You are on page 1of 1

EML 3101 ISL 1 ~ apkh etika keguruan? mgapakh etika keguruan diwujudkn?

jika x ad etika keguruan apkh yg berlaku dgn profesion keguruan? Etika Keguruan Perstij atau martabat perguruan dipercayai dapat dipelihara melalui: Dalam semua hubungan dan tugas, seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya. Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Mengapa Etika Keguruan diwujudkan? Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika sangat penting kerana: 1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. 2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. 3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. 4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. 5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. 6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).

You might also like