You are on page 1of 3

LAPORAN PROGRAM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB PMR 2012

Seminar teknik menjawab ini telah dilaksanakan selama 2 hari iaitu pada tarikh 25 hb dan 26 hb April 2012 bertempat di dewan terbuka SMK Langkon. Seramai 161 orang pelajar terlibat iaitu merupakan calon PMR 2012. Dalam program ini, hanya tiga subjek yang dapat dilaksanakan dengan jayanya iaitu Sains, Geografi dan Sejarah. Subjek-subjek lain akan dilaksanakan pada masa akan datang. Program ini berjalan lancar dengan kerjasama para ketua panitia dan rakan-rakan guru. Slot 1: Tarikh: 25 April 2012 ( Rabu ) Masa: 1.00-5.30 petang Penceramah: Pn. Anarisyah Abdullah (Sains) Masa 1.00-3.00 petang 3.30-5.30 petang Aktiviti * Penjelasan teknik menjawab soalan oleh penceramah. * Aktiviti kumpulan iaitu melibatkan pelajar menjawab soalan yang diberikan secara bekerjasama. * Aktiviti pembentangan hasil kerja kumpulan . * Penceramah memberi komen atau pembetulan jawapan kepada hasil pembentangan yang dijalankan.

Slot 2: Tarikh: 26 April 2012 ( Khamis ) Masa: 1.00-3.00 petang Penceramah: En. Weltter Ariffin (Geografi) Masa 1.00-2.30 petang Aktiviti * Aktiviti suai kenal penceramah jemputan dengan pelajar. *Penceramah menjelaskan teknik menjawab soalan berdasarkan kehendak soalan. Beberapa jenis soalan yang berbeza mengikut aras dibincangkan bersama pelajar. 2.30-3.00 petang * Sesi Motivasi Kilat dijalankan dengan bantuan cr Stanley yang bertujuan untuk meningkatkan semangat belajar di samping memberi kesedaran akan tanggungjawab sebagai pelajar.

Slot 3: Tarikh: 26 April 2012 ( Khamis ) Masa: 3.30-5.30 petang Penceramah: En. Affendi Dhesnye Gaud ( Sejarah ) Masa 3.30-5.30 petang Aktiviti * Penceramah menjelaskan teknik menjawab soalan berdasarkan kehendak soalan. * Sesi soal jawab bersama pelajar dijalankan.

Gambar 1: Pelajar memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang program dijalankan.

Gambar 2: Penceramah jemputan memberikan tip-tip menjawab soalan geografi kepada pelajar.

Gambar 3: Pelajar turut diberi motivasi oleh Cr Stanley.

Gambar 4: Sumbangan ikhlas daripada panitia geografi kepada penceramah jemputan.

Disediakan oleh;

Disemak oleh;

(SARMILLAH MD KASANON) Penyelaras program Seminar Teknik Menjawab PMR Tarikh:

............. ( SHARIZAN ABDULLAH ) Penolong Kanan Pentadbiran SMK Langkon Tarikh:

You might also like