You are on page 1of 3

Penilaian melalui portfolio

1. Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri portfolio? I. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan. II. Portfolio tidak menekankan bukti-bukti. III. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik. IV. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak. A. B. C. D. I,II dan III I,II dan IV I,III dan IV II,III dan IV JAWAPAN: C

2. Bagaimanakah portfolio dinilai? I. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ II. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ JAWAPAN: Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Penilaian melalui pemerhatian


1. Penilaian melalui pemerhatian meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor. (Betul/ Salah) JAWAPAN: SALAH

2. Antara berikut yang manakah merupakan strategi perancangan penilaian melalui pemerhatian? A. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian. B. Jangka masa yang diperlukan adalah seketika sahaja. C. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar. D. Menggunakan senarai semak. JAWAPAN: B

Penilaian melalui kontrak pembelajaran


1. Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan _____________________________________ JAWAPAN: menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri.

2. Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan. (Betul / Salah) JAWAPAN : Betul

Penilaian melalui soal jawab


1. Melalui soal jawab membolehkan guru mengetahui _______________ murid dalam sesuatu topik / tajuk pelajaran. JAWAPAN: kelemahan 2. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan ____________ antara guru dan pelajar secara berkesan. JAWAPAN: interaksi

Penilaian melalui projek


1. Projek mempunyai pelbagai reka bentuk. Antara berikut yang manakah bukan merupakan bentuk-bentuk projek? A. lisan B. visual C. kinestatik D. kognitif JAWAPAN : D

2. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri penilaian projek? i. Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu. ii. Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. iii. Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar. iv. Masa yang ditetapkan adalah singkat A. B. C. D. i,ii, dan iii i,ii, dan iv i,iii, dan iv ii,iii, dan iv

JAWAPAN : A

Penilaian melalui kertas kerja


1. Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan (funding) atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya. (Betul / Salah) JAWAPAN: Betul

2. Kertas kerja tidak mempunyai format yang perlu diikuti. (Betul / Salah) JAWAPAN: Salah

You might also like