You are on page 1of 4

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan satu asas yang kukuh bagi memastikan kejayaan kanak-kanak dalam pendidikan dan

kehidupannya. Oleh itu, United Nations Educational, Scientific, Cultural Organisation (UNESCO)

melancarkan program pendidikan untuk semua Education for All (EFA) menjelang tahun 1990 an. Seumpana dengan itu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat membangunkan potensi individu yang holistik dan bersepadu yang melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Pendidikan negara terus diberi penekanan bagi merialisasikan aspirasi negara iaitu Wawasan 2020. Satu tranformasi kurikulum telah dilaksanakan pada tahun 2003.

Transformasi kurikulum ini merupakan usaha menyusun semula dan menambahbaik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang releven dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran yang ke-21. Sehubung dengan itu, pendidikan sains diberi keutamaan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berdaya saing melalui pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pengarah

bahagian pembangunan kurikulum, Mahzan Bin Bakar (2003) menyatakan bahawa transformasi kurikulum sains bertujuan melahirkan murid yang aktif. Bagi melahirkan murid yang aktif, murid-murid diberi peluang pembelajaran sains yang lebih mantap dengan memberi penekanan kepada kemahiran proses sains seperti

memerhati, menyoal, membina dan menguji hipotesis, membuat analisis, menginterpritasi data, membuat laporan dan menilai data. Chiappetta E.L (1997) berpendapat bahawa penglibatan murid yang aktif dapat digalakkan melalui pengajaran berasaskan inkuiri dan salah satu stategi pelaksanaannya ialah aktiviti peristiwa bercanggah (discrepant event). Menarik minat murid dan menggalakkan penglibatan murid yang aktif melalui demonstrasi aktiviti peristiwa bercanggah akan meningkatkan potensi untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran secara effektif. Wilson et.al (2010), menyatakan bahawa peristiwa bercanggah merupakan salah satu cara yang sangat efektif untuk mewujudkan minat dan meningkatkan motivasi murid selain memperbetulkan miskonsepsi dan juga menggalakkan pemikiran aras tinggi (high order thinking). Selain itu, menurut mereka penukaran konsep naif murid menggunakan perisitwa bercanggah dapat membawa kepada pembelajaran Sains yang lebih berkualiti di dalam bilik darjah. Mason et.al dlm artikel Wilson et.al (2010) mempunyai pendapat yang sama bahawa peristiwa bercanggah akan membangkitkan rasa tidak puas hati dengan kandungan pengetahuan seseorang. Menurut mereka lagi, peristiwa bercanggah juga membantu murid untuk menyelesaikan konflik diantara konsep naif yang diamali dan konsep saintifik yang diterima. Ini akan meningkatkan minat, motivasi dan perasaan ingin tahu di samping meningkatkan perkembangan intelektual murid untuk belajar Sains.

Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk menguji bagaimanakah aktiviti peristiwa bercanggah memainkan peranan sebagai alat pedagogi yang berkesan untuk melibatkan murid dengan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Guru Sains boleh menggunakan peristiwa bercanggah sebagai salah satu aktiviti pengajaran sangat berkesan untuk mengaktifkan pemikiran murid. Melalui peristiwa bercanggah guru dapat menggambarkan satu konsep sains yang abstrak dengan aktiviti yang mempunyai hasil keputusan yang tidak diduga. Hal ini dapat menarik minat murid dan boleh melibatkan murid secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Secara kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa pengajaran Sains

menggunakan aktiviti peristiwa bercanggah akan menarik minat murid selain melibatkan mereka dengan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Selain itu, pengajaran menggunakan aktiviti peristiwa bercanggah juga membantu untuk memperkukuhkan konsep Sains dalam ingatan murid.

You might also like