You are on page 1of 15

UNIT 2:Teori dan Model Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak | 17

UNIT 2

TEORI DAN MODEL KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyatakan teori-teori berkaitan dengan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak 2. Mengetahui model-model kurikulum pendidikan awal kanak-kanak 3. Menghuraikan kriteria pembinaan kurikulum.

PENGENALAN
Refleks kepada bab sebelum, apakah yang anda faham dengan kurikulum? Cuba anda fikirkan.

Adakah kurikulum itu satu model?

Adakah kurikulum itu satu dokumen? Adakah ia satu cara

bagaimana persekitaran taska atau tadika disusun? Adakah ia satu cara bagaimana guru merancang pembelajaran kanak-kanak? Adakah keputusan sehari-hari yang dibuat oleh guru untuk kanak-kanak dan pembelajaran mereka? Atau adakah apa yang dipersetujui di kalangan ibu bapa, komuniti dan agensi luar? Adakah kurikulum yang dirangka mengambil kira semua pihak?

Di kebanyakan negara, kurikulum direka oleh agesi kerajaan, begitu juga apa yang berlaku di negara kita. Dalam merangka kurikulum, pihak yang terlibat merangka kurikulum telah mengambil kira dari segi teori teori dan model yang berkaitan.

UNIT 2:Teori dan Model Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak | 18

ISI KANDUNGAN
Teori memberi panduan dalam merangka kurikulum. Teori yang memandu pembinaan kurikulum juga menentukan bagaimana guru mengajar. Teori memberikan kesan pada yang diajar oleh guru. Anda akan belajar apa dan bagaimana teori mempunyai kaitan dengan perkembangan dan pelaksanaan kurikulum dalam pendidikan awal kanak-kanak. Dalam model kurikulum pendidikan awal kanak-kanak, pendekatan-pendekatan adalah berasaskan kepada kerangka teori asas perkembangan kanak-kanak seperti Piaget, Erikson, Vygotsky dan lain-lain. Teori-teori perkembangan manusia adalah penting dalam merangka model kurikulum pendidikan awal kanak-kanak. Sebagai contoh matlamat, rekabentuk kurikulum, kaedah dan penilaian sesetengah model mempunyai kesinambungan dengan falsafah dan teori. Kebanyakan model direka bentuk untuk memeriksa perbezaan cara membantu kanak-kanak termasuklah program Head Start.

Apa yang anda tahu tentang Jean Piaget dan tentang teori constructivist yang menerangkan bagaimana pengetahuan berkembang?

Berikut adalah perbincangan tiga teori yang mempunyai kaitan dengan reka bentuk model kurikulum awal kanak-kanak.

TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Jean Piaget (1896-1980) Teori Kognitif Jean Piaget adalah didasarkan andaian bahawa kognitif merupakan sesuatu yang fundamental dan yang membimbing tingkah laku kanak-kanak(Eisenberg, Fabes, & Spinrad, 2006; McLachlan, Fleer, & Edwards, 2010). Dengan kemampuan kognitif ini, maka anak-anak akan dipandang sebagai seorang individu yang secara aktif membina sendiri pengetahuan mereka tentang dunia.

Teori perkembangan kognitif Piaget adalah salah satu teori yang menjelaskan bagaimana kanak-kanak menyesuaikan diri dengan menginterpretasikan objek dan kejadian-kejadian persekitaran. Bagaimana kanak-kanak mempelajari ciri-ciri dan fungsi dari objek-objek seperti mainan, perabot, dan makanan serta objek-objek sosial seperti diri, ibu bapa dan rakan. Bagaimana cara kanak-kanak mengklasifikasikan objek-objek untuk mengetahui persamaan-persamaan dan perbezaan

UNIT 2:Teori dan Model Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak | 19

perbezaannya, untuk memahami penyebab berlakunya perubahan dalam objek-objek dan peristiwaperistiwa dan untuk membentuk andaian tentang objek dan peristiwa tersebut. Semua ini, kebanyakannya berlaku ketika kanak-kanak mempelajari subjek awal matematik dan awal sains.

