Professional Documents
Culture Documents
Agensi-agensi sukan di dan Malaysia merupakan aktiviti organisasi sukan yang negara. bertanggungjawab merancang membangunkan
Kepentingan sukan kini bukan hanya sebagai aktiviti mengisi masa lapang tetapi sudah menjadi satu agenda negara yang penting dalam pembangunan. Ianya merupakan salah satu elemen penting bagi menghasilkan masyarakat yang sihat dan cergas. Berdasarkan atas kepentingan ini kerajaan telah mengirakan langkah dengan memperkemas dan mempertingkat kemampuan agensi-agensi sukan nasional agar seiring dengan inspirasi nasional. Bagi memudahkan anda memahami fungsi dan peranan utama agensi sukan nasional yang menjadi tulang belakang pembangunan sukan negara anda akan diperkenalkan dengan agensi-agensi utama yang bertanggungjawab kepada pembangunan sukan di Malaysia.
Kebudayaan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953. Pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan dipindahkan di bawah Kementerian
Penerangan. Dengan Pemindahan ini juga dua lagi bahagian telah diwujudkan iaitu Bahagian Sukan dan Bahagian Belia. Memandangkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh
Bahagian Belia dan Bahagian Kebudayaan dalam konteks pembangunan, kerajaan telah menggabungkan tiga aspek penting iaitu Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk dikendalikan di bawah satu Kementerian yang dikenali sebagai
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1972. Pada 20 Mei 1987, Kementerian ini sekali lagi berubah, di mana Bahagian Kebudayaan telah
dipindahkan pula di bawah portfolio Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan pemindahan ini, Kementerian kini dikenali sebagai
OBJEKTIF DAN FUNGSI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN Objektif utama Kementerian Belia dan Sukan adalah untuk: Membina satu masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang ekonomi dan sosial serta membina satu masyarakat yang sihat dan cergas ke arah perpaduan negara.
Fungsi Kementerian Belia dan Sukan adalah: Melengkapkan belia-belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran
vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus secara formal di Institut-institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik, berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui berbagai program yang diadakan di
peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Menyemarakkan penyertaan rakyat mengamalkan cara hidup yang aktif dan sihat melalui konsep "Sukan Untuk Semua" dan pengenalan konsep "Malaysia Cergas" Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat
Kebangsaan dan Antarabangsa. Melahirkan tenaga kerja mahir dan berkualiti di dalam bidang-bidang
MSN mula disusun semula pada tahun 1981 bagi tujuan memperkemas dan mempertingkat fungsinya dengan objektif utama mengembang dan membangunkan sukan khusus bagi sukan berprestasi tinggi. Jika penubuhan MSN adalah seiring ke dengan arah diteluskan Dasar matlamat utama iaitu dan
bertanggungjawab
sepenuhnya
penggalakan,
pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di pertandingan di peringkat tertinggi. Antara objektif utama MSN adalah seperti berikut:
Memaju dan mempertingkatkan prestasi atlet Negara daripada peringkat Tunas, Bakat, Pelapis dan Elit bagi menyertai pertandingan-pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai teknikal dan pegawai pentadbir sukan tempatan. Menyediakan peluang penyertaan yang lebih luas di bidang sukan peringkat negeri dan daerah. Menyediakan program-program perkhidmatan, khidmat nasihat, kepakaran, dokumentasi, perpustakaan, penyelidikan sains serta perubatan sukan.
Memperuntukkan Skim Galakan dan ganjaran untuk atlet, jurulatih dan pentadbir sukan sebagai dorongan ke arah peningkatan prestasi yang tinggi. Membantu, memperbaiki dan memperkemaskan persatuan dan pertubuhan sukan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Membantu memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis Sukan Negeri dan merancang bersama pelaksanaan program pembangunan sukan
peringkat kebangsaan. Merancang dan menguruskan kemudahan sukan yang diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis. Menyelaras pengelolaan Sukan Malaysia.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MSN MSN telah menggariskan beberapa peranan dan tanggungjawab utamanya dalam memastikan perancangan dan pembangunan sukan negara mencapai hasrat dan visi dan misinya, antaranya adalah: 1. Program Pembangunan Atlet 2. Khidmat Sains dan Perubatan Sukan 3. Pembangunan Kurikulum Dan Kejurulatihan 4. Pengurusan dan Kepegawaian Sukan 5. Kemudahan Sukan 6. Skim Penggalakan dan Anugerah Sukan 7. Bantuan Organisasi dan Khidmat Sokongan kepada Persatuan Sukan
penyertaannya Persekutuan
dalam Sukan
Jawatankuasa Antarabangsa
Olimpik
Antarabangsa MOM
(IOC) sejak
dan 1954
(IFS).
