You are on page 1of 5

1) Jelaskan definisi teknologi Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.

Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah. Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

2) Mengapakah kita memerlukan teknologi baru. Kerap kali, "baru" dianggap "lebih baik" dalam bidang teknologi atau kejuruteraan. Contohnya komputer baru lebih laju dari komputer lama, dan kereta baru lebih menjimatkan petrol dari kereta lama. Pasti sebuah teknologi yang semakin berkembang akan menjadi lebih baik dan ianya semestinya mesra alam. Supaya pencemaran dan kegagalan manusia untuk menangani kerosakan dapat dikurang serta akhirnya dihindari. Teknologi mesra alam amat penting untuk kemajuan manusia dan alam sejagat.

3) Jelaskan mengenai pertukaran teknologi. Pemindahan teknologi adalah aktiviti-aktiviti untuk mengembangkan aplikasi praktikal hasil kajian dan penemuan dalam bidang saintifik teknologi kejuruteraan. Ianya melibatkan perkongsi kemahiran, pengetahuan, dan teknologi antara pusat penyelidikan dan pusat pembelajaran mahupun peringkat industri .

4) Jelaskan mengenai kitaran teknologi


Sebahagian besar teknologi baru mengikuti kitaran serupa yang menggambarkan kematangan teknologi sama dengan kitaran benda hidup ,kitaran teknologi dari satu generasi ke generasi mengikut predaran kematangan teknologi suatu produk. Ia tidak sebaliknya diturunkan zaman dan kehendak

manusia teknologi ianya perkembangan teknologi akan berubah dari masa ke semasa.

Adaptasi teknologi adalah fenomena yang paling umum mendorong evolusi industri di sepanjang ia melalui revolusi masa. Setelah memperluaskan penggunaan sumber daya baru akhirnya manusia telah mencipta teknologi baru dan memperbaiki kelemahan teknologi lama. Hasilnya wujud kecekapan dalam proses-proses tertentu, serta menghasilkan keuntungan lebih besar dari masa ke semasa.

5) Bincangkan gambaran pengurusan projek pada masa hadapan.


Matlamat Fokus Strategi perlaksanaan konsep dan cara memulakan projek menguruskan pemegang saham projek menguruskan risiko merancang projek melancarkan dan melaksanakan projek

Terdapat tiga proses utama dalam Pengurusan Projek Quality Planning (Perancangan Kualiti) Kenal pasti mana paiwai kualiti yang relevan dengan projek dan bagaimana memenuhinya. Quality Anssurance (Penentuan Kualiti) Menilai prestasi keseluruhan untuk memastikan projek akan memenuhi kualiti yang relevan Quality Control (Kawalan Kualiti) - Memantau hasil projek tertentu untuk menentukan ia memenuhi piawai kualiti yang relevan serta mengenalpasti cara untuk meningkatkan kualiti keseluruhan. Perancangan Melibatkan perletakan matlamat, menerangkan strategi-strategi membangunkan pelan-pelan untuk menyelaraskan aktiviti kerja. dan

Sebelum pihak pengurusan memulakan aktiviti organisasi, perancangan hendaklah dibuat terlebih dahulu. Pada peringkat perancangan, perkara yang perlu dipersoalkan adalah seperti berikut:

