You are on page 1of 6

Perkataan linguistik (linguistics dalam bahasa Inggeris) berasal dari bahasa Latin iaitu lingua yang bererti bahasa.

Dalam bahasa Perancis pula, bahasa disebut sebagai langage-langue manakala Italia menyebutnya sebagai lingua. Di Sepanyol, bahasa dikenali sebagai lengua dan language ialah dalam bahasa Inggeris. Akhiran ics dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu yang bermaksud ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain. Menurut Abdullah Hassan (1984), linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa. Linguistik juga ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain. Selain itu, linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dapat dilihat, dirasa dan didengar. Dalam berbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai ilmu bahasa atau kajian ilmiah mengenai bahasa (Matthews:1997). Dalam The New Oxford Dictionary of English (2003), linguistik didefinisikan sebagai berikut: The scientific study of language and its structure, including the study of grammar, syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics include sociolinguistics, dialectology, psycholinguistics, computational linguistics, comparative linguistics, and structural linguistics. Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. Tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan

kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik. Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang

merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat. Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam

masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat. Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacam-macam perkara seperti fungsi bahasa, peranan bahasa, penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial di antara

ekonomi, kata sapaan

penutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa, pelacakan bahasa rahsia bajak laut, pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti, mantra dan pelbagai istilah lain lagi.

Pada prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu.Secara mudah, sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dengan masyarakat. Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti yang perbandingan di antara bahasa melibatkan apa

rasmi dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi, iaitu satu perihal yang

dinamakan perancangan bahasa dalam menegakkan identiti sesebuah negara.

Sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio-budaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai-pemakainya. Menurut Oxford University Press, Bahasa merupakan salah satu cara terbaik untuk mengklasifikasikan manusia kepada suku dan etnik tertentu. cara ini juga pernah digunakan pada zaman dahulu untuk menentukan asal-usul manusia dan pengelompokan manusia kepada kaum-kaum tertentu. Kajian bahasa kurun ke 19 memperlihatkan kegiatan memperbandingkan bahasa-bahasa. Kesedaran timbul terhadap gejala perubahan bahasa dari segi sejarah dan kekerabatan di antara bahasa. Contohnya, persamaan bahasa Sanskrit dengan bahasa-bahasa Eropah. Indo-Eropah adalah keluarga bahasa di Eropah dan Asia Barat seperti Inggeris, Sepanyol, Jerman, Itali, Parsi, Hindi, Punjabi dan Urdu. Yang penting adalah ciri-ciri persamaan sama ada dalam fonetik atau struktur tatabahasa di antara bahasa yang dibandingkan. Ilmu perbandingan bahasa bertujuan mencari dan menentukan kekerabatan antara bahasa.Peringkat permulaan, kajian bertumpu di bidang fonetik. Akibat pemisahan geografi dan sebagainya, perubahan telah menyebabkan perbezaan bunyi berlainan. Sebagai contoh, bahasa melayu mengetengahkan perkataan padi bagi menjelaskan sejenis pokok yang dapat menghasilkan beras akan tetapi berbeza bagi masyarakat Filipina dimana mereka menggunakan bahasa tagalog dimana mereka membahasakan padi sebagai palai. Jika dilihat dari sudud geografi bahagian eropah seperti bahasa inggeris perkataan yang menjelaskan seorang ibu dipanggil mother dilihat berbeza dari masysrakat Belanda dimana mereka memanggil seorang ibu dengan perkataan moeder. Disini kita dapat lihat dimana terdapat pelbagai faktor dalam menyumbang perbezaan bahasa dari setiap satu kaum dan msyarakat. Bolinger(1975) mengetengahkan idea bahawa bahasa meruoakan sifat saling berhubung dengan budaya, iaitu bahasa bersifat manusiawi, bahasa adalah itngkah laku dan bahasa berkait rapat dengan sikap. Apa yang cuba dibincangkan disini bagaimana aspek bahasa berkaitan dengan linuistik antropologikal dimana ia berkaitan dengan aspek-aspek budaya manusia. Para ahli bahasa mendefinisikan antropologi dengan pemikiran yang berbeza tetapi masih dalam satu konsep yang sama. Menurut Koentjaraningrat, Antropologi adalah ilmu yang mempelajari umat manusia pada umumnya dengan mempelajari aneka warna, bentuk fizik masyarakat, serta kebudayaan yang dihasilkan. Menurut David Hunter,

