You are on page 1of 15

Mengatur Langkah Ke Arah Memperkasa Sekolah Kebangsaan Pandangan dan Cadangan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

1 Pengenalan Ungkapan 'Memperkasakan Sekolah Kebangsaan' telah disebut oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan sering diulang oleh banyak orang. Bertolak dari situ, Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) telah mengambil inisiatif untuk menjadikan ungkapan itu satu realiti fokus dan wawasan perjuangan GMGBM menjadi Sasaran Kerja Utama semua guru besar di sekolah kebangsaan di seluruh Negara Untuk mencapai hasrat itu, beberapa perkara perlu dan patut diberi perhatian oleh pihak yang berkepentingan dan yang terlibat. Majlis ini faham bahawa merealisasikan ungkapan itu akan mengambil masa, namun pergerakan awal ke arah itu harus dilaksanakan mulai sekarang. 2. Latar Belakang Sebagai langkah awal, GMGBM telah mengadakan satu mesyuarat exco seperti butiran berikut: Tempat : Hotel Vistana, Kuantan Tarikh : 17, 18, 19 Februari 2005 Kementerian Pelajaran telah diwakili oleh Tuan Haji Ahmad Sungandi bin Daros, Ketua Unit Sekolah Rendah. Hanya exco dari Sarawak yang gagal hadir.

Agenda utama mesyuarat itu ialah membincangkan cadangan yang dibawa oleh exco untuk memperkasakan sekolah kebangsaan di negeri masing-masing percantuman dan penyelarasan cadangan yang dibawa supaya dapat menjadi agenda kebangsaan langkah yang perlu diatur oleh GMGBM bagi mencapai wawasan tersebut tindakan segera yang perlu dilaksanakan tindakan awal untuk menyemarakkan citra sekolah kebangsaan Mesyuarat tersebut telah berjaya membincangkan semua isu yang berkaitan dan kata sepakat telah dicapai untuk membawa hasil perbincangan ke pengetahuan pihak yang lebih atas.

3 Tujuan Di antara tujuan memperkasakan sekolah kebangsaan ialah supaya sekolah kebangsaan: Menjadi sekolah pilihan utama semua ibu bapa di Malaysia Menjadi wadah pembentukan satu masyarakat Malaysia yang majmuk tetapi saling memahami di antara satu dengan lain dan bersatu Menjadi tempat mendidik generasi masa hadapan supaya memahami keadaan Negara yang dihuni oleh pelbagai bangsa yang mengamalkan pelbagai budaya Menjadi tempat latihan supaya anak-anak Malaysia mempunyai tahap toleransi yang tinggi dan budi bahasa yang luhur Menjadi tempat menjana kecemerlangan pendidikan sehingga ke taraf dunia

dengan mengutamakan Sains dan Teknologi tanpa mengabaikan matamata pelajaran lain Menyediakan generasi yang celik ICT Menjadi tapak semaian dan penyuburan pelbagai bakat untuk menjulang nama Negara dalam apa jua pertandingan antarabangsa Semua warganya terdiri dari pencinta ilmu Mendapat imej baru Dapat memenuhi aspirasi dan semangat yang terungkap dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 4 . Pandangan dan cadangan Berikut adalah beberapa bidang yang perlu dan patut diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat 4.1 Memperkemas Pengurusan Kurikulum 4.1.1 Pelaksanaan Pengajaran-Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (ETeMS) Pemantauan dan kajian keberkesanan program perlu dijalankan secara berterusan supaya kebanyakan masalah diatasi pada peringkat awal. GMGBM tidak mahu satu generasi murid terkorban jadi bahan experiment. Laporan mengenai keberkesanan program mesti dibuat secara ikhlas dan jujur bagi mengelakkan berlakunya false impression. GMGBM menganggap telah berlaku pengkhianatan jika sesuatu yang tidak baik berlaku tetapi dilaporkan baik dengan niat melindungi pihak-pihak tertentu. 4 Kursus yang diadakan harus mengambilkira keperluan guru. GMGBM mencadangkan satu kajian need assessment dijalankan kerana keperluan guru adalah berbeza. Murid kohort pertama program ETeMS telah berada di Tahun Tiga namun

