You are on page 1of 3

Soalan : Bumi yang lestari hanya impian kerana manusia terus mengeksplotasi alam sekitar demi pembangunan dan

pemodenan. Berikan pendapat anda.

Alam sekitar terus diteroka demi pembangunan dan pemodenan untuk memastikan negara Malaysia setaraf dengan luar negara seperti kata pepatah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Pembangunan dan pemodenan ini menyebabkan alam sekitar menjadi mangsa kerakusan manusia. Pembangunan dan pemodenan yang sering dibangunkan ialah pembangunan industri dan teknologi untuk memastikan pengeluaran negara bertambah pesat. Manakala, pembangunan perumahan untuk keperluan asas manusia berlindung bagi meneruskan kehidupan. Justeru itu, kesan daripada sesuatu pembangunan banyak memberikan impak yang negatif berbanding positif kepada kehidupan di bumi ini.

Punca manusia terus mengeksplotasi alam sekitar kerana ingin mengaut keuntungan semata-mata. Aktiviti penerokaan hutan untuk pembangunan dan pemodenan giat dijalankan di seluruh dunia. Mereka tidak memikirkan kesan yang berlaku untuk jangka masa panjang. Hal ini akan menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hutan amat penting dalam ekologi alam sekitar untuk mengimbangi kandungan udara. Pokok-pokok tumbuhan hijau adalah element penting yang membantu menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen untuk manusia bernafas. Hutan juga sebagai agen penyejuk alam. Jika aktiviti penerokaan terus dijalankan maka berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh . Tidak dinafikan bahawa pembangunan perumahan yang dibina di atas bukit agak mewah tetapi berisiko tinggi. Misalnya, berlakunya kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Pemanasan global ini juga berlakunya pencairan glasier di kutub utara menyebabkan paras air meningkat.

Selain itu, akibat sikap manusia yang mengejar kemewahan duniawi akan menyebabkan habitat flora dan fauna musnah. Fizikalnya hutan memainkan peranan penting kepada haiwan-haiwan untuk berlindung. Rantaian makanan haiwan di dalam hutan tersebut juga akan terjejas. Kemusnahan habitat hidupan liar di hutan akan menyebabkan berlakunya penghijrahan haiwan liar tersebut ke kawasan-kawasan bandar. Haiwan-haiwan tersebut seperti gajah, singa, harimau dan sebagainya. Hal ini akan mengancam banyak nyawa dan harta benda seperti kejadian yang berlaku di kampung. Gajah memasuki kebun pisang itu menyebabkan pekebun tersebut mengalami kerugian yang besar. Kebunnya hampir keseluruhan musnah akibat gajah tersebut. Kemusnahan flora dan fauna juga akan mengakibatkan generasi seterusnya tidak mengenali akan keindahan alam semulajadi. Spesis-spesis fauna yang tinggi nilainya juga akan terjejas seperti Rafflesia.

Seterusnya, ekosistem juga turut terancam akibat pemodenan dan pembangunan yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini akan menyebabkan sungai dan tasik semulajadi ditambak. Air yang mengalir dari sungai mahupun tasik digunakan oleh syarikat air untuk ribuan penduduk di bumi. Jika air tidak dirawat dengan betul maka dikhuatiri akan mendatangkan pelbagai penyakit yang tidak diingini berlaku seperti penyakit gatal kulit dan cirit-birit. Air yang disalurkan ke rumah-rumah tidak seratus peratusnya bersih. Kita dapat melihatnya melalui rumah-rumah yang menggunakan penapis air di depan rumah mahupun di dalam rumah. Hasilnya tidak sampai tiga hari penapis air tersebut bertukar warna daripada putih menjadi coklat. Hal ini membuktikan kandungan klorin di dalam air tersebut begitu tinggi. Kita haruslah memasak air sebelum menggunakannya untuk memasak.

Tambahan pula, kebanyakkan kawasan perhutanan dan kawasan pertanian untuk tujuan penanaman dan penternakan di teroka. Tujuan penerokaan tersebut adalah untuk pembangunan dan pemodenan. Kawasan perhutanan dan kawasan pertanian tersebut banyak mengeluarkan pelbagai hasil Tanaman-tanaman seperti padi, tebu, kelapa sawit dan pokok getah ini mendatangkan banyak manfaat terutamanya tanaman padi dan tebu merupakan pengeluaran terbesar negera Malaysia. Jika tanaman-tanaman ini berkurangan maka hasil makanan, keperluan harian, dan bahan mentah juga turut berkurangan. Negara juga tidak mencapai ekonomi yang tinggi kerana negara akan mengimport banyak bahan mentah daripada luar negara. Hal ini akan menyebabkan banyak sumber wang mengalir ke luar negara.

Kesimpulannya, mengesplotasi alam sekitar untuk pembangunan dan pemodenan mendatangkan kesan yang amat negatif. Hal ini dapat dilihat melalui bukti seperti di dalam surat khabar, media massa dan elektronik. Pelbagai masalah akan timbul jika pihak berkusa tidak mengambil langkah yang sewajarnya. Sehubungan dengan itu, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menyelesaikan keadaan ini dengan kadar segera. Pihak kerajaan perlu mengambil langkah dalam mengawal sektor pembangunan mesra alam yang selamat untuk kesejahteraan bersama. Jika semua pihak hanya menunding jari antara satu sama lain maka masalah ini akan berterusan sehingga menyebabkan permukaan bumi rakus di telan zaman.

You might also like