1. Tujuan dan objektif: Ini termasuk mengenal pasti perkara yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi berdasarkan matlamat penubuhan organisasi tersebut dan prestasi yang diinginkan seperti kadar pertumbuhan organisasi atau peratusan keuntungan dan lain-lain. 2. Strategi organisasi: Apabila matlamat dan tujuan telah ditakrifkan dengan jelas, organisasi perlu mencari jalan (strategi) untuk mencapai matlamat dan tujuan seperti yang diharapkan itu. Di dalam strategi, pihak pengurusan akan membincangkan perkara seperti strategi pemasaran yang meliputi perletakan harga, perluasan pasaran atau perbezaan barangan agar organisasi itu dapat bersaing dengan pihak luar. 3. Langkah seterusnya, pihak pengurusan harus mengatur program atau projek mengikut strategi yang berasaskan matlamat organisasi. Penyusunan Melibatkan usaha menentukan apakah tugas yang patut dilaksanakan, siapa yang patut laksanakannya, bagaimana ia perlu diperkumpulkan, siapa yang melapor kepada siapa dan di mana keputusan patut dibuat. Penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan penstafan (proses pengambilan kakitangan). Struktur organisasi menunjukkan pembahagian kerja mengikut aktiviti (pemasaran, kewangan, pemprosesan dan lain-lain), tingkat (hierarki) autoriti, penyelarasan melalui peraturan dan dasar serta prosedur yang dibuat. Penstafan meliputi perancangan sumber manusia, pengambilan dan pemilihan kakitangan, orientasi dan latihan, penilaian prestasi, sistem pampasan (gaji, upah, dan faedah), program peningkatan produktiviti dan kualiti, program keselamatan dan kesihatan kakitangan, dan program kebajikan dan perkhidmatan kakitangan. Pengarahan Melibatkan usaha memotivasikan pekerja, mengarah aktiviti-aktiviti, memilih saluran komunikasi yg paling berkesan dan menyelesaikan konflik. Pengarahan merupakan fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni. Untuk mencapai matlamat ini faktor-faktor motivasi, kepimpinan, dan sistem komunikasi perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan. Pengawalan Proses memantau prestasi, membandingkan prestasi dgn matlamat dan membetulkan sebarang penyimpangan yg berlaku. Pengawalan merupakan fungsi terakhir untuk menentukan bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan; masalah dalam

penyusunan dikenal pasti dan langkah tertentu diambil; faktor-faktor di dalam organisasi, keinginan dan sifat kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu diberi perhatian dan diawasi.

6) Pilih industri dan perkhidmatan yang telah mengalami perubahan


yang mendadak dalam penghasilan produk bagi memenuhi kehendak pasaran.

Sebagai contoh saya mengambil perubahan dan revolusi dalam industri telefon di Negara Malaysia. Pada zaman sebelum merdeka hingga awal 90an di Negara kita rata-rata penggunaan telefon hanya dirumah, tempat kerja, kedai sahaja. Pada masa itu telefon ini hanya digunakan sebagai alat komunikasi jarak jauh. Pada era zaman ini masyarakat Malaysia belum lagi terdedah dengan Internet, SMS, MMS. Tidak pernah terlintas difikiran pada masa itu bagi penduduk desa untuk menerima gambar dan video dari sebuah telefon. Kalau dimalaysia pada masa itu hanya cerita ali baba bujang lapuk hayalan semata-mata. Dimana Tan Sri P.Ramli Menggunakan kayu sebagai Headphone. Sekarang ternyata ianya menjadi realiti. Bermula pada tahun 1991 pengenalan sistem pager daripada menerima SMS manusia telah mula berfikir untuk mengabungkan pagers dengan telefon bimbit. Pada tahun 1991 saya melihat telefon bimbit ini besar, kalau hendak guna terpaksa membawa baterinya . Zaman itu telefon bimbit yang terkenal adalah dari jenama Benfon, NEC, Erricson.Motorola. Pada 1997 seingat saya pada masa ini Nokia satu-satunya yang memperkenalkan SMS dan syarikat pengendali rangkaian Celcom dan TM Touch mula-mula memperkenalkan teknologi ini SMS dan dikuti pada tahun 2000 pengenalan sistem WAP. Pada tahun 2003 muncul pula teknologi MMS pula iaitu diperkenalkan oleh syarikat Digi dan dikuti oleh Maxis Communication. Jadi pada tahun 2003 rata-rata telefon bimbit diseluruh Malaysia mempunyai Kamera. Pada masa itu Sony Ericson menjadi pilihan kerana kualiti gambar serta mempunyai teknologi bluetooh dan infrared untuk menghantar gambar dan kawalan jauh. Pada 2006 pula sistem 3G mula diperkenalkan pada masa ini pihak celcom telah memperkenalkan 3g di sekitar Kuala Lumpur dan lembah kelang. Pengenalan 3G membolehkan pengguna besemuka melalui kamera telefon bimbit masing-masing. Pada masa ini pihak Nokia juga memperkenalkan telefon bimbit yang menyokong aplikasi internet. Pada 2008 pula menyaksikan telefon bimbit ini dilengkapi sistem GPs. Secara tidak langsung pada tahun 2012 teknologi 4G akan digunakan secara menyeluruh di Malaysia secara tidak langsung pengguna dapat menggunakan aplikasi internet tanpa batasan di mana saja.

You might also like