You are on page 1of 11

7. How does relationship grow? Does physical attractiveness influence the liking and love for others?

( Bagaimana hubungan itu berkembang? Apakah mempengaruhi daya tarikan fizikal menyukai dan cinta untuk orang lain ? ) JAWAPAN: Apa itu perhubungan? Menurut Wikipedia Encyclopedia, perhubungan membawa maksud kepada hubungan atau kaitan atau jaringan sosial yang terbina di antara dua individu atau lebih yang melibatkan perasaan, komitmen, kerjasama dan keperluan. Sebagai contoh hubungan di antara ibu dan anak, guru dan murid, pasangan kekasih, penjual dan pelanggan dan lain-lain lagi. Sesebuah perhubungan akan melibatkan proses saling mempengaruhi antara satu sama lain, perkongsian pendapat dan perasaan dan selalunya akan melibatkan satu aktiviti yang dilakukan bersamasama. Perhubungan yang mesra antara individu dengan sahabat dan keluarga dalam kehidupan seharian amat penting untuk memelihara keharmonian dan kesejahteraan hidup. Sebaliknya, hubungan yang tegang antara ibu bapa, suami isteri dan

sebagainya antara faktor yang mempengaruhi jiwa dan masa depan anak-anak mereka. Justeru itu untuk memelihara keharmonian di dalam sesebuah perhubungan, seseorang itu haruslah mempunyai ilmu pengetahuan dan juga kemahiran dalam menjalinkan hubungan bagi memantapkan suasana hubungan yang sedia ada. Ilmu dan kemahiran ini boleh didapati dengan mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan

perhubungan dan juga melalui pengalaman iaitu semasa dalam proses interaksi dan sosialisasi sesama individu di dalam kehidupan seharian. Seseorang individu itu

juga perlu peka dan prihatin kepada aspek-aspek penting yang terkandung dalam pemantapan perhubungan. Aspek-aspek tersebut antaranya adalah kemahiran membina hubungan, berkasih sayang dan lain-lain lagi. Ilmu pengetahuan di dalam bidang ini penting juga

kerana dapat memberi maklumat dan input yang berguna dalam membuat pemilihan

pasangan untuk

iaitu

sebelum

menjalinkan atau

hubungan,

semasa

dan

berikutnya apabila

bagaimana berakhirnya

menghadapi

perpisahan

mengendalikan

perasaan

sesebuah hubungan. Kehidupan sosial dan berkeluarga memerlukan banyak komitmen dari segi psikologi dan emosi. Ia menuntut kematangan emosi dan pemikiran untuk menghadapi dan mengendalikan hakikat kehidupan yang sebenar. Bersatu dalam satu perhubungan adalah juga satu komitmen-komitmen untuk sama-sama berusaha

memahami di antara satu sama lain. Ramai yang tidak dapat melaksanakan komitmen ini dalam sebuah perhubungan yang kekal. Tanpa sebarang komitmen, tidak akan ada satu perhubungan yang sejati kerana hanya melalui ikatan cinta, kepercayaan dan rasa hormat akan wujud satu perhubungan yang kekal dan memuaskan. Menurut Kamus Dewan, hubungan bermaksud sambungan, rangkaian, hasil berhubung, kaitan, pertalian dan sangkut paut. Manakala rapat pula didefinisikan sebagai erat, karib, kuat dan teguh. Oleh itu, perhubungan rapat bolehlah didefinisikan sebagai kaitan atau pertalian yang sangat erat dan karib. Berdasarkan definisi tersebut, perhubungan yang akan dibincangkan dalam kerja kursus ini adalah berkaitan perhubungan dalam konteks keluarga, sahabat, kekasih dan teman hidup. Menurut Susan S. Hendrick (1995), The multidisciplinary area of close relationships includes research from psychology, sociology, communications, family studies and other disiplines close and or is concerned (for with interpersonal romantic relationships that can be