Penglibatan
melayakkannya menjadi badan utama di negara ini dalam penyertaan di sukan Olimpik. Selain daripada diiktiraf oleh IOC, MOM juga diterima baik sebagai ahli gabungan oleh beberapa badan sukan utama antarabangsa, antaranya seperti:
(a) Association of National Olympic Committee (ANOC) (b) Olympic Council of Asia (OCA) (c) Southeast Asian Games Federation (SEAGF) (d) Commonwealth Games Federation (CGF) (e) International Assembly of National Confederation of Sports
Penyertaan yang diwujudkan ini telah melayakkan MOM untuk menjadi badan utama negara yang membolehkan penyertaan dalam kejohanan sukan seperti Sukan Asia, Sukan SEA dan Sukan Komanwel. Ahli kepada MOM adalah terdiri dari Persatuan Sukan Kebangsaan yang juga merupakan persatuan setiap jenis sukan di Malaysia dan diiktiraf Oleh IFS. Laman web : http://www.olympic.org.my/web/ sukan mewakili
Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara objektif utama MSSM: (a) Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti-aktiviti sukan. (b) Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. (c) Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan sekolah. (d) Menyelaras segala kaedah dan undang-undang pertandingan sukan sekolah di peringkat kebangsaan dan negeri. (e) Bekerjasama dengan mana-mana badan sukan lain atau pertubuhan-
(f) Memaju dan meningkatkan prestasi sukan keseluruhannya di Malaysia. (g) Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai cara, langkah dan dasar yang patut diambil bagi kemajuan sukan sekolah dan jika diluluskan oleh kerajaan, melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor-syor itu.
MSSM memberikan peluang kepada pelajar sekolah di seluruh Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pelbagai disiplin sukan. Antara acara-acara wajib yang dipertandingkan di peringkat kejohanan MSSSM adalah seperti olahraga,
badminton, renang, bola sepak, skuasy dan gimnastik. Acara yang diperkenalkan oleh MSSM melalui kejohanan yang dianjurkan, telah menjadi semakin popular di kalangan murid sekolah. Melalui program ini bakat-bakat yang berpotensi di peringkat MSSM dapat dikenal pasti dan diberi bimbingan secara khusus untuk menjadi atlet negara. MSSM juga sentiasa memberi penghargaan kepada atlet dengan memberikan pelbagai anugerah sebagai satu penghargaan kepada atletnya, antara anugerah-anugerah tersebut adalah seperti anugerah MSSM/MILO dan Junior Olympic Award.
STRUKTUR ORGANISASI MSSM Organisasi MSSM Lembaga diuruskan oleh sebuah lembaga yang dikenali sebagai Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Lembaga
Pengurusan
Pengurusan MSSM boleh menubuhkan jawatankuasa atau jawatan tertentu bagi melicinkan fungsi MSSM sendiri. Antara jawatankuasa yang telah diwujudkan adalah seperti (a) Jawatankuasa Kerja MSSM yang menjadi tunjang kepada kelancaran fungsi MSSM. (b) Jawatankuasa Kewangan MSSM yang mentadbir kewangan MSSM. (c) Sekretariat MSSM yang menjadi urus setia kepada MSSM dan Lembaga Pengurusan. (d) Jawatankuasa MSSM Negeri yang menjalankan fungsi MSSM di peringkat negeri. (e) Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan yang terdiri daripada pakar-pakar dalam setiap permainan atau acara yang dipertandingkan di peringkat MSSM.
