You are on page 1of 6

Rangka for 2nd asgmnt Perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day (1995) dibahagikan kepada tiga tahap

iaitu tahap pertama untuk kanak-kanak dua hingga empat tahun iaitu tahap manipulatif atau zaman awal kanak-kanak. Tahap kedua untuk kanak-kanak enam hingga sembilan tahun iaitu tahap membuat simbol. Tahap ketiga untuk kanak-kanak sepuluh hingga tiga belas tahun iaitu tahap pra remaja. Bagi kanak-kanak di taska, tadika, tahun satu dan dua sekolah rendah, mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day dari tahap satu hingga permulaan tahap dua. Perkembangan artistik Viktor Lowenfeld (1947) dibahagikan kepada enam tahap. Tahap pertama untuk kanak-kanak dua tahun iaitu tahap contengan (scribbling stage). Tahap kedua untuk kanak-kanak tiga hingga empat tahun iaitu tahap pra skematik (The preschematic stage). Tahap ketiga untuk kanak-kanak enam tahun iaitu tahap skematik (The schematic stage). Tahap keempat untuk kanak-kanak lapan hingga sepuluh tahun iaitu tahap kumpulan : permulaan realisme (The gang stage : The dawning realism). Tahap kelima untuk kanak-kanak dua belas tahun iaitu tahap pseudo-naturalistik (The pseudo-naturalistic stage) dan tahap keenam untuk remaja empat belas hingga enam belas tahun iaitu waktu untuk membuat keputusan (The period of decision). Bagi kanak-kanak di taska, tadika, sekolah rendah mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Viktor Lowenfeld dari tahap satu hingga tahap empat. 1.what is the nature of this study - meaning of arts education - how did it began originally founded by? in Malaysia 1 page 2.Teori perkembangan Artitistik Al Hurwitsz and Michael day (1995) -3 stage 2 page 4.teori perkembangan Artistik Vikror Lowenfeld (1947) -6 stage 3 page 5. 3 years old 6. 4 years old

7. 5 years old 8. 6 years old 9. 7 years old 10. 8 years old 11. 9 years old 12. 10 years old 13. 11 years old 14. 12 years old 15. kesimpulan. Kennedy, A. & Stonehouse, A. (2004). Shared Visions for School Aged Child Care (2nd Ed.). Victoria: Department of Human Services. Bruce, T. (2004). Cultivating creativity in babies, toddlers and young children. London: Hodder & Stoughton. Batt, T.R. (2006). The Story Sack: Story telling and story making with young children. Aukland: Playcentre Publications. Gardner, H. (1983). Changing the world: A Framework for the Study of Creativity.Westport, CT: Praeger Pub. Michael, J. A. (1998). Art and Adolescence. New York: Teachers College Press. Teori Perkembangan Artistik Al Hurwitz dan Day (2001) Teori ini mempunyai beberapa peringkat lukisan kanak-kanak. Pada peringkat awalan, lukisan kanak-kanak selalunya akan berbentuk contengan dan berkembang kepada peringkat lebih matang yang melibatkan aspek-aspek yang pelbagai termasuklah penggunaan bayangan, (shadowing), ruang dan mempraktiskan pembentukan objek atau figura dengan sempurna.

(i)Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-Kanak (2-4 tahun) Pada peringkat manipulatif ini, ia adalah sukar bagi kanak-kanak dalam lingkungan ini untuk mengawal pergerakan tangan. Kebiasaannya, karya lukisan peringkat ini adalah dalam bentuk garis-garisan yang tidak terkawal dan tidak menyerupai apa-apa gambaran dan lebih kepada contengan. Kanak-kanak dalam peringkat ini kebanyakkan menggunakan media lukisan yang kering untuk menampakkan rupa garisan, contohnya seperti pensil HB, 2B atau pensil warna yang biasa. Lukisan garisan yang dihasilkan selalunya tidak mempunyai makna atau sifat kehidupan sebenar. Mereka mengekspresikan diri mereka dengan lebih menggunakan usur garisan. Pada peringkat ini kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pergerakan tangan oleh itu hasil lukisan merupakan garis-garisan yang tidak menentu dan lukisan dihasilkan tidak terkawal dan lebih merupakan contengan semata-mata. Otot dan keselarasan koordinasi antara tangan dan mata yang memberi keupayaan mereka untuk menghasilkan contengan. Pada peringkat ini sudah kanak-kanak dapat mengenal pasti dan menceritakan rupa yang dihasilkan. Perkara ini amat menakjubkan bagi orang dewasa, kerana kanak-kanak pada peringkat ini sahaja yang faham dengan apa yang telah dihasilkan oleh mereka. Terdapat empat peringkat secara progresif. Berikut merupakan empat peringkat tersebut: (a) Garisan tidak terkawal Kanak-kanak akan menghasilkan lukisan secara tidak menentu dan spontan. Lukisan kebiasaannya adalah bentuk contengan dan sukar untuk ditafsirkan oleh orang dewasa kerana bagi pandangan orang dewasa, lukisan tersebut tidak menggambarkan apa-apa imej atau figura. (b) Garisan terkawal Pada peringkat ini pula, penggunaan koordinasi mata dan tangan mula ditunjukkan. Contengan yang dihasilkan menampakkan garisan yang berulangulang dan bersambung-sambung dan dapat memperlihatkan bentuk yang simple seperti garisan menegak, bersambung-sambung, melintang dan bulatan. (c) Rupa tidak terkawal Peringkat ketiga ini merupakan permulaan bagi kanak-kanak untuk mula menyedari hubungan sesuatu lukisan atau contengan dengan sesuatu objek atau figura. Mereka boleh menerangkan bahagian pada lukisan walaupun hasilnya tidak seberapa jelas.