considered

personal

example,

relationships,

friendships,

workplace relationship ). Dalam Robert S. Feldman (1998), menurut ahli Psikologi Sosial Sharon Berhm (1992), perhubungan rapat juga 3 merujuk faktor iaitu kepada lekatan perhubungan emosi, lagi, yang intim yang untuk

sekurang-kurangnya memenuhi (perhubungan

mempunyai dan merujuk

keperluan close

kehendak rapat)

kebergantungan. kepada

Menurutnya intim

relationship sebagai

perhubungan

disifatkan

memiliki sekurang-kurangnya salah satu daripada sifat tersebut iaitu emotional attachment (perasaan sayang menyayangi), need fulfillment (perlukan kepuasan), dan interdependence (kebergantungan). Emotional attachment atau lekatan emosi ialah perasaan positif terhadap seseorang walaupun kadang-kala negatif. Apabila seseorang itu menjalinkan hubungan dengan seseorang sahabat, pasti tidak dapat lari dari mempunyai perasaan terhadap individu tersebut.

Contohnya apabila kita mempunyai seorang sahabat karib di kolej, pasti tidak dapat mengelak daripada mempunyai lekatan emosi terhadap sahabat baik kita itu seperti kadang kala kita akan rasa sayang padanya. Apabila berjauhan ketika bercuti semester kita akan

merinduinya. Interdependence

atau kebergantungan merupakan tahap yang saling

mempengaruhi dan menyertai beberapa aktiviti serta mereka akan merasa seronok dengan aktiviti tersebut. Contohnya apabila seorang anak kecil, ia memerlukan tahap kebergantungan terhadap kedua ibu bapanya untuk memenuhi keperluan keselamatan. Need fulfillment atau keperluan untuk memenuhi atau dipenuhi kehendak oleh individu yang mempunyai perhubungan rapat dengan kita. Sikap dua orang individu berfikir secara bersama, secara tidak langsung mereka saling bergantung dan akan mewujudkan satu perhubungan. Sebagai contoh, kita akan cuba memenuhi kehendak kedua ibubapa dengan rajin belajar dan bertingkah laku seperti yang diasuh mereka. Manakala dalam masa yang sama kita juga mempunyai perasaan ingin mencuba dan mengikuti trend rakan-rakan di sekeliling. Dan ini akan membina satu hubungan di antara diri kita dan trend terkini yang membuatkan kita terikut-ikut akan budaya tersebut supaya menimbulkan rasa kepuasan dalam diri kita sendiri. Bagaimana hubungan itu berkembang? Perhubungan adalah sesuatu yang penting kepada setiap individu kerana melalui perhubungan, ianya akan membentuk kehidupan individu yang lebih bermakna. Kehadiran ibu bapa, rakan-rakan, kekasih, anak-anak dan sebagainya amat penting dalam membentuk sesebuah perhubungan. Hubungan akan berkembang dengan maksimanya, apabila kedua belah pihak saling positif dan terbuka dalam menyampaikan komunikasi. Manusia akan dapat melakukan proses penetrasi sosial apabila hubungan persahabatan mula berkembang. Penetrasi sosial adalah proses untuk meningkatkan keterbukaan dan keakraban dalam sesuatu hubungan. Dalam proses ini , komunikasi berkembang dari hubungan yang tidak rapat menjadi lebih dekat dan lebih mengenali manusia lain. Semakin terbuka komunikasi yang terjalin, maka semakin erat hubungan yang terbentuk. Menurut Littlejohn ( 1999 ) , perkembangan hubungan itu sendiri ada empat tahap yang perlu dilalui agar sesebuah hubungan itu menjadi lebih erat iaitu orientation ( orientasi

pertukaran )

