You are on page 1of 12

BMM 3104 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

DISEDIAKAN DAN DIBENTANG OLEH: NAIM SYAHMI BIN SHAHRUDDIN MUHAMMAD SILMI BIN SHAARI MOHD BAIETH RAHMANI BIN MOHD LUKHMAN DAHARI SHAH BIN MD DARUS

PENGENALAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN


Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang).

PENGENALAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

DEFINISI DAN KONSEP JSU


Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran. Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.

KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN


Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. Menentukan perseimbangan antara topiktopik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.

KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN


Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU


Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu a. soalan objektif (30 soalan) b. 1 markah bagi 1 item c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira: = Jumlah masa X Jumlah soalan Jumlah masa kesuluruhan

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU


Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor
Domain kognitif

6. Penilaian 5. Sintesis

sukar

4. Analisis
3. Penggunaan 2. Kefahaman 1. Pengetahuan mudah

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU


Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji? a. Ujian objektif b. Ujian struktur c. Ujian esei, dan lain-lain. Langkah V: Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll) Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar) Pemarkahan

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU


Langkah VI
Nyatakan mata pelajaran Nyatakan tingkatan Susunan nombor soalan mengikut tajuk

RUMUSAN
Dalam penilaian, JSU berperanan penting. Orangorang yang berkaitan dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like