You are on page 1of 24

[Type the document title] [Year]

1.0 PENDAHULUAN Matlamat kurikulum bahasa melayu sekolah rendah dan menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan social dan urusan harian. Perkara ini menunjukkan kepentingan kemahiran penggunaan bahasa melayu dalam kalangan murid-murid. Sehubungan itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (1983), member tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Sukatan Pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya mberikan pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan Pelajaran ini juga memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Melalui tugasan ini, saya perlu mengenal pasti kemahiran- kemahiran yang saya gunakan di dalam rancangan pengajaran harian saya iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, dan kemahiran menulis yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahap dua.

2.0 KONSEP MENDENGAR Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan.Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level). Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat

[Type the document title] [Year]


memahami maksud serta boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat. Kemahiran ini juga dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa yangbertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu. Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran.Menurutnya lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada percakapan dan pendengaran. Menurut Yahya Othman dalam buku Pedagogi Bahasa pula menyatakan bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana

penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa yang digunakan adalah bagi tujuan mendengar. Keupayaan mendengar yang berkesan perlu ditekankan supaya pelajar dapat menguasai semua mata pelajaran ketika di dalam kelas. Pada peringkat yang lebih tinggi, pelajar mendengar pada jangka masa yang lama sebelum mencuba untuk bertutur. Kemahiran mendengar juga memberikan peluang kepada pelajar mendapatkan makna bagi mesej yang didengar bagi bahasa itu. Hal ini juga dapat membantu pelajar memperbaiki kemampuan dari segi penggunaan bahasa dengan lebih baik lagi. Sekirannya pelajar tidak menguasai kemahiran mendengar ini dengan baik, maka mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru semasa pengajaran di dalam kelas.

2.1 Pendekatan Dan Kaedah Kemahiran Mendengar

[Type the document title] [Year]


Pendekatan yang digunakan dalam kemahiran membaca ini ialah pendekatan komunikatif. Pendekatan ini mengutamakan kecekapan

berkomunikasi .Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sistem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi, kecekapan yang pertama membolehkan seseorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Dalam hal ini, proses kemahiran mendengar juga penting untuk menerima maklumat yang telah ditutrkan oleh penutur. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya. Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru . Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid- murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Kaedah audio lingual merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan berdasarkan pendekatan komunikatif. Kaedah audo-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan murid

menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan mendengar dan bertutur secara intensif. Kaedah pengajarani ni berlandaskan prinsip-prinsip berikut: i. ii. iii. Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman; Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan diajar tentang pengetahuan bahasa iv. v. Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif Bahasa berbeza antara satu sama lain.

Sebelum murid menguasai pertuturan, murid perlu menguasai kemahiran mendengar terlebih dahulu. Hal ini kerana murid perlu mendengar dengan teliti apa yang telah dituturkan oleh guru. Kaedah ini juga

[Type the document title] [Year]


beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Oleh yang demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan

bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Selain itu juga,unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut: i. ii. iii. iv. Murid mendengar dialog dalam bahasa asing. Murid meniru dan menghafal dialog tersebut. Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog. Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.

Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran mendengar. Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanakkanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz. Sebelum meniru dan menghafaz, kanak-kanak perlu menguasai kemahiran mendengar terlebih dahulu.

3.0 KEMAHIRAN BERTUTUR Kemahiran bertutur adalah komunikasi bahasa yang paling asli dan amat penting untuk dikuasai oleh semua orang. Kemahiran bertutur juga amat berkait rapat dengan kemahiran mendengar. Hal ini kerana secara fitrahnya manusia tidak hanya mendengar

