolehi daripada murid. Objektif Penggunaan Variasi Rangsangan Pembelajaran Variasi rangsangan digunakan untuk: x x x x ke atas Pengajaran dan

Menimbulkan minat dan mengekalkan perhatian murid. Melibatkan murid-murid dalam pelbagai pengalaman. Mewujudkan peluang untuk murid-murid menggunakan pelbagai deria. Menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.

OUM

207

PENGAJARAN MIKRO

TOPIK 9

(b)

Komponen Variasi Rangsangan Komponen Pergerakan Tingkahlaku Guru Pergerakan guru dari kiri ke kanan atau dari depan ke belakang boleh mengurangkan kebosanan dalam bilik darjah. Tetapi, pergerakan berlebihan boleh mengganggu tumpuan dan perhatian murid-murid. Guru menggunakan tangan, kepala dan badan (body languange) dengan berkesan apabila hendak menekankan isi-isi pelajaran yang penting. Guru mengubah-ngubah nada dan kekuatan suara. Suara yang mendatar akan menjemukan murid-murid. Guru mengubahkan penggunaan deria murid-murid. Contohnya, daripada bercakap kepada penggunaan pita rakaman, carta, slaid atau barang-barang maujud dan sebagainya. Guru menggalakkan penglibatan murid. Murid diminta bertanya soalan atau menjawab secara lisan. Guru juga boleh meminta murid menerangkan semula atau mengambil bahagian dalam perbincangan. Guru mengadakan aktiviti yang melibatkan fizikal murid-murid. Contohnya seperti lakunan, main peranan, amali di bengkel dan sebagainya.

Pergerakan anggota guru

Perubahan pertuturan

Perubahan fokus deria

Penglibatan lisan murid

Penglibatan fizikal murid

208

OUM

TOPIK 9

PENGAJARAN MIKRO

Aktiviti 9.6
Imbas kembali pengalaman anda di dalam kelas, tandakan ( / ) pada ruang berkenaan. Komponen Kemahiran Variasi Ransangan Pergerakan guru Pergerakan anggota guru Perubahan corak pertuturan Perubahan fokus pancaindera Penglibatan lisan murid Penglibatan fizikal murid 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Adakah anda telah mengaplikasikan kemahiran variasi rangsangan? Jika ya, tahniah. Anda guru yang berkesan!

9.2.2
9.2.2.1

Kemahiran Komunikasi atau Interpersonal


Kemahiran Menerang

Penerangan merupakan satu proses memberi kefahaman kepada orang lain. Maklumat yang disampaikan oleh guru dapat difahami oleh murid-murid. Objektif menerang ialah untuk membolehkan murid: x x x Memahami satu-satu konsep atau isu. Menghuraikan sesuatu proses atau prosedur. Menaakul sebab-sebab terjadinya satu-satu peristiwa dan meramal kemungkinankemungkinan sesuatu peristiwa. Ee Ah Meng, 1989

Komponen-komponen dalam kemahiran menerang terdiri daripada arah permulaan, kemahiran ilustrasi, penyusunan idea, penutup.

OUM

209

PENGAJARAN MIKRO

TOPIK 9

(a)

Arah Permulaan

Aktiviti 9.7
Imbas kembali pengalaman anda dalam kelas, tandakan ( / ) pada ruang berkenaan. Arah Permulaan Ada Tiada Tidak Kelihatan

Menarik dan mengekalkan perhatian murid Kesesuaian topik dengan konteks Kesediaan murid Pernyataan prinsip asas generalisasi ringkas dan tepat

(b)

Kemahiran Ilustrasi

Aktiviti 9.8
Imbas kembali pengalaman anda dalam kelas, tandakan ( / ) pada ruang berkenaan. Kemahiran Ilustrasi Ada Tiada Tidak Kelihatan

Ilustrasi yang merangsang pembelajaran dengan - Contoh-contoh yang mencukupi - Contoh-contoh yang berkaitan atau sesuai - Contoh-contoh jelas dan menarik

210

OUM

TOPIK 9

PENGAJARAN MIKRO

(c)

Penyusunan Pemikiran dan Idea

Aktiviti 9.9
Imbas kembali pengalaman anda dalam kelas, tandakan ( / ) pada ruang berkenaan. Penyusunan Pemikiran dan Idea Perkembangan idea yang teratur Penerangan lisan yang jelas dan teratur Ada Tiada Tidak Kelihatan

(d)

Penutup

Aktiviti 9.10
Imbas kembali pengalaman anda dalam kelas, tandakan ( / ) pada ruang berkenaan.

Penutup

Ada

Tiada

Tidak Kelihatan

Susunan/penyatuan idea Mewujudkan isi-isi penting/prinsip

9.2.2.2

Kemahiran Peneguhan

Peneguhan digunakan oleh guru untuk mengubah tingkahlaku murid-murid atau menggalakkan tingkahlaku yang diingini. Apabila seorang murid memberikan satu jawapan yang betul, sebagai seorang guru anda patut memberi pujian untuk menggalakkan tingkah laku itu. Berikut ialah objektif kemahiran pengukuhan, iaitu: x x x x x Dapat menarik perhatian murid-murid dalam pengajaran. Dapat menggalakkan murid-murid mencuba dengan lebih giat lagi. Dapat meningkatkan lagi pencapaian akademik murid-murid. Dapat memperbaiki disiplin murid-murid. Dapat mempertingkatkan lagi keyakinan murid-murid

OUM

211

PENGAJARAN MIKRO

TOPIK 9

Jika anda memberi peneguhan kepada murid-murid, anda akan dapati perubahan tingkahlaku murid-murid seperti berikut: x x x x x Murid-murid lebih bersemangat untuk belajar. Murid-murid ingin mencuba dengan sedaya upaya. Pembelajaran akan lebih berkesan. Murid-murid akan lebih berdisiplin. Keadaan ini akan lebih menjamin kelicinan P&P. Murid-murid akan lebih berasa yakin dan selamat. Suasana sosioemosi bilik darjah bertambah sihat. Perhubungan antara guru dan murid akan bertambah baik. Pembelajaran akan menjadi satu proses yang digemari.

Terdapat beberapa komponen peneguhan yang boleh anda praktikkan dalam bilik darjah. Komponen-komponen itu terdiri daripada lisan positif, gerak isyarat positif, dampingan, sentuhan dan penggunan jawapan murid.

Rajah 9.3: Menunjukkan komponen-komponen dalam kemahiran peneguhan

212

OUM

TOPIK 9

PENGAJARAN MIKRO

Aktiviti 9.11
Imbas kembali pengalaman anda dalam kelas, tandakan ( / ) pada ruang berkenaan setiap kali kompoen itu digunakan. Komponen Kemahiran Peneguhan Lisan positif Gerak isyarat positif Dampingan Sentuhan Penggunaan jawapan murid Lisan negatif Gerak isyarat negatif Tiada peneguhan Bilangan

9.2.3
9.2.3.1

Kemahiran Penyampaian Pengajaran


Kemahiran Menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM)

ABM yang digunakan dengan baik akan menambahkan keberkesanan P&P. ABM sepatutnya boleh: x x x x x x x x Menambah keberkesanan P&P. Menimbulkan minat. Mengekalkan perhatian dan penumpuan murid-murid. Memudahkan penanggapan konsep. Memberi pengalaman sebenar kepada murid-murid. Membina pemikiran yang berterusan. Mempercepatkan pemahaman Menjimatkan tenaga dan masa guru kerana murid lebih cepat memahami sesuatu konsep yang guru sampaikan.

Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan ABM. 9 9 9 9 9 Kesesuaian dari segi saiz, minat, kebolehan dan umur murid-murid. Tulisan pada ABM boleh dibaca oleh semua murid. Menggunakan pelbagai deria. Gambar-gambar yang digunakan menarik. Kandungan ABM berguna dan penting.