Piaget memandang bahawa kanak-kanak memainkan peranan aktif di dalam menyusun pengetahuannya mengenai realiti. Kanak-kanak tidak pasif menerima maklumat. Walaupun proses berfikir dalam konsep kanak-kanak mengenai realiti telah diubahsuai oleh pengalaman dunia sekitarnya, namun kanak-kanak juga berperanan aktif dalam menginterpretasikan maklumat yang ia peroleh melalui pengalaman, serta dalam mengadaptasikannya pada pengtahuan dan konsep dunia yang sebenar.

Objektif yang berkesan ketika pembelajaran Sains dan Matematik akan memberikan pengalaman langsung yang sesuai dalam kehidupan di mana pengetahuan ini akan menyumbangkan kepada potensi pembangunan kanak-kanak itu sendiri. Pengikut Piaget menyatakan bahawa pertumbuhan intelek adalah asas kepada pendekatan pembangunan kognitif dalam memilih matlamat pengajaran. Dari pandangan itulah, matlamat sekolah yang utama bukan sahaja semata-mata mengajar fakta dan konsep tertentu, tidak untuk mengajar penyelesaian kepada masalah peribadi dan sosial, tetapi sebaliknya tujuan persekolahan adalah untuk menggalakkan pembangunan kemahiran berfikir yang sesuai untuk setiap peringkat pertumbuhan pada tahap yang optimum.

Pengajaran mengikut pengikut Piaget, guru tidak bertindak sebagai seorang yang berpengetahuan yang akan mengisi pengetahuan kanak-kanak tetapi sebaliknya kanak-kanak ini digalakkan untuk meneroka dan mendapatkannya sendiri pengetahuan melalui interaksi dengan persekitaran. Guru-guru dicadangkan supaya menyediakan aktiviti yang membolehkan kanak-kanak mencapai tahap perkembangan mereka langkah demi langkah seiring dengan perkembangan kanak-kanak itu. Aktiviti tersebut adalah berbentuk struktur atau arahan tetapi kanak-kanak bebas untuk melakukan aktiviti itu mengikut cara mereka.

Untuk isi pelajaran pula ketika pembelajaran Matematik dan Sains, kandungan dan aktiviti yang ingin dijalankan mestilah sesuai dengan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Jika tidak, pembelajaran tersebut akan berjalan dnegan suasana yang membosankan bagi kanak-kanak. Guru juga perlu ingat, pelajaran yang ingin diajar perlu disusun secara berkesinambungan agar apa yang

UNIT 2:Teori dan Model Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak | 20

ingin diajar saling berkait dengan pembelajaran yang sebelumnya dan perlulah dari peringkat susah ke peringkat senang.

Teori Kognitif Lev Semanovich Vygotsky ( 1896-1934)

Kepercayaan Lev Vygotsky ialah percaya bahawa perkembangan kognitif seseorang individu bergantung kepada persekitaran sosiobudaya yang mempengaruhi pemikirannya. Kemahiran kognitif kanak-kanak kebanyakkannya terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan rakan sebaya, ibu bapa, guru dan orang dewasa. Mereka inilah yang sangat berperanan dalam membantu kanak-kanak belajar seperti dengan menunjukkan benda-benda maujud dan berbicara sambil bermain. Inilah kanakkanak yang suka belajar sambil bermain. Dengan pertolongan orang dewasa jugalah kanak-kanak boleh melakukan dan memahami lebih banyak perkara berbanding dengan kanak-kanak itu belajar sendiri. Konsep inilah yang disebut oleh Vygotsky sebagai Zone of Proximal Development (ZPD)(Vygotsky, 1978).

Merujuk Lev Vygotsky, perlunya pembelajaran secara kerjasama iaitu di mana pembelajaran yang dijalankan dalam satu kumpulan pelajar yang heterogeneous. Pembelajaran seperti ini membantu kanak-kanak yang lemah atau yang masih belum menguasai sesuatu kemahiran. Tunjuk ajar atau bantuan daripada rakan sebaya yang lebih mahir sangat efektif dalam zon perkembangan proximal (ZPD). Vygotsky juga menegaskan penggunaan scaffolding dalam kaedah pengajaran di mana kanakkanak akan beransur-ansur memahaminya dari sedikit sehingga sepenuhnya.

