You are on page 1of 4

SOALAN ESEI 1.

Bincangkan lima (5) langkah dan pendekatan yang perlu diambil ke arah memartabatkan semula umat dan negara Islam. Isi: a) Mewujudkan kesatuan politik. Memelihara keimanan menurut prinsip prinsip yang telah disepakati oleh 'ulama' salaf daripada kalangan umat Islam. Antara prinsip-prinsip Utama Sistem Politik Islam dan ialah Hak

Musyawarah, Keadilan ,Kebebasan, Menghisab Pihak Pemerintah. Melaksanakan proses pengadilan

Persamaan,

di

kalangan

rakyat

dan

menyelesaikan masalah di kalangan orang orang yang berselisih.

b) Memperkasakan ekonomi Mulai awal tahun 1980-an,kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk memperkasakan ekonomi Islam.Kerajaan membangunkan institusi kewangan Islam seperti Bank Islam Malaysia ,Syarikat Takaful Malaysia dan skim perbankan tanpa faedah yang dilaksanakan di hampir semua bank konvensional di Malaysia.. Kerajaan menerima pakai sistem pinjaman secara Islam untuk pinjaman perumahan bagi kakitangan awam.

c) Memperkemas sistem sosial. mengekalkan keamanan, toleransi antara kaum, pemberian bantuan dalam pendidikan,dan perkhidmatan kesihatan oleh kerajaan Islam untuk semua umat Islam dengan adil serta mementingkan perpaduan. Memperkemas sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu instrumen pembasmian kemiskinan.

Antara ciri-ciri sistem sosial Islam ialah Persamaan di Kalangan Umat Manusia, Pemeliharaan Kemuliaan Akhlak, Menegakkan Keadilan Sosial dan Melindungi Kebebasan Manusia. d) Menyemarak kegiatan keilmuan. Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu

pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Memupuk amalan membaca dalam kalangan rakyat

Memperbanyakkan buku ilmiah dalam perpustakaan Penyediaan kurikulum yang relevan supaya pelajar dapat

memperoleh ilmu pengetahuan terkini.

e) Memperteguh benteng pertahanan Mewujudkan pasukan pertahanan yang berkemahiran tinggi,cekap dan berdedikasi menjalankan tugas-tugas pertahanan Memupuk dan meningkatkan kerjasama strategik dan perkongsian

pintar dengan semua agensi kerajaan dan NGO serta badan-badan antarabangsa yang terlibat untuk memperteguh benteng pertahanan.

1. Galurkan lima (5) langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai Islam Hadhari di Malaysia. Isi: a) Memulihkan sistem kehakiman negara. Pihak kerajaan perlu memulihan kehakiman negara kerana sistem kehakiman melindungi hak asasi manusia daripada pencerobohan pihak eksekutif , pihak tertentu atau orang perseorangan, berkuasa

mentafsirkan perlembagaan persekutuan dan undang-undang. Selain itu, juga menyemak undang-undang parlimen , DUN dan pertubuhan serta mengisytiharkan sesuatu undang-undang atau tindakan tertentu tidak sah jika diminta dan membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan setakat mana undang-undang itu bercanggah. Di samping itu, menjadi pentadbir keadilan dalam kes sivil dan jenayah di negara ini.

b) Mempertingkatkan gerakan memerangi rasuah. Permasalahan ini perlu ditangani secara lebih menyeluruh, bersepadu, terancang dan berterusan, serta merangkumi bukan sahaja aspek pencegahan dan pembanterasan rasuah, tetapi juga aspek kecekapan, ketelusan, integriti dan akauntabiliti dalam pentadbiran Kerajaan.

c) Meluaskan peluang pekerjaan. Dapat meningkatkan pendapat rakyat dan meningkatkan taraf hidup penduduk. Selain itu, meluaskan peluang pekerjaan juga dapat meningkat pengeluaran dan produktiviti negara. Malah Negara dapat berkembang dengan maju.

d) Memperkukuh institusi keluarga. Agama Islam sendiri menekankan tanggungjawab menjaga kebajikan ahli keluarga kepada keluarga itu sendiri. Pengukuhan institusi keluarga

ini

sangat

bergantung

kepada

beberapa

faktor

terutamanya

penghayatan kepada agama yang tinggi. Penghayatan yang tinggi ini akan memastikan keluarga tersebut berada di landasan yang diredhai Allah s.w.t.

e) Memperkasa ekonomi umat/produk halal. Kehidupan kita hari ini yang dihidangkan dengan pelbagai makanan, minuman serta barang gunaan menuntut sifat berwaspada dan berhati-hati kerana masalah halal dan selamat. Justeru, umat Islam perlu mengambil berat faktor mencari produk halal dan bersih di pasaran.

f)

Mengindustrikan pertanian. Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar. Selain itu, mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk.

g) Memperkasa pertahanan negara. Tanpa pasukan dan sistem pertahanan yang kuat dan mampu menghalang ancaman yang dihadapi negara, kita semua tidak akan boleh menikmati kebebasan, peluang, kesejahteraan dan keamanan yang diidamkan.

You might also like