Antara bidang kuasa MSSM ianya berperanan memberi nasihat kepada Menteri Pelajaran berhubung perkara-perkara pembangunan dan pengurusan
sukan. MSSM juga mempunyai bidang kuasa mengeluarkan arahan berkaitan kepada Jawatankuasa MSS Negeri, Sekretariat Negeri dan mana-mana pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia atau institusi pendidikan mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan hal ehwal sukan. Laman web : http://www.moe.gov.my/eps/
permainan, penganjuran kejohanan dan pertandingan, aktiviti pengenalan dan pengembangan permainan dan sebagainya. Setiap persatuan sukan ini adalah diwajibkan untuk menjadi ahli gabungan kepada Majlis Olimpik Malaysia bagi melayakkan persatuan sukan untuk
menghantar pasukan bertanding mewakili negara di pelbagai kejohanan di peringkat antarabangsa. Dengan wujudnya Dasar Sukan Negara (1988) dan Akta
Pembangunan Sukan (1997) kini persatuan sukan di Malaysia telah diberikan perhatian dan sokongan yang serius oleh Kerajaan khususnya melalui
kefahaman anda, beberapa buah persatuan sukan diketengahkan kepada anda dalam topik ini.
Dunia (WTBA) dan Federation International des Quilleurs (FIQ). Objektif utama persatuan ini adalah menggalak dan memperkembangkan sukan boling ke pelbagai peringkat di samping keutamaan cemerlang dalam setiap penyertaan dalam pelbagai peringkat pertandingan. Persatuan ini disokong oleh penglibatan dari pelbagai syarikat korporat yang menaja program. Melalui program Partner in Sports persatuan ini mendapat tajaan dari Sri Jentayu Sdn Bhd di samping bantuan penajaan lain dari seperti Nestle Products (Milo), Canon Marketing (M) Sdn Bhd, Sports Excel, Malaysia Airlines and Antioni Sdn Bhd. Keahlian dalam persatuan ini dianggotai oleh 14 persatuan tenpin boling peringkat negeri. Persatuan ini juga aktif menjalankan pelbagai program seperti kejohanan di pelbagai peringkat, program pembangunan dan penggalakan. Laman web : http://www.mtbc.org.my/
sebelum tahun 1938 oleh tentera British. Namun ianya mula dipertandingkan secara terancang mulai tahun 1938 di sekitar Lembah Kelang melalui acara lumba basikal jalan raya. Selangor menjadi Persatuan Negeri pertama yang ditubuhkan dan seterusnya diikuti oleh negeri lain iaitu Perak, Melaka dan Pulau Pinang. Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ditubuhkan pada tahun 1953 oleh Mr. Gurchan Singh dan Kapten C.O. Jennings (seorang pegawai dari tentera New Zealand) dengan keahlian dari Negeri Selangor, Melaka, Perak and Pulau Pinang sebagai ahli gabungan dengan pendaftaran persatuan RSM 146/55. Pada 5 Mac 1960, persatuan telah diterima sebagai ahli gabungan kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (Union Cycliste Internationale UCI) dan pada masa
yang sama diterima sebagai ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Sukan Lumba Basikal mula menerima bantuan dan sokongan sepenuhnya apabila sukan ini dipertandingkan di dalam Temasya Komanwel dan Temasya Sukan Asia 1998. Bantuan diterima melalui Program Jaya 98 untuk
menyediakan atlet ke arah Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Pada masa yang sama, atlet yang menjalani latihan ini diserapkan dalam pasukan Negara menyertai Jelajah Le Tour de Langkawi yang mula dianjurkan pada tahun 1996. Program ini telah dimulakan sejak tahun 2002 bersama-sama dengan pelancaran
Program Gemilang 2006. Ada sebahagian dari atlet yang dikumpulkan ini telah menyertai skuad pelapes negara sejak tahun 1999 iaitu ketika persiapan ke arah Sukan SEA 2001. Pendaftaran semula Pertubuhan Pembangunan Persekutuan Sukan Kebangsaan di mana Berbasikal nombor
1997
Antara objektif utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah: (a) Menggalak, mempromosi dan bertanggungjawab kepada kemajuan sukan badminton di Malaysia. (b) Mengurus dan mengawasi semua kejohanan dan pertandingan yang dianjurkan oleh BAM dan organisasi lain. (c) Memastikan pemantauan dan penguatkuasaan penggunaan kaedah dan undang-udang permainan yang telah ditetapkan dalam Peraturan yang
dikeluarkan oleh BAM. (d) Sedaya upaya menangani isu-isu yang bersangkutan dengan pertikaian di kalangan anggota gabungan ataupun berhadapan dengan isu-isu semasa.