You are on page 1of 2

Faktor Ilmu Pengetahuan dan Teknologi, Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi yang semakin pesat mendorong adanya

percepatan proses pembangunan, pergantian pola kerja yang semula menggunakan tangan manusia digantikan oleh mesin-mesin canggih berdampak kepada aspek efisiensi, kualitas dan kuantitas serangkaian aktivitas pembangunan ekonomi yang dilakukan dan pada akhirnya berakibat pada percepatan laju pertumbuhan perekonomian. Meyumbang dan Menangani Kemajuan Sains dan Teknologi

Kemajuan sains dan teknologi dijangka mempengaruhi aktiviti-aktiviti gunatanah, di samping meningkatkan kecekapan pengangkutan awam dan kenderaan persendirian. Hasilnya corak perbandaran dan pola petempatan dijangka mengalami perubahan di mana lebih banyak kawasan-kawasan baru khususnya di pinggir bandar sedia ada akan dibangunkan. Pembangunan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor-MSC) akan mempengaruhi perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi. Ini telah menggalakkan pembinaan bangunan- bangunan bistari di bandar-bandar besar. Kemajuan ini memerlukan sokongan perancangan bandar di peringkat makro, umpamanya dalam perancangan bandaraya bistari (intelligent city) dan infrastruktur maklumat. Kemajauan sains dan teknologi serta berbagai konsep baru ini dijangka mempengaruhi senario perancangan bandar pada abad 21 dan agensi perancangan mempunyai peranan penting dalam menangani perkara ini.

Wawasan 2020

Wawasan 2020 digubal khas untuk memandu negara ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang

ekonomi sahaja malah ia merangkumi segala aspek kehidupan yang meliputi keadilan sosial, kualiti hidup dan kestabilan politik dengan nilai sosial dan kerohanian yang positif turut diberi penekanan. Penekanan kepada nilai sosial dan kerohanian adalah nyata, di mana dari sembilan cabaran dalam Wawasan 2020 sebanyak lima cabaran adalah bersifat pembentukan budaya dan mental bangsa. Di antara beberapa nilai penduduk yang ingin ditanamkan melalui cabaran-cabaran ini termasuklah nilai berjiwa besar dan bebas, yakin diri, bermoral dan beretika, bernilai agama, bertolak ansur dan penyayang.

ii.

Dasar Pembangunan Nasional

Matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN) ialah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil dan bersatu padu, di samping mengekalkan kestabilan sosial serta pengurusan ekonomi yang cekap. Ini bertujuan menyediakan persekitaran yang baik bagi mencapai pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama. DPN memberi penekanan ke arah pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum. Salah satu aspek kritikal dalam DPN ialah pembangunan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.

You might also like