You are on page 1of 6

BIL 1

ATUCARA DAN SKRIP KETIBAAN TETAMU KEHORMAT Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Sohibu Saadah Dato Marzuki b Husin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor diiringi oleh dif-dif kehormat. (selepas dif-dif kehormat duduk) Hadirin-hadirat dipersilakan duduk.

CATATAN

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Awal Bismillah pembuka Kata Assalammualaikum memula bicara Moga Allah meredhai kita Perjalanan majlis diharap sempurna. Yang Dihormatkan Dato Ungku Mahabijaya Abdul Jalil Bin Dato Ungku Abdul Rani, Orang Besar Daerah Hulu Langat. Yang Berbahagia Sohibu Saadah Dato Hj Marzuki b Husin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Yang Berbahagia En Ahmad b Abu Bakar, Pengarah Urusan Uda Holding Bhd Yang Berbahagia En Haris b Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Uda Land Sdn Bhd Yang Berbahagia En Mohd Hassan b Mohd Salleh, Ketua Pegawai Operasi Uda Land Sdn Bhd Yang Berbahagia Tuan Hj Idris Bin Ramli Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Mohd Arief b Abd Samat, Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat Yang Berbahagia Penghulu Mukim Cheras Yang Berbahagia Profesor Madya Dr Hj Mohd Zaki b Hamzah, Nazir Masjid Bandar Tun Hussien Onn Barisan Pengurusan Kanan Uda Holding Bhd Barisan Pengurusan KananUda Land Sdn Bhd Pegawai-pegawai Agama dari Pejabat Agama Islam Hulu Langat

Barisan Ahli Jawatan Kuasa Masjid Bandar Tun Hussien Onn Pemimipin-pemimpin masyarakat, pengerusi-pengerusi surau, datodato dan seterusnya para jemaah yang dikasihi sekalian. Al-hamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada petang 26 Syaaban yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Penyerahan Masjid Bandar Tun Hussien Onn daripada Uda Holding Bhd kepada Jabatan Agama Islam Selangor. Untuk makluman hadirin sekalian, masjid yang indah ini mula beroperasi pada 28 Mac 2013 yang lalu dengan Solat Jumaat pertamanya pada 19 April 2013. Apa yang membanggakan adalah jumlah jemaahnya yang seringkali melimpah setiap kali solat Jumaat berlangsung. Semoga kita juga akan turut dilimpahi dengan rahmat dan keberkatan daripada Allah, In Sya Allah. 3 BACAAN DOA Bagi memberkati dan memuliakan majlis kita hari ini, marilah samasama kita menadah tangan memohon berkat agar majlis kita mendapat rahmat daripada Allah s.w.t. Untuk itu, dipersilakan Al Fadhil Ustaz Ahmad Nazri b Muhammad Noh, Imam 1 Masjid Bandar Tun Hussien Onn untuk memimpin bacaan doa. (bacaan doa) Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Ahmad Nazri b Muhammad Noh atas bacaan doa sebentar tadi. 4 UCAPAN NAZIR MASJID BANDAR TUN HUSSIEN ONN Warga masjid yang dihormati, Tirai ucapan pada petang ini dimulakan dengan ucapan daripada Nazir Masjid Bandar Tun Hussien Onn. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Profesor Madya Dr Hj Mohd Zaki b Hamzah untuk menyampaikan ucapan. (ucapan Nazir) Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Profesor Madya Dr Hj Mohd Zaki b Hamzah atas ucapan sebentar tadi. 5 UCAPAN WAKIL UDA HOLDING BHD

Warga masjid yang budiman, Agenda majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil Uda Holding Bhd. Untuk itu, majlis dengan penuh hormat, mempersilakan Yang Berbahagia En Ahmad b Abu Bakar Pengarah Urusan Uda Holdings Berhad untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. (Ucapan wakil Uda Holding) Tanam laguni tumbuh kelapa Terbit bunga pohonnya mati Budi tuan kami tak lupa Sudah terpahat di dalam hati Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Ahmad b Abu Bakar atas ucapan sebentar tadi.

6 UCAPAN PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR Dato-Dato dan sidang hadirin yang dirahmati sekalian, Majlis kita diteruskan lagi dengan ucapan dari Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berbahagia Sohibu Saadah Dato Hj Marzuki b Husin untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. (Ucapan Pengarah) Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Sohibu Saadah Dato Marzuki b Husin atas ucapan sebentar tadi. Sebagai makluman, perbelanjaan pembinaan masjid yang indah ini mencecah enam juta ringgit. Di kesempatan ini juga, ucapan ribuan terima kasih ditujukan khusus kepada para dermawan yang tampil bagi menyempurnakan infra Masjid Bandar Tun Hussien Onn. Kutipan Solat Jumaat juga mencecah RM4500 sehingga RM5000 pada setiap minggu. Terima kasih sekali lagi, hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik yang dihulurkan ini. 7 PENYERAHAN MASJID BANDAR TUN HUSSIEN ONN Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan upacara penyerahan Masjid Bandar Tun Hussien Onn daripada pihak UDA Holding Bhd kepada Jabatan Agama Islam Selangor, sebelum itu dipersilakan tampil kehadapan Yang dihormatkan Orang Besar Daerah Hulu Langat Dato Ungku Mahabijaya Abdul Jalil Bin Dato Ungku Abdul Rani, yang Berbahagia

