You are on page 1of 17

PENDAHULUAN. Pengajaran dan pembelajaran yang baik lagi berkesan tidak akan berlaku tanpa perancangan yang rapi.

Perancangan itu merupakan sesuatu yang terbukti boleh dan benar. Sesuatu yang dimaksudkan itu dikenali sebagai teori. Pembelajaran merupakan suatu perubahan pada individu hasil daripada pengalaman (Slavin, 1991). Kita sebagai guru perlu membantu murid-murid dalam memfokus proses pemerhatian dan mental mereka supaya mereka boleh memperoleh pengetahuan asas dan kemahiran secara berkesan. Ini menyebabkan ahli psikologi telah membina pelbagai teori pembelajaran yang berbeza. Apakah yang dimaksudkan dengan teori ? Menurut Kerlinger (1986), teori ialah satu set prinsip dan definisi yang saling berkait serta menerangkan sesuatu fenomena secara sistematis. Penjelasan tentang cara manusia dan haiwan belajar dikenali sebagai teori pembelajaran. Teori pembelajaran berusaha untuk menjelaskan cara manusia belajar dan memberikan cadangan cara menyelesaikan masalah. Sebenarnya teori ialah hasil daripada kajian saintifik yang telah disah terima sebagai sesuatu prinsip atau asas yang boleh dijadikan panduan pelaksanaan. Kami akan meninjau secara dasarnya teori pembelajaran behaviorisme dan konstruktivisme agar kami dapat membanding beza di antara dua teori pembelajaran tersebut dan memanfaatkannya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Teori Pembelajaran Behaviorisme

Pelaziman Klasik: 1. Ivan Pavlov 2. J.B. Watson

Pelaziman Operan: 1. E.L Thorndike 2. Skinner


2

Teori Pelaziman Klasik (Ivan Pavlov) Fokus kajian:pengeluaran air liur anjing 3 jenis rangsangan: i. Rangsangan semulajadi:objek/peristiwa yang ada hubungan semulajadi dengan diri, kita akan bergerak balas secara semulajadi ii. Rangsangan neutral:objek/peristiwa yang tiada kaitan dengan diri kita, kita tidak akan beri respon kepadanya iii. Rangsangan terlazim:rangsangan neutral tambah rangsangan semulajadi menghasilkan gerak balas yang serupa

2 jenis gerak balas: i. Gerak balas semulajadi:gerak balas yang berlaku secara semula jadi/reflektif Contoh: sejuk tarik selimut ii. Gerak balas terlazim: gerak balas hasil rangsangan neutral tambah rangsangan semulajadi

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME (Pelaziman Klasik) Organisma dapat buat perkaitan atau hubungan antara rangsangan neutral dan rangsangan semulajadi menghasilkan gerak balas serupa

1. Generalisasi: beri respon kepada benda yang hamper serupa dengan rangsangan terlazim. Contoh: wisel = loceng 2. Diskiriminasi: hanya beri respon kepada benda yang betul-betul sama sahaja 3. Penghapusan: hapuskan rangsangan semulajadi gerak balas terlazim terhapus 4. Pelaziman semula: meletakkan semula rangsangan dan proses pembelajaran berlaku lagi

Teori Pelaziman Klasik (J.B. Watson) Watson: psikologi ialah kajian tentang tingkah laku manusia yang dapat dikawal dan diramal Uji kaji Albert (kajian berkaitan pelaziman dan kawalan emosi manusia) Albert dibiar bermain tikus putih Watson membunyikan ketukan yang kuat Albert terkejut dan takut kepada tikus putih Albert takut kepada semua benda putih Watson: kanak-kanak ada 3 emosi asas i. takut ii. marah iii. sayang

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME (Pelaziman Klasik) Organisma dapat buat perkaitan atau hubungan antara rangsangan neutral dan rangsangan semulajadi menghasilkan gerak balas serupa

Teori Pelaziman Operan B.F. Skinner Teori peneguhan.


4

Kajian tingkah laku tikus yang ditempatkan dalam peti skinner. Tikus akan dapat makanan apabila tuil ditekan mendapat ganjaran makanan hasil perlakuan tersebut.

