You are on page 1of 2

Pengenalan Kritikan dan apresiasi seni visual dalam menilai dan menganalisis karya-karya seni adalah proses pembelajaran

yang bersistematik dalam bentuk proses berfikir. Sememangnya perlu diterap dan disemai dalam kurikulum mulai sekolah rendah lagi namun sejauhmana idea ini dapat direalisasikan. Isu ini sentiasa mendapat perhatian daripada pendidik seni dan menarik perhatian penggubal kurikulum, pensyarah dan orang ramai. Keperluan isu ini penting untuk difikirkan bagi melahirkan modal insan yang terdidik berfikir secara kreatif dan kritis. Secara tidak langsung ilmu berhujah dan membuat interpritasi seni menuju ke arah yang positif dalam melahirkan generasi pewaris yang tahu membuat seni, bercakap tentang seni dan mengangkat martabat karya seni itu sebagai karya yang halus. Bagi Bernard Harrison, beliau membawa pandangan yang dikenali sebagaikritikan secara nature dengan meletakkan sesuatu karya itu baik setelah mengenalpasti beberapa kualiti yang terserlah. Dalam istilah R.G.Collingwood, kualiti ini dapat disenaraikan sebagai cara kita memahami apakah itu seni dan apakah yang dikatakan bukan seni. Sama ada ia dalam objek atau sudah ada tersemat di dalam minda boleh membawa perkaitan dengan kesempurnaan dan dianggap menjadi sebahagian daripada teori-teori seni. Penilaian dan apresiasi seni haruslah tidak terkongkong sama ada dalam statusnya tersendiri atau dalam lengkongan pengikutnya. Hilangkan kongkongan dan benteng yang menjadikan ia karya berstatus kepada karya yang diperagakan untuk suatu pengetahuan yang istimewa. Jika terlalu banyak kongkongan dalam menilai seni, boleh menjadikan seni itu kaku dan terhad kepada golongan tertentu. Suatu cara yang dicadangkan ialah kaitkan seni itu dengan fungsinya yang berbagai. Cara sebegini boleh memperkembangkan seni itu dalam statusnya yang luas dan apabila fungsi itu dikaitkan bersama karya seni, aspek nilai akan turut dibicarakan bersama. Dalam tugasan ini lebih menjurus kepada teori yang dikemukakan oleh Herbert Read. Sir Herbert Read adalah seorang profesor seni di Universiti Edinburgh 1931-1933 dan seorang pensyarah seni di Universiti Liverpool (1935-1936). Herbert Read mendefinisikan bahawa keindahan adalah kesatuan dan hubungan-hubungan bentuk yang terdapat diantara pencerapanpencerapan di sekeliling kita.
1

Pada umumnya orang beranggapan bahawa yang indah adalah seni atau seni adalah selalu indah, dan bahawa yang tidak indah bukanlah seni. Pandangan seperti ini akan menyulitkan masyarakat dalam mengapresiasi seni sebab ianya tidak perlu selalu indah, Dalam buku Herbert Read, seperti The Meaning of Art (1930), Art Now (1933), Read berpendapat untuk 'bentuk organik' dan keperluan seni dalam pendidikan. Read telah mengadaptasi idea dari Freud, Jung, Hegel, Schiller, dan Marx dan menyatakan bahawa ada "hubungan yang diperlukan antara keindahan dan fungsi". Dalam English prose style (1928) pula, beliau mencerminkan kekecewaan terhadap era selepas perang dan kemegahan palsu. Keindahan adalah kesedaran nilai yang muncul di dalam persepsi kita semasa melihat ekspresi suatu objek. Keindahan adalah unsur emosional dan suatu perasaan terpesona yang menyenangkan pada diri kita, ianya ditimbulkan dari unsur-unsur karya keindahan merupakan kesedaran yang bersifat menghargai, suatu sensasi yang membangkitkan perasaan kagum dalam diri kita.

You might also like