You are on page 1of 5

SMK SULTAN SULAIMAN SHAH Minit Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Bil.

1/2013
Tarikh Masa Tempat Urusetia : 21/3/2013 : 3.00 pm : Bilik Gerakan : AJK PIBG

Kehadiran Mesyuarat: 1) Mejar Manikam a/l Ponnusamy 2) En Amran bin Md Ali 3) En Thiagaraj a/l Sivanandam 4) Pn Norhasidah binti Adenan 5) En Chandran a/l Subrayan 6) YM Raja Idris bin Raja Shahardin 7) Pn Punithavathy a/p Suppan 8) En Leong Hee Hue 9) Pn Sharifah Salwa binti Syed Hashim 10) Pn Nor Mala binti Awang 11) Pn Lily Arniza binti Abdul Aziz 12) Cik Lezawati binti Ahmad Yusop 13) En Aziz bin Bohari Tidak Hadir : 1) 2) 3) 4) Agenda 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 1.2 Tn Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua AJK PIBG dan merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua AJK PIBG ke mesyuarat kali pertama bagi tahun 2013. Menyeru semua AJK PIBG supaya bekerja berpasukan untuk kecemerlangan sekolah. Tindakan : Semua AJK PIBG Pn Hjh Zaleha binti Harun Pn Go Siew Fai Pn Jegathamah a/p Periasamy Pn Paridah binti Harun (Pengetua) - Mesyuarat (AJK Guru) (AJK Guru) (Juruaudit) (Yang Dipertua) (Naib Dipertua) (Setiausaha) (Bendahari) (AJK Ibubapa) (AJK Ibubapa) (AJK Ibubapa) (AJK Ibubapa) (AJK Ibubapa) (AJK Guru) (Juruaudit) (AJK Guru) (Penolong Kanan Petang)

2.0

Mengesahkan Minit Mesyuarat 2.1 Pn Norhasidah mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan. Pn Normala menyokong pengesahan minit mesyuarat yang lalu. Tindakan : Makluman

3.0

Perkara Berbangkit 3.1 Tiada Perkara Berbangkit

4.0 4.1

Perkara perkara Baru Program Outreach PBS untuk ibubapa / guru tingkatan 1 dan 2 (13/4/2013) 4.1.1 Tarikh yang dicadangkan ialah 13/4/2013 (Sabtu), Program ini akan memberikan pendedahan dan maklumat yang sangat penting tentang pelaksanaan sistem PBS tingkatan 1 dan tingkatan 2. Tindakan : Makluman

4.2

Program Grooming untuk guru (13/4/2013, Sabtu) 4.2.1 4.2.2 Setiausaha memberi penerangan bahawa program ini memberi pendedahan tentang penampilan dan pembinaan personaliti setiap individu. Pihak tertentu yang arif dalam grooming sebagai contoh Avon dan Karangkraf mungkin akan dipanggil untuk menceriakan suasana. Tindakan : Makluman

4.3

Majlis Penghargaan dan Jamuan Terima Kasih Guru (16/5/2013) 4.3.1 Setiausaha memberikan penerangan tentang Majlis Penghargaan ataupun Majlis Graduasi. Program ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada muridmurid yang cemerlang dan lulus semua matapelajaran (bagi setiap kelas) PMR dan SPM. Majlis ini akan dilaksanakan di dewan. Masa yang dicadangkan ialah awal bulan Jun pada hari sabtu. Jamuan Terima Kasih guru akan dilaksanakan pada Hari Guru berganding bahu bersama-sama Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah. Tindakan : Semua AJK PIBG

4.3.2

4.4

Program Walkathon Jalan Sepuluh Ribu Langkah (Jun 2013) 4.4.1 4.4.2 4.4.3 Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi pembangunan infrastruktur sekolah. Jumlah sasaran ialah RM 10,000. Antara infrastruktur yang akan dibangunkan ialah pemasangan sistem pendingin hawa di bilik guru dan pondok bacaan. Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Malaysia. Pihak Jabatan Kesihatan Malaysia akan memberikan ceramah kesihatan kepada hadirin. Tindakan : Semua AJK PIBG

4.5

Program Kemahiran : Demonstrasi Masakan Maggi 4.5.1 4.5.2 Pihak jurucakap Maggi akan hadir ke sekolah untuk memberikan demonstrasi masakan berasaskan Maggi. Pelbagai aktiviti lain akan dijalankan bersama program ini sebagai contoh pertandingan memasak dan perkongsian resepi. Tindakan : Semua AJK PIBG

