You are on page 1of 29

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

A.

PENGENALAN

Amalan...kaedah...teknik? Kesemua istilah ini amat penting dalam pelbagai bidang profesional, terutamanya dalam bidang pendidikan. Oleh itu, perubahan amalan dalam bidang profesional sememang tidak dapat dielakkan (Altrichter, Posch, & Somekh, 1993). Jadi, kita berubah bukan kerana tidak cukup baik, tetapi menginginkan tahap yang terbaik dan optimum hasilnya. Insiden perubahan ini sememangnya tidak dapat mengecualikan golongan pendidik yang digelar guru. Guru? Siapa tak kenal, siapa tak tahu? Kita sedia maklum seorang guru yang digelar pendidik yang unggul adalah mereka sentiasa berusaha sedaya upaya berubah dengan efektif mengikut peredaran zaman, keperluan pelajarnya, pemilihan kaedah dan amalan pengajarannya agar kesemua yang dilaksanakan mendatang kepulangan yang optimum kepada pelajarnya, masyarakat dan negara. Maka tidak hairanlah, para pendidik akan menggunakan pelbagai teori, konsep, kaedah, strategi dan teknik dalam amalan pengajaran. Pada era yang serba moden dan sofikated ini, para guru telah beralih langkah daripada pengajaran berpusat guru kepada pelajar. Malah, kaedah pengajaran juga lebih bercenderung kepada bentuk berkumpulan. Antara kaedah pembelajaran tersebut ialah konsep pembelajaran koperatif, konsep pembelajaran konstruktivisme dan sebagainya. Pada era abad ke-21 ini, kaedah koperatif bukan lagi satu kaedah yang asing lagi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana kaedah ini merupakan salah satu teknik pengajaran yang boleh membantu dan menjaminkan kejayaan setiap ahli kumpulan atau pelajarnya. Pendek kata, penggunaan kaedah koperatif ini menyumbangkan banyak kelebihan, terutamanya dalam peningkatan pencapaian prestasi akademik. Kaedah koperatif telah digunakan secara meluas dari peringkat pra sekolah sehingga ke pengajian tinggi. Pengaplikasian kaedah ini telah menular secara meluasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran sama ada di sekolah atau
1 1

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

institusi tinggi. Malah, kaedah pengajaran tradisional juga menerapkan konsep pembelajaran ini dalam amalan didikan. Kajian tentang kaedah koperatif ini telah dijalani sejak 1898 di negara barat. Statistik juga menunjukkan bahawa hampir 600 eksperimen dan lebih daripada 100 penyelidikan telah dilakukan berkaitan dengan pembelajaran koperatif ini (Johnson, David W., & Johnson, Roger T., & Holubec, Edythe J., 1994a: 11-12). Selain itu, pelbagai buku dan nukilan majalah serta jurnal dikaryakan tentang pembelajaran koperatif. Tokoh-tokoh daripada pelbagai pelusuk dunia juga telah banyak menjelaskan makna pembelajaran koperatif (Slavin, 1982; Johnson, Johnson & Holubec, 1990; Kagan, 1992). Menurut Slavin (1982), pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran pembelajaran diinginkan adalah pada tahap yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Cooperative learning is group learning activity organized on the socially structured exchange of information between learners in group and in which each learner is held accountable for his or her own learning and is motivated to increase the learning of others. (Vygotsky, dalam Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 2004). Pembelajaran koperatif merupakan salah satu teknik pengajaran yang memberikan motivasi serta penglibatan aktif di kalangan pelajar. Strategi pengajaran yang dirancang dengan teliti seperti pembelajaran koperatif menyediakan peluang dan potensi untuk membina ilmu di kalangan pelajar (Panitz & Panitz, 1988). Ia juga dapat melahirkan satu situasi di mana pelajar-pelajar dapat bekerjasama serta tolong-menolong untuk mencapai objektif tertentu (Kagan, 1986). Secara padat, pembelajaran koperatif boleh didefinisikan sebagai kaedah pengajaran yang di mana pelajar-pelajar daripada pelbagai kebolehan peringkat pencapaian
2 2

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat bersama iaitu tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakanrakan yang lain. Sifat paling penting bagi pembelajaran koperatif ialah kejayaan seseorang pelajar akan membantu rakan-rakan lain untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran masing-masing. Ia juga lebih berstruktur iaitu semua pelajar menyertainya secara sama rata dan bertanggungjawab kepada pembelajaran mereka. Terdapat tiga konsep utama dalam kaedah pembelajaran koperatif, iaitu ganjaran kumpulan, akauntabiliti (kebertanggungjawaban) individu dan peluang yang sama untuk berjaya. Maksud ganjaran kumpulan ialah kumpulan mungkin dapat sijil atau ganjaran kumpulan lain sekiranya mereka mencapai lebih daripada kriteria yang ditetapkan. Akauntabiliti individu bererti kejayaan kumpulan bergantung atas pembelajaran setiap individu dalam kumpulan. Akauntabiliti memberi fokus kepada aktiviti ahli-ahli kumpulan mengajar antara satu sama lain dan memastikan semua orang dalam pasukan bersedia untuk mengambil ujian atau sebarang penilaian lain. Peluang sama untuk berjaya pula bermaksud pelajar menyumbang kepada kumpulan mereka sendiri dengan memperbaiki prestasi yang lalu. Di samping itu, juga terdapat lima elemen penting yang menjadi dasar kepada pembelajaran koperatif iaitu : i. Saling bergantungan secara positif (positive interdependence)

Saling bergantungan secara positif wujud apabila pelajar yakin mereka merupakan ikatan dalam satu kumpulan supaya mereka berjaya bersama-sama. Dalam kata lain, pelajar percaya bahawa mereka tenggelam dan berenang bersama. Seseorang tidak akan berjaya melainkan jika semuanya berjaya. Mereka sedar, usaha setiap ahli bukan sahaja memberi keuntungan kepada diri sendiri tetapi kepada semua. Mereka bantu-membantu dan usaha antara satu sama lain untuk belajar, saling memberikan
3 3

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

dorongan dan merayakan kejayaan pergabungan mereka. Kebergantungan positif antara ahli di dalam sesuatu kumpulan akan bekerjasama dalam cara yang dapat menyokong pembelajaran setiap ahli kumpulan. Dua tanggungjawab setiap ahli kumpulan iaitu belajar pembelajaran yang diberikan secara bersungguh-sungguh dan memastikan setiap ahli kumpulan memahami bahan pembelajaran tersebut. Ahli-ahli kumpulan juga akan merasa bahawa mereka memerlukan satu sama lain untuk mencapai sesuatu maklumat.

ii.

Akauntabiliti individu (individual accountability)

Semua ahli mestilah dipupuk untuk merasakan bahawa setiap seorang daripada mereka adalah bertanggungjawab kepada kejayaan kumpulan mereka. Mereka mesti tahu siapa yang perlukan lebih pertolongan dan galakan dalam menyudahkan tugasan dan mereka tidak boleh menumpang kejayaan orang lain jika mereka tidak terlibat menjayakan sesuatu tugasan. Bagi memastikan setiap ahli kumpulan bersikap akauntabiliti individu, ahli-ahli kumpulan perlu menilai sebanyak mana kemampuan setiap ahli menyumbang kepada kumpulan, memberi maklum balas (feed back) kepada kumpulan dan individu, membantu kumpulan bagi mengelakkan sumbangan yang bertindih dan memastikan setiap ahli kumpulan bertanggungjawab kepada keputusan akhir.

iii.

Interaksi bersemuka (face to face promotive interaction)

Dalam pembelajaran koperatif, pelajar memerlukan hubungan atau interaksi bersemuka antara ahli-ahli kumpulan yang membuatkan setiap ahli belajar dan berjaya. Ahli-ahli kumpulan dapat berdialog dalam kedudukan yang berhampiran di antara sama lain dan dapat memberangsangkan perkongsian idea, resos atau
4 4

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

jawapan. Proses interaksi bersemuka dalam kumpulan ini membantu pelajar mengenalpasti apa tindakan ahli yang boleh menolong dan tidak menolong dan membuat keputusan mengenai apa tindak-tanduk yang perlu diteruskan atau diubah. Ia boleh dilakukan di tengah atau di akhir sesuatu aktiviti.

iv.

Kemahiran interpersonal dan kumpulan kecil (interpersonal and small groups)

Setiap pelajar harus diajar kemahiran sosial bagi memperolehi kualiti kolaboratif yang tinggi. Kemahiran sosial ini termasuklah berkebolehan memimpin, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik. Selain itu, kemahiran seperti mengikut giliran, memberi galakan, mendengar, memberikan dan meminta pertolongan serta meminta penjelasan dalam intonasi yang menurut norma-norma masyarakat membolehkan kumpulan berfungsi secara efektif. Para pelajar pendiam juga bermanfaat kerana mereka juga akan terus berusaha untuk mempelajari kemahiran sosial. Kemahiran sosial yang dipelajari secara langsung atau tidak langsung melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga merupakan salah satu pelajaran yang tidak ternilai harganya sama ada dalam urusan kehidupan harian ataupun dalam perjalanan mencipta kejayaan hidup.

v.

Penilaian dan refleksi (group processing)

Ahli-ahli kumpulan akan membuat refleksi untuk meninjau kembali cara perbincangan dalam kumpulan yang dijalankan dan memberi tindak balas setiap tindakan yang membantu dan yang tidak membantu. Di samping itu, mereka juga perlu membuat refleksi tentang cara kumpulan berfungsi dengan lebih bersistematik dan cemerlang serta membuat keputusan tentang apa tindakan yang patut ditukar
5 5

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

atau diteruskan agar dapat memperbaiki keberkesanan sumbangan ahli kumpulam semasa bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan. Semasa pemprosesan kumpulan, ahli-ahli juga boleh mereflek secara individu tentang perjalanan kumpulan atau selepas mengakhiri sesuatu unit. Borang penilaian kendiri boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Para sarjana telah memperkenalkan pelbagai teknik untuk mengendalikan pembelajaran koperatif yang menggunakan pendekatan dan penekanan yang berbeza. Di antara teknik-teknik yang kerap disenaraikan di dalam literatur adalah Belajar Bersama (Learning Together) oleh Johnson dan rakan-rakan di University of Minnesota; Pembelajaran Pasukan Pelajar (Student Team Learning) oleh Slavin dan rakan-rakan di Johns Hopkins University; JIGSAW oleh Aronson dan rakan-rakan di University of Texas; Penyiasatan Kumpulan (Group Investigation) oleh Sharan dan rakan-rakan di Tel Aviv University; Pendekatan Berstruktur oleh Kagan di University California, Riverside; Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar (Student Teams Achievement Division); PasukanPermainan-Pertandingan (Group-Teams-Tournament); Pembelajaran Individu dengan Bantuan Pasukan (Team Assisted Individualization) dan banyak lagi. Dengan kata lain, pembelajaran koperatif dapat dijalankan berdasarkan kepada teknik dan strategi serta model yang terdapat atau disyorkan dalam kaedah pembelajaran ini.

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

B.

