You are on page 1of 4

Kek Gula Hangus

Bahan gula hangus : 1 cawan gula pasir 1 cawan air panas Cara membuatnya : 1 cawan gula pasir dijadikan gula hangus dengan api kecil. Bila gula cair sepenuhnya barulah masukkan 1 cawan air panas kedalam gula hangus tadi bermula dari tepi periuk. Hati2 dengan gula yang panas sewaktu masukkan air kerana gula akan meletup2 dan terpercik. Bahan Kek : 1/2 cawan susu pekat manis 1 cawan tepung gandum 4 biji telur 3 sudu besar butter 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat Cara membuatnya : 1. Alas loyang atau acuan dengan kertas minyak dan glis dengan butter ketepikan. 2. Pukul butter dengan telur hingga sebati. Tak perlu pukul hingga kembang, cukup dipukul hingga adunan sebati saja. 3. Masukkan susu pekat manis dan masukkan juga gula hangus tadi. kacau hingga sebati. 4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama. Dan kacau lagi hingga adunan rata. Perapkan sebentar dalam 10 minit. 5. Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C selama lebih kurang 45minit hingga 1 jam atau boleh uji kek dengan mencucuk lidi sate, bila ditarik keluar lidinya bersih tandanya kek sudah masak.

Moist Chocolate Cake Bahan-bahan: * 100g Serbuk Koko* * 200g Gula pasir* * 1 tin Susu sejat* * 200g Minyak Masak Sayuran* * 250g Susu Pekat* * 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih * 150g Tepung Gandum * 1 st Soda Bikarbonat * 1st Baking Powder

Cara-caranya:1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak. 2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering dan campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk. 3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik atau di letakkan minyak/mentega. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus 4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache. Penyediaan chocolate ganache: Bahan2: 150g coklat masakan 65ml whipping cream 1 sudu teh mentega Caranya: Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api. Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.

Chip Chocolate Biscuit Famous Amos Bahan-bahan ayak : 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum 10 gm (3 tsp) serbuk koko 2 Tbsp tepung jagung 1/2 tsp soda bikarbonate 2 Tbsp susu tepung Secubit garam Bahan-bahan lain : 250 gm mentega 150 gm gula kastor 1/2 tsp asen vanilla 1 biji kuning telur 100 gm (1/2 cawan) coklat chip 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional

Cara-cara : 1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang. 2. Masukkan kuning telur dan pukul rata. 3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan. 4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata. 5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN. 6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda. 7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Puding Karamel Bahan-bahan ( 22cm ) Bahan Untuk Puding:


10 biji telur ayam gred B 1 tin susu/krimer pekat manis (505gm) 1 tin susu air (guna tin susu tadi) 1/2 sudu kecil esen vanilla Bahan Untuk Karamel:

5 sudu besar gula pasir 3 sudu besar air panas

Cara-cara 1. Sediakan Karamel terlebih dahulu. Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air panas lagi. Boleh tambah sedikit air lagi jika terlalu pekat. Padamkan api. Tuangkan ke dalan bekas untuk dikukus. 2. Pecahkan telur kedalam mangkuk (cuci dulu telur tu). Masukkan susu/krimer pekat manis, Air dan esen vanilla bersama telur tadi. 3. Kacau rata bahan bahan tadi. (Jangan dipukul nanti kembang pulak). 4. Dah rata, Tapis dan tuang ke dalam bekas yang telah dituang karamel tadi. Kukus selama 30 minit. 5. Dah masak sejukkan dan bolehlah diterbalikkan ke atas pinggan hidangan.Selamat mencuba.

You might also like