You are on page 1of 16

0 kumpulan kulaijaya

ISI KANDUNGAN

HALAMAN 1. SOALAN ASSIGMENT 2. FORMAT OF WRITING 3. JAWAPAN 4. BIBLIOGRAFI 5. LAMPIRAN POWERPOINT 1 2 3 13 14 15

1 kumpulan kulaijaya

ASSIGNMENT 2 (25 MARKS) Assignment 15% Presentation 10%

In group of FIVE(5) , answer ONE(1) of the questions below. Your assignment should be in academic writing format of 8-10 pages with content and reference. Font is Times New Roman sixe 12 and 1.5 spacing. ( Assignment boleh dijawab dalam BM / English)
1. What is self-esteem? .Where does self-esteem come from? . What is the relationship between selfesteem and aggression? 2. Discuss how socialization can built ones personality. What are the long-term implications of processes of socialization?

3. Discuss students attitude towards learning. Why do students develop positive and negative attitude towards schooling?
4. How do we form impressionns of others? How do we integrate the diverse or even contradictory information we receive about someone into a coherent, overall impression? 5. What is socialization? How is "adult socialization" different from the socialization of small children? Discuss the outcome of socialization. 6. What motives people to aggress against others? How do the characteristics of the target influence aggression? 7. How does relationship grow? Does physical attractiveness influence the liking and love for others? Discuss. 8. People get profoundly influenced by group pressure, often causing them to make up their minds contrary to objective facts. Discuss. 9. You are caught up in a crowd. What is the character of the crowd? How is it organized? What norms are guiding the behaviour of different participants in the crowd? 10. A person is facing life problems. How could a counselor help the person to ease his or her problem?

2 kumpulan kulaijaya Format of writing ( example question 1)

1.0 Introduction 1.1 Definition of concepts: 1.1.1 1.1.2 1.2 Examples self-esteem. aggression.

2.0 Theory of Self-Esteem.

3.0 Theory of Aggression.

4.0 Case Study: 4.1 Case study of Self-Esteem 4.2 Case Study of Aggression.

5.0 Conclusion References

Presentation in Class (15-20 minutes) using PowerPoint on the 17/4/2011. ALL ASSIGNMENTS (ASSIGNMENT 1 AND 2) SHOULD BE SUBMITTED ON OR BEFORE 30/4/2011 IN CLASS.

3 kumpulan kulaijaya

QUESTIOS NO 4 4. How do we form impressions of others? How do we integrate the diverse or even contradictory information we receive about someone into a coherent, overall impression? (Bagaimana kita membina atau membentuk tanggapan terhadap orang lain? Bagaimana kita dapat membetulkan maklumat yang terpesong atau bercanggah yang bercanggah ke arah tanggapan yang lebih baik ? )

Jawapan

Kita hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk menilai diri seseorang individu apabila bertemu dengannnya. Malahan, dengan hanya sekilas pandang sahaja kita sudah dapat mentafsirkan sesuatu tentang diri mereka. Dalam masa yang singkat, orang lain mampu menilai diri kita berdasarkan penampilan, bahasa tubuh, sikap, tingkah laku, dan bagaimana kita berpakaian. Setiap kali bertemu dengan seseorang, diri kita sendiri akan dinilai dan tanggapan seseorang terhadap diri kita akan terbentuk. Setiap tanggapan pertama seseorang kepada diri kita tidak boleh diubah melainkan apabila kita sudah mengenali diri mereka dengan lebih dekat. Ia adalah penting untuk menilai diri seseorang dari sudut yang positif kerana ia memudahkan kita untuk berinteraksi mengikut kesesuaian sikap dan keadaan. Dengan itu, orang lain akan merasa selesa dengan diri kita. Terdapat pelbagai cara untuk kita membentuk anggapan terhadap diri kita daripada individu lain.

Tanggapan ialah suatu proses di mana seseorang membuat penilaian terhadap sesuatu objek atau kepada manusia lain. Ia juga merupakan proses untuk kita membuat rangsangan atau pentafsiran sesuatu maklumat mengenai sesuatu kumpulan atau individu. Manusia biasanya membuat tanggapan dan persepsi melalui apa yang kita lihat, dengar, rasa, hidu dan sentuh. Ia juga merupakan suatu proses mental yang dapat membantu kita untuk membuat penilaian atau kesimpulan tentang seseorang serta dapat mempengaruhi kehidupan peribadi kita.

4 kumpulan kulaijaya

Menurut Wolberg (1967) manusia terbahagi kepada makhluk sosial dan mahkluk individu. Oleh itu, setiap manusia adalah berbeza antara satu sama lain. Tanggapan juga adalah merupakan aktiviti seseorang untuk memberi kesan, penilaian, pendapat dan mentafsir sesuatu atau individu berdasarkan informasi yang kita perolehi atau yang dilihat. Melaluinya kita akan dapat mengenali manusia dan persekitaran kita dengan lebih baik. Tanggapan juga adalah suatu proses yang agak kompleks di mana kita akan menerima, memproses dan mengadaptasikan maklumat dari persekitaran kita. (Fleming & Levie, 1978)

Kita dapat membentuk satu tanggapan daripada orang lain melalui mendisiplinkan diri kita untuk menjadi seseorang yang menepati waktu apabila membuat temujanji dan menjadi diri sendiri sewaktu bertemu. Dengan cara ini, orang lain akan merasa senang, mudah dan selesa untuk berurusan dengan kita. Apabila merancang untuk bertemu seseorang, kita perlu cuba untuk hadir pada masa yang dijanjikan. Ia tidak dapat dinafikan, kadang-kadang kita tidak dapat mengelak sekiranya berlaku kesesakan jalanraya atau berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan. Oleh itu, kita perlu merancang perjalanan sesuatu urusan dengan lebih sistematik. Kita boleh bertolak dengan lebih awal untuk mengelakkan perkara-perkara sebegini berlaku. Apabila kita menepati waktu,secara automatik ia akan membentuk tanggapan seseorang itu terhadap diri kita. Jika permulaan urusan sudah dapat menggambarkan dan menghasilkan nilai-nilai yang baik, seseorang individu akan mudah mempercayai kita sepanjang berurusan dan ini akan mengurangkan masalah dalam melakukan pekerjaan. Kita juga perlu menjadi diri sendiri dan tidak perlu terlalu formal dan hipokrit sewaktu berurusan. Personaliti diri sendiri adalah lebih baik daripada sifat yang dibuat- buat untuk mendapatkan perhatian atau pujian daripada orang lain. Kita perlu kelihatan tenang dan yakin apabila bertemu dengan seseorang kerana ia adalah suatu asas yang kukuh untuk membentuk tanggapan daripada orang lain sewaktu pertama kali berjumpa.

Selain itu, penampilan diri secara fizikal juga adalah penting. Tetapi ini tidak bermaksud kita harus berpakaian seperti seorang model atau wawancara sewaktu ingin bertemu dengan seseorang kecuali jika itu adalah kerjaya kita. Cara kita berpakaian mestilah tepat dan bersesuaian dengan tempat dan situasi. Sebagai contoh, apabila kita menghadiri temu janji untuk

5 kumpulan kulaijaya

menguruskan hal-hal perniagaan, kita perlu kelihatan kemas, rapi dan profesional. Seperti yang kita ketahui, seorang ahli perniagaan selalunya memakai kemeja dan berkasut kulit. Ini adalah cara berpakaian yang tepat untuk seorang usahawan. Sekiranya dia memakai pakaian yang santai sahaja, ia tidak dapat membentuk tanggapan yang baik daripada seseorang. Kita perlu mengekspresikan diri kita berpadanan dengan keadaan. Jika kita perlu menghadiri majlis makan malam, aktiviti sosial atau aktiviti tradisional, cara kita berpakaian mestilah serasi dengan tema. Hal ini dapat menunjukkan kepada orang lain, diri kita seorang yang peka dengan persekitaran dan situasi. Orang lain tidak akan merasa diri kita seorang yang asing jika menghadiri sesuatu majlis. Suatu tanggapan terhadap diri kita akan terbentuk ke arah sesuatu yang positif.

Senyuman juga mampu membentuk suatu tanggapan terhadap diri kita daripada orang lain. Senyuman menunjukkan kita adalah orang yang mudah didekati dan tidak sombong. Apabila bertemu seseorang, senyuman boleh membuatkan orang lain berasa selesa dan tertarik. Sebagai contoh, apabila kita ditugaskan untuk mengedarkan iklan-iklan penjualan barang, tidak ramai orang yang akan menunjukkan minat terhadap risalah yang diedarkan. Ia adalah normal untuk seseorang individu mendapatkan risalah pengiklanan tersebut lalu terus beredar. Dengan memberikan senyuman, sedikit sebanyak ia dapat menarik minat seseorang individu untuk membeli atau sekurang-kurangnya mengemukakan pertanyaan. Hal ini menunjukkan, dengan senyuman seseorang akan mudah berasa selesa dengan kita. Walaubagaimanapun, senyuman

itu mestilah ikhlas dan tidak nampak seperti kita mengharapkan pujian daripada orang lain. Ia perlu hadir secara ikhlas dan ini juga adalah salah satu cara untuk membentuk tanggapan daripada orang lain.

Selain itu, bahasa tubuh juga adalah cara untuk membentuk tanggapan daripada orang lain. Seperti yang kita ketahui, psikologi adalah suatu kajian tentang pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang. Kajian tentang aspek-aspek ini dapat dikenalpasti melalui bahasa tubuh seperti pandangan mata dan gerak-geri badan. Sebagai contoh, apabila bertemu dengan seseorang di sebuah restoran. Sekiranya kita makan dengan gelojoh, ia menunjukkan kita seorang yang kurang sopan. Dengan serta-merta, ia dapat menghasilkan tanggapan daripada oang lain tentang diri kita. Bahasa tubuh seperti berjabat tangan juga mampu membentuk tanggapan daripada orang lain. Semua ini akan membantu memberi kepercayaan orang lain terhadap diri

6 kumpulan kulaijaya

kita dalam menguruskan sesuatu projek dan ia menunjukkan diri kita seorang yang komited dan ikhlas dalam membuat sesuatu. Terdapat juga individu yang mudah merasa gugup apabila berhadapan dengan seseorang. Apabila kita mengetahui kelemahan diri kita, kita perlu mencari cara untuk mengatasinya. Sebagai contoh, terdapat individu yang gugup yang menyebabkan mereka gagal untuk berhubung dengan pandangan mata sewaktu berkomunikasi. Ini menunjukkan mereka seorang yang tidak yakin. Hal ini perlu diatasi kerana pelanggan akan merasa kurang yakin untuk meneruskan sesuatu urusan atau projek. Orang akan memberikan tanggapan yang negatif terhadap diri kita. Sewajarnya, kita perlulah mengatasi kelemahan diri dengan cara-cara yang sesuai kerana ia akan memberikan impak yang kurang menyenangkan. Pengawalan bahasa tubuh sangat penting untuk menghasilkan atau membentuk tanggapan daripada orang lain.

Cara perbualan secara lisan juga sangat penting untuk membentuk tanggapan daripada orang lain. Sebelum bertemu dengan seseorang, kita seharusnya mengetahui serba sedikit tentang latar belakang individu itu. Adakah dia suka bermain golf? Adakah dia seorang pecinta alam sekitar? Adakah dia peminat sukan bola sepak? Dengan mengetahui serba sedikit tentang seseorang individu itu, ia memudahkan kita untuk berbual dengan lebih mesra dan menjauhkan jurang antara individu-individu yang terlibat. Ia dapat mewujudkan suasana yang lebih selesa. Permulaan perbualan kita akan menjadi lebih mudah dan tidak membosankan. Dengan mewujudkan suasana yang menarik, ia menunjukkan kepada seseorang itu bahawa kita adalah orang yang mudah didampingi. Secara tidak langsung, wujudlah persepsi-persepsi oang terhadap diri kita. Sewaktu berbual, kita perlulah menjadi seorang yang positif sepanjang berurusan. Walaupun terdapat kritikan daripada pelanggan, kita perlu menunjukkan nilai-nilai yang positif seperti bersabar dan masih menghadiahkan senyuman. Kita tidak boleh terlalu emosi dan menunjukkan ketidakpuashatian kita terhadap orang yang mengkritik. Kita harus menerimanya dan menerangkan kepada mereka tentang sesuatu dengan cara yang lebih profesional. Dengan ini, interpretasi atau tanggapan daripada orang yang mengkritik akan wujud terhadap diri kita.

Kita juga boleh mewujudkan atau membentuk suatu tanggapan orang lain melalui taktik pengurusan tanggapan yang berkesan. Pengurusan tanggapan adalah cara untuk kita mengawal persepsi dan tanggapan orang lain. Contohnya melalui taktik kita menonjolkan diri, sentiasa

7 kumpulan kulaijaya

konsisten dengan kepercayaan dan melalui taktik persamaan sikap. Taktik menonjolkan diri adalah apabila seseorang itu cuba untuk menonjolkan dirinya dengan cara yang paling mudah dan positif. Contohnya, seorang pekerja mengingatkan bosnya tentang kejayaan yang dicapainya pada masa lalu dan bercampur dengan pekerja bawahan yang dinilai dengan tinggi dari segi mutu kerja mereka. Taktik sentiasa konsisten pula ialah di mana kepercayaan dan tingkah laku seseorang itu sentiasa konsisten. Ia mestilah selari dengan bahasa lisan dan bahasa tubuh. Contohnya, seorang pekerja diberikan tugas untuk menguruskan konflik yang berlaku di antara pekerja-pekerja bawahan yang berlainan bangsa di sebuah syarikat. Apabila membuat aduan terhadap perkembangan konflik itu di hadapan bosnya, pekerja itu menceritakan kepada bosnya secara memandang tepat ke dalam mata dan menzahirkan ekspresi muka yang ikhlas. Ini menunjukkan, perbuatan pekerja itu seiring dengan kepercayaannnya dan ini menghasilkan tanggapan pekerja itu seorang yang konsisten dalam membuat sesuatu. Taktik persamaan sikap pula ialah persepsi seorang individu untuk bersikap seperti orang yang berhadapan dengannya. Contohnya, seorang pekerja cuba untuk meniru cara dan tingkah laku ketuanya dengan bercakap dengan lembut dan sopan kerana ketuanya seorang yang seperti itu. Ini dapat menghasilkan tanggapan yang baik bosnya terhadap pekerja itu.

Selain itu, terdapat juga taktik menunjukkan penghargaan terhadap orang lain. Hal yang demikian memerlukan seorang itu memuji individu lain berdasarkan pencapaian yang diperolehinya. Sebagai contoh, seorang pekerja bawahan memuji pengurusnya disebabkan kejayaan beliau menyelesaikan permasalahan yang berlaku di kalangan pekerjanya. Setiap perkara yang diperkatakan mestilah sesuai dengan keadaan dan situasi. Apabila seseorang menerima pujian daripada kita, secara tidak langsung suatu tanggapan terhadap diri kita akan terbentuk kerana mereka merasakan apa yang mereka telah usahakan mendapat suatu pulangan yang baik. Berdasarkan situasi yang berlaku di atas, ia merupakan salah satu cara atau taktik untuk menimbulkan tanggapan daripada orang lain. Pengurus syarikat itu akan merasakan pekerjanya seorang yang teliti dan peka serta mengikuti perkembangan yang berlaku di dalam syarikat. Tetapi ini tidak bermakna pekerjanya itu gemar menjaga tepi kain orang lain, ia hanya menunjukkan pekerjanya itu tidak lepas tangan dalam setiap perkara yang berlaku kerana mereka bekerja seumpama di dalam sebuah keluarga yang besar.

8 kumpulan kulaijaya

Dengan bertindak selari dengan norma- norma yang biasa dilakukan oleh sesebuah masyarakat, komuniti atau pertubuhan, suatu tanggapan juga akan terbentuk. Taktik ini merupakan situasi dimana seseorang itu bersetuju dan mengikut peraturan di dalam sesebuah pertubuhan. Sebagai contoh, seorang pekerja pulang lewat pada setiap malam dan berada di pejabatnya walaupun dia telah menyiapkan semua kerja kerana ia merupakan suatu kebiasaan di dalam organisasi itu. Bertindak selari dengan kebiasaan menimbulkan persepsi dan tanggapan yang baik daripada orang lain. Sekiranya kita bertindak bertentangan dengan norma- norma yang biasa dilakukan, tanggapan yang negatif terhadap kita akan wujud. Pengurusan tanggapan merupakan suatu percubaan untuk mewujudkan tanggapan yang positif tanpa menipu tentang keupayaan seseorang, pencapaiannnya dan pengalamannya. Kebiasaannya seseorang itu menggunakan taktik-taktik ini apabila mereka merasakan mereka mampu beroleh manfaat daripadanya. Contohnya, mereka berupaya mendapat tugasan yang diinginkan, kenaikan pangkat dan mendapat persepsi yang baik daripada orang lain.

Dalam proses membuat tanggapan terhadap seseorang atau sesuatu, terdapat pelbagai halangan yang akan kita hadapi. Antaranya ialah kita selalunya tidak mengindahkan atau mempedulikan perkara perkara yang tersirat atau yang kita tidak nampak. Kita biasanya hanya akan mengambil kira perkara-perkara yang kita lihat dengan mata kasar atau luaran sahaja. Kita jarang melihat dan menilai apa yang tersirat disebalik sesuatu perbuatan atau tindakan. Misalnya apabila kita berjumpa seseorang kita hanya melihat pakaian yang dipakai oleh individu tersebut. Sebaliknya kita jarang mengambil kira pewangi atau jenis pakaian yang dipakainya. Halangan yang kedua ialah kita selalunya membuat kesimpulan secara umum . Ini bermaksud kita hanya mengambil beberapa maklumat yang kita mahu tahu untuk membuat kesimpulan tentang seseorang atau kita hanya melihat tingkah laku beberapa orang dalam sesebuah masyarakat untuk kita membuat penalaian keseluruhan masyarakat tersebut.

Contohnya , sekiranya kita melihat beberapa orang dalam masyarakat itu jahat, maka secara lazimny dan tidak langsung kita akan menganggap semua orang dalam masyarakat tersebut jahat. Inilah tanggapan yang salah dalam kehidupan kita.

9 kumpulan kulaijaya

Halangan yang ketiga pula ialah kita selalunya akan mempercayai atau berpegang teguh sesuatu konsep awal yang kita terima. Manusia selalunya akan berpegang teguh kepada konsep atau kepercayaan yang mula-mula diterima sama ada daripada maklumat orang ramai atau persekitaran kita. Oleh itu kita agak sukar menerima apa-apa sahaja maklumat atau konsep baru yang dibawa oleh orang yang bertentangan daripada apa yang kita percayai. Contohnya apabila kita telah menganggap orang yang berpakaian hitam itu jahat, maka sukar bagi kita untuk mengubah yang berpakaian hitam itu baik dan orang yang berpakaian putih itu juga boleh menjadi jahat.

Halangan yang keempat dalam membina tanggapan pula ialah apabila kita terlalu yakin bahawa sesuatu sikap atau perkara itu akan berterusan untuk selama-lamanya. Kita juga jarang mengambil kira bahawa kemungkinan sesuatu perkara atau sikap itu akan berubah mengikut peredaran masa dan perubahan sikap manusia tersebut. Contohnya, apabila seseorang daripada anak-anak jiran kita membuat nakal seperti memecahkan tingkap cermin rumah kita atau memecah masuk rumah kita semasa dia kecil, kemungkinan besar kita akan terus menganggap bahawa budak itu masih nakal walaupun 20 tahun telah berlalu.

Halangan yang kelima pula ialah kita terlalu yakin terhadap idea atau tanggapan awal tentang sesuatu sebab yang berlaku. Persepsi awal biasanya akan terus diyakini walaupun kadang kala kita telah mendapat maklumat yang baru. Contohnya dalam satu situasi atau keadaan yang tertentu, kita melihat anak murid kita menangis apabila permainannya diambil oleh rakannya. Sedangkan kesedihannya sebenarnya telah bermula dari rumah lagi kerana dimarahi oleh ayahnya. Idea awal ini adalah berdasarkan apa yang telah kita perhatikan atau kita lihat semasa dia bermain, telah berlaku perebutan antara dia dan kawan-kawannya. Dengan cara ini, persepsi yang kita buat itu sebenarnya tidak lengkap disebabkan idea awal yang kita yakini itu.

Halangan dalam tanggapan yang keenam pula ialah kita seringkali mengambil atau membuat penerangan yang ringkas tentang sesuatu kejadian atau perkara berbanding dengan

10 kumpulan kulaijaya

penjelasan yang lengkap atau terperinci. Ini kerana sesuatu yang kompleks itu adalah lebih sukar untuk diterangkan atau ditafsirkan tanpa pemerhatian yang menyeluruh. Contohnya, apabila berlaku pergaduhan, kita kadang kala hanya akan menyatakan sebab ia berlaku dan kesudahan yang kita ketahui tanpa dapat menghuraikan sebab sebenar dan bagaimana ia berlaku. Oleh itu, tanggapan yang akan timbul adalah kurang lengkap dan kadang kala akan berlaku pandangan yang berat sebelah.