, exploratory affective exchange ( eksplorasi pertukaran afektif ) , affective

exchange ( pertukaran afektif ) dan stable exchange ( pertukaran yang stabil). Empat tahap perkembangan iaitu : I. Orientation terdiri dari ramai orang yang berkomunikasi, di mana seseorang mendedahkan maklumat yang sangat umun tentang dirinya. Apabila tahap ini dapat diterima oleh semua orang, maka perkembangan ini akan diteruskan oleh tahap yang berikutnya. Contohnya penceramah yang sedang menyampaikan syarahan kepada sekumpulan pelajar. Sekiranya penyampaian maklumat itu dapat diterima dan difahami oleh para pelajar, maka di situlah bermulanya perkembangan hubungan pada peringkat pertama. II. Exploratory affective exchange Proses mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pertukaran maklumat. Semasa proses bertukar maklumat, individu harus mengetahui apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi proses pertukaran itu. Contohnya pengaruh perbezaan budaya. Untuk menyampaikan sesuatu maklumat di kalangan kumpulan masyarakat yang tinggal di kampung adalah berbeza dengan kumpulan masyarakat yang tinggal di bandaraya. III. Affective exchange kemahiran berhujah, menghuraikan, dan menghubungkaitkan sesuatu maklumat dengan perkara-perkara yang berkaitan. Individu mahir

menghubungkaitkan sesuatu maklumat dengan isu-isu semasa akan memudahkan hubungan itu terbina. Contohnya dengan menggunakan props dan bahan-bahan maujud di dalam pengajaran dan pembelajaran, ini akan lebih memudahkan murid memahami dan menerima maklumat yang ingin disampaikan oleh guru. IV. Stable exchange - memiliki hubungan yang sangat erat dan membenarkan seseorang itu untuk membuat tindakan dan memberikan tindakbalas yang baik. Di dalam tahap ini, satu hubungan yang sempurna telah pun terbina. Di mana kedua-dua belah pihak sudah berasa selesa di antara satu sama lain.

Knapp(1984) telah menulis satu analisis lengkap mengenai tahap-tahap membangun, mengalami dan mengakhiri hubungan, dan jenis komunikasi pada setiap tahap hubungan tersebut. Tahap-tahap dalam membina hubungan meliputi tahap Permulaan (Initiating). Ia

merupakan langkah yang pertama yang dilakukan untuk menyatakan minat, menyatakan hasrat dan tujuan kita ingin membina hubungan. Contohnya jurujual yang sering menggunakan iklaniklan yang menarik, pakaian yang menarik, dan menawarkan diskaun-diskaun yang banyak untuk menarik perhatian pelanggan-pelanggan. Tahap kedua ialah tahap di mana membincangkan topik-topik percakapan untuk mengenal diri orang lain. Tahap ini adalah cara yang aman untuk mengetahui persamaan dan perbezaan-perbezaannya. Pada tahap ini kita terus menerus mencari cara-cara membangun beberapa kepentingan yang sama. Adalah jauh lebih mudah untuk berbual dengan seseorang bila kita mengetahui kita mempunyai suatu persamaan dan perbualan juga lebih menyenangkan. Setiap komitmen pada tahap ini umumnya sangat terbatas. Biasanya hubungan masih bersifat sambil lalu dan santai. Tahap penggiatan (Intens Ifying) merupakan tahap awal keintiman, berbagai informasi peribadi, dan awal pengetahuan yang lebih banyak dikumpul. Tahap ini merupakan tahap yang banyak perubahan dalam perilaku komunikasi, baik komunikasi dan juga kefahaman antara satu sama lain. Berdasarkan empat tahap perkembangan ini, ahli ahli psikologi perkembangan ingin memahami dan mengkaji proses-proses perkembangan manusia, menjelaskan tentang mengapa dan bagaimana manusia berubah mengikut peredaran masa. Semua manusia secara universal berubah mengikut cara-cara yang sama tetapi dalam banyak cara tiap-tiap manusia berbeza antara satu sama lain. Oleh sebab itu ahli psikologi perkembangan juga ingin menentukan dari sudut manakah manusia berbeza antara satu sama lain dan mengapa perbezaan ini wujud. Perbezaan ini dapat dilihat berdasarkan kajian psikologi perkembangan yang mempunyai empat dimensi iaitu dimensi perkembangan biologi, kognitif, emosi dan sosial. Perkembangan biologi melibatkan asas-asas genetik bagi perkembangan, pembesaran fizikal pada semua bahagian badan, perubahan-perubahan dalam perkembangan motor, deria dan sistem-sistem tubuh badan, penjagaan kesihatan pemakanan, tidur, kognitif, seksual dan sebagainya. Dimensi yang kedua iaitu perkembangan kognitif, yang melibatkan perubahanperubahan dalam proses pemikiran, pemelajaran, ingatan, menilai, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi. Ia merangkumi pengaruh baka dan persekitaran dalam proses-proses perkembangan. Manakala dimensi yang ketiga ialah perkembangan emosi merujuk kepada perkembangan perapatan, rasa percaya, keselamatan, kasih sayang dan cinta. Begitu juga dengan

