Professional Documents
Culture Documents
TMK P.point KKP
TMK P.point KKP
PENSYARAH TMK : TUAN HAJI SAIFUL KADRI BIN ISMAIL PENSYARAH PJ : EN. AZIZ BIN JAAFAR
1. SEJARAH
3. PERATURAN
6. VIDEO
7. LATIHAN
8. RUJUKAN
Di kesan seawal tahun 708 sebelum masihi iaitu dalam Sukan Olimpik Kuno di Greece.
Lompatan sejauh 7.05 meter telah di buat oleh Chionis, peserta Sparta.
KASUT SPIKE
PAPAN PELEPAS Saiz standard 1.22m panjang dan 20 cm lebar. Papan ini diletakkan satu meter dari hujung yang dengan kawasan pendaratan. Biasanya diwarnakan dengan warna putih. KAWASAN PENDARATAN Saiz standard kawasan pendaratan adalah 9 meter panjang dan 2.75 meter lebar.
LORONG LARIAN
Jarak standard lorong larian adalah 45m x 1.22m.
1. Giliran atau susunan peserta untuk membuat lompatan hendaklah ditentukan menerusi undian yang dibuat sebelum pertandingan bermula.
2. Setiap lompatan peserta akan dikira berdasarkan jarak yang paling jauh salah satu daripada lompatan yang dibuat. 3. Dalam sesuatu pertandingan, jika terdapat lebih daripada lapan peserta, setiap peserta diberikan tiga lompatan dan mana-mana lapan peserta yang mempunyai lompatan yang terbaik dipilih untuk ke pusingan akhir. Dalam pusingan ini mereka diberikan tiga lompatan lagi. Jika lebih daripada seorang mempunyai jarak yang sama dalam menentukan peserta yang ke lapan terbaik, tiga lompatan tambahan diberikan. Sekiranya jumlah peserta kurang daripada lapan orang. Peserta yang membuat lompatan yang paling jauh tanpa batal dikira pemenang.
4. Seseorang peserta dikira melakukan kesalahan dalam situasi berikut : a. Kaki peserta menyentuh tanah melebihi papan melonjak yang disediakan dengan mana-mana bahagian tubuhnya sebelum lompatan dibuat.
b. Ketika membuat lompatan, kaki peserta memijak atau menyentuh kawasan di luar papan melonjak, iaitu di mana-mana sisi.
c. Menyentuh kawasan pendaratan semasa mendarat pada titik dibelakang tapak kaki. d. Berundur melalui kawasan pendaratan selepas membuat lompatan. e. f. Peserta menggunakan cara atau kaedah lompatan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang.
5. Peserta tidak dianggap membuat kesalahan ketika membuat lompatan dari kawasan di belakang papan melonjak.
6. Ketika pertandingan berlangsung, peserta tidak dibenarkan menggunakan lorong lompat jauh untuk membuat percubaan atau latihan.
7. Ukuran jarak lompatan hendaklah dibuat pada titik sentuhan atau pendaratan paling dekat dengan garisan atau papan melonjak, tanpa mengira sama ada titik itu diperoleh menerusi pendaratan kaki atau mana-mana anggota tubuh peserta.
8. Bagi memastikan supaya setiap lompatan diukur dengan betul dan tepat, permukaan pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan yang melonjak. 9. Peserta hendaklah membuat larian di dalam lorong larian yang disediakan. 10. Peserta hendaklah membuat lompatan setelah isyarat diberikan oleh pegawai pertandingan.
LATIHAN 1 Berlari anak dan melangkah ke kawasan mendarat. Ini dibuat secara berulang-ulang. Tetapkan tanda permulaan larian. Latihan ini adalah untuk memberi tumpuan kepada pelajar untuk melakukan larian dengan langkah yang sama.
LATIHAN 2 Berlari dari tandaan dan melonjak tinggi. Lutut kaki bebas diangkat tinggi dan tangan dihayun ke atas. Latihan ini akan dapat membantu pelajar merasai keadaan yang sebenar semasa melonjak ke atas. Mereka hendaklah mencuba untuk membuat lompatan tertinggi semasa latihan.
LATIHAN 3 Gunakan tali sebagai halangan. Para pelajar berlari dan melonjak. Semasa berada di udara, kaki bebas di buka luas ke hadapan. Mendarat secara mengangkang dengan kaki bebas ( kaki di sebelah hadapan ) mencecah tanah dahulu. Latihan ini untuk memastikan pelajar melonjak dengan tinggi dan menggerakkan kakinya yang bebas ke hadapan semasa berada di fasa layangan.
LATIHAN 4
Ulang latihan 3. Gerakkan kaki lonjak ke hadapan bersama-sama dengan kaki bebas supaya pelompat mendarat dengan kedua-dua belah kakinya melunjur ke hadapan. Tujuan latihan ini adalah untuk memahirkan pelajar supaya mendarat dengan betul.
LATIHAN 5
Video 1
Video 2
LATIHAN
1. Adakah ukuran papan pelepas yang standard adalah 1.22 m panjang dan 20 cm lebar ? 2. Adakah peserta dikira melakukan kesalahan apabila kakinya memijak kawasan di luar papan melonjak, iaitu di mana-mana sisi ? 3. Adakah pita pengukur diperlukan untuk mengukur jarak lompatan ? 4. Adakah latihan ansur maju dapat meningkatkan kemahiran dalam acara lompat jauh ? 5. Adakah peserta dianggap melakukan kesalahan jika peserta tersebut berundur melalui kawasan pendaratan selepas membuat lompatan ? YA TIDAK
YA
TIDAK
YA YA
TIDAK TIDAK
YA
TIDAK
Sidang Pengarang. (2006). Olahraga Acara-acara Padang Jilid 1. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd. http://fatihatulhusna.blogspot.com/ http://notakuliahpismp.blogspot.com/2010/04/lompatjauh.html http://ws-or.blogspot.com/2011/04/suatu-akivitas-gerakan-ygdilakukan-di.html http://olahraga2u.wordpress.com/2009/10/11/lompat-jauh/ http://maswafi.blogspot.com/2008/03/pengenalan-pat-kenavigasi-gelintar.html