Selain itu, kita juga sering mengenepikan sebab-sebab sesuatu tindakan atau perbuatan yang dilakukan oleh seseorang. Perkara ini terjadi apabila kita seringkali gagal untuk membuat perbandingan tentang tingkah laku seorang dengan seseorang yang lain dalam situasi atau keadaan yang sama atau hampir sama. Ini menunjukkan ketidakmampuan kita untuk menggunakan pengalaman orang lain untuk mentafsir perbuatan orang yang lain pula dalam situasi yang sama. Ini menyebabkan kita sering kali

Seterusnya ialah kita selalunya akan mengambil maklumat yang sedikit untuk membuat penilaian atau kesimpulan secara keseluruhan terhadap sesorang individu atau sesuatu situasi. Perkara ini akan menyebabkan kita seringkali tersalah membuat tanggapan yang tidak lengkap tentang seseorang atau situasi. Contohnya kita hanya mengambil beberapa maklumat tentang kejahatan seseorang dalam sesebuah sekumpulan dan akan terus menganggap semua orang dalam kumpulan itu adalah jahat dan sebaliknya. Halangan yang kesembilan ialah kita hanya mengambil kira maklumat yang negatif sahaja dalam membuat tanggapan atau penilaian terhadap seseorang. Ramai orang lebih gemar mengetahui keburukan orang lain daripada kebaikan yang telah mereka lakukan. Ini akan menyebabkan kita melakukan persepsi yang berat sebelah tentang orang itu. Malah kita sering menekankan pandangan yang negatif dan mengabaikan maklumat yang positif.

Halangan yang terakhir adalah kekerapan kita membuat pandangan dan tanggapan kita berdasarkan minat atau kesukaan kita kepada seseorang atau sesuatu perkara. Contohnya, apabila

11 kumpulan kulaijaya

kita menyukai atau berminat kepada seseorang atau sesuatu, kita akan membuat tanggapan yang baik terhadap orang itu atau keadaan tersebut. Sebaliknya, jika kita benci atau tidak menyukainya, kita akan terus membuat tanggapan yang negatif. Pertimbangan yang tidak wajar ini menyebabkan tanggapan kita tidak lengkap dan kurang tepat.

Halangan-halangan yang dinyatakan diatas seringkali menyebabkan kita membuat tanggapan yang salah dan tidak wajar tentang seseorang atau sesuatu perkara. Untuk mengubah halangan-halangan ini dan membina tanggapan yang lebih baik, terdapat beberapa strategi yang boleh dicuba. Sebenarnya, kemahiran kita dalam membuat andaian, kesimpulan atau tanggapan bukan sesuatu yang semulajadi. Ia boleh dipelajari dan diperbaiki agar kita dapat membina tanggapan yang lebih baik dalam bidang komunikasi dengan orang lain.

Strategi yang pertama ialah meningkatkan kefahaman kita tentang proses membuat tanggapan yang positif. Proses ini boleh dilakukan melalui pembacaan buku-buku yang berkaitan dengan tanggapan, psikologi dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat membina pemahaman dan kemahiran kita dalam membina tanggapan yang baik. Kita juga perlu sentiasa mempersoal tanggapan yang kita bina dan menganalisanya dengan baik mengapa kita membuat tanggapan tersebut terhadap seseorang atau sesuatu keadaan.

Strategi yang kedua pula ialah kita seharusnya sentiasa meningkatkan kebolehan dan kemahiran kita dalam membuat pemerhatian terhadap seseorang atau sesuatu keadaan. Dalam konteks ini, kita perlu rajin dalam meningkatkan kemahiran dan mencari maklumat-maklumat yang berkaitan melalui pelbagai deria seperti deria lihat, dengar, rasa, baud an sentuh. Melalui proseo-proses ini kita dapat mencari maklumat terperinci untuk memahami gambaran yang ditunjukkan secara menyeluruh.

12 kumpulan kulaijaya

Selain itu, kita juga perlu mengenali unsur-unsur atau elemen-elemen yang boleh memberi makna apabila kita berinteraksi dengan orang lain. Berlatihlah mencari maklumat atau maksud yang tersirat dalam perlakuan atau tindakan seseorang dan mengenalpasti maksudnya. Kita juga boleh bertanya tentang sesuatu perkara yang kita tidak faham dengan orang yang sedang kita berinteraksi. Melalui cara ini, kita dapat menghindarkan diri kita daripada membuat tanggapan yang salah tentang orang tersebut.

