You are on page 1of 5

Islam adalah al-din yang syumul yang merangkumi keseluruhan sistem hidup termasuk aspek politik.

Keperluan manusia kepada politik ini sejajar dengan fitrah manusia sebagai makhluk yang hidup bermasyarakat hayawan ijtimai Definisi politik: Dari segi bahasa, perkataan politik berasal daripada perkataan Yunani polis, yang bermakna negara kota. Dalam bahasa Arab politik dikenali sebagai siyasah yang berasal daripada perkataan sa-sa bermakna qiyadah atau kepimpinan. Dari segi istilah, politik menjurus kepada makna ilmu yang berkaitan dengan pemerintahan yang meliputi ilmu siyasah,kenegaraan,parti politik dan tipu muslihat.Menurut beberapa pemikir Barat politik adalah ilmu mempelajari kehidupan negara.Selain itu, politik adalah perjuangan berkongsi kuasa atau untuk mempengaruhi pembahagian kuasa samada diantara negara atau diantara kumpulan dalam negara atau kumpulan dalam negara Istilah siyasah pula didefinisikan oleh beberapa ilmuan Islam antaranya Imam al-Nawawi mentafsirkan siyasah sebagai pengurusan pemerintahan dan cara memperbaikinya

Asas Politik Islam Sistem politik Islam memiliki prinsip yang unik dan mempunyai kelainan. Politik islam adalah satu institusi yang bebas, merdeka, yang bersifat istimewa dan tiada hubungan dengan istilah yang wujud dalam kamus politik kini.Rasulullah SAW telah meletakkan asas dan prinsip yang teguh bagi sistem politik negara Islam. Sehingga kini Madinah diakui sebagai negara tertua dalam organisasi politik manusia dan penubuhannya berasaskan prinsip yang sah serta mematuhi rule of law yang sebenarnya. Menurut Syed Abdul Ala al-Maududi (1967) sistem politik Islam terbina atas tiga prinsip asas yang penting iaitu tawhid, risalah, dan khlifah. Rabbaniyyah/Ilahiyyah Rabbaniyyah merupakan konsep yang menjadi akar umbi atau dasar utama tasawwur Islam. Perkataan Rabbaniyyah berasal dari perkataan rabb yang bermaksud Pemilik yang berkuasa, yang menguruskan dan yang paling tinggi. Konsep Rabbaniyyah terserlah menerusi kewujudan dan kehebatan Allah SWT sebagai Pencipta seluruh alam. Dari aspek politik dan pemerintahan, asas Rabbaniyyah menjelaskan bahawa kuasa pemerintahan dan perundangan yang hakiki adalah hak dan milik Allah SWT.Sebagai hambaNya manusia wajib taat,tunduk dan patuh pada pemerintahan dan perundangan yang ditetapkan Allah SWT dalam segenap urusan kehidupan. al-Amanah Amanah berasal daripada perkataan Arab amana yang bermaksud tenteram,aman,selamat dan harmoni.Dari segi istilah amanah bermaksud sesuatu yang diberikan kepada pihak lain sehingga menimbulkan rasa aman bagi pemberinya,manakala pihak penerima memelihara amanah dengan baik.Maksud lain bagi amanah ialah bertanggungjawab yang diterima seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya.Apabila tanggungjawab itu ditunaikan, maka orang yang menerima dan melaksanakannya mendapati dirinya tenteram,aman,selamat dan harmoni. Pada hakikatnya, semua aspek kehidupan manusia adalah amanah yang harus dipelihara dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT,Harta,pekerjaan,kuasa,ilmu pengetahuan,pangkat,anak, dan segala yang kita miliki adalah amanah yang diberikan oleh

Allah kepada manusia Manusia dibenarkan menguasai dan mentadbir amanah tersebut dalam lingkungan syariat yang dibenarkan oleh pemilik mutlaknya iaitu Allah SWT.(Abdul Ala Maududi:1995) al-Adalah al-Adalah bermaksud keadilan merupakan asas penting dalam sistem politik Islam.Pemerintah hendaklah memerintah secara adil ke atas semua rakyat tanpa membezakan antara yang kuat dan yang lemah yang kaya dan yang miskin, Musliam atau bukan Muslim, sahabat atau musuh dan sebagainya. Menurut al-Mawardi(1968) sifat adil adalah sifat yang berlawanan dengan sidat fasid yang tercetus daripada godaan syaitan dan runtunan nafsu. Kerosakan dan kehancuran sesuatu pemerintahan dan negara yang melanda dunia kini adalah akibat daripada kezaliman dan sikap diktator seseorang pemimpin serta berleluasanya gejala rasuah, pecah amanah, fitnah menfitnah dan sebagainya. Pemerintah yang adil lebih mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi, kumpulan atau golongan tertentu. Pemerintah yang adil juga perlu bersikap terbuka terhadap pendangan rakyat dan menyelesaikan segala permasalahan rakyat dengan bijak. Menurut alGhazali kezaliman dan kegagalan seseorang pemimpin melaksanakan keadilan membolehkan pemimpin tersebut dipecat. al-Musawarah al-Musawarah atau persamaan bermaksud persamaan dari segi memperolehi hak dan memikul tanggungjawab. Secara fitrahnya manusia mempunyai persamaan dari segi keturunan iaitu berasal daripada Adam AS. Justeru itu perbazaan gender, warna, kulit, bahasa, budaya, harta dan pangkat bukanlah penentu kepada perbezaan manusia. Allah SWT meletakkan perbezaan manusia berdasarkan kepada ketakwaan. al-Musyawarah al-Musyawarah berasal daripada perkataan Arab syawara yang bermaksud meminta dikeluarkan pandangan atau menyuarat. Dari segi istilah didefinisikan sebagai meninjau pandangan-pandangan dalam masalah yang ada kepentingan awam di mana tdak terdapat nas yang jelas(sarih) dan putus samada daripada al-Quran atau al-Sunnah untuk mencapai kepada yang terbaik dan kemudian diikuti dan dipatuhi. Syura juga bermaksud permesyuaratan yang