Perkataan scaffolding telah dikemukan oleh Bruner bagi menyatakan prinsip dalam teori Vygotsky. Scaffolding makna asasnya ialah kerangka besi dan kayu yang menyokong bangunan. Scaffolding adalah bantuan, bimbingan, dan petunjuk oleh orang yang lebih dewasa atau rakan yang lebih berpengetahuan dalam mengusai sesuatu kemahiran. Dalam pembelajaran pula, kanak-kanak akan diberikan tugasan yang susah, kompleks dan realistik dengan situasi yang sebenar. Kanak-kanak akan diberi bimbingan dan pertolongan oleh kanak-kanak yang lebih mahir atau orang dewasa dalam mencapai objektif yang ingin dicapai.

UNIT 2:Teori dan Model Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak | 21

Teori Erik Erikson (1902-1994) Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Dalam perkembangan kanak-kanak tahap perkembangan mereka berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson juga percaya bahawa setiap tahap yang dilalui oleh kanak-kanak mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana ia mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan setiap kanak-kanak, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial. Selain itu, beliau juga menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Oleh itu, personaliti seseorang kanak-kanak akan terbentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini(Eisenberg, et al., 2006).

Teori Erik Erikson telah menjelaskan beberapa prinsip penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak iaitu: Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya. Segagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.

Menurut Erikson perkembangan sosial kanak-kanak mementingkan hubungan baik atau sosial dengan individu dipersekitarannya. Personaliti seorang kanak-kanak akan dibentuk pada peringkat ini. Oleh yang demikian, kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat akan membawa akibat kepada imej kendiri individu tersebut. Tahap perkembangan dalam teori Erik Erikson adalah seperti berikut: Kepercayaan lawan tidak ketidakpercayaan (Lahir-18 bulan) Bayi mesti menjalin kasih sayang dan kepercayaan dengan pengasuh atau sebaliknya membentuk perasaan tidakpercaya.

UNIT 2:Teori dan Model Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak | 22

Autonomi lawan malu atau keraguan (18 bulan- 3 tahun) Tenaga kanak-kanak disalurkan untuk perkembangan kemahiran fizikal seperti berjalan, menggenggam dan sebagainya. Kanak-kanak belajar mengawal emosi tetapi sebaliknya mungkin membentuk perasaan malu sekiranya tidak diuruskan dengan baik. Inisiatif lawan perasaan bersalah (3-6 tahun) Kanak-kanak menjadi lebih mendesak dan berinisiatif tetapi sebaliknya berkemungkinan keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan bersalah. Ketekunan lawan rasa rendah diri (6-12 tahun)(Essa, 2003) Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap.

Apakah pengalaman pendidikan awal sekolah anda? Bagaimana ia berbanding dengan jenis program pendidikan awal kanak-kanak yang anda lihat sekarang?

MODEL KURIKULUM
Model kurikulum adalah satu struktur atau kerangka kerja yang digunakan untuk membuat keputusan tentang sesuatu seperti polisi, kaedah pengajaran dan prosedur penilaian. Adalah menjadi suatu keperluan untuk mengenalpasti model kurikulum yang menjadi asas kepada perkembangan dan keperluan budaya dan kepentingan kepada kanak-kanak di dalam kelas. Model kurikulum amat membantu guru-guru dalam merancang kurikulum di prasekolah berasaskan pengalaman kanak-kanak.

UNIT 2:Teori dan Model Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak | 23

Gambarajah 2.1 Model Pembinaan Kurikulum. Diadaptasi daripada Model Kurikulum McLachlan, Fleer dan Edwards (2010)

Tanggungjawab merangka kurikulum adalah satu tugas yang kompleks dan melibatkan penggunaan pelbagai model yang terdahulu. Sesuatu kurikulum seharusnya komprenhesif dengan mengambil kira aspek kognitif, sosial, budaya, emosi dan juga pintar cerdas kanak-kanak.