(d) Rupa terkawal Pada peringkat ini pula hasil lukisan sudah mula menampakkan perasaan kanak-kanak yang menghasilkan sesuatu lukisan itu tersebut. Imaginasi mereka pada peringkat ini menunjukkan perkembangan dan ia digunakan untuk membentuk dan menggambarkan imej yang terdapat dalam imaginasi mereka. (ii)Peringkat Membuat Simbol (6-9 tahun) Kanak-kanak pada peringkat ini mula menggunakan perlambangan yang berbentuk simbol-simbol. Alam sekeliling mereka yang mempengaruhi tema lukisan mereka. Mereka juga Pada peringkat umur 6-9 tahun ini kanak-kanak mula menghasilkan simbolsimbol sebagai perlambangan. Kebanyakan simbol ini mempunyai tema dan berkisar kepada alam persekitaran mereka. Figura yang dihasilkan dalam karya berbeza dari segi saiz dan kedudukan. Saiz figura ini melambangkan hiraki seperti diri sendiri, ibu bapa, rakan sebaya, keluarga terdekat, kawasan tempat tinggal dan sebagainya. Kekuatan dan kekuasaan misalnya dilambangkan kepada ikon-ikon tertentu seperti action figure (Ultraman, Cicakman, Spiderman, Superman) atau bapa mereka yang kadangkala dilambangkan dengan perbezaan saiz figura tersebut. Pada peringkat awal, warna tidak menjadi fokus utama dalam karya. Persimbolan warna hanya berlaku pada peringkat kedua dan peringkat persimbolan ketiga pula menitikberatkan kepada imej konkrit dan bukan konseptual. (iii)Pra-Remaja (10-13 tahun) Peringkat pra-remaja merupakan peringkat transisi dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Pada peringkat ini kanak-kanak membuat percubaan untuk melukis figura dengan saiz dan skala yang betul dengan menitikberatkan saiz dan kadar berbanding antara objek-objek dalam karya. Hasilan karya mereka lebih nampak rasional dan boleh diterima dari kaca mata orang dewasa. Penggunaan warna juga lebih matang, sesuai dengan warna alam serta terdapat unsur cahaya dan bayang dalam karya. Imej dan komposisi nampak lebih realistik dengan memasukkan perspektif di mana imej yang dekat lebih besar berbanding dengan imej yang jauh akan kelihatan lebih kecil. Elemen ruang juga telah wujud di dalam karya mereka.

2.6.2Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak Lowenfeld dan Brittain (1987) (i)Peringkat Scribbling (2-4 tahun) Peringkat scribbling merupakan peringkat penghasilan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Pada peringkat ini kanak-kanak membangunkan koordinasi otot motor tangan mereka dengan melatih pergerakan tangan secara bebas. Kanak-kanak melukis garisan menegak, melintang dan bulatan (elipse) setelah dapat menguasai koordinasi otot tangan ini. (ii)Peringkat Preschematic (4-7 tahun) Selepas melalui peringkat scribbling dan sudah boleh menguasai koordinasi otot tangan, tahap lukisan kanak-kanak berlaku peningkatan dari melukis bulatan kepada objek yang terdapat di persekitaran mereka. Elemen penting dalam peringkat ini ialah pelbagai jenis, arah garisan dan bulatan. Mereka akan menghasilkan watak-watak mudah yang melambangkan diri dan orang yang terdekat dengan mereka seperti ibu bapa, rakan sebaya dan sebagainya. Saiz imej pula berbeza-beza dan kelihatan terapung-apung dalam karya. (iii)Peringkat Schematic (7-9 tahun) Pada peringakat schematic kanak-kanak kurang kecenderungan melukis imej objek. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema tertentu. Penekanan lebih kepada penyusunan objek-objek yang terdapat dalam karya serta perkaitan antara objek-objek ini. Peringkat ini kanak-kanak selalunya berfokus kepada manusia dan objek-objek yang ada disekelilingnya. Mereka juga telah memahami konsep ruang di mana pembahagian ruang boleh dibezakan di antara satah udara dan satah tanah. Pemandangan satah bawah disusun secara melintang. Lukisan dihasilkan berskala besar bebas dan spontan. Mereka tidak peka pada karya mereka sendiri dan tidak kisah tentang karya rakan sebaya mereka. Kanak-kanak pada peringkat ini juga suka berkongsi secara superficial tentang hasil karya mereka. (iv)Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 tahun)

Peringkat Dawning Realisim merupakan peringkat yang menampakkan kematangan. Imej yang dilukis nampak lebih teliti dan realistik. Imej-imej yang dihasilkan mula mengecil jika dibandingkan dengan peringkat sebelumnya. Pada peringkat ini kanak- kanak mula menunjukkan sifat kritikal terhadap karya sendiri dan mereka mula secara sedar membandingkan karya sendiri dengan karya rakan sebaya. Mereka mula menunjukkan sifat individualistik serta mentitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. (v)Peringkat Pseudonaturalistic atau The Reasoning Age (12-14) Pada usia 12 14 tahun, kanak-kanak mula peka terhadap konsep realistik dalam karya mereka. Kanak-kanak lebih menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz serta rasional imej. Mereka lebih suka meniru objek dihadapan mata daripada imaginasi dan tidak suka berkongsi karya dengan rakan. Perasaan malu (rendah diri) akan wujud sekiranya karya mereka tidak menarik atau dikritik. (vi)Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art (14-17 tahun) Merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek dengan memperlihatkan kematangan dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang bersesuaian untuk menghasilkan sesuatu karya. Para peringkat ini menampakkan kematangan dan keaslian seni dalam penciptaan karya mereka.

You might also like