OUM

213

PENGAJARAN MIKRO

TOPIK 9

Berikut ialah komponen kemahiran penggunaan ABM, cuba anda nilai ABM yang pernah anda gunakan semasa sesi P&P. (a) Kesesuaian ABM ABM Sesuai dari Segi: Saiz Minat Kebolehan murid Ada Tiada Tidak Kelihatan

(b)

Keberkesanan ABM Keberkesanan ABM Gambar menarik minat murid Tulisan cukup besar Berbagai bentuk alat bantu mengajar digunakan. Diletakkan ditempat yang mudah dilihat oleh murid-murid. Ada Tiada Tidak Kelihatan

(c)

Penggunaan Deria ABM Melibatkan Penggunaan Deria: Penglihatan Pendengaran Sentuhan Rasa Bau Ada Tiada Tidak Kelihatan

9.2.3.2

Kemahiran Penggunaan Papan Tulis

Papan tulis yang digunakan dengan baik akan menambahkan keberkesanan pengajaran guru. Maklumat yang dicatat dengan teratur dan menarik akan memudahkan murid-murid membaca dan menarik minat mereka. Melalui penggunaan papan tulis yang baik, guru dapat: x x x Menarik serta mengekalkan tumpuan dan perhatian murid kepada perkara-perkara penting di setiap peringkat pengajaran Menjelaskan satu-satu konsep secara teratur. Membina hubungan antara guru dan murid apabila murid dibenarkan menggunakan papan hitam. Ini dapat membina keyakinan murid dan membentuk disiplin murid yang baik. Menggalakkan pemikiran yang produktif di kalangan murid.

214

OUM

TOPIK 9

PENGAJARAN MIKRO

Cuba anda teliti komponen-komponen penggunaan papan tulis berikut, tandakan pada ruang berkenaan berdasarkan amalan penggunaan papan tulis semasa sesi P&P yang anda jalankan di sekolah. (a) Kejelasan Tulisan dan Grafik Saiz tulisan yang sesuai Tulisan kemas Kerja-kerja grafik yang jelas Ada Tiada Tidak Kelihatan

(b)

Susunan (Layout) Susunan Nota dan Rajah Penggunaan ruang yang sesuai untuk nota, rajah dan ilustrasi Bahan-bahan pengajaran (nota dan rajah) disusun mengikut kesesuaian. Ada Tiada Tidak Kelihatan

(c)

Penonjolan dan Penekanan Penggunaan Warna dan Perbandingan Penggunaan warna yang bermakna dan sesuai Penggunaan perbandingan yang merangsangkan Ada Tiada Tidak Kelihatan

(d)

Teknik Persembahan Pembentukan Konsep dan Penglibatan Pelajar Pembentukan konsep melalui pembinaan carta dan gambarajah Dapat memudahkan idea/konsep yang susah Melibatkan murid secara lisan dan fizikal

Ada

Tiada

Tidak Kelihatan

OUM

215

PENGAJARAN MIKRO

TOPIK 9

9.2.3.3

Kemahiran Penutupan

Kemahiran penutupan merujuk kepada penumpuan perhatian kepada penyelesaian suatu tugas tertentu. Terdapat dua jenis penutup di dalam pengajaran iaitu penutup kognitif dan penutup sosial. (a) Penutup Kognitif Anda perlu menyenaraikan isi-isi penting sesuatu pelajaran dengan tujuan mengukuhkan apa yang telah dipelajari. Biasanya digunakan diakhir satu siri pelajaran, selepas satu sesi perbincangan atau latihan. Contohnya, sebagai guru Kemahiran Hidup, bagi topik bahan, anda boleh meminta pelajar menyebut semula sambil anda menyenaraikan dipapan tulis, apakah langkah-langkah untuk memotong kayu? (b) Penutup Sosial Penutup sosial bertujuan memberikan rasa pencapaian kepada murid-murid selepas mempelajari sesuatu topik. Penutup sosial digunakan diakhir satu-satu pelajaran atau diakhir satu siri pelajaran yang kompleks. Penggunaan pujian dan galakkan juga merupakan penutup sosial. Di antara objektif-objektif penutup ialah: x x x x Membuat rumusan tentang pelajaran yang telah disampaikan. Meneguhkan satu-satu pelajaran yang baru dipelajari oleh murid-murid. Menggunakan cara yang sesuai untuk menilai objektif P&P. Menimbulkan motivasi melalui aktiviti susulan.

Anda akan membantu murid-murid daripada aspek-aspek berikut jika anda mahir menggunakan kemahiran penutup, iaitu: x x x x Mengingati semula pelajaran yang baru dipelajari. Meneguhkan lagi pelajaran yang baru dipelajari. Mendorong murid-murid untuk belajar dengan tekun ekoran daripada penggunaan penutup sosial. Mengesan sama ada murid-murid telah menguasai pelajaran seterusnya mengetahui sejauhmanakah objektif P&P tercapai.

Imbas kembali P&P anda di kelas, adakah anda mengamalkan komponen-komponen penting dalam kemahiran penutup P&P anda?

216

OUM

TOPIK 9

PENGAJARAN MIKRO

(a)

Perkaitan Kognitif Perkaitan Kognitif Guru membuat rumusan dan perkaitan berhubung dengan pengalaman murid-murid. Guru menggunakan pelbagai aktiviti semasa mengulangkaji pelajaran. Guru menggunakan kaedah dan aktiviti yang sesuai untuk menilai objektif P&P. Penutup mempunyai perkaitan dengan isi-isi penting pelajaran Guru mencadangkan aktiviti susulan. Ada Tiada Tidak Kelihatan

(b)

Perkaitan Sosial Perkaitan Sosial Guru mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan, misalnya melalui pujian dan galakkan. Ada Tiada Tidak Kelihatan

(c)

Mewujudkan Motivasi Mewujudkan motivasi Melalui kemesraan dan semangat Melalui rasa ingin tahu Melalui aktiviti susulan. penuh Ada Tiada Tidak Kelihatan

OUM

217

PENGAJARAN MIKRO

TOPIK 9

9.3

Langkah Melaksanakan Pengajaran Mikro

Rajah 9.4: Peringkat-peringkat amalan pengajaran mikro Sumber: Adaptasi dari Ee Ah Meng, Pedagogi Satu Pengenalan

218

OUM

TOPIK 9

PENGAJARAN MIKRO

RUMUSAN
Pengajaran mikro merupakan suatu pengajaran skala kecil yang bertujuan untuk melatih bakal guru dalam satu-satu kemahiran. Terdapat tiga komponen dalam pengajaran mikro iaitu kemahiran merangsang, kemahiran interpersonal/komunikasi dan kemahiran penyampaian pengajaran. Kemahiran-kemahiran yang terlibat dalam komponen merangsang ialah kemahiran set induksi, penyoalan dan variasi rangsangan. Bagi komponen interpersonal/komunikasi pula, guru perlu menguasai kemahiran menerang dan peneguhan. Kemahiran dalam komponen penyampaian pengajaran pula terdiri daripada kemahiran menerang, kemahiran menggunaakan ABM, kemahiran menggunakan papan tulis dan kemahiran penutupan. Terdapat juga beberapa kemahiran yang tidak hanya menepati keperluan satu-satu komponen. Contohnya, kemahiran menerang boleh dikategorikan dalam komponen kemahiran komunikasi dan juga komponen penyampaian pengajaran. Begitu juga dengan kemahiran peneguhan mampu merangsang murid-murid dan sekaligus membaiki hubungan interpersonal guru dan murid.

GLOSARI
Mikro Motivasi Halus/kecil. Keinginan yang kuat pada diri seseorang yang mendorong untuk berusaha untuk mencapai kejayaan. Perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. Proses atau kegiatan belajar. Faktor yang menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi.

Pengajaran

Pembelajaran Rangsangan

OUM

219

PENGAJARAN MIKRO

TOPIK 9

UJIAN 1
1. 2. Nyatakan definisi pengajaran mikro. Jelaskan komponen-komponen dalam pengajaran mikro dan nyatakan kemahirankemahiran yang terlibat. Apakah ciri-ciri set induksi yang baik? Bagaimanakah cara seseorang guru menggunakan kemahiran variasi rangsangan untuk mengekalkan minat murid-murid?

3. 4.

UJIAN 2
1. Apakah objektif kemahiran peneguhan? Nyatakan komponen-komponen dalam kemahiran peneguhan. Penggunaan ABM baik boleh membantu guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Nyatakan ciri-ciri alat bantu mengajar yang baik. Nyatakan langkah-langkah melaksanakan pengajaran mikro.

2.

3.