Antara kriteria pemilihan model pula merangkumi elemen-elemen berikut: Appropriateness to the situation (kesesuaian kepada situasi) Comprehensiveness(Komprenhsif) Flexibility or adaptability (fleksibel) Practicality (praktikal) Validity (kesahan)

UNIT 2:Teori dan Model Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak | 24

Berikut adalah contoh kurikulum model yang dikenalpasti oleh sarjana yang dilaksanakan dipelbagai lokasi, dan disokong oleh pelbagai kajian akan keberkesanannya dari segi objektif, kandungan, struktur, dan prosedur penilaian. Antaranya, Kaedah Montessori, Reggio Emilia, Head Start dan lainlain.

MONTESSORI
Model Pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-1952) yang merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang terencat akal.

Dr Maria Montessori adalah wanita pertama yang menerima ijazah dalam perubatan daripada Universiti Rome. Beliau telah menubuhkan sekolah Montessori yang dikenal sebagai Casas dei Bambini untuk kanak-kanak dari rumah miskin dan kanak-kanak yang kurang berupaya. Beliau bersetuju dengan Rousseau bahawa kebebasan adalah penting bagi kanak-kanak dan konsep kelas sebagai sebuah komuniti(Essa, 2003). Montessori mengembangkan bahan sensori untuk belajar yang merefleksikan kegiatan yang konkrit sepertimana yang digunakan oleh Sequin dan Itard untuk penilaian. Seperti Piaget, teori perkembangan Montessori juga adalah konstruktivis. Beliau menggambarkan peringkat dalam perkembangan atau tempoh sensitive untuk belajar. Montessori percaya dalam alam pembelajaran yang aktif dimana guru berkhidmat sebagai pembimbing kepada perkembangan kanakkanak. Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik, teratur, sistematik dan indah.

Matlamat Pendidikan Montessori Matlamat pendidikan Montessori yang terpenting ialah perkembangan individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan intelek. Matlamat program Montessori adalah untuk memperkembangkan aspe-aspek berikut: Penumpuan Kemahiran membuat pemerhatian Kesedaran dan segi susunan dan urutan Koordinasi Kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali Konsep matematik Kemahiran bahasa Kemahiran menulis dan membaca Kebiasaan dari segi seni kreatif

UNIT 2:Teori dan Model Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak | 25

Kefahaman tentang alam semulajadi Pengalaman dalam memahami sains sosial Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui penyelesaian masalah

Kurikulum Montessori Montessori melihat semua kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan mereka. Ciri-ciri berikut adalah: Semua kanak-kanak mempunyai absorbent mind. Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitive Semua kanak-kanak ingin belajar Semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja Semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan Semua kanak-kanak ingin berdikari

Montessori menekankan kepada: Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria mereka. Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan Sensory Teaching And Learning. Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dan cekap. Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkahlaku kanak-kanak ini merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan mereka. Idea ini iaitu The part to intellectual development development is through the hand, merupakan tema yang penting dalam kaedahnya(Hashim & Lah, 2003).

Kurikulum merangkumi pelbagai aspek penting iaitu: Persekitaran Pusat Prasekolah Suasana persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai kawasan yang luas untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan taman permainan dan juga kebun bunga untuk mewujudkan suasana yang menyoronokkan. Peralatan asas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan pelbagai lagi haruslah sesuai dengan umur mereka, bagi memudahkan kanak-kanak menggunakan

UNIT 2:Teori dan Model Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak | 26

kemudahan tersebut di samping dapa mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu proses pembelajaran.

Kanak-kanak Berdasarkan kepada aktiviti individu, kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih mana-mana projek yang mereka sukai. Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak mengikut arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua.

Guru Kawalan orang dewasa sangat minimum. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapatself-rewarding, motivasi intristik.

Bahan Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah Berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut. Bahan dibna darpada mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan dibina dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi contohnya kayu yang divarnish. Kurikulum Terdapat beberapa set aktiviti, diantaranya ialah: Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria Aktiviti yang bercorak akademik

UNIT 2:Teori dan Model Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak | 27

Aktiviti kehidupan harian (daily living) Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti: Mengenakan butang baju Memasang tali kasut Menggilap kasut Menyikat rambut Menyira pokok Mencucui tingkap dan menyapu sapah dan mengelap meja

Bahan Deria (sensorial material) Untuk memperkembangankan kemahiran kanak-kanak, Montessori telah mencipta berbagai alat bantuan mengajar seperti: Pink tower Brown stairs Red rods Cylinder block Smelling jar Baric tablets Latihan mengecam warna Sound boxes Temperature jugs Pelbagai jenis kain

Buat pemerhatian satu kurikulum tadika, kemudian kaitkan kurikulum tadika tersebut dengan model yang telah anda pelajari?