[Type the document title] [Year]


atau bertutur semata-mata, sebaliknya mereka boleh melakukan aktiviti mendengar dan bertutur pada masa yang sama. Dengan kata lain, kita boleh menuturkan sesuatu ujaran dan dalam masa yang sama mengintepretasikan dan memahami bunyi ujaran orang lain yang kita dengar. Jesteru, kemahiran mendengar dan bertutur yang diaplikasikan di sekolah-sekolah lazimnya akan dijalankan secara beriringan. Penguasaan bahasa dalam kalangan kanak-kanak berlaku secara beransuransur, iaitu bermula daripada kemahirannya mendengar pertuturan orang disekitarnya. Seterusnya, mereka akan cuba mengajuk bunyi yang didengarnya dan akhirnya

mereka dapat menuturkan bunyi-bunyi bahasa tersebut. Hal ini bermakna kemahiran mendengar dan bertutur dikuasai oleh kanak-kanak sebelum kemahiran membaca dan menulis. Kemahiran bertutur juga didapati mempunyai hubungan dengan operasi mental kerana ia merupakan penginterpretasian ujaran, iaitu proses yang membolehkan individu memahami dan menelah ujaran yang didengar. Dengan kata lain, kemahiran bertutur berlaku pada peringkat pelahiran. Mereka yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik secara tidak langsung dapat mempertingkatkan keyakinan diri dalam bersosialisasi. Bertutur adalah sebagai medium komunikasi yang melibatkan tiga

perkara asas iaitu, siapa yang berkata, apa yang diperkatakan dan siapa pendengarnya.

3.1 Konsep Kemahiran Bertutur Bertutur ialah kegiatan melafazkan dan melahirkan bunyi-bunyi bahasa yang bermakna bagi membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain dalam suasana berbahasa.Dengan kata lain, kemahiran bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan amat diberikan kepada komunikasi dan penggunaan pengucapan yang

[Type the document title] [Year]


menggunakan tatabahasa yang betul dan sesuai. Manakala, penekanan terhadap kemahiran bertutur dalam kurikulum Bahasa Melayu pula digambarkan melalui kemahiran berkomunikasi dan melahirkan idea. Oleh yang demikian, konsep umum kemahiran bertutur adalah berkait rapat dengan keupayaan manusia mengujar kata-kata serta dapat melibatkan individu bercakap. Bertutur juga bermaksud penutur menzahirkan pendapat dan perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna serta merujuk kapada aktiviti melafazkan kata-kata untuk tujuan berinteraksi.

3.2 Objektif Kemahiran Bertutur Objektif pengajaran kemahiran bertutur dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (KBSR) adalah untuk membolehkan murid-murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam berbagai-bagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam aktiviti perbahasan, syarahan dan lain-lain. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan supaya murid boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat. Pengajaran dan pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid: a) Menyebut dengan jelas b) Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi c) Melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat d) Memberi penerangan dan member alasan e) Menunjukkan arah f) Membina soalan untuk mencari maklumat g) Bertemu ramah h) Bertukar-tukar pendapat dan maklumat

[Type the document title] [Year]


i) Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasibertutur secara bertatasusila. Sehubungan dengan itu, sukatan pelajaran telah mencadangkan beberapa kemahiran kecil dalam kemahiran bertutur yang perlu dikuasai terlebih dahulu seperti dalam rajah yang berikut: a) Menyebut bunyi. b) Member arahan. c) Menyampaikan ucapan bertatasusila. d) Bersoal jawab e) Bercerita f) Menyampaikan berita dan laporan. g) Menyampaikan ucapan dan syarahan. h) Berlakon dan melafazkan puisi. i) Berbincang dan berbahas.

3.3 Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur ada dua jenis pendekatan sahaja, pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua jenis pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah. Pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsure-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa) manakala pendekatan komunikatif menguatamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan.

3.3.1 Pendekatan Situasi

[Type the document title] [Year]


Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu daripada beberapa kemahiran asas yang lain. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat,

menyembunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluimya aspek penggunanan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran contohnya guru perlulah memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi.

3.3.2 Pendekatan Komunikatif Pendekatan ini melihat bahasa sebagai alat perhubungan yang menunjukkan makna dan penggunaan bahasa memainkan peranan penting. (Drumfit & Johnson, 1985). Ciri-ciri penting dalam pendekatan komunikatif yang pertama ialah aspek makna sangat diutamakan. Kedua, sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, fungsi atau peranan komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan dan bukan dilakukan untuk dihafaz. Ketiga, konteks dan situasi penggunaan bahasa amat dipentingkan. Keempat, pembelajaran

[Type the document title] [Year]


bahasa merupakan pembelajaran untuk berhubung dan kemahiran bahasa dianggap sebagai kemahiran sosial. Kelima, bahan-bahan pembelajaran yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan situasia atau simulasi dalam aktiviti pengajaran. Keenam, stimulus atau aktiviti pembelajaran hendaklah menggalakkan atau

memberangsangkan murid-murid bercakap dan berkomunikasi, ataupun menggunakan Ketujuh, bahasa dalam pelbagai keperluan dengan

berkomunikasi.

keupayaan

berkomunikasi

menggunakan bahasa secara betul dan berkesan ialah matlamat pendekatan komunikatif.