220

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TOPIK 10

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH


Norizah Taib

PENGENALAN
Penilaian merupakan suatu aktiviti yang penting dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Ianya amat berguna untuk menentukan samada sesuatu pengajaran atau pembelajaran itu telah tercapai objektifnya atau pun tidak. Penilaian juga merupakan antara tugas terpenting seseorang guru. Jika seseorang guru itu tidak mahir dalam penilaian, sudah tentulah dia tidak dapat mengesan atau memperbaiki strategi dan kaedah yang digunakannya dalam pengajaran kerana dia tidak tahu sama ada objektif pengajarannya sudah tercapai ataupun tidak. Selain dari itu, kekuatan dan kelemahan pelajar dalam sesuatu pelajaran juga dapat dikesan. Ini membolehkan strategi pengayaan dan pemulihan dapat dirancang dengan baik. Rekod yang diperolehi daripada penilaian ini juga boleh dirujuk oleh pihak yang berkenaan. Penilaian adalah suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan. Oleh itu suatu tindakan yang sewajarnya akan dapat dilakukan seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik dan berkesan. Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima (5) peringkat: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Persediaan ujian Pentadbiran ujian Pemeriksaan dan pengukuran Analisis Interpretasi dan tindakan

OBJEKTIF
Di akhir topik diharapkan anda dapat: 1. 2. 3. 4. membanding bezakan penilaian formatif dan sumatif; membina Jadual Spesifikasi Ujian; mengaplikasikan kemahiran menulis item aneka pilihan dengan betul; dan membina satu alat penilaian melalui penilaian pemerhatian bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

OUM

221

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TOPIK 10

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK


PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

FORMATIF Latihan

SUMATIF

Ujian bulanan

Pep Pertengahan Tahun

Pep Akhir Tahun

x Ujian Bertulis x x x x Pemerhatian Amali Bertulis Lisan

10.1

DEFINISI

Penilaian adalah aktiviti untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

10.2

JENIS-JENIS PENILAIAN

Dua jenis penilaian yang biasa ialah: (i) Penilaian Formatif Digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sepanjang persekolahan. Penilaian ini bertujuan untuk membimbing pelajar ke arah kemajuan di samping membantu memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan murid dapat dikesan serta merta. Penilaian KBSR lebih mengutamakan jenis penilaian ini. Penilaian jenis ini boleh digunakan secara formal dan tidak formal, pemerhatian, lisan, amali dan juga bertulis.

222

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

(ii)

Penilaian Sumatif Ujian ini mementingkan bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh dan meliputi semua aras kemahiran. Biasanya ujian ini akan dijalankan pada akhir sesi pembelajaran iaitu pada akhir semester atau pada akhir tahun. Untuk membandingkan prestasi calon atau pelajar, gred akan diberikan. Tahap pencapaian murid juga akan dapat dikesan. Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM merupakan contoh penilaian sumatif.

SUMATIF

TUJUAN
- Pencapaian pelajar

FREKUENSI

FORMAL

Objektif Subjektif

- Laporan kpd penjaga - kumpulan mengikut kebolehan - hadiah/anugerah - biasiswa - Maklumat kepada majikan

-Setiap penggal -Setiap semester -Akhir tahun/percubaan -peperiksaan

INFORMAL
FORMATIF

-Pemulihan/diagnosis -Merancang strategi pengajaran -Menilai penyampaian guru

-Harian -Mingguan -bulanan

Rajah 10.1: Tujuan, jenis dan frekuensi ujian-ujian di sekolah Sumber: Yap Yee Keong, Wan Chwee Seng dan Ismail Abu Bakar

OUM

223

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TOPIK 10

10.3

CARA MENILAI DAN MENTAKSIR KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN DALAM KHSR

10.3.1 Ujian Bertulis


Ujian ini juga dikatakan sebagai ujian kertas dan pensil. Dalam ujian ini ujian adalah ditadbir kepada seluruh kelas. Ujian jenis ini boleh dibahagikan kepada Ujian objektif dan Ujian Subjektif.

JENIS UJIAN

UJIAN OBJEKTIF

UJIAN SUBJEKTIF

Jawapan bagi ujian adalah pendek, terdiri daripada beberapa perkataan atau satu frasa Contoh ujian: soalan aneka pilihan, salah benar, ujian padanan dan ujian lengkapan Bentuk ujian ini kerap dilaksanakan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah.

Ujian subjektif atau esei digunakan untuk menguji pengetahuan, kebolehan berfikir serta kebolehan mengaplikasi pengetahuan muridmurid. Ujian ini menguji kebolehan murid untuk mengingat kembali, menyusun, mengait, membuat sintesis, menganalisis dan menilai idea-idea. Bentuk ujian ini jarang dilaksanakan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah

Ujian bertulis merupakan satu prosedur yang bersistem untuk mengukur sebahagian daripada semua aspek tingkahlaku seseorang individu. Ia merupakan satu alat yang bersistem untuk membuat perbandingan prestasi tingkahlaku diantara 2 atau beberapa individu. Ujian itu bersistem jika soalan-soalan dibina mengikut peraturan tertentu. i.e mengikut JSU (Jadual Spesifikasi Ujian).

224

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Tujuan pengujian dilakukan ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) Sebagai penggerak Untuk maklumbalas Untuk mengesan punca kelemahan Pemilihan/penempatan Penilaian Ramalan Pensijilan Klasifikasi Penyelidikan Pembelajaran lampau

Beberapa langkah dan peraturan perlu dipatuhi apabila ujian ini ingin dijalankan. Langkahlangkah tersebut ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) menentukan objektif ujian menentukan Jadual Spesifikasi Ujian menulis item menapis dan mengedit item menentukan bentuk atau format ujian mengelolakan pra-ujian mentadbir ujian memeriksa jawapan menganalisa item menilai dan membuat laporan

OUM

225

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TOPIK 10

10.3.1.1

Jadual Spesifikasi Ujian

226

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

KONTRUK BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP Konstruk: Pengetahuan Konstruk P1 Terminologi P2 Fakta P3 Kriteria P4 Konsep P5 Prinsip Penjelasan/Indikator Penjelasan kepada sesuatu istilah. Contoh: Matriks, nutrien, simptom, kelim, entiti perniagaan. Perkara-perkara yang terbukti dan diterima umum. Contoh: Perkaitan, persamaan linear, matriks, perkaitan di antara nutrien dan kesuburan, ciri-ciri. Ciri-ciri atau syarat-syarat yang ditetapkan untuk tujuan tertentu atau operasi. Contoh: Reka cipta, menghasilkan produk/dokumen. Kefahaman asas terhadap sesuatu idea. Contoh: Pemindahan tenaga, bendalir, perosak tumbuhan, warna, pola blok, pengeluaran produk/perniagaan. Pegangan yang diamalkan. Contoh: Mematuhi sekuen dalam logik matematik, prinsip perlindungan tanaman, penjagaan pakaian, menyusun perabot, prinsip perakaunan.

P6 Panduan atau sistem yang disetujui dan diamalkan. Peraturan/Hukum Contoh: Peraturan pengkamiran, mendraf pola, menjahit proses jahitan, menyembur racun, mengurus perniagaan. P7 Teori Satu pemikiran yang diterima umum. Contoh: Teori asas tujuan berpakaian, teori asas lukisan kejuruteraan, teori pengawalan penyakit, teori penawaran.

OUM

227

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TOPIK 10

Konstruk: Kemahiran Konstruk K1 Menghurai K2 Mengorganisasi Penjelasan/Indikator Menjelaskan/menerangkan konsep/fakta

x x x x x x x

Penyusunan secara sistematik Mengklasifikasi/mengkategori Membina jadual Merancang Mengkaji data-data kepada bentuk yang lebih terperinci Membanding beza Menghubungkaitkan

K3 Menganalisis

K4 Interpretasi/ mentaksir K5 Merumuskan K6 Membuat keputusan K7 Menyenaraikan/ Mengenal pasti K8 Menilai K9 Mengaplikasi

Menghuraikan atau menilai sesuatu keadaan

Membuat generalisasi Membuat sesuatu ketetapan berdasarkan pilihan yang terbaik

Memilih dan menyusun berdasarkan ciri-ciri tertentu

Membuat kritikan

x x x x x

Mengaitkan proses sesuatu perkara berkaitan dengan suatu perkara lain Menyelesaikan masalah Menghitung/mengira (matematik) Membina/melukis rajah Membuat anggaran

228

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Konstruk: Nilai Konstruk Penjelasan/Indikator

N1 Melaksanakan sesuatu mengikut apa yang telah ditetapkan Bertanggungjawab N2 Berkeyakinan N3 Menghargai/ Apresiasi N4 Menyedari/peka N5 Berhati-hati Aras Soalan 1. Pengetahuan (a) Pelajar ingat kembali idea, fakta asas, satu frasa, siri ayat, tempat, tarikh atau orang. (b) Katakerja tingkah laku yang biasa digunakan mantakrifkan, mengecamkan, melabelkan, menamakan, menyenaraikan, menyatakan, memadankan. (i) (ii) (iii) (iv) Senaraikan tiga Beri definasi. Siapa mencipta Katakerja: mentakrifkan, mengecamkan, melabelkan, menyenaraikan, menyatakan, memadankan. Boleh dan percaya dalam pelaksanaan tugas Memberi pengiktirafan Contoh: menghargai masa Sensitif terhadap sesuatu keadaan Teliti dalam sesuatu tindakan Contoh: membuat kerja dengan teliti

menamakan,

2.