OBJEKTIF KAEDAH KOPERATIF

Dalam perlaksanaan kaedah koperatif ini, beberapa objektif yang telah dikenalpasti dan perlu dicapai berdasarkan tiga domain utama proses pengajaran dan pembelajaran iaitu domain kognitif, domain psikomotor dan domain afektif adalah seperti yang berikut :

Dari segi domain kognitif : 1.) Pelajar dapat membincangkan dan menerangkan kembali kepada kelas apa yang telah dibincangkan dalam kumpulan terhadap tugasan yang telah diberikan. 2.) Pelajar yang pandai dapat membantu dan menjelaskan kepada pelajar yang kurang pandai tentang bahan pembelajaran yang diberikan kepada mereka. 3.) Pelajar berupaya memberikan cadangan dan jalan penyelesaian yang efektif hasil daripada perbincangan antara ahli-ahli kumpulan secara bekerjasama. 4.) Pelajar berupaya menyelesaikan lembaran kerja yang diberikan dengan ganding usaha bersama ahli-ahli kumpulan serta membuat perbincangan dalam bentuk kumpulan. 5.) Pencapaian para pelajar dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih mantap dan cemerlang. Dari segi domain psikomotor : 1.) Pelajar dapat mendemonstrasi atau menunjukkan gaya pergerakan kepada ahli-ahli kumpulan yang lain. 2.) Pelajar berupaya saling membantu dan menunjuk ajar terhadap gerakan-gerakan yang dikehendaki oleh guru. 3.) Pelajar yang lebih mahir dapat memperbetulkan gerakan pelajar yang kurang mahir dalam bentuk perbincangan secara kumpulan kecil. Dari segi domain afektif :
7 7

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

1.) Setiap pelajar perlu memain peranan masing-masing terhadap bahan pembelajaran yang diberikan dalam bentuk kumpulan kecil. 2.) Pelajar perlu menghormati rakan-rakan yang lain serta menunjukkan self-esteem yang tinggi semasa melakukan perbincangan berkumpulan. 3.) Pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran sosial yang dipelajari secara berkesan ketika berinteraksi dengan orang lain. C. PENDEKATAN KAEDAH KOPERATIF

Kaedah koperatif boleh dilaksanakan dalam berbagai pendekatan dan cara. Antaranya seperti yang berikut :

Pembelajaran koperatif secara formal

Pembelajaran koperatif ini merupakan pembelajaran di mana pelajar belajar bersama-sama dalam satu waktu pembelajaran hingga ke beberapa minggu pembelajaran dalam usaha untuk mencapai dan berkongsi matlamat pembelajaran serta mennyiapkan sesuatu kerja dan tugasan. Tugasan-tugasan ini termasuklah dalam usaha membuat keputusan atau menyelesaikan masalah, melengkapkan sesuatu unit pembelajaran, menulis laporan, menjalankan kajian dan lain-lain tugasan yang biasa dibuat di dalam bilik darjah (Johnson & Johnson, 1990). Prosedur dalam melaksanakan pembelajaran koperatif secara formal ini dapat dibahagikan kepada 5 langkah. Seseorang guru perlu melakukan perkara-perkara berikut :

1.

Tentukan objektif pembelajaran Dalam setiap pelajaran, guru harus menentukan objektif akademik, strategik dan kaedah yang akan digunakan dan objektif kemahiran sosial interpersonal atau kumpulan kecil yang akan digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dibuat dengan jelas.
8 8

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

2.

Membuat keputusan awal Guru mesti memutuskan tentang saiz dan jenis kumpulan, kaedah memberikan tugasan, peranan pelajar, bahan-bahan yang akan digunakan dan susunan di dalam bilik darjah.

3.

Penerangan tugasan dan saling bergantungan positif Guru perlu menerangkan dengan jelas tentang tugasan yang perlu dibuat, saling bergantungan positif dan kepercayaan individu yang diharapkan daripada setiap pelajar. Guru juga perlu mengajar konsep dan strategi yang diperlukan, serta memaklumkan kriteria-kriteria untuk berjaya dan kemahiran sosial yang dijangkakan daripada para pelajar.

4.

Memantau pembelajaran pelajar dan kemahiran interpersonal dan kumpulan. Guru memerhati secara sistematik dan mengumpul maklumat setiap ahli kumpulan dan membantu ahli atau kumpulan yang memrlukan bantuan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

5.

Menilai pembelajaran pelajar dan membantu kumpulan untuk berfungsi. Pembelajaran setiap pelajar diperhatikan dan pencapaian setiap pelajar direkodkan. Guru turut memerhati bagaimana keberkesanan para pelajar bekerjasama semasa menyelesaikan sesuatu tugasan pembelajaran.

Pembelajaran koperatif secara informal

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

Pembelajaran koperatif informal ini berlaku jika pelajar belajar bersama untuk mencapai sesuatu matlamat pembelajaran secara sementara sahaja. Kumpulan yang dibentuk secara ad hoc untuk jangka masa beberapa minit sehingga keseluruhan pelajaran. Semasa pengajaran atau tunjuk cara, pembentukan kumpulan ini boleh dibuat untuk menarik perhatian ke atas bahan pembelajaran dan membantu pelajar-pelajar memahami bahan pembelajaran. Pembelajaran koperatif informal ini selalu digunakan antara tiga hingga lima minit perbincangan ke atas sesuatu tugasan sebelum pengajaran atau selepas pengajaran dan dua hingga lima minit perbincangan dalam kumpulan sepanjang pengajaran.

Kumpulan asas koperatif

Pembentukan kumpulan asas koperatif dibuat untuk jangka masa panjang, heterogeneous, bilangan kumpulan antara dua hingga empat orang. Tujuan pembentukan kumpulan asas ini adalah untuk memastikan setiap ahli kumpulan membantu dan merangsang setiap ahli kumpulan untuk berjaya dalam akademik. Kumpulan ini kekal untuk sekurang-kurangnya untuk satu semester atau satu tahun. Kumpulan-kumpulan ini dimestikan berjumpa setiap minggu untuk membincang kemajuan setiap ahli dan memberi bantuan kepada ahli-ahli yang memerlukan bantuan akademik.

