Professional Documents
Culture Documents
DEFINISI
Refleksi dan Metakognitif merupakan istilah yang sering digunakan serentak, iaitu tidak digunakan secara terpisah. Ini adalah kerana refleksi itu sendiri merupakan sebahagian daripada Metakognitif. Oleh sebab refleksi dianggap sebagai sebahagian daripada Metakognitif maka takrif tentang keduadua istilah ini akan diberikan berdasarkan Metakognitif. Metakognitif merupakan proses berfikir yang melibatkan seseorang itu sedar tentang pemikirannya dan sentiasa mengawal pemikirannya sama ada sebelum, semasa, atau selepas proses pemikiran itu berlaku.
2.
Penggunaan Secara Sedar Pada peringkat ini kemahiran berfikir digunakan secara sedar sama ada tentang jenis kemahiran, masa digunakan, dan tujuan kemahiran itu digunakan. Misalnya semasa membuat pilihan dalam kemahiran membuat keputusan, kita memilih secara sedar suatu pilihan(option) yang terbaik berdasarkan kriteria dan objektif yang telah ditentukan.
3. Penggunaan Strategi Berfikir Pada peringkat ini kita cuba mencari strategi bagaimanakah cara-cara untuk menajana idea supaya dapat mengenal pasti option atau pilihan yang manakah yang terbaik berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Misalnya strategi yang sesuai digunakan untuk menjana idea ialah sumbang saran atau perbincangan kumpulan
4. Penggunaan Refleksi Pada peringkat ini merenung kembali proses-proses berfikir yang telah dialami sebelum ini dan kita cuba membuat bagaimanakah keputusan itu dapat dibaiki dan dilaksanakan seterusnya kita mungkin bertanya bagaimanakah pilihan itu dibuat? Adakah kita berada dalam landasan yang betul? Bagaimanakah keputusan yang dibuat itu dapat dibaiki dan ditingkatkan. Untuk meningkatkan kualiti pemikiran pelajar, anda hendaklah mengemukakan soalan-soalan yang memungkinkan pelajar menyedari perkara-perkara yang telah difikirkan mengawal pemikirannya semasa bertindak terhadap sesuatu merenung kembali kekuatan dan kelemahan strategi yang telah digunakan merancang perkara-perkara yang akan dilakukan pada masa akan datang