Fahaman (a) Mengubah kefahaman dari satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan ide dengan perkataan sendiri. (b) Contoh katakerja: membezakan, merumuskan, menulis semula dengan perkataan lain, meringkaskan, menganggarkan, mengubah. (i) (ii) (iii) (iv) Terangkan Huraikan dengan perkataan anda Ringkaskan Kata kerja: membezakan, merumuskan, meringkaskan

OUM

229

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TOPIK 10

3.

Penggunaan (a) Pelajar menggunakan maklumat yang ada dalam situasi yang baru dan membezakan kategori yang berbeza-beza dengan tepat berhubung dengan peristiwa atau memilih, menukar, menggunakan prinsip untuk menyelesaikan masalah. (b) Contoh kata kerja: Menggunakan, mengubahsuai dan menghasilkan. menyelesaikan, menghubungkan,

4.

Analisis (a) Pelajar memeriksa sesuatu yang kompleks dan memecahkannya kepada bahagian yang kecil. Menyusun semula fikiran, mencari bukti, mentafsir atau membuat kesimpulan am, membezakan, mengelaskan, hipotesis, bukti, rumusan dan struktur sesuatu kenyataan. (b) Contoh katakerja: menganalisa, mencerakinkan sesuatu, membezakan fenomena, mengasingkan kepada unit-unit yang kecil, membahagikan dan menyediakan gambarajah

5.

Sintesis (a) Pelajar mengintegrasikan dan mencantumkan ide menjadi suatu hasil, rancangan yang baru atau menghubungkan maklumat dengan cara yang istimewa & tersendiri dalam usaha menyelesaikan masalah dan membuat ramalan. (b) Contoh katakerja: mengkategorikan, membuat kesimpulan, merumuskan, mengatur semula, membentuk sesuatu, mencipta dan mengumpulkan.

6.

Penilaian (a) Kemahiran membuat pertimbangan atau memberi gred dengan menggunakan kaedah dan kriteria yang piawai tentang kesesuaian, ketepatan, kecekapan, keberkesanan, penyelesaian, prosedur, produk dan sebagainya. Menulis Item

10.3.1.2

Item ialah butiran yang menjadi komponen dalam instrumen ujian yang perlu di respond oleh calon untuk mendapatkan evidens tentang kebolehan calon. Perkara yang di ukur oleh item dipanggil konstruk yang boleh membezakan darjah kebolehan calon berkenaan. Konstruk ialah suatu aspek yang ingin dibangunkan dalam diri pelajar melalui kurikulum dan keberkesanan perlaksanaan kurikulum. Dalam pentaksiran, konstruk yang diukur ialah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Aptitud kepada pelajaran Kecerdasan Kreativiti Kemahiran menyelesaikan masalah Bersifat saintifik

230

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Klasifikasi konstruk terdiri daripada: (i) (ii) (iii) Pengetahuan Kemahiran Nilai dan Sikap

Beberapa perkara yang perlu anda ketahui untuk menulis item yang baik, ialah anda perlu: (i) (ii) (iii) Tahu dengan baik konstruk atau perkara yang hendak ditaksir Faham tentang falsafah, matlamat dan objektif mata pelajaran Memahami psikologi pendidikan tentang individu yang diuji

Item dalam sesuatu ujian bertulis terdiri item objektif (aneka pilihan) dan item subjektif. Walau bagaimanapun, bahagian ini akan menerangkan item ujian objektif sahaja kerana item ini yang sesuai dibina untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Secara amnya setiap item mesti mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu: (a) Stimulus: Boleh terdiri daripada pernyataan tentang sesuatu yang ada kaitan dengan tugasan dan pilihan jawapan. Stimulus (rangsangan) boleh terdiri daripada rajah, gambarajah, gambar, jadual atau carta. Calon mendapat maklumat yang secukupnya daripada rangsangan sebelum memberi respons kepada tugasan. Stem: Stem merupakan pernyataan maklumat yang diperlukan untuk menjawab item dan pernyataan tugasan yang dinyatakan dalam bentuk soalan lengkap atau tidak lengkap. Panduan berikut boleh digunakan untuk membina item, iaitu: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Tugasan dinyatakan dengan jelas, tepat dan ringkas, tiada pembaziran perkataan sebagai hiasan. Tidak memetik terus frasa daripada buku teks atau buku ulang kaji. Tidak memberikan bayangan kepada jawapan seperti penggunaan pertalian perkataan (words association). Elakkan menyatakan tugasan dalam bentuk penggunaanya perlu ditegaskan/dihighlightkan. Elakkan item berasaskan pendapat. Idea utama item perlulah dinyatakan pada stem bukan stimulus atau pilihan jawapan. negatif. Sekiranya perlu

(b)

OUM

231

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TOPIK 10

KURIKULUM

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

KANDUNGAN MATA PELAJARAN

KONSTRUK

PERLAKSANAAN KURIKULUM

PENTAKSIRAN
Rajah 10.2: Konstruk dinilai berdasarkan keperluan kurikulum mata pelajaran

Item Aneka Pilihan (Objektif) Jenis soalan aneka pilihan terbahagi kepada dua iaitu: x x Aneka Pilihan Aneka Gabungan

Item Objektif Aneka Pilihan ialah jenis respons dipilih. Dalam item jenis ini calon diberi pilihan (2,3,4,5, ...) sebagai pilihan jawapan. Pakar mendapati item dengan 4 pilihan jawapan menghasilkan kebolehpercayaan ujian yang optimum.

232

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Soalan Aneka Pilihan Mempunyai satu jawapan sahaja yang betul atau terbaik daripada beberapa cadangan jawapan bagi soalan itu. Contoh: Berbentuk soalan lengkap Rod positif dalam sel kering adalah diperbuat daripada A B C D zink ammonium klorida mangan dioksida karbon

Soalan Aneka Gabungan Memerlukan calon memilih jawapan yang betul berdasarkan gabungan pernyataan yang betul dengan tugasan item Contoh: Antara berikut, yang manakah perlu ada dalam bengkel Kemahiran Hidup untuk tujuan keselamatan? I II III IV A B C D Alat pemadam api Rak-rak untuk peralatan Kotak pertolongan cemas Baju bengkel I, II dan III sahaja I, II dan IV sahaja I, III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

OUM

233

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TOPIK 10

Panduan Membina Soalan Objektif (a) Keseluruhan Item (i) (ii) (iii) (iv) (v) Dibina berdasarkan spesifikasi ujian yang ditetapkan dari segi konstruk, topik, aras kesukaran, jenis item, klasifikasi item. Mentaksir perkara dicakupi oleh Sukatan Mata Pelajaran dan Huraian Mata Pelajaran. Semua calon berpeluang mempelajari perkara yang hendak ditaksir. Hendaklah mentaksir perkara yang penting bukan serpihan kecil daripada HSP Hendaklah adil kepada kesemua calon dari segi: x x x x Tidak bias kepada mana-mana kumpulan Kebolehbacaan yang rendah dan sesuai Meminimumkan masa membaca item Tidak bersifat perangkap muslihat

(vi) Penggunaan istilah yang tepat dan digunapakai dalam kurikulum (vii) Fokus kepada satu tugasan atau masalah (b) Stem Pernyataan maklumat yang diperlukan untuk menjawab item dan pernyataan tugasan yang dinyatakan dalam bentuk soalan lengkap atau tidak lengkap.

Lemah : Stem tidak lengkap dan jelas Contoh solan: Kecergasan fizikal ialah: A ciri individu yang sihat B ukuran keaktifan seseorang individu C melakukan aktiviti harian dengan cergas D menjalankan senaman dalam tempoh yang lama Baik: Stem lengkap dan jelas Contoh Soalan: Antara berikut yang manakah ciri individu yang mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi? A B C D Menjalankan senaman setempat Menumpukan pada aktiviti tertentu Mengatasi cabaran aktiviti seharian Melaksanakan latihan dalam gelanggang

234

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Lemah:

Perhubungan ketara antara stem dan pilihan jawapan dari segi perkataan yang digunakan.

