You are on page 1of 15

Baharom Ismail 640102116879002 SMP/OUM/SEPT 2009

a.

Pengenalan Pembestarian sekolah merupakan proses yang berterusan untuk melahirkan pelajar yang

holistik mengikut acuan sendiri. Pendidikan merupakan teras strategik dalam Misi Nasional. Kementerian Pelajaran telah mengatur strategi bagi meletakkan masyarakat Malaysia dapat menghadapi cabaran alaf baru dan mengangkat sistem pendidikan bertaraf dunia. Pelbagai perubahan dan pembaharuan dilaksanakan terutamanya dalam kurikulum. Melalui pemantapan dan penggubalan kurikulum, pelajar bukan sahaja mempunyai kemahiran dan pengetahuan, malah mempunyai pemikiran yang kritis dan analitis supaya dapat bersaing di peringkat global. Antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah Sekolah Bestari. Topik ini akan membincangkan komponen sekolah bestari, iaitu kurikulum dan pedagogi bestari. Dalam masa satu dekad, iaitu daripada tahun 1990 hingga tahun 2000, sistem pendidikan negara mengalami perubahan yang begitu pesat. Bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru (selepas itu bersepadu) Sekolah Menengah (KBSM) sehinggalah kepada pelaksanaan Sekolah Bestari. Kesemua perubahan ini bertunjangkan kepada matlamat yang satu, iaitu melahirkan insan pelajar yang seimbang daripada segi jasad dan rohnya, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9), Program Pembestarian Sekolah diteruskan dengan lebih cekap dan efektif. Hal ini turut ditegaskan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia dengan memetik bahawa: Pembestarian sekolah is the on-going process of deploying ICT in our school to foster learnercentred, inquiry-based, collaborative learning (YB Menteri Pelajaran Malaysia, 2005)

Pendidikan bestari merupakan usaha untuk menggilap dan mengukuhkan seluruh potensi insan yang sedia ada untuk kesejahteraan masyarakat dan negara. ICT merupakan prasarana tambahan untuk membantu proses penggilapan diri individu. Dengan ini insan pelajar akan mempunyai kemampuan untuk menguasai dan menggunakan peralatan ICT, membangunkan minda, bersahsiah mulia dan membangunkan emosi untuk mengeksploitasi alam yang penuh dengan anugerah Allah demi kesejahteraan dunia dan akhirat.
1

Baharom Ismail 640102116879002 SMP/OUM/SEPT 2009

Ringkasnya pendidikan bestari ialah: i. ii. iii. iv. v. usaha untuk mengembangkan potensi individu pendidikan alaf baru untuk menghadapi cabaran globalisasi pendidikan bertaraf dunia usaha untuk melahirkan generasi yang celik minda agenda utama dalam RMK9 yang terkandung dalam teras strategik PIPP Pendidikan bestari merupakan sistem pendidikan alaf baru bagi memenuhi tuntutan negara masa kini dan masa depan. Sistem pendidikan bestari penting untuk menghadapi cabaran semasa, iaitu: i. Ledakan maklumat: Kajian menunjukkan ilmu pengetahuan yang berupa fakta dan maklumat dalam apa-apa bidang sedang berkembang pesat. Justeru, maklumat dalam bentuk bercetak dianggap kurang relevan untuk mendapat fakta dan maklumat yang tepat dan terkini. ii. Era teknologi maklumat khususnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT): Kemajuan dalam ICT membolehkan kita memaparkan maklumat terkini daripada pakarpakar yang berada di seluruh dunia pada bila-bila masa. Tokoh dan sumber rujukan tradisi kurang berfungsi dan keunggulannya kian terhakis.

iii. Globalisasi: Selaras dengan dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan serta dunia sebagai perkampungan global dalam era komunikasi. Ini mengakibatkan nilai, budaya, dan falsafah asing sama ada buruk atau baik tidak dikawal dan mempengaruhi masyarakat tempatan yang boleh meracuni pemikiran remaja dan golongan muda.

Baharom Ismail 640102116879002 SMP/OUM/SEPT 2009

b.

Dengan menggunakan peta minda ataupun borang pengurusan grafik (GO) yang anda ketahui, bincangkan salah satu elemen daripada kompenan pengurusan pembestarian bestari iaitu berkaitan dengan kemahiran generik.

Adakah anda masih ingat tentang pedagogi bestari? Pedagogi bestari ialah satu pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan elemen-elemen bestari dalam aktiviti p & p sesuatu tajuk pelajaran. Jika anda masih ingat, dalam Topik 2 modul ini, iaitu di bawah perkara 2.1.1 Pengendalian Pembelajaran Bestari, ada dibincangkan tentang komponen-komponen Pengurusan Pembelajaran Bestari. Satu daripada komponen tersebut ialah Kemahiran Generik. Seperti yang dibincangkan dalam Topik 2, lima elemen bestari dalam Kemahiran Generik ialah Kemahiran Berfikir, Kemahiran Belajar, Kemahiran Mentaksir dan Menilai, Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Kemahiran Fasilitator. Kelimalima kemahiran ini akan dihuraikan dalam topik ini.