aktiviti pemulihan khas masih tidak dapat dijalankan kerana Guru Pemulihan Khas belum diberikan kursus pemulihan khas untuk pemulihan murid ETeMS. GMGBM mencadangkan agar English Language Teaching Centre, Pusat Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Teknologi Pendidikan bergabung tenaga dan kepakaran untuk menghasilkan module kursus pemulihan khas ETeMS. ELTC mempunyai kepakaran bahasa, PPK mempunyai kepakaran content manakala BTP mempunyai kepakaran teknologi. Hal ini tidak boleh dilewatkan lagi kerana murid akan naik ke Tahun Empat dan pelajaran akan menjadi lebih kompleks. Bagi mendekatkan jurang digital bandar-luarbandar, makmal komputer telah, sedang, dan akan didirikan di semua sekolah kebangsaan. GMGBM merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan. Perkara yang perlu diberi perhatian serius ialah tahap capaian internet makmal tadi. Segala langkah perlu diambil bagi mempertingkat tahap capaian ke tahap streamyx melalui rangkaian schoolnet. Kos senggaraan makmal komputer juga tinggi. Maka perlu diadakan lajur khas dalam buku tunai untuk diisi dengan amaun peruntukan kerja senggaraan makmal komputer. GMGBM telah menyediakan satu portal dalam internet yang bersifat e-tuisyen bernama 'Zoom A'. Portal ini boleh diakses dengan yuran RM10.00 (RM Sepuluh sahaja) setahun. Ada sekolah yang tidak dapat capaian kerana dibelenggu masalah teknikal antaranya seperti masih menggunakan kaedah dial-up, configuration tidak sekata antara vendor, dan LAN cabling. 4.1.2 Kekurangan Guru Bahasa Inggeris Masalah kekurangan guru Bahasa Inggeris masih belum dapat diatasi pada masa terdekat ini. GMGBM ingin mencadangkan agar District English Language Co-ordinator yang diimpot untuk mengurangkan masalah ini diberi tauliah mengadakan kursus conversion Bahasa Inggeris. Kursus ini boleh diadakan di Pusat Kegiatan Guru selepas waktu persekolahan. Syarat masuk perlu longgar untuk membolehkan seramai mungkin guru mengikutinya. Kursus ini hendaklah diiktiraf setaraf dengan kursus

conversion anjuran Bahagian Pendidikan Guru. Lulusan layak menerima imbuhan BISP. PPD boleh menyelaras perkara logistic. 5 4.1.3 Pelaksanaan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 12/2004 Dalam memastikan proses tumbesaran murid seimbang di antara keperluan terhadap pelajaran dan masa mereka menikmati zaman kanak-kanak, maka SPI di atas telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. Perkara ini telah pun menerima liputan meluas media massa. GMGBM menyokong penuh SPI berkenaan. GMGBM telah menyediakan mekanisme kawalan berbentuk dua buah dokumen iaitu Buku Rekod Kerja Sekolah dan Rekod Kawalan Kerja Murid. Kerjasama dari Kementerian Pelajaran adalah diperlukan untuk mengiktiraf dua dokumen tersebut sebagai dokumen rasmi dan termasuk dalam senarai dokumen yang disemak oleh pegawai dari PPD, JPN, JNS, dan Kementerian Pelajaran dalam lawatan seliaan ke sekolah. 4.1.4 Pelaksanaan Projek j-QAF GMGBM amat berterima kasih kepada kerajaan kerana telah mula menjalankan projek ini di sekolah kebangsaan terpilih dan akan melaksanakannya ke semua sekolah kebangsaan di seluruh Negara. GMGBM berpendapat bahawa sejumlah peruntukan launching grant perlu disediakan bagi memenuhi keperluan setempat walaupun ada bantuan bahan dan peralatan dari pusat. 4.2 Menjadualkan Semula Aktiviti MSSM GMGBM menyokong penuh aktiviti sukan yang dianjurkan oleh MSSD / MSSN / MSSM dengan tujuan mencungkil dan mengasah bakat sukan murid. Kemenangan dalam pertandingan sukan terutama di peringkat antarabangsa amat mustahak dalam mencapai hasrat Negara untuk menjadi cemerlang, gemilang, dan terbilang. Namun Majlis ini memandang berat tentang penjadualan pertandingan kerana memerlukan masa setahun untuk dihabiskan. Contoh jadual disediakan dalam lampiran. Akibat dari itu, berlakulah kes guru meninggal kelas untuk bertugas

melaksanakan pertanding berkenaan sepanjang tahun (walaupun guru yang berlainan terlibat). Perkara ini menjadi perhatian masyarakat dan memberi gambaran kurang baik terhadap imej sekolah kebangsaan. Oleh itu, Majlis ini berpendapat sudah sampai masanya pertandingan sukan anjuran MSSD / MSSN / MSSM dijalankan secara carnival bagi menjimatkan kos, tenaga, dan masa. Rasional kami ialah acara sukan terbesar di dunia iaitu Sukan Olimpik dapat dihabiskan dalam masa tiga minggu.

