Professional Documents
Culture Documents
O.T.Dusseck..
...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat itu. Pelihara bahasa kamu itu; berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu.
Bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (6 Ogos 1950) hingga kepada kemerdekaan 1957
Masuri
S.N., Mohd. Arif Ahmad atau MAS
TOKOH
Tujuan Penubuhan
Memperluas dan mempertinggikan mutu sastera Melayu
Melindungi hakhak dan kepentingan para penulis dan para pengarang
Konsep Perjuangan
Seni Untuk Masyarakat & Seni Untuk Seni
* Perjuangan ditonjolkan melalui bahasa dalam penulisan cerpen, sajak dan kerja seni lain yang dipaparkan dalam media cetak. * memberi sumbangan yang besar terhadap masyarakat dengan mengangkat darjat orang bawahan seperti orang kampung dengan tema-tema cerita tertentu. * Perjuangan pada ketika ini menuntut kemerdekaan dengan menggunakan bahasa dan sastera.
Butir-butir piagam:
i. Kongres bahasa hendaklah diadakan seterusnya dengan tujuan untuk menyeralaraskan sebarang usaha badan persuratan Melayu di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara; dan kerabat kongres hendaklah mengambil keputusan muktamad yang sama atas sebarang hal tentang kemajuan bahasa dan persuratan Melayu dan akan membela hak pengarang, sasterawan dan ahli bahasa Melayu. Kongres seterusnya hendaklah diadakan bila-bila masa jika perlu oleh sebuah pertubuhan atau beberapa pertubuhan persuratan menjadi satu dan pertubuhan persuratan yang mengusulkan kongres itu dengan sendirinya menjadi Panitia Kongres yang akan menyediakan tempat dan persiapan kongres serta memanggil pertubuhan-pertubuhan lain ke kongres tersebut.
ii.
iii. Pertubuhan-pertubuhan persuratan yang menjadi kerabat kongres hendaklah mentaati keputusan muktamad yang diambil kongres; pertubuhan-pertubuhan kerabat kongres hendaklah berusaha melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil kongres untuk memajukan bahasa dan persuratan Melayu; sebarang keputusan kongres hendaklah dianggap sah oleh kerabat kongres; segala keputusan kongres akan diambil mengikut undi yang terbanyak; dan tiap-tiap pertubuhan hanya mempunyai satu undi sahaja.
Mengusulkan i. Rapat besar bagi ahli persuratan Melayu dengan Indonesia. ii. Mendesak penggunaan bahasa Melayu yang seimbang dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu, Majlis Mesyuarat Negeri, Majlis Mesyuarat Bandaran dan pengutamaan bahasa Melayu oleh ketua-ketua pejabat. iii. Menganjurkan satu rupa hadiah bagi karangan-karangan yang terbaik dalam bahagian-bahagiannya tiap-tiap tahun. iv. menyusun sebuah kamus yang lengkap dalam tulisan Rumi. v. Pengambilan juruhebah radio mestilah berkelulusan tinggi dalam bahasa Melayu. vi. Melantik wakil daripada Kongres Persuratan Melayu dalam Jawatankuasa Penapis Filem.
Mac 1954..
Asas 50- Mengemukakan memorandum kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk bahasa Melayu.
Memutuskan bahawa i. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hendaklah ditubuhkan sebagai pusat bagi menjaga hal ehwal persuratan Melayu supaya tidak cacat asal usul bahasa Melayu serta menjadi pendorong kepada perkembangan kebudayaan rakyat Tanah Melayu kelak. DBP hendaklah menyiasat, membongkar dan mengumpulkan semula serta menghalusi hasil kesusasteraan Melayu sejak zaman purba. Membincangkan cara mengembangkan bahasa kebangsaan menerusi persekolahan dan pendidikan.
ii.
22 Jun 1956 Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor
Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka: - Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan. - Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.
- Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain.
- Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
Penyata Razak
Merupakan hasil daripada kajian Jawatankuasa Pelajaran yang dibentuk dalam bulan September 1955 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran, Dato' Abdul Razak bin Hussein. Pada 14hb April, 1956 jawatankuasa ini telah menyiapkan kerja-kerjanya dan menyediakan laporannya sebagai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.
Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak untuk mendapatkan sijil rendah dan sijil pelajaran kebangsaan.
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris hendaklah diwajibkan di sekolah menengah jenis kebangsaan.
Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
ii.
Penggunaan B.Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum
1 September 1967: - DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah
mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. - Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan surat Pekeliling Am No. 12 Tahun 1967 yang mengarahkan bahawa daripada tarikh itu, Bahasa Kebangsaan, iaitu bahasa Melayu sahaja hendaklah digunakan untuk maksud-maksud rasmi dalam pentadbiran seharihari yang dijalankan oleh kementerian-kementerian, JabatanJabatan Kerajaan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Kerajaan-Kerajaan Tempatan dan Badan-Badan Berkanun di Negeri-Negeri Tanah Melayu kecuali di Parlimen, Dewan-Dewan Negeri dan Mahkamah di mana bahasa Inggeris boleh digunakan setakat masa yang telah diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967.
7 Mac 1957 Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan, dengan sebulat suara meluluskan Penyata Razak.
Tujuan: mewujudkan suatu sistem pelajaran nasional bagi Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka, dapat diterima oleh seluruh rakyat serta memenuhi kehendak mereka dan yang dapat menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan ekonomi ke arah satu bangsa dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan dalam pada itu memelihara pertumbuhan bahasa dan budaya orang-orang bukan Melayu yang menetap di negara ini
1959 DBP berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.
DBP dibenarkan menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan pihak pengurusannya sendiri, menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara lebih kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan yang sentiasa berkembang dan hidup.
1960-1966 : DBP melancarkan gerakan psikologi melalui kempen-kempen bahasa yang melibatkan penyertaan rakyat daripada semua kaum dalam kegiatan bahasa secara besar-besaran. 30 Januari 1960- 6 Februari, 1961 : DBP melancarkan Minggu Bahasa Kebangsaan buat pertama kalinya.
15 April 1962: Seminar mengenai Bahasa dan Sastera telah diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
11 April 1963: Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan. 1 September 1967: Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan. (disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan, 1963 (Pindaan 1967)).
27 Jun 1967: satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai.