You are on page 1of 22

JACQUELINE JASMIN ANAK LANG KANAGA LASHMI A/P KUMARAN MUHAMMAD SUFIAN BIN ITAI JULIYA BINTI OSKAR

Dialek merupakan bahasa daerah yang dituturkan oleh negeri masing-masing. Dialek merupakan identiti bagi setiap penutur yang dapat menggambarkan jiwa sesuatu bangsa tersebut bak slogan yang dilaungkan kerajaan iaitu "Bahasa Jiwa Bangsa". Keistimewaan yang dimiliki oleh setiap dialek telah membezakan penduduk setiap negeri terutamanya di Malaysia. Keunikan bahasa dialek ini merupakan kelebihan namun dialek juga mempunyai kekurangan yang menimbulkan masalah yakni dari aspek komunikasi.

Geografi
Politik Penjajahan Perdagangan Masa

Perbezaan dari segi udara,keadaan negara,suasana,bukit bukau,sungai-sungai dan laut menyebab manusia bermastautin di tempat tertentu. Inilah menjana kepada perkembangan bahasa yang tersendiri.

Perkataan

lawa dalam kalangan orang di Semenanjung Malaysia bermaksud cantik dan kacak manakala membawa maksud sombong bagi penduduk di Sarawak. Perkataan saing di negeri Terengganu dan Kelantan bermaksud kawan manakala mendukung makna bersama-sama bagi penduduk di negeri Johor dan Melaka.

Digunakan di seluruh negeri Perak kecuali di Utara Perak. Kebiasaannya akhiran 'a' dalam sesuatu perkataan ditukar kepada 'e'. Contoh perkataan dan contoh ayat di dalam dialek Perak ialah :
* mereka menjadi "kome" * awak menjadi "mike" * "mike nak ke mana???"( awak hendak ke mana??? )

Ciri utama dialek Kelantan adalah penggantian huruf 'n' dan 'ng' di belakang kata dengan huruf 'e' dan 'o' dan juga perbezaan ketara sesuatu perkataan. Contoh perkataan dan contoh ayat dalam dialek Kelantan ialah : * cakap menjadi "kecek" * saya menjadi "kawe" * duit menjadi "pitih" * "demo nok gi mano loni???"( awak nak pergi ke mana sekarang??? )

Akhiran 'a' dibunyikan sebagai 'e'. Contoh perkataan dalam dialek Johor ialah:
* saya menjadi "saye" * apa menjadi "ape" * berapa menjadi "berape"

Penggantian huruf 'r' dibelakang perkataan dengan huruf 'u'. Contoh perkataaan dalam dialek Melaka ialah:
* * * * lebar menjadi "lebau" besar menjadi "besau" ular menjadi "ulau" pasar menjadi "pasau"

Menggunakan Bahasa Melayu standard dan biasa. Contoh ayat dalam dialek Kuala Lumpur ialah:
* "saya hendak pergi membeli-belah di MidValley" * "awak hendak pergi atau tidak ke ujibakat Akademi Fantasia di Astro???"

Merupakan dialek yang paling besar perbezaannya dengan dialek Melayu lain di Malaysia. Dialek ini dipengaruhu oleh Bahasa Melayu Brunei, Iban, Bidayuh, Melanau dan bahasa suku-suku di Filipina. Contoh perkataan dalam dialek Sarawak ialah: * * * * saya menjadi "kamek" tidak menjadi "sik" cakap menjadi "madah" sombong menjadi "lawa"

Terdapat 50 bahasa dan 80 dialek dalam kirakira 30 suku kaum di Sabah. Tidak ada dialek khusus di Sabah tetapi setiap kaum di Sabah mempunyai bahasa atau dialek tertentu. Contoh ayat yang umum dalam dialek Sabah ialah: * "mengapa can ko ani???"(apa kena dengan awak ni???) * "esai ngaran mo???"(siapa nama kamu???)

Digunakan di tiga buah negeri iaitu di Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Utara Perak. Contoh ayat dalam dialek utara ialah :

* "hang pa tak mo cakap utagha lagi ka???"( awak tidak mahu cakap utara lagi ke??? )
* "maghi le boghak-boghak utagha...."( mari la borak-borak utara... )

Akhiran 'n' dalam sesuatu perkataan di tambah dengan huruf 'g'. Contoh perkataan dan contoh ayat dalam dialek Terengganu ialah:
* makan menjadi "makang" * ikan menjadi "ikang" * bukan menjadi "bukang" * Kemaman (daerah) menjadi "Kemamang" * "mung nok gi dok makang ikang???"( awak nak pergi tak makan ikan??? )

Dipengaruhi oleh bahasa Minang kerana ada kaitan dengan suku Minangkabau dari Sumatera.Contoh ayat dalam dialek Negeri Sembilan ialah:
* "eden torai"( saya cuba ) * "ekau nie bongak kat eden"( awak ni tipu saya ) * "apo kono ekau???"( apa kena dengan engkau??? )

ontok = diam "ekau duduk ontok-ontok yo kek situ, den nak mandi kojap koman = ketinggalan zaman "apo koman bona baju kau ni jang belobau = terjatuh dalam air "jangan ditolak kucing tu, belobau deh dlm kolam tuh karang dogheh = cepat "dogheh lah sikit, kito dah lambek nie

Cina peranakan ialah pendatang Cina awal yang memeluk kebanyakan adat Melayu khususnya dalam pertuturan masyarakat Melayu. Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada enam kumpulan dialek utama iaitu Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainam dan Hokchiu. Dialek Cina peranakan peranakan ini tiada contoh yang spesifik dan kebiasaannya pertuturan orang Cina adalah pelat dalam Bahasa Melayu.

Walaupun kita berbeza bahasa, agama dan bangsa namun kita SATU MALAYSIA Contohnya dalam kumpulan kami..Jacqueline Jasmin berbangsa Iban,Kanaga Lashmi berbangsa India, Muhammad Sufian berbangsa Melayu dan Juliyatul berbangsa Bugis.Namun kami dapat menyiapkan PowerPoint ini dengan jayanya.

You might also like