You are on page 1of 2

Kemungkinan Punca-punca Masalah Hasil daripada perbincangan kumpulan kami, kami mendapati bahawa terdapat lima punca yang

menyebabkan terjadinya masalah Samuel Tang. Punca yang pertama ialah kekurangan pemantauan ibu bapa yang sibuk bekerja. Dalam hal ini, ibu bapa Samuel yang kurang meluangkan masa dengan Samuel menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang kekurangan kasih sayang. Samuel yang kekurangan kasih sayang akan berasa dirinya tidak dipentingkan oleh mana-mana pihak disebabkan tidak ada sesiapa pun yang mengambil berat terhadapnya. Hal ini menyebabkan dia berputus asa terhadap dirinya dengan tidak membuat kerja rumah. Tambahan pula, ibu bapa Samuel yang jarang berada di sisi Samuel menyebabkan tidak ada orang yang memantau Samuel untuk menyiapkan kerja rumah. Punca kedua kepada masalah Samuel ialah pengaruh media massa. Samuel yang berada dalam keadaan tanpa pantauan ibu bapa bebas menonton rancangan televisyen tanpa mengambil kira bahawa rancangan tersebut sesuai untuk golongan kanak-kanak ataupun tidak. Dalam hal ini, Samuel berkemungkinan besar meniru watak-watak di dalam rancangan televisyen yang tidak mementingkan pelajaran. Samuel yang masih tidak matang mungkin berpendapat bahawa sikap memberontak di dalam kelas dengan tidak menghantar kerja rumah, berbohong dan tidur di dalam kelas merupakan perbuatan yang disegani memandangkan watak di dalam rancangan televisyen yang berbuat demikian tidak menerima sebarang hukuman malah lebih teruk lagi disegani oleh rakan-rakannya. Punca ketiga kepada masalah Samuel ialah pengaruh rakan sebaya. Samuel yang kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa akan banyak bergaul dengan rakan sebaya dan cuba untuk mendapatkan perhatian dari rakannya. Dalam hal ini, rakan sebaya Samuel yang memiliki perangai yang bermasalah akan turut mempengaruhi Samuel yang banyak bergaul dengan mereka. Samuel yang sering melepak bersama rakan-rakan di pusat membelah-belah dan siber kafe menyebabkan pelajarannya terjejas. Hal ini demikian kerana Samuel yang masih tidak matang beranggapan bahawa keseronakan itu lebih penting daripada pelajaran.

Punca

keempat

yang

mungkin

menyebabkan

masalah

Samuel

ialah

persekitaran hidup Samuel. Keadaan rumah Samuel yang tidak terurus menyebabkan Samuel tidak mempunyai persekitaran belajar yang sesuai semasa di rumah. Di samping itu, Samuel tidak mempunyai penjaga yang bertanggungjawab berada di

sisinya sementara ibu bapanya sibuk bekerja. Hal ini menyebabkan kehidupan Samuel yang masih berada di bangku sekolah rendah tidak terjaga. Punca yang kelima yang mungkin menyebabkan masalah Samuel ialah sikap malas pada diri Samuel. Dalam konteks ini, sikap kemalasan yang ada pada Samuel menyebabkannya tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Seterusnya, Samuel perlu mencari alasan bagi kemalasannya. Sikap malas Samuel

menyebabkannya tidak sanggup berusaha dengan gigih dalam pelajaran.

You might also like