Pendekatan secara struktur koperatif

Pembelajaran koperatif berstruktur ini merupakan prosedur koperatif yang standard bagi memupuk kemahiran-kemahiran generik seperti kerjasama dan komunikasi. Bagi mempraktikkan pembelajaran koperatif, guru haruslah membina struktur pembelajaran
10

10

10

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

koperatif yang kukuh terlebih dahulu melalui aktiviti-aktivitii yang dapat membuatkan pelajar bekerjasama, berkomunikasi dan saling mempercayai dalam mempelajari sesuatu isi kandungan. Terdapat lebih kurang lapan puluh aktiviti-aktiviti berstruktur yang mudah dilaksanakan di dalam bilik darjah secara berpasangan atau kumpulan. Pemilihan aktiviti struktur pula bergantung kepada mata pelajaran, masa pengajaran dan kemahiran sosial yang hendak dikembangkan.

Berikutnya merupakan perbincangan mengenai peranan-peranan penting yang perlu dimainkan oleh guru dan pelajar ketika perlaksanaan kaedah koperatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak kira di dalam ataupun di luar bilik darjah.

Peranan guru dalam perlaksanaan kaedah koperatif

1.

Sebelum pelajaran bermula Guru perlu nyatakan objektif akademik dan objektif kemahiran sosial dengan jelas. Guru juga perlu tentukan saiz kumpulan (2-6 orang), kaedah mengagihkan pelajar, peranan pelajar, peraturan dalam kumpulan, bahan-bahan yang perlu untuk pembelajaran dan susunan bilik darjah

2.

Merancang pembelajaran (setting the lesson) Guru menerangkan dengan jelas tujuan akademik dan tugasan yang diberikan. Guru perlu memastikan berlakunya saling bergantungan secara positif (positive interdependence) dan akauntabiliti individu (individual accountability). Guru juga perlu memberi kriteria untuk berjaya dan menerangkan kemahiran sosial yang diharapkan dalam pelajaran tersebut.
11

11

11

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

3.

Semasa kerja kumpulan Guru perlu memantau dan mengawasi pelajar atau membantu meningkatkan kemahiran sosial pelajar. Guru harus bergerak sekeliling kelas bagi memastikan pembelajaran berlaku semasa kerja kumpulan. Kumpul data bagi setiap pelajar tentang pembelajaran dan kemahiran sosialnya. Jika perlu, guru boleh membantu menyelesaikan dan menyiapkan tugasan kumpulan.

4.

Akhir pelajaran Guru perlu meninjau kualiti dan kuantiti pembelajaran setiap pelajar dan kumpulan. Selain itu, guru perlu memberi peluang kepada pelajar bertanya soalan serta meneliti maklum balas di atas pembelajaran akademik yang dialami dan diperolehi.

Peranan pelajar dalam perlaksanaan kaedah koperatif

1. 2.

Menjadi sebagai salah seorang ahli kumpulan dalam kumpulan kecil. Mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan bertanggungjawab.

3.

Melakukan interaksi dengan rakan-rakan yang lain dengan kemahiran bersosial yang sesuai lagi tepat.

4. 5. 6.

Menjalani aktiviti perbincangan bersama ahli dalam bentuk kumpulan yang kecil. Mematuhi arahan guru serta peraturan kumpulan yang telah ditetapkan. Memiliki perasaan saling membantu dan kebergantungan secara positif terhadap ahli kumpulan yang lain. Dengan kata lain iaitu all for one and one for all.

12

12

12

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

7.

Sentiasa membuat refleksi demi kepentingan diri sendiri dan juga kumpulan supaya kejayaan semua pihak yang terlibat terjamin.

8.

Terima dan sokong antara satu sama lain serta menghormati segala keputusan kumpulan yang telah dibuat melalui perbincangan dalam bentuk kumpulan kecil.

Seterusnya, kita akan berteruskan perbincangan tentang teknik-teknik perlaksanaan kaedah koperatif. Terdapat pelbagai teknik kaedah koperatif , tetapi kita hanya memilih dan menyentuh beberapa teknik yang lebih kerap didengari dan digunapakai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.

Belajar Bersama (Learning Together, LT) Teknik ini diperkenalkan oleh Johnson dan rakan-rakan di University of Minnesota. i. Pelajar bentukkan kumpulan heterogenus yang terdiri daripada empat hingga lima orang. ii. Guru mengedarkan lembaran kerja : Kumpulan hanya menyerahkan satu lembaran kerja yang telah lengkap. Ganjaran dan penghargaan diberikan berdasarkan kepada hasil kumpulan.

2.

Bahagian Pencapaian Pasukan pelajar (Student Teams Achievement Divisions, STAD) i. Guru menyampaikan maklumat atau isi kandunagn pelajaran melalui kuliah atau perbincangan. ii. Ahli-ahli kumpulan bekerjasama menjawab soalan atau tugasan dalam kertas latihan.

13

13

13

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

iii.

Guru memberi kuiz mengenai bahan yang dipelajari. Setiap ahli kumpulan mengambil ujian atau kuiz secara individu.

iv.

Guru yang mengira dan merekod skor individu dan skor purata kumpulan.

3.

Pasukan-Permainan-Pertandingan (Teams-Games-Tournaments, TGT) i. Guru memperkenalkan tajuk baru atau mengulang kaji kemahiran yang telah dipelajari. ii. iii. Guru membentuk kumpulan (4-6 orang) heterogenus. Setiap ahli kumpulan belajar bahan yang diedarkan oleh guru (worksheet dan answer sheet). Kumpulan dianggap telah selesai jika semua ahli kumpulannya memahami bahan tersebut. iv. Pelajar megambil bahagian dalam pertandingan dan skor markah dikumpul dari setiap ahlinya. Markah ini juga dimasukkan ke dalam markah kumpulan. v. Markah setiap kumpulan dipaparkan dan ganjaran diberikan kepada kumpulan yang skor markah tertinggi.

