You are on page 1of 7

PEMBUATAN ASID SULFURIK MELALUI PROSES SENTUH

PERINGKAT 1

Leburan sulfur dibakar dalam udara kering untuk menghasilkan sulfur dioksida, SO2.

Gas yang terhasil ditulen dan disejukkan. S(ce) + O2 (g) SO2 (g)

PERINGKAT 2

SO2 dengan oksigen berlebihan dialirkan melalui kebuk tindak balas. SO2 ditukarkan kepada sulfur trioksida, SO3 dengan kehadiran vanadium (V) oksida, V2O5 sebagai mangkin, dengan suhu 450C - 550C dan tekanan 1 atmosfera. 2SO2 (g) + O2 (g) 2SO3 (g)

Tindak balas ini menghasilkan 98% sulfur trioksida.

SO2 bertindak balas dengan asid sulfurik pekat, H2SO4 untuk menghasilkan oleum, H2S2O7 SO3(g) + H2SO4(ce) H2S2O7

PERINGKAT 3

Oleum, dicairkan H2S2O7 dengan air untuk menghasilkan asid sulfurik pekat, H2SO4 dalam kuantiti yang banyak. H2S2O7 + H2O(ce) 2H2SO4 (ce)

SO3 tidak larut terus dalam air untuk menghasilkan asid sulfurik. (SO3 + H2O 2H2SO4) kerana ;

Keterlarutan sulfur trioksida, SO3 dalam air adalah rendah. SO3 bertindak balas cergas dengan air untuk menghasilkan banyak haba dan wasap.

PEMBUATAN AMMONIA MELALUI PROSES HABER

1. Gas dicampur dan digeser Proses Haber menggabungkan gas N2 dari air dengan H2 dari gas semula jadi untuk menghasilkan NH3. Dua gas ini dicampurkan. Campuran digeser untuk menyingkirkan bendasing.

2. Gas dimampat Satu isi padu gas N2 dan tiga isi padu gas H2 dimampatkan kepada tekanan 200 500 atm. N2(g) + 3H2(g) 2 NH3 (g)

3. Kebuk tindak balas Gas ini dialirkan ke dalam kebuk tindak balas. Ia dialirkan melalui lapisan mangkin besi dengan aluminium oksida sebagai penggalak pada suhu 450C - 550C.

4. Penyejuk Campuran tiga gas keluar daripada penukar. Ia disejukkan sehingga ammonia terkondensasi. Nitrogen dan hidrogen dipamkan semula ke penukar untuk tindak balas selanjutnya.

5. Tangki Simpanan NH3 terbentuk dan dicecairkan serta diasingkan untuk mendapat hasil yang lebih banyak. NH3 dialirkan ke tangki dan disimpan sebagai cecair di bawah tekanan.

BAHAN KOMPOSIT

BAHAN STRUKTUR YANG DIBENTUK DENGAN MENGGABUNGKAN DUA ATAU LEBIH BAHAN YANG BERBEZA SEPERTI LOGAM, ALOI, SERAMIK, KACA DAN POLIMER

BAHAN KOMPOSIT

Konkrit Pra-tekanan

Superkonduktor

Gentian Optik

Gentian Kaca

Kaca Fotokromik

Bar keluli dan konkrit (simen, pasir dan kerikil kecil)

Itrium oksida, barium karbonat, kuprum (ll) oksida

Silika, natrium karbonat, kalsium oksida

Gentian kaca dan poliester (sejenis plastik)

Kaca dan argentum klorida atau argentum bromida

Pembinaan struktur besar seperti lebuhraya, bangunan pencakar langit, jambatan, pelantar minyak dan landasan kapal terbang

Digunakan dalam keretapi pantas, pembentukan imej magnetik dalam perubatan seperti imej resonans (MRI), penstoran tenaga magnetik, penjanakuasa, transformer, komputer, kabel elektrik

Pindahan data, suara dan imej dalam bentuk digital

Membuat barangan pengguna seperti tangki simpanan air, raket badminton, bot kecil, ski, topi keledar

Membuat kanta optik, cermin kereta, tingkap cekap tenaga di bangunan panel paparan maklumat, kanta dalam kamera, suis optik dan meter keamatan cahaya

PENYEDIAAN SABUN

1. O R C O CH2 O

Saponifikasi minyak dan lemak

OH CH2 OH + 3H2O OH CH OH CH2 + RCOOH + RCOOH + RCOOH asid lemak

R C O CH O R C O CH2 Ester

gliserol

2. Peneutralan asid lemak

RCOOH + RCOOH + RCOOH + 3NaOH

RCOONa + RCOOHNa + RCOONa + 3H2O garam asid lemak atau sabun

3. Pemendakan sabun

3. Saponofikasi minyak dan lemak Sabun disediakan dengan memanaskan lemak dan minyak dangan satu alkali seperti natrium hiroksida, NaOH. Molekul-molekul minyak dan lemak dihidrolisis untuk membentuk gliserol dan asid lemak.

2. Peneutralan asid lemak Asid-asid lemak yang terbentuk bertindak balas dengan natrium hidroksida, NaOH menghasilkan satu garam dan air. Garam ini merupakan bentuk asas bagi sabun.

1. Pemendakan sabun Sabun yang dihasilkan boleh dimendakkan dengan menambahkan natrium klorida, NaCI mengurangkan keterlarutan sabun dalam air. Oleh itu, pemendakan sabun berlaku.

You might also like