REGGIO EMILIA
Berasaskan falsafah Loris Malaguzzi iaitu orang menubuhkan pengurusan komuniti sekolah dan pusat asuhan di Bandar Reggio Emilia dalam Daerah Utara Itali di Emilia Romagna. Pendekatan Reggio dalam kurikulum ialah berdasarkan kecemerlangan intelektual kanak-kanak yang dididik melalui focus sistematik yang diwakili oleh simbolik.

UNIT 2:Teori dan Model Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak | 28

Falsafah Berdasarkan kepada prinsip-prinsip iaitu kanak-kanak harus dapat belajar melalui pengalaman menggunakan semua deria seperti menyentuh, bergerak, mendengar, dan melihat. Kanak-kanak perlu dibiarkan meneroka. Penerokaan kanak-kanak menjadikan mereka kreatif, contoh kerja-kerja seni membantu kanak-kanak berfikir secara kreatif dan inovatif. Pemikiran kreatif kanak-kanak pula berbeza mengikut konteks dan boleh diintegrasikan dalam aktiviti di luar dan di dalam bilik darjah. Kanak-kaknak perlu mempunyai hubungan dengan kanak-kanak lain serta mereka harus diberi peluang untuk mengekspresi diri mereka.

Kurikulum Kurikulum Reggio adalah berpusatkan pelajar iaitu a learner-centred approach to teaching and learning(Soler & Miller, 2010, p. 64). Pendekatan kolaboratif memfokuskan kepada pembelajaran. Kekuatan pasangan antara pendidik, kanak-kanak, keluarga dan komuniti setempat, penekanan dan mengambil hati kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah dan projek-projek dalam kumpulan kecil berpasangan. Fokus dalam seni visual bermaksud meneroka dunia sekeliling kanak-kanak dan menunjukkan minat serta melahirkan kreativiti melalui aktiviti yang dijalankan. Kreativiti adalah potensi semulajadi yang dipunyai oleh semua indvidu dan kreativiti harus dipupuk. Kanak-kanak digalakkan untuk mewakili idea-idea mereka dan memahami melalui bahasa mereka atau menunjukkan emosi, termasuk bercakap, menulis, melukis, mewarna, membina dan mengukir sebagaimana di dalam permainan baying-bayang, menari, kolaj, permainan drama dan muzik. Kurikulum awal kanak-kanak perlu memberi peluang kepada murid untuk menjadi mereka suka menyoal dan mencari jawapan, membuat perkaitan dan melihat hubung kait, menjangka apa yang berlaku, membuat spekulasi tentang kemungkinan, meneroka idea, berfikir secara literal dan sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil (McLachlan, et al., 2010).

UNIT 2:Teori dan Model Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak | 29

Setiap kanak-kanak dianggap sebagai indvidu yang unik dengan gaya pembelajarn yang dipengaruhi oleh falsafah Reggio Emilia, menggalakkan bermain dalam membangunkan kefahaman dan perhubungan.

HEAD START
Program Head Start adalah program pendidikan terbesar yang dibiayai awam. Program ini adalah untuk pendidikan untuk bayi dan toddler dan kanak-kanak prasekolah. Program ini termasuk pemeriksaan kesihatan dan perubatan dan rawatan, penglibatan ibu bapa yang diperlukan dan penglibatan dan perkhidmatan yang komprehensif kepada keluarga.

Kurikulum Headstart Membangunkan satu kurikulum memenuhi keperluan kanak-kanak adalah satu tugas yang penting bagi program Head Start. Head Start adalah program pendidikan yang menyediakan pendidikan berasaskan bilik darjah Pengalaman dalam Head Start yang berasaskan Home-based telah menunjukkan bahawa keperluan kanak-kanak berbeza daripada satu komuniti ke komuniti yang lain.