4.

JIGSAW JIGSAW yang asal diperkenalkan oleh Aronson dan rakan-rakan di University of Texas (Slavin, 1990). i. tajuk. ii. Kumpulan heterogenus dibentuk di antara 2 hingga 4 orang. Setiap ahli kumpulan membaca lembaran pembelajaran masing-masing. Contohnya dalam kumpulan yang memiliki empat orang, ahli pertama iaitu A1 membaca bahagian 1; ahli kedua iaitu A2 membaca bahagian 2 dan seterusnya.
14

Bahan pembelajaran dipecahkan kepada beberapa bahagian atau sub

14

14

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

iii.

Ahli dari setiap kumpulan kecil yang mempunyai bahagian yang sama akan membentuk kumpulan pakar bagi membincang bahagian mereka..

iv.

Ahli kumpulan pakar balik ke dalam kumpulan asal untuk berkongsi maklumat dengan cara mengambil giliran mengajar rakan-rakan tentang bahagian pembelajarannya..

v.

Pelajar mengambil ujian atau kuiz secara persendirian dan skor setiap pelajar dikumpulkan untuk skor kumpulan.

vi.

Skor kuiz individu digunakan untuk menilai pencapaian individu dan pencapaian ahli-ahli kumpulan tersebut.

vii.

Pamerkan keputusan bagi memperakui kejayaan kumpulan.

5.

Pengajaran Individu Berbantu Kumpulan (Team-Assisted Individualization, TAI) i. ii. Bentukan kumpulan kecil heterogenus (2-4 orang). Setiap pelajar diberi lembaran kerja serta jawapan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. iii. Ahli kumpulan bekerja dalam pasangan, bertuksr hasil kerja dan menyemak kerja. iv. Setiap ahli yang mendapat skor 80% atau lebih akan diberi peluang untuk mengambil ujian akhir. v. Pelajar mengambil beberapa ujian dalam tempoh seminggu.

6. i.

Semak Pasangan (Pairs Check) Setiap kumpulan terdiri daripada dua pasangan.
15

15

15

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

ii. iii. iv.

Setiap pasangan terdiri daripada Pekongsi A dan Pekongsi B. Kumpulan diberi dua atau lebih masalah. Pekongsi A menyelesaikan masalah pertama sementara Pekongsi B membimbing.

v.

Pekongsi B menyelesaikan masalah kedua sementara pekongsi A membimbing.

vi. vii. viii.

Semak dengan pasangan lain dalam kumpulan. Sekiranya jawapan berbeza, fikirkan sebab-sebabnya. Pastikan setiap ahlipasukan bersedia menerangkan jawapan kepada pasukan lain jika perlu.

ix.

Peringatan : Semasa giliran menyelesaikan masalah, beritahu langkahlangkah yang diambil. Pembimbing akan menolong anda jika anda menghadapi kesukaran. Begitu juga semasa giliran membimbing, beri isyarat dan galakan, serta menyoal tetapi jangan hanya memberi jawapan.

D.

CONTOH

AKTIVITI

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARN

BERDASARKAN KAEDAH KOPERATIF Kaedah koperatif merupakan sejenis pembelajaran yang sesuai diaplikasikan ke dalam mata pelajaran di sekolah sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Ini dapat dijelaskan dengan contoh di bawah :

Tingkatan 2 Tunjang Pembelajaran Bidang pembelajaran Fokus Pembelajaran : Kemahiran : Olahraga Balapan : Teknik hantaran baton 4 X 100 meter

16

16

16

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

Cara perlaksanaan : 1. Pelajar dibahagikan kepada 8 kumpulan heterogenus di mana setiap kumpulan terdiri daripada 4 ahli kumpulan.

2.

Setiap pelajar dalam kumpulan masig-masing akan dinamakan sebagai P1 (Pelari pertama), P2 (Pelari kedua), P3 (Pelari ketiga) dan P4 (Pelari keempat). Keempat-empat pelajar ini perlu berbaris dalam satu barisan untuk membentuk kumpulan kecil.

3.

Apabila P1 dan P2 lakukan teknik hantaran baton, P3 dan P4 akan memerhati dan menyemak cara lakuan ahli kumpulannya. Bimbingan boleh diberikan sekiranya perlu.

4.

Aktiviti diteruskan dengan P1 dan P2 serta P3 dan P4 bertukar peranan dalam kumpulan masing-masing untuk melakukan aktiviti hantaran baton.

5.

Selepas menjalani latihan, ahli kumpulan akan kembali semula dalam kumpulan asal masing-masing. Mereka perlu bergilir-gilir menyatakan kesalahan yang telah dilakuakan oleh rakan masing-masing dan berbincang sesama ahli kumpulan untuk memperbaiki teknik hantaran baton supaya dapat melakukan aktiviti tersebut dengan teknik yang betul.

6.

Kemudian, pelajar dalam kumpulan masingmasing akan melakukan semula aktiviti dan cuba memperbaiki kelemahan masingmasing yang telah diperbetulkan oleh rakan.
17

17

17

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

7.

Guru berperanan sebagai pembimbing untuk membimbing pelajar supaya mereka dapat melakukan aktiviti tersebut dengan baik dan dengan teknik yang betul.

Dengan menggunakan teknik Semak Pasangan (Pairs Check) ini, pelajar akan melalui satu proses pembelajaran yang efektif dan berkesan. Di samping itu, semangat kerjasama daripada pelajar dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan ceria.