Antropologi adalah ilmu yang lahir dari keingintahuan yang tidak terbatas tentang manusia. Bahasa dalam linguistik antropologikal merupakan sistem klasifikasi yang paling rumit dari sebuah kebudayaan. Duranti (1997:6) menyatakan bahwa linguistik antropologikal terbentuk dari linguistik struktural, tetapi memiliki perspektif atau sudut pandang yang berbeza dalam objek yang dikaji, bahasa dan ketajaman sebuah objek. Linguistik antropologikal

menekankan pada linguistik sebagai pengungkap pola pemikiran masyarakat. Antropologi linguistik pula memandang bahasa sebagai satu set aplikasi kebudayaan. Ciri-ciri bagi linguistik antoropologikal merangkumi empat bahagian iaitu yang pertama ialah empiris bermaksud ilmu pengetahuan tersebut didasarkan pada observasi terhadap kenyataan dan akal sihat serta hasilnya tidak bersifat spekulatif. Yang kedua ialah, teoritis bermaksud suatu ilmu pengetahuan yang selalu berusaha untuk menyusun abstraksi dari hasil pengamatan. Manakala yang ketiga pula ialah kumulatif bermaksud disusun atas dasar teori-teori yang sudah ada atau memperbaiki, memperluas serta memperkuat teori-teori yang lama. Akhir sekali yang keempat ialah non etis bermaksud pembahasan suatu masalah tidak mempersoalkan baik atau buruk masalah tersebut tetapi lebih bertujuan untuk menjelaskan masalah tersebut secara mendalam Dalam antropologi linguistik, bahasa yang digunakan dalam masyarakat merupakan salah satu media untuk melakukan pendekatan antropologi. Pada zaman awal, manusia menggunakan gambar dan objek tertentu sebagai simbol atau lambang untuk menerangkan sesuatu. Kemudian, manusia menggunakan kombinasi bunyi sebagai simbol. Bunyi yang sistematik disusun secara berurutan untuk menghasilkan

perkataan yang seterusnya digunakan sebagai simbol untuk semua perkara yang dilakukan dan difikirkan oleh manusia. Contohnya, simbol # mempunyai pelbagai nama yang mengelirukan mengikut tempat seperti simbol ukuran berat Amerika, simbol pound iaitu mata wang British dan sharp dalam muzik.. Lazimnya, simbol ini disebut hash. Bahasa juga boleh dikatakan sebagai simbol isyarat bersuara yang dihantar oleh penutur kepada pendengar dalam proses interaksi. Simbol yang digunakan merujuk kepada perkataan atau ungkapan yang membentuk simbol tersebut. Menurut Havranek, di dalam Garvin (1984), sesuatu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai dua ciri penting: keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Melalui keintelektualan, bahasa tersebut mestilah mempunyai keupayaan menyampaikan hujah dan buah fikiran yang berkesan dan tepat yakni mampu menyampaikan kesinambungan dan kerumitan fikiran tanpa melalui pelbagai rintangan. Beliau juga mengatakan bahawa, kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa tersebut mesti sudah berada di dalam suasana 'saintifik' yang boleh menganalisis bahasa secara tepat yang mencerminkan kejelasan pemikiran yang logik. Keintelektualan bahasa dicapai melalui perbendaharaan kata dan melalui sistem tatabahasa. Keintelektualan perbendaharaan kata boleh dicapai melalui dua cara. Cara yang pertama ialah pengembangan perbendaharaan kata (lexical development ) dengan menambah istilah baru, yang bersifat khusus dan kadangkala sukar difahami. Manakala cara yang kedua ialah m elalui penukaran bentuk dan corak perbendaharaan kata iaitu dengan memberi pengertian khusus atau tertentu kepada perkataan tertentu yang berbeza dengan penggunaan biasa; perkataan baru mesti bersifat

