You are on page 1of 3

Kamus Za'ba mentakrifkan kata "struktur" kepada dua kategori.

Kategori yang pertama ialah "susunan atau bahagian daripada sesuatu binaan dan susunan atau bahagian daripada sesuatu binaan", manakala kategori yang kedua ialah "sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang". Kategori yang pertama meliputi pola atau bentuk masyarakat yang terbentuk atau tersusun daripada pelbagai jenis unsur yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain. Kata "struktur" juga ditakrifkan sebagai bukan cara sesuatu yang terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur atau aspek tertentu sehingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu. Kategori takrifan yang kedua ialah sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang (Kamus Za'ba, 2001: 1073). Takrifan yang sama juga boleh diperoleh bagi kata"struktur" jika dirujuk dalam Kamus Melayu Global (Kamus Melayu Global, 1997: 1073) ) Kata Kata adalah bentuk bebas yang terkecil. Menurut Abdullah Hassan (2002), bebas mempunyai kesatuan tertentu untuk wujud sebagai sebuah ayat yang terdiri daripada satu kata. Misalnya "pergi" dapat berdiri sendiri sebagai sebuah ayat perintah. Kata juga merupakan bentuk terkecil yang bermakna dan dapat digunakan bersendirian sebagai ayat minimal yang disebut bentuk bebas (Ahmad Khair Mohd Nor, 2006: 4). Kata adalah unsur yang terbesar di dalam proses pembinaan kata dan berada di atas fonem dan fonem. Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara untuk membentuk perkataannya. Ada yang bersifat tunggal, contohnya "rumah", "tinggal", dan "merah" serta ada juga perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah "meninggal" dan "meninggalkan"; contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah "putih melepak" dan "rumah pangsa"; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah "putih-putih" dan "Perdana Menteri-Perdana Menteri" (Nik Safiah Karim et al., 2003: 59). Bahasa Melayu merupakan bahasa yang tergolong di dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Jenis bahasa ini membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar; iaitu digabungkan secara serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mendahului (awalan), menyisip (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut. (d) Frasa Frasa adalah unsur bahasa di dalam binaan sintaksis bersama-sama dengan klausa dan ayat. Melalui binaan ini, kita akan dapat melihat bagaimana frasa menjadi klausa dan seterusnya klausa menjadi ayat. Frasa ialah unsur terkecil di dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Di dalam tata tingkat unsur bahasa, frasa adalah unsur yang terkecil dan terletak di bawah unsur yang dipanggil klausa. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Namun begitu, harus diingat bahawa frasa bukanlah rangkai kata. Ini kerana rangkai kata mesti

