You are on page 1of 5

SMK SULTAN SULAIMAN SHAH Minit Mesyuarat Bahasa Melayu Bil.

1/2013
Tarikh Masa Tempat Urusetia : 29/1/2013 : 12.45 pm : Bilik Akses : Panitia Bahasa Melayu

Kehadiran Mesyuarat: 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) En. Somasundram A/L Govindaraj (Penolong Kanan 1) Pn. Norrizah binti Mohamed (Ketua Bidang Kemanusiaan) En. Zainol Aman bin Ghazali (Ketua Panitia Bahasa Melayu) Pn. Normah binti Misdi Pn. Wan Salmah binti Zakaria Pn. Nor Mala binti Awang En. Ellenchelvan a/l Davrajoo Pn Wahidayah binti Wahab Cik Lezawati binti Ahmad Yusop

Tidak Hadir : 1) Pn Zanarihati binti Muhid ( Bersebab) 2) En. Razali bin Ismail (Mesyuarat Kokurikulum) 3) En Aziz bin Bohari (Bersebab) 4) En Wan Suhaimi bin Wan Kamarudin (Mesyuarat Kokurikulum) 5) En Wan Fadzil bin Wan Ibrahim (Mesyuarat Kokurikulum) 6) En Hasrul Faridz bin Harith. 7) Pn Sarda a/p Vadivel 8) En Mohd Hasrul Asyik bin Mohd Arof 9) Pn Azira binti Muhd Razali Agenda 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 1.2 1.3 1.4 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan ahli panitia dan merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran ahli panitia bahasa Melayu ke mesyuarat kali pertama bagi tahun 2013. Pelantikan AJK panitia Bahasa Melayu, sila lihat edaran. Meminta semua ahli panitia untuk mengambil fail panitia dan pengerusi berharap semua bahan edaran panitia di masukkan dalam fail panitia tersebut contohnya analisis peperiksaan PMR, senarai AJK dan tugasan tahunan. Meminta semua ahli panitia supaya mengisi borang jadual waktu dan borang maklumat guru serta menyerahkan kepada pengerusi. Tindakan : Semua guru-guru Bahasa Melayu

2.0

Mengesahkan Minit Mesyuarat 2.1 Cik Lezawati mencadangkan minit mesyuarat yang lalu di sahkan. Pn Normala menyokong pengesahan minit mesyuarat yang lalu. Tindakan : Makluman

3.0

Perkara Berbangkit 3.1 Tiada Perkara Berbangkit Perkara perkara Baru Analisis Keputusan Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Tingkatan / Tahun 3 (2011) 3 (2012) 4.1.1 Jumlah Pelajar 217 203 GPS 2.99 2.97

4.0 4.1

Pihak Panitia Bahasa Melayu mengucapkan tahniah kepada ahli panitia atas usaha yang bersungguh-sungguh mengurangkan mata GPS mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 2012. Tindakan : Makluman

4.2

Sukatan dan Rancangan Pelajaran Tahunan 4.2.1 4.2.2 4.2.3 Pengerusi meminta guru-guru supaya mendapatkan dan menyediakan sukatan dan rancangan tahunan pelajaran Bahasa Melayu tahun 2013. Memaklumkan guru-guru yang terlibat dalam penyediaan Rancangan Tahunan Mata pelajaran Bahasa Melayu (Rujuk Lampiran) bagi tahun 2013. Guru-guru diminta menulis rancangan pelajaran harian berpandukan contoh yang telah diberikan. Tindakan : Semua guru-guru Bahasa Melayu

4.3

Pengajaran dan Pembelajaran 4.3.1 4.3.2 4.3.3 Pengerusi berharap semua ahli panitia mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu mengikut format peperiksaan PMR dan SPM. Memberikan pendedahan kepada pelajar bentuk-bentuk soalan peperiksaan PMR dan SPM. Mengajar mengikut sukatan mata pelajaran setiap tingkatan.

4.3.3 4.3.4 4.3.5 4.3.6 4.3.7

Jumlah buku latihan setiap pelajar perlu disediakan bergantung ikut kesesuaian guru. Buku kerja yang perlu digunakan ada pada penyelaras setiap tingkatan. Guru-guru diminta supaya menyediakan set-set soalan peperiksaan berdasarkan jadual penyedia soalan peperiksaan yang telah diberikan Meminta semua guru sentiasa memberi latihan yang mencukupi kepada pelajar. Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat penambahbaikan dalam format SPM, sila lihat edaran. Tindakan : Semua guru-guru Bahasa Melayu