pelbagai jenis emosi dan perasaan yang lain. Perkembangan ini juga melibatkan perkembangan konsep-konsep kendiri dan autonomi, tekanan, gangguan-gangguan emosi dan sebagainya. Akhir sekali perkembangan sosial menekankan soal proses - proses sosialisasi, perkembangan moral dan perhubungan dengan rakan sebaya dan keluarga. Ia juga melibatkan persoalan-persoalan perkahwinan, rumah tangga, kerjaya dan pekerjaan. Dalam perbualan sehari-hari, kita kerapkali mendengar kenyataan-kenyataan

seperti Encik Sharif memang ada personaliti, Cik Siti ialah personaliti yang baik atau Cik Farah ialah personaliti televisyen yang terkenal. Tahukah anda tentang pengertian personaliti? Apa hubung kaitnya dengan perhubungan seseorang itu? Sebenarnya, setiap individu yang wujud di permukaan bumi ini mempunyai sifat, sikap, gaya dan personaliti tersendiri. Dikalangan individu juga berbeza-beza, maksudnya tidak ada individu yang benar-benar sama dari sifat-sifatnya dan setiap individu adalah unik, tetapi berkongsi sama beberapa sifat tertentu dengan orang lain. Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu itu, dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia dengan manusia yang lain. Personaliti dan perkataan Inggeris person adalah dua perkataan yang berkait rapat. Pada umumnya, personaliti akan memperlihatkan seseorang individu tersebut secara khusus, personaliti adalah sifat-sifat yang ada pada seseorang individu seperti cara ia berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi dan lain-lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Oleh itu, personaliti akan memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi dan kognitif seseorang individu. Pembentukan personaliti seseorang individu adalah dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Faktor genetik merujuk kepada faktor baka. Baka akan menentukan saiz badan (fizikal), kecerdasan, potensi dan setengah-setengah penyakit seseorang individu. Kesemua unsur ini akan mempengaruhi personaliti seseorang individu. Manakala persekitaran pula memang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu. Antara faktor-faktor persekitaran itu termasuklah keluarga, institusi pendidikan, rakan sebaya, media massa dan masyarakat. Personaliti individu turut mempengaruhi perkembangan hubungan yang dibina oleh sesetengah individu. Menurut Menninger (1930), personaliti membawa maksud apa-apa yang