Peneguhan 1. Peneguhan positif: - Peneguhan menjadi rangsangan kepada tingkah laku seterusnya. - Keberangkalian tingkah laku diteruskan adalah tinggi. 2. Peneguhan negatif: - memungkinkan tingkah laku diteruskan apabila rangsangan yang tidak selesa disingkir. Contoh: Guru membebel pada murid yang rambut panjang setiap kali masuk kelas kesannya murid memotong rambut. Guru tidak membebel lagi.

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME ram (Pelaziman Operan) ke Satu bentuk pembelajaran yang melibatkan hasil atau kesan daripada tingkah laku terdahulu menghasilkan tingkah laku baru

Hukuman. 1. Hukuman diberi kurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang diberikan. biasanya rangsangan menyakitkan seperti kena rotan. 2. Hukuman tarik (singkir) kemungkinan kurangkan tingkah tingkah laku diulangi kerana rangsangan yang selesa ditarik. Contoh peluang menonton televisyen disekat. Teori Pelaziman Operan B.L. Thorndike Hubungan antara rangsangan dan gerak balas akan
5

Hukum Pembelajaran Thorndike

akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan dan memuaskan . Kajian kucing keluar dari kurungan. Kucing lapar yang dimasukkan dalam sangkar dan makanan di luar sangkar. Kucing buat pelbagai tindakan rawak (teori cuba jaya), terpijak tuil dan dapatkan makanan. Kali kedua dan ketiga kucing dapat keluar dalam masa yang lebih singkat dan tindakan rawak berkurangan. Gabungan antara rangsangan (makanan), gerak balas (tekan tuil) akan jadi lebih kukuh jika wujud kewan yang positif. Jika kesan tindakan negatif, hubungan R G akan lemah dan tingkah laku tidak berulang

1. Hukum Kesediaan: Kesediaan perlu untuk memungkinkan tindak balas berlaku. Kesediaan dari segi kognitif, afektif dan fizikal. Guru perlu pastikan murid bersedia menghadapi pengajaran dan pembelajaran. 2. Hukum Latihan: Hubungan R-G akan menjadi kukuh jika ada pengulangan atau latihan. R-G lemah jika tiada latihan. 3. Hukum Kesan: Gerak balas yang diikuti desan yang menyeronokkan. Gerak balas diikuti kesan tidak menyeronokkan, Hubungan dengan situasi jadi lemah.

Teori Pembelajaran Konstruktivisme

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME Satu bentuk pembelajaran yang melibatkan hasil atau kesan daripada tingkah laku terdahlu menghasilkan tingkah laku baru

Jean Piaget Lev Vygotsky


Teori Pembelajaran Konstruktivisme Psikologi/Individu/Kognitif (Jean Piaget) Struktur asas dalam organisasi mental dinamakan skema.
7

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Pelajar sebagai pembina pengetahuan bukan penerima pengetahuan

Maklumat baru diserap masuk atau disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi. Adaptasi proses menyesuaikan atau struktur kognitif untuk mencapai keseimbangan antara skema dan persekitaran.

Skema Struktur asas

Adaptasi (proses penyesuaian)

Asimilas i -serap masuk maklumat ke dalam skema

Akomodasi - ubah suai skema sebelum maklumat baru dapat diserap

Teori Pembelajaran Konstruktivisme Sosial (Lev Vygotsky) Melihat pembelajaran manusia dalam konteks sosiobudaya
8

Zon Perkembangan Dekat (ZPD) tugasan yang memerlukan bimbingan orang lain yang lebih mahir Dalam ZPD, gunakan pendekatan scaffolding

Prinsip Asas Konstruktivisme TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Pelajar sebagai Pembina pengetahuan bukan penerima pengetahuan 1 2 3 4 5 6 Konstruktivisme mengandaikan subjektiviti adalah kritikal kerana setiap pelajar yang menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif untuk mencerminkan keperluan, sifat semulajadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya Pembelajaran berpusatkan pelajar Guru dan rakan berperanan sebagai fasilitator Pengetahuan sedia ada sangat penting Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses scaffolding Pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri

Ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar

Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran baru yang berkaitan

Perbezaan Proses Pembelajaran: Behaviorisme & Konstruktivisme

Aspek Pengetahuan dan tingkah laku Apakah kaitannya?