(a) Kemahiran Berfikir (a) Kemahiran Berfikir (i) Konsep Penerapan Kemahiran Berfikir dalam p & p amat penting selaras dengan tuntutan FPK dan keperluan negara ke arah k-ekonomi. Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula, Kemahiran Berfikir merupakan unsur utama yang diberikan penekanan. TOPIK 4 PEDAGOGI BESTARI 55

Baharom Ismail 640102116879002 SMP/OUM/SEPT 2009

Tahukah anda apa itu Berfikir? Berfikir melibatkan operasi mental yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah. Pendapat lain mengatakan bahawa berfikir ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. Berdasarkan beberapa pengertian di atas Kemahiran Berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai idea, membuat pertimbangan atau keputusan dan menyelesaikan masalah. Kemahiran Berfikir terbahagi kepada dua, Kritis, iaitu keupayaan minda menilai kemusabahan dan kewajaran sesuatu hujah membuat pertimbangan wajar dengan alasan dan bukti. Kreatif, iaitu kecekapan menggunakan minda untuk menghasilkan atau mencipta idea baru dan mencari makna dan penyelesaian masalah secara inovatif. (ii) Jenis-jenis Kemahiran Berfikir

Contoh Kemahiran Berfikir Kritis Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan Membanding & membeza Mencirikan & mengelas Membuat sekuen/urutan Menyusun mengikut keutamaan Menerangkan sebab Membuat ramalan Mengusul periksa andaian Mengesahkan sumber maklumat Membuat inferens

Contoh Kemahiran Berfikir Kreatif 1 2 3 4 5 6 Menjana dan menghasilkan idea baru Menghubung kait Mengimlak Mencipta matafora Mencipta analogi

1 2 3 4 5 6 7 8 9

(iii) Jenis-jenis Alat Berfikir Cognitive Research Trust (CoRT 1) (a) PMI (Plus, Minus and Interesting) atau kelebihan, kekurangan dan menarik/istimewa. (b) CAF (Consider All Factors) atau mengambil kira semua faktor. (c) C & S (Consequence and Sequel) atau kesan dan akibat. (d) AGO (Aims, Goals & Objectives) atau tujuan, matlamat dan objektif. 4

Baharom Ismail 640102116879002 SMP/OUM/SEPT 2009

(e) FIP (First Important Priorities) atau mengikut keutamaan. (f) APC (Alternatives, Possibilities and Choices) atau alternatif kemungkinan dan pilihan. (g) OPV (Other Peoples Views) atau sudut pandangan orang lain. Kejayaan guru-guru mengintegrasikan kemahiran berfikir secara terancang dalam setiap mata pelajaran yang diajar akan melahirkan murid-murid yang berfikiran kritis dan kreatif serta berpandangan jauh yang mempunyai visi dan misi serta bersifat optimistik. (b) Kemahiran Belajar Kemahiran belajar adalah kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat. Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk membantu menambah ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam pembelajaran dan kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti yang berikut: TOPIK 4 PEDAGOGI BESTARI 57
Kemahiran Belajar Membaca
Mencatat Nota Menulis Menging at Mempros es makluma t Laporan Menemu ramah Cepat Membuat rujukan

Skimming

Skanning Intensif Laju

(i) Kemahiran Mendengar Aktif Mendengar aktif ialah proses mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan proses maklumat yang didengar. Kemahiran ini melibatkan apa yang didengar dan mengapa seseorang mendengar.
Apa yang Didengar daripada Teks? Mengapa Mendengar 1 Puisi (pantun, syair, gurindam, seloka, sajak, bahasa berirama) 2 Ucapan, syarahan, ceramah 3 Lagu/nyanyian 4 Arahan 5 Pengumunam 6 Taklimat 7 mendapat maklumat, penjelasan, fakta, data dan pengetahuan 1 menghayati keindahan dan kesantunan berbahasa 2 mengetahui perkembangan semasa

Baharom Ismail 640102116879002 SMP/OUM/SEPT 2009

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) Mata pelajaran Tahun Bilangan Murid Tema Tajuk Tarikh Masa Objektif : : : : : : : : i. ii. iii. Bahasa Melayu 5 Melur 34 orang Kebudayaan Perayaan di Malaysia 12 Mac 2009 60 minit Pada akhir pelajaran murid dapat; Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut perayaan secara lisan. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka menyambut perayaan masing-masing dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.

Hasil Pembelajaran

: 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai. Aras 1 (i) Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca. Aras 2 - (i) Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca.
6

Baharom Ismail 640102116879002 SMP/OUM/SEPT 2009

8.2

Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 3 - (i) Menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

Kemahiran Bahasa Sistem Bahasa

: :

Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar. Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonansi.

Ilmu Nilai

: :

Bahasa Melayu, Kebudayaan Kesenian, menghayati, menghormati dan Menghargai.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran mengkategori. Kemahiran Belajar Kecerdasan Pelbagai : : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan. Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi. Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah. Power point, buku latihan dan alat tulis.