4.3 Memantapkan Pengurusan Data Sekolah Dalam alaf ke 21 ini, data telah menjadi komoditi penting. Data menjadi asas para pengurus membuat keputusan. Di sekolah terdapat beberapa jenis data seperti EMIS, SMM, dan SPBT. Data berkenaan diurus oleh seorang guru yang diberi tugas sebagai Guru Data. Guru ini mempunyai tugas mengajar dan tanggungjawab lain sama seperti guru lain kerana ia berada dalam kuota sebagai guru biasa. Kerapkali berlaku kejadian data di sekolah tidak bersifat real-time data. GMGBM mencadangkan agar jawatan Guru Data dijadikan jawatan over and above. Dengan itu pengurus sekolah dapat meringankan tugasnya untuk membolehkan penjawat menumpukan perhatian kepada pengurusan data sekolah. 4.4 Mengubah Budaya Post Mortem Post mortem seringkali dikaitkan dengan kegagalan. Pihak yang gagal dikehendaki membuat post mortem untuk mengenalpasti punca kegagalan. Amalan ini hanya memberi faedah kepada yang terlibat sahaja. GMGBM mencadangkan agar budaya post mortem diubah kepada membuat post mortem bila berlaku kejayaan. Dengan

itu, faktor penyumbang kepada kejayaan dapat diketahui oleh banyak pihak, dapat dijadikan contoh, dikongsi serta dijadikan benchmark. Rahsia kejayaan sekolah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam, memenangi anugerah kualiti, menjadi Sekolah Harapan Negara dan lain-lain lagi perlu dikongsi sama oleh sekolah lain. Rahsia institusi pendidikan mendapat pengiktirafan perlu diketahui juga oleh institusi lain contohnya bagaimana Jabatan Pelajaran Selangor menerima Sijil MS ISO 9001: 2000. Ini akan mempercepatkan proses taraf pendidikan Negara mencapai taraf dunia. 4.5 Mempertingkat Kredibiliti dan Kewibawaan Pejabat Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah merupakan institusi yang mewakili Kementerian Pelajaran yang berada paling hampir dengan sekolah. Oleh itu fungsi PPD harus diperlebar bukan hanya menjadi perantara (half-way house) di antara Jabatan Pelajaran Negeri dengan sekolah. GMGBM mencadangkan supaya seboleh-bolehnya semua masalah di daerah diselesaikan di PPD. Ini akan mengurangkan kesesakan pelanggan di Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran. Untuk itu harus ada penurunan kuasa ke PPD untuk membuat keputusan seperti yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini. Sehubungan dengan itu juga, segala maklumat rahsia dan sulit yang disampaikan oleh sekolah ke PPD hendaklah dijaga kerahsiaannya. Ini akan meyakinkan sekolah untuk lebih berterus-terang dengan PPD. 7 4.6 Menjaga Kebajikan Guru 4.6.1 Cuti Rehat Guru GMGBM amat berterima kasih atas keprihatinan kerajaan mengganti Cuti