Tn Hj Idris Bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan masjid JAIS, al-Fadhil Ustaz Mohd Arif Bin Abdul Samad, pegawai tadbir Agama daerah hulu Langat dan Yang Berbahagia Prof Madya Dr Hj Mohd Zaki bin Hamzah, Nazir Masjid Bandar Tun Hussein Onn bagi menyaksikan upacara penyerahan masjid. Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berbahagia En Ahmad b Abu Bakar, Pengarah Urusan Uda Holding Bhd tampil kehadapan bagi menyempurnakan penyerahan masjid kepada yang Berbahagia Sohibu Saadah Dato Marzuki b Husin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. Dipersilakan. (penyerahan masjid) Majlis merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih buat Yang Berbahagia En Ahmad b Abu Bakar atas kesudian menyerahkan Masjid Bandar Tun Hussien Onn sebentar tadi kepaada pihak Jabatan Agama Islam Selangor.. 8 PENYAMPAIAN SAGUHATI Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati daripada Uda Holding kepada Jabatan Agama Islam Selangor dan Ahli Jawatan Kuasa Masjid Bandar Tun Hussien Onn. Untuk itu, majlis mempersilakan sekali lagi Yang Berbahagia En Ahmad b Abu Bakar diiringi oleh Yang Berbahagia En Haris b Ahmad dan Yang Berbahagia En Mohd Hassan b Mohd Salleh untuk tampil kehadapan bagi meyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Sohibu Saadah Dato Marzuki b Husin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan juga kepada dhif-dhif kehormat. Dipersilakan. (penyampaian cenderahati )

- 1) ( Orang Besar Daerah Hulu Langat )

Yang dihormatkan Dato Ungku Mahabijaya Abdul Jalil Bin Dato Ungku Abdul Rani 2)Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Sohibu Saadah Dato Hj Marzuki Bin Hussin 3) Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian

Pengurusan Masjid JAIS Tuan Hj Idris Bin Ramli

4) Yang Berbahagia al-Fadhil Ustaz Mohd Arif Bin Abd Samad Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat

5) Yang Berbahagia Penghulu Mukim Cheras ___________________________________________

5) Yang Berbahagia

Prof Madya Dr Mohd Zaki Bin Hamzah ( Nazir Masjid BTHO )

Majlis merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih buat Yang Berbahagia En Ahmad b Abu Bakar atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi. Warga masjid yang dihormati, Setinggi- tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam persiapan majlis pada hari ini, para dermawan, Uda Holding Bhd, Jabatan Agama Islam Selangor, AJK masjid, Uda Land Sdn Bhd dan juga jemaah Masjid Bandar Tun Hussien Onn. Sesungguhnya dengan jasa baik mereka inilah kita dapat rasa angin kipas besar yang menyamankan ini. Malah pemasangan penghawa dingin di ruang solat muslimat dan di ruang solat tingkat atas serta kelengkapan perabot di bilik-bilik khas juga adalah hasil ihsan insaninsan dermawan ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik, wang ringgit dan tenaga yang disalurkan demi membina dan mengimarahkan rumah Allah ini. Walau bagaimanapun pihak masjid mengalu-alukan sumbangan atau derma bagi kos pembangunan fasa kedua yang telah dirancangkan oleh pihak ahlijawatankuasa masjid bagi melebarkan ruang solat utama untuk keselesaan jemaah dengan anggaran kos pembinaan mencecah RM500 ribu ringgit.

Dengan ini, besarlah harapan kami agar para dermawan tampil untuk menghulurkan bantuan agar apa yang dirancang dapat direalisasikan dan seterusnya memberi manafaat bersama. Kepada para penyumbang, kami doakan agar dirahmati Allah s.w.t. 12 SESI FOTOGRAFI Hadirin hadirat yang dikasihi Tiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Maka Majlis kita telah sampai kepenghujungnya. Sekalung apresiasi sekali lagi diucapkan kepada Yang Dihorm atkan Dato Ungku Mahabijaya Mahabijaya Abdul Jalil Bin Dato Ungku Abdul Rani Yang Berbahagia Sohibu Saadah Dato Marzuki b Husin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Yang Berbahagia Encik Ahmad Bin Abu Bakar Pengarah Urusan Uda Holdings Berhad serta dif-dif kehormat atas kesudian hadir kemajlis yang bermakna ini. Majlis dengan ini menjemput tetamu kehormat untuk ke hadapan bagi sesi fotografi. Untuk makluman sidang hadirin sekalian, selepas sesi fotografi ini dipersilakan kepada dif-dif kehormat dan para hadirin untuk lawatan persekitaran Masjid BTHO. Untuk itu, saya selaku pengerusi Majlis pada hari ini memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan sepanjang saya memimpin majlis pada hari ini, sekian, Wabillahhitaufiqwalhidayah, Warahmatullahhiwabarakatuh. wassalamualaikum

You might also like