You are on page 1of 23

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS)

MANUAL PENGGUNA BAGI GURU MATA PELAJARAN SEKOLAH RENDAH


1
Kemaskini 20 Mei 2013

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SENARAI KANDUNGAN BIL 1 2 3 Pengenalan Keterangan Umum SPPBS Penggunaan Sistem Secara Menyeluruh 3.1 3.2 3.3 3.4 3.4 3.5 3.6 Laman Utama Sistem Login Kemaskini Profil Laman Utama Guru Mata Pelajaran Murid 3.5.1 Daftar Mata Pelajaran 8-10 11-12 11 12-13 14 15 16 17 17 18 19 20 21 22 23 23 2 Kemasukan Prestasi 3.6.1 Mengikut murid 3.6.2 Mengikut evidens 3.7 Laporan 3.7.1 3.7.2 3.7.3 3.8 Cetakan 3.8.1 Senarai Murid Guru Kelas 3.8.2 Senarai Prestasi Kumulatif Semua Murid Mengiku Kelas Guru Kelas 3.8.3 3.8.4 3.8.5 3.9 3.10 3.11 3.9.1 Bantuan 3.10.1 Pegawai Yang Boleh Dihubungi Keluar Pernyataan Pelaporan Prestasi Murid (Formatif) Pernyataan Pelaporan Prestasi Murid (Kumulatif) Pernyataan Pelaporan Kumulatif Murid (Semua MP) Guru Kelas Kemaskini Profil Senarai Murid Senarai Murid Tiada Prestasi Laporan Prestasi Murid ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 3 3 4 4 4 5 7

Pengguna

1. PENGENALAN Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sistem ini dibangunkan secara atas talian. 2. KETERANGAN UMUM SPPBS Secara umumnya, berikut adalah gambarajah proses kerja utama keseluruhan SPPBS untuk guru matapelajaran.

SPPBS menyediakan skrin-skrin bagi melakukan proses-proses kerja yang diperlukan oleh Guru Mata Pelajaran. Skrin-skrin tersebut dapat dicapai melalui menu yang boleh dipilih di sebelah kiri skrin. Senarai menu tersebut ialah : a. Login b. Laman Utama c. Murid i. Daftar Mata pelajaran d. Kemasukan Prestasi i. Mengikut Murid ii. Mengikut Evidens e. Laporan i. Senarai Murid ii. Senarai Murid Tiada Prestasi iii. Laporan Presatasi f. Cetakan g. Pengguna i. Kemaskini Profil h. Bantuan i. Pegawai Yang Boleh Dihubungi i. Keluar

3.

PENGGUNAAN SISTEM SECARA MENYELURUH

3.1 LAMAN UTAMA SISTEM

Klik untuk ke laman Guru Mata Pelajaran

Skrin ini akan dipaparkan pada permulaan sistem apabila memasuki laman web Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Untuk memasuki sistem ini, pengguna Guru Mata Pelajaran hanya perlu klik pada menu Guru untuk ke laman seterusnya. 3.2 LOGIN

1. Masukkan nama login dan Kata laluan

2. Klik butang masuk

Guru Mata Pelajaran perlu memasukkan Nama Login dan Kata Laluan yang telah diberikan. Setelah itu, klik butang <Masuk> bagi tujuan pengesahan pengguna sistem.

Skrin Nama Login Dan Kata Laluan Yang Tidak Sepadan

Sekiranya Nama Login dan Kata Laluan tidak sepadan atau salah, skrin dan paparan mesej seperti di atas akan dipaparkan. Guru Mata Pelajaran perlu memasukkan semula Nama Login dan Kata Laluan bagi tujuan pengesahan sekali lagi. Sekiranya pengesahan berjaya, skrin pengemaskinian maklumat pengguna Guru Mata Pelajaran akan dilakukan sendiri oleh pengguna Guru Mata Pelajaran.

3.3 KEMASKINI PROFIL

1. Masukkan kata laluan

2. Tekan butang kemaskini

Menu sistem yang dipaparkan pada skrin di atas ialah <Laman Utama> dan <Keluar> sahaja. Guru Mata Pelajaran perlu memasukkan kata laluan yang baru bertujuan untuk melindungi data dalam sistem.

Skrin Kata Laluan Baru Yang Tidak Sepadan Sekiranya kata laluan baru tidak sepadan seperti yang diberikan, maka skrin yang mempunyai mesej di bawah akan dipaparkan.

Klik butang OK untuk seterusnya

Guru Mata Pelajaran perlu mengulangi langkah memasukkan kata laluan lama, kata laluan baru dan ulangan kata laluan baru. Kata laluan baru dan ulangan kata laluan yang dimasukkan juga perlu sepadan.