Contoh soalan: Antara berikut agensi kerajaan kemusnahan alam semula jadi? A B C D manakah bertanggungjawab terhadap

Kementerian Pertanian Kementerian Tanah dan Galian Kementerian Sains dan Alam Sekitar Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan

Contoh soalan: Kementerian Sains dan Alam Sekitar diwujudkan untuk memastikan A B C D persekitaran hutan terpelihara semua bandar sentiasa bersih industri pelancongan meningkat kepentingan sains kepada alam sejagat

Baik:

Tiada perhubungan (clue) ketara antara stem dengan pilihan jawapan dari segi perkataan yang digunakan

Contoh Soalan: Antara berikut agensi kerajaan yang manakah bertanggungjawab terhadap masalah penebangan hutan yang berleluasa? A B C D Kementerian Pertanian Kementerian Tanah dan Galian Kementerian Sains dan Alam Sekitar Kementerian Kebudayan dan Pelancongan

OUM

235

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TOPIK 10

(c)

Stimulus Stimulas terbahagi kepada beberapa jenis iaiti stimulus berajah, Berpetikan/Quotation, Stimulus Bersenarai, Stimulus Bergambar/Karton, Berjadual, Stimulus Berimaginasi/Aplikasi, Stimulus Bentuk Dialog. Ia relevan, dinyatakan dalam bentuk yang paling berkesan dan maklumat autentik. stimulus Stimulus mestilah mestilah

Stimulus Berajah: Contoh soalan:

Rajah 1 Apakah nama bahagian Y pada lampu pijar di atas? A B C D Filamen Batang kaca Sesentuh Rod

236

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Stimulus Bergambar/Karton (Lukis kartun, 2 orang dgn dialog berikut)

Saya mahu kambing

Saya tak mahu

Contoh Soalan: Keadaan dalam gambar diatas menunjukkan sistem barter mempunyai masalah. Masalah di atas ialah A B C D Kesukaran menemukan dua kehendak serentak Kesukaran menilai kadar pertukaran Kesukaran membahagikan barang Barang berkenaan tidak tahan lama

(e)

Distraktor Distraktor ialah pilihan jawapan yang bukan jawapan. Berfungsi menarik perhatian calon yang tidak menguasai sesuatu bidang pembelajaran. Merupakan pernyataan yang memang salah, separuh salah atau betul tapi tidak menepati kehendak tugasan (stem). (i) Gunakan hanya distraktor yang berfungsi berdasarkan ciri munasabah, tidak terpencil, salah konsep yang biasa atau maklumat yang biasa (familiar) tetapi bukan jawapan. Elakkan distraktor yang tidak logik. Elakkan menggunakan pernyataan yang melucukan.

(ii) (iii) (f)

Indeks Kesukaran

OUM

237

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TOPIK 10

Lemah: Distraktor yang tidak sama jenis Antara berikut yang manakah bunga kebangsaan Malaysia? A Bunga Raya B Bunga Emas C Bunga Kertas D Bunga Manggar Baik: Distraktor yang sama jenis Antara berikut yang manakah bunga kebangsaan Malaysia? A B C D Bunga Ros Bunga Raya Bunga Melur Bunga Anggerik

10.3.1.3 Pilihan Jawapan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Semua pilihan jawapan harus bebas antara satu sama lain. Elakkan opsyen yang saling bercanggah atau mempunyai makna yang sama. Semua pilihan jawapan hendaklah homogen dan selari dengan opsyen yang lain. Semua pilihan jawapan dinyatakan dengan tatabahasa yang selaras dengan tugasan terutamanya jenis pelengkap. Elakkan pengulangan perkatan yang serupa dalam semua opsyen. Gunakan bilangan pilihan jawapan yang sesuai bagi mengurangkan calon mendapatkan skor nasib dengan meneka secara rambang. Elakkan menggunakan perkataan penentu seperti selalu, sangat, lebih kurang dan lain-lain. Bagi item aneka pilihan kompleks elakkan menggunakan satu nombor cadangan jawapan dalam setiap pilihan jawapan. Elakkan menggunakan pilihan jawapan semua di atas betul, Tiada satupun betul atau Saya tidak pasti. Tepat atau paling sesuai dan tidak boleh dipertikaikan. Tidak menonjol sebagai jawapan seperti sentiasa panjang atau diiringi dengan penjelasan.

238

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

10.3.1.4 (a)

Ciri-ciri Ujian yang Baik

Kesahan (Validity) x Kesahan isi iaitu keakuran kepada kurikulum (tujuan, penekanan topik mengikut sukatan) dan mengikut Jadual Spesifikasi Ujian. x Kesahan gagasan: Mengukur trait personaliti, tingkahlaku atau mental. Contoh: soalan untuk menguji kreativiti dikatakan tidak sah dari segi gagasan jika ia tidak dapat membezakan mereka yang mempunyai daya imaginasi atau tidak. Ketepatan: Menepati konstruk yang ditaksir dan menepati konteks yang ditetapkan.

x (b)

Keutuhan (Reliability) (i) Mementingkan ketepatan atau kejituan ukuran (ii) Faktor-faktor yang mempengaruhi keutuhan: x x x x x Faktor ujian: panjang pendek ujian Faktor murid dan guru: hubungan guru dan murid yang baik (motivasi, kebiasaan dengan formst ujian) Faktor pentadbiran ujian: arahan-arahan jelas, masa yang cukup dan diawasi dengan teliti) Faktor persekitaran: kerusi & meja yang selesa, ruang dan cahaya yang cukup, senyap) Faktor pemarkahan: ujian subjektif berbeza mengikut pemeriksa

(c) (d) (e)

Keobjektifan (Objectivity) Kebolehtadbiran (Administerability) Kemudahtafsiran (Interpretability)

10.3.2

Penilaian Melalui Pemerhatian

Cara ini adalah sesuai untuk mengukur sesuatu kemahiran. Biasanya, dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup ujian pemerhatian penting untuk mengukur kemahiran menggunakan alatan dan kemahiran menguasai sesuatu topik. Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang diperlukan/ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklumbalas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ianya meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan penggunaan Senarai Semak, Rekod Anekdot atau Rekod Profil. Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.

OUM

239

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TOPIK 10

Gambar Rajah 8.3 di atas menunjukkan bagaimana cara pemerhatian boleh dijalankan didalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pemerhatian berlaku diantara guru dengan pelajar, dan diantara pelajar dengan pelajar. Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan, dan komunikasi pelajar dengan bahan dalam pelbagai situasi persekitaran. Antara jenis alat pemerhatian yang biasa digunakan di sekolah adalah: (a) Rekod Anekdot (Peristiwa) (i) Pemerhatian dibuat ke atas individu yang mana tujuannya adalah untuk mengesan kemahiran seseorang. Pemerhatian ini dijalankan secara tidak formal. Setiap peristiwa atau perlakuan pelajar akan dicatat untuk kegunaan masa depan. Rekod anekdot mestilah mempunyai butiran seperti nama murid, darjah, tarikh pemerhatian dibuat, nama pemerhati (guru), peristiwa yang diperhatikan dan cadangan atau ulasan guru mengenai peristiwa tersebut.

(ii)

240

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

(b)

Senarai Semak (i) (ii) Ianya digunakan untuk menyemak pelbagai hal yang dapat diperhatikan. Senarai semak dibawah digunakan untuk menentukan samada seorang pelajar telah cukup bersedia untuk memulakan suatu kelas amali pertanian.

(c) (d)

Skala Kadar Carta Penyertaan

PELAJAR

GURU

BAHAN

Rajah 8.4 menunjukkan aspek-aspek yang diambil kira oleh pemerhati semasa proses penilaian melalui pemerhatian. Biasanya pemerhatian ditumpukan kepada aspek yang menjadi fokus penilaian iaitu kognitif atau afektif atau psikomotor, atau gabungan aspekaspek tersebut. Walau bagaimanapun, objektif penilaian menjadi hala tuju pemerhatian.

OUM

241

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TOPIK 10

10.3.2.1

Kualiti Pemerhatian

Apakah kualiti yang perlu ada pada anda sebagai seorang guru untuk menjadi pemerhati yang baik?

Anda perlu: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Berpengetahuan yang mendalam dalam bidang tugasnya. Prihatin terhadap persekitaran. Peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan dan pembelajaran. Yakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil. Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan terhadap sesuatu pemerhatian. Bersikap luwes atau terbuka terhadap dapatan pemerhatian. Sabar untuk mengikuti sesuatu perkembangan sehingga tercapai matlamat yang dituju. Tekal dan stabil dalam penilaiannya. Bentuk Perancangan

10.3.2.2

Bagaimanakah bentuk perancangan yang perlu disediakan sebelum sesuatu pemerhatian dilaksanakan?

242

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

1. 2. 3. 4. 5.