Sambilan guru kepada Cuti Rehat selama 7 hari dalam setahun dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2005. Setelah dibuat kajian rawak, didapati bahawa jumlah 7 hari dalam setahun itu sebenarnya cukup untuk memenuhi keperluan pribadi dan jarang ada baki. Dengan itu peluang guru untuk menikmati ganjaran wang tunai gantian cuti rehat sepenuhnya amatlah tipis. GMGBM mencadangkan supaya jumlah cuti rehat guru ditambah kepada 14 hari dalam setahun supaya guru juga berpeluang menikmati sepenuhnya ganjaran wang tunai gantian cuti rehat, sama seperti penjawat jawatan awam yang lain. 4.6.2 Gred Gaji Guru Cemerlang Bagi Guru Cemerlang Bukan Siswazah, ganjaran kecemerlangan mereka ialah mata gaji DGA32. Walaupun mereka terus menerus cemerlang, mereka tidak akan menikmati apa-apa ganjaran lagi. GMGBM mencadangkan disediakan peluang kepada mereka ini untuk naik ke mata gaji DGA34 selaras dengan kecemerlangan mereka dan setanding dengan rakan mereka guru siswazah cemerlang yang ditingkatkan mata gaji dari DGA48 ke DGA54. 4.6.3 Cuti Rehat dan Waktu Bekerja Guru Penolong Kanan Jawatan Guru Penolong Kanan ialah jawatan naik pangkat. Namun dari aspek cuti rehat dan waktu bekerja, kedudukan mereka adalah sama dengan guru biasa. GMGBM mencadangkan supaya cuti rehat Guru Penolong Kanan DGA32 ditambah menjadi 20 hari dalam setahun. Sebagai balasan, waktu bekerja Guru Penolong Kanan disamakan dengan waktu bekerja Guru Besar iaitu selaras dengan waktu bekerja jabatan kerajaan. Hal ini akan memudahkan Guru Penolong Kanan menjalankan tugas Guru Besar semasa Guru Besar mengambil cuti rehat tahunan. 8 4.6.4 Jawatan Guru Besar Kanan Kalaulah peperangan menentang buta huruf disamakan dengan peperangan biasa, maka guru besar adalah panglima barisan hadapan (the battlefront generals). Kalau guru biasa berpangkat Private, Guru Penolong Kanan

berpangkat Lance-Corporal, maka Guru Besar hanya berpangkat Corporal. Namun bila ada sambutan Hari Guru dan sambutan lain, beberapa orang guru besar akan tampil menerima anugerah seperti Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran, Anugerah Sekolah Harapan Negara, Anugerah 3K dan anugerah-anugerah lain. Ini membuktikan bahawa dalam bilangan guru besar yang ramai itu, ada yang lebih cemerlang dari yang lain. Hal yang sama berlaku di kalangan pengetua dan kerajaan mengiktiraf mereka dengan adanya jawatan Pengetua Cemerlang. Sehingga hari ini, kerajaan tidak mengiktiraf adanya guru besar cemerlang secara rasmi. GMGBM mencadangkan supaya diwujudkan jawatan Guru Besar Kanan DGA40 (gred tertinggi Kumpulan Sokongan) untuk disandang oleh guru-guru besar yang cemerlang. Penggunaan perkataan 'Kanan' adalah untuk membezakan dengan Pengetua yang menggunakan perkataan 'Cemerlang'. Sebagai nilai tambah, gred jawatan ini akan menjadi sumber inspirasi dan memotivasikan guru besar supaya menjana kecemerlangan di sekolah masing-masing. Kertas Konsep disediakan dalam lampiran. 4.6.5 Kemudahan Mempertingkat Kelayakan Akademik Roh dan intipati Sistem Saraan Malaysia ialah pembelajaran berterusan melalui proses menuntut ilmu sepanjang hayat bagi melahirhan tenaga kerja k-workers dan rakyat yang berilmu. Perkara ini amat relevan dengan tugas guru yang sememangnya seorang pekerja ilmu. Oleh itu peluang mempertingat kelayakan akademik harus dibuka luas kepada guru. Pada masa ini masih ada sekatan seperti had umur dan kelayakan asas memasuki IPTA. GMGBM mencadangkan supaya sekatan had umur dihapuskan bagi guru yang ingin menyambung pelajaran ke IPTA bagi mendapat ijazah pertama dan ijazah lanjutan pasca siswazah. Di samping itu IPTA juga harus mengiktiraf pengalaman mengajar sebagai ganti kepada syarat asas memasuki IPTA (untuk ijazah pertama) bagi guru yang berpengalaman tetapi kurang mencukupi syarat masuk. Majlis ini yakin dengan pengalaman mereka, dunia akademia akan menjadi lebih kaya. 9