Behaviorisme Pelajar mengadaptasikan tingkah lakunya kepada kontingensi peristiwa dan objektif. Pembelajaran merupakan pengukuhan hubungan antara isyarat dan tingkahlaku yang dicorakkan oleh akibat. Proses ini disebut pembentukan (shaping). Dengan latihan yang cukup, hubungan ini bertambah kuat dan masa antara isyarat dan tingkahlaku bertambah singkat.

Konstruktivisme Terdapat hubungan antara isyarat dengan tingahlaku tetapi tingkahlaku hanya indikator tak langsung tentang keadaan struktur pengetahuan seseorang. Heuristik Suatu jenis pengetahuan tentang pemikiran dan pengetahuan yang memandu strategi yang anda boleh gunakan demi membantu pelajar menyelesaikan masalah. Anda merupakan pengadil sendiri untuk mempertimbangkan keputusan sendiri. Pelajar menginterpretasi realiti luaran berasaskan pengalaman individu. Pengetahuan adalah berdasarkan premis bahawa kita membina perspektif dunia kita dengan menggunakan refleksi pengalaman individu. Kita mencipta peraturan sendiri untuk mencari makna tentang pengalaman sendiri. Dengan menyesuaikan model mental kita untuk merangkumi pengalaman baru, kita mengalami proses pembelajaran.
10

Realiti dan Peraturan

Pembelajaran berlaku apabila tertubuhnya hubungan yang boleh diramalkan antara sesuatu rangsangan dalam persekitaran, suatu tingkahlaku, dan suatu akibat. Semua orang mempunyai 'sejarah pengukuhan'. 'Sejarah pengukuhan' merupakan keseluruhan pengalaman serta semua hubungan antara rangsang, tingkahlaku dan akibat. Ini akan mempengaruhi tindakan seseorang apabila ia menemui corak rangsangan yang pernah dialami. Contohnya, anda akan mamandu mengikut cara dahulu yang

berjaya walaupun ia bukan cara yang terbaik. Kawalan Pelajar Pelajar mengawal latihan tingkahlaku baru berasaskan rangsangan baru sehingga tingkahlau itu menjadi automatik. Jenis-jenis hubungan antara rangsangan dan tingkahlaku: Hubungan Hubungan mudah antara rangsangan unik dan tingkahlaku membawa akibat tertentu. Contohnya, apabila telefon berdering, anda akan menjawab panggilan. Rantaian Hubungan di mana suatu tingkahlaku merupakan rangsangan seterusnya untuk tingkahlaku yang lain. Contohnya, apabila ingin mengingati numbor telefon, seseorang tidak dapat menyebut empat number akhir tanpa menyebut tiga numbor awal. Diskriminasi Ini seolah-olah hubungan tetapi ia melibatkan leibh daripada satu rangsangan yang untuk mencetuskan satu tingkahlaku Contohnya apabila seseorang menjawab telefon, ia bertindak balas terhadap dua rangsangan: 1. Telefon bordering 2.Dia di rumah (bukan di luar). Realiti dikawal secara dalaman. Ini mengizinkan pelajar mengawal apa dan bagaimana ia belajar. Manusia mencipta interpretasi sendiri terhadap realiti objektif berasaskan skemanya. Misalnya, jika seorang menerima 'C' bagi tugasanya, reaksinya mungkin puas hati atau kehampaan, bergantung kepada skemanya. Jika ibu bapanya tidak mementingkan gred maka 'C' boleh dianggap sebagai baik. Skema pelajar telah menganggap bahawa 'C' sebagai memuaskan. Sebaliknya, jika pelajar diasuh oleh ibu bapa yang memandangkan gred kurang daripada 'A' adalah tidak memuaskan maka skema pelajar itu akan mencerminkan perkara itu. Jadi apabila pelajar terima 'C' maka ia berasa dirinya kurang berjaya.