tepat, spesifik dan abstrak. Apabila berbincang mengenai keintelektualan bahasa semestinya melibatkan bahasa yang digunakan dalam menyampaikan ilmu terutamanya komunikasi dalam institusi-institusi pengajaian tinggi. Abdullah Hassan(186) mentakrifkan bahasa ilmu sebagai bahasa yang yang digunakan dengan teratur untuk mengunkapkan sesuatu konsep, proses, sifat atau ciri dalam konteks intelektual atau ilmiah. Bahasa formal atau bahasa tinggi ini perlu mengatasi dialek atau idiolek seseorang yang berusaha menggunakanya. Jenis ahasa ini mempunyai ciri-ciri gramatis, halus, jitu, intelektual dan elitis. Justeru, karya ilmiah bukanlah hanya cemerlang dalam hal kandungan ilmunya tetapi cemerlang juga dalam penyampaian atau bahasanya. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bermaksud peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden iaitu ilmu sains, teknologi, ekonomi, kedoktoran, undang-undang, sastera dan agama. Dengan perkataan lain, bahasa Melayu boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu moden. Misalnya dalam bidang kejuruteraan, bahasa Melayu harus mempunyai laras bahasa yang khusus untuk menerangkan hal tentang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal, dan kejuruteraan kimia. Begitu juga dalam bidang kedoktoran bahasa Melayu perlu mempunyai laras bahasa untuk memperkatakan hal dengan tepat tentang bidang anatomi, biokimia, farmakologi, fisiologi, mikrobiologi perubatan, obstetrik dan ginekologi, oftalmologi, otorinolaringologi, parasitologi, patologi, pediatrik, perubatan psikologi, perubatan kemasyarakatan dan surgeri. Laras saintifik ini berbeza pula daripada laras sains sosial dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan, laras sejarah, laras seni ukir, laras sains rumah tangga, dan sebagainya. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah, dan laras bahasa yang cukup dan sesuai untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal perdagangan antarabangsa, perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, pengurusan perakaunan, dan perangkaan. Maksudnya, kekuatan bahasa Melayu seharusnya setanding dengan kekuatan bahasa Inggeris dalam memperkatakan konsep dan pemikiran ilmu moden. Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa antarabangsa yang lain seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Jerman, dan bahasa Jepun yang sudah lama berperanan sebagai bahasa ilmu moden. Manakala dari segi kesempurnaan bahasa Kesempurnaan bahasa pula bermaksud satu bahasa yang akan berfungsi sebagai bahasa ilmiah harus mempunyai sistem dan peraturan bahasa yang lengkap yakni mempunyai sifatsifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan. Kestabilan bermaksud sesuatu bahasa itu mesti lah mempunyai peraturan-peraturan atau sistem, contohnya peraturan sebutan, peraturan memakai imbuhan, peraturan menggunakan frasa atau ayat, di samping mempunyai sistem atau cara membentuk kata atau istilah-istilah.

Tanpa peraturan ini, kestabilan bahasa tidak mungkin tercapai. Bersifat luntur pula bermaksud bahasa itu boleh menerima pembaharuan yang berlaku di dalam bahasa-bahasa lain. Misalnya, penggunaan imbuhan pinjaman (pro-, anti-, -isme, is-), penggunaan istilah baru dan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan Arab. Sifat keterbukaan ini membolehkan bahasa Melayu berfungsi dengan sempurna sebagai bahasa ilmu di dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi. Sifat kepelbagaian di dalam bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa ilmu pula bermaksud mempunyai pelbagai cara untuk menyatakan pelbagai peristiwa, perasaan atau pemikiran untuk mendapatkan kesan-kesan yang berbeza. Sifat keberkesanan pula bermaksud yang sempurna itu mempunyai keupayaan memberikan maksud dengan tepat dan berkesan. Antara ciri-cirinya ialah, bahasa itu mestilah mempunyai perkataan, istilah, frasa dan ayat yang boleh digunakan untuk menyemai maksud dengan tepat tanpa menimbulkankeraguan, kekeliruan dan kekaburan erti. Pada masa kini juga terdapat banyak buku ilmiah sama ada di dalam bidang teknologi mahupun sains yang digunakan sebagai rujukan di pusat pengajian tinggi atau universiti. Bahasa yang sempurna juga mestilah mempunyai keindahan bahasa yakni boleh melahirkan buah fikiran, pendapat ataupun kenyataan dengan bahasa yang indah dan sedap didengar serta mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi. Nilai estetika ini dapat kita lihat melalui puisi tradisional mahupun puisi moden seperti pantun, syair, gurindam dan sajak.

You might also like