Gambar rajah yang menjelaskan teknik Semak Pasangan (Pairs Check) Kumpulan A P1. Pelari pertama P2. Pelari kedua P3. Pelari ketiga P4. Pelari keempat P Pelajar Kumpulan A Kumpulan B P1. Pelari pertam P2. Pelari kedua P3. Pelari ketiga P4. Pelari keempat Kumpulan C P1.Pelari pertama P2. Pelari kedua P3. Pelari ketiga P4. Pelari keempat Kumpulan D P1. Pelari pertama P2. Pelari kedua P3. Pelari ketiga P4. Pelari keempat

P1 P2

Laku / Semak Laku / Semak

P3 P4

a) P1 dan P2 melakukan aktiviti hantaran baton. b) P3 dan P4 akan memerhati dan menyemak sama ada mereka melakukannya dengan teknik yang betul.
18

18

18

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

c) Selepas itu, pasangan P1dan P2 akan bertukar peranan mereka dengan pasangan P3 dan P4.. d) Setelah selesai, P1, P2, P3 dan P4 perlu berkumpul semula dalam kumpulan asal. e) Perbincangan antara ahli kumpulan tentang kesilapan dan cuba memberi bimbingan kepada rakan sekumpulan. f) Pelajar dalam kumpulan masing-masing akan melakukan semula aktiviti hantaran baton setelah mendengar pandangan daripada rakan. g) Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan kecil masing-masing iaitu kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C dan lain-lain.

E. Fizikal

PERKEMBANGAN SALURAN FIZIKAL, MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

Aktiviti pelajar berada di tahap minimum kerana mereka menjalani aktiviti secara berkumpulan. Para pelajar perlu bergilir-gilir melakukan aktiviti. Dalam konteks ini, pelajar mungkin berasa terkongkong di mana mereka tidak dapat menggunakan idea dan kreativiti masing-masing semasa menjalani aktiviti. Ini adalah kerana mereka telah ditetapkan dengan posisi yang tertentu dan jenis lakuan yang telah ditetapkan terlebih danulu. Contoh aktiviti adalah seperti teknik hantaran baton 4x100m.
19

19

19

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

Mental Perkembangan mental di tahap maksimum kerana pelajar perlu memberi komen, pandangan serta cadangan yang membina terhadap lakuan rakannya. Oleh itu, mereka perlu menggunakan kognitif sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam kumpulan masing-masing. Tambahan pula, pelajar juga perlu berusaha untuk mencari jalan penyelesaian yang berkesan terhadap masalah yang diberikan atau tugasan yang ditujukan oleh guru.

Emosi Dalam konteks perkembangan emosi, pelajar berada pada tahap maksimum juga kerana aktiviti dilaksanakan secara kumpulan. Maka, pelajar-pelajar perlu saling berinteraksi dengan rakan-rakan dalam kumpulan semasa menjana idea untuk membuat keputusan bagi sesuatu masalah. Dalam situasi ini juga, pelajar perlu bertimbang rasa dan bertoleransi semasa berbincang dalam kumpulan supaya masalah dapat diselesaikan dengan cepat dengan teknik penyelesaian yang berkesan. Penjanaan idea yang baru bagi penyelesaian masalah dapat meningkatkan emosi dan motivasi intrinsik seseorang pelajar. Maka mereka akan lebih berkeyakinan untuk meluahkan pendapat masing-masing. Sosial Tidak dapat dinafikan lagi bahawa perkembangan sosial bagi kaedah koperatif untuk suatu pembelajaran memang berada pada tahap maksimum. Ini adalah kerana aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan secara tidak langsung pelajar telah diberi peluang untuk bergaul di antara satu sama lain. Dalam konteks ini, perhubungan yang rapat di antara pelajar dapat diwujudkan tidak kira bangsa dan jantina. Semasa mereka bertukar pendapat dan meluahkan pendapat masing-masing juga menunjukkan satu cara mereka bersosial di
20

20

20

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

antara satu sama lain. Ini dapat ditunjukkan apabila mereka dapat menerima pandangan dan pendapat orang lain.

Pembelajaran kaedah koperatif juga dapat menerapkan perasaan penyayang di kalangan pelajar, bekerjasama, bantu-membantu dan saling faham memahami antara satu sama lain. Semasa pelajar berinteraksi dalam kumpulan, pelajar-pelajar dapat meningkatkan kemahiran mendengar, berbincang, menguruskan pemerosesan kumpulan, menangani pelajar yang dominan serta perasaan bermusuhan dan perasaan malu dapat diminimumkan.

Sedia maklum, bakat kepimpinan seseorang pelajar juga merupakan satu aspek yang dapat dipupuk dan ditonjolkan oleh pelajar ketika menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar dapat menunjukkan bakat kepimpinan mereka menerusi aktiviti dengan cara memberi bimbingan kepada pelajar yang memerlukannya serta mengurus kumpulan masing-masing supaya setiap individu dalam kumpulan dapat mencapai kejayaan bersama.

F.

KEKUATAN KAEDAH KOPERATIF

1.

Meningkatkan kemampuan pemikiran kritikal pelajar. Idea utama dalam pembelajaran koperatif adalah pelajar dapat menggarap lebih banyak ilmu di dalam suasana yang aktif jika berbanding dengan pelajar yang hanya belajar dengan duduk sambil melihat dan mendengar penerangan guru sahaja.
21

21

21

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

Kemampuan pelajar berfikir secara kritikal dapat ditingkatkan dengan adanya penerapan beberapa elemen kemahiran berfikir aras tinggi dalam perbincangan sesama pelajar.

2.

Meningkatkan prestasi akademik pelajar. Tujuan utama penggunaan strategi pembelajaran koperatif adalah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar. Prestasi pelajar akan dapat ditingkatkan kepada satu tahap yang lebih baik lagi berdasarkan kepada beberapa kaedah yang dicadangkan dalam pembelajaran koperatif.

3.