sebenarnya yang menghuraikan tentang seseorang. Ini adalah kerana pengertian personaliti itu merujuk kepada kemahiran sosial. Personaliti seseorang dinilai melalui cara dia berjaya mendapatkan tindak balas yang positif daripada orang lain dalam pelbagai situasi. Konsep pertumbuhan dan perkembangan di dalam teori personaliti adalah berhubung rapat dengan proses perkembangan membina hubungan. Satu tafsiran tentang pertumbuhan dan perkembangan mengambil kira perubahan struktur organisme daripada peringkat bayi hingga dewasa, dan juga segala perkembangan yang berlaku dalam proses tersebut. Antara faktor-faktor persekitaran dalam pembentukan personaliti ialah pengalaman yang dilalui oleh seseorang sebagai ahli dalam satu kelompok yang mempunyai budaya tertentu. Contohnya budaya yang ada di kalangan rakyat Negara Jepun. Budaya mereka yang bersopan santun, tertib, berdisiplin dan taat kepada pemerintah. Budaya ini membuatkan orang Jepun orang yang terpengaruh. Mereka mudah mempengaruhi orang lain dan ini akan menggalakkan pembinaan hubungan. Faktor persekitaran lain juga menyebabkan perbezaan antara individu dalam satu budaya atau kelas sosial. Satu perbezaan yang nyata ialah pengaruh keluarga. Terdapat berbagai-bagai cara ibu bapa berhubung dengan anak-anak mereka, sama ada mesra dan banyak memberi kasih sayang atau dingin dan membenci, terlalu memberi perlindungan atau menyedari tentang keperluan anak untuk bebas dan berdikari. Ini kita boleh kaitkan dengan situasi hari pertama persekolahan untuk murid prasekolah. Bagaimana mereka membina hubungan dengan rakanrakan mereka? Ada murid yang hanya duduk diam dan tidak mahu bermain dengan rakan-rakan yang masih belum mereka kenali. Ada murid yang sudah boleh bermain dengan rakan-rakan yang baru mereka kenali. Ini berlaku kerana sesetengah mereka datang dari keluarga yang berbeza. Setiap pola tingkah laku ibu bapa member kesan kepada pembentukan personaliti anak. Banyak kajian yang telah dibuat oleh ahli psikologi tentang perbezaan di kalangan keluarga dan kemudiannya terdapat pula fokus kepada kajian tentang perbezaan yang wujud di kalangan ahliahli dalma sesebuah keluarga. Maksudnya di sini ialah selain terdapatnya perbezaan pola tingkah laku di kalangan keluarga yang berlainan, terdapat juga perbezaan pengalaman bagi anak-anak daripada keluarga yang sama. Misalnya, pengalaman anak pertama mungkin berbeza yang dialami oleh anak bongsu. Ia juga merujuk kepada perhubungan antara kedua-dua ibu bapa semasa anak-anak membesar. Sudah menjadi fitrah manusia, apabila seseorang itu ingin menjalinkan sesuatu perhubungan, seseorang akan menilai personaliti orang yang akan berhubungan dengan dirinya.

Hal ini kerana, fitrah manusia merujuk kepada sifat semula jadi yang terdapat pada setiap insan. Menurut Hasan Langgulung, fitrah boleh dipandang dari dua sudut. Pertama, fitrah boleh dimaksudkan sebagai sifat-sifat semula jadi manusia atau sifat-sifat Tuhan yang menjadi potensi manusia sejak lahir lagi. Akan tetapi, fitrah juga boleh dilihat dari segi wahyu Tuhan yang diturunkan kepada Nabinya-nabinya. Keadaan ini ibarat sekeping syiling;sebelah muka ialah sifat semula jadi manusia manakala sebelah lagi ialah wahyu. Apabila seseorang itu menjalinkan hubungan dengan seseorang sahabat, pasti tidak dapat lari dari mempunyai perasaan terhadap individu tersebut. Contohnya apabila kita mempunyai seorang sahabat karib di kolej, pasti tidak dapat mengelak daripada mempunyai lekatan emosi terhadap sahabat baik kita itu seperti kadang kala kita akan rasa sayang padanya. Apabila berjauhan ketika bercuti semester kita akan merinduinya. Apakah hubungan mempengaruhi daya tarikan fizikal menyukai dan cinta untuk orang lain? Perbezaan antara perasaan suka dan cinta ialah SUKA akan menimbulkan perasaan hormat dan penilaian secara positif terhadap individu lain. CINTA membuatkan seseorang itu berasa asyik dan membuatkannya ingin selalu bersama-sama pasangannya. Individu yang bercinta, pada kebiasaannya mempunyai perasaan emosi dan naluri yang sangat tinggi. Bagi sesetengah ahli psikologi, cinta adalah sesuatu yang bersifat peribadi . Apabila diri dikuasai oleh cinta, ketidakstabilan emosi akan berlaku dan individu-individu yang bercinta mungkin akan mengalami perasaan cemburu dalam sesetengah keadaan tertentu. Perasaan seperti ini adalah normal dan sememangnya sudah menjadi lumrah dalam bercinta. Apabila sesuatu hubungan itu berkembang, maka akan wujudlah perasaan suka, sayang, kasih dan cinta. Perasaan ini lahir dari satu perhubungan yang erat dan mendalam. Dapatan dari satu kajian yang dibuat oleh Elaine Hatfield dan rakan-rakannya mendapati, apabila lelaki dan perempuan dipasangkan dalam satu majlis, telah menunjukkan tarikan fizikal memainkan peranan utama dalam menentukan sama ada individu tertentu disukai oleh pasangannya atau tidak. Hal ini dijelaskan lagi oleh ahli psikologi George Levinger. Beliau menjelaskan terdapat tiga tahap perhubungan asas iaitu tahap pertama Kesedaran ( Awareness ). Seseorang individu