4.4

Program Peningkatan Akademik Bahasa Melayu 2013 4.4.1 4.4.2 Pengerusi meminta ahli panitia merujuk lampiran yang telah disertakan yang mempunyai beberapa aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2013. Pengerusi mencadangkan supaya murid-murid di dedahkan dengan teknik menjawab. Beliau juga berharap guru-guru bijak mengawal kelas supaya pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu. Selain itu, pemberian cenderahati tanda penghargaan dan galakkan kepada murid-murid tingkatan tiga tahun 2012 telah meningkatkan prestasi PMR tahun 2012. Pemberian cenderahati di khas kepada murid-murid yang telah mendapat A dan lulus bagi kelas-kelas yang lemah. Pemberian cenderahati ini akan dilakukan sewaktu perhimpunan bertujuan untuk membakar semangat murid-murid tingkatan tiga tahun 2013. Pn. Norizah mencadangkan program latih tubi yang berterusan perlu diberi kepada pelajar kelas peperiksaan. Pemberian latihan perlu berbeza mengikut aras pelajar disamping tidak mengabaikan target peratus lulus setiap kelas. Pn Normah ingin mendapatkan kepastian tentang peruntukan khas (kewangan) bagi kelas Bestari. Pengerusi memaklumkan masih ada peruntukan khas untuk kelas Bestari. Pn Normala memaklumkan bahawa bilik MBMMBI telah dikemas dan berada dalam keadaan sempurna. Terdapat guru-guru yang mahu menggunakan bilik berkenaan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran. Jadual giliran penggunaan bilik MBMMBI akan di buat. Beliau berharap terdapat peruntukan kewangan bertujuan menaik taraf bilik berkenaan. Pn Wahidayah meminta kepastian tentang peruntukan untuk memfotokopi bahan bagi tujuan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pengerusi memaklumkan ada peruntukan kewangan bagi memfotokopi bahan-bahan PBS. En Somasundram memaklumkan bahawa program kelas tambahan akan

4.4.3

4.4.4 4.4.5

4.4.6

4.4.7

dilaksanakan dalam dua fasa. Program ini akan dilaksanakan seawal bulan Februari. Guru-guru tingkatan satu dan dua akan terlibat sepenuhnya bagi tujuan ulangkaji topik-topik tingkatan satu dan dua. Beliau juga mengucapkan tahniah dan ucapan terima kasih kepada semua ahli panitia kerana telah melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Beliau meminta ahli panitia untuk saling bertukar dan berkongsi idea serta ubahsuai kaedah dan pendekatan pengajaran. Tindakan : Semua guru-guru Bahasa Melayu 4.5 Aktiviti Sokongan Panitia Bahasa Melayu 4.5.1 4.5.2 4.5.3 4.5.4 Pengerusi meminta ahli panitia merujuk lampiran senarai program dan tugas sepanjang tahun 2013 dan meminta ahli panitia melaksanakannya sebaik mungkin. Sebarang pindaan dan pertukaran tugas hendaklah dimaklumkan kepada pengerusi. Tarikh bagi setiap program akan diberitahu dari semasa ke semasa. En Elenchelvan memaklumkan bahawa program Bicara Berirama memerlukan latihan yang banyak. Beliau mencadangkan supaya latihan dilaksanakan seawal bulan Februari dan memilih murid-murid tingkatan tiga sahaja rasionalnya murid-murid tingkatan tiga telah mencapai kematangan berbahasa. Tindakan : Semua guru-guru Bahasa Melayu 4.6 PLBS/ULBS 4.6.1 Ketua Pentaksir bagi PLBS adalah En Razali bin Ismail, memaklumkan bahawa PLBS hanya dijalankan oleh tingkatan tiga sahaja pada tahun ini. Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah oleh tingkatan satu dan dua telah memansuhkan PLBS untuk tingkatan satu dan tingkatan dua. Ketua Pentaksir bagi ULBS adalah En Hasrul Faridz. 4.6.2 Pelantikan penyelaras tingkatan bagi program ULBS telah dijalankan dan tercatat dalam lampiran yang telah diedarkan. 4.6.3 Semua fail PLBS/ULBS ada pada penyelaras tingkatan setiap tingkatan. Tindakan : Semua guru-guru Bahasa Melayu 4.7 Pemulihan 4.7.1 4.7.2 Penyelaras program pemulihan bagi tahun 2013 ialah En. Ellenchelvan (Sesi Petang) Guru-guru haruslah menyenaraikan nama pelajar yang lemah untuk diserahkan

4.7.3

kepada penyelaras. Program Pemulihan perlulah dijalankan seawal bulan Februari. Tindakan : Semua guru Bahasa Melayu

5.0

Hal-Hal Lain 5.1 En Elenchelvan memaklumkan pada awal Januari terdapat dua kelas peralihan. Namun selepas ujian diagnostik dijalankan kelas peralihan telah berkurang menjadi satu, ini memberikan maklumat bahawa sebahagian murid telah menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu.

6.0

Penutup 6.1 Pengerusi memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan dalam mengendalikan mesyuarat kali pertama bagi tahun 2013 dan berharap semua guru dapat memberikan komitmen yang sebaiknya.

Mesyuarat ditangguhkan jam 2.00 petang. 29 Januari 2013

You might also like