Sehubungan dengan itu, keperluan yang paling berkesan, program seharus berasaskan individu, sekaligus memenuhi keperluan komuniti, ciri-ciri etnik dan budaya.

Standard prestasi program Head Start mentakrifkan kurikulum sebagai pelan bertulis yang merangkumi: Matlamat untuk pembangunan dan pembelajaran kanak-kanak Pengalaman yang dilalui yang mereka akan mencapai matlamat Peranan untuk kakitangan dan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai matlamat ini Bahan yang diperlukan untuk menyokong pelaksanaan kurikulum Sokongan kepada bahasa pertama kanak-kanak sementara mereka memperoleh Bahasa Inggeris Mewujudkan perasaan hormat dan sensitif kepada budaya

UNIT 2:Teori dan Model Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak | 30

Guru dan ibu bapa Head Start program mempunyai nisbah kakitangan rendah. 10 peratus daripada enrolmen di setiap negeri yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan ibu bapa, perancangan program dan aktiviti-aktiviti operasi Head Start adalah program yang paling komprehensif dan terperinci dalam pendidikan keibubapaan, perancangan program dan menyediakan aktiviti untuk keluarga. Penyelidikan jangka panjang telah menunjukkan bahawa Head Start mempunyai kesan positif, faedah jangka panjang untuk kanak-kanak, keluarga, dan masyarakat.

RUMUSAN
Berdasarkan teori-teori yang dibincangkan dapatlah dirumuskan bahawa setiap aktiviti yang terdapat dalam kurikulum mempunyai perkaitan rapat dengan apa yang digariskan dalam teori. Teori menerangkan bagaimana kurikulum disesuaikan dengan perkembangan kanak-kanak mengikut tahap dan kesesuain mereka. Pembinaan kurikulum mesti berlandaskan yang sedia ada atau mungkin hasil penambahbaikan yang telah dilakukan secara emperikal. Selari dengan toeri, pembinaan kurikulum sesebuah tadika juga perlu berasaskan model-model kurikulum yang telah terbukti berkesan dan dipraktikkan di seluru dunia. Pembentukan kurikulum mengambil kira falsafah, teori dan model tertentu untuk mengambil kira pengalaman pembelajaran, isi kandungan yang sesuai dengan kumpulan sasaran iaitu golongan kanak-kanak. Selain mengambil kira teori dan model, rekabentuk sesebuah kurikulum pendidikan awal kanak-kanak perlu juga disesuaikan dengan konteks setempat dan semasa kanak-kanak yang bertujuan untuk menyuburkan potensi mereka dan memenuhi perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

KATA KUNCI
1. Head Start 2. Montessori 3. Reggio Emilia 4. Model 5. Teori kognitif

UNIT 2:Teori dan Model Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak | 31

PENILAIAN KENDIRI
1)Nyatakan beberapa model yang mempengaruhi rekabentuk kurikulum?

2) Huraikan satu teori berkaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak?

3) Buat pemerhatian satu kurikulum tadika dalam komuniti anda, kemudian kaitkan aktiviti yang dijalankan dalam kurikulum tadika tersebut dengan teori yang telah anda pelajari?

RUJUKAN
Eisenberg, N., Fabes, R. A., & Spinrad, T. L. (2006). Prosocial development. In N. Eisenberg (Ed.), Handbook of child psychology: Social, emotional, and personality development (Vol. 3, pp. 646718). New Jersey: Wiley. Essa, E. L. (2003). Introduction to Early Childhood Education. New York: Thomson Delmar Learning. Hashim, N. H., & Lah, Y. C. (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributor. McLachlan, C., Fleer, M., & Edwards, S. (2010). Early childhood curriculum: Planning, assessment and implementation. Cambridge: Cambridge University Press. Soler, J., & Miller, L. (2010). The struggle for early childhood curricula: A comparison of the English Foundation Stage curriculum, Te Whariki and Reggio Emilia. International Journal of Early Years Education, 11(1), 57-68. Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological Process . Cambridge, MA: Harvard University Press,.

You might also like