yang menyedari terdapat individu lain contohnya seseorang yang dilihat dalam bilik kuliah. Seseorang itu mungkin membentuk satu impresi terhadapnya tetapi tidak berlaku interaksi antara mereka. Tahap kedua ialah Kontak Permukaan ( Surface Contact ). Peringkat ini merupakan kontak-kontak permulaan di antara dua individu yang belum saling mengenal antara satu sama lain. Ia juga termasuk interaksi yang berulang-ulang yang berlandaskan peranan seperti interaksi perseorangan antara seorang pegawai dengan pekerja bawahannya. Manakala tahap yang ketiga ialah Saling Membalas ( Mutuality ). Peringkat di mana terdapatnya kontak-kontak perhubungan yang semakin kerap. Interaksi di antara individu lebih bersifat peribadi dan hubungan yang saling bergantung lebih mendalam. Dalam peringkat ini juga individu akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman antara satu sama lain serta norma peribadi yang mana secara tidak rasmi mengawal perhubungan mereka. Perhubungan ini diperkuatkan lagi dengan Tarikan Fizikal yang didapati beroperasi mengikut empat tahap perkembangan iaitu sewaktu temujanji pertama, seterusnya, temujanji yang berikutnya sehingga membawa kepada perhubungan yang lebih erat. Apabila kita menyukai seseorang, setiap tindak tanduk atau perlakuannya menarik di mata kita dan menimbulkan satu perasaan ingin tahu yang membuak-buak dan teruja. Seronok untuk kita melihat setiap perkembangan dan pergerakannya. Lebih kita menyukai seseorang individu itu, lebih lagilah penampilan dirinya yang dapat dilihat. Menurut tiga ahli psikologi ( H. Andrew Michener, John D. Delamater, Sholam H.Schwartz ), cinta adalah suatu perasaan yang jauh lebih kuat berbanding suka. Ia merupakan satu hubungan dengan seseorang yang amat kita ambil berat tentang pelbagai aspek kehidupannya. Kepentingan, kepuasan dan keperluan individu yang dicintai itu sama dengan keperluan dan kepuasan diri sendiri. Apabila seseorang mula menyukai dan mencintai seseorang, semestinya ada daya penarik yang menyebabkan timbulnya perasaan ini. Pelbagai tarikan yang ada pada seseorang individu dan antaranya ialah fizikal. Daya tarikan fizikal penting kerana ia mampu menaikkan taraf sosial

