You are on page 1of 2

PENGHANTARAN ARUS ELEKTRIK

Pengaliran arus elektrik adalah umpama kereta yang bergerak laju di atas jalan raya(highway). Arus elektrik ini dihasilkan di stesen janakuasa hidroelektrik akan mengalir dengan kelajuan dan voltan yang tinggi. Arus elektrik yang mengalir ini akan melalui stesen injak naik sebelum dihantar ke substesen yang lain. Transformer injak naik digunakan untuk menaikkan voltan yang lebih tinggi supaya arus yang mengalir dalam kabel penghantaran adalah kecil untuk mengurangkan kehilangan tenaga atau kuasa. Selepas itu, barulah arus elektrik dihantar menerusi kabel penghantaran. Seperti

kereta yang boleh mengubah arah gerakan, arus elektrik juga akan mengubah arah gerakan apabila tiba di substesen. Voltan yang tinggi tidak sesuai untuk kawasan kediaman. Oleh itu, arus elektrik ini diagihkan mengikut keperluan dan kesesuaian pengguna. Agihan ke kawasan rumah kediaman akan melalui injak turun supaya voltan arus elektrik diturunkan dan sesuai dengan kadar penggunaan elektrik dengan keperluan rumah. Manakala pengagihan arus elektrik ke kawasan industri atau perkilangan akan melalui injak naik supaya arus elektrik yang dihantar sesuai dengan keperluan industri. Kawasan perindusrian memerlukan voltan yang tinggi arus elektrik bagi menggerakkan mesin-mesin.

Oleh itu, dalam penghantaran arus elektrik, penggunaan transformer injak naik dan injak turun penggunaan. sangat penting bagi pengagihan arus elektrik mengikut kesesuaian

Disediakan oleh : Norazah binti Ahmad Markeh PPG 2 SAINS 1

You might also like