You are on page 1of 24

KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA

INTERAKSI 1

BAHASA

STRUKTUR MASYARAKAT

JANTINA

KESEDARAN KEPELBAGAIA SOSIO-BUDAYA

ADAT RESAM

KEPERCAYAAN

BANGSA

BANGSA
Menurut Kamus Dewan (1999), bangsa merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama Menurut Kamus Pelajar (1993), bangsa ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifatnya.

Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang di anggap memiliki identiti bersama, yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut Contohnya, Melayu, Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membentuk identiti Malaysia yang ada kini.

Bangsa juga merujuk kepada nilai sosial seperti bekerjasama, toleransi, hormatmenghormati, setiakawan, dedikasi, persahabatan, perkongsian, kesabaran dan kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk mencorakkan suasana bilik darjah yang sihat dan dinamik.

ETNIK / KAUM
Merujuk kepada : Kelompok manusia yang mempunyai budaya yang berbeza merangkumi-: cara berfikir cara bertindak Sistem politik Kepercayaan Agama Bahasa Adat resam

RAS Satu kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal. Kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikalbiologikal yang nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya Merujuk kepada satu kelompok manusia yang menganggap diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal

KEADAAN DI MALAYSIA Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi konflik etnik. Hubungan antara etnik yang berbeza wujud dalam suasana yang baik dan mampu memacu perkembangan ekonomi negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara

PENYERAPAN BUDAYA
Penyerapan budaya melalui beberapa proses Asimilasi -budaya masyarakat majoriti/ dominan menyerap budaya masyarakat minoriti/imigran tanpa membawa perubahan kepada kebudayaan yang menyerapnya.

Amalgamasi -proses percantuman dari segi biologi berlaku melalui perkahwinan campur -perkahwinan akan menghasilkan satu kelompok baru yang seterusnya membentuk budaya baru dalam masyarakat berkenaan

Pluralisme -proses mempertahankan kepelbagaian budaya -ciri-ciri kebudayaan pelbagai kelompok dikekalkan -setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan kelompok, justeru itu terus mengamalkan budaya yang diwarisinya. Akomodasi -setiap etnik menyedari nilai dan norma antara satu sama lain. -Mereka menghormati budaya etnik lain dan dalam masa yg sama mempertahankan budaya mereka sendiri.

Akulturasi -Masyarakat menerima dan meminjam unsurunsur budaya golongan majoriti tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal -proses ini juga dikenali sebagai asimilasi budaya

STRUKTUR MASYARAKAT / KELAS SOSIAL

Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat yang sama Roucek dan Warren (1979) masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam manjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka hidup bersama De Fleur (1974) masyarakat sebagai sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasi sosial, dimana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi semua bidang tingkah laku sosial.

CIRI-CIRI UTAMA MASYARAKAT


Hidup berkelompok Mempunyai budaya Sering mengalami perubahan Saling berinteraksi sama ada dalaman dan dengan pihak luar Mempunyai pemimpin Mempunyai aturan sosial

Struktur masyarakat atau kelas sosial berperanan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam satu masyarakat juga akan menentukan pola kehidupan masyarakat. Contohnya, murid golongan bawahan dapat bergaul dan berinteraksi dengan murid golongan atasan tanpa mengira budaya dan masyarakat lain Murid perlu didedahkan supaya mereka dapat mengelakkan rasa tinggi diri dan seterusnya menerima rakan sebagai sebahagian daripada komuniti dalam kehidupan mereka

Hubungan yang baik juga dapat memupuk nilai persahabatan, nilai kerjasama dan nilai toleransi dalam bilik darjah yang menjamin kesejahtaeraan dan keharmonian murid. Hubungan yang baik menunjukkan adanya nilai-nilai penyayang dapat disemai dalam jiwa murid-murid. Oleh itu, masalah tingkah laku yang tidak diingini dapat dikurangkan dan dibendung dengan lebih berkesan Murid golongan bawahan dan golongan atasan dapat bergaul tanpa mengira budaya dan masyarakat lain Secara langsung satu suasana pembelajaran yang kondusif akan terbentuk

KEPERCAYAAN
Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan akan berasa pasti terhadap sesuatu perkara yang berkenaan Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan memihak.

Kepercayaan akan membentuk nilai yang akan menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat. Kamus Dewan (1994) - kepercayaan merupakan keyakinan atau akuan mengenai kebenaran berlakunya sesuatu Kepercayaan adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turun-temurun

KEPERCAYAAN MASYARAKAT MELAYU


Masyarakat Melayu banyak meninggalkan pelbagai kepercayaan yang mana dalamnya mengandungi pelbagai pantang larang, tunjuk ajar dan nasihat yang berguna Bertujuan untuk mendidik tetapi disampaikan secara halus supaya tidak menyinggung perasaan mereka yang ditegur malah dapat memperkayakan adat dalam masyarakat Contohnya

Melarang anak duduk atas bantal Tidak boleh menyanyi atau bersiul di dapur

KEPERCAYAAN MASYARAKAT CINA


Percaya kepada semangat yang kekuatannya luar biasa semangat yang berada di dalam fenomena alam seperti langit, matahari, tanah air, tumbuhan dan gunung Fenomena Yang dan Ying Jade memberi kekayaan dan keharmonian Feng-shui memberi tuah dalam kehidupan

KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDIA


Dewa-dewi Unsur alam Unsur jahat seperti hantu, roh dan penunggu

Sesiapa yang melanggar kepercayaan biasanya akan menerima nasib buruk atau kesan negatif

Nilai dan kepercayaan adalah saling berkaitan Kepercayaan memberi hala tuju manusia tentang kehidupan

Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut

BAHASA
Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan dengan sewenag-wenangnya, tetapi mempunyai struktur Cole (1998) bahasa adalah satu set simbolsimbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna sengan sistem komunikasi kompleks Bahasa adalah bersifat dinamik kerana bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa

FUNGSI BAHASA DALAM MASYARAKAT


Menggambarkan suasana Menyampaikan maklumat antara penutur dengan pendengar Supaya pendengar menyambut (percakapan) Untuk menyatakan perasaan

Untuk mempertingkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan dan pidato adalah digalakkan sebagai galakan pengggunaan bahasa.

Sekolah Wawasan (tiga aliran sekolah yang berbeza) membolehkan murid-murid di SJKC menguasai bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan disamping membolehkan murid memahami budaya, bahasa serta pemikiran rakannya daripada kaum yang berlainan.

You might also like