BBB

Baharom Ismail 640102116879002 SMP/OUM/SEPT 2009

LANGKAH/ Isi Pelajaran MASA Set Induksi (5 minit) Murid ditayangkan power point yang berkaitan dengan jenis-jenis perayaan yang terdapat di Malaysia.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran i)murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya. ii)murid diminta untuk membezakan jenis perayaan mengikut kaum dan menceritakan pengalaman mereka. iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu. i)murid dikehendaki untuk mengelik salah satu pautan yang disediakan. ii)murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya yang betul. iii)murid-murid yang lain

Catatan

Elemen Bestari

KB : menghubungkait, inferens BCB: menonton dengan aktif BBB : power point

Langkah 1 (15 minit)

Guru memberi teks cerita yang bertajuk Perayaan Di Malaysia melalui power point.

KB : membuat inferens BCB : i) membaca dengan intonansi yang betul. ii) mendengar dengan aktif. BBB : teks cerita, power point

Baharom Ismail 640102116879002 SMP/OUM/SEPT 2009

dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut. iv)kemudian guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut. Langkah 2 (15 minit) Guru mengadakan perbincangan kumpulan antara murid-murid dan melakukan pembentangan melalui power point. i)murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ii)murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan. iii)murid dikehendaki membentangkan perbezaan antara perayaan yang terdapat di Malaysia dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka. iv)kemudian kumpulan yang berjaya menyiapkan dahulu akan membentangkan hasil perbincangan KB : menghubungkaitkan, menjana idea BCB : memproses maklumat dan melaporkan maklumat. KP : verbal linguistik,visual, intrapersonal, interpersonal Nilai : kerjasama, hormatmenghormati BBB : power point

Baharom Ismail 640102116879002 SMP/OUM/SEPT 2009

mereka dan mereka akan mendapat ganjaran. v)guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka. Guru memberi latihan kepada murid-murid. Aktiviti Langkah 3 (20 minit) Pemgayaan: Menulis karangan pendek berdasarkan tajuk yang diberi. Aktiviti Pemulihan: Menyudahkan petikan yang diberikan dengan mengisi tempat kosong. i)guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk pengajaran pada hari tersebut. ii)guru memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek mengenai perbezaan perayaan di Malaysia. iii)guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan teks cerita yang KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens. BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat. KP : intrapersonal;interpersonal , visual, verbal-linguistik. Nilai : bekerjasama, menghargai,. BBB : kertas latihan.

10

Baharom Ismail 640102116879002 SMP/OUM/SEPT 2009

perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong. Penutup (5 minit) Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari. Guru juga menayakan nilainilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. i)murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahanbahan yang lain bagi menambanhkan pengetahuan mereka. ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut. Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati -bekerjasama

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Murid ditayangkan power point yang berkaitan dengan jenis-jenis perayaan yang
11

Baharom Ismail 640102116879002 SMP/OUM/SEPT 2009

terdapat di Malaysia. Set Induksi (5 minit) i)murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya. ii)murid diminta untuk membezakan jenis perayaan mengikut kaum dan menceritakan pengalaman mereka. iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu. KB : menghubungkait, inferens BCB: menonton dengan aktif BBB : power point Guru memberi teks cerita yang bertajuk Perayaan Di Malaysia melalui power point. Langkah 1 (15 minit) i)murid dikehendaki untuk mengelik salah satu pautan yang disediakan. ii)murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya yang betul. iii)murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut. iv)kemudian guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut. KB : membuat inferens BCB : i) membaca dengan intonansi yang betul. ii) mendengar dengan aktif. BBB : teks cerita, power point Guru mengadakan perbincangan kumpulan antara murid-murid dan melakukan
12

Baharom Ismail 640102116879002 SMP/OUM/SEPT 2009

pembentangan melalui power point. Langkah 2 (15 minit) i)murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ii)murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan. iii)murid dikehendaki membentangkan perbezaan antara perayaan yang terdapat di Malaysia dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka. iv)kemudian kumpulan yang berjaya menyiapkan dahulu akan membentangkan hasil perbincangan mereka dan mereka akan mendapat KB : menghubungkaitkan, menjana idea BCB : memproses maklumat dan melaporkan maklumat. KP : verbal linguistik,visual, intrapersonal, interpersonal Nilai : kerjasama, hormatmenghormati BBB : power point ganjaran. v)guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka. Guru memberi latihan kepada murid-murid. Aktiviti Pemgayaan: Menulis karangan pendek berdasarkan tajuk yang diberi. Aktiviti Pemulihan: Menyudahkan petikan yang diberikan dengan mengisi tempat kosong.
13

Baharom Ismail 640102116879002 SMP/OUM/SEPT 2009

Langkah 3 (20 minit) i)guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk pengajaran pada hari tersebut. ii)guru memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek mengenai perbezaan perayaan di Malaysia. iii)guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan teks cerita yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong. KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens. BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat. KP : intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik. Nilai : bekerjasama, menghargai,. BBB : kertas latihan. Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari. Guru juga menayakan nilainilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penutup (5 minit) i)murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahanbahan
14

Baharom Ismail 640102116879002 SMP/OUM/SEPT 2009

yang lain bagi menambanhkan pengetahuan mereka. ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut. Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati -bekerjasama

15

You might also like