You are on page 1of 4

Prinsip- prinsip Konstruktivisme.

Sebagai teori, Konstruktivisme mempunyai prinsip-prinsip tertentu tentang pembelajaran. Kesemua prinsip ini dijana daripada pendapat dan cadangan yang dikemukakan oleh pendukung teori Konstuktivisme sendiri seperti yang dinyatakan sebelum ini. Pada dasarnya mereka bersetuju bahawa proses pembelajaran pelajar membina pengetahuan, kefahaman dan makna untuk diri mereka sendiri sepanjang proses belajar berlangsung. Maklumat yang disampaikan guru digunakan sebagai panduan dan galakan untuk mereka membina pengetahuan baharu. Berdasarkan kefahaman tentang teori tersebut, teori ini mengariskan 9 prinsip pembelajaran iaitu, pembelajaran merupakan proses aktif yang menlibatkan penggunaan input deria dan membina makna daripada input tersebut. Manusia seharusnya mempelajari sesuatu hasil daripada proses belajar, Pembelajaran bermaksud membina makna dan membina sistem makna ; Aksi fizikal dan pengalaman langsung Hands on experience penting dalam proses belajar, terutama kepada kanak-kanak. Namun, itu tidak mencukupi selagi mereka tidak melakukan dengan minda ( mind on ). Dewey mengistilahkannya sebagai aktiviti reflektif ; Peranan bahasa sangat penting dalam pembelajaran, Vygotsky menegaskan bahawa antara bahasa dan pembelajaran terjalin hubungan tidak dapat dipisahkan ( inextricably intertwined ); Pembelajaran ialah aktiviti social. Apa-apa yang dipelajari berkait rapat dengan manusia di sekeliling kita, iaitu guru kita , rakan kita, keluarga kita disamping orang yang tidak dikenali. Hal ini sangat berbeza dengan pembelajaran tradisional yang mengasingkan hubungan pelajar dengaan manusia di sekeliling mereka;

Pembelajaran

berlaku

dalam

konteks.

Kita

belajar

dengan

cara

menghubungkan apa-apa yang kita ketahui; kita percaya, kita diperjudiskan dan kita takutkan; seseorang memerlukan pengetahuan asas untuk belajar. Adalah mustahil seseorang pelajar dapat menyerap pengetahuan baharu tanpa memiliki

peengetahuan asas yang dibina daripada pengalaman lampau. Lagi banyak kita mengetahui tentang sesuatu perkara lagi banyak yang kita pelajari tentang perkara tersebut; pembelajaran tidak berlaku dalam sekelip mata. Bagi pembelajaran yang bermakna kita perlu memilih idea yang ada, memikirkan kembali atau menilai idea tersebut, mencubanya, bermain dengannya, dan menggunakannya untuk tujuan pembelajaran: dan pembelajaran tidak akan berlaku tanpa ada motivasi. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilim darjah, prinsip Konstruktivism ini hanya dapat dilaksanakan jika guru dan pelajar mempunyai haluan yang sama. Mereka harus memahami falsafah dan konsepyang dibawa oleh teori Konstruktivism ini serta peranan masing-masing dalam proses pembelajaran Konstruktivism. Brooks & Brooks (1995) menyatakan bahawa seseorang guru yang bersifat Konstruktivis sentiasa menyediakan masalah dalam pengajarannya untuk

diselesaikan oleh pelajarnya melakukan penerokaan, memberi panduan atau pola baharu dalam pemikiran. Guru diberi kebebasan mengunakan Konstruktivism. Di samping itu, suasana dan persekitaran pembelajaran perlu dipastikan sesuai supaya peluang dan peristiwa yang ada di sekitar tempat belajar menggalakkan dan menyokong proses mencari kefahaman baharu. Guru Konstruktivis perlu memiliki sifat yang reflektif. Kejayaan guur konstruktivis diukur daripada sejauh mana beliau dapat membantu pelajar berfikir tentang apa-apa yang difikirkan. Ini kerana di dalam bilik darjah Konstruktivism guru sentiasa mencungkil pandangan daripada pelajar bagi menilai kejayaan proses pembelajaran mereka. Hal ini berlainan sekali dengan peristiwa yang berlaku di bilik darjah tradisional. Guru sentiasa mengharapkan jawapan yang betul untuk membuat justifikasi tentang kejayaan pengajarannya. Di dalam bilik darjah konstruktivism pelajar kurang diberi focus dan arahan daripada guru. Ini menyebabkan pelajar yang mengikuti pendekatan mereka sendiri dengan jelas dan tidak hanya memberi tindak balas terhadap soalan guru yang terbatas sifatnya.

Konstruktivisme

juga

merupakan

suatu

pendekatan

pengajaran

dan

pembelajaran P&P yang berdasarkan premis bahawa kognisi (pembelajaran) diakibatkan oleh "pembinaan mental". Dengan kata-kata lain, pelajar mempelajari dengan mencantumkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia adanya. Ahli konstruktivis menegaskan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh konteks sesuatu idea diajar serta kepercayaan dan sikap pelajar. otak merupakan satu prosesor yang selari. Ia memproses banyak jenis maklumat termasuk fikiran, emosi dan pengetahuan budaya. Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai strategi pengajaran. Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi dan guru tidak seharusnya menumpukan kepada intelek sahaja.Selain itu, usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi.

Pengajaran efektif menyedari bahasa pengertian bagi seseorang adalah personal dan unik,pemahaman seseorang pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya. Usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran efektif menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema global di samping emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi,perasaan dan sikap.Tambahan pula, otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak. Orang menghadapi masalah membelajari sesuatu jika bahagian kecil atau keseluruhan diabaikan. Dengan itu, pembelajaran melibatkan perhatian berfokus danpersepsi keliling (peripheral). Pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran,kebudayaan dan iklim. Manakala, pelajaran

melibatkan proses sedar dan tak sedar.

Pelajar memerlukan masa untuk memproses 'apa' dan 'bagaimana' isi pelajarannya.Selain terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan, iaitu sistem ingatan ruang(spartial) dan sistem ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang danpembelajaran berasaskan pengalaman boleh menghalang pemahaman murid. Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkandalam ingatan natural dan ruang. Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif dan Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik darjah harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar. Di samping itu,

pengajaran

mestilah

dipelbagaikan

agar

murid-murid

dapat

menyatakan

kecenderungan masing-masing.

You might also like