You are on page 1of 41

MORFOLOGI DAN SISTAKSIS BAHASA MELAYU

DEFINISI-DEFINISI MORFOLOGI
Nik Safiah Karim (1996)
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji: Struktur; Bentuk; dan Penggolongan kata.

DEFINISI-DEFINISI MORFOLOGI
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)
Morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata

dalam sesuatu bahasa, termasuk:


Infleksi (pengimbuhan); Terbitan; dan Pemajmukan.

DEFINISI-DEFINISI MORFOLOGI
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985)

- Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.

DEFINISI-DEFINISI MORFOLOGI
Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993) -

Kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata. Bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok-belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan pengertian kata.

RAJAH 1.1: HURAIAN TENTANG MORFOLOGI MENURUT MARZUKHI (1993)

MORFEM
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan

dan berfungsi gramatis. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya minum. Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.

DUA JENIS MORFEM


Morfem Bebas Boleh berdiri sendiri.Contohnya minum, cuti, sekolah dan periksa. Mempunyai makna sendiri. Morfem Terikat/ Imbuhan Bentuk imbuhan seperti mem-..., per-..., ...-kan dan ber... Tidak mempunyai makna tetapi terdapat fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat.

IMBUHAN
Menurut Nik Safiah Karim dan rakan (1996), proses

pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

RAJAH 1.2: JENIS-JENIS IMBUHAN

Awalan
Imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan

kata dasar. Contoh: berlari, terkejut, membaca dan lain-lain.

Akhiran
Imbuhan yang hadir selepas kata dasar.

Contoh: jahitan, seniman, angkasawan dan lain-lain.

Apitan
Imbuhan yang hadir serentak.

Contoh: pelajaran, perniagaan, melalui dan lain-lain.

Sisipan
Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar.

Contoh: telunjuk, gerigi, gemilang dan lain-lain.

JADUAL 1.3: CONTOH-CONTOH IMBUHAN


Awalan diperAkhiran -an -kan Sisipan -el-erApitan per-...-an ke-...-an

terbermen-

-man
-wati -i

-em-in-

me-...-kan
di-...-kan ber-...-an

RAJAH 1.3: IMBUHAN ASING

BENTUK PERKATAAN
Menurut Nik Safiah Karim dan rakan (1996), definisi

perkataan adalah:
Satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna

yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa.

JENIS-JENIS PERKATAAN

KATA TUNGGAL
Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya

satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu: Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri. Contohnya:
Kamu. Sudah? Ini?

KATA TUNGGAL
Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi

memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contohnya:

di mana? ke Kuala Lumpur. dari Terengganu.

RAJAH 1.5: BENTUK-BENTUK KATA TUNGGAL

AKRONIM
Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan

menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar (Tatabahasa Dewan, 1996).

KATA TERBITAN
Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi

kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan atau sisipan. Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

JADUAL 1.4: BEBERAPA CONTOH KATA TERBITAN


Imbuhan Perkataan Kata Terbitan

diber-an -kan -emper-...-an

+
+ + + + +

makan
temu tekan pamer guruh gaduh

=
= = = = =

dimakan
bertemu tekanan pamerkan gemuruh pergaduhan

RAJAH 1.6: BENTUK-BENTUK KATA TERBITAN

KATA MAJMUK
Bentuk

kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

RAJAH 1.7: PENGELOMPOKAN KATA MAJMUK

KATA GANDA
Proses penggandaan ialah proses yang menggandakan

kata dasar. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.8, tiga jenis penggandaan adalah:
Penggandaan penuh;
Penggandaan separa; dan Penggandaan berentak.

RAJAH 1.8: JENIS-JENIS PENGGANDAAN

JADUAL 1.5: BEBERAPA CONTOH PENGGANDAAN


Penggandaan Penuh Buku-buku Murid-murid Pegawai-pegawai Guru-guru Sekolah-sekolah Penggandaan Separa Lelaki Lelangit Mencari-cari Tolong-menolong Kasih-mengasihi Penggandaan Berentak Cerai-berai Hingar-bingar Bukit-bukau Mandi-manda Anak-pinak

GOLONGAN KATA
Nik Safiah Karim et.al (1996) menjelaskan bahawa

perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, antaranya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik.

RAJAH 1.9: GOLONGAN KATA MENGIKUT MARSDEN (1812)

Rajah 1.10: KATEGORI KATA MENGIKUT WINSTEDT (1927)

RAJAH 1.11: GOLONGAN KATA MENURUT WINSTEDT (1927)

RAJAH 1.12: GOLONGAN KATA MENGIKUT ASMAH (1968)

RAJAH 1.13: GOLONGAN KATA MENURUT ABDULLAH HASSAN (1983)

RAJAH 1.14: GOLONGAN KATA MENGIKUT TATABAHASA DEWAN (1996)

GOLONGAN KATA MENURUT ASRAF (2007)


Asraf telah membahagikan kata kepada golongan yang

berikut:
Kata nama; Kata sendi;

Kata adjektif;
Kata kerja; Kata keterangan; Kata hubung; Kata seru; dan Kata sandang.

KATA SANDANG
Kata sandang ialah kata penyerta yang bertugas untuk

membendakan dan membezakan kata atau frasa yang disertainya. Kata sandang dikenal juga sebagai kata penyerta merupakan partikel yang tidak mempunyai erti serta tidak dapat berdiri sendiri. Contoh: nya, sang, si, yang.

KELAS KATA YANG UTAMA TERDIRI DARIPADA:


Kata Nama; Kata Adjektif; Kata Kerja; dan Kata Tugas.

RUMUSAN

Morfologi ialah bidang yang mengkaji pembentukan kata. Golongan kata ialah pembahagian kata mengikut golongan tertentu. Imbuhan dibahagikan kepada awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang diletakkan pada awal kata. Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang diletakkan pada akhir kata. Imbuhan apitan ialah imbuhan yang letaknya pada awal dan akhir kata. Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang diletakkan pada tengah-tengah kata. Golongan kata terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Kata tunggal ialah kata yang tanpa imbuhan. Kata terbitan ialah kata yang diberikan imbuhan. Tiga bentuk kata ganda ialah penggandaan penuh, separa dan berentak.

You might also like