Pemerhatian harus rapi dengan menyatakan dengan jelas tujuan pemerhatian yang bakal dijalankan. Mengenalpasti aspek yang hendak dinilai dan kumpulan/individu sasar yang dinilai. Menetapkan jangka waktu proses penilaian, sama ada jangka pendek atau jangka panjang, mengikut keperluan. Menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor. Merangka tindak susul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijangka daripada pemerhatian itu.

10.3.2.3 Strategi Pelaksanaan

Pemerhatian boleh dilaksanakan mengikut berbagai-bagai strategi dan cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Pelaksanaan secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti atau dirancang. Dengan menggunakan senarai semak atau alat lain seperti rekod anekdot yang meliputi aspek kognitif, psikomotor, bahan dan persekitaran. Pemerhatian boleh dilakukan secara global atau analitik mengikut objektif atau tujuan pemerhatian. Tindak susul terhadap hasil atau pemerhatian hendaklah dibuat setelah mengkaji kesan dan implikasi ke atas pelajar. Jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan. Hands-on investigation boleh dilakukan melalui pemerhatian. Ini amat bersesuain dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup untuk mengukur tahap kompetensi muridmurid.

Setiap hari guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif pelajar. Namun, guru boleh juga lebih memanfaatkan dapatan pemerhatian tersebut dengan membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan tutor.

OUM

243

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TOPIK 10

RUMUSAN
Penilaian merupakan suatu aktiviti yang penting untuk menentukan samada sesuatu pengajaran atau pembelajaran itu telah tercapai objektifnya atau pun tidak. Dua jenis penilaian yang biasa ialah Penilaian Formatif dn Penilaian Sumatif. Penilaian Formatif bertujuan untuk membimbing pelajar ke arah kemajuan di samping membantu memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian jenis ini boleh digunakan secara formal dan tidak formal, pemerhatian, lisan, amali dan juga bertulis. Penilaian Sumatif pula menilai bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh dan meliputi semua aras kemahiran. Biasanya ujian ini akan dijalankan pada akhir sesi pembelajaran iaitu pada akhir semester atau pada akhir tahun. Untuk membandingkan prestasi calon atau pelajar, gred akan diberikan. Tahap pencapaian murid juga akan dapat dikesan. Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM merupakan contoh penilaian sumatif. Ujian bertulis merupakan bentuk penilaian sumatif yang bersistem untuk mengukur sebahagian daripada semua aspek tingkahlaku seseorang individu. Juga digunakan untuk membuat perbandingan prestasi tingkah laku diantara 2 atau beberapa individu. Ujian ini menggunakan JSU (Jadual Spesifikasi Ujian) sebagai garispanduan pembinaannya. Penilaian melalui pemerhatian pula merupakan bentuk penilaian formatif. Cara ini adalah sesuai untuk mengukur sesuatu kemahiran. Biasanya, dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup ujian pemerhatian penting untuk mengukur kemahiran menggunakan alatan dan kemahiran menguasai sesuatu topik. Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang diperlukan/ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklumbalas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ianya meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan penggunaan Senarai Semak, Rekod Anekdot atau Rekod Profil. Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masingmasing.

GLOSARI
Evidens Konstruk Bukti. Suatu aspek yang ingin dibangunkan dalam diri pelajar melalui kurikulum dan keberkesanan perlaksanaan kurikulum. Suatu maklumat yang yang autentik berbentuk teks atau grafik yang menjadi fokus kepada situasi tugasan. Pernyataan maklumat yang diperlukan untuk menjawab item dan pernyataan tugasan yang dinyatakan dalam bentuk soalan lengkap atau tidak lengkap.

Stimulus

Stem

244

OUM

TOPIK 10

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

UJIAN 1
1. 2. 3. Apakah perbezaan penilaian formatif dan sumatif? Apakah konstruk yang dinyatakan diuji dalam satu-satu Jadual Spesifikasi Ujian? Senaraikan bidang-bidang yang diuji dalam setiap konstruk.

UJIAN 2
1. 2. 3. Apakah komponen-komponen yang perlu ada dalam item aneka pilihan? Senaraikan ciri-ciri ujian yang baik. Apakah alat yang digunakan dalam penilaian melalui pemerhatian?

OUM

245

RUJUKAN

Abd. Rahman Hj. Hussein (1984), Media Teknologi dan Pendidikan dalam Suara Pendidik, Shah Alam, Selangor: Persatuan Pendidikan Malaysia. Abu Bakar Mohd, 1998. Fokus Kemahiran Hidup Bersepadu Teras dan Elektif, Kuala Lumpur: Penerbitan Pelangi. Atan Long (1983), Pedagogi Kaedah Am Mengajar: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor. Bonk, CJ. & Cunningham, D.J (1998). Searching for Learner-centered, Constructivist and Sociocultural Components of Collaborative Educational Learning Tools. Bruner, J., (1990), Acts of Meaning. Cambridge, MA: Harvard University Press. Chan Bing Fai (1963), Audio-Visual Aids In Teaching: Anthonian, Kuala Lumpur. Claxton, G (1990), Teaching to Learn: A direction for education. London, Cassell. Ee Ah Meng (1990), Pedagogi: Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur, Fajar Bakti. Halimaton Hamdan, (1989). Keselamatan Makmal, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://adulted.about.com/od/teachertoolkit/ http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/sumbertm.htm http://ekannez.tripod.com/underd_01.htm http://e-kedai.net/rm/index.php?action http://myschoolnet.ppk.kpm.my/ http://pendidikan.tv/guruinternet.html http://sch.el.net.my/smaml/psb-2.html http://ultibase.rmit.edu.au/Articles/nov03/adeyanju1.htm http://www.aizam.somee.com/ http://www.cikgu.sg/article_read.asp?id http://www.consructivism123.com/what_Is/what_is_constructivism.htm http://www.contextual.org/ http://www.emedia.com.my/websekolah/pendidikan/bggambar.html http://www.juliantrubin.com/electronicsprojects.html http://www.kpsec.freeuk.com/proj.htm

256

OUM

RUJUKAN

http://www.kustem.edu.my/sba/BorangD.htm http://www.occ.act.edu.au/home/start/ http://www.ppk.kpm.my/html/FAQ/faq_saimat.htm http://www.robotics.com/robots.html http://www.robotmaker.co.uk/ http://www.tutor.com.my/tutor/dunia Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 4 Kementerian Pendidikan Malaysia 2002. Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 5 Kementerian Pendidikan Malaysia 2002. Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 6 Kementerian Pendidikan Malaysia 2002. Jonassen, D., Peck, K., & Wilson, B. (1999). Learning with Technology: A Constructivist Perspective. Upper Saddle River: Prentice Hall, Inc. Kamaros Zaman, Mohd Affendi, et al (2005), Kemahiran Hidup Bersepadu Teras & Pilihan 1: Kemahiran Teknikal , Pelangi , ISBN 983-00-1333-2. (m.s. 130 hingga 140). Kamarudin Husin (1990). Pedagogi 2. Siri Pendidikan Longman, K.L. Kementerian Pelajaran Malaysia, Manual Pengoperasian Perisian Kursus BPPT (2005), Prestariang @ www.bppt.com.my. KPM, BPG Jabatan Pelajaran Perlis (2004), Kursus Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Lembaga Peperiksaan Malaysia. Mat Jizat Abdul,et al (2006), Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Teknologi Malaysia. Mat Nor Hussin dan Ab. Rahman Ab. Rashid (1988), Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa: Siri Pendidikan Longman, Kuala Lumpur. Modul Pembelajaran Bestari: Penilaian, Bahagian Pendidikan Guru. Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari, Bahagian Pendidikan Guru, 2002. Mok Soon Sang (2004), Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru Bahagian II: Kompetensi Fungsi/Khusus; Edisi Kedua, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya, Selangor.

OUM

257

RUJUKAN

Needham, R & Hill P., (1987), Teaching Strategies For Developing Undestanding In Science, University of Leeds. Ngui Kuan Sang (1981), Penggunaan Alat Pandang-Dengar Dalam Pengajaran dalam Suara Pendidik:, Vol. 7, N0. 4, Shah Alam: Persatuan Pelajar Malaysia. Osborne, R.J & Wittrock, M.C (1983), The Generative Learning Model and Its Implication for Science Education. Studies in Science Education, Vol. 12, ms 59 - 87. Perintah-perintah Am & Arahan Pentadbiran (1994), International Law Book Services, Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Huraian sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup (m.s 44 hingga 46). Pusat Sumber Sekolah (1985), Penubuhan dan Penggunaan: Kementerian Pelajaran Malaysia. Rahil Mahyudin etl. (1997). Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Longman. Kuala Lumpur. Razali Nor (1994), Teknologi Pendidikan 1: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Sharifah Alwiah Al-Sagoff (1984), Teknologi Pengajaran: DBP, Kuala Lumpur. Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tatacara Pengurusan Stok dan Inventori (2002), Pusat Penyenggaraan Alat, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia. Unit TMK, Jabatan Pelajaran Perlis (2004), Modul Pembelajaran Akses Kendiri TMK (MS Word dan MS Power Point). www.bppt.com.my Yap Yee Keong dan rakan-rakan (1985), Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur, Heinemann Asia.