3.4 LAMAN UTAMA GURU MATA PELAJARAN Skrin Laman Utama Guru Mata Pelajaran akan memaparkan maklumat mengenai pengguna Guru Mata Pelajaran yang telah didaftarkan. Di sebelah kiri skrin pula memaparkan Menu Sistem yang boleh dicapai oleh pengguna Guru Mata Pelajaran.

3.5 MURID 3.5.1 DAFTAR MATA PELAJARAN Guru Mata Pelajaran perlu klik pada menu <Murid> dan kemudian klik pada submenu <Daftar Mata Pelajaran>. Kemudian skrin seperti di bawah akan dipaparkan. Guru Mata Pelajaran perlu memilih darjah, kelas dan mata pelajaran yang ingin didaftarkan ke atas muridnya. Kemudian, tekan butang <Cari>.

1. Guru buat pilihan darjah,kelas dan mata pelajaran

2. Klik butang cari

Senarai murid yang berdaftar dalam darjah dan kelas yang dipilih akan dipaparkan seperti skrin di bawah. Guru perlu memilih murid yang diajarnya daripada senarai murid dengan menanda (). Setelah pilihan murid dilakukan, tekan butang <Daftar>.

1. Guru pilih murid yang hendak didaftarkan

2. Setelah selesai membuat Pilihan, klik butang daftar

Mesej seperti di bawah akan dipaparkan menandakan murid telah didaftarkan dengan mata pelajaran yang diajar oleh guru. Tanda () daripada TERANG akan bertukar PUDAR yang bermaksud murid telah didaftarkan.

1. Tanda ' ' yang PUDAR bermaksud murid telah didaftarkan

10

3.6 KEMASUKAN PRESTASI 3.6.1 MENGIKUT MURID Apabila menu <Kemasukan Prestasi> diklik, guru perlu memilih sama ada melaksanakan kemasukan prestasi <Mengikut Murid> atau <Mengikut Evidens>. Sekiranya Guru Mata Pelajaran memilih kemasukan prestasi <Mengikut Murid>, skrin di bawah akan dipaparkan. Guru MP perlu memilih tahun taksiran, bulan, tahun, kelas dan mata pelajaran yang ingin dimasukkan prestasinya. Kemudian, tekan butang <Cari>.

Guru boleh memilih murid yang dikehendaki untuk memasukkan prestasinya berdasarkan senarai di bawah. Guru hanya perlu klik pada untuk ke paparan seterusnya.

11

Seterusnya skrin seperti berikut akan dipaparkan. Ianya mengandungi butiran maklumat pelajar beserta kod band atau prestasi bagi setiap mata pelajaran yang diambil murid. Tandakan () pada prestasi yang telah dicapai oleh murid. Setelah menanda (), tekan butang <Simpan>.

2. Klik butang simpan

1. Tandakan ' ' pada petak yang dipilih.

3.6.2 MENGIKUT EVIDENS Sekiranya guru memilih untuk melakukan kemasukan prestasi <Mengikut Evidens>, paparan seperti di bawah akan dipaparkan.

12

Guru perlu memilih tahun taksiran, bulan, tahun, kelas, mata pelajaran, band, deskriptor dan evidens seterusnya klik butang <Cari>.

Tandakan ' ' pada petak yang


dipilih.

Klik disini untuk menanda semua petak

Klik butang simpan setelah selesai melaksanakan kemasukan prestasi

13

3.7

LAPORAN

3.7.1 SENARAI MURID Guru Mata Pelajaran perlu klik pada menu <Laporan>, kemudian klik pada sub menu <Senarai Murid>. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan. Pilih tahun, bulan, darjah, kelas dan mata pelajaran yang dikehendaki dan klik butang <Cari>.

Senarai semua murid akan dipaparkan seperti di bawah. Sekiranya prestasi murid ingin dikemaskini, klik pada gambar .

Klik untuk kemaskini prestasi murid

14

3.7.2 SENARAI MURID TIADA PRESTASI Guru Mata Pelajaran perlu klik pada menu <Laporan>, kemudian klik pada sub menu <Senarai Murid Tiada Prestasi>. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan. Pilih tahun, bulan, darjah, kelas dan mata pelajaran yang dikehendaki, kemudian klik butang <Cari>.

1. Guru pilih tahun, bulan, darjah Kelas dan mata pelajaran

2. Klik butang cari

Senarai semua murid yang tiada pretasi mengikut pilihan yang telah dimasukkan akan dipaparkan seperti di bawah. Sekiranya Guru Mata Pelajaran ingin mengemaskini prestasi murid, klik pada gambar .

