You are on page 1of 10

ISL TOPIK 7

YUET

ILHAM

KESI

KUMPULAN 8:

Topik 7: Membuat perbincangan tentang

kepentingan bahan bantu belajar


dan jenis-jenis bahan: maujud, pelbagai media, teknologi maklumat dan komunikasi. : Mengumpul maklumat dan bahan BBM yang mempunyai ciri-ciri: kesesuaian, pelbagai kegunaan,

mudah alih.

PENGENALAN
Brown J.W. (1983)

Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah.

Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru sekurang-kurangnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis,iaitu: bahan bantu mengajar bukan elektronik bahan bantu mengajar elektronik bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.

Omardin Ashaari (1997)


Perkembangan teknologi dalam mencipta peralatan pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang sangat nyata dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dilakukan oleh guru dan juga dalam mempercepatkan proses pembelajaran di kalangan para pelajar.

Kecekapan seseorang guru mengapliksikan bahan bantu mengajar adalah penting kerana kegagalannya menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pengajaran dan pembelajaran seluruhnya.
Guru juga harus dapat membuat penilaian mengenai bahan bantu mengajar yang dipilih untuk digunakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

KEPENTINGAN BAHAN BANTU MENGAJAR


Kamarudin Hj Husin (1988): memberi rangsangan dan mengekalkan minat murid. mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Menarik minat dan memberikan tumpuan kepada pengajaran guru.

Menarik perhatian kepada proses ingin tahu dalam hati para pelajar. Menyediakan dasar yang kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran.
Memberikan kesan peneguhan. Mempelbagaikan aktiviti dalam proses sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan bahan tersebut atau dalam kumpulan pembelajaran.
Memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada para pelajar berbanding kaedah konvesional yang lebih memfokuskan penggunaan kaedah syarahan dan buku teks. Memberikan keseronokan kepada para pelajar.

Membina pemikiran yang berterusan. Membantu pemahaman dan perbendaharaan kata pelajar. Mendorong pelajar menyiasat sesuatu isu atau perkara melalui peningkatan lagi aktiviti bacaan. Memberi pengalaman baru. Menjadikan pembelajaran lebih mendalam.

You might also like