You are on page 1of 2

Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Sekolah Rendah

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Set Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Sekolah Rendah ini disediakan oleh Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia . Ia merupakan bahan sokongan untuk guru-guru Pemulihan Khas dalam membantu murid tahun 4, 5 dan 6 yang masih belum menguasai kemahiran asas mengira. Set IKAM ini mengandungi: 1) Instrumen Saringan - dilaksanakan pada awal tahun - diuji kepada murid yang dikenalpasti masih tidak menguasai kemahiran mengira - melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi - ditadbir oleh guru pemulihan atau guru guru mata pelajaran - soalan terdiri drp tajuk pranombor, konsep nombor, mengecam nombor, nombor hingga 100, operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. 2) Instrumen Pelepasan Tahap 1 - sebagai latihan kepada murid - soalan terdiri drp tajuk pranombor, konsep nombor, mengecam nombor, nombor hingga 100, operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, masa dan waktu, wang, penyelesaian masalah. 3) Instrumen Pelepasan Tahap 2 - dilaksanakan pada 3X setahun iaitu pada Januari, Jun dan Oktober - diuji kepada murid untuk tujuan pelepasan murid ke kelas perdana. - diuji selepas murid selesai belajar operasi tambah, tolak, darab dan bahagi - sekiranya murid tidak lulus, murid dikira belum menguasai dan perlu mengulangi semula PdP - murid yang lulus boleh kembali ke kelas arus perdana. - tajuk diuji terdiri daripada operasi tambah, tolak, darab, bahagi, masa dan waktu, wang, penyelesaian masalah. 4) Borang Rekod Saringan dan Pelepasan

Pemantauan PROTIM
Pagi tadi saya didatangi pegawai PPD untuk memantau pelaksanaan PROTIM. Sepatutnya sekolah saya dipantau sebelum puasa hari itu, tapi setelah dua kali tertunda, akhirnya hari ini bertemu jua. Antara perkara-perkara yang dipantau semestinya fail-fail berkaitan dengan PROTIM iaitu:

Fail rasmi - surat drp atau kepada PPD/JPN, surat pekeliling, surat pelantikan rasmi

Fail induk - carta organisasi JK, jadual waktu guru2 PROTIM, minit mesyuarat, data murid, laporan aktiviti, soalan2 ujian praujian/pascaujian, modul P&P untuk guru dan murid. Pemantau ada bertanya tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk murid-murid PROTIM seperti kelas tambahan. Beliau juga bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh guru-guru PROTIM.

Saya bertanya tentang peranan GPK dalam program PROTIM ini, kerana awal tahun ini saya dimaklumkan GPK akan terlibat secara langsung dalam P&P (mengajar murid2 PROTIM). Pemantau mengatakan inilah pertama kali beliau mendengar tentang hal ini. Dalam pengetahuannya, guru yang mengajar PROTIM adalah guru mata pelajaran (BM & MT) bagi kelas yang terlibat. Ini adalah kali kedua saya terlibat dalam pemantauan selepas pemantauan KSSR/PBS.

You might also like