11

PENGAPLIKASIAN TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Pembelajaran ialah satu proses perubahan atau modifikasi tingkah laku hasil daripada pengalaman yang berulang, latihan atau interaksi dengan persekitaran. Perubahan ini hendaklah berlaku dalam masa yang agak lama, tekal dan kekal. Oleh itu melalui ciri-ciri teori pembelajaran behaviorisme telah membawa maksud kepada makna pembelajaran. Mazhab behaviorisme berpusatkan kepada usaha pelajar untuk memungut pengetahuan daripada dunia semula jadi dan berdasarkan usaha guru untuk menghantarnya kepada pelajar. Teori ini mengutamakan pembelajaran kemahirankemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal iaitu dapat dilihat dan diamati. Hubungan antara sebab dan akibat atau rangsangan dan gerak balas adalah asas kepada berlakunya pembelajaran. Selain itu teori pembelajaran behaviorisme membuktikan bahawa sumber motivasi ialah ekstrinsik iaitu lebih mementingkan pengukuhan, ganjaran dan dendaan (hukuman). Menurut Thorndike proses pembelajaran manusia adalah sama walaupun manusia mempunyai keupayaan belajar lebih baik namun mereka juga dapat belajar dengan cara yang mudah dan mekanikal seperti yang dilakukan oleh haiwan. Oleh itu teorinya dikenali S-R (stimulus dan response) kerana hubungan S-R dihasilkan melalui beberapa hukum utama. Jika dibandingkan dari aspek kekuatan, behaviorisme mudah difahami. Teknikteknik seperti pengukuhan positif dan negatif agak berkesan dalam rawatan kecelaruan manusia seperti autisme dan tingkah laku anti sosial. Ini kerana menurut Thorndike tingkah laku yang baik dihasilkan melalui beberapa hukum iaitu hukum kesediaan yang bermaksud persiapan-persiapan yang terdapat dalam diri individu sebelum ia bertindak. Ia berkait rapat dengan persiapan yang dirancang khas untuk membolehkan sesuatu pembelajaran itu dihadapi dengan mudah.

12

Oleh itu guru perlu membuat persediaan mengajar sebelum menjalankan pembelajaran dan pengajaran. Inilah yang dilakukan oleh guru semasa membuat rancangan pengajaran harian yang memerlukan guru menetapkan hasil pembelajaran atau standard pembelajaran yang spesifik dan dinyatakan dengan jelas atau bersifat eksplisit. Dalam kata lain standard pembelajaran itu mestilah boleh diukur, realistik dan boleh dicapai. Guru juga bolehlah menetapkan satu standard pembelajaran bagi satu langkah kecil dan khusus. Sediakan langkah-langkah pengajaran secara berperingkatperingkat. Mulakan daripada yang mudah membawa kepada yang sukar. Pastikan pelajar-pelajar sudah mahir isi kandungan atau pengetahuan serta kemahiran awal sebelum berpindah kepada tajuk yang lain. Guru perlu memastikan pelajar ada kesediaan yang diperlukan untuk memulakan sesuatu topik pembelajaran. Guru perlu bijak mengaitkan isi pelajaran yang baharu dengan pengetahuan sedia ada pelajar supaya pelajar lebih faham menjadikan pembelajaran pelajar lebih bermakna dan berkesan. Rangsangan dan memupuk rasa ingin tahu murid sangat perlu diberi perhatian oleh guru. Dalam masa yang sama aplikasi kaedah pengajaran kontekstual elok diberi penekanan di mana-mana sesuai. Pelajar boleh mengikuti pembelajaran dengan baik dan akan mencapai kejayaan sekiranya perkara yang dipelajari selaras dengan keupayaan mereka. Menurut hukum kesan pula hubungan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh apabila terdapat kesan yang memuaskan selepas sesuatu gerak balas dapat dihasilkan. Sesuatu yang memuaskan itu akan menyebabkan gerak balas berulangan, dikekalkan dan diteruskan. Guru juga boleh mengamalkan prinsip hukum kesan dan akibat. Misalnya memberikan ganjaran kepada tingkah laku yang baik dan hukuman kepada tingkah laku yang tidak diingini. Sehubungan dengan itu maka guru bolehlah menguruskan bilik darjah dengan berkesan dengan menyisipkan amalan rutin bilik darjah dan dinamika kumpulan secara lebih terancang. Hukum latihan menegaskan bahawa manusia belajar melalui proses membuat dan mengulang dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak dipelajari atau diulang. Dalam situasi bilik darjah pula, guru mengambil tindakan memberi latihan
13