terdiri lebih daripada satu kata, tetapi frasa tidak. Lihat contoh ayat yang seterusnya: Fatihah menjadi pengawas. Di dalam ayat Fatihah menjadi pengawas, ada dua frasa. Frasa pertama ialah "Fatihah" yang menjadi subjek. Frasa kedua ialah "menjadi pengawas" yang bertindak sebagai predikat. Frasa subjek "Fatihah" terdiri daripada satu kata sahaja. Frasa predikat "menjadi pengawas" terdiri daripada dua kata. Frasa berbeza dengan klausa dan ianya dapat dilihat dengan jelas kerana frasa adalah unsur klausa, tetapi tidak sebaliknya. Perbezaan yang dapat dilihat ialah frasa menggunakan kata penunjuk "itu" dan "ini" (binaan frasa ditutup oleh kata penunjuk "itu" dan "ini"). Frasa juga boleh menerima sisipan "yang", sekiranya frasa yang terlibat itu terdiri daripada dua perkataan atau lebih. Perkataan "yang" boleh digunakan bagi membezakan frasa daripada klausa. Sekiranya ungkapan itu sebuah frasa, maka "yang" boleh disisipkan antara bahagian-bahagiannya dengan tidak mengubah tarafnya sebagai frasa. Frasa juga mempunyai inti dan penerang tetapi klausa mempunyai subjek dan predikat. Dengan mengenal pasti frasa menurut kata yang menjadi intinya, maka frasa dapat dijeniskan kepadafrasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama dan frasa adverba. Di dalam ayat, fungsi frasa ialah menjadi subjek dan predikat. (e) Klausa Walaupun klausa dan frasa adalah unsur di dalam ayat, tetapi keduaduanya adalah berbeza. Binaan sebuah frasa terdiri daripada kata inti dan kata penerang. Ada juga frasa yang terdiri daripada satu kata, iaitu kata inti sahaja tanpa kata penerang. Binaan klausa terdiri daripada subjek dan predikat. Sebenarnya, klausa adalah sebuah ayat di dalam ayat iaitu ayat yang menjadi unsur kepada ayat lain ataupun dikenali sebagai anak ayat. Zaba memanggilnya ayat kecil yang terkandung dalam ayat besar. Contoh ayat adalah seperti berikut; Aminah tidak datang kerana dia sakit. Di dalam ayat "Aminah tidak datang kerana dia sakit", terdapat dua klausa, iaitu "Aminah tidak datang" dan "dia sakit". Kedua-duanya digabungkan oleh kata hubung "kerana". Klausa "Aminah tidak datang" boleh berdiri sendiri, jadi ungkapan ini adalah sebuah ayat. Klausa "Aminah tidak datang" mempunyai subjek "Aminah", dan predikat "tidak datang". Klausa "dia sakit" juga mempunyai subjek, iaitu "dia" dan predikat, "sakit". Klausa "dia sakit" digabungkan dengan klausa "Aminah tidak datang" menggunakan kata hubung "kerana". Dengan kata lain, klausa dapat dibahagikan kepada dua, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang sempurna yang menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih besar. Klausa tak bebas pula dapat

dibahagikan kepada dua, iaitu klausa nama dan klausa adverba. Klausa nama berfungsi sebagai kata nama. Malah klausa ini dapat digantikan dengan satu kata nama. Klausa adverba pula memberi penerangan lanjut mengenai kata kerja. Ada beberapa jenis keterangan, antaranya ialah keterangan waktu, tempat, syarat, sebab, kesungguhan dan lain-lain. (f) Ayat Ayat ialah unsur yang paling tinggi di dalam tatabahasa. Di dalam ayat, terdapat unsur-unsur seperti kata, frasa dan klausa. Penggabungan unsur inilah yang membentuk binaan yang dikatakan ayat. Jika dikaji dari aspek bebas, ayat didefinisikan sebagai bentuk bahasa yang bebas. Bloomfield (1930), mengatakan ayat ialah satu bentuk bebas di dalam bahasa yang tidak tertakluk dengan mana-mana bentuk lain yang lebih besar. Ada kalanya bentuk kata, frasa dan klausa menjadi bentuk bebas. Tetapi, iamasih belum berdiri sendiri kerana unsur-unsur ini tertakluk kepada bentuk lain yang lebih besar, iaitu ayat. Bagi Chomsky (1967), ayat itu terdiri daripada rentetan kata yang diterbitkan oleh rumus tatabahasa. Secara keseluruhannya, kata ialah unit yang dapat berdiri sendiri di dalam tata tingkat tatabahasa. Di dalam mengkaji sintaksis, kita harus dapat menentukan apa yang dikatakan pola-pola ayat tersebut. Di antaranya ialah apa yang menjadi pola dasar dan pola yang terbentuk daripada pola dasar tersebut melalui proses transformasi. (g) Wacana Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, susunan ayat, ceraian bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan. Di dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unit bahasa yang terlibat melahirkan satu kesatuan yang utuh. Sesuatu wacana, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan diujarkan bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu perkara. Di dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada kedudukan yang tertinggi selepas ayat. Wacana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Menurut Beaugrande dan Dressier (1981), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks.

You might also like