Strategi yang seterusnya ialah kita perlu sentiasa dapat meningkatkan kesedaran tentang ketidakpastian atau kesilapan kita dalam membuat tanggapan atau kesimpulan dan sentiasa berusaha untuk memperbaikinya. Kita harus menyedari bahawa kita selalu membuat tanggapan yang kurang tentang seseorang. Kita seharusnya sedaya upaya untuk berwaspada dan peka dalam memahami tingkah laku seseorang sebelum membuat persepsi terhadap orang tersebut.

Seterusnya ialah kita seharusnya selalu memeriksan tanggapan kita terhadap orang lain atau persekitaran kita. Kita harus sentiasa mengenal pasti sama ada tanggapan atau kesimpulan yang kita buat itu betul atau salah, tepat atau tidak dan sebagainya. Kita juga harus sentiasa mencari maklumat tambahan melalui perlbagai sumber yang boleh dipercayai sama ada untuk menolak, menambahbaik atau mengesahkan persepsi yang sedia ada. Selain itu, kita juga boleh membuat penyelidikan tentang tanggapan kita dan memastikan sama ada tanggapan tersebut betul atau sebalik mengenai seseorang itu. Dengan cara ini, kita boleh mengelakkan diri kita daripada membuat tanggapan yang salah mengenai seseorang atau sesuatu keadaan di persekitaran kita.

Selain itu, kita seharusnya sedar bahawa orang lain juga membuat tanggapan terhadap diri kita. Sehubungan itu, kita juga boleh mendapatkan maklum balas yang membina dan ikhlas daripada orang lain tentang tanggapan mereka tentang diri kita dan menerima maklumat tersebut dengan hati terbuka dan ikhlas. Melalui cara ini, ia akan dapat menyedarkan kita bahawa orang lain juga sebenarnya membuat tanggapan terhadap diri kita sama ada baik atau buruk. Ia juga

13 kumpulan kulaijaya

dapat membantu kita supaya sentiasa membuat tanggapan yang baik tentang orang lain disekitar kita. Bila baik pandangan dan tanggapan kita terhadap orang lain, maka orang lain juga akan membuat tanggapan yang baik untuk diri kita.

Strategi yang terakhir yang boleh kita gunakan ialah kita sentiasa membentuk pelbagai orientasi, empati dan kesedaran tentang pelbagai perbezaan yang terdapat dalam diri setiap individu. Dalam hal ini, kita seharusnya bijak mencari sebanyak mungkin maklumat dan berkaitan yang boleh mempengaruhi sesuatu tindakan, tingkah laku atau perilaku seseorang dalam menghadapi sesuatu perkara atau situasi. Melalui cara ini, ia dapat membantu kita membentuk tanggapan yang posotif terhadap sesorang.

Kesimpulannya, tanggapan ialah proses kita membuat penilaian tentang seseorang atau sesebuah masyarakat. Ia bukan sesuatu yang semulajadi tetapi ia merupakan satu kemahiran yang boleh di pelajari melalui pelbagai cara sama ada melalui deria, pembacaan dan sebagainya. Terdapat pelbagai halangan dalam proses kita membentuk tanggapan terhadap orang lain.Halangan-halangan ini kadang kala menyebabkan kita sering tersalah anggap tentang seseorang atau sesuatu keadaan. Namun begitu, halangan halangan ini boleh kita elakkan dengan menggunakan pelbagai kaedah atau strategi yang dapat membantu kita memperbaiki tanggapan kita terhadap orang lain. Dengan ini, kita dapat menjalani kehidupan bersosial yang baik dan mesra.

14 kumpulan kulaijaya

BIBLIOGRAFI 1. http://www.mindtools.com/CommSkll/FirstImpressions.htm 2. http://www.thaindian.com/newsportal/tag/impression-formation 3. Understanding and managing, Organizational Behavior 2nd Edition, Jennifer M. George, Gareth R. Jones 4. International Edition, Management Building Competitive Advantange 4th Edition, Bateman Snell 5. Psikologi Perkahwinan & Keluarga, semakin Hari Semakin sayang, 2010, Cr. Hj. Hushim Hj. Salleh, Cr. Ida Hartina Ahmed Tharbe, bukit Tinggi Business Management 6. Psikologi Pembelajaran, 2010 Kamarudin Hj. Husin, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 7. http://psychology.about.com/od/socialpsychology/a/person-perception.htm 8. http://www.scribd.com/doc/17895405/Persepsi-Dalam-Komunikasi-Antara-an

15 kumpulan kulaijaya

LAMPIRAN POWERPOINT

You might also like