4.6

Klinik Pembangunan Sukan Bola Sepak Bersama CIMB atau agensi yang berkaitan dengan Bola Sepak 4.6.1 Program ini dijalankan bersempena dengan pencapaian pasukan bola sepak sekolah yang sangat cemerlang. 4.6.2 Pasukan bola sepak sekolah akan dibimbing dan dilatih untuk meneruskan kecemerlangan mereka dimasa hadapan. Tindakan : Semua AJK PIBG

4.7

Menaiktaraf Prasarana Sekolah / Pembiayaan 4.7.1 Menaiktaraf sekolah Pemasangan sistem pendingin hawa di bilik guru (Dana dari program Walkathon) Pembinaan tandas guru baharu besebelahan dengan bilik guru, mangkuk tandas ditaja oleh pihak ROCA. (Bantuan 1Malaysia). Membaiki lampu dan kipas di sekitar sekolah (RM 1200, telah selesai). Pemasangan Water Cooler.

4.7.2

Pembiayaan Pembiayaan pasukan sekolah ke peringkat MSSS/MSSM diluluskan RM 500. Pembiayaan Bilik MBMMBI diluluskan RM 1000 Pembiayaan program LADAP diluluskan RM 440 Pembelian kerusi dan meja tambahan untuk meja sekolah dari program Walkathon Pembelian set pembesar suara dari program Walkathon Pembiayaan pembinaan pondok bacaan untuk murid dari program Walkathon. Pembiayaan Program Kelas Tambahan, pembelian buku dan bahan bantu mengajar. Murid yang terlibat sebanyak 408 orang. Dana yang diperlukan ialah RM 2340 - diluluskan Tindakan : Semua AJK PIBG

4.8

Program Peningkatan Akademik 4.8.1 Program ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik sekolah. Kelas yang ialah kelas peralihan dan kelas bestari. Tindakan : Semua AJK PIBG

4.9

Program Pengantarabangsaan di Australia 4.9.1 4.9.2 4.9.3 Setiausaha memaklumkan seramai 22 orang dan 5 orang guru telah terlibat dengan sebuah program antarabangsa iaitu Program Sekolah Angkat dengan Wodonga Middle Years College (WMYC), Victoria, Australia. Pada tahun ini (26/8/2013 hingga 29/8/2013), rombongan dari WMYC akan datang ke sekolah kita untuk membalas kunjungan pihak sekolah kita pada tahun lepas. Pada tahun 2014, terdapat sebuah program yang berkaitan dengan alam sekitar dan akan memperkenalkan Hutan Raja Musa pada Kesatuan Eropah. Tindakan : Semua AJK PIBG

5.0

Hal-Hal Lain 5.1 5.2 5.3 En Aziz bin Bohari memaklumkan dan menyampaikan keputusan peperiksaan SPM terdapat empat orang murid mendapat semua A. En Aziz mengharapkan pihak PIBG memberikan sokongan moral dan sokongan kewangan kepada pihak sekolah bagi menjayakan semua program yang akan dijalankan di sekolah. En Aziz menyeru agar ibubapa dapat menggalakkan anak-anak untuk hadir ke kelas tambahan demi mencapai kecemerlangan sekolah. Semoga semua program yang dicadangkan untuk tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

5.4 5.5

5.6

5.7

Tn Pengerusi mencadangkan program gotong-royang perdana bersama ibubapa dan warga sekolah untuk menceriakan dan mencantikkan sekolah sebagai contoh menanam pokok di sekitar sekolah. En Chandra mencadangkan untuk mengadakan Hari Kantin. En Thiagaraj memberikan respons bahawa Hari Kantin dilaksanakan oleh pihak Koperasi sekolah. Mungkin Hari Kantin dapat dilaksanakan tahun hadapan dengan kerjasama koperasi. Tn Pengerusi mencadangkan semua tingkap di bilik guru digantikan dengan cermin yang bersesuaian apabila sistem pendingin hawa dipasangkan. Mencadangkan pembinaan Bilik PIBG untuk kegunaan mesyuarat pada masa akan datang. En Amran mencadangkan supaya lantai di parkir motosikal disimen semula kerana telah rosak dan pecah-pecah. Tindakan : Semua AJK PIBG

6.0

Penutup 6.1 Pengerusi memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan dalam mengendalikan mesyuarat kali pertama bagi tahun 2013 dan berharap semua AJK PIBG dapat memberikan komitmen yang sebaiknya.

Mesyuarat ditangguhkan jam 4.15 petang. 21 Mac 2013

You might also like