dalam pelbagai bentuk, membanyakkan pengulangan atau latih tubi kemahirankemahiran yang diajar untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid dan memberikan latihan pengayaan kepada pelajar yang telah menguasai. berlakunya pemindahan pembelajaran. Menurut behaviorisme pembelajaran hendaklah berasaskan sesuatu yang dapat dilihat dan diamati. Pelajar hendaklah sentiasa dibimbing dengan menggunakan proses induktif dan pengalaman konkrit. Amalan ini menjadi pegangan kepada guru di sekolah iaitu membimbing pelajar dengan menggunakan proses induktif dan pengalaman konkrit. Guru menyediakan langkah-langkah pengajaran secara berperingkat kerana perkembangan kognitif kanak-kanak juga berlaku secara berperingkat-peringkat. Susunan langkah pengajaran dibuat secara progresif contohnya dari mudah kepada sukar, daripada konkrit kepada abstrak, daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru dan sebagainya. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai, iaitu penggerak yang dapat mendorong murid untuk memikirkan erti rangsangan itu. Untuk itu guru boleh mengaplikasikan teknik peneguhan yang sesuai untuk diberikan kepada pelajar pada peringkat pembentukan tingkah laku dan peneguhan berkala selepas tingkah laku dikuasai. Misalnya peneguhan positif seperti pujian, penghargaan dan tunjukkan kasih sayang. Apabila guru memberikan pujian dan dorongan, pelajar-pelajar akan timbul rasa minat untuk belajar dan membantu guru mengawal tingkah laku pelajar dalam bilik darjah. Guru juga boleh menggunakan pengukuhan sebagai satu cara untuk mendorong pelajar yang kurang bermotivasi untuk belajar. Menurut J.B Watson, kanak-kanak mempunyai tiga reaksi emosi yang asas iaitu rasa takut, marah dan sayang. Oleh itu, di dalam bilik darjah guru boleh memastikan pembentukan emosi positif di kalangan pelajarnya. Suasana bilik darjah yang mesra, adil dan berdisiplin dapat membentuk persekitaran psikososial yang positif, yang seterusnya mempengaruhi emosi pelajar. KESIMPULAN
14

Ini akan menggalakkan

Kesimpulannya, teori behaviorisme yang dihuraikan amat berguna untuk diaplikasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Oleh itu dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah ia merupakan satu tabiat atau kebiasaan iaitu pembelajaran harus bermula daripada yang mudah dahulu dan diikuti oleh pola-pola yang lebih kompleks sifatnya. Selain itu setiap kesilapan yang berlaku hendaklah dibetulkan di peringkat awal lagi supaya ia tidak menjadi kekal sebagai kebiasaan negatif. Melalui teori ini juga menekankan bahawa pengukuhan adalah satu syarat penting dalam pembelajaran kerana menurut prinsip ini sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguhkan oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan yang memberangsangkan. Dalam situasi pembelajaran pengkuhan positif yang kerap maklum balas yang dilakukan adalah pujian, memberi pengiktirafan, memberi

menggalakkan. Melalui teori ini juga menekankan bahawa latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan iaitu ulangan sesuatu gerak balas dengan sesuatu rangsangan. Latihan ini dilakukan untuk membiasakan diri dengan sesuatu tabiat yang telah terbina supaya ia kekal. Teori ini juga menekankan bahawa mengutamakan Ini kerana kanak-kanak model yang terbaik dalam pembelajaran dan pengajaran.

belajar melalui peniruan. Mereka akan mencontohi dan meniru apa yang dilihat atau didengarnya daripada masyarakat disekelilingnya. Teori ini juga membuktikan bahawa wujud operasi rangsangan dan tindak balas dalam pengajaran kerana penggunaan kedua-dua elemen ini biasanya akan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Dalam pembelajaran dan pengajaran pelbagai rangsangan boleh dicipta. Antaranya ialah mempelbagaikan tingkah laku dan pola interaksi guru dan pelajar, mempelbagaikan alat bantu mengajar dan sebagainya. Selain itu teori ini juga menyatakan bahawa pembelajaran hendaklah berdasarkan persekitaran yang konkrit dan nyata iaitu semua pembelajaran hendaklah berasaskan sesuatu yang dapat dilihat dan diamati. Maka jelaslah bahawa teori pembelajaran behaviorisme banyak memberi kesan dalam pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah.

15

16

17

You might also like