3.4 Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Setelah diteliti, didapati bahawa hanya lima daripada tujuh kaedah yang dikemukakan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk kemahiran mendengar dan bertutur. Kelima-lima kaedah tersebut ialah seperti dalam rajah yang berikut:-

Kaedah Terus

Kaedah Komunikatif

Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur

Kaedah Fonetik/ Linguistik

Kaedah AudioLingual

Kaedah Elektik

[Type the document title] [Year]


Rajah 3.4.1: Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur

Kaedah terus merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa pertama secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus, iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Sehubungan itu, kemahairan mendengar dan bertutur turut diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah perkataan yang diganakan sehari-hari. Kaedah Fonetik atau linguistik pula ialah kaedah yang juga dikenali sebagai kaedah lisan atau reform dan berkait rapat dengan kaedah terus. Pengajaran berdasarkan kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran dan kemudian diikuti dengan latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut dimulakan dengan penyebutan bunyi, perkataan, frasa dan ayat. Kaedah Elektik pula didapati mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah lain dan menggabungkannya. Kaedah yang digabungkan misalnya, ialah kaedah nahu dan kaedah terjemahan yang diubah suai mengikut

situasi dalam pengajaran. kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan cirri-cri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Kaedah Audio Lingual pula ialah gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendenggar (audio) dan kemahiran bertutur (lingual). Oleh yang demikian kaedah ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti kemhiran mendenar dan bertutur. Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan piring hitam. Bahan-bahan yang dipergengarkan kepada murid ialah petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana misalnya, suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan cerita, berita, sajak, pantun, syair dan sebagainya. Melalui pengalaman mendengar etrsebutlah murid-murid dapat

10

[Type the document title] [Year]


berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih tubi. Kaedah komunikatif pula terbentuk berlandaskan teori huraian bahasa fungsian dan pula teori kecekapan komunikatif, teori interaksi. mankala Kaedah teori ini

pembelajarannnya

berlandaskan

mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Oleh itu, kaedah ini amat menitikberatkan pengajaran kecekapan berbahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan

komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan bertutur. Ketika murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka akan menguasai makna terlebih dahulu sebelumdapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu.

3.5 Starategi dan Teknik Kemahiran Bertutur Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran mendengar dan bertutur yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara dan strategi inilah yang akan menggambarkan perancangan dan perlaksanaan menyeluruh sesuatu agenda yang hendak dilaksanakan. Strategi pengajaran merupakan cara-cara yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkahlangkah pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan

11

[Type the document title] [Year]


bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan teknik pengajaranyang paling sesuai. Meskipun setiap

pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan. Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat. Berikut ialah di antara teknik pengajaran kemahiran bertutur : (a) Latih tubi; (b) Bercerita; (c) Bersoal jawab; (d) Perbualan / dialog/ wawancara (e) Perbincangan; (f) Berbahas/ debat (g) Main peranan dan simulasi; (h) Sumbang saran (i) Drama atau lakonan; (j) Melapor berita (k) Permainan bahasa; (l) Pengajaran puisi (m) Penyelesaian masalah; (n) Tunjuk Cara

4.0 KEMAHIRAN MENULIS Selain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia juga berkomunikasi melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunkasi yang paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis

menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsep-

12

[Type the document title] [Year]


konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman, (1991). tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan dan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi. Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk

berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau apa sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain. Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) tidak menguasai kemahiran menulis, sama ada tulisan mekanis ataupun tulisan mentalis. Peringkat kemahiran menulis :

