You are on page 1of 5

B2D1E1 : membezakan tempo cepat dan lambat Arahan : mendengar dua tempo muzik yang berbeza BBM : Lagu

1. Baik-baik sayang 2. Rayaku syurgaku Aktiviti : 1. Murid mendengar muzik yang mempunyai tempo cepat dan lambat 2. Murid membezakan tempo cepat dan lambat B2D1E2 : Membezakan bunyi panjang dan pendek Arahan : Mendengar dan kenal pasti bunyi panjang dan pendek BBM : Rekoder Aktiviti : 1. Murid mengecam bunyi rekoder 2. Murid mengenalpasti bunyi panjang dan pendek 3. Murid dapat membezakan bunyi panjang dan pendek 4. Murid meniup not minim dan not krocet B2D1E3 Membezakan bunyi pic tinggi, rendah dan pic tengah Arahan : Murid mendengar tiga jenis bunyi pic (bunyi kibod) dankemudianmuridmembezakanyang manabunyi pic tinggi, rendahdan pic tengah. : Kad pic bunyi ( 3 aras) dan kibod.

BBM

Aktiviti : 1. Murid mengecam bunyi pic yang diperdengar. 2. Murid mengenal pasti bunyi pic tinggi, pic rendah dan pic tengah 3. Murid mengangkat kad bunyi selepas guru memperdengarkan bunyi

B2D1E4 Membezakan solfa Do Re Mi Arahan BBM Aktiviti : MemperdengarkanSolfa Do Re MimenggunakanRekoder/ Kibod : Rekoder/kibod :

1. Murid mendengar Solfa Do Re Mid danmengajukbunyitersebut. 2. Murid dibahagikan kedalamtigakumpulan (Do Re Mi) 3. SetiapkumpulanmembunyikanSolfamasing-masing. B2D1E5 Menerangkan maksud symbol (f) dan (p) Arahan : Tunjukkan kad ikon yang sesuai dengan bunyi yang diperdengarkan

BBB : Kad ikon , kibod Aktiviti : 1. Guru menunjukkan dan memperkenalkan kad ikon. (f) dan (p) 2. Murid mendengar bunyi yang diperdengarkan oleh guru. ( kibod ) 3. Murid diminta untuk mengangkat kad ikon yang sesuai dengan bunyi. B2D1E6 Membezakan mud sedih, riang, marah dan takut Arahan : Murid mengecam mud gambar yang ditunjukkan oleh guru

Mud Sedih BBM : Kad ikon, lembaran kerja

Mud riang

Mud takut

Aktiviti : 1. Murid mengenal pasti jenis-jenis mud yang ditunjukkan melalui kad ikon

2. Murid membuat mimik muka mengikut kad ikon yang ditunjukkan oleh guru 3. Murid memadankan mud mengikut gambar yang terdapat dalam lembaran kerja B2D1E7 Membezakan warna ton bunyi Arahan : Guru meminta murid mengenal pasti warna ton bunyi berdasarkan gambar.

Lembu

Kereta

BBB : Gambar haiwan ( lembu ) dan kenderaan ( kereta ). Aktiviti: 1. Memperlihatkan kedua-dua gambar. 2. Memberi murid masa 30 saat sebagai persediaan untuk mengingat bunyi ikon dalam gambar. 3. Mengarahkan murid untuk membunyikan ikon gambar yang ditunjukkan oleh guru.

B2D1E8 Membezakan tekstur nipis dan tebal Arahan : Murid mengecam tekstur tebal dan nipis dalam nyanyian lagu Rasa Sayang Eh BBM : CD- Lagu Rasa Sayang Eh Arahan : 1. Memperdengarkan rakaman lagu Rasa Sayang Eh. 2. Murid mengenalpasti suara dalam nyanyian tersebut.

3. Guru mengarahkan murid mengangkat ikon yang sesuai apabila mendengar nyanyian secara solo ( tekstur nipis ) dan mengangkat ikon yang sesuai apabila mendengar suara menyanyi secara berkumpulan ( tekstur tebal ) dalam lagu.

Tekstur Nipis

Testur Tebal

B2D1E9 Menerangkan jenis-jenis alat muzik Arahan : Susun gambar-gambar alat perkusi pada kumpulan alat muzik. BBB: Gambar-gambar alat perkusi ALAT BERTALI ALAT TIUPAN ALAT PERKUSI

Aktiviti : 1. Guru menunjukkan gambar-gambar alat muzik dan murid menamakannya. 2. Setiap murid diberikan 3 jenis gambar. 3. Murid diminta untuk susun dan lekatkan gambar di papan mengikut kategori alat tiupan, alat bertali dan alat perkusi yang tertera di papan putih .

B2D1E10 Menerangkan postur duduk dan berdiri Arahan : Murid diminta untuk melihat penerangan cara postur duduk dan berdiri yang dilakukan oleh guru BBM: kerusi Aktiviti : 1. Murid memerhatikan guru

2. Murid mendengar penerangan guru 3. Murid melakukan postur duduk dan berdiri seperti yang diterangkan oleh guru B2D1E11 Menerangkan fungsi bahagian rekoder BBM : Gambar rekoder Arahan : 1. Memperlihatkan gambar rekoder. 2. Mengarahkan murid mengenalpasti bahagian-bahagian rekoder. 3. Mengedarkan lembaran kerja.

You might also like