Mempereratkan persahabatan yang positif. Penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran boleh merangsang pembentukan persahabatan yang positif di kalangan para pelajar. Dalam konteks ini, mereka didedahkan dengan satu bentuk komunikasi yang berupaya menghubungkan dan mengeratkaan perhubungan sesama pelajar di dalam sesebuah kelas secara tidak langsung.

4.

Meningkatkan penyertaan pelajar dalam menyiapkan tugasan. Salah satu kelebihan strategi ini ialah ia mampu meningkatkan penyertaan pelajar dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Ini adalah kerana strategi ini banyak melibatkan penyertaan pelajar dalam aktiviti dan tugasan di dalam kelas dan mereka tidak perlu menyelesaikannya di rumah. Oleh itu, secara tidak langsung peratusan penyertaan pelajar semasa di dalam kelas dan peratusan penyerahan tugasan juga dapat ditingkatkan.

22

22

22

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

5.

Mewujudkan semangat tolong-menolong dan menghargai pendapat sesama pelajar. Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran jika belajar secara bersendirian mungkin mereka akan mudah putus asa dan tidak mahu menyelesaikannya. Melalui perlaksanaan pembelajaran koperatif, pelajar yang lemah akan dibantu oleh rakannya. Pelajar yang pintar bertanggungjawab membimbing rakan sepasukannya supaya mereka akan belajar dan berjaya bersama-sama. Ini juga merupakan satu kebaikan kepada pelajar untuk menunjukkan pelbagai kebolehan mereka seperti memimpin dan mengajar rakan-rakan. Jika dalam pembelajaran kompetatif, pelajar tidak menghiraukan rakannya kerana mereka hanya inginkan kejayaan yang tinggi untuk kepentingan dirinya.

6.

Meningkatkan kemahiran berinteraksi di antara guru dan pelajar. Pembelajaran koperatif juga berupaya mempereratkan lagi perhubungan di antara guru dan pelajar. Hasil daripada kemahiran-kemahiran komunikasi yang berkesan di dalam kelas antara guru dan para pelajar ialah perhubungan mereka akan menjadi lebih mesra lagi. Kemahiran yang didedahkan dalam strategi pembelajaran koperatif ini juga akan melahirkan para pelajar yang dapat menyesuaikan diri dengan perhubungan dan pergaulan dalam pelbagai situasi.

7.

Meningkatkan motivasi pelajar untuk mencari ilmu pengetahuan. Pembelajaran koperatif mampu memotivasikan pelajar untuk mencari ilmu pengetahuan. Semasa proses pembelajaran, pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti pencarian dan penggunaan sumber yang berguna. Ini dapat membantu para pelajar dalam menyelesaikan masalah atau memperoleh maklumat. Pelajar akan
23

23

23

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

lebih bersemangat sekiraya maklumat yang diperoleh itu dapat dimanfaatkan kepada rakan sekelas dan dihargai oleh guru jika berbanding dengan hanya menyimpannya untuk kegunaan dirinya sahaja.

8.

Memperbaiki kefahaman dan sikap pelajar terhadap persekolahan dan cara belajar yang berkesan. Segala aktiviti pembelajaran yang dirancang adalah bertujuan untuk memberikan kefahaman yang lebih kepada para pelajar tentang isi pelajaran. Proses pembelajaran akan lebih mudah sekiranya para pelajar memahami apakah yang ingin dipelajari dalam pelajaran tersebut. Kefahaman yang terbentuk akan memberikan kesan positif kepada sikap pelajar terhadap persekolahan. Sistem persekolahan yang baik juga mampu menarik perhatian dan miat pelajar. Selain itu, aktiviti pembelajaran koperatif juga akan memperbaiki cara belajar yang digunakan. Para pelajar akan mendapati bahawa proses pembelajaran yang dilakukan adalah sangat berkesan dan menarik.

G.

KELEMAHAN KAEDAH KOPERATIF

1.

Kekangan masa

24

24

24

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

Halangan utama di dalam pelaksanaan strategi pembelajaran koperatif ialah masa pembelajaran yang terhad. Masa yang tidak mencukupi akan menyebabkan aktiviti aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dilakukan dengan berkesan. Dalam senario ini, guru akan berasa pembelajaran yang berdasarkan kaedah koperatif menyulitkan apabila mereka tiada perancangan yang rapi dan teratur dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.

2.

Aktiviti Dalam pembelajaran koperatif pemilihan aktiviti merupakan satu masalah kerana pilihan aktiviti adalah terhad. Para guru tidak mempunyai pilihan aktiviti yang pelbagai untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pemilihan aktiviti yang sama akan menyebabkan para pelajar mudah berasa bosan dan jemu untuk mengikuti pelajaran.

3.

Kekangan sukatan pelajaran Pelaksanaan strategi koperatif tidak mampu mengimbangi sukatan pelajaran yang perlu pelajar kuasai dalam tempoh masa tertentu. Ini bermakna, para guru terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan agar dapat memenuhi keperluan peperiksaan. Oleh itu, kebanyakan guru tidak memilih aktiviti koperatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

4.

Ukuran kelompok terlalu besar

25

25

25

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

Ini akan menghadkan banyak ketrampilan pada pelajar untuk mengatur sesebuah kelompok yang anggotanya terdiri lebih daripada empat ahli kumpulan. Sebaliknya, kelompok dalam jumlah yang kecil iaitu 2 atau 3 ahli kumpulan adalah paling sesuai dan baik. Kelompok yang lebih kecil lebih efektif, mudah diuruskan serta tidak perlu mengambil tempoh waktu yang lama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

H.