4.1 Pramenulis a) Dalam peringkat ini murid murid di sediakan dengan aktiviti aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf- huruf dengan kemas dan betul. b) Latihan otot otot jari dan tangan serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid murid supaya mereka dapat membiasakan tangan mereka untuk memegang alat alat menulis seperti pensel , pen dan marker c) Biasanya murid murid yang cerdas dapat menulis dengan baik kerana mereka berjaya melahirkan idea dengan pantas dan bernas dan dapat koordinasi tangan dan mata dengan baik dan seterusnya dapat menulis dengan cepat dan cermat. d) Murid yang kurang cerdas akan mengalami kesukaran untuk melahirkan idea dan tidak dapat koordinasi tangan dan mata dengan baik.

13

[Type the document title] [Year]


Contoh aktiviti : Latihan menulis dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri

Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.

4.1.1 Peringkat menulis mekanis a) Peringkat melatih murid membentuk lambing lambing tulisan, membentuk huruf di atas kertas kosong dan kertas atau buku bergaris. b) Tujuanya adalah untuk membolehkan murid murid menguasai kemahiran huruf huruf kecil dan besar dalam abjad dengan betul dan seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf , suku kata, perkataan dan ayat. c) Guru harus member penekanan kepada kepentingan kemahiran ini disebabkan kemahiran ini harus dikusai oleh murid murid

14

[Type the document title] [Year]


sejak di peringkat awal supaya murid supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah di baca. d) Sekiranya murid murid dapat menguasai kemahiran menulis mekanis di peringkat awal secara tidak langsung dapat mengatasi atau mengurangkan masalah penguasaan 3M dalam kalangan murid Tahun 1 khasnya dan murid sekolah rendah amnya.

Contoh aktiviti : Latihan menulis bentuk yang mirip kepada bentuk penulisan seperti membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal.

4.1.2 Peringkat mentalis ( Pelahiran ) a) Melibatkan proses mental dan lazimnya dikuasai setelah murid murid menguassai kemahiran menulis secara mekanis. b) Oleh yang demikian, aktiviti- aktiviti latihan mental boleh dilaksanakan oleh guru untuk membantu murid murid menguasai kemahiran ini. c) Dalam kemahiran menulis peringkat ini, murid dilatih

melahirkan fikiran secara bertulis berpandukan gambar, perkataan, mengisi tempat kosong, dan melengkapkan ayat atau perenggan. Contoh aktiviti : Mengisi tempat kosong Melengkapkan ayat Membina ayat

15

[Type the document title] [Year]


Memanjangkan ayat Menuliskan ayat berdasarkan gambar Menulis karangan Menulis jawapan kefahaman Menulis rencana

4.2 Pendekatan Mengajar Kemahiran Menulis Kemahiran menulis boleh diajarkan secara berperingkat-peringkat. Untuk mencapai objektif kemahiran yang hendak dicapai, pengajaran menulis boleh diajarkan dengan menggunakan pendekatan- pendekatan tertentu seperti: Terkawal Berpandu Bebas Proses Komunikatif Pengalaman Bahasa

A. Pendekatan Terkawal Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu murid-murid menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur karangan.Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid-murid daripada melakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahu pun dari segi isi. Murid-murid menulis karangan dengan berpandukan sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru. Contoh aktiviti:

16

[Type the document title] [Year]


i. Mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataanperkataan yang telah disediakan terlebih dahulu. ii. Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap. iii. Menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan

bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan yang lengkap bersturuktur.

B. Pendekatan Berpandu a) Isi karangan telah diberikan oleh guru b) Murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang telah diberikan oleh guru. c) Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan mereka sendiri bagi melengkapkan perenggan. d) Kad-kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi

membantu murid-murid. e) Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita yang telah diberikan oleh guru f) Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh murid-murid. g) Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada murid-murid. h) Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar. i) Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam aspek wacana yang lengkap.

C. Pendekatan Bebas

17

[Type the document title] [Year]


a) Sesuai untuk kumpulan murid yang sudah menguasai aspek penulisan dengan baik. b) Murid-murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang

diberikan oleh guru c) Murid-murid mencari isi karangan sendiri d) Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka karangan e) Guru boleh memberikan beberapa perkataan ataua rangkai kata tertentu bagi membantu murid memantapkan lagi pengolahan. f) Penggunaan peribahasa digalakkan.

