You are on page 1of 2

Julius Caesar

Gaius Julius Caesar adalah seorang militer dan politikus Romawi yang masyhur. Sebelum kita mengetahui lebih lanjut mengenai beliau, adalah lebih baik jika kita mengetahui tentang biodata beliau. Nama sebenar beliau ialah Gaius Julius Caesar. Beliau lahir pada bulan Quinctilis atau 13 Julai. Lalu bulan ini kemudiannya diberikan nama Julai iaitu daripada nama Julius untuk memperingati jasa beliau. Caesar berasal daripada keluarga bangsawan lama. Beliau dilahirkan dalam keluarga kelas patrician iaitu golongan tertinggi di Rom tetapi keluarganya hidup secara sederhana. Ayah beliau seorang yang tidak terkenal dan pangkatnya yang tertinggi ialah praetor, satu jawatan di bawah konsul. Manakala ibunya, Aurelia, berasal daripada keluarga Cotta, sebuah keluarga bangsawan, dan merupakan matrona atau ibu yang terkenal dalam disiplinnya pada waktu itu. Walaupun mereka tidak berada, keluarga beliau rapat dengan ahli-ahli senator dan ini telah menjadi perangsang bagi beliau unutk menjadi pemimpin yang terkenal. Ayah beliau meninggal ketika beliau berusia 15 tahun. Dia peroleh pendidikan baik dan sebagai anak muda dia sudah menceburkan diri ke dunia politik. Pelbagai jabatan yang pernah dipegangnya, pertumbuhan perkerjaan politiknya yang berkesan, hubungan persekutuan yang pernah dibuatnya. Tetapi pada tahun 58 SM ketika usianya 42 tahun, beliau sebagai gabenor yang membawa 3 propinsi di bawah Roma iaitu Cisalpine Gaul iaitu di bahagian utara Itali, Illyricum di daerah pantai Yugoslavia dan Narbanese Gaul di pantai Perancis sekarang. Beliau juga adalah salah seorang jendral yang bijak, seorang orator yang mempesona, dan seorang penulis yang bagus. Buku yang ditulisnya iaitu De bello Gallico melukiskan ihwal penaklukan Gaul, sudah lama dianggap sebagai karya keusasteraan klasik. Beliau juga

berpembawaan berani, penuh bertenaga dan kacak. Seterusnya, beliau terkenal sebagai seorang perayu ulung. Sumbangan beliau lebih kepada sistem pemerintahan. Sebagai contohnya, pada 80 SM, semasa berkhidmat di bawah Thermus, beliau memainkan peranan utama dalam pengepungan Miletus. Sewaktu perang tersebut, beliau mempamerkan keberaniannya dengan menyelamatkan beberapa tentera legionaries dan beliau telah dianugerahkan dengan kehormatan corona civica atau pun mahkota oak. Mahkota ini adalah kehormatan kedua tertinggi selepas corona gramnea iaitu Mahkota Rumput dalam militari Rom, dan ianya dianugerahkan kepada beliau kerana berjaya menyelamatkan seorang tentera. Mahkota corona civica merupakan anugerah yang amat

berprestij. Sekiranya penerima augerah ini berada di Senat Rom, semua ahli Senat terpaksa berdiri dan memberi tepukan gemuruh kepada pemakainya. Beliau kerap memakainya

terutamanya di hari-hari perayaan disebabkan beliau suka dipuji dan bagi menutup kepalanya yang kian membotak. Disamping mahkota, beliau telah dihadiahkan pingat yang kecil sebagai tanda keberaniannya. Selain itu, sumbangan beliau yang seterusnya ialah tentang penaklukannya atas Gaul. Daerah yang ditaklukkannya tetap berada di bawah kekuasaan Romawi selama hampir lima abad. Dalam jangka masa itu, semuanya diromawikan. Hukumnya, adat-istiadatnya, bahasanya, dan juga kekristenan Romawi. Bahasa Perancis sekarang pada dasarnya bersal dari bahasa Latin masa itu. Penaklukan Caesar atas Gaul juga pengaruh penting terhadap Romawi sendiri, kerana menyediakan pelindung buat Itali selama berabad-abad dari serangan dari sebelah utara. Sesungguhnya penaklukan Gaul merupakan faktor keamanan buat keseluruhan kekasaran Romawi. Kesan sumbangan pada tamadun antaranya ialah terhadap sistem pemerintahan Rom. Kuasa beliau meluas ke Mecedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania dan beberapa kawasan di Jerman. Selain itu, wilayah kecil di satukan dan menamatkan pemerintahan republik.

You might also like