Klik ikon untuk kemaskini prestasi murid

15

3.7.3

LAPORAN PRESTASI MURID

Guru Mata Pelajaran perlu klik pada menu <Laporan>, kemudian klik pada sub menu <Laporan Prestasi Murid>. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan. Pilih tahun, darjah, kelas dan mata pelajaran yang dikehendaki dan klik butang <Cari>.

1. Pilih butiran Yang dikehendaki

2. Klik butang cari

Di bawah ialah contoh skrin yang akan memaparkan maklumat prestasi murid.

16

3.8

CETAKAN Apabila menu <Cetakan> diklik, skrin di bawah akan dipaparkan.

Klik untuk pilihan cetakan

3.8.1 SENARAI MURID GURU KELAS Guru boleh mencetak senarai nama murid di dalam kelas yang diajar dengan klik pada <CETAKAN><SENARAI MURID>. Guru perlu pilih <Tahun> dan <Kelas> kemudian klik pada <Cari>. Senarai murid akan dipaparkan dalam format pdf. seperti di bawah.

17

3.8.2 SENARAI PRESTASI KUMULATIF SEMUA MURID MENGIKUT KELAS GURU KELAS Guru perlu pilih <Tahun Taksiran> <Tahun> <Kelas> dan <Mata Pelajaran>, seterusnya klik <Cari> seperti yang dipaparkan pada rajah di bawah.

Senarai prestasi kumulatif murid akan dipaparkan di dalam format pdf.

18

3.8.3 PENYATAAN PELAPORAN PRESTASI MURID (FORMATIF) Sekiranya cetakan Penyataan Pelaporan Prestasi Murid (Formatif) dipilih, skrin di bawah akan dipaparkan. Guru Mata Pelajaran perlu memilih tahun, bulan, darjah, kelas dan mata pelajaran yang ingin dimasukkan prestasinya. Guru juga boleh memilih sama ada ingin melihat paparan prestasi semua murid atau secara perseorangan melalui kemasukan no. MyKid murid. Kemudian, tekan butang <Cari>.

Pilih butiran Yang dikehendaki Klik butang Cari

Cetakan akan dipaparkan dalam bentuk file .pdf seperti dibawah.

19

3.8.4

PENYATAAN PELAPORAN PRESTASI MURID (KUMULATIF)

Sekiranya cetakan Penyataan Pelaporan Prestasi Murid (Kumulatif), skrin di bawah akan dipaparkan. Guru Mata Pelajaran perlu memilih tahun, bulan, darjah, kelas dan mata pelajaran yang ingin dimasukkan prestasinya. Guru juga boleh memilih sama ada ingin melihat paparan prestasi semua murid atau secara perseorangan melalui kemasukan no. MyKid murid. Kemudian, tekan butang <Cari>.

Pilih butiran Yang dikehendaki

Klik <Cari>

Cetakan akan dipaparkan dalam bentuk file .pdf seperti dibawah.

20

3.8.5

PERNYATAAN PELAPORAN KUMULATIF MURID (SEMUA MP) GURU KELAS

Sekiranya cetakan Penyataan Pelaporan Kumulatif Murid (Semua MP), skrin di bawah akan dipaparkan. Guru Mata Pelajaran perlu memilih tahun taksiran, tahun, dan kelas yang ingin dimasukkan prestasinya. Guru juga boleh memilih sama ada ingin melihat paparan prestasi semua murid atau secara perseorangan melalui kemasukan no. MyKid murid. Kemudian, tekan butang <Cari>.

Pilih butiran Yang dikehendaki

Klik <Cari>

Cetakan akan dipaparkan dalam bentuk file .pdf seperti dibawah.

21

3.9 3.9.1

PENGGUNA KEMASKINI PROFIL Pada menu ini terdapat sub menu <Kemaskini Profil> dimana pengguna Guru Mata Pelajaran boleh membuat kemaskini kata laluan.

Apabila sub menu <Kemaskini Profil> diklik, skrin di bawah akan dipaparkan. Pengguna Guru Mata Pelajaran boleh memilih untuk membuat kemaskini kata laluan sekiranya perlu.

1. Masukkan kata laluan

2. Klik butang kemaskini

22

3.10 BANTUAN 3.10.1 PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI

Guru Mata Pelajaran perlu klik pada menu <Bantuan>, kemudian klik pada sub menu <Pegawai Dihubungi>. Paparan berkenaan pegawai yang boleh dihubungi oleh Guru Mata Pelajaran akan dipaparkan.

3.11

KELUAR

Apabila menu <Keluar> diklik, Guru Mata Pelajaran tidak dapat mencapai segala proses yang boleh dilakukan di dalam sistem. Guru Mata Pelajaran perlu memulakan semula proses dengan memasukkan Nama Login dan Kata Laluan sekiranya hendak memasuki sistem.

23

You might also like