D. Pendekatan Proses a) Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh murid-murid. b) Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang

diberikan oleh guru c) Boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu d) Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio e) Bahan-bahan daripada folio disaring untuk menentukan

kesesuaian dengan tajuk karangan yang diberikan kepada mereka. f) Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalah sangat digalakkan

E. Pendekatan Komunikatif a) Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat perhubungan b) Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek penstrukturan karangan

18

[Type the document title] [Year]


c) Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat mereka tentang sesuatu idea. d) Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks perbincangan yang autentik e) Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar. f) Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multimedia dapat membantu murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.

4.3 Teknik Mengajar Kemahiran Menulis A. Permainan Bahasa Teknik permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti

tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah, guru memilih teknik permainan bahasa untuk mengukur keupayaan murid menguasai kemahiran menulis. Permainan bahasa merupakan satu aktiviti yang dirancangkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Aktiviti ini ada hubung kaitnya dengan kandungan pelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu, permainan bahasa boleh dijelaskan sebagai cara mempelajari bahasa melalui bermain atau murid belajar sambil bermain (Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Bt. Abdul Aziz, 1995:3). Teknik permainan bahasa mempunyai pelbagai jenis permainan yang boleh dijalankan oleh guru. Namun, terdapat tiga jenis aktiviti permainan yang boleh dijalankan di dalam kelas iaitu silang kata bergambar, mencari benda tersembunyi serta Roda Impian kosa

19

[Type the document title] [Year]


kata. Hasil dapatan menunjukkan ketiga-tiga jenis permainan ini telah digunakan oleh guru semasa pengajaran. Ini menunjukkan teknik permainan bahasa bukan sesuatu yang asing bagi guru kerana guru yang mewakili responden pernah menerima latihan perguruan daripada institut pengajian tinggi awam dan telah mempelajari pelbagai teknik-teknik pengajaran. Kenyataan ini turut dipengaruhi oleh bidang pengkhususan responden serta pengalaman guru mengajar bahasa Melayu. Permainan-permainan bahasa juga adalah permainan yang mudah dan tidak memerlukan penggunaan ruang dan masa yang banyak serta sangat menyeronokkan. Namun begitu, guru-guru perlu peka dalam menyediakan serta merancang permainan ini. Guru perlu merancang serta mengolah bahan agar sesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran dan dijalankan mengikut jangka masa yang sesuai.Guru secara khususnya merujuk kepada guru bahasa Melayu perlu mempelbagaikan teknik dan aktiviti pengajaran semasa berada di dalam bilik darjah. Guru perlu merancang serta memilih permainan yang sesuai dengan tahap keupayaan murid. Selain itu, guru juga perlu menitikberatkan aspek-aspek lain

seperti penggunaan ruang kelas, waktu, kos yang diperlukan serta keselamatan murid semasa aktiviti dijalankan. Guru juga perlu memastikan penglibatan semua murid secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Namun begitu, guru perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran asas tentang permainan bahasa melalui maklumatmaklumat yang terdapat di laman sesawan atau melalui pembacaan buku-buku yang berkaitan.

20

[Type the document title] [Year]


4.4 Kaedah Mengajar Kemahiran Menulis a) Pembelajaran bahasa komuniti community Language Learning (CLL) berkait rapat dengan pengajaran bahasa asing yang dipanggil teknik kemanusiaan. b) Kaedah ini menekankan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi ,ayat dan model-model abstrak bahasa. c) Murid perlu memahami sistem bunyi, makna dan tatabahasa d) Pelopor CLL mengemukakan teori Bahasa Sebagai proses Sosial yang menekankan enam perkara: Proses keseluruhan individu Proses pendidikan Proses Interpersonal Proses Perkembangan Proses komunikasi Proses kebudayaan

5.5 Aktiviti P & P a) Menggabungkan jenis pembelajaran inovatif dan konvensional, antaranya: Terjemahan Kerja kumpulan perbincangan tentang sesuatu topik. Menyediakan karangan atau cerita.