4.6.6 Lawatan Kerja Ke Luar Negara Kemajuan pesat alaf ke-21 boleh meninggalkan sesiapa sahaja jauh di belakang jika proses updating tidak dibuat. Salah satu kaedah updating ini ialah lawatan kerja. Lawatan ini juga boleh memperlihatkan kepada peserta kemajuan yang sedang berlaku di negara maju untuk dijadikan benchmark. GMGBM mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran menyediakan peruntukan untuk membolehkan sebilangan guru besar mengadakan lawatan kerja ke negara maju untuk melihat perkembangan kemajuan pendidikan terkini. Pengetahuan yang diperolehi akan dikongsi dan diperkembangkan melalui program perkembangan staf supaya menjadi asas lonjakan yang akan membawa sekolah kebangsaan ke pesada dunia. 5 Penutup Ilmu bermakna kuasa. Mereka yang berilmu tetap memiliki kuasa dalam manamana masyarakat. Dari zaman dahulu hingga ke era global village ini, ilmu adalah pemisah antara yang berkuasa dan yang dikuasai. Dalam konteks inilah, semua cadangan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia yang dibentangkan berpaksi kepada menjadikan sekolah kebangsaan pusat menimba ilmu yang cemerlang, unggul dan utuh di Malaysia. Dengan itu sekolah harus diurus oleh guru besar yang cemerlang, murid diajar oleh guru yang mahir dan tinggi ilmu dengan dibantu oleh prasarana dan teknologi yang canggih dan terkini. Antara aspek penting yang mesti diberi perhatian dalam usaha mencapai kecemerlangan di sekolah kebangsaan ialah kesesuaian dan kebolehan tenaga kerja iaitu

guru, guru penolong kanan dan guru besar. Mereka perlu berpengetahuan, berkemahiran, cekap dan berdedikasi. Oleh itu, ilmu mereka perlu ditambah dan kebajikan mereka perlu dijaga. Peluang perlu diberi kepada mereka untuk memperlengkap pengetahuan dan kemahiran. Peluang juga perlu disediakan untuk mereka memperoleh pengetahuan dan kemahiran baru. Sebilangan dari mereka adalah golongan guru besar crme de la crme kerana telah membuktikan kecemerlangan dalam tugas. Mereka perlu diberi pengiktirafan yang setimpal. Apabila sekolah kebangsaan mulai perkasa dan menjadi pilihan maka kerajaan tidak perlu gusar jika gagasan sekolah wawasan kurang diberi sambutan dan jika sekolah bestari sukar diwujudkan. Ciri, konsep dan falsafah bagi kedua bentuk sekolah itu akan digarap dalam sebuah sekolah kebangsaan perkasa. Cadangan dan pandangan yang dikemukakan adalah langkah-langkahawal dalam perjalanan jauh menuju ke arah MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN. Dewasa ini kerajaan berusaha meningkatkan lagi kualiti Sekolah Kebangsaan sejajar dengan kehendak-kehendak pendidikan semasa yang memberi tumpuan ke arah memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan bermaksud menjadikan sekolah-sekolah kebangsaan sebagai satu institusi pendidikan yang menjadi pilihan utama ibu bapa bagi menghantar anakanak mereka. Sekolah Kebangsaan yang perkasa ialah Sekolah Kebangsaan yang berkualiti dan mampu untuk melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Usaha memperkasakan Sekolah Kebangsaan ini merupakan satu keutamaan memandangkan sekolah merupakan tempat melahirkan insan-insan yang cemerlang yang akan menjadi generasi pewaris kemajuan negara pada masa hadapan. Keperkasaan Sekolah Kebangsaan juga akan memastikan bahawa setiap pelajar mendapat manfaat sepenuhnya daripada kegiatan-kegiatan kurikulum, ko-kurikulum, program kebajikan dan khidmat sokongan sepanjang masa persekolahan mereka.

Peranan dan tanggungjawab memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah tanggungjawab bersama dan bukannya tergalas di bahu kerajaan dan guru-guru semata-mata. Malahan para ibu bapa dan juga anak-anak pelajar sendiri perlu untuk bersama-sama berpadu tenaga bagi memastikan aspirasi yang murni ini tercapai.

Pada hari ini misalnya para pelajar cemerlang secara tidak langsung telah menyahut aspirasi kerajaan bagi memperkasakan Sekolah Kebangsaan melalui pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik. Kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan satu teras yang penting dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan.

Para guru juga sentiasa komited dan berusaha bagi menjayakan cita-cita untuk memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Para guru sentiasa berusaha menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak kita melalui pengajaran yang berkualiti. Anak-anak kita diajar untuk menguasai 3 kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira atau 3M. Kemahiran asas ini penting bagi memastikan para pelajar dapat menguasai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah. Kemahiran 3M juga yang akan menjadi penentu pencapaian pelajarpelajar di dalam peperiksaan UPSR. Kita bukan sahaja ingin melihat peningkatan bilangan pelajar yang mendapat 5A tetapi kita juga ingin melihat lebih ramai pelajar-pelajar lulus dalam peperiksaan UPSR. Oleh itu para guru perlu berusaha

untuk memastikan bahawa anak-anak pelajar dapat menguasai sepenuhnya kemahiran 3M. Laporan di dalam akhbar Utusan Melayu yang menyatakan bahawa terdapat lebih 100,000 pelajar yang masih tidak tahu membaca, menulis dan mengira merupakan satu situasi yang membimbangkan. Usaha untuk memperkasakan Sekolah Kebangsaan tidak boleh tergugat atau tergendala kerana masalah seperti ini.