PENUTUP

Kaedah koperatif adalah satu kaedah pengajaran kumpulan yang membuat pelajar belajar dan mengajar. Pelajar bekerja bersama-sama dalam kumpulan kecil di atas tugasan akademik bagi membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan belajar bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama dan memiliki kemahiran sosial. Pembelajaran koperatif berbeza daripada kaedah kumpulan tradisional di mana pembelajaran koperatif lebih berstruktur iaitu semua pelajar menyertai secara sama rata dan bertanggungjawab kepada pembelajaran masing-masing. Pembelajaran Koperatif boleh mendatangkan kesan yang baik jika kerap dipraktikkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ianya memerlukan pelajar berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan, berkongsi idea, dan kejayaan yang diperolehi bersama. Semoga dengan mematuhi prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif yang sebenar dapat mengubah pendirian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Proses ini akan mencipta atau menghasilkan satu proses peningkatan. Kaedah ini didapati amat sesuai digunakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar jika dibandingkan dengan kaedah pembelajaran secara kompetatif dan individu. Ia mengkehendaki pelajar membantu antara satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu dan kumpulan.
26

26

26

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

Teknik-teknik dalam kaedah koperatif adalah sangat sesuai dijalankan di dalam kelas dengan adanya pelajar yang pelbagai kebolehan kerana ia menggalakkan perasaan kebergantungan secara positif dengan saling menghargai, menyokong dan menghormati sesama pelajar. Pembelajaran koperatif boleh meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan. Kaedah pembelajaran ini dikatakan lebih baik daripada kaedah pembelajaran tradisional kerana ianya lebih menyeronokkan dan dapat juga meningkatkan motivasi, akauntabiliti, tanggungjawab dan kesungguhan pelajar dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Pelajar akan menjadi lebih

bertanggungjawab kerana mereka mempunyai matlamat pasukan yang perlu dicapai bersama. Kaedah ini juga dapat membantu mereka menjimatkan masa dalam proses pembelajaran mereka. Kajian Sherman dan Thomas pada tahun 1986 (dalam Noor Shah Saad, 2005) mendapati bahawa pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian pelajar cerdas, sederhana dan lemah. Para pelajar didapati dapat menyimpan ingatan dalam jangka masa yang panjang, kebolehan menyelesaikan masalah, bersikap lebih positif terhadap pembelajaran dan kendiri yang tinggi. Banyak kajian tentang pembelajaran koperatif telah dilakukan dan keputusankeputusan mereka adalah agak menakjubkan. Kesimpulannya, kejayaan kaedah koperatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai secara on papersahaja. Guru dan pelajar perlu bertindak bersama dengan memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan kaedah ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan lancar agar kesemua pihak yang terlibat dapat menikmati manfaat dan kejayaan bersama. I. RUJUKAN

27

27

27

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

Abdul Samat Banin. Pembelajaran koperatif : satu pengenalan. Diperoleh Januari 14, 2007 daripada http://www.brunet.bn/news/pelita/10ogos/didik.htm Altrichter, H., Posch, P. & Somekh, B. (1993). Teachers investigate their work: An introduction to the methods of action research. London: Routledge. Aminudin B. Yusof, Anuar B. Din & Enson Bt. Din. (2006). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan Tingkatan 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Cooperative learning. Diperoleh Januari 12, 2007 daripada http://edtech.kennesaw.edu/intech/cooperativelearning.htm Cooperative learning. Diperoleh Januari 14, 2007 daripada http://www.cooplearn.org/ Ee Ah Meng. (1997). Pedagogi I : perlaksanaan pengajaran. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Evans, D. A. (1984). Teaching athletics 8 13. London : Hodder and Stoughton. Gan Teck Hock. Kenali pembelajaran koperatif cintai pembelajaran koperatif. Diperoleh Januari 12, 2007 daripada http://www.mpbl.edu.my/math/pedagogi/Kenal%20& %20Cinta%20CLSeminar%20MPGaya.pdf Johnson, D. W., Johnson, R. T. & Holubec, E. J. (1990). Circle of learning. Cooperation in the classroom (3rd ed.). Edina, Minnesota: Interaction Book. Johnson, D.W., Johnson, R.T., & Holubec, E.J. (1994). Cooperative learning in the classroom. Alexandria, Virginia : Association for Supervision and Curriculum Development. Kaedah koperatif. Diperoleh Januari 12, 2007 daripada http://www.teachersrock.net/koperatif.htm Kagan, S. (1986). Cooperative learning and sociological factor in schooling. In Calros Cortes (Ed.) Beyong language : Social and Cultural Factors in Schooling Language Minority Students. Los Anggeles, CA : California State University Evaluation, Dissemination and Assessment Center. Kagan, S. (1992). Cooperative learning. San Juan Capistrano, CA: Kagan Cooperative Learning. Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2004). Pedagogi asas pendidikan. Kuala Lumpur : Affluent Master Sdn. Bhd.
28

28

28

Kaedah Pengajaran Pendidikan Sains Sukan (KSS3083) Kaedah Koperatif

Mok Soon Sang. (1991). Strategi pengajaran-pembelajaran dan pengajaran mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2002). Pedagogi (Diploma Pendidikan Malaysia : semester 3). Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Noor Shah Saad. (2005). Pengajaran Matematik sekolah menengah dan sekolah rendah : teori dan perkaedahan. Petaling Jaya : Harmoni Publication & Distributors Sdn. Bhd. Panitz, T & Panitz, P. (1998). Encouraging the use of collaborative learning in higher education. In J.J Forest (Ed.). Issues Facing International Education, NY : Garland Publishing. Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif. Diperoleh Januari 12, 2007 daripada http://www.teachersrock.net/koperatif._p2htm Refleksi : kemahiran sosial dalam kumpulan koperatif. Diperoleh Januari 12, 2007 daripada http://www.teachersrock.net/Refleksi_Sosial.htm Slavin, R. E. (1982). Cooperative learning: Student teams. What research says to the teacher. Washington, D. C. : National Education Association. Struktur-struktur interaksi koperatif. Diperoleh Januari 14, 2007 daripada http://www.teachersrock.net/koperatif_s2a..htm

29

29

29

You might also like