21

[Type the document title] [Year]


Transkripsi Menyalin semula pengucapan /perbualan dan menganalisis bentuk-bentuk linguistik. Analisis Menganalisis ayat dengan memberi perhatian kepada penggunaan leksikal dan peraturan gramatikal. Gambaran dan pemerhatian Murid membuat laporan tentang pengalaman dan perasaan mereka.

4.6 Strategi Mengajar Kemahiran Menulis Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar permulaan kemahiran tulisan mekanis dan juga untuk pengajaran pemulihan masalah tulisan. suatu program Kaminsky dan Powers (1981) mencadangkan pengajaran kemahiran tulisan mekanis bahawa hendaklah

mengandungi perkara-perkara berikut: i. mengawal ruang tulisan iaitu kepada ruang yang lebih kecil ii. iii. kelompokkan huruf yang memerlukan pergerakan yang sama; menunjukkan contoh bentuk huruf yang betul dan galakkan pelajar menyurih (tracing) model huruf; iv. v. sediakan banyak sesi latihan menulis; melibatkan pelajar dalam penilaian kendiri iaitu menggalakkan mereka mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka; dan vi. menerima bahawa tulisan bagi sesetengah pelajar adalah satu proses yang sukar dan memerlukan galakan dan sokongan. bergerak dari ruang yang luas

Pengajaran pemulihan menulis untuk kanak-kanak hendaklah dilakukan secara terkawal, iaitu garisan demi garisan mengikut urutan (stroke-by-stroke sequence) dengan bantuan guru. Cara ini akan dapat

22

[Type the document title] [Year]


menghalang pelajar daripada melakukan kesalahan seperti menulis terbalik, tulisan cermin, atau cara menulis huruf yang salah. Mengajar pemulihan tulisan bukanlah perkara mudah kerana pelajar yang mengalami masalah tulisan adalah disebabkan oleh masalahmasalah lain seperti ingatan jangka pendek, pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran, koordinasi mata-tangan, dan lemah otot-otot tangan. Oleh itu aktiviti pengajaran hendaklah mengambil kira masalah-

masalah yang dihadapi pelajar dan dilakukan peringkat demi peringkat. Cadangan pengajaran di bawah boleh dilaksanakan untuk pengajaran

pemulihan tulisan pelajar. i. ii. iii. iv. v. Latihan memegang pensel dengan betul. Latihan membuat pergerakan tangan dan jari semasa menulis. Membuat garis-garis lakaran. Membetulkan cara duduk pelajar semasa menulis. Memperkenalkan tulisan satu-satu (tulisan cap) dan dimulai dengan huruf kecil dahulu, manakala huruf besar diajar secara tidak langsung. vi. Kenal pasti kelemahan pelajar dan berikan latihan koordinasi

mata-tangan seperti menekap, menyalin, melengkapkan, pertalian jarak, menyambung titik, memadankan, mencari jalan keluar, dan sebagainya.

Cadangan aktiviti pengajaran pemulihan yang dinyatakan di atas boleh ditambah lagi mengikut kreativiti guru. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti pemulihan guru perlu memberi perhatian terhadap beberapa perkara penting supaya pengajarannya akan lebih berkesan lagi. Antaranya adalah:

23

[Type the document title] [Year]


i. ii. iii. guru perlu mengkaji kesediaan menulis pelajarnya terleblih dahulu; latihan aktiviti menulis hendaklah diperbanyakkan; suasana bilik hendaklah selesa termasuk kedudukan kerusi meja yang sesuai dengan pelajar; iv. v. bahan untuk menulis seperti kertas, pensel, hendaklah sesuai ; langkah dan urutan membentuk sesuatu huruf hendaklah

ditunjukkan kepada pelajar; vi. vii. pelajar jangan digalakkan menggunakan getah pemadam; buku latihan khas hendaklah disediakan untuk pelajar membuat latihan menulis di rumah.

Setelah

pelajar

sudah

boleh

menulis,

guru

sudah

boleh

memperkenalkan tulisan sambung kepada pelajarnya. boleh membantu pelajar

Tulisan sambung

daripada melakukan kesalahan menulis kerana

tulisan sambung mempunyai urutan garisannya yang tersendiri ketika menulis.

24

You might also like