Dalam masa yang sama, para ibu bapa juga perlu untuk memainkan peranan yang sama penting. Ini kerana tugas mendidik anak-anak bukan terletak di bahu para guru semata-mata. Sokongan dan dokongan daripada para ibu bapa juga sangat penting bagi memastikan anak-anak kita berjaya di dalam bidang akademik. Setakat yang termampu berilah sokongan apabila diminta untuk menghulurkan wang bagi menjayakan program kecemerlangan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ambil sedikit masa untuk menyemak buku-buku latihan dan kerja sekolah anak-anak. Dengan cara ini hubungan dengan anak-anak tentunya akan menjadi lebih erat lagi. Selain itu ibu bapa perlu faham bahawa para guru di sekolah sedaya-upaya ingin memastikan setiap seorang daripada anak-anak kita mencapai kejayaan yang cemerlang. Oleh itu berilah peluang kepada guru untuk mendidik anak-anak dan redhalah sekiranya anak-anak kita dikenakan hukuman kerana semua ini dilaksanakan bagi mendidik anak-anak. Jangan cepat melatah sekiranya anak-anak kita pulang ke rumah dan memberitahu bahawa guru telah mendenda beliau di sekolah. Selidiklah dahulu. Tentu ada sebabnya bila anakanak didenda. Mungkin kerana mereka malas menyiapkan kerja sekolah. Ataupun mungkin kerana ada anak melanggar peraturan dan disiplin sekolah. Para guru terutamanya guru-guru alaf baru ini sebenarnya sentiasa rasional dan mempunyai pertimbangan dalam mendidik pelajar-pelajar mereka.

Sebagai kesimpulan, semua pihak perlu bersama-sama berganding bahu bagi memastikan agenda memperkasakan Sekolah Kebangsaan akan menjadi satu kenyataan.

Memperkasakan SK tanpa diskriminasi terhadap SJKC dan SJKT Pada penghujung bulan April 2005 yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan bahasa Cina dan Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan (SK).

Oleh kerana tujuan kerajaan mengambil langkah baru tersebut ialah "bagi memperkasakan SK supaya ianya menjadi sekolah pilihan utama rakyat", ia nescaya dikhuatiri mungkin akan "mengancam" kewujudan aliran SJKC dan SJKT jika ia merupakan langkah yang akan disusuli dengan pengubahan dasar pendidikan negara.

Seperti hujah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, langkah tersebut bukan saja memberi peluang kepada pelajar Melayu untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil, ibubapa pelajar bukan-Melayu juga tiada alasan tidak menghantar anak mereka ke SK, kerana pendidikan bahasa ibunda tidak timbul lagi.

Menurut rasional ini, tidaklah memeranjatkan jika pada suatu masa nanti ada pihak yang mendesak supaya SJKC dan SJKT dihapuskan demi perpaduan nasional kerana pelajar bukan-Melayu sudah berpeluang mempelajari bahasa ibunda mereka di SK.

Justeru itu, apabila Presiden Quek Suan Hiang mewakili gabungan dua pertubuhan pendidikan utama Cina, Dong Jiao Zong untuk mengalu-alukan langkah baru tersebut sebagai langkah yang baik, beliau pada masa yang sama juga berharap tindakan ini bukanlah menjurus kepada usaha untuk menafikan peluang rakyat memilih sekolah aliran SJKC dan SJKT bagi anak-anak mereka di masa depan.

Quek berpendapat kebanyakan orang Cina tidak akan memilih SK kerana merasakan tempoh enam tahun di SJKC sangat penting dalam menyediakan

asas yang kukuh bagi membentuk jati diri kaum Cina kepada anak-anak mereka.

Nyata sekali, Quek bukan menyokong langkah baru tersebut dengan sepenuh hati dan yakin, beliau padahal masih ragu-ragu sama ada langkah baru itu akan dijadikan alasan untuk menghapuskan aliran SJKC dan SJKT.

You might also like