diadakan oleh sekumpulan ulamak dan umat Islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan. Islam mementingkan keputusan berasaskan persepakatan yang bersandarkan kepada permesyuaratan. Allah SWT memerintahkan amalan syura iaitu mengadakan perundingan terutamanya apabila berlaku pertikaian sasama manusia dalam menentukan keputusan dan mencari penyelesaian, serta kembali kepada ketetapan Allah SWT dan RasulNya sekiranya pertikaian itu sukar untuk diputuskan dan bertawakal kepada Allah SWT. Amalan syura boleh diperluaskan dalam pelbagai urusan samada urusan kekeluargaan, pengurusan masyarakat dan negara. Dalam konteks politik, syura merupakan suatu kaedah dalam urursan pengurusan dan pentadbiran kerajaan bagi memenuhi kepentingan dan kebajkan rakyat. Rasulullah SAW telah melaksanakan syura dalam banyk urusan baginda. Perkara-perkara yang dimenyuaratkan oleh Rasulullah SAW dengan para sahabat melibatkan pelaksanaan perintah dari Allah agar menepati kehendak al-Quran. Pelaksanaan syura dilakukan dalam Majlis Syura atau majilis penasihat yang berfungsi sebagai majlis perwakilan dan badan perundangan. Antara bidang kuasa Majlis Syura adalah berkaitan dengan penggubalan undang-undang, hal ehwal kewangan, urusan pentadbiran, dasar luar negara dan pengawasan aktiviti-aktiviti kerajaan. al-Hurriyyah (Kebebasan) al-Hurriyyah iaitu kebebasan menjadi teras amalam politik Islam. Kebebasan diberikan kepada rakyat yang tunduk kepada pemerintahan Islam sama ada kepada golongan Muslim atau bukan Muslim. Terdapat beberapa kebebasan yang disenaraikan oleh Abdul Karim Zaidan (2000), antaranya ialah kebebasan peribadi, kebebasan beragama dan beribadah, kebebasan tempat tinggal, kebebasan bekerja, kebebasan memiliki harta, kebebasan mengeluarkan pendapat, hak untuk belajar dan hak untuk mendapat perlindungan negara. Kebebasan yang diperuntukkan tersebut bukanlah kebebasan mutlak tetpi dikawal oleh syariat. Kebebasan bercakap dan memberi pendapat umpamanya hendaklah dalam ruang syariat dan undang-undang negara dan tidak mempunyai unsur-unsur fitnah, umpatan, kajian, hasutan dan sebagainya sehingga boleh menimbulkan kemarahan dan perselisihan yang membawa kepada pergaduhan dan menggangu ketenteraman masyarakat umum.

Antara kebebasan yang dipelihara di dalam sesebuah agama Islam ialah: Kebebasan bergerak

Seseorang warganegara berhak untuk bergerak di dalam negranya atau di luar negara dan pulang semula ke negara asalnya tanpa sebrang sekatan melainkan jika terdapat kepentingan awam. Kebebasan mendapat keamanan

Hak keamanan bermaksud kawalan ke atas diri, harta, dan maruah, serta jaminan keselamatan daripada diserang, dipersenda, didiskriminasi oleh pihak kerajaan atau anggota masyarakat. Syariat Islam telah memperakui hak ini, kecuali sekiranya ia berlaku zalim Kebebasan tempat tinggal

Tempat tinggal adalah tempat seseorang menetap serta melindung diri daripada panas dan sejuk. Tiada sesiapa diharuskan memasuki tempat kediaman seseorang melainkan mendapat keizinan pemiliknya ataupun terdapat sebab keharusannya. Kebebasan mengajar dan menuntut ilmu

Setiap individu berhak mendapat peluang untuk menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu. Justeru itu, menyembunyikan ilmu dan kepandaian yang bermanfaat adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Kebebasan mencari rezeki yang halal

Menjadi kewajipan ke atas setiap individu yang mempunyai keupayaan dan kekuatan untuk bekerja dan berusaha. Sehubungan dengan ini Islam juga mensyaratkan agar pekerja dilindungi dan diberi hak keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian yang sesuai dengan pekerjaannya. Islam turut menyarankan agar disegerakan upah bagi memenuhi perbelanjaan pekerja, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Jelasnya persoalan politik adalah penting kerana ianya mengenai kuasa dan survival sesuatu ummah. Kuasa yang diamanahkan perlu dilaksanakan berlandaskan prinsip yang ditetapkan Allah. Penyalahgunaan kuasa seperti berlaku zalim, terlibat dengan korupsi dan penyelewengan, salah laku dan sebagainya menjadi punca kepada ketidakstabilan dan seterusnya menghancurkan sesebuah negara.

You might also like