dan penghargaan kendiri individu apabila berpasangan dengan individu yang mempunyai kecantikan fizikal sebagai daya penarik. Antara agen yang boleh memainkan peranan sebagai daya penarik ialah wanita. Menurut Kamus Dewan ( 1970: 1192 ), daya tarikan bermakna menimbulkan rasa kasih, mempengaruhi atau menggoda hati orang lain dan membangkitkan perhatian atau minat seseorang. Sudah menjadi fitrah manusia ( wanita ) untuk menampakkan diri agar kelihatan atau dipandang cantik. Allah itu sendiri cantik dan suka kepada kecantikan, oleh itu manusia sendiri harus meletakkan kecantikan pada dirinya. Namun Islam ada menggariskan panduan untuk muslimah yang mementingkan kecantikan yang hakiki. Terdapat beberapa faktor di mana kecantikan itu boleh dibentuk iaitu faktor fizikal iaitu luaran, faktor mental iaitu dalaman dan faktor kerohanian iaitu membentuk roh. Kebiasaan, lelaki dan wanita akan dinilai tinggi sekiranya mempunyai pasangan yang cantik ataupun tampan. Ciri-ciri kecantikkan fizikal seseorang wanita adalah seperti memiliki mata yang bulat, dagu yang kecil, bulu kening yang tinggi dan tulang pipi yang timbul manakala ciri ketampanan lelaki adalah memiliki sepasang mata yang besar, tulang pipi yang menyerlah dan dagu yang besar dan berlekuk. Rupa paras yang cantik dan sempurna sememangnya menjadi daya tarikan fizikal seseorang itu. Apabila kita membincangkan tentang mempunyai daya penarik dan tidak mempunyai daya penarik, tanggapan pertama yang terpapar di minda ialah individu yang mempunyai paras rupa yang cantik adalah individu yang baik. Individu yang menarik dirumuskan sebagai individu yang ekstrovert, popular dan ceria. Ini bergantung kepada konsep kendiri seseorang. Hasil kajian mendapati individu yang mendapat perhatian yang secukupnya daripada keluarga dan orang sekeliling merupakan seorang yang mempunyai daya penarik yang baik. Satu kajian yang dilakukan oleh London Guildhall University ke atas 11,000 individu mendapati sesorang yang merasakan dirinya tidak mempunyai tarikan fizikal yang menarik akan dapat memperolehi pendapatan 13% lebih kurang berbanding dengan individu yang merasakan dirinya memiliki tarikan fizikal yang tidak menarik. Tidak kira lelaki atau perempuan, mereka menjadikan tarikan fizikal sebagai kayu pengukur keupayaan dan kebolehan mereka.

Dalam satu kajian lain ada mengatakan seseorang membuat tanggapan mengenai daya penarik fizikal dengan hanya melihat apa yang mereka nampak tetapi juga apa yang mereka tahu tentang seseorang itu. Persepsi istilah cantik itu sebenarnya dipengaruhi oleh nilai-nilai yang terdapat di dalam diri seseorang. Individu yang mempunyai karakter personaliti yang positif seperti bijak, lucu, baik hati, rajin, jujur dan amanah merupakan individu yang lebih mempunyai daya tarikan fizikal berbanding dengan individu yang mempunyai karakter personaliti yang negatif seperti materialistik, tidak jujur, bengis, biadap dan lain-lain. Kesimpulannya di sini, daya tarikan fizikal bukan sahaja dinilai melalui paras rupa yang menarik, tubuh badan yang menggiurkan tetapi nilai-nilai murni yang terdapat di dalam diri individu turut memberi impak kepada hal berkenaan. Nilai-nilai menghormati orang lain, berbudi bahasa, rajin, jujur dan amanah, berketrampilan menarik dan lain-lain turut mempengaruhi pembentukan persona bagi setiap individu. Justeru itu , setiap manusia melakukan komunikasi untuk keperluannya agar dapat dipenuhi oleh orang lain. Dengan demikian, ada pergantungan di antara keduanya. Dalam pergantungan itu, manusia akan terus menerus menjalin sebuah ikatan hubungan, untuk saling mengisi kekurangan serta kelebihan masing-masing dan apabila ikatan hubungan yang terjalin tersebut dirasa menguntungkan, maka kemungkinan hubungan ini akan terus berlanjutan. Kejayaan membina hubungan sesama manusia bererti membuat orang lain atau sesiapa sahaja menyukai anda. Itulah seni terpenting dalam membina hubungan dengan manusia. Siapa yang tidak ingin untuk disukai dan dicintai oleh semua orang, agar berjaya dalam menjalinkan hubungan dengan manusia, Charles Schwab mengatakan Murah hati dalam penerimaan dan setia dalam memberi perhargaan .

You might also like