258

OUM

JAWAPAN

HBLS1103

TOPIK 2: Ujian 1 1.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR

Agihan organisasi dikategorikan kepada 3 iaitu Struktur Organisasi, Panitia dan Pengurusan pelajar. Lima tugas utama seorang ketua panitia: (i) Menyelaraskan sukatan dan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan Semester. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan untuk diserahkan kepada Guru Penolong Kanan.

2.

(ii)

(iii) Membuat pesanan bahan dan alatan melalui borang pra pesanan. (iv) Mengagihkan tugas mengajar serta penyelenggaraan dan keselamatan bengkel. tanggunggjawab pengurusan,

(v)

Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang kemaskini.

3.

Susun atur makmal KH yang baik ialah satu bangunan untuk kerja amali yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan berikut; (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Lokasi dan pelan yang sesuai Sistem pencahayaan yang baik Sistem pengudaraan yang cukup dan bersih Susun atur meja kerja yang selamat Rak-rak alatan dan projek yang baik Mempunyai laluan yang selesa terutama semasa kecemasan Bekalan air dan singki bagi kemudahan penyucian

Ujian 2 1. Terangkan tugas yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar serta tanggung jawab ketua-ketua jawatan. Kemudian lukiskan satu lakaran grafik bagi menunjukkan sistem kepegawaian yang perlu difahami oleh pelajar seperti rajah di bawah: Ketua Formen

Ketua Kebersihan

Ketua Alatan

Ketua Projek

Ketua Keselamatan

246

OUM

HBLS1103

JAWAPAN

Tugas Ketua Formen x x x Bertindak sebagai Ketua Kelas dan bertanggung jawab terus kepada guru KH Memastikan semua penolong-penolong di bawahnya menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan Melaporkan kepada guru berkenaan kejadian seperti kemalangan, alat-alat rosak atau hilang

Tugas Ketua Kebersihan x Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya 4 hingga 5 orang bagi membersihkan tempat kerja, menyapu lantai dan membuangkan sampah dari tong sampah. Memastikan lantai bersih dari tumpahan minyak atau bendalir Melaporkan kepada Ketua Formen berkenaan kerja-kerja pembersihan yang dibuat

x x

Tugas Ketua Alatan x x x Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya 4 hingga 5 orang mengagih alatan kepada pelajar-pelajar. Memungut semula alatan dan memasukkan semua pada rak panel alatan. Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat alatan yang rosak, patah atau pun hilang.

Tugas Ketua Projek x x x Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya 4 hingga 5 orang bagi mengedarkan bahan projek kepada pelajar-pelajar semasa kelas dimulakan Memungut semula projek terutama yang masih belum siap dan dimasukkan semula ke dalam rak projek. Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat projek yang rosak, pecah ataupun yang hilang.

Tugas Ketua Keselamatan x x x Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya 4 hingga 5 orang bagi memastikan keadaan makmal dalam selamat Memastikan semua tingkap ditutup, pintu dikunci, suis lampu dan kipas ditutup. Plag kuasa dimatikan dan ditanggalkan dari soket. Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat gelas tingkap yang pecah, kunci pintu yang rosak atau terdapat suis, kabel elektrik yang putus atau tanggal dari peralatan atau mesin elektrik Memastikan pili air ditutup ketat

x 2.

Tugas yang hampir sama ditanggung oleh pembantu-pembantu di dalam sistem kepegawaian ialah melaporkan semua kejadian yang tidak diingini kepada ketua atau kepada guru.

OUM

247

JAWAPAN

HBLS1103

TOPIK 3: Uji Diri 1 1. 2. 3. 4.

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

Aktif Kebakaran Asap Pasif

Uji Diri 3 1. Latihan keselamatan adalah menjurus kepada latihan dan orientasi pekerja ke arah tingkah laku bekerja secara selamat. Ia merupakan suatu amalan untuk mencegah kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan atau keadaan yang membahayakan. Kemalangan (i) (ii) (iii) (iv) (v) Menghapuskan gangguan Menggunakan alat-alat yang selamat Papan kenyataan amaran Melatih pekerja Pakaian, kasut, topi keselamatan dan sebagainya.

2. 3.

4.

Faedah daripada latihan keselamatan (i) (ii) Memberi kesedaran agar dapat mengurangkan risiko kemalangan atau kecederaan. Memupuk nilai-nilai murni dan positif agar peraturan-peraturan keselamatan dapat diikuti dan dipatuhi. mematuhi piawaian dan perundangan kesihatan dan

(iii) Majikan perlu keselamatan.

(iv) Membuat penyelidikan dan mengumpul data tentang keselamatan dan kesihatan pekerja. (v) Pengurusan latihan keselamatan dilihat sebagai satu pelaburan dan bukan kos dalam kesediaan menghadapi kemalangan yang tidak boleh dijangkakan.

5.

Keperluan latihan keselamatan (i) Mengadakan kod bertingkah-laku (ii) Mewujudkan arahan keselamatan (iii) Kumpulan sasaran untuk latihan keselamatan

248

OUM

HBLS1103

JAWAPAN

TOPIK 4: Ujian 1 1.

PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MESIN, PERALATAN, DAN BAHAN

Langkah-langkah Penerimaan (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Semak nota atau bil serahan, nota bungkusan dan invois. Semak dan hitung kuantiti yang diterima. Memberi akuan terima hanya setelah dipastikan semua barang yang diterima adalah mengikut spesifikasi, dalam keadaan baik dan cukup kuantitinya. Lapor kepada pegawai atasan dengan serta-merta sekiranya ada barangbarang yang rosak dan kurang bermutu. Catat dalam baucar penerimaan bagi barang-barang yang dikembalikan kepada pembekal. Rekod dalam kad kawalan stok/kad petak/lejar/daftar stok bekalan pejabat dengan secepat mungkin.

2.

Borang-borang yang digunakan untuk pengurusan harta modal, inventori dan bekalan pejabat. KEW 312, 312A KEW 313 KEW 314 KEW 315 Daftar Harta Modal Daftar Inventori Daftar Stok Bekalan Pejabat Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori

Ujian 2 1. Pegawai pengawal hendaklah membuat perakuan (KEW 300-T) bahawa barangbarang dibawahnya telah diverifikasikan menurut lat-masa yang dikehendaki oleh Panduan 198. Sekiranya verifikasi itu menunjukkan perbezaan, laporan KEW 300-U1 hendaklah disertakan bersama perakuan diatas. Prosedur Pelupusan bagi barang-barang yang bernilai tidak melebihi RM100.00 bagi setiap satu barang dan tidak melebihi RM5000.00 keseluruhannya. (i) (ii) (iii) Pengetua hendaklah melantik 2 orang Pegawai Pemeriksa yang tiada kaitan dengan pembelian dan pengurusan barang-barang tersebut. Pegawai Pemeriksa membuat pemeriksaan dan membuat laporan dalam borang Kew 300V. Pengetua menyemak laporan Pegawai Pemeriksa dan mengesahkan syor Pegawai Pemeriksa. Laporan dalam borang Kew 300V hendaklah disertakan 5 salinan bersama-sama dengan permohonan perlupusan kepada Jabatan Pendidikan Negeri atau Jabatan Pendidikan Teknikal.

2.

OUM

249

JAWAPAN

HBLS1103

(iv)

Setelah menerima kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri atau Jabatan Pendidikan Teknikal, pengetua hendaklah membuat Pelupusan mengikut cara yang diluluskan dalam tempoh 3 bulan dengan disaksikan oleh Pegawai Pemeriksa. Setelah pelupusan dijalankan, satu laporan lengkap dalam format Kew 300 X hendaklah dihantar kepada: x x x x Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia Perbendaharaan Malaysia (Bahagian Pengurusan Kontrak dan Bekalan) Ketua Audit Negara atau wakil tempatannya; dan Pejabat Audit Sekolah tempatan

(v)

(vi)

Sekiranya barang-barang tersebut dihadiahkan, satu surat pengesahan penerimaan dari penerima barang-barang tersebut hendaklah dilampirkan bersama-sama laporan di atas.

(vii) Jika barang-barang tadi dilupuskan dengan cara dijual, semua hasil hendaklah dikreditkan terus dalam kumpulan wang Persekutuan disatukan dan satu salinan penyata pemungut hendaklah dilampirkan dalam laporan bahagian (v) di atas.

TOPIK 6: Ujian 1 1.

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih strategi ialah (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Faktor kesediaan dan gaya pembelajaran murid-murid. Strategi yang menggalakkan pemindahan pembelajaran Strategi yang mewujudkan motivasi Strategi yang mengekalkan ingatan Strategi yang meningkatkan pengamatan dan penanggapan Strategi yang berdaya fikir

(vii) Strategi yang memupuk nilai dan sikap

250

OUM

HBLS1103

JAWAPAN

2.

Perbezaan ciri strategi berpusatkan guru dan strategi berpusatkan murid. Ciri-ciri Strategi Pemusatan Guru Ciri-ciri Strategi Pemusatan Murid 1. Guru dan murid bersama-sama memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelalajaran. Komunikasi berbentuk dua hala. Guru sebagai pemudahcara, murid melakukan aktiviti pembelajaran. Menekankan pembelajaran kendiri, pengarahan kendiri dan kaedah dapatan dan inkuiri penemuan. Lebih mengutamakan pembelajaran murid. objektif

1.

Guru memainkan peranan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi sehala. Guru bercakap murid mendengar. Guru mengarah pembelajaran. dan mengawal

2.

2.

3.

3.

4. 5.

Lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru. Perkembangan intelek berlaku. Aspek jasmani, rohani kurang berkembang. Menekankan ujian sumatif menggredkan murid. sahaja emosi, untuk

4. 5.

Menekan perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, jasmani dan intelek. Menekankan ujian formatif. Menggunakan hasil ujian untuk mengatasi kelemahan-kelemahan murid. Murid lebih berminat terhadap pelajaran yang dipenuhi aktiviti. Murid lebih berupaya menggunakan segala yang telah dipelajari serta memindahkan kepada situasi-situasi yang baru. Naluri ingin tahu murid diperkembangkan lagi. dapat

6.

6.

7. 8.

Murid mudah bosan. Murid kurang berupaya membuat generalisasi kerana pembelajaran menekankan ingatan dan hafalan. Murid cepat berasa puas hati dengan fakta-fakta yang diberikan oleh guru. sosial murid kurang

7. 8.

9.

9.

10. Sifat-sifat dipupuk.

10. Sifat-sifat sosial murid yang positif dapat diperkembangkan seperti bekerjasama, bertimbang rasa, tolong menolong dan sebagainya. 11. Murid lebih kreatif dan inovatif.

11. Murid kurang berimaginatif.

kreatif

dan

tidak

OUM

251

JAWAPAN

HBLS1103

3.

Strategi yang digunakan dalam pembelajaran bestari ialah (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) Strategi Direktif Strategi Koperatif Strategi Pemerhatian Strategi Metakognitif Strategi Generatif Strategi Mediatif Strategi Konteks Luar Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

Ujian 2 1. Kaedah dan teknik berpusatkan guru (i) (ii) (iii) (iv) (v) 2. Syarahan Kuliah Penerangan Demonstrasi/tunjuk cara Bercerita

Kaedah dan teknik berpusatkan murid. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) Simulasi Lakonan Permainan Lawatan Projek Inkuiri penemuan Perbincangan Sumbangsaran Pembelajaran melalui pengalaman

3.

Kelebihan kaedah demontrasi dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup ialah guru dapat menunjukkan langkah-langkah yang sistematik terutamanya dalam menghasilkan sesuatu. Dua topik yang sesuai untuk dilaksanakan melalui kaedah lawatan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah rendah ialah: (a) (b) Ikan Hiasan melawat ke pusat ternakan ikan hiasan dan kedai menjual ikan hiasan. Kerja Kayu melawat kilang perabot

4.

252

OUM

HBLS1103

JAWAPAN

TOPIK 7: PERANCANGAN UNTUK PENGAJARAN Ujian 1 1. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Sebagai panduan guru Dapat mengelak daripada pemesongan topik Susunan topik-topik teratur Memudahkan guru pengganti mengambil alih tugas. Penyelarasan untuk ujian bulanan dan semester Semakan topik lalu dan akan datang adalah mudah

2.

(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (vii) (ix) (x) (xi)

Membantu guru Menentukan objektif P&P Menentukan isi yang mencukupi Menentukan strategi pengajaran yang sesuai Menyediakan alat bantu mengajar Merancang aktiviti P&P Memperolehi keyakinan Mengingati bahan-bahan pelajaran Merancang aktiviti-aktiviti susulan, pemulihan dan pengayaan Menjimatkan masa Merancang penerapan nilai murni, kajian masa depan dan kemahiran berfikir strategi berfikir yang sesuai.

Ujian 2 1. Butir-butir am, pengetahuan sedia ada murid, objektif pelajaran, sumber/bahan bantu mengajar, strategi/kaedah/teknik pengajaran, langkah-langkah perkembangan, penilaian dan penutup. Lihat contoh Rancangan Pengajaran Harian pada sub topik 7.2.7.

2.

TOPIK 9: PENGAJARAN MIKRO Ujian 1 1. Pengajaran mikro ialah contoh pengajaran sebenar yang berfokus kepada satu-satu kemahiran mengajar dan satu cara latihan yang dapat digunakan untuk membina kemahiran guru. Kemahiran pengajaran mikro terdiri daripada kemahiran berkomunikasi atau interpersonal dan penyampaian pengajaran. merangsang,

2.

OUM

253

JAWAPAN

HBLS1103

3.

Ciri-ciri set induksi yang baik: (a) (b) (c) (d) (e) Memotivasikan murid untuk meneruskan pembelajaran. Menggalakkan murid-murid memberi tumpuan terhadap pelajaran. Menggalakkan murid-murid berusaha ke arah jangkaan prestasi yang ditetapkan oleh guru. Menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna. Merangsang naluri ingin tahu pelajar.

Ujian 2 1. Objektif kemahiran peneguhan ialah: x x x x x Dapat menarik perhatian murid-murid dalam pengajaran. Dapat menggalakkan murid-murid mencuba dengan lebih giat lagi. Dapat meningkatkan lagi pencapaian akademik murid-murid. Dapat memperbaiki disiplin murid-murid. Dapat mempertingkatkan lagi keyakinan murid-murid

Komponen kemahiran peneguhan ialah lisan positif, gerak isyarat positif, dampingan, sentuhan dan penggunaan jawapan murid. 2. Ciri-ciri alat bantu mengajar yang baik ialah: x x x x x 3. Sesuaian dari segi saiz, minat, kebolehan dan umur murid-murid. Tulisan pada ABM boleh dibaca oleh semua murid. Menggunakan pelbagai deria. Gambar-gambar yang digunakan menarik. Kandungan ABM berguna dan penting.

Langkah-langkah melaksanakan pengajaran mikro (rujuk 9.3).

TOPIK 10: PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH Ujian 1 1. Penilaian Formatif digunakan untuk membimbing pelajar ke arah kemajuan di samping membantu memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian jenis ini boleh digunakan secara formal dan tidak formal, pemerhatian, lisan, amali dan juga bertulis. Penilaian Sumatif ialah ujian yang dijalankan pada akhir sesi pembelajaran iaitu pada akhir semester atau pada akhir tahun. Untuk membandingkan prestasi calon atau pelajar, gred akan diberikan. Tahap pencapaian murid juga akan dapat dikesan. Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM merupakan contoh penilaian sumatif.

254

OUM

HBLS1103

JAWAPAN

2. 3.

Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap. Konstruk Pengetahuan Terminologi, fakta, kriteria, konsep, peraturan/hukum, teori. Menghurai, mengorganisasi, menganalisis, mentaksir, merumus, membuat keputusan, menyenarai, menilai. Bertanggungjawab, berkeyakinan, menghargai masa.

Konstruk Kemahiran

Konstruk Nilai Ujian 2 1. 2.

Stimulus (rangsangan), Stem, Pilihan Jawapan. Ciri-ciri ujian yang baik ialah mempunyai: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Kesahan (validity) Keutuhan (reliability) Keobjektifan (objectivity) Kebolehtadbiran (administerability) Kemudahtafsiran (interpretability)

3.

Rekod Anekdot, Senarai Semak